boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Jais. Show all posts
Showing posts with label Jais. Show all posts

Sunday, December 25, 2011

Dato Dr Hassan Ali, JAIS ... bagaimana dengan kes ini.....


KUALA LUMPUR, Dec 25 -- Santa Claus spreads Christmas cheers to visitors at the Zoo Negara here today.
Seen here Santa Claus and Santarinas distributing sweets and candies to children, accompanied by their parents at the zoo.
fotoBERNAMA captures happy moment of city dwellers regardless of race or religion spend their Christmas holidays with their families.
-- fotoBERNAMA (2011) COPYRIGHT RESERVED



Friday, August 19, 2011

Tindakan JAIS menyusahkan...


ISU kehadiran petugas Jais di gereja ketika satu jamuan diadakan dapat diredakan apabila Jais menjelaskan betapa ia ke situ adalah untuk melakukan penyiasatan bukan melakukan serbuan seperti yang dilaporkan media.

Kerana Jais menerima aduan tentang adanya orang Islam hadir di situ ketika itu kerana dikatakan ia sebagai satu usaha memurtadkan orang Islam, maka Jais pergi bagi memastikan aduan itu.

Keterangan sebegitu boleh meredakan isu itu.

Apa pun kerajaan Negeri Selangor terperangkap sekali lagi dengan siri isu yang menyusah dan mengganggu kelicinan dan kelancaran pentadbirannya.

Sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan dari semasa ke semasa ia diuji dengan siri cabaran, dan ia dilihat berganda apabila Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri dan Ketua Perhubungan UMNO Selangor.

Dari isu mengarak kepala lembu, memberi lembu korban kepada penduduk Bandar Tun Razak, mencuri pasir, pendakwaan Jais atas bekas Mufti Perlis hingga isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru. Baru isu bekas Pengarah Jais jadi SUK baru itu reda kini datang pula isu Jais dikatakan menyerbu gereja.

Jais sememang aktif sejak dulu lagi. Pernah satu masa dulu semasa Mufti Selangor Almarhum, Dato Ishak Baharum dulu ia bertindak menyekat gadis Melayu menyertai peraduan ratu cantik. Mufti itu sendiri mengetuai tindakan menguat kuasakan peruntukan undang-undang negeri itu.

Mufti dan Jais mendapat sokongan rakyat. Ia dibantah oleh Dr. Mahathir yang jadi Perdana Menteri masa itu hingga Almarhum Sultan Selangor terpaksa menamatkan kontrak Mufti yang baru disambung.

Bagitulah kebatnya Jais. Dengan isu rebuan geraja ini kali kedua kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim merasas payah dengan tindakan Jais. Yang pertama, menahan Dr. Mohd Asri Zainal Abidin berdakwah tanpa tauliah, dan keduanya ia dikatakan menyerbu gereja.

Kerajaan negeri menyatakan rasa susahnya atas kejadian itu dan mengambil sikap menutup mulut hingga Jais menyiap laporan tentang kejadian itu.

Apa pun ada ruang isu itu dapat diredakan bila Jais membuat penjelasan, ia tidak menyerbu tetapi mengirim pasukan bagi membuat penyiasatan.

Ada pun isu gereja berusaha memurtadkan umat Islam adalah isu global. Sejak zaman Peringgi menawan Melaka 500 tahun dulu dan Sepanyol menakluk Filipina adalah bagi memurtadkan orang Islam. Tidaklah ia dinamakan Kristian dan gereja jika ia menarik penganut agama lain menganut agamanya.

Orang Islam Tanah Melayu sebelum merdeka tidak berperang dengan penjajah Kristian Inggeris yang mengembangkan agama di kalangan penduduk Semenanjung, tetapi dengan pegangan Islam pimpinan guru-guru pondok hingga merdeka 100 peratus orang Melayu kekal beragama Islam.

Masa itu jangankan orang Melayu hendak masuk gereja, melintas gereja pun mereka paling ke lain.

Semasa Operasi Lallang dulu di zaman Perdana Menteri Mahathir ada orang Melayu ditahan ISA kerana jadi pengembang Kristian. Ia bukan sekadar masuk gereja tetapi mengembangkan ajaran gereja. Sekarang ada pula orang Islam hadir jamuan makan di gereja.

Semua ini adalah sindiran Allah terhadap kerajaan dan umat Islam Malaysia. 400 tahun Inggeris menjajah tiada orang Islam masuk gereja tetapi 50 tahun merdeka dengan Islam sebagai agama rasmi, orang Islam boleh hadir jamuan makan di gereja.

Jais buat sekadar yang ia upaya. Ia saja dengan cara itu tidak akan menyekat orang Melayu merasa tidak elok keluar masuk gereja atas apa tujuan jua. Tetapi kerajaan Khalid dan Anwar Ibrahim sudah disusahkannya.

Jalan meredakan terbuka bila Jais kata, ia tidak menyerbu tetapi membuat penyiasatan.

Persoalannya sekarang sejuah mana masyarakat umum khusus penyokong gereja dapat menerima kehadiran rombongan Jais itu untuk tujuan penyiasatan. Ia mesti bekerja kuat sedikit bagi meyakinkan orang ia bukan serbuan tetapi adalah satu tindakan siasatan.

Baik untuk Selangor dan penduduk Malaysia jika penjelasan Jais itu dapat diterima. Tetapi satu ajaran yang didapati dari kejadian itu, kehadiran orang Melayu di gereja atas apa tujuan jua adalah sensitif. Mungkin kebajikan gereja terhadap orang miskin dan memerlukan lebih senang dibuat di luar gereja.

Saya adalah lulusan sekolah Mathodist dan selalu ke kliniknya di luar kawasan gereja. Saya antara yang pernah dapat khidmat kebajikan gereja itu, tidak pula saya masuk gereja tetapi masuk PAS sesudah dewasa. Untuk melihat apa yang ada dalam gereja, saya bersama Tok Guru Haji Hadi Awang pernah masuk gereja terbesar di Colonge, Jerman semasa tiada orang di dalamnya.






Tuesday, August 9, 2011

Ketua Pemuda PAS turut sokong tindakan JAIS seribu gereja..

Salam sejahtera;




Sebagai menghadapi semangat Pakatan Rakyat, dengan apa yang berlaku di

Negeri Selangor itu tidak bolehkan Pemuda PAS ikut sama dalam isu ni,

seperti yang disarankan oleh Tan Sri Khalid selaku MB Selanngor,,,

sedangkan PAS Pusat pun tidak membuat apa-apa kenyataan sehingga

pertemuan dengan kedua-dua belah pihak .....


Aduhai.... sedih sungguh situasi sebegini......!@#$%^&**






,

Kah,kah,kah,, Demontrasi PERKASA pun pakai baju kuning...

Salam sejahtera,

Ini rupanya orang-orang kuat PERKASA Selangor.... he he he......c,


Kesian kat makcik-makcik 3 orang tu,, balik nanti petang pakai larat ke tidak

nak masak untuk berbuka nanti.....

Wednesday, January 5, 2011

Perasan betul mamat ni

He he memang perasan sungguh mamat ni, bagi jawapan memang canggih punya, seolah-olah pembaca tak tahu apa cerita sebenar,, lu nak pergi macam mana, dah tentu lu tak dibenarkan masuk.......




Bahasa

Khusrin tidak mahu hadir mesyuarat Exco selagi tak angkat sumpah

January 05, 2011

Datuk Mohd Khusrin Munawi.
KUALA LUMPUR, 5 Jan — Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, Datuk Mohd Khusrin Munawi menegaskan, beliau tidak akan menghadiri mana-mana mesyuarat termasuk mesyuarat mingguan Exco pagi ini selagi tidak mengangkat sumpah simpan rahsia di hadapan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kata Khusrin, sebagai penjawat awam beliau akan bertindak mengikut undang-undang yang sedia ada.

“Saya ingat selagi saya tidak angkat sumpah di hadapan Menteri Besar, saya tidak boleh masuk dalam (menghadiri) mesyuarat. Angkat sumpah itu adalah untuk menyimpan rahsia, jadi saya tidak akan masuk dan saya juga tidak dimaklumkan mengenainya.

“Saya ikut undang-undang, kalau tidak angkat sumpah simpan rahsia itu, saya tidak akan masuk,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider pagi ini.

Mesyuarat Exco hari ini akan diadakan pada pukul 10 pagi. Ia mesyuarat pertama sejak Khusrin memulakan tugas sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, yang berkuat kuasa 1 Januari lalu.

The Malaysian Insider difahamkan Menteri Besar yang akan menghadap Sultan Selangor pagi ini akan mempersembahkan permintaan agar majlis angkat sumpah taat setia esok membabitkan Khusrin ditangguhkan.

Perkara itu disahkan oleh beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang dihubungi semalam dan difahamkan ia antara perkara yang diputuskan pada pertemuan wakil rakyat-wakil rakyat perikatan itu petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad yang mengesahkan perkara itu antara lain berkata, beliau difahamkan Khalid akan membawa permintaan tersebut apabila menghadap Sultan pada pertemuan rutin pagi ini.

Khalid dijangka menghadap Sultan sekitar 9 pagi.

“Memang ia antara permintaan yang akan dibawa oleh Tan Sri Menteri Besar. Selain itu Datuk Khusrin juga tidak dijemput hadir mesyuarat Exco pagi ini,” kata beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor.

Kata beliau, permintaan itu akan dipersembahkan bagi membolehkan isu semasa diselesaikan.

Kerajaan negeri memutuskan untuk memboikot kesemua majlis membabitkan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru dan majlis angkat sumpah simpan rahsia tidak akan dijalankan sehingga pertikaian itu selesai.

Ini termasuklah sehingga pindaan perlembagaan negeri yang dijadual untuk diadakan minggu keempat bulan ini.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang semalam, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, majlis angkat sumpah taat setia oleh Khusrin akan tetap diadakan esok.

“Pada majlis tersebut juga akan diadakan upacara angkat sumpat taat setia penjawat jawatan Setiausaha Kerajaan Selangor dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, pelantikan dan angkat sumpah Ahli Dewan Diraja Selangor, pelantikan dan angkat sumpah Jaksa Pendamai Selangor, pelantikan Ahli Majlis Agama Islam Selangor dan pelantikan Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Selangor.

“Semua upacara diadakan pada satu masa adalah untuk menjimatkan masa dan kewangan,” kata Munir.

Berikutan pelantikan itu, katanya, Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru hendaklah mempunyai hak untuk mengambil bahagian dalam prosiding Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dewan Undangan Negeri setelah mengangkat dan menandatangani sumpah simpan rahsia di hadapan Menteri Besar.

Dalam kenyataan pagi ini, Khusrin juga berkata, walaupun berhadapan dengan sambutan “dingin” tugas yang diterima harus dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

“Saya akan lakukan kerja dengan sebaik mungkin, tidak kisah apa orang lain henak buat.

“Terpulang kepada mereka apa nak buat, saya tiada kuasa nak halang. Selagi tidak terima arahan ditukar saya akan tetapkan teruskan kerja saya di sini,” kata Khusrin.

Sejak Khusrin diumumkan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri, kerajaan negeri Selangor pimpinan Khalid tidak bersetuju dengan pelantikan itu, yang diumumkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan minggu lalu.

Dengan meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri akan dikembalikan kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar.

Khalid juga berkata majlis angkat sumpah Setiausaha Kerajaan Negeri di hadapan Menteri Besar dan barisan Exco kerajaan negeri akan ditunda sehingga keputusan dicapai pada sidang khas Dewan Undangan Negeri.

Khusrin yang juga bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor secara rasmi memulakan tugas sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri kelmarin.

Pelantikan kontroversi Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri dilihat menuju krisis perlembagaan jika istiadat mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor esok, tetapi majlis esok sekadar istiadat dan bukan sesuatu yang wajib di bawah perlembagaan negeri.

Khusrin perlu mengangkat sumpah simpan rahsia di hadapan Menteri Besar.

Friday, September 17, 2010

Apa Kata UMNO : Lihat Gambar Menarik Ini..

Bila aku terbaca kisah-kisah yang cukup gampang... itu mungkin perkataan yang terbaik dari aku...

Minta maaf penjilat-jilat UMNO..... Ini lah rupa-rupa manusia... entahlah...

Mangkok ni hanya layak sebagai Pengerusi !!............;
Mengikut Arahan Iblis & Syaitan

Kisah selanjutnya baca di blog khalidsamad.


Friday, April 16, 2010

Eish!, Eish! Macam kanak-kanak sekolah khas aja...

Salam Sejahtera..

Selalunya peringkat umur kanak-kanak dalam usia 5 - 8 tahun yang digelar dengan Nakal, nak sebut jahat tak sedap didengar oleh telinga, sebab kanak-kanak...

Namun apa maksud sebenar yang dikatakan nakal tu...

nakal 1. suka melakukan sesuatu yg dilarang spt mengganggu dll (terutama kanak-kanak), tidak menurut kata: Nadan memang ~, kadang-kadang dia mencuri duit ayahnya;

2. buruk kelakuannya, jahat: isterinya yg ~;
menakal nakal atau jahat kelakuannya, berkelakuan nakal;
menakali membuat nakal kpd, mencerobohi, mengganggu (orang); ~ isteri orang mengganggu isteri orang;
kenakalan perihal nakal, kejahatan: risau ia melihat ~ anaknya. Sumber Kamus Dewan Edisi Ketiga.

Pagi tadi aku ada posting mengenai Dr Asri diberi amaran akan ditangkap jika tidak hadir ke JAIS dalam tempoh seminggu.., Ini arahan apa ni..,, haaa, baru ada akai.., kang dah kena ungkapan nakal..., ambik kau..aku tak mau apa yang Dr Asri tulis, Kalau aku ada kekadang jiran menyebut anak kita nakal, oiii tebai muka oiii. Ni Pengarah JAIS yang dikatakan NAKAL,,, Tak tahulah apa nak jadi 1Malaysia ni..,

Baca DI SINI

Thursday, February 11, 2010

Apakah Hukuman Sebat Kedua Kali ini..

Salam Sejahtera..

Dua wanita Melayu Maryati Musa 20 tahun dan Normaziah Ahmad 25 tahun, antara 12 orang yang didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan hari ini atas tuduhan meminum arak di dua buah pusat hiburan di Kuantan ketika operasi Ops Taubat dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) minggu lalu.

Semua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Horoscope Club di Kuantan pada 6 Feb yang lalu dan separuhnya lagi didakwa melakukan kesalahan yang sama di pusat karaoke Mega KTV di Jalan Wong Ah Jang di sini antara 12 tengah malam dan 2 pagi pada hari yang sama.

Apakah kedua-dua wanita ini kalau mengaku bersalah akan di hukum sebat seperti Kartika yang masih lagi belum juga disebat..ha ha heboh lagi seketika, kita lihat UMNO akan bertempiaran mencari hujah, minta buat rayuan terhadap undang-undang enakmen Islam yang mereka sendiri buat dan luluskan....

Apa yang aku dok nampak, anggota JAIP di Pahang lebih efisyen melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan keatas mereka berbanding dengan anggota-anggota JAIS Selangor yang kebih memfokuskan kepada penangkapan ke atas guru-guru agama yang mengajar tanpa tauliah, bukan sahaja Dr Asri seorang sahaja yang diahalang, malah ramai lagi ustas-ustas yang tanpa tauliah dihalang untuk menyampaikan ilmu Allah.

Pelik kan antara dua negeri tersebut, negeri aku Perak tak payah cerita, pegawai Masjid habis berterabuk selepas UMNO mengambil alih kuasa, sekarang tambah lagilah, bila jawatan haram MB yang telak disamak menjadi halal oleh pendeta-pendeta undang-undang demokrasi ala UMNO....

Apa pun tak, masa yang berjalan tak lama ,, kita tunggu PRU13, lawan tetap lawan, Kuasa raja dan undang-undang negara UMNO boleh memperkudakannya, kuasa rakyat,,... Duit RM50, kain batik, beras sekampit rakyat terima, tetapi undi belakang kira....

Berita Berkaitan: malaysiakini.




Friday, January 15, 2010

Tazkirah Pagi Jumaat - 25 Kalimah Yang di Larang..

Salam Sejahtera...

Entry aku semalam ada menyebut 25 perkataan yang dilarang oleh JAIS kepada yang bukan Islam menyebutnya... semalam aku tak dapat 25 perkataan tersebut.. pagi ini baru berjumpa... Di antaranya ialah... Allah, ulama, hadis, ibadah, kiblat, haji, mufti, nabi, fatwa, khalifah, sheikh, imam, dakwah, wahyu dan mubaligh dan juga 10 perkataan yang turut dilarang digunakan oleh penganut bukan Islam seperti alhamdulillah, insya-Allah, Allahuakbar, laiIlahaiIlallah, masya-Allah, astaghfirullah dan subhanallah.

OK... aku nak tanya balik... bagaimana dengan pelakon-pelakon drama TV bukan Islam yang berlakon memegang watak orang melayu Islam..

OKlah.. tak mau nak merapu komen banyak-banyak, Dr Asri Mantan Mufti pun kena naik mahkamah. kang aku pulak tak pasai-pasai sangkut juga.

Berita Berkaitan : DI SINI.



Thursday, January 14, 2010

25 Perkataan Bukan Islam Di Larang..

Bukan Islam boleh didakwa jika guna 25 perkataan dilarang: Jais


SHAH ALAM: Bukan Islam yang menggunakan secara bertulis atau lisan 25 perkataan yang dilarang akan dikenakan tindakan mengikut Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 dan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Perkara ini dinyatakan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi.



Komen : No komen NO TAULIAH...

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari