Saturday, April 13, 2013

Sayang pelajar SPM 0812..silap di mana?

11 April 2013 khamis  lalu Majlis Perasmian Dewan Muhammad V dan Majlis Graduasi. Pelajar Faris batch 0812 menjadi graduan hari itu. Bila melihatkan mereka yang begitu teruja semasa majlis tersebut...cg teringat program yang diadakan buat mereka semua...penat sungguh memantau anak anak didik dan melayan kerenah mereka. Bila keputusan SPM diumumkan..Allah saje yang tahu perasaan ku..rakan panitia biologi begitu juga. Entah silap di mana? Klinik untuk pelajar tidak akur sejak bulan feb dah buat...makin rancak 2 bulan terakhir sebelum peperiksaan SPM. Sepanjang cuti dis guru biologi tak cuti kerana ada program sentuhan azimat. Entahlah macam-macam dah dilakukan untuk mereka. Tak pe..lah x de rezeki kami tahun ini.


Cikgu paling ingat semasa program SENTUHAN KASIH di Min Camp bagi mata pelajaran BIO, KIMIA & FIZIK, diselitkan dengan slot Ceramah Motivasi oleh Kaunselor dr SMK. Long Ghafar...anak-anak semua menangis malah ada yang teresak-esak...bila ditanya oleh kaunselor adakah pernah kamu engkar pada guru?, pada ibu dan ayah? ponteng kelas? dan banyak lagi semuanya mengejutkan cikgu........(rasanya biar saje menjadi rahsia cg sampai mati..) berubahlah anak-anak...untuk kebahagiaan selamanya..





3 comments:

  1. semoga Allah membalas jasa-jasa baik cikgu2 di faris dulu
    cikgu igt lg dop sy??
    5 Gamma batch 0307

    ReplyDelete
  2. Lupalah..entahlah skrg byk lupa..apa trade mark awak untuk cgingat.
    Dah kerja?

    ReplyDelete
  3. Maafkan kami semua cg..kami telah lakukan yg terbaik..mungkin silap kami.. Terima kasih cg..sume jasa cg kan kami kenang sampai bile bile.. Moga berjaya untuk tahun mendatang cg..

    ReplyDelete