boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Mohon Maaf. Show all posts
Showing posts with label Mohon Maaf. Show all posts

Wednesday, May 16, 2012

PERMOHONAN MAAF

Semalam 15/05/12 selepas solat isyak aku telah dijemput oleh dua orang sahabat dari Batu 14 Lekir, ajak pekena sup kambing, dan dari sini aku telah diperkenalkan dengan seorang pemuda yang sebelum ini aku tak pernah mengenalinya.  

Setelah bercerita sedikit sebanyak, pemuda ni mengenalkan dirinya kepada aku beliau adalah Zolkiplee bin Osman, tuan empunya (Director) Reality Axis Sdn.Bhd. 

Beliau dengan perasaan sedih menerangkan perkara yang sebenar mengenai isu aritel yang siarkan iiaitu "Kerana mu Zambry - Beri tanah pada kroni-kroni" dan "DS Nizar pun beri tanah pada kroni", adalah tidak tepat dan tidak benar. 

Menurut En Zolkiplee pada bulan Nov 2011 beliau telah membeli semua pegangan kepentingan syer syarikat Reality Axis sebanyak RM750,000 secara tunai. Segala dokumen berkaitan pembelian saham syarikat beliau ada, dan bersedia menunjuk kat aku sebagai bukti. Insyaallah petang ini aku akan singgah dipejabatnya... 

Jadi merujuk dengan apa yang aku tulis dalam dua artikel yang ada kaitan dengan Encik Norzaman bin Man, Encik Azri bin Jaafar sebagai kroni DS Zambry Abd Kadir adalah salah dari segi fakta dan tidak sepatutnya aku menyiarkan.. 

Sebagai penulis blog Manjungmari, aku mengaku diatas kesalahan tersebut dengan tidak menyiasat terlebih dahulu,.kedua-dua artikel tersebut akan dipadamkan dari blog Manjungmari termasuk dalam facebook...

Maka dengan ini saya blogger Manjungmari yang bernama Mohd Desa bin Ahmad dengan rendah hati memohon maaf kepada Encik Norzaman bin Man, Encik Azri bin Jaafar dan Puan Siti Aishah bt Abd Kadir diatas ketelanjuran tersebut. 

Sekian. Terima Kasih..





Sunday, August 28, 2011

Dato Seri Dr Rais Yatim,, apa sudah jadi ni....

Salam Sejahtera...

Apa cerita ni dengan kisah Menteri pakar bakar jambatan....


Baru-baru ini mahkamah dah istihar bapak menteri sudah menang perbicaraan, dapat hadiah lumayan jutaan ringgit pak... aduh pak... jadi orang kaya baru...

Dua tiga hari yang lalu,, bapak dengan seikhlas hati murni menyuruh para blogger meminta maaf sama memanda Perdana Menteri,,, aduh pak kenapa boleh jadi begini, sejak kapan perdana menteri menjadi seorang yang pemaaf....

Hari ini aku jadi bingung,,, hairan ya pak menteri,, kenapa ya,,, dunia sudah mau kiamat ya pak,,, berpusing-pusing jadinya... bapak menteri pulak yang disuruh meminta maaf,,, aduuuhh pak...klik . rais-mesti-minta-maaf-rtm-siar-berita-palsu-hasutan-mengenai-murtad


Tuesday, June 2, 2009

MOHON MAAF !!!!!

Salam Sejahtera!!

Gambar ni aku ambik dari blog Kick De Fella... silalah hangpa baca dan fahami keseluruhan intisari cerita dalam tu....

Kalau sapa yang tak berapa jelas.. tak ada masaalah.. boleh pakai spec mata, yang penting nampak jelas dan faham... isi kandungan cerita.....

Aku cuma nak ambik satu cerita saja.. cukup... Oii mangkok.. sabaq la... aku tak habis nak cerita... tak ku lapaq dah nak kempen untuk Dato Husam tu... dah banyak blog untuk kempen kat dia... Insyaallah, kalau Allah izinkan dia menang, maka pada 7 Jun nanti Timbalan Presiden lah dia... Dahhh aku dah melalut lain dah... 

Dari cerita dalam gambar ni aku nak tanya hangpa... sapa yang minta maaf tu, pasai apa dia minta maaf...
OKlah.. aku tanya aku jawab...padan muka hangpa...
Yang minta maaf tu orang UMNO.... pasai apa dia minta maaf... takut kena sama dengan Husam... jadi minta maaflah...kurang-kurang pun settlelah kat dunia... kat akhirat nanti lain cerita... situ mahkamah Allah sure adil....punya...

Di sini aku nak tanya kat saudara-saudara seperjuangan ku semua... apakah kita sanggup meminta maaf kepada sesama kita setelah kita melakukan kesalahan sesama kita dalam jemaah?!!!

YB Norzula Md Diah minta maaf sebab takut kena saman... OK.. takut hukum kat dunia.. lantak pi dia... Tetapi kita yang berjuang atas nama Islam.. ada juga diantara kita yang menyakiti antara satu sama lain,,, tambah pulak waktu ni pemilihan ni muktamar ni... tak kiralah Ustaz, ka Ulamak ka.. apa hangpa ingat Ustaz ada imuniti dengan neraka ... sorry Yob... sama saja......

Jadi termasuk dengan diri aku sekali yang asyik dok maki hamun aja... sama-sama fikiaqlah.. pakah kita ini dah bersedia untuk........

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari