Saturday, April 13, 2013

Sayang pelajar SPM 0812..silap di mana?

11 April 2013 khamis  lalu Majlis Perasmian Dewan Muhammad V dan Majlis Graduasi. Pelajar Faris batch 0812 menjadi graduan hari itu. Bila melihatkan mereka yang begitu teruja semasa majlis tersebut...cg teringat program yang diadakan buat mereka semua...penat sungguh memantau anak anak didik dan melayan kerenah mereka. Bila keputusan SPM diumumkan..Allah saje yang tahu perasaan ku..rakan panitia biologi begitu juga. Entah silap di mana? Klinik untuk pelajar tidak akur sejak bulan feb dah buat...makin rancak 2 bulan terakhir sebelum peperiksaan SPM. Sepanjang cuti dis guru biologi tak cuti kerana ada program sentuhan azimat. Entahlah macam-macam dah dilakukan untuk mereka. Tak pe..lah x de rezeki kami tahun ini.


Cikgu paling ingat semasa program SENTUHAN KASIH di Min Camp bagi mata pelajaran BIO, KIMIA & FIZIK, diselitkan dengan slot Ceramah Motivasi oleh Kaunselor dr SMK. Long Ghafar...anak-anak semua menangis malah ada yang teresak-esak...bila ditanya oleh kaunselor adakah pernah kamu engkar pada guru?, pada ibu dan ayah? ponteng kelas? dan banyak lagi semuanya mengejutkan cikgu........(rasanya biar saje menjadi rahsia cg sampai mati..) berubahlah anak-anak...untuk kebahagiaan selamanya..





Menulis kembali..



3 tahun lamanya tinggalkan blog ni. Hari ini cikgu akan menulis kembali..
Banyak perkara berlaku, Antaranya :-
2011 - Puteri pertama cikgu Nurul Fatihah - mula berkerja di Seremban
           Putera cikgu Muhammad Aiman - Sambung belajar di UITM Perlis
2012 - Mac - Pembentang Kajian Tindakan Sekolah Berprestasi Tinggi ( Johan untuk Bidang Sains dan Matematik)
Jun - ke Chiang Mai - Bentang Kajian Tindakan
Julai - Ke Cape Town, Afrika Selatan sebagai Guru Pembimbing Penyertaan International Brain Bee Competition
Semangat baru dibakar oleh adik zie.. nak menulis lagi. Moga masa ada untuk menulis lagi untuk berkongsi dengan rakan-rakan dan anak didikku