RSS

Random babbles #3

Banyak entry yang nak di sharekan tapi sebab2M- malas & masa banyak spend dengan anak2 so tangguh dulu. Agak2 rajin nanti baru kita kumpul sekali harung semua entry eh? huhuhu..

Start dengan yaya .. 22/12 ni genap 6 tahun anak sulung saya tapi Januari depan dah masuk darjah 1. Caner tu? Hahahaha.. nasib la ko Yaya, besday bulan 12 cam mama. X merasa la kawan2 nak celebrate bagai sbb time cuti skolah. Tapi muda setahun la sbb dia beranak hujung tahun heheh.. InsyaAllah 27/12 ni orientasi darjah 1 kat skolah dekat taska so senang nak anta transit. Kenapa x satu skolah dengan mama? Sebab skolah mama darjah 1-3 sessi petang.. dah satu keje plak mama nak keluar 2-3 kali tetiap hari. Kalo papa keje dekat bleh gak nak pass2, ni sume mama nak harung.. penat la. Biar Yaya berdikari sket skolah jauh dr mama.. anak orang lain ok je pun. Dah besar anak saya.. dah nak skolah betul dah pun.

15565_3815672600860_1271768187_n

Misi toilet training Hana, Alhamdulillah boleh kata berjaya. Masih belum fully diaperless sebab masa afternoon nap ngan tido malam saya masih pakaikan pampers. Kalo masa Yaya dulu rajin gak gerak 2-3 jam skali malam2 nak train tapi dgn Hana ni susah sebab dia ni kuat merengek. Kalo digerak malam2 hari mula la nak menangis mengaruk xmo bangun pastu abis semua adik2 dia bangun..satu hal plak nak tidokan balik. Ada yg kol 3 pagi derang adik-beradik berpesta muda mudi melompat atas katil kang! Pelan2 kayuh la.. so far kalo siang hari Hana ok sangat. Tau dah nak gi toilet sendiri kalo rasa nak buang air cuma kekadang tu malas sampaikan terkepit2, mama tanya baru nak pergi. Well done Hana!!

29623_3794441270090_1138114874_n

Si kenet Khayla plak sekarang ni makin ganas. Makin pandai belasah kakak2. Pantang bertekak berebut apa je konfem dia dibuk xpun kalo rasa xley menang dia gigit! Adoii la.. mana la ko blajar ni nak? Mangsa utama Hana la sbb derang berdua ni x berlaga angin. Semalam masa saya tgh ready nak mandikan Zulfa ntah camane digigitnya jari baby! Pergh.. naik hantu la mama, terus kena cubit kat mulut. Meraung sampai selop baby..gigi Khayla dah la macam Tazmanian Devil runcing amat. Risau plak dah nak balik taska ni dia wat perangai ganas gitu. Kat rumah x pe la mama bley monitor, kakak2 pun ley beralah tapi kalo kat taska kang dibuatnya budak lagi besar dr dia balas balik x ke naya? Sebelum ni ada gak Yaya nak mereport tapi tahun depan? Haii la anak..pandai2 la bawak diri ye. Semoga awak sentiasa di bawah lindungan Allah..

156204_3802350147807_1388925453_n

Minggu depan genap baby Zulfa 2 bulan. Minggu lepas bawak gi sunat timbang berat baru 4.2kg.. alahaii jelesnya mama tengokkan anak2 orang lain dah sampai 5-6kg. Xpe la..yang penting anak2 mama sihat. Dah sume ikut baka papanya memang x ley nak kata apa la. Cuba ikut baka mama ni..konfem bley sampai tahap obes baby hahahaha.. As to date baby Zulfa masih fully BF. Alhamdulillah.. semoga terus di murahkan rezeki baby untuk nikmati susu mama. Minggu depan dah nak 3 bulan, masih dalam percubaan nak meniarap..belum berjaya sepenuhnya. Xley lawan rekod kakak Khayla la 2 bulan 3 minggu dah meniarap dengan jayanya hakhak! Every child is different. Take your time baby.. mama & papa ada seumur hidup selagi diizinkan Allah untuk tengok anak2 kami membesar.

397136_3794363108136_33837807_n

Mama? Masih gemuk dan kembang setaman huwaaaaaaaa!!!! Crying face Sekian bebelan kali ini..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jalan-jalan yang x jalan sangat

Boleh? Hahahaha.. last week cinta ajak follow dia ke JB sbb minggu tu dia de meeting kat KL. Bagi can kat anak2 nak tukar angin sbb dah lama terperap dalam umah je keje. X tahan dah kot anak2 dok berxikir kat telinga dia “nak gi hotel..nak gi pool” huhuhu..

405002_3738359588083_798771507_n

Saya dah membayangkan betapa huru haranya nak travel dgn budak berempat ni. Jauh plak tu dari Utara-Selatan. Mau hilang akal di buatnya bila sorang2 start buat perangai. Tambah plak sume stok2 diva bila nak tido konfem nk berlunjur bagai. Dah la kat barang derang je dah penuh seat belakang haiiisssyy… Beli caravan la senang papa.

252205_3738393548932_853648295_n

Ni kira 1st time la kami 6 beranak travel jauh. Agak huru hara la mula2 sbb masing2 de peel nak bertekak, bergaduh, melalak, melasak bagai. Transit jap kt KJ sbb dah lama sgt x tengok rumah. Saya rindu.. cek2 sama stok susu dlm peti ais, alhamdulillah masih selamat. Singgah rumah de la dalam 2 jam, lepas zuhur terus gerak ke Bt. Pahat. Tido umah PIL. Dah lama sgt kot x balik since kenduri SIL sebelum beranak aritu. Zulfa pun dh 2 bulan lebih. Esoknya lepas Subuh trus gerak gi JB. Adoii la..bley bayangkan x betapa kematunya bontot dok atas kete je. Pinggang jgn cakap la..cam nak patah. Peha asyik kebas je dek memangku bb Zulfa sepanjang jalan. Nasib baik la baru 4kg. Nasib baik la anak2 punya peel pun masih terkawal walopun kadang2 mama kena menaga dulu.

604137_3738396429004_817769051_n

558972_3738397789038_2018845036_n

Selasa gerak ke KL. Stay kat Mandarin Oriental. Anak2 memang seronok abis la tapinya x puas hati sbb x ley gi pool. Xpe la anak2, mandi bath tub dulu eh, baby dah besar sket nanti kita gi. Itu pun x menang tangan nak melayan. Asal nak mandi je x kira la mandi pagi ke petang sume nak berkubang. Nasib baik la papa yg rajin melayan.. kalo mama hai2 bye2 la hahahahahaha.. Caye x bila cakap gi jalan2 yg x jalan sgt? Sebabnya perjalanan je yg jauh.. keluar berjalan setakat bawak anak2 gi dinner. Pastu balik bertapa kat hotel. X larat kot nak bawak mek2 ni keluar sbb masing2 tgh hyper. Excited x bley blah.. asyik nak berlari je keje. kesian korang anak2 hahahahaah..

484168_3738390908866_1875960291_n

Khamis gerak balik JB then Jumaat petang gerak balik Sp. Nak menaip ni pun rasa semput bila terbayangkan masa travelling tu.. Cam tu la habisnya seminggu kami anak beranak. Jalan2 naik kete travel Sp-Kj-Bp-Jb-KL-Jb-Sp… penat hoiihhh!! Jalan2 yang x jalan sangat tapi anak2 happy sbb dapat keluar rumah walopun most of the time dok atas kete. Nanti baby Zulfa dah besar sket kita gi holiday betul2 eh. Ingat tau pa!

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Journey to diaperless Hana

Perghhh,tajuk x hengat hahahahahah!! Dah x reti nak bagi tajuk pe. Hari ni hari 1st saya potty train Hana. Toilet training sebenarnya sebab xde pun potty-trainer kat umah ni huhuhu.. Cinta dah suh saya train Hana dari sebelum birthday dia yang ke-3 lagi tapinya dengan saya yg dalam pantang bagai, x mampu rasanya. Lagipun nak train anak diaperless ni renyah. Kena ikut bontot dia setiap masa takut dia terkencing rata2, kena basuh bg betul2 bersih tempat dia keciciran tu.. ye la, kita lalu lalang nak gi semayang bagai. Dah tu si Khayla plak mcm Bolt. Kang baru saya nak bersihkan, dah berenang si kenet tu dalam air kencing Hana.. eiiiyuuu gross!! Kena buat dengan kesabaran yg tinggi huhuhu.. nak suh saya train masa dalam pantang? Dah la tgh stress nak adapt anak ramai, mau aku sebat bontot Hana everytime dia terkencing kang! X pasal2 budak tu trauma hahahaha..

582821_493498464011741_510529243_n

Sekarang ni saya dah ok sket nak manage budak berempat ni. Anak sendiri kan.. kurang lebey tu pandai2 la nak handle. Hari ni toilet training Hana berjalan lancar. Hana pun dah pandai bagitau kalo dia rasa nak kencing. Even nak berak pun pandai dah rasa then memerut kat toilet. Yeaaaa.. a big applause to Hana!! Cuma sekali je terkantoi masa saya tgh baca Yassin lepas maghrib. Itu pun sebab dia terkejut sbb Yaya sergah dia masa main hide and seek belakang pintu hahahahaha!! Terus x abis baca sbb nak tergelak tgk reaksi Hana terkejut sampai terkencing ekeekekekekeke.. boleh bayangkan x?

Photo1285

Ok Hana.. hari pertama kita berjaya. Mama doakan lepas 3-4 hari paling lama pun seminggu Hana dh boleh totally diaperless eh. Semoga mama diberikan kesabaran yang maksimum masa training ni. Aja2 fighting!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

7 years and counting

Alhamdulillah, semalam 01/12/2012 genap 7 tahun hari kami diijabkabulkan. Celebrate? Nothing special.. just holding hands all the way back from KL to SP sebab anak2 dah tido nyenyak x kaco daun hahahaha..

23944_3749268340795_1447092123_n

Sampai Sp siangnya bawak anak2 keluar late lunch then balik rumah spend quality time dengan diorang. Walopun membesar depan mata sendiri but it seems like they’ve grown up so fast! Kalo tengok diorang main, sembang, gelak sama2 rasa cam “Ya Allah, dah besar anak2 aku.” huhuhu..

Lepas maghrib tokmama ngan babah balik dr kenduri offer nak jagakan anak2. Bagi can kat saya ngan cinta gi dating sampai kol 12 tengah malam hahahahaah.. dah mcm Cinderella plak gayanya. Apapun thanx kat mama ngan abah sbb bagi peluang.

403042_3751396073987_125663817_n

Bila dah keluar berdua je kami mati akal x tau nak gi mana. Dah terbiasa hidup kalut dengan kecoh anak2 jadi mati kutu. Sudahnya cinta ajak gi SR lepak minum2 ngan makan kek. Celebration yg sgt simple tapi meaningfull.

302720_3751442475147_12440660_n

Happy 7th anniversary Cinta.. semoga Allah berkati jodoh dan kehidupan kita sekeluarga hingga akhir hayat. Thanx for accepting me for who I am, for being my husband. I LOVE U.. no words can describe *xoxo*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS