boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label PRK P 94. Show all posts
Showing posts with label PRK P 94. Show all posts

Monday, April 26, 2010

PRK P094 Hulu Selangor - Dimana Samy Veloo..

Salam Sejahtera...

Terutama buat pengundi-pengundi Melayu Parlimen Hulu Selangor.

Kasihan buat umat Melayu fakap (pinjam perkataan AT) yang bertungkus lumus untuk memenang calon MIC, siang malam, sanggup bertegang leher sehingga menjadi kes polis semasa hari pengundian semalam.

Kerana apa..., kerana nak memenangkan calon MIC, tetapi bagaimana dengan maruah Melayu apabila pengorbanan mereka itu seolah-olah tidak dihargai.... Dari semalam aku dok perati di mana perginya Samy Veloo dan Palanivel.....


Kenapakah sewaktu pengumaman calon BN tempohari hari Samy Veloo boleh ada bersama, tetapi bila waktu kemenangan beliau menghilangkan diri.....,

Apakah Samy akan terlalu gembira dengan kemenangan MIC maka ia bersama Palanivel pergi celebrate todi kat Estet Kalumpang...,

OOOO,,, Samy Veloo akan melunaskan janjinya, kalau Kamalnathan menang ia akan letak jawatan Presiden MIC, mungkinkah si Samy mengotakan janjinya...


He he,,, boleh percaya ka,,, ingat kembali PRK DUN Lunas, sewaktu YB Saifudin yang bertanding dan menang dengan calon MIC, Samy berjanji akan terus menetap di Lunas, jika Saifudin menang, tetapi sebaliknya, dia awal-awal lagi dah ghaib...

Moga-moga segala janji-janji manis dari PM dan TPM akan dilaksanakan buat penduduk Hulu Selangor, kalau dapat tu Alhamdulillah, rezeki rakyat Hulu Selangor, agak-agaknya lepas ni YB mana pulak yang akan pergi,... Parlimen Lumut pun baguih juga yaaa...

.



Sunday, April 25, 2010

PRK Hulu Selangor P94 - Sama-sama kita mengucapkan....

Salam Sejahtera..
Kepututsan rasmi telah pun diketahui, habis semua channel-cahanel TV turut menyiarkan kemenangan 1Malaysia, tengah aku dok seronok tengok satu rancangan TV8, kisah dalam bahasa Cina, pengacaranya pergi menginterview warga Kelantan buat bumbong atap dari tanah liat, tau-tau habis saja cerita pada jam 10.30 mlm tup-tup ada juga tunjuk lagi adegan pengistiharan kemenangan 1Malaysia. Aku ingatku TV3 dam RTM1 sahaja yang tak habis-habis dok ulang tayang...

Jadi sama-samalah kita mengucapkan takziah kepada mangkok dalam gambar di bawah ni.. nampaknya budaya demokrasi berparlimen semakin malap dan akan bertuka menjadi gelap gelita.

Kenapakah dalam semua hal-hal kerja yang melibatkan jabatan kerajaan, rakyat diajak oleh 1Malaysia menggunakan mykad dalam apa jua hal-hal berkaitan, mykad digunakan dengan e-kad, seperti mana di KWSP, Tabung Haji, Jadi tiada lagi ada unsur-unsur penipuan, tak perlulah lagi nak pergi semak nama pengundi ada atau tidak diatas kertas senarai pengundi, kenapakah sudah ada teknoloji canggih, tetapi dalam proses mengundi masih sama 50 tahun yang lalu!!!


bagi aku Mangkok hayun inilah merupakan dalang utama yang memberikan kemenangan buat UMNO dan BN............ Apakah perlu lagi perhimpunan 100 ribu BERSIH......

Keputusan Terkini P094 Hulu Selangor - BN mendahului PKR..

Sebelum aku sembahyang magrib PKR telah mendahlui BN dengan majoriti 2000 lebih, tetapi sekarang ni nampaknya nak bertukar, Bn mendahului namaknya...

Untuk maklumat seterusnya yang sentiasa updated dari masa kesemasa silalah ke blog


Keputusan ini dibawakan khas oleh

Pakatan Blogger

CalonPartiJumlah Undi
Datuk Zaid Ibrahim

20293

P.Kamalanathan

20827




Jumlah PengundianPeratus PengundianMajoriti

41120

64%

-534


Saturday, April 24, 2010

PRK P 094 - Bini pun mai tolong kempen..

Memang hebat, dan sebelum ini pun setiap kali PRK belum pernah berlaku bini PM turun sekali berkempen, baik Dr Hasmah botak taupun Tun Jane Abdullah, tetapi nampaknya yang ini memang ada kelainan besar, bahaya buat rakyat Malaysia...AWASSSS....

Agaknya Perdana Malaysia sekarang ni ada Perdana Menteri 1 dan Perdana Menteri ll agaknya !!!;;







PRK P 094 - Jawapan dari SEorang Yang Penakut..

Salam Sejahtera...

Nampaknya harapan pengundi Ulu Selangor tak kesampaian nak melihat anak-anak jantan dari UMNO, bermula dari Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ketua Bahagian semuanya auuwww belaka.....






Berita Bergambar : PRK P 094 - Buaya di Sungai Buaya...

Buaya, tiada istilah haram, harus dan sebagainya,, yang penting nafsu pelahapnya, tak kira bangkai atau apa saja, tua muda sama saja...





Friday, April 23, 2010

Berita Bergambar Hari Ini.. Terima Kasih Boss..

Terima kasih boss, ..Terima kasih Boss,,.

Moga-moga lepas ni ada ahli parlimen yang mati boss...,

Lagi bagus kalau boss yang mati boss!!!@#$%^&&...





Bapa Dajjal Atau Bapa Manusia !!!

Salam Sejahtera....

Tak betui tu..., tu anak saya cuma jadi Board Director Kilang Arak, tak pa aiih, tetapi yang Zaid tu betuii. waktu dalam zaman jahilliah UMNO dulu tu memang kaki arak,,, anak saya baik....


Tuesday, April 20, 2010

PRK P094 - Semuanya Serupa dan Sama..(1).

Salam Sejahtera...

Sebelum ini, posting aku Semuanya Serupa dan Sama ..., gerombolan dari BN UMNO dan MIC, tetapi kali ini SSS ada beberapa perubahan sedikit, bangsa sama, dari parti yang sama PKR, tarikh dan tempat berlainan....

mangkok ni dulu sahabat permainan Tenis DSAI, ahli PKR, disebabkan tak terpilih jadi DUN Batang kali, keluar PKR......



Yang Ini Dr Peribadi DSAI, tak terpilih juga MP Hulu Selangor,,, cabut keluar....
Apa punya jantan perangai macam ni, buat malu kaum lelaki yang lain saja... Malu la sikit kat bekas ketua wanita MCA yang letak semua jawatan tempohari tu....

PRK P094 - Semuanya Serupa dan Sama...

Salam Sejahtera...

Nampak sangat permainan paling bangsat di zaman serba moden ini..., inikah undang-undang yang SPR lakukan, demi kepentingan tuannya...

Yang ini dari MIC, sama dari BN - (BilikNajis)





Yang ini pula dari UMNO pun dari BN - Bilik Najis..

Nampaknya tahun ni budget untuk Deevapali dan Hari raya Puasa yang tak berapa bulan saja lagi tak perlu nak dirisau lagi dah.... lebih dari cukup......!!!

Monday, April 19, 2010

PRK P 094 - Bukti Blogger GAP memfitnah..

Salam Sejahtera...

Terima kasih Poji.. @Perisikrakyat yang sms kat aku, minta sama-sama meyiarkan foto sebenar yang diisiarkan oleh blogger UMNO GAP laknatullah, yang sanggup memfitnah musuh politik UMNO sebegini rupa, kerana sedikit habuan di dunia..., moga-moga Allah jua yang membalas perbuatan kalian...


Inilah hasil gambar yang diproses semula dengan software photoshop.colournya pun pudar.


Yang ini adalah gambar asal...colournya terang..

Wahai Blogger UMNO, carilah idea-idea lain nak buat hitkan blog tu...., lu banyak buat cerita silap, fakta lawan fakta, janganlah nak autaaaa.....semua pihak monitor lu orang semua...

PRK P 094 - Keikhlas Yang Aku Mahu....

Salam Sejahtera...

Salam buat pengundi-pengundi Hulu Selangor...

Pengakuan Sudah dibuat... Siapa yang tak melakukan kesilapan, Jadi Fikirkanlah....



Ehsan dai Akhbar Sinar Harian.


Sunday, April 18, 2010

PRK P 094 - Pandai Sungguh Azmin Ali Berpoltik!!

Salam Sejahtera..

Aku malas nak campur hal ehwal dalaman Parti PKR ni, tetapi dalam suasna PRK ni yang seumpama berperang antara kura-kura dengan sang Arnab, aku rasa tak berapa nak kena cabaran yang dibuat oleh Azmin kepada BN...

Dalam rakyat pengundi memboikot nak membaca Utusan Malaysia, namun tajuk besar di muka hadapan akhbar tersebut sudah merupakan pukulan maut buat calon PKR...

Kasihanlan sama kepada petugas-petugas Parti yang datang dari seluruh Semenanjung Malaysia samada PKR, PAS dan DAP yang berkampung du Hulu Selangor dengan tanpa sesen pun upah untuk keringat peluh mereka itu, mereka cuma mahu kemenangan berpihak kepada Pakatan rakyat sebagai upah kepenatan kerja-kerja yang mereka lakukan...

Tetiba awal-awal lagi pimpinan tertinggi PKR mencabar sebegini, bukan begini caranya nak lawan dengan UMNO.....


Awas, tempoh masa perang tinggal 5 hari saja lagi !!...




Saturday, April 17, 2010

PRK P094 - Blogger UMNO Dah Mula Berbohong...

Salam Sejahtera...


Blogger terlampau Parpukari yang dah tak ada idea nak buat cerita, hilang etika sebagai blogger UMNO....

Sanggup membuat cerita bohong ...., yang penting blog hit,, fulus mesti masyuukkk...

Cerita bohong peduli apa, pembaca penyokong UMNO mesti percaya punya....

Apa nak buat,, kalau pemimpin UMNO sendiri menjadikan berbohong itu sebahagian dari rukun parti mereka,,,

Jadi tak hairanlah,,, blogger UMNO pun kaki berbohong...,,

berbohong DULU, KINI dan SELAMANYA.





Friday, April 16, 2010

PRK P 094 - Berita dari Gambar - Package 2 Dalam 1..

He he he benar seperti yang di kata.....


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang, Tan Sri Isa Samad bersama isteri, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid (kiri) bersalaman dan beramah mesra dengan para penduduk ketika melawat Kampung Gersir, Hulu Selangor hari ini. - foto BERNAMA

Nak Pinjam kata-kata dari M3M...

She's forty and I'm sixty
Once S/U puteri, now she's my bini

Good Night Tan Sri...
Have a Nice Day...

PRK P 094 - Kesian Kat Dia.. Merajuk Orang Tua tu..

Salam Sejahtera...

Dalam suasana sibuk UMNO mencari calun untuk kerusi Hulu Selangor aku dot tertunggu-tunggu juga dimana suara keramat pemimpin orang Melayu...

Binawe betui wartawan akhbar perdana, sorang pun tak ada yang nak pi interview orang tua mengenai calon di Hulu Selangor.

Tup-tup hari ini keluar berita...

"Saya tidak akan berkempen. Jika ada yang ingin menggunakan nama saya untuk berkempen, itu masalah mereka...Saya tak peduli,”

Baca Seterusnya..

Kesian kat dia,, sampai hati depa buat macam tu kat orang tua tu..merajuk sedih meraban dia... Melayu derhaka tu..

Mana Berahim Ali,,, mai la pujuk orang tua ni....

PRK P094 - Maksiat Terang-terangan dihadapan mata..

Salam Sejahtera...

Inikah Islam yang dilaungkan oleh UMNO, Islam Kepala Bapak Mereka..., Kenapa hak jantan pakat diam buat-buat tak nampak aja...Bagi aku calon tu dia tak tahu hukum haram ka halal, tapi yang Melayu mengaku Islam depa yang punya Islam tu pun sama-sama tak tahu ka.. .

Double Klik Gambar ni kalau rasa tak berapa jelas..
He he sekali pandang seolah-olah macam gambar sessi penggambaran filem UDA dan Dara pulak yang sedang berjanji setia sehidup semati......

Gambar ni aku ambik dari darulehsantoday.

Thursday, April 15, 2010

PRK P 094 : Betapa Cerdiknya Samy Veloo,

Salam Sejahtera...

Sudahlah kehendak akar umbi penduduk majoriti kaum Melayu Hulu Selangor diketepikan begitu sahaja oleh UMNO yang selama ini kononnya menjaga hak kepentingan orang Melayu, mana dia ?... habaq mai kat aku.., dengan ugutan Samy Veloo aja Najib dah kecut.., kononnya semangat setiakawan BN pulak..,

Dalam pada Kerusi Parlimen Hulu Selangor diberin pengesahan oleh Najib bahawa hak MIC, Samy Veloo masih lahi mempergunakan kuasa yang ada padanya mahukan G..Palanivel Timbalannya sebagai calon...!!!

Hangpa nampak tak betapa egonya lagi Samy Veloo tu..., Walau pun ia tahu majoriti Pengundi BN tidak mahu Palanivel.

Oleh kerana UMNO parti yang takut akan kalah lagi, mahu tidak mahu Muhyiden telah menamakan Kamalnathan sebagai calon BN, tetapi belum apa-apa lagi yang menangnya ialah Palanivel...



Satu lagi jawatan Senator terpaksa diwujudkan untuk kepentingan kaum India,, Palanivel dan Samy Veloo tak perlu susah hati lagi, BN menang atau kalah jawatan untuk Palanivel dah tentu ada...

Jadi buat pengundi Parlimen Hulu Selangor, pandai-pandailah menggunakan kuasa yang ada ditangan ada, jikalau anda pilih BN beerti andi memilih pembaziran wang rakyat yang mana sudah tentu wang anda juga..






PRK P094 : Tahniah Buat Johan Md Diah...

Hu hu.... syoknya PRK Hulu Selangor......



Moga-moga ada hikmahnya semua ini... Hancur BN, Hancur UMNO... AMIN..

Saturday, April 10, 2010

PRK P 94 - Lagi Kenyataan KP UMNO yang bangang..

Salam Sejahtera...

Aku tak tau kat mana simangkok hayun ni sekolah dulu, tau-tau tengok dah jadi Ketua Penerangan UMNO bila Najib jadi PM...

Standard pemikirannya, bila keluar kenyataan-kenyataannya sama seperti Allahyarham Tun Ghafar Baba...

Kalau sebelum ini simangkok ni cabar PKR letak calon Melayu kat Hulu Selangor, kini simangkok ni mengungkit balik segaa pembangunan-pembangunan yang dilakukan kerajaan BN kepada rakyat.., baca DI SINI

Apa punya bahlol jenis manusia macam ni...aduhai UMNO... malang nasib mu, dapat Ketua Penerangan standard budak=budak tadika Kemas aja....

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari