boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Hutang. Show all posts
Showing posts with label Hutang. Show all posts

Saturday, January 11, 2014

Ha ha ha .... Sama-sama kita hadapinya atau ?....

Apakah pemberian BR1M akan dapat menyelesaikannya?....
Inikah yang dikatakan yang dikatakan umno hebat mentadbir negara... 



Thursday, April 5, 2012

Terkini..Dalam tempoh 2 tahun negara berhutang RM234 billion.

Oleh

Bukan berpendapatan tinggi tapi berhutang tinggi

KETIKA Buku Jingga diluluskan oleh Konvensyen Pakatan Rakyat di Kepala Batas lebih dua tahun lalu, hutang yang ditanggung oleh isi rumah rakyat Malaysia ialah RM466 bilion.

Dalam Himpunan Anak Terengganu di Perantauan di Kajang hujung Mac lalu, Prof. Dr. Anuar Ahmad dari Unisel berkata, hutang rakyat sekarang sudah melebihi RM700 bilion sekarang.

Apa yang Buku Jingga sebut dua tahun lalu tidak pernah dinafikan oleh pentadbiran Najib dan dipercayai kenyataan Dr. Anuar ini juga tidak akan dinafikan.

Dengan demikian ini bererti dalam masa dua tahun di bawah pemerintahan Najib, hutang rakyat sudah bertambah dari RM466 bilion kepada lebih RM700 bilion. Ia adalah kenaikan sebanyak sekitar RM234 bilion.

Dengan jumlah hutang RM700 bilion ini setiap rakyat menanggung hutang sebanyak RM3,000.

Bagi warga emas seperti Dr. Mahathir yang berusia lebih 80-an hutang mungkin ditanggung sehingga mati. Maka matinya dikira mati meninggalkan hutang. Beban dunia itu tidak ditanggungnya lagi sebaik matinya.

Tetapi bagi bayi yang baru dilahirikan, sebaik saja menyedut udara dunia, dia telah dibebankan dengan hutang RM3,000. Belum ada jaminan hutang itu akan susut sehingga dewasanya, dan tiada juga jaminan ia tidak bertambah dalam pentadbiran Najib yang boros itu.

Jika dalam masa dua tahun lalu hutang itu bertambah sekitar RM234 bilion ini bermakna hutang itu bertambah lebih RM100 bilion setahun. Jika pentadbirannya disambung selepas PRU 13 ini, mungkin ssebelum tahun 2020 hutang rakyat itu menjadi RM1,000 bilion. Ini bererti hutang setiap rakyat akan bertambah lebih dari RM3,000 seperti yang ada sekarang.

Ketika Najib mula menjadi Perdana Menteri, dia menjanjikan untuk menjadikan rakyat berpendapatan tinggi. Tetapi untuk beberapa tahun ini yang terjadi ialah rakyat berhutang tinggi.

Ada pun hutang negara pula di hujung pentadbiran Abdullah Badawi yang ditohmah lemah terutama oleh Dr. Mahathir adalah sekitar lebih dari RM200 bilion. Ia sudah dikira cukup parah.

Tetapi sekarang, selepas tiga tahun Najib mentadbirkan hutang negara sudah mencecah lebih dari RM450 bilion. Ia kira bertambah sekali ganda di bawah Najib.

Dr. Awang Adek, Timbalan Menteri Kewangan dikatakan berkata, negara akan jadi bankrap apabila hutang mencapai RM500 bilion.

Angka RM500 bilion itu sudah dekat. Kalau dalam masa tiga tahun hutang negara boleh melunjak dari sekitar RM200 bilion kepada kira-kira RM450 bilion, maka untuk mencapai hutang RM500 bilion – sekadar RM50 bilion saja lagi – tentulah tidak memakan masa yang lama jika program transformasi gagal masuk ke gear ajaib.

Kita sedang dikelamkabutkan oleh Ireland yang tiba-tiba bankrap. Sekonyong-konyong Greece juga bankrap. Perdana Menterinya terpaksa bertukar. Perdana Menteri Itali juga bertukar atas sebab yang sama. Berita celaka itu juga sudah melanda Sepanyol dan Pertugal.

Pertukaran Perdana Menteri Greece dan Itali belum menjamin negara itu keluar dari alam muflis. Seluruh Menteri Kewangan negara Eropah bersidang beberapa kali bagi menyelesaikan kepapaan Greece dan beberapa negara Eropah itu, belum nampak jalan keluar.

Malaysia sudah dekat ke ambang itu. Tan Sri Idris Jala telah meramalkan Malaysia akan bankrap tahu 2019 jika subsidi kepada rakyat tidak dipotong. Sekarang Dr. Anuar pula seolah-olah mengesahkan apa yang pernah dibimbangkan oleh Idris Jala.

Dalam masa tiga tahun pentadbiran Najib ternyata transformasinya tidak membawa apa-apa keajaiban, bahkan negara bertambah dekat ke alam bankrap.

Katanya, dia tidak membuat janji kosong. Lidah memang tidak bertulang. Dia boleh berkata apa-apa tetapi bagi orang Terengganu janjinya adalah lebong. Lebong itu tidak berisi.

Jika pentadbirannya disambung selepas PRU13, sekalian rakyat akan terjun ke gaung.

Sumber : bukan-berpendapatan-tinggi-tapi-berhutang-tinggi


Monday, October 24, 2011

Masih lagi tak percaya ! Hutang negara RM407 billion.

Sebelum ini bila keluar kenyataan dari suara-suara pembangkang mengenai berapa banyak negara Malaysia menanggung beban hutang ramai yang tak percaya, sebabnya pembangkang sengaja nak memburukkan kerajaan Najib...


Sekarang baru kita tahu, kenapa laporan audit negara lambat dikeluarkan, puas Ahli Parlimen dok bising, sampai sebentar tadi pun Ahli Parlimen Batu Gajah masih dok tanya lagi kat dalam Parlimen,,,,

Dan kini laporan resmi dari pihak berkenaan dah memaklumkan.. hutang negara sebanyak RM407 billion... tak banyak lagi kan... jadi tak hairanlah 2019 negara Malaysia boleh jadi muflis,,, itu kata Menteri Idris Jala.... pandaikan UMNO memerintah negara,,, pandai sungguh.. pandai berhutang melingkup negara.....




Thursday, June 23, 2011

Apa Kata UMNO - UMNO memang jenis liat nak bayar hutang..

Salam Sejahtera,


Sebelum ini tentu para pembaca masih ingat dengan nama syarikat Elegant Advisory Sdn Bhd yang pada mulanya menang perintah mahkamah yang mana UMNo diperintah membayar hutang sebanyak RM218 juta, namun diatas kebijaksaana putar alam UMNO, buat rayuan kat mahkamah rayuan hingga ke mahkamah persekutuan, UMNO menang semula....

RM218 juta tak payah bayar........ itulah UMNO......

Ingatkut dah habis dah perangai suka berhutang dan tak mau bayar,,, rupanya ada lagi kes sebegitu,,, ish,ish UMNO....... malu orang melayu yang jadi ahli UMNO....


Tunggakan RM1.127j: HISB jadi mangsa Umno
Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 23 Jun: Sebuah syarikat bumiputera, Harian Inovatif Sdn Bhd (HISB) terus menjadi mangsa janji-janji manis pemimpin Umno BN, apabila masih gagal mendapatkan pembayaran semula wang yang dikeluarkan untuk menjayakan Kejuaraan Silat Sedunia Ke-13 di Stadium SUKPA, Kuantan, Pahang pada 21 hingga 27 Oktober 2007 lalu.

Lebih dikesali lagi, pihak-pihak terbabit ternyata tidak memandang serius perkara itu walaupun ia melibatkan jumlah tunggakan cukup besar sebanyak RM1.127 juta, walaupun telah berlarutan sejak empat tahun lalu.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan HISB, Raja Norasmah Raja Shahrom Saidee menjelaskan, sehingga kini pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihaknya termasuk bertemu dengan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakub dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Menurut beliau, terbaru pada 18 Mei lalu, pihak HISB telah diberi tarikh dan masa untuk bertemu Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) yang juga Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di pejabatnya, tetapi pada pagi hari itu, ibu mertua salah seorang Adun telah meninggal dunia.

Katanya, Mohd Ali telah menziarahi kematian tersebut dan dengan itu temujanji tersebut tidak dapat ditunaikan kerana waktu telah lewat dan mesyuarat Exco telah diberi keutamaan, manakala pihak HISB hanya dapat menyerahkan dokumen tuntutan kepada Setiausaha Sulit beliau, Syueeb Zahari untuk tindakan selanjutnya.

"Tetapi hal ini tidak dipandang serius oleh pihak yang berkenaan. Ini menyebabkan syarikat bumiputera terasa dianiaya oleh mereka kerana segala usaha murni kami tidak dihargai," katanya pada sidang akhbar yang diadakan di Mont Kiara, di sini, petang semalam.

Walaupun pihak HISB telah memberikan kata putus untuk mengambil tindakan mahkamah, menurut beliau, pihak Pesaka tetap tidak menunjukkan sebarang reaksi positif.

Katanya, sikap seperti itu jelas ditunjukkan oleh pihak-pihak terbabit sejak selepas persidangan media yang diadakan oleh HISB dan berita mengenainya tersiar di media pada 31 Disember 2009 lalu.

"Semenjak dari itu, pihak HISB telah beberapa kali menghantar surat dan memohon temujanji dengan pihak Pesaka, malah telah menulis surat kepada kementerian-kementerian terbabit semasa kejuaraan tersebut, namun kami gagal mendapat apa-apa maklum balas mengenainya," katanya.

Pihak HISB, ujarnya, amat kecewa dengan sikap segelintir pihak yang tidak memandang serius perkara itu hanyalah kerana mereka adalah sebuah syarikat bumiputera yang kecil.

"Jika keadaan ini berterusan, sukarlah sukan di Malaysia ini hendak berkembang maju, sedangkan Kerajaan BN sering mewar-warkan slogan 'Majulah Sukan Untuk Negara', tetapi nasib orang yang memajukan nama baik negara tidak dihiraukan," jelasnya.

Kejuaraan Silat Sedunia Ke-13 pada 2007 lalu telah berlangsung dengan jayanya di Stadium SUKPA, sempena meraikan Hari Keputeraan Sultan Pahang pada ketika itu, dengan disertai 36 buah negara dan melibatkan lebih 600 peserta dan pegawai dari seluruh dunia.

Ia merupakan platform yang baik bagi melahirkan pesilat-pesilat yang berpotensi untuk terus diketengahkan, di samping budaya sukan dan kesenian yang terdapat di dalam ilmu persilatan itu dipertahankan, diperkembangkan dan diwarisi sebaik mungkin.

Dalam kejuaraan itu, sebanyak 24 pingat telah dipertandingkan yang terdiri daripada 18 pingat dari katergori Silat Olahraga dan 6 pingat dari kategori Silat Seni.

Acara berprestij itu telah dianjurkan bersama Kerajaan Negeri Pahang dan Pesaka dengan kerjasama HISB serta mendapat pengiktirafan dari kementerian-kementerian kerajaan seperti Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan (KEKKW), Kementerian Pelancongan dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Kejuaraan itu juga telah mendapat restu Sultan Haji Ahmad Shah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang juga selaku penaung kejuaraan tersebut ketika itu.

"HISB merupakan sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang dipilih dan telah diberi kepercayaan untuk menjadi penganjur bersama kejuaraan itu, bagi memastikan acara silat bertaraf dunia itu dapat dilaksanakan dengan penuh meriah, berjaya dan gemilang.

"Acara berprestij itu menelan belanja lebih RM1 juta dan HISB adalah pihak yang mendahulukan segala kos perbelanjaan secara tunai, setelah dipersetujui oleh Urusetia Kejuaraan dalam mesyuarat Jawatankuasa Induk.

"Semua pembayaran yang telah dijelaskan oleh HISB bersesuaian dengan perkara-perkara yang melibatkan kejuaraan itu akan dijelaskan semula oleh Urusetia Kejuaraan Silat Sedunia ke-13 pada 2007," katanya.

HISB berharap agar perkara itu dapat diselesaikan segera kerana jika hal ini berlanjutan, katanya, lebih banyak lagi syarikat bumiputera yang akan teraniaya dengan janji manis pelbagai pihak yang hanya suka berjanji tetapi tidak seperti yang diharapkan.

Turut hadir pada sidang media itu, Pengarah Urusan Kumpulan HISB, Mohd Fairuz Mohd Yusof dan peguam HISB, Ramesh Kanapathy.



Sumber : harakahdaily.

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari