Showing posts with label Kembara. Show all posts
Showing posts with label Kembara. Show all posts

Pais Patin Tempoyak Temerloh


Alhamdulillah rombongan cik kiah kembali lagi..🤗😁

Trip kali ini tanpa perancangan sebenarnya. Last minute Hj Haslam wasap ajak, "jom hjh pi temerloh! ada dua seat kosong" Allahu, alhamdulillah rezeki dapat gak pergi.. sebab dua tiga hari sebelum tu en suami ada sebut "jom kita ikut deorang pi temerloh."Saya pun bila dengar je macam tu, terus wasap tanya ada seat lagi tak? Sebab dah nak dekat tarikhnya, rasa logik la macam tipis je kebarangkalian nak dapat tempat ..hi hi.. memang betul tekaan saya, dah penuh. So, takpe la .. fikir mungkin rezeki lain kali.

Namun, betul lah orang kata, rezeki tu tak salah alamat, tak gitu..alhamdulillah dapat juga akhirnya ikut pi Temerloh.

Okeh done intro..hahaha✌


Maka bertolaklah kami seramai 44orang ke Temerloh pada jam 1.30 pagi, hari Ahad 12hb januari,2025. Pagi bebeno tuu... Nak kena gerak awal supaya kami dapat bersiap sedia untuk solat subuh berjemaah dan dapat hadir kuliah Subuh di Masjid Temerlohjaya dengan izin Allah.


Alhamdulillah sampai di Temerloh jam 4.00 pagi. Bas berhenti untuk peserta turun minum² kopi basahkan tekak, hilangkan penat dan stress duduk lama dalam bas. Alhamdulillah tiba di Masjid TemerlohJaya sekitar jam 5.00 pagi. Daku mulakan langkah kaki kanan masuk masjid dengan doa "Allahummaftahli abwaba rohmatik..ya Allah bukakanlah bagiku pintu² rahmatmu...aamiinn " Alhamdulillah bersemangat rasanya lepas dapat Subuh berjemaah dan dapat dengar kuliah Subuh(di SINI) beramai-ramai dengan ahli kariah masjid. Suasana di ruang solat begitu tenang dan menyuntik damai di hati. Terimakasih buat ajk masjid yang menyediakan sarapan Nasi Lemak dan minuman panas buat kami ahli rombongan. Jazakallah. Gembira dapat berkenalan dengan beberapa orang muslimat Masjid Temerlohjaya. InshaaAllah ada rezeki dapat jumpa lagi.



Destinasi kedua kami mengikut iterneri ialah Pasar Sehari Temerloh. Kabarnya ia merupakan pasar terpanjang di Malaysia. Aduhh..siap lah kaki dan lutut kami² yang warga tua ni kena jauh berjalan...🥲

Memang betul, rasa macam terlebih panjang laluan pasar yang bercabang di tengahnya menjadi dua laluan. Saya berjaya selesaikan satu jalan je, satu jalan lagi mampu halfway je. Pasar ni kiranya macam pasar tani la, jual banyak hasil tanaman, ikan sungai, ikan pekasam, kueh mueh tempatan dan macam² lagi. Bak kata Ma, kawan saya yang asal Temerloh tu kata .."kat pasar tu mak ngan ayah je takde!" Uishh🤔🥹


Dapat beli pisang Awak dua sikat, petai, ikan pekasam, kueh² seperti kueh Pena, Badak Berendam, Lepat Ubi dan lain².  Lama juga masa dihabiskan di Pasar Sehari tu, memang kalau duk lagi lama lagi banyak rasanya yang nak kena beli... so elok kita gerak dulu..he he.. Naik2 bas, terus buka makan kueh2 yang dibeli😁


Seterusnya kami ke Ladang Aiskrim Vanilla. Agak menarik, kawasan sekitar begitu hijau dan redup dengan banyak ditanam pokok2 hiasan dan lanskap. Kami makan aiskrim sambil borak2 dan bergambar.


Jam dah tunjuk pukul 1.00ptg, maka bas pun berhenti di Restoran  Go Bang Maju untuk kami turun makan tengahari. Kami suami isteri pilih 3 lauk iaitu Pais Patin Tempoyak, Daging Salai Masak Lemak dan Udang Celop Tepong. Kena beratur melalui Tol Temerloh masa nak bayar...hahaha


Harga agak premium, ambil 3 lauk tadi beserta 2 pinggan nasi putih berjumlah rm62..huhu


Tapi bila rasa masakan...WOW! memang amazing..sangat sedap Pais Patin Tempoyak tu bagi tekak daku..Alhamdulillah. En suami tak makan ikan patin, jadi saya berpeluang habiskan Pais Patin sensorang..yezz🤭 InshaaAllah ada rezeki nak datang lagi lah sini makan Pais Patin.🤗

Senang hati selepas makan, kami langsung ke Taman Gajah di Kuala Gandah



Rasa terhibur tengok gelagat gajah yang lucu, pandai pamerkan kebolehan masing2; ada yang angkat kayu, meniti atas titi dan macam2 lagi.  Nice sangat datang sini, InshaaAllah boleh rekemen kat anaknda suruh bawak cucu-cucu daku ke sini tengok gajah. Rasanya lebih hapenning kat sini dari tengok gajah di zoo..he he

Geli hati tengok gajah gajah pakat buat lintas hormat depan kami selepas selesai buat pertunjukan🤗



Dah penat berjalan jauh ronda² di taman gajah tu, sepertimana dalam iterneri, Hj Ramli kemudiannya membawa kami minum cendol di Restoran Cendol Lily. Aww...best sangat rasa bila satu bas orang belanja minum cendol..hahaha ..TQ TQ tuan yang belanja..Jazakallahu khoiron.


Okeh..trip dah hampir sampai ke penghujungnya. Sekejap je dah nak balik..huuu.. Otw balik kami singgah solat jamak takhir Zohor dan Asar di persinggahan rnr. Rasa seronok trip kali ini berjalan ke Temerloh, makanan memang terbaek! Pasti lepas ni, Ingat Temerloh ingat Pais Patin Tempoyak !


**nota:

Hari ini dah 22Rejab, masih beberapa hari lagi berbaki sebelum kita masuk bulan Syaaban. Jom sentiasa doa.. "Allahummabariklana fi rojabin wasyaabana wabalighna Romadhon..."

Sekian wassalam.


Doa Mohon Takwa


Alhamdulillah  dapat sedikit kefahaman ilmu dari sedutan Kuliah Subuh di Masjid Temerlohjaya pagi Ahad 12/1/25.


Allah swt berfirman:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Maksudnya: Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.

(Surah Ghafir: 60)


Ustad dalam tazkirah di hening Subuh pesan agar kita sering amalkan doa mohon takwa dari Allah SWT selepas tunai solat. Sebagaimana yang disebut dalam hadis Rasulullah SAW, yang bermaksud:


Dari `Abdullah bin Mas`ud radhiAllahu `anhu, dari Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam, adalah sesungguhnya Baginda pernah berdoa:


اللّٰهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى

Allahumma inni as’alukal-huda wat-tuqo wal-`afafa wal-ghina


“Ya ALLAH, sesungguhnya daku memohon dariMU akan petunjuk, sifat taqwa, sifat mensucikan diri dari dosa dan sifat berasa cukup.”

(HR Muslim)

..............................

Bukan senang nak jaga hati.

Kata ustad.... Imam Shafie ra membahagikan masanya malamnya kepada 3 bahagian iaitu; 4 jam tidur, 4jam ibadah, 4jam cari ilmu. 

Subhanallah.


Jangan kita merasa dah puas dan cukup dengan ibadah yang dilakukan. Kena usaha untuk sentiasa memperbanyakkan ibadah.


Ibadah sebaiknya dilakukan dalam keadaan kita seronok dan rasa gembira melakukannya. InshaaAllah beroleh tenang dan kusyuk dalam beribadah kepada Allah.


Hubungan dengan manusia pula, nak mudah, buat baik je dengan semua orang. Takde dengki, takde hasad sesama manusia. Namun banyak cabarannya sebenarnya, bukan mudah. Kita cakap macam mudah. Jadi bagaimana? Caranya, kita pandang manusia dgn pandangan yang baik. Yang elok kita ambik pedoman, yg tak elok kita nasihatkan dia.


Berbaik sangka terhadap orang lain, agar elok hubungan sesama manusia.

Pandangan aku betul tapi mungkin pandangan orang lain lebih tepat.

Pandangan orang salah, tapi mungkin pandangan aku lebih salah.


Wallahu'alam.


**...makan Pais Patin Tempoyak di Temerloh pada hari tersebut, kisahnya di SINI

Trip ke Kuching Sarawak




Alhamdulillah tak sangka sampai juga ke Sarawak. Tak pernah terfikir pun sebelum ini nak datang Sarawak. Tapi dengan izin Allah alhamdulillah, tiba² je hari tu lepas bincang² dengan en suami selepas balik dari KK Sabah, terus decide nak ke Kuching Sarawak pula.


Kiranya book tiket flight terlebih dahulu kemudian selepas tu godek² booking.com cari tempat nak duduk mana..ehe he.. 

Dua bulan setelah dah settle book semua, maka bertandang lah kami ke bumi Kenyalang ini Alhamdulillah.

Berbeza dengan kembara ke KK(sila klik di SINI) tempohari, bermusafir ke Kuching ini agak luarbiasa meriahnya. Hahaha... Nak tau kisahnya? Jom saya cerita😁🤗


Kami tiba di Kuching kira² jam 9 pagi. Duduk minum kopi sebentar di Sarawak Kopitiam di airport sebelum panggil Grab untuk ke hotel Impiana by Roxy. Ke hotel pagi² hanya untuk letak beg. Waktu check-in nya jam 2 petang, jadi nya kena gunakan masa dengan sebaik²nya pagi itu.  Dari hotel kami ambil Grab ke India Street dan jalan² sekitar Waterfront. Singgah masuk melawat Masjid Terapung.. Allahu! Sangat indah view masjid di tepi sungai.  Bila waktu dah masuk tengahari, kami pun ke Plaza Merdeka berhampiran Waterfront untuk jalan cari² makan pula..🤗



Kembali ke hotel untuk check-in, lantas solat dan rehat seketika sebelum petang hari pertama itu kak Kiah dan Kak Jijah datang pick up kami di hotel. Kak Kiah dan kak Jijah rakan sebilik saya semasa tunaikan umrah Januari23. Subhanallah gembira sangat dapat berjumpa semula lepas terpisah balik umrah hari tu. 




Kak Kiah dan kak Jijah datang bawa kami keluar makan² di Moms Laksa.  Agak best bila diperkenalkan dengan menu popular di sini iaitu Laksa Sarawak. WOW! Amazing..sedap..kena dengan tekakku dan en suami🤭😍 Tqsm kak Kiah belanja makan dan tqsm kak Jijah yang tukang bawak kami ke sana ke mari..hi hi.. Lepas makan dan cerita², kak jijah bawak pusing² bandar Kuching. Wahh! Boleh tahan Kuching ni,  bandarnya besar, bersih dan cantik.  Tengok sini, tengok sana...semua tempat nampak kucing. Hahaha.... Kak jijah dan kak kiah sempat cerita2 sikit tentang tempat2 yang kami lalu tu tu..macam tour guide pulak...hi hi.. Tq Tq.  Akhirnya tiba masa nak berpisah, kami mintak kak Jijah just drop kami kat Aeon Mall. Okay bye my frenzs, moga ada rezeki dapat jumpa lagi kita suburkan ukhwah.. InshaaAllah..Aaminn



Masa sedang duduk² di Aeon hilangkan penat berjalan, tiba² Mai pulak wasap ajak keluar. Mai juga sama seperti kak kiah dan kak jijah, merupakan rakan sebilik saya tika di Mekah. Suaminya en Man pula rakan sebilik en suami saya ketika menjadi Tetamu Allah time itu.


Makanya keluar lagi lah kami bila Mai dan en Man bawak ronda² Kuching nite session..hi hi.. Round kedua pusing bandar Kuching malam itu🤭 Singgah ambik snapshot di area Waterfront. Kemudian redah masuk kampung² Melayu sehingga sampai ke Kg Boyan di mana terletaknya lokasi kedai² origin kek Lapis. Alhamdulillah kedai Mira Kek Lapis masih dibuka time tu, walhal dah agak lewat malam waktu kami sampai. Alhamdulillah tqsm Mai & en Man, moga Allah balas kalian dengan kebaikan..aamiinn



**info:

Kampung Boyan terletak di seberang sungai. Ia adalah kampung tradisional yang menarik para pengunjung untuk dapatkan kek lapis Sarawak dan juga ikan Terubok Masin dengan harga berpatutan. Boleh menyeberang ke sana dengan perahu/bot atau boleh je terus ke sana dengan lintas jambatan yang merentangi sungai dan satu cara lagi tentunya dengan naik kereta/grab terus ke sana.


Hari kedua di Kuching

Pagi² kami turun makan buffet sarapan di level 3 hotel. Alhamdulillah boleh tahan sedap. Menu pelbagai juga lah, ada nasi goreng, kentang, sosej, roti bakar, crossaint, buah-buahan dll. 



Selepas breakfast, ada janji nak jumpa kak May pula, my dearest akak ipar yang dah kira² 20 tahun tak jumpa. Kak May datang bersama anaknya Zaiwin kira² jam 10.30pagi. Gembira sangat dapat jumpa kak May. Bak kata en suami saya, pertemuan kali ini umpama jejak kasih yang sungguh syahdu dan bermakna🥹🥹

Alhamdulillah kak May kelihatannya masih sehat dan ceria sebagaimana yang saya jumpa terakhir kali tika arwah abang sulong saya(suami kak May) masih ada😔 


Zaiwin bawa kami pergi makan di King Laksa. Allah! Makan lagi, baru je breakfast🤗.

...hahahaa

Makan Laksa sarawak untuk kali kedua.  Agak best♡. KakMay dan Zaiwin pon makan laksa. En suami pula nak cuba Mee Kolok🤭, sementara Yani(anak kak May) yang datang kemudian makan nasi goreng. 





Selepas makan, Zaiwin bawa pergi kenal rumah kakMay/arwah abg Kassim di Samariang. Sebelum itu, lajak sikit dari rumah tunjuk kawasan tanah perkuburan arwah abg Kassim😭 Sangat luas dan lapang tanah perkuburan Samariang. Sejuk mata memandang tengok kawasan tanah kubur tempat arwah abangku disemadikan.. al-Fatihah.


Spent time sebentar dengan kakMay tengok² tanaman. Solat jamak qasar dulu di rumah kakMay. Yani hadiahkan Pes Laksa Sarawak untuk dibawa pulang. Tqsm yani💜

Pastu dah nak kena bye kakMay🥹. Moga ada rezeki berjumpa kakMay lagi InshaaAllah. Dari rumah kakMay, Zaiwin drop kami ke kedai souvenier berhadapan Waterfront. OK bye Win.


Jalan² tengok barang² souvenier di sepanjang jalan utama kemudian  ambil grab pergi ke Muzium Borneo. Besar  dan gah muziumnya, nak masuk tu kena tiket rm20 setiap seorang. Khabarnya ia muzium terbaru di Kuching.






Sambung pula pergi ke Viva Mall yang kabarnya mall terbaru di sana. Jalan² cari makan santai² di situ baru balik hotel.



Hari ketiga di Kuching

Makan sarapan di level 3 hotel. Kali ini menu bertukar. Ada tambah omlet dan bubur nasi. Alhamdulillah boleh tahan best👍👍


Lepas breakfast, kami ambil grab pergi ke Muzium Islam kemudian ke satu lagi muzium iaitu Muzium Semulajadi Sarawak. Ohh..memang suka melawat muzium eh🤭😂😂





Kemudian ke Kubah Ria pula mencari ikan terubuk masin. Dapat beli 5 ekor ikan masin yang saiz besar untuk dibawa pulang alhamdulillah. Tokey ikan terubuk masin siap pesan suruh buang garam kemudian basuh bersih² ikan bila balik rumah. Kalau terus di frozenkan ikan tersebut dikhuatiri ikan akan jadi tersangat masin bila lama diperap dalam freezer.  Selepas dibasuh bersih, elok dipotong siap² sebelum masuk dalam bekas/tupperware untuk dibekukan. Bila keluarkan beberapa keping untuk digoreng, rendam sekejap untuk kurangkan masinnya. Gitew....


Okay sambung kisah selepas settle pasal ikan terubuk masin di Kubah Ria, kami pun balik hotel untuk check-out.  Selesai semua, tumpang tinggalkan beg kat lobby hotel sebelum call grab, sambung berjalan lagi untuk hari terakhir kami di Kuching🤗

Mula² sekali singgah di Mom Laksa, pekena buat kali ke 3 Laksa Sarawak. Aduhhh tak boleh move on, masih teringat keenakan menu popular Sarawak ini.


Dari Moms Laksa,  kami ambil grab  ke kedai Kek Lapis Warisan untuk tambah beli sedikit lagi kek lapis. Agak happening berada di sana ketika itu kerana time tu ramai ahli rombongan lain turut berada di situ datang nak beli kek lapis.



Grab yang sama menunggu kami di kedai kek lapis kemudiannya membawa kami ke Masjid Bandaraya Sarawak yang tersergam indah. Allahu, sangat membuat hati berdebar² menyaksikan suasana persekitaran masjid yang dilatari kawasan tanah perkuburan..."Assalamualaikum ya ahli kubur.."



Selesai solat jamak Zohor Asar, kami berjalan kaki menyusur laluan tepi masjid menuju area Waterfront. Duduk² rehat di hadapan Masjid Terapung(Masjid India) sambil makan kueh apam balik sebelum ke Aeon Mall untuk kesekian kalinya.


Sampailah masanya nak tinggalkan Kuching, alhamdulillah rakan en suami tuan Busrah yang bertemujanji dengan en suami di Aeon kemudiannya offer menghantar kami ke airport malam itu. Singgah ambil beg dulu kat hotel lantas terus ke airportTerimakasih, Jazakallah.


Sungguh, percutian 3hari 2malam kami di Kuching terasa begitu bermakna, buat hati begitu teruja dan menyuntik rasa terharu. Schedule agak pack dan hari terisi sepenuhnya. Terasa diri sangat  dirai'kan semasa berada di sana alhamdulillah. Jazakallahu khoiron💌


🌺🌺🌺

Guna servis Grab semasa di Kuching: total rm112#

rm11 - airport to hotel

rm6 - hotel to india street

Jalan kaki ke plaza merdeka dari water front

rm6 - Dari plaza merdeka balik hotel

.........................

rm5 - kedai souvenier to borneo culture

rm14 - borneo culture to vivamall

rm8 - vivamall to hotel

..........................

rm6 - hotel to muzium islam

rm6 - muzium islam to muzium semulajadi

rm6 - ke Kubah Ria - pasar satok bloc C cari ikan masin

rm10 - to hotel for check out

..........................

rm8 - hotel ke Moms Laksa

rm9 - ke kg kek warisan

rm6 - ke masjid bandaraya sarawak

Jalan kaki ke waterfront; masjid india(masjid terapung)

rm11 - masjid india ke Aeon Mall

🌺🌺🌺

Terubuk masin wajib beli😆

Kek Lapis Sarawak super sedap


ALHAMDULILLAH.









Kembara ke Sg Tengi, Sekinchan dan Kuala Selangor


Alhamdulillah sekali lagi ikut rombongan cik kiah yang diketuai oleh Hj Ramli dan dibantu oleh Cik Lia ke Felda Sg Tengi, Sekinchan dan Kuala Selangor. Trip balik hari je. Dijadualkan pergi jam 7pagi, sampai balik Bukit Sentosa jam 8malam. 


Jadi selepas Subuh pagi 10/8/24 hari Sabtu, kami gerak menuju ke Masjid Assalam Bukit Sentosa. Dalam perjalanan, Hj Lan talipon tanya kami dah kat mana time tu. Rupa²nya peserta rombongan 95% dah ada atas bas. Oh daku kah yang terlewat atau bas kah yang tercepat...hahaha😂


Okay bas bergerak meninggalkan Masjid Assalam sekitar jam 7.15 pagi. Duduk tak lama kat seat penumpang, saya dan en suami terus buka pack Nasi Lemak yang disediakan. Kita makan breakfast dulu apa apa hal..ha ha ha



Bas masuk exit Bukit Tagar menghala ke Sg Tengi. Lebihkurang 40 minit perjalanan, maka kira² jam 8pagi sampai lah kami ke destinasi pertama dalam iterneri iaitu Ladang Buah Tin Benefigs Hulu Selangor di Felda Sg Tengi Selatan. Kami diberi taklimat ringkas cerita² pasal ladang buah tin tersebut. Kunjungan bas² pelancong khabarnya tak putus. Pada hari itu selain rombongan bas kami, ada dua lagi bas dari Singapura dan Penang yang sedang dalam perjalanan ke mari.


Diceritakan kononnya buah tin jika tanam hari ini inshaaAllah 4 bulan selepas itu dah berbuah dan tak lama kemudian dah boleh dipetik. Buah tin ada yang tahan lasak, namun ada yang sensitif. Ada buah yang bila masak berwarna merah, kuning dan ada yang hitam. 


Usai taklimat, kami yang tak sabar² nak tengok buah tin segera menuju ke greenhouse tempat ditanam pokok² buah tin.




Wahhh!...banyaknyaaaa buah tin. Bergayut² semua tengah masak ranum dari beberapa greenhouseGreenhouse yang diberi laluan untuk rombongan kami masuk mempamerkan pokok² buah tin yang benih dari Jepun bernama Maswi Daufin.  Buah nya bila masak berwarna merah. Harga 1kg rm65, wow!😲



Seronok dapat peluang petik² sendiri buah tin dari pokoknya. Bilang², saya petik kira² 11 biji buah tin kesemuanya. Rasa buahnya super manis dan sedap..MasyaAllah.

Kat sini awal² lagi saya dah habis rm100++...aduhh... ni baru first stop 🤭


Tengah Q nak bayar

Bas kemudiannya melalui jalan kampung yang sempit yang kiri kanan jalan banyak tanaman secara besar-besaran seperti pokok kelapa sawit,  pokok² pisang dan nampak ada juga pokok kedondong. Pemandangan hijau sepanjang perjalanan amat mengasyikkan. Bas akhirnya berhenti di Sekinchan Coconut Park ikut destinasi sebagaimana yang ada dalam iterneri.  Dah namanya coconut park maka tentulah banyak pokok kelapa kat sini. Terdapat deretan gerai² jualan makanan dan minuman untuk rai'kan para pengunjung yang ramai. Termasuk bas kami, ada 4 buah bas kesemuanya ketika itu. Saya dan en suami duduk sekali dengan Hj Kamaluddin duduk santai² borak sambil kami bertiga minum coconut shake dan makan keropok lekor. Alhamdulillah.





Okeh bas bergerak lagi menuju ke destinasi berikutnya di Sekinchan iaitu Terminal Kapalterbang Sekinchan.  Wahhhhhh! Dari  kejauhan dalam bas dah nampak ada sebuah kapalterbang kat tengah-tengah bendang. Eww..camner boleh ada situ ek??😲 Magiccc...😆😂



Duduknya di tengah-tengah sawah padi, maka tersangat lah cantik panoramanya. Ramai pakat² turun ambil fotoshot. Tapi saya dan en suami memilih untuk tidak turun bas sebab Allahu tersangat lah panas kat luar time tu. Jadi enjoy the view tinjau hanya dari tingkap bas je la..hi hi😄


Kemudian kami singgah pula di Padi Sekinchan Sentral. Di sini pemandangan super indah. Pemandangan sawah padi di sekeliling kawasan(namun time ni sawah padi belum menghijau sebab belum musim menanam kot🤭)





Di sini ada terbina beberapa tempat yang menarik untuk fotoshot termasuk lah tangga berwarna warni yang bila kita bergambar di atasnya, nampak back ground langit yang indah...Subhanallah. 

Nak bergambar atas tangga tu, kena Q kot, gilir gilir naik duk posing atas tangga😂😂




Banyak spot cantik, hah saya dan Kak Zan apa lagi, posing laaa..hi hi... Cameraman nya tidak lain tentulah Hussain yang memang sangat terer ambik gambar. Tq Sin... Selain Hussain, my en suami yang tolong snapshot gambar saya dan Kak Zan berposing dalam tengah panas lit² tu🫠😆



Selepas itu kami ke kedai kerepek yang terletak tak jauh dari situ. Saya beli la sikit ambik syarat iaitu kerepek ubi pedas 2 pek dan kerepek bawang 1 pek. Semasa dalam bas terus wasap tanya Cik Lia urusetia, "nanti kita ada singgah kedai kerepek lain tak?" Cik Lia  reply wasap kata, "Ya ada, Kedai Masri."

YESS!!  Gembira dengan jawapan Cik Lia sebab rasa tempat yang singgah tadi tu tak berapa nak ada banyak pilihan...huuu


Dah selesai bab Sekinchan, bas terus gerak ke Kuala Selangor. Perjalanan yang lama jugak la nak boleh ke sampai. Perut dah mula lapar, alhamdulillah kami berhenti makan tengahari di kedai makan Ikan Bakar yang boleh tahan sedap masakannya.



Kemudian kami singgah solat jamak Takdim Zohor dan Asar di masjid berhampiran. Hilang rasa penat berjalan bila dah solat dan dapat rehat sebentar di ruang solat masjid. Semasa sedang berjalan keluar dari masjid, tuan bilal Sham hulur kueh apam balik buat ghaso²..huu tq tq..moga murah rezeki tuan ya..


Tiba lah masa untuk shopping time..hahaha.. Sampai di kedai Masri yang jual pelbagai jenis kerepek dan baulu panas. Tapi baulu time rasa tu dah tak panas laa..hi hi.. tapi fresh dan sedap sangat rasa baulunya. Kerepek pun tersangat lah banyak pilihan. Terbaek!



Okay destinasi terakhir kami setelah itu ialah Pantai Remis. Best dapat tengok pantai healing healing. Lama saya dan en suami duduk duduk di atas batu melihat laut sambil photoshot merakam kenangan. 




Bila dah kena angin laut tu, jadi lapar balik. Kami  pun ke Restoran Mantul yang mengadap laut lalu pekena Kerang Rebus serta Mee Goreng Telor Mata.



Dalam perjalanan balik ke Bukit Beruntung, singgah solat jamak Takdim Maghrib dan Isyak di satu masjid kat Kuala Selangor tu. Selesai solat semua rasa lega sangat alhamdulillah💌


Begitu lah kisahnya trip kali ini. Suatu pengalaman yang begitu menarik dapat ikut rombongan melawat Felda Sg Tengi, Sekinchan dan Kuala Selangor. Lain auranya bila pergi ramai² ni berbanding pergi sendiri bersama en suami atau hanya dengan ahli keluarga. 

A very nice trip, Alhamdulillah.

Jazakallah buat semua yang menjayakan trip kali ini. Moga ketemu lagi di lain masa InshaaAllah.


Blog Archive