Memaparkan catatan dengan label mencari bahagia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mencari bahagia. Papar semua catatan

Jumaat, 13 November 2009

..::..tentang hati...

Mencari Bahagia <3>



Apakah yang perluku cari dalam hidup ini...
harta?
kecantikan?
pangkat?
barang kemas?
atau kebahagiaan...?
yang mana lebih utama..
pening kepala ingin menjawabnya...
kerana...


jikaku pilih harta..
maka akan jadi kaya tetapi pernahku dengar kata2 dari sahabatku..

katanya,
"Bila kita memiliki harta jangan dilupai sanak-saudara kerana harta tidak boleh
dibawa mati.Andai kita riak dengan memilikinya,ingatlah..
satu hari nanti harta itu yang akan membinasakan kita..."

hatiku berbisik..
benar jua apa yang diperkatakan oleh sahabatku..
Lihat saja hartawan, jutawan dan perbagai -wan di dunia ni...
harta telah membinasakan mereka..harta yang dimiliki digunakan
untuk mengubah kejadian tuhan maka yang mereka perolehi adalah kemudaratan..
digunakan untuk berjoli maka yang dapat keruntuhan rumahtangga dan
sakit yang berterusan...
digunakan harta untuk berjudi maka yang dapat anak isteri yang merempat..
apakah itu bahagia?

Andaiku pilih kecantikan...
ia jua tidak kekal..
satu hari nanti pasti ia pudar di mamah usia..
kecantikan bukan pada wajah tetapi jua pada hati..
dari hati maka lahirlah akhlak..
jika akhlaknya bertunjangkan iman akan baiklah ia..
jika akhlaknya berpandukan syaitan maka buruklah ia...

Bahawa di dalam diri anda terdapat segumpal darah, yang apabila baik segumpal darah tersebut maka akan baiklah diri anda, namun apabila buruk segumpal darah tersebut, maka akan buruk pulalah diri anda, dan segumpal darah tersebut adalah hati…
(Al-Hadith)


(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
(surah Ali-Imran :8)


Bilaku memilih pangkat pula...
takut satu hari nantiku akan jatuh rebah ke bumi...
ketika itu kawan menjadi lawan dan lawan apatah lagi..

bila memilih barang kemas...
akhirnya hilang jua barang kemas itu
ia tidak berpanjangan...
mungkin hari ini kita perolehi,tapi esok jadi taruhan..
amat menyakitkan bukan...
jadi siapa akan kita pilih?

Maka kebahagiaan itu lebih penting..
ia bukan hanya perkataan tetapi untuk mendapatnya mestilah
menzahirkannya...
Bahagia pada hati,bahagia pada diri,bahagia bersama keluarga dan
yang paling utama bahagia bersama dengan yang Esa..


teringatku sebuah cerita..
seorang raja yang amat suka pada lukisan kedamaian..
dalam banyak2 lukisan itu baginda amat tertarik pada dua jenis lukisan..
lukisan pertama..
menceritakan tentang kehidupan rimba yang sunyi..
di mana hati amat tenteram di dalamnya..
lukisan kedua pula...
menceritakan sawah padi yang menghijau..
di kaki bukit pula terdapat air terjun yang mengalir deras..
ia menghidupkan suasana penuh dramatik tetapi
disebalik air terjun yang mengalir deras terdapa
sarang burung di situ..
tergambar sebuah keluarga burung yang duduk tanpa menghirau suasana yang amat membahayakan sang burung di situ...

lalu raja itu memilih lukisan kedua kerana katanya,

"beginilah kehidupan..kita hidup dengan penuh ranjau dan duri
kita menempuhnya dengan tabah dan sabar maka kebahagiaan milik kita..
bahagia tidak akan dapat dengan mudah..jika dugaan yang diterima
tidak kita lalui dengan sebaiknya..biarlah di dunia ini kita derita kerana dunia
hanya sementara...yang kekal adalah kebahagiaan di akhirat.."



3.53 petang
waktu Selangor
exactly!!
13/11/09

Isnin, 9 November 2009

::Bukan Milik Kita::

Mencari Bahagia

Segala bukan milik kita

Segala puji bagi Allah ,
tuhan yang mencipta ana dan antum..
Sememangnya Dialah yang patut menerima pujian.
Segala keindahan adalah milik-Nya,
begitu jua ana dan antum.
Keindahan kita itu menandakan sebahagian keindahan milik-nya..
Alangkah bahagianya hidup kerana segala
milik-Nya ada sebahagian milik kita..!!
Bahagia itulah yang banyak yang dibincangkan pada masa kini...
Adakala kita mendengar keluh kesah tentang hakikat hidup...
Kadang-kadang ratapan dan tangisan kedengaran di mana-mana...
Salah menyalah antara satu sama lain...

“Apalah nasib aku mendapat anak yang kurang ajar macam ni..!! Anak yang
tidak tahu diuntung..Apalah nasib aku ni?? Apakah dosa aku!!”

“Kau ni tak layak tinggal dengan aku sebenarnya...Kau ni sampah je bagi aku!!!”

“Hari-hari saya yang buat kerja.Memasak,basuh baju,basuh pinggan,gosok baju awak..Awak tu tahu balik kerja tido,berdengkur...lepas tu makan,minum..tu je yang awak tahu sepanjang hidup ni..?? tak boleh ke tolong saya sidaikan baju kat ampai sekejap...saya nak susukan anak sekejap.Hai,apalah nasib aku dapat suami macam tu..!”

 
Pelbagai situasi kita dengar setiap hari di mana-mana sahaja tidak kira di dalam rumah,rumah jiran,televisyen dan everything...tetap akan ada,kadang-kadang jadi perkara biasa.Jadi kita pun tulikan telinga dan butakan hati untuk mengubah mereka tentang ujian Allah..Tidakkah antum terfikir yang segala kejadian mahupun susah atau senang adalah ujian di muka bumi ini..diberi kepada kita maka ingatlah firman Allah:

“Dijadikan mati dan hidup adalah untuk menguji manusia siapakah
yang terbaik amalannya.” Al Mulk.

Usahlah antum bersedih kerana hidup ini penuh dengan ranjau..
mungkin itu sebahagian top up untuk akhirat nanti..
Janji Allah tetap akan ditunaikan...
Ana selalu ingatkan diri ana bila ujian melanda diri ini
maka yang utama adalah semuanya bukan milik ana..antum pun begitu jua...
Sekejap diberi gembira dan sekelip mata ia hilang dipandangan...Jika kita menderita maka lihatlah di luar sana pasti ada yang lebih derita yang tak dapat ditanggung..

Segalanya bukan milik kita yang mutlak,Allah beri pinjam seketika sahaja...
Tentang sebuah keluarga yang bahagia,tetapi kebahagiaannya hanya seketika malah mereka tidak pernah salahkan tuhan segala kejadian yang menimpa mereka..Ana rasa cerita ini amat popular tetapi ana suka bercerita..Inilah tugas fasilitator sentiasa bercerita untuk dijadikan motivasi...Sudah menjadi kebiasaan bercerita maka di sini jua ana ingin bercerita..

Kisahnya begini..

 Peristiwa ini berlaku ketika si suami keluar bekerja untuk beberapa hari.
Dan si isteri dan anak mereka tinggal di rumah .
Maka di pendekkan ceritanya ,suatu
hari si anak jatuh sakit yang amat...
Si isteri kebingungan dan tiada siapa yang ingin di harapnya hanya pada Allah.

Dengan kuasa Allah , anaknya meninggal dunia.
Si isteri menunggu kepulangan si suami.
Apabila si suaminya pulang dari tempat bekerja maka di

Tanya ke manakah anaknya.
Si isteri menjawab,
“Anak kita sedang tidur nyenyak di tempat pembaringan,”

si suaminya pun melihat anaknya di kamar tidur.
Ya...memang benar anaknya sedang tidur.
Ketika suaminya sudah hilang penat dari perjalanannya.

Si isteri pun mengambil kesempatan untuk memberitahu perkara sebenar.

“Wahai suamiku, bolehkah aku meminta pendapatmu,”
si isteri memulakan bicaranya.

“Silakan,wahai isteriku,”jawab suaminya.

“Wahai suamiku,ketika kamu pergi keluar bekerja.Aku telah meminjam pinggan daripada jiran kita.Apakah yang patut kita buat,wahai suamiku?”Tanya si isteri.

“Wahai isteriku,jika kita telah meminjam sesuatu maka sepatutnya kita pulangkan kembali kerana itu bukanlah hak kita,”jawab si suami tanpa berfikir apa-apa di sebalik pertanyaan isterinya.

“Wahai suamiku,begitulah yang terjadi kepada kita.Allah telah meminjam sesuatu yang berharga kepada kita iaitu anak.Sampai waktu ia mengambilnya..”Beritahu si isteri.

Alangkah terperanjatnya si suami rupa-rupanya di sebalik pertanyaan itu ada suatu perkara yang besar telah berlaku.Maka si suami hanya berserah kepada Allah taala dan redha dengan apa yang berlaku.



Bagaimanakah perasaan antum bila berada dalam situasi mereka?Adakah meraung menyalahi takdir Allah atau redha dengan ketentuannya...?Keteguhan iman mereka tidak dapat digambarkan,rasa syukur pada Allah makin menjalar hebat diruang hati mereka...Apakah kita tidak rasa begitu?

Segalanya dari Allah

Benar sahabatku,segala yang ada di dalam tubuh,diluar tubuh dan disekeliling kita bukanlah milik kita...Segala milik-Nya.Kita hanya peminjam seketika,jika tiba masanya kan diambil bila-bila masa..

Seperti pemiutang dengan peminjam..
Pemiutang akan memberi kita barang yang hendak dipinjam tapi bila tiba masanya pemiutang akan ambil kembali barangnya tanpa memberi waktu atau masa bilakah akan diambilnya barang itu...


Maka apakah hak kita untuk melarangnya..kerana itu adalah miliknya...
Begitu jualah kita hidup di dunia ini...hanya seketika dan tiba waktunya akan pergi jua.Kebahagiaan boleh dicapai dengan rasa SYUKUR pada-Nya..Bila rasa SYUKUR telah menyeliputi hati kita maka tiada lain hanya ALLAH tempat kita membalas rasa CINTA...



3.31 pagi
Well done!!
9/11/09


Rabu, 21 Oktober 2009

Khas buatmu...

Mencari bahagia <1>





Sedang ana mencari-cari buku yang hendak di baca di rak buku.Ana

terpandang majalah SOLUSI yang ana beli ketika konvokesyen di KUIS.

Ana melihat tajuk majalah SOLUSI iaitu mencari bahagia...

Majalah SOLUSI isu 6 ni masih belum ana baca

kerana waktu terlalu terhad.Setelah Syawal ke-8 ni barulah

masa untuk kembali membaca.

Dan ketika an abaca majalah tersebut terlintas

dalam fikiran untuk membuat

artikel dalam blog ni kerana selama ini ramai manusia

salah erti hakikat kebahagiaan

itu sendiri.


Bila berbicara tentang bahagia teringat ana tentang sebuah lagu dari

kumpulan nasyid tanah air iaitu UNIC yang pernah

menyanyi lagu bertajuk Hakikat Bahagia..
ana rasa setiap orang pasti ingin kebahagiaan.

Siapa yang tidak mahu dialah

paling rugi..jadi bagaimana ingin mendapat bahagia itu...

renunglah dan carilah apa

yang terdapat pada bait-bait lirik ini...

bukan untuk dibaca sahaja tetapi nilai kita selama ini...

Adakah kita insan yang bersyukur atau insan yang tidak pernah memohon

keampuanan kepada Allah taala....

HAKIKAT BAHAGIA

Bahagia itu dari dalam diri kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Bahagia itu ada pada hati bertahta di kerajaan diri
Terpendam bagai mutiara di lautan nurani
Bahagia itu ada di jiwa mahkota di singgah sana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan...
**Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah jiwakan menjadi tenang...
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila Berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan tuhan
Hakikat bahgia itu adalah ketenangan
Bila hati mengingati tuhan....
Semua insankan mengerti
Maksud terseni ilahi itulah zikir yang hakiki..
Bahagia itu dari dalam diri kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Bahagia itu ada pada hati bertahta di kerajaan diri
Terpendam bagai mutiara di lautan nurani
Bahagia itu ada di jiwa mahkota di singgah sana rasa
Bahagia itu adalah suatu kesabaran
...





Wahai saudaraku...

Bagaimana kita sebagai khalifah yang dipertanggungjawabkan

ke atas muka bumi ini tidak pernah rasa bersyukur.

Lihatlah sesungguhnya bahagia itu adalah satu kesyukuran

kita terhadap Maha Esa.

Bagaimana ya?

Teringat ana pada suatu program induksi fasilitator

untuk program Perkampungan Menara Gading 08.

Pada perkenalan ana bersama abang dan akak senior...

imbau kembali ketika itu,

suatu cerita yang tidak pernah ana lupa hingga kini tentang syukurnya

hidupan disekeliling kita ini terhadap kehidupannya..

Cerita ini diceritakan oleh

Abang Syukor yang ana hormati...

sudah lama ana tidak bertemu dengannya kerana masa

amat terhad untuk bertemu dan mendengar

ceritanya yang sehingga kini menjadikan ana

sentiasa bersyukur kepada Allah taala.

Ceritanya mengenai 3 ekor binatang iaitu kerbau,
kelawar dan cacing....
Katanya memulakan cerita itu,
“suatu hari Allah telah mengutus malaikat untuk
bertanya kepada binatang ini tentang kehidupan mereka...
bertanya malaikat ke atas kerbau,kelawar dan cacing ini..
“wahai kerbau,
adakah engkau rasa bersyukur dengan hidup engkau
yang hanya bermandikan lumpur..?”Tanya malaikat itu.

Maka kerbau pun menjawab,
“MasyaAllah,syukur Alhamdulillah.
Berbandingkan kelawar yang hanya
bermandikan air kencingnya sendiri.”

Setelah itu,
malaikat pun pergi kepada kelawar dan
bertanya soalan yang sama untuk kepastian.

“wahai kelawar,
adakah engkau bersyukur dengan hidup engkau
yang hanya bermandikan air kencing engkau sendiri..?”

Maka jawab kelawar dengan rendah diri,
“MasyaAllah,syukur Alhamdulillah.
Berbanding hidupku dengan cacing yang
hanya hidup di dalam tanah yang sempit.”

Maka malaikat yang diutus oleh Allah itu pergi
kepada cacing dan bertanya tentang soalan yang sama juga.

“wahai cacing,
adakah engkau bersyukur dengan hidup engkau
yang hanya hidup di dalam tanah yang sempit ini..?”

cacing amat terperanjat dengan pertanyaan itu.
Maka cacing menjawab pertanyaan itu dengan rendah diri,
“MasyaAllah,syukur Alhamdulillah.
Aku ini hanya mahluk yang lemah tetapi tidak pernah
aku melupakan Penciptaku.
Ucapan syukur itu hanya untuk-Nya berbanding dengan
manusia yang alpa dengan kejadian mereka
di muka bumi Allah ini dan mereka sesama mereka
bermusuhan,bergaduh dan berperang.”

Begitulah jawapan dari ketiga-tiga mahluk Allah.
Maka malaikat pun melihat manusia.
Benar apa yang diucapkan oleh cacing itu..
Manusia dari dulu wujudnya Adam
sehingga kini setelah wafatnya nabi Muhammad SAW

penuh dengan nafsu haloba yang

masing-masing ingin menguasai dunia tanpa

memikirkan mahluk yang lemah.

Mulia sungguh binatang yang dijadikan Allah itu

dengan rasa syukur walaupun kejadian mereka

menyusahkan hidup manusia.

Lihatlah wahai saudaraku,

sedangkan binatang yang tidak

berakal pun amat rasa bersyukur kepada Allah taala

apatah lagi kita yang bergelar

manusia yang berakal boleh berfikir yang mana

mungkar dan yang mana maaruf.

KEISTIMEWAAN yang diberi oleh Allah telah kita sia-siakan

dengan sewenang-wenangnya.Apa yang telah kita lakukan?

Kita telah mencetuskan

kemusnahan di muka bumi Allah ini.

Astaghfirullah halazim.....

Ketika ini teringat ana

tentang sahabat ana...

Ana pernah bertanya kepadanya apakah makna bahagia baginya.

Maka dia menjawab kebahagiaan sebenar

terletak pada hati yang sentiasa mengingati Allah,

harta benda adalah kebahagiaan yang tidak kekal.

Katanya lagi,

dunia ini syurga bagi orang kafir dan yang alpa dan

penjara bagi orang beriman...

Kerana itu manusia pelbagai ragam..

dan yang paling benar adalah kebahagiaan di akhirat kelak.

Wahai saudaraku,

Inilah cerita yang banyak kali ana dengar dari bicara abang syukor.

Cerita ini bukan

sebarang cerita tetapi cerita ini untuk motivasi diri

dan ingatkan kita rasa syukur pada pencipta yang Agung.
Walaupun telah diolah dengan versi ana sendiri,

maaf abang syukor kerana meminjam cerita abang dalam blog

kali ini tetapi ia tetap satu

matlamat,tetap satu tujuan iaitu wujudnya rasa syukur kepada-Nya.

Bahagia itu suatu kesyukuran..

Jadi apakah bahagia itu???

Apakah bahagia itu??
Bagaimana ingin mendapat kebahagiaan???

Adakah bahagia itu ketika sihat atau ketika kaya..
atau bahagia itu ketika berjaya menggenggam segulung

ijazah...!!!

Mari kita renung kembali bait-bait lirik lagu Hakikat Bahagia:



“Bahagia itu adalah suatu ketenangan...
Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila Berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan tuhan
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran ”

Ya,benar saudaraku....
manusia yang jiwa dan hatinya bahagia ialah ketika

susah tidak pernah ia berkeluh kesah,

ketika ia dalam kemiskinan tidak pernah ia

meminta-minta malah bertambah pemurah,
ketika ia sakit tidak pernah sesekali ia

menyalahi takdir,

ketika ia kaya tidak pernah ia lupa pada insan yang memerlukan

bantuan,

ketika ia diberi kuasa tidak pernah ia pecah amanah,

ketika ia Berjaya tidak

pernah ia sombong malah amat bersyukur dengan

nikmat yang diberikan dan...
ketika ia

sihat ia memanjangkan amalannya

untuk ucapan syukur kepada yang Esa...

Itulah manusia yang bahagia bukan sahaja di dunia malah di akhirat jua..

Ingatlah,saudaraku!


Allah pernah berfirman,

“ Terdapat 3 golongan manusia yang disukai oleh Allah dan

terdapat 3 golongan yang lebih disukai Allah.”

1] orang yang tawadhuk dan orang kaya yang tawadhuk lebih disukai oleh Allah swt.

2] orang yang pemurah dan orang miskin yang pemurah lebih disukai dan dikasihi oleh Allah SWT.

3] orang yang bertaubat dan orang muda yang bertaubat lebih disukai olah Allah SWT.


Dalam surah al-Ra’d ayat 28,Allah berfirman:


“(iaitu)orang-orang yang beriman dan tenteram hatinya

dengan mengingati Allah.

Ingatlah (bahawa) dengan mengingati Allah itu, tenteramlah segala hati.”

(tafsir prof.Dr.Hj.Mahmud Yunus)

Wahai saudaraku,


Ingatlah Allah setiap kali kita melakukan sesuatu kerana Allah

pasti melihat apa yang kita lakukan...

Orang yang sentiasa hatinya mengingati Allah taala maka hatinya

sentiasa tenteram dan tenang..

bukankah Allah telah berjanji dengan mengingati-Nya

jiwa kita akan tenang.

Alunkankanlah zikir setiap masa kerana Allah amat menyukai

hamba-Nya yang sentiasa mengingati-Nya.
Lihatlah burung-burung yang berkicauan sentiasa berzikir kepada pencipta-Nya,

ikan di lautan yang renangi arus air dan adakalanya

ia melompat kegembiraan masih mengingati

pencipta-Nya malah anai-anai di dalam

kayu-kayu buruk masih dapat mengingati Allah taala...

Jika kita di beri pilihan untuk bertanya kepada

hidupan ini sudah tentu

semuanya akan menjawab syukur kepada Yang Maha Penyayang..

tidak sesekali akan

membantah perintah Allah.
Mungkin mereka berkata,

“sesungguhnya mahluk yang tidak

rasa bersyukur adalah manusia.”
Wahai saudaraku,

tidakkah kita malu dengan mahluk Allah itu...


Di manakah kita sebenarnya?




Kata-kata hikmah dari Masruq ibn al-ajda'