Aulia adalah sgt lembik berbanding adik.. sindrom anak sulong terlebih manja-jatuh sket nangis, terlanggar sket nangis, tersadung kaki sendiri nangis.. pepepun kesudahan kalo dia tertonggeng, terjelepuk atau pepe je la yg melibatkan jatuh konfem melalak walopun xde la sakit tara mana pun.. Kalo ada bekas luka yang dh 3-4 minggu baru dia nampak, otomatik dia dh lembik xbley jalan pastu meraung konon mcm sakit-giler-kena-masuk-spital.. ko ni drama lebey la yaya ;p
Lain plak dgn adik Hana.. mmg lasak skett. Setakat terhantuk dinding masa menyulur x sempat brek, terlanggar tiang buai, kena ketuk dgn kakak masa mood x baik.. xde hal.. uwaaa kejap x sampai 10 saat pastu continue melasak huhuhu.. cuba mama tinggal jap.. meraung cam kena dera.. haisy.. korang adik beradik neh kuat drama la..
Cerita hari ini, Aulia menggedik berlari masa nk gi toilet. Dari jauh mama dh menjerit cam pontianak.. “Jangan lari yaya.. licin!!” Stended la mama cakap cam menyanyi kan? Skali GEDEBUK!! Haaaaaaa…. kan aku dh cakap, masin je mulut aku nih. Bapak ko dh xyah beli garam kt umah ni! Pastu bermula la episod melalak-xde-noktah-tersedu-mcm-darah-keluar-membuak2.. adoii la.. dah la mama letih balik keje x hilang lagi. Dah satu keje nak mengadap drama swasta lakonan Aulia.. pastu otomatik lak tu bila adik dengar kakak nangis dia pun join nangis berjemaah.. apa kena korang dua beradik nih, melalak berirama ke?
Mama sgt xde mood nk melayan so mama cakap “Yaya cakap yaya otromen.. nape nangis?” Aulia pause, “Adik?” sbb adik pun nangis tadi. “Adik, baby.. bukan otromen.” Aulia tengok adik. “Otromen lampu nyala bunyi ting tong ting tong..” defend diri konon otromen pun nangis. “Mana ada.. otromen xde pun uwaaaa mcm yaya. X hero la otromen nangis sbb tu lampu dia je ting tong ting tong..” Aulia buat muka blur.. “Otromen nangis dalam hati ke?” Masa ni mama nak gelak guling2 dah.. mana la ko blaja ayat2 gini? “Yaya pun nak jadi super hero squad..ting-tong-ting-tong” terus nangis dalam hati la kot, dh xde drama sedu sedan.. muahahahaha!! Besar betul pengaruh TV kat ko ni anak.. pepepun lega hati mama xde la bingit telinga dengar ko melalak.. So, taktik otromen hari ini berjaya tapi x tau la untuk berapa hari lagi huhuhu.. Jadi mak bapak nih nak kena kreatif kan?