Klik kalau nak tahu selanjutnya

Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Feeling stressed out?Cara menghilangkan tekanan ialah...

 Anda stress??


5 cara popular untuk menghilangkan tekanan

1.Tidur/do nothing/meditate
2.Dengar muzik yang sesuai dengan jiwa anda & sing along
3.Berdoa/Dekatkan diri dengan tuhan
4.Pergi ke Spa/taman/vacation
5.Menangis


3 cara kurang popular untuk menghilangkan tekanan

1.Hug your loved one (applicable to suami isteri,mak ayah and others yg 'halal' dipeluk)
2.Aromateraphy essential oil/extract (gonna update about later!)

3.Yoga/Tai Ci

 Aaaaah,leganya kepala otak...
source:here

Apa nak buat bile stress?

I guess everybody ada cara tersendiri untuk hilangkan stress,rite?Kalau tak hilangkan stress,bahaya taw!Boleh menyebabkan penyakit kegilaan @ psycological problem yg sekarang ni makin menular di kalangan warga Malaysia (ayat skema bajet macam cikgu BM).i'm gonna update cara-cara untuk menghilangkan tekanan @ stress in the next post.Tata! =)            

10 makanan untuk rambut yang sihat

1.Ikan -->Salmon (kalau kat Malaysia ni,susah nak cari,so apa2 ikan pun boleh)
~ia mengandungi kandungan protein yang tinggi,asid lemak Omega 3,Vitamin B12 dan zat besi
~menyuburkan kulit kepala
~kekurangan:menyebabkan kulit kepala menjadi kering dan rambut tidak bermaya

2.Sayuran Hijau -->Hijau tua okeh?

 source: here

~mengandungi Vitamin A,C,zat besi dan kalsium
~contoh:Bayam
~penting untuk penghasilan Sebum,iaitu pelembap semulajadi rambut

3.Kekacang

source: here

~merangsang pertumbuhan rambut
~mengandungi Zink (mengurangkan keguguran rambut)

4.Daging
~Kaya dengan protein
~mencegah rambut rapuh dan penukaran warna rambut (loss of hair color)

5.Telur

6.Whole-grain

7.Tenusu rendah lemak

8.Lobak Merah

source: here

Kenapa orang Malaysia gemuk?


1.Kalau gi kedai mamak/restoran,mesti order rotii canai dengan teh tarik.Tak cukup segelas,tambah dua gelas,satu teh tarik,satu teh ais.Haish,roti canai tu dah la bukan yang kosong,siap ada telur lagi.Nampak nasik lemak macam sedap plak,order lagi satu pinggan nasik lemak,siap ada ayam tang paha.Sebab nampak kulit ayam tu garing,sedap menyelerakan..

>Ish2,mana tak gemuk,roti canai ngan teh tarik tu berkalori tinggi..

Info:
Kalori roti canai kosong: 301 kcals
Kalori roti telur: 356 kcals
Kalori teh tarik: 83 kcals
Kalori nasi lemak: 389 kcals

2.Nampak plak iklan kat tv,threadmill ngan basikal kayuh yang tak bergerak tuh.Punya la semangat nak eksesais,tang tu pi order terus.Bawak balik umah,berebut satu family nak kayuh.Pas 2-3 minggu,simpan dalam stor,sebab sumer dah boring,takdak semangat pun nak naik..

>Haa..kan rugi tu.Alang-alang dah beli alat senaman kat umah,guna la.Jangan tinggal macam tu aje..Tak payah nak berangan pi jogging kat taman tiap-tiap ptang,kalau basikal dalam umah tu pun tak bergerak..Kalau dah beli tu,guna je la..Boleh kecik kn paha yang saiz seluar dah masuk 40 tu..

Jom kira kalori yang dapat di bakar dengan eksesais..klik kat sini 

3.Singgah je 7 e atau kedai mane2,mesti nak beli air tin..kalo takde air tin,air mane2 pun boleh la,asalkan air manis..sejuk plak tu,hilang dahaga..

>Memang la hilang dahaga,Tapi kalori dah bertambah.Gula dalam air tin/kotak tu pun boleh sebabkan diabetes if tiap2 hari asek beli je..mane tak tambah berat cik kak oii...

kalori minuman:
minuman berkabonat 1 tin 285g - 120 kal
minuman kotak 250g - 105 kal

4.Malas nak masak la..pi beli fast food."Emm,minggu ni tak makan lagi fast food,so takpe la..bukan selalu dapat makan,duit tengah ada,baru masuk gaji hari ni..  4 hari kemudian...keluar ngan kawan,ajak makan fast food lagi.. emm,hari tu makan sorang-sorang,ni makan ngan kawan,takpe la..kire halal la..hari tu KFC,ni MC D..lain rasenya.."

>Kalau dah dalam 2 minggu tu,3-4 kali pi fast food,hang pikiaq la tang mana pi lemak-lemak tu sumer..

Kalori  Makanan Segera:

1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori


5."Hari ni nak masak lauk apa yer?Emm,ayam masak kari la..kalo dah ada ayam masak kari,mesti geng dengan sayur goreng.Telur semalam ada lebih,leh wat Sambal telur...Sambal telur ni,nak kene lebihkan minyak masa tumis lada,baru la sedappp sambalnya.."

>Ahaa...ayam masak kari kan dah bersantan..sayur ngan sambal telur plak berminyak..kurang sihat la menu yang macam ni.. kene la balance kan menu tu..

Tips:
1.Mesti ada karbohidrat (nasi/mi),protein dari ikan/ayam/daging,sayur-sayuran dan buah-buahan
2.Kalau satu menu dah bersantan/goreng,yang lain leh rebus/panggang.
3.Kalo wat sambal apa2 pun,pas siap tumis,buangkan lebihan minyak yang terapung kat atas..

Info:

1tbsp minyak apa jenis pun 120 kalories
1 tbsp butter 100 calories
1tbsp santan low fat 9- 15 calories
1tbsp santan biasa 30-50 calories

Ulam untuk si hawa!

                                          (Gambor pinjam kat blog ni......)

Daun kaduk ~mempunyai kandungan kalsium yang tinggi yang mampu menguatkan tulang & mengelakkan daripada penyakit osteoporosis

Daun pegaga ~awet muda,membaiki peredaran darah,membantu pertumbuhan rambut,mengecutkan rahim,meningkatkan kesihatan kulit

Cekur & pucuk putat ~mengecutkan rahim

Pucuk gajus & ulam raja ~membersihkan darah

Pucuk betik~membantu penghadaman

Em..sape2 yang berminat nak baca lebey lagi pasal ulam,bleh la klik kt sini.....Selamat Berulam!

p/s:ekceli,ada sesetengah ulam xleh di ambil berlebihan,sbb ia boleh memudaratkan kesihatan jugak..jadi,amalkan pengambilan secara sederhana setiap hari...

Supplement harian ape ek untuk pompuan/wanita?



Tentu korang slalu baca majalah & terbaca pasal supplement yg perlu diambil oleh setiap wanita sebagai pelengkap nutrisi harian serta menjaga kesihatan....Tapi camne nk make sure,supplement apa yg perlu korang ambil,sbb belambak sgt kt farmasi,smpai x tawu yg mane satu perlu?


Kat bwh ni adalah antara jenis2 supplement yg bese pompuan ambik untuk jaga kesihatan:
  • Calcium is essential for bone and cell health.
  • Iron is important for not only for your blood, but for making sure that enough oxygen gets to your body tissue.
  • Vitamin A will help keep your eyes and skin healthy, among other things.
  • Zinc is necessary for immune health, wound healing, and helps maintain your senses of taste and smell.
  • Vitamin B6 and B12 are important for a range of things, including metabolism and brain function.
  • Folate is necessary to maintain a healthy nervous system and health red blood cell levels. 
  • Evening primrose oil (EPO)
  • Flaxseed oil
  • Collagen
 If susah sgt nk pk,amek je multivitamin...jimat sbb dapat banyak jenis vitamin dgn harga yg lebih murah dari beli sejenis satu...Multivitamin yg berkualiti tinggi mengandungi vitamin, mineral, anti-oksidan, asid amino, enzim, suplemen herbal etc.Sesuatu formula multi-vitamin yang baik harus mengandungi keseimbangan dalam setiap elemen berikut:
Vitamin * Mineral * * Asam Amino * Antioksidan Ekstrak Herbal * * bioflavonoid * Enzim Neuronutrients *
Multivitamin yang untuk seorang wanita akan merangkumi bahan-bahan herba yang tak sama seperti yang akan korang dapati dalam formula lelaki, seperti Black cohosh, Wild Yam Extract etc adalah "women's herb" dan seharusnye mengandungi antioksidan seperti zeaxanthin, Bilberry, Selenium etc..



Nak taw ape supplement yg korang patot amek?Meh jawab kuiz kt sini sampai abes...


p/s:walopon korang ade amek supplement,zat dr pemakanan kene ada..jangan asek pk ade supplement,diet seharian langsung x amek port... =)

Jenis-jenis Sindrom Pra-Haid ataupun PMS.


 Sindrom pra-haid atau lebih dikenali sebagai PMS (Premenstrual Syndrome) adalah situasi perasaan dan rasa tidak selesa yang dialami oleh wanita menjelang haid. Ada banyak perkara yang boleh menjadi faktor atau penyebab berlakunya gejala PMS ini. Antaranya ialah ketidakseimbangan estrogen dan progesteron dalam tubuh, kadar gula yang menurun kerana pengeluaran insulin yang meningkat dengan tiba-tiba dan kekurangan vitamin B. Sindrom pra-haid atau PMS ini boleh dikategorikan kepada beberapa jenis.

PMS Jenis A
Keadaan yang dialami : gelisah, mudah marah, mood berubah-ubah dan insomnia.
Faktor penyebab : Progesteron lebih banyak dari banyak dari hormon estrogen dan menyebabkan pengeluaran adrenalin dan serotonin. Keadaan ini juga mungkin boleh disebabkan oleh kurangnya vitamin B6.

PMS Jenis C

Keadaan yang dialami : Sakit kepala, pening kepala dan jantung berdebar-debar
Faktor penyebab : Keadaan ini hampir sama dengan hipoglikemia, akibat tingginya kadar insulin dalam darah. Keadaan ini juga boleh berlaku disebabkan oleh kekurangan magnesium.

PMS Jenis D

Keadaan yang dialami : Tekanan, mudah lupa dan insomnia
Faktor penyebab : Kekurangan vitamin B dan juga kadar estrogen lebih rendah dari progesteron. Juga diakibatkan oleh kadar aldesteron yang tinggi dalam darah. Aldesteron adalah hormon yang mempengaruhi keseimbangan cairan tubuh.

PMS Jenis H

Keadaan yang dialami : Berat badan bertambah, payudara membengkak, perut kembung, tangan dan kaki bengkak
Faktor penyebab : Tingginya kadar aldesteron dan estrogen dalam darah. Kurangnya vitamin B6 dan magnesium

epal hijau yg nyum2!!




Bile sebut aje psl epal ijau ni,msti first skali org pk `eei,masamnyee..` kn?? Walaupun gitu,epal ijau ni ada bnyk kebaikan..

1.Mengandungi polyphenol dan flavonoid-anti kanser
2.Fiber dl epal membantu dalam pergerakan usus (utk org sembelit,bgs jugak mkn neh!)
3.Fiber tersebut jugak dpt menolong mengurangkan tahap kolestrol dlm tubuh badan anda!
4.An apple a day reduces skin diseases
5.100g epal mengandungi lebih kurang 1.500mg vitamin C
6.Boleh mengurangkan risiko batu karang

Cara nak makan?? Boleh buat jus,campur dalam masakan (inti pie,salad),freshly eaten (paling bagus) ataupon buat colek..hehe

Colek epal

Ala,cm bese,macam colek mangga muda tu..

1.Kicap/cuka
2.Cili padi (bg yg suke pedas)
3.Garam
4.Gula/madu
5.Belacan

Ni bahan2 basic yg bese org guna..campurkan biar sebati mengikut citarasa sendiri..potongkn epal ijau,hiris nipis2..dan cecah...yea,itu dia...

Watch out for Breast cancer!




Td pi talk about breast cancer..Doc pakar gtaw,most of the women yg ada breast cancer biasanya from genetic,tp high risk group adalah women yang obes or yg ambil pil perancang or yang buat hormon replacement therapy...

The doc said,Tuhan dah menjadikan wanita sbg insan yg istimewa...dan breast jugak di jadikan mempunyai peranan tertentu...

Walaupun the connection between obesity and breast cancer still blur,tp mmg kebanyakan wanita yg ada breast cancer adalah obes...

Yg pasal pil perancang or human replacement therapy (HRT),maybe sbb hormon normal wanita dh x stable bile asek berubah-ubah...ye la,mane taknye,kedua-dua cara td kn melibatkan perubahan hormon estrogen dan progesteron..so maybe boleh increase the risk of the cancer itself...

Em...bab peranan breast plak,the doc said,breastfeeding can reduce the risk of breast cancer...generally mcm tu lah...just sharing the basic info wif u guys..

MENU SOYA SETIAP HARI!




Nutrition dalam soya:

Soy milk, 1 cup (237mL)
Calories: 80
Protein: 6.7g
Carbohydrate: 4.4g
Total Fat: 4.7g
Fiber: 3.2g
*Excellent source of: Thiamine (0.39mg)
*Good source of: Magnesium (46mg), and Riboflavin (0.17mg)

Soy beans are also a rich source of calcium, iron, zinc, phosphorus, magnesium, B-vitamins, omega 3 fatty acids and fiber.

Faedah-faedah soya:

1.Tulang yang sihat-soya mengandungi banyak kalsium,dan isoflavones yang menghalang pereputan tulang dengan cepat..Ia juga mengandungi magnesium dan boron,yang bertindak bersama kalsium untuk memelihara kekuatan tulang anda..

2.Menopause-Wanita jepun selalu mengambil soya sebagai diet harian mereka.So, tak heran la kalau mereka nampak muda dan cergas,serta mengalami sedikit peratusan sindrom menopause berbanding negara lain!Soya mengurangkan hot flashes dan sakit kepala dalam pre-menopause women...

3.Cancer-Ada kajian menunjukkan bahawa soya boleh mengurangkan risiko prostate cancer,breast cancer dan colon cancer.Isoflavones dalam soya dikatakan mengurangkan risiko lelaki jepun untuk menghidapi prostate cancer kerana soya diambil dalam menu harian mereka.
TETAPI! ada jugak sesetengah kajian menunjukkan soya meningkatkan risiko breast cancer disebabkan oleh phytoestrogen didalamnye!ye ke???

Antara penyakit lain lagi yang dikatakan dapat dikurangkan dengan pengambilan soya ialah Osteoporosis,sakit jantung,diabetes dan sakit buah pinggang...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails