Salam dan selamat pagi untuk 1hb March 2014 untuk semua sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi...entri pertama di bulan March...
inilah tiket buah dari kilang
Nampak betul Diana sibuk kan...tengok gambar kat atas tu..passport pekerja,buku Wangian Syurga Dalam Cintamu pun ada kat atas meja...nampak sangat meja Diana berserabut kan...hehe...sebelum pulang nanti nak kemas sebab esok kan cuti hujung minggu....
Awal pagi tadi dah sibuk mengurus hal pekeja ladang yang lari....kemarin petang ketua jabatan telah ke balai polis Daerah Bukit Garam untuk membuat laporan dan awal pagi tadi Diana di suruh copy semua yang berkaitan pekerja itu...dari passport hingga ke laporan polis..dah siap copy mengopi,Diana nak mengira lagi tan untuk akhir bulan February...
Buah sawit yang telah di hantar ke kilang kelapa sawit,pihak kilang kelapa sawit akan mengeluarkan tiket timbang untuk berat buah sawit tersebut...dari tiket tulah nanti Diana akan mula membahagi berapa kg dalam sebiji tandan kelapa sawit tu...lepas tu barulah di bahagi kepada setiap pekerja yang ada menuai buah sawit tu..susah juga Diana nak terangkan ni...tapi yang pasti tan buah tu akan dibahagi kepada tandan buah sawit untuk mendapatkan kilo buah sawit tu....