boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Mati. Show all posts
Showing posts with label Mati. Show all posts

Thursday, April 17, 2014

Kemalangan Mendiang Karpal Singh - Apakah satu konspirasi atau dirancang?..

Mungkin benar atau tidak hanya Allah Subhanahu Wa ta Alla sahaja yang mengetahuinya,, tetapi bila aku terbaca balik komen sahabat-sahabat membuatkan aku terfikir seolah-olah macam ada kebetulan atau sebaliknya..


Berita Sedih - Ahli Parlimen Karpal Singh maut kemalangan jalanraya di Gopeng.

Walaupun ada perkara yang tak menyenangkan kau, tetapi aku turut simpati dengan kejadi apa yang belaku tengah malam tadi...


Tuesday, July 23, 2013

Tazkirah - Mari kita sama-sama buat perubahan untuk bertemu Allah.

He he he,, aku pun nak bagi tazkirah juga,,, awat hangpa ingat blogger tak boleh bagi tazkirah ka.. ha ha... 
Tak,, aku sekadar nak sampaikan apa yang ku lihat, supaya kita dapat kongsi bersama-sama apabila kita kijemput oleh malaikat maut kerana sampai ajal..


Saturday, March 9, 2013

2M Penang semangat nak mati syahid atau mati katak

Baguihlah pasang niat nak mati syahid kerana Allah, semangat Lahad Datu turun ke Pulau Pinang...

Tetapi betui cara macam tu,, yang Islam syorkan...


Friday, January 25, 2013

Soalan Cepu Emas petang Jumaat - Berita mana satu yang benar...

Apakah kerana UMNO yang menerajui negara maka penguatkuatkuasa seperti polis terutamanya sudah tak tahu nak bercakap benar sama seperti pemimpin Umno...


Monday, January 21, 2013

Ahli Parlimen UMNO mati tahun 1981 kini hidup semula.

Apa dah jadi dengan Umno ni,, kalau dulu tahun 1987 Umno dimatikan tetapi Mahathir hidupkan semula....

Hari ini berita Ahli parlimen Umno pun lebih kurang tu juga,, mati tahun 1981,, tup-tup hari ini hidup semula.. 


Wednesday, December 26, 2012

Kenapa ziarah mayat Lim Keng Yaik boleh memakai tudung !

Aku nak minta pencerahan,, kerana aku sendiri kabur dengan apa yang pemimpin UMNO serta anak isteri mereka amalkan Islam..


Wednesday, October 24, 2012

Blogger Ctt harus minta maaf .........

Semalam aku terbaca berita yang Mufti Perak Tan Sri Harussani telah kembali ke ...... Klik /innalilllah-harussani-zakaria-sudah.

Tetapi hari ini.. jeng...jeng..jeng...


Thursday, December 29, 2011

Bekas hakim Arifin Jaka meninggal dunia


Bekas hakim Arifin Jaka meninggal dunia
11:08AM Dis 29, 2011
Bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Arifin Jaka meninggal dunia di Hospital Serdang pada jam 6.05 pagi ini.

Tidak diketahui bila beliau dimasukkan ke hospital tersebut tetapi Arifin memang mengidap penyakit kencing manis. Presiden Majlis Peguam Malaysia, Lim Chee Wee mengesahkan kematian Arifin.

Arifin ialah hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes liwat pertama terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2000 dan seterusnya menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun.

Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan tersebut, tetapi Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 2-1 membatalkannya dan Anwar dibebaskan pada tahun 2004.

Arifin dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam Presinct 20 Islam di Putrajaya selepas solat Zohor.


Sunday, September 4, 2011

Pelakon Utama Negara Trauma...

Salam Sejahtera,

Mungkin kerana warna kulit yang sama dengan warga Somalia membuatkan mangkok ni selamat..., bagi aku alangkah lebh baik dia ni yang kena tembak... baru idup watak lakonannya...


Cuba lu orang fikir,,, ada ka orang boleh cakap untuk dirinya sendiri... Saya masih trauma....... hu hu hu......baca di abdul-azeez-saya-masih-trauma-bagi-saya-masa.

Pandai ya ngelat.... projek dah kantoi.......










,

Pembunuhan jurukamera Bernama - UMNO kena bertanggungjawab..

Salam Sejahtera..

Nampaknya Presiden UMNO yang hilang bercuti sejak 31 Ogos lagi ke Australia terpaksa bergegas pulang ke tanah air untuk menyambut ketibaan jenazah Allahyarham di lapangan terbang besok pagi,,,

Mana boleh tak balik, pasti rakyat akan tertanya-tanya dimana PM,,, secara tak lansung peluang keemasan nak mempopularkan diri akan dikebas oleh Muhyidin...

A picture released by Malaysia's official Bernama news agency to Reuters in Kuala Lumpur on September 3, 2011, shows Malaysian cameraman working for Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor taken by fellow journalist and blogger Bani Amin Ahmad Zabidi a few hours before he was shot dead in Mogadishu on September 2, 2011. REUTERS/Bernama/Bani Amin Ahmad Zabidi

A picture released by Malaysia's official Bernama news agency to Reuters in Kuala Lumpur on September 3, 2011, shows Malaysian cameraman working for Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor taken by fellow journalist and blogger Bani Amin Ahmad Zabidi a few hours before he was shot dead in Mogadishu on September 2, 2011.

Credit: Reuters/Bernama/Bani Amin Ahmad Zabidi

Dari segi pelaksanaan gerakkerja yang dilaksanakan oleh kelab Putera UMNO 1Malaysia bagi aku gagal, apakah Dato Azeez mamak Ketua Putera UMNO UMNO ingat Somalia keadaan keselamatan warga luar Somalia sama macam negara Malaysia....

Mereka sepatutnya kena ingat Somalia dah berapa lama perang saudara yang tak selesai sehingga sekarang, tak ingatkah mereka bagaimana Angkatan Tentera pengaman Malaysia (MALBATT) diserang di Somalia satu ketika dahulu, ada yang mengatakan pihak yang menyerang menyangkakan Tentera Malaysia itu tentera Amerika kerana jalur gemilang lebih kurang sama coraknya dengan bendera Amerika...

Satu lagi Putera UMNO tak ingat, Anggota TLDM dah menangkap dan menahan lanun-lanun daro Somalia di Teluk Hormuz kerana menculik kapal tangki Malaysia, lanun tersebut telah dibawa ke Malaysia dan diambil tindakan mahkamah,, mereka lupa, waris-waris lanun tu berama lagi yang masih hidup di Somalia...

Putera UMNO menganggap kerja-kerja amal mereka ini macam nak pi berkhemah seronok suka, atau nak pi selamat mangsa gempa bumi kat Jepun tempohari, bawa seberapa ramai wartawan, blogger dan jurukamera yang boleh, balik nanti boleh canang buat cerita Putera UMNO dah melaksanakan satu tugas jihad....

NGO Yayasan Amal, The Mercy dah berapa lama buat kerja-kerja amal ke luar negara, tak ada sibuk pun nak bawa jurukamera, wartawan, tak heboh-heboh pun, tau-tau dengan cerita Dato dr Jemilah dah kena tembak di Iraq, itu baru buat kerja amal,,,

Ini belum nak pergi dah heboh, bila terjadi begini lagilah heboh, Menteri Wanita pun dah turun,, terus umum bagi RM 5 ribu buat anak-anak Allahyarham nak guna untuk belajar,,, Oiii berapa ribu sekali pun nyawa dah melayang... boleh ganti balik ka nyawa....
Menteri memang cekap ambik kesempatan, bulan puasa pakai tudung cantik dah,,, bulan raya jambolll kelitan semula....


Menteri Pertahanan pun sibuk,, akan datang nanti semua petugas-petugas sedemikian akan dibekalkan dengan jaket kals peluru,,, pulak dah,, nyawa dah melayang baru ingat jaket peluru..

Menteri anak Yatim pula sibuk mengatakan mangsa tidak dilindungi insuran sebab ini tugas sukarela,,, blady fool punya menteri...DI SINI..

Cerdikkan UMNO buat kerja,, Tahniah.......









Thursday, July 21, 2011

Kerajaan UMNO buat bisnes di atas kematian rakyatnya yang mati dibunuh..

Salam Sejahtera,

Dalam suasana negara yang telah menjalani dunia siber alam maya tanpa sempadan, sepatutnya laporan-laporan berita yang dikeluarkan oleh kerajaan tak perlulah nak dijual,,

Apatah lagi dalam isu-isu kes panas yang hangat diperkatakan oleh semua lapisan rakyat.....






Apa yang kita nampak, kerajaan seolah-olah mengambil kesempatan diatas kejadian tersebut dengan menjual laporan tersebut..

Apalah salahnya kalau laporan tersebut diupload dalam laman-laman web kerajaan, maka sesiapa rakyat yang berminat nak mengetahui laporan tersebut, bolehlah di download.....baca DI SINI .


Apakah dengan nilai RM45.00 jualan laporan tersebut nanti nak menggantikan kos perbelanjaan Suruhanjaya Diraja.......


Oiii kerajaan UMNO pun nak buat bisnes cari untung diatas kematian rakyatnya yang mati dibunuh ka..... .


Monday, July 11, 2011

Tunggu!.... Apa pula jawapan dari Polis Terengganu..

Salam Sejahtera,


Sudah menjadi lumrah kehidupan negara Malaysia Boleh... Tak kira sesiapa pun, tak kira apa agama, bangsa.., selagi bekhidmat dibawah telunjuk kuasa executive UMNO,, maka berbohong itu adalah menjadi suatu yang wajib untuk diamalkan.... WAJIB BERBOHONG... tak kiralah berserban dan berjanggut, walaupun berjawatan tok mufti atau tok fatwa... duduk dibawah arasy UMNO maka WAJIB BERBOHONG...

Kalau semalam Bai Benggali yang berbohong mengenai kematian saudara kita Baharudin... walaupun kenyataan tersebut boileh kita pertikaikan KLIK SINI..

Ingat kut semalam hanya seorang nyawa rakyat Malaysia yang melayang akibat kecuaian dari anggota polis.... rupanya ada lagi berlaku didalam negara ini..

ZAINUN menunjukkan gambar  Mohd Azizul ketika ditemui di rumahnya di Kuala Terengganu, semalam.

Satu lagi kisah yang agak menyayat hati... apakah yang bakal akan didalam negara kita ini.... Klik Terkejut lihat anak bergari_tak sedar diri.

Kenapa anggota-anggota polis boleh jadi begini,,, sedangkan kalau difikir atau dicongak-congakkan, jawatan atau tugas yang paling mulia sekali ialah jawatan polis....

Apa tidaknya, sejak lahirnya anak Adam, anggota polis dah ada tugasnya,, sehinggalah habis ajalnya,, pun polis juga ada tugas-tugasnya... ini dalam erti kata polis sentiasa berada disisi kehidupan manusia.... alangkan besar tugas-tugas itu, dan jika tugas-tugas itu dilakukan dengan penuh keikhlasan, terlalu besarlah pahalanya di sisi Allah...

Tetapi sayang,,, polis di Malaysia ni.... aduhai... entahlah... lu orang sendiri fikirlah..... namun bukan semua anggota polis,,, masih ada lagi rakan-rakan polis yang berkhidmat dengan jujur dan ikhlas.... ,




Saturday, June 25, 2011

UMNO Tapah Perak paling merempat (miskin) dalam Malaysia..

Salam Sejahtera,

Bukan nak mengata sesama bangsa dan agama, tapi nak buta bagaimana...dah kenyataan....
,


Dah lah tanah perkuburan dipolitikkan,,,,minta pula sumbangan dengan siapa... eiii tak tergamak aku paparkan wajahnya di blog aku ni.... hangpa klik DISINI

Oiii bukan aku saja yang dok kutuk UMNO Tapah ni,,,, blogger pencacai UMNo yang mula dok kutuk,,,, aku cuma tolong sebarkan,,, daripada dok sebar video lucah ada baik aku sebar buruk laku UMNO.....

Terima kasih theflyingkick. ,....wakaka....Tanah kubur pun mau ka.... haiya...

Wednesday, October 27, 2010

Apa kata UMNO !!...Pertahankan Putrajaya

Petang semalam memang aku tergelak sakan, apa bila YB Fong Po Kuan berucap dalam Parlimen, apayang dimaksudkan"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!" kata Presiden Umno, terkicit-kicit Mohamad Azizi Seri Gading nak bangun mencelah, tak diberi peluang oleh Batu Gajah, menyebabkan Seri Gading menggunakan Akta Mesyuarat kononnya, sebab nak bangun juga mencelah..dengan mengatakan ucapan Najib itu hanyalah bertujuan menaikkan semangat juang anggota Umno .



Apa pun bagi aku, ini bukan seruan naikkan semangat... ini sebagai peringatan buat ahli-ahli UMNO yang Najib sendiri sudah tidak yakin lagi akan mendapat mempertahankan Putrajaya.. kalau nak beri kata-kata semangat banyak lagi kata-kata lain yang boleh dilafazkan..

Ingatlah wahai ahli-ahli UMNO, sanggupkah kamu mati nak mempertahankan Putrajaya itu tanpa mendapat apa-apa pengiktirafan dari Allah sebagai bekalan kamu nak bertemu Allah nanti...

Jikalaulah benar kamu ahli-ahli UMNO nak mempertahankan Putrajaya itu, silakanlah,, kami dari ahli-ahli yang inginkan Islam didaulatkan pun sanggup mati syahid sebagai bekalan untuk menemui Allah di Rabbul jalil nanti Insyaallah.... Silakanlah... .




Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari