__________________________
"Ko pegi Bersih?"
"Lom tau lagi makcik...", jawab saya.
"Aku pegi..", balas makcik balik.
"Oo eh? Baik-baik eh makcik, hati-hati..", kata saya sambil memegang lengan makcik, erat.
________________________________
Itu dialog minggu lepas antara saya dengan Makcik Siah sebelum kami bangun meninggalkan ruang solat selepas solat Isyak.
Semalam, ternyata kami sekeluarga telah ikut menyertai Bersih 3.0 untuk Duduk Bantah bersama-sama ribuan rakyat Malaysia lainnya. Alhamdulillah, dapat peluang bertegur sapa dan berbual-bual dengan ramai makcik2 dan pakcik2 yang turut serta keluar untuk program Duduk Bantah ini. Rasa luluh mendengar luahan hati insan-insan warga emas yang inginkan perubahan. Moga pengorbanan untuk sama-sama keluar berhimpun ini mampu sedikit sebanyak mempengaruhi proses membaikpulihkan sistem pilihanraya yang akan datang InsyaAllah. Rakyat mahukan sistem pilihanraya yang telus dan adil, bertandinglah kita secara sihat.. semua pihak harus sensitif terhadap mesej yang cuba disampaikan rakyat dari berbagai lapisan masyarakat yang sanggup turun duduk bantah beramai-ramai di jalanan. Rakyat ada kuasa memilih.. jangan sewenangnya dinafikan hak ini.
Jom tengok gambar yang saya ambil hanya dengan handfon yang setia di tangan di sepanjang perjalanan berjalan-kaki di tengah2 orangramai.