boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Gerakan.. Show all posts
Showing posts with label Gerakan.. Show all posts

Saturday, October 26, 2013

Apakah yang tak kena dengan wanita melayu ini ? Tak baguskah umno!!

Nak kata hairan memanglah aku hairan, kenapalah ya,.. bagaimana seorang wanita melayu boleh menjadi ahli parti politik percampuran kaum, 

Saturday, May 11, 2013

Berdegum lagi satu,,,, ho ho Umno bakal kesorangan...

Mari kita sama-sama mengucapkan takziah kepada umno, satu persatu terima musibah selepas PRU 13, mereka menang PRU13, tetapi dalam pada itu mereka tewas dalam nak menjaga hati teman-teman kaum Cina dalam parti BN...


Wednesday, February 13, 2013

Menteri wanita MCA Ng Yen Ten bakal dipersalahkan.... ?

Cantik,,, masing-masing dah terlebih bodek....nak tunjuk pandai buat kerja.... terlebih bodek,,, Najib tebal muka..... wakaka...


Sunday, September 23, 2012

YB Nga Kor Meng - Apa sudah jadi DUN Pantai Remis...!!

YB dua bersaudara sepupu Ngee Koo Ham dan Nga Kor Meng sekarang ini tengah mempopularkan diri mereka sendiri, masing-masing dengan agenda tersendiri., Ngeh semua kita dah tahu,,, sekarang Nga Kor Meng pula penya cerita,,, 


Saturday, September 1, 2012

Rakyat Malaysia bernama Malaysia bin Mohamad Yusof

Tak tahu berapa ramai rakyat Malaysia yang bernama Malaysia,, terus terang aku katakan ini adalah kali pertama aku dengar rakyat Malaysia yang senama dengan nama negara...  


Wednesday, December 14, 2011

Ahli PKR Lim Boo Chang lebih mulia dari 6 ekor katak ni...

Semakin dekat dengan PRU 13, maka semakin banyak berita keluar masuk parti, namun apa yang lebihnya melompat keluar dari pembangkang masuk ke parti komponen BN yang sering kedengaran....

Hari ini sorang lagi ahli PKR
NONE
Baca di SINI

Ada dua perkara yang aku nampak mangkok ni lebih baik dan anak jantan... dia tak puas hati,, nak buat macam mana,, lantak ke dia la,,, kawan aku blogger MSK pun tak puas hati kat PKR,, tapi ia masuk DAP,, mangkok apek ni biasalah,, masuk DAP mungkin tak dapat apa-apa.. jadi masuk balik Gerakan...

Dia lompat sebelum PRU,, kira dia ni berani,, lebih baik daripada kalau ia terpileh jadi calon PKR, menang PRU lempat tu lompat,, lagi haru....

Lagi satu,, dia ada rasa malu sikit dari beberapa ahli PArlimen dan ADUN PKR yang lompat keluar,, ia lepaskan jawatan ahli Majli MPPP... kira OK lah sikit dari 6 ekoq biawak kat bawah ni,,, lompat keluar... jawatan Ahli Parlimen masih tak nak lepas....





Pimpinan Pakatan rakyat tak payahlah nak keluarkan kenyataan nak belasah simangkok apek kerana nak melepaskan diri,, perbaikikan keadaan dan kelemahan parti masing-masing, rakyat dan pengundi sentiasa memerhati.....




Sunday, November 27, 2011

"Pujuk Najib bukan saya!"

"Pujuk Najib bukan saya!"
Pemuda Gerakan keluar parti kerana kecewa dengan Koh

Lim Hong Siang | Nov 27, 2011 02:01:38 pm

"Semasa Hari Malaysia, Najib memberi harapan kepada negara ini, dengan ucapannya untuk menjanjikan pemansuhan ISA, memberi lebih kebebasan...dan sebagainya. Tetapi terkini Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman, kelihatan lebih draconian berbanding dahulu. Jadi, apa yang dikatakan Najib? Dan mengapa Koh Tsu Koon (Presiden Gerakan) berdiam dalam hal ini?"

"Untuk Gerakan, seandainya ia menganggap ini adalah sesuatu yang salah, dia seharusnya bercakap sesuatu. Tetapi ia masih diam. Hanya apabila saya menyerah perletakan jawatan saya, baru beliau (Koh Tsu Koon) cuba untuk memanggil saya, memujuk saya untuk tidak tinggalkan (parti)."

"Ini cara yang salah! Beliau tidak seharusnya memujuk saya, beliau seharusnya memujuk Najib. Ubah pandangan dia (Najib)! Beliau (Koh Tsu Koon) mencari orang yang salah, saya bukan siapa dalam Gerakan. Beliau harus beritahu Najib, bukan saya... Keutamaannya salah!"

Demikianlah kekecewaan yang diluahkan kepadaMerdekaReview, oleh Delren Terrence Douglas (gambar kanan), seorang pemuda Gerakan yang mengambil keputusan untuk keluar parti dari Gerakan. Beliau memegang jawatan Ketua Pemuda Cawangan Ijok, Ketua Pemuda Bahagian Kuala Selangor, Ketua Informasi Pemuda Negeri Selangor sebelum meninggalkan parti.

Dalam satu wawancara eksklusif denganMerdekaReview, Delren berkata notis letak jawatan telah dihantar kepada pimpinan tempatan kelmarin, dan melalui sms kepada Kohilan, Tan Lian Hoe dan Koh Tsu Koon, pagi tadi. Beliau menunjukkan panggilan Koh Tsu Koon yang tidak dijawab olehnya, pagi tadi.

Ketika ditanya faktor yang mendorong beliau keluar parti, Delren berkata, "Gerakan masih merupakan anak tiri kepada UMNO. Masa dia masuk dalam Barisan Nasional dulu, dia setaraf dengan UMNO. Apa pendapat dia, UMNO boleh terima. Masa Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, zaman dulu... Tapi sekarang, Gerakan seolah-olah macam anak tiri."

Beliau tidak berpuas hati apabila pimpinan atasan Gerakan berdiam diri dalam skandal yang terdedah, termasuk skandal National Feedlot Centre yang melibatkan Shahrizat Jalil, Menteri Ketua Wanita UMNO baru-baru ini. Beliau berkata, peringatan demi peringatan diketengahkan, malah dalam Mesyuarat Agung Gerakan baru-baru ini, beliau antara pembahas yang melontarkan ketidakpuasannya, malah berkata Gerakan mesti bertukar (berubah).

Meskipun fenomena ini telah berlaku sejak lama lagi, tetapi beliau masih memilih untuk memberi peluang kepada Koh Tsu Koon. "Tapi nampaknya, dia (Koh Tsu Koon) tukar, dia kata dia tak akan bertanding dalam pilihan raya saja. Dia tak kata dia nak letak jawatan. Dia tak kata apa dia nak lakukan," beliau menyatakan kekecewaannya terhadap Koh Tsu Koon dan pimpinan atasan dalam Gerakan.

Ketika dilontarkan andaian Koh Tsu Koon berundur, apakah beliau akan kembali yakin kepada Gerakan, "Kena tengok arah mereka (pimpinan baru) nak pergi."

Delren hadir dalam Kongres Nasional Tahunan Keadilan yang berlangsung semalam dan hari ini, di Pulai Springs Resort, Johor Bahru. Beliau menerima temuramah MerdekaReview di sini, tadi. Ketika ditanya mengapa PKR dipilih, beliau berkata ideologi perjuangan PKR hampir sama kepada Gerakan, dengan komposisi anggota yang berbilang kaum.

Ketika ditanya apakah suasana Kongres Nasional PKR berbeza dengan Mesyuarat Agung Gerakan, "Lebih kurang sama," jawab Delren.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Malaysia.


Sumber : merdekareview.



Saturday, November 19, 2011

Panas - Koh Tsu Koon Bidas balik Mahathir...Padan Muka...

Ambik ko Mahathir... kenapalah nak sibuk sangat... baru padan dengan muka,, dah pencen tu duduk diam-diam dah la.. kenapa dok sibuk sangat... baca DI SINI






Baguih, pakat-pakat lawan.. kasi cepat mampuih....



Sunday, October 16, 2011

Maka dengan ini Aku SAHkan PAS Penang memang pengecut...

Sebelum ini dok sebok 24 jam mengatakan yang Cina nak menganiyai orang melayu di Pulau Pinang..... (Tak kiralah DAP, ka MCA atau Gerakan)......

NONE

Dan yang paling sakit menusuk jiwa, PAS diperkuda oleh DAP....

Namun, disegi realitinya politik di Pulau Pinang, siapa yang dok serang pimpinan Cina negeri Pulau Pinang,,, dalam dok serang, dok menyalak marah kena Ci-a Pulau Pinang,, alih-alih UMNO tak akan tuntut jawatan KM Pulau Pinang...

Nampaknya Parti Gerakan untunglah ya,, dengan adanya anjing-anjing baka melayu membantu mereka.

Mereka tak payah nak sibuk-sibuk bertekak sesama mereka, sekadar buat lakonan Ketua Wanita Gerakan yang juga Ahli Parlimen Grik menghentam Presiden Koh Sku Koon,,

Malah mereka juga berani bersuara,, awai-awai lagi dah sebut nak kan kerusi Parlimen Taiping,, amboi hebatnya mereka,,, kenapa UMNO diam,,, tanpa jawapan,, senyap sunyi sepi (3S), bersuaralah wahai UMNO,, aku rindu dengan suara bantahan mu..... sejak bila UMNO dah mula jadi melayu pondan bila berhadapan dengan Gerakan..

Malulah sikit wahai Melayu UMNO Pulau Pinang..........





.

Sunday, August 28, 2011

Berita Malam - Koh Ksu Koon dah mula tunjuk samseng sesama dalam BN...

Salam Sejahtera...

RM (Recycle Minister) yang Presiden Gerakan, sebelum ini dilanyak habisan-habisan oleh beberapa pihak akibat kekalahan Partinya dan jatuhnya Pulau Pinang kepada DAP kini bangun semula dan dah mula membuka pencak silat tai cheenya...

Ingat kut apek ni terus diam dan nak bersara dari politik... ho ho tidak,,, lagi boleh lawan maaa.... ambik ko UMNO, padan muka Ali Rustam.... baca Klik Sini




Monday, August 1, 2011

Virus dalam PM dah mula merebak dan berjangkit....

Salam sejahtera,

Apalah malang nasib orang Melayu penyokong dan ahli UMNO yang mempunyai Presiden berpenyakit tahap terlalu merbahaya iaitu penyakit penakut....

Tak tahu bagaimana penyakit ini boleh terjadi dan menginap di batang tubuh Najib, takut serba serbi bermula dari rumah takut ke bini hingga ke pejabat dan seterusnya dalam situasi menghadapi rakyat....

Keberanian yang ada didalam Najib hanyalah bila berhadapan dengan ahli dan penyokong UMNO dan sekutu-sekutu Barisan Nasional...

Malah Najib menjadi ketakutan tegar apabila berhadapan kumpulan minoriti parti MIC dengan menghadiahkan jawatan Menteri kepada presiden MIC.

Yang paling menyedihkan Najib sanggup meninggalkan isu ketuanan melayu iaitu bangsa dirinya sendiri dan mempertahankan 1Malaysia yang di ciptanya sebelum ini BACA DI SINI.,

Konon-kononya nak mempertahan semua bangsa,, tetapi lihatlah sendiri, dalam dok mempertahan 1Malaysia tu pun dok taku-takut juga,,, mana satu yang berani ni,, aku pun tak faham... KILK SINI. .

Dan yang paling menakjubkan penyakit takut atau sindrom fobia ni dah mula berjangkit kepada anggota-anggota UMNO yang, dah mula merebak,, dalam pemimpin UMNO dok kata PAS penakut, jadi kuda tunggangan kepada DAP dan sebagainya, secara tidak disedari UMNO yang lebih penakut...Buktinya hangpa boleh baca di bernama.

UMNO terus ditimpa penyakit takut bila bersama-sama sekutunya MIC dan Gerakan... kenapa..@#$%&*(&^%$#@!... .




Friday, November 26, 2010

Kerajaan UMNO... Silap memberi pengharagaan..

Salam Sejahtera...

Aku malas nak tulis banyak-banyak apa yang dinukilkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO terhadap mendiang mantan KM Pulau Pinang Lim Chong Eu...

PAYING LAST RESPECTS... The remains of former Penang chief minister Tun Dr Lim Chong Eu will be lying in state at Dewan Sri Penang from today until Sunday for the people to pay their last respects before the burial at the Batu Gantung cemetery at noon. NSTpix by Shahrizal Md Noor. READ MORE
Nov 26, 2010 4:50 pm

Lihat sahajalah diatas apa pengharagaan yang diberikan,,, sama seperti keatas pemimpin kemerdekaan atau ketua-ketua kerajaan atau pun sama dengan taraf raja-raja Melayu...

Bukan aku nak pertikaikan,, tetapi berpada-padalah jikalau nak berbuat sesuatu pun... setakat menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang dari tahun 1969 hingga tahun 1990... Rujuk wikipedia. Semak semual apa peranannya sewaktu ia bermain politik,,, racist atau tidak..bukan aku kata... wikipedia...

Aku bukannya dan jadi jaguh perkauman,, tetapi ingatlah kembali,,, jangan menuding jari kepada Parti DAP..., kembali pada sejarah,, sejak bila orang melayu mula terpinggir dari kepulauan Pulau Pinang membawa diri ke Kulim, Sungai Petani,,, sejak bila,,, dan sekarang baru nak bising-bising,, Orang Melayu tinggal berapa percent sahaja di Pulau Pinnag...

Buat cerita tuduh parti DAP yang baru 2 tahun memerintah,,, tetapi siuapa yang sebebnranya..., lepas tu bila kawan tu mampuih,, huhrhh dia salah seorang negarawan.... taikk kucing lah...

Sunday, December 20, 2009

Tembakan Zahid Hamidi Mengena Lagi...

Salam Sejahtera...

Dalam satu masa Zahid mengenakan tembakannya pada 2 target.. Target pertama kepada orang No1, mengenai kes kehilangan enjin pesawat F-5E, walaupun kononnya orang yang terlibat dah dikenal pasti, tetapi menteri yang menjaga hal-ehwal tentera waktu kejadian tersebut tentulah terpalit sama..

Target kedua pula Presiden Parti Gerakan, membuatkan kreadibilty Gerakan semakin parah. apa tidaknya Naib Presiden parti dah ishtihar keluar Parti baru-baru ini, manakala baru-baru ini kat Parlimen sahabat baik hero tak sekacak buat artis Zizie, Ahli Parlimen Seri Gading Datuk Mohamad Aziz menghentam dengan teruk Presiden Gerakan, sehingga timbul perasaan tak puas hati ahli-ahli parti Gerakan terhadap cercaan ahli Parlimen Seri Gading.

Bagi aku, Zahid Hamidi dan Mohamad Aziz adalah seorang yang berani menyuarakan Hak orang Melayu, selama ini UMNO memang terlalu berlembut dengan Gerakan, sudah berapa penggal, Umno memiliki kerusi DUN Pulau Pinang melebihi Gerakan, namun KM Pulau Pinang tetap pada Gerakan yang dimulai dari Lim Choong Yu dan diikuti oleh Koh Ksu Koon.

Bab kerusi KM Pulau Pinang satu hal, kemudian bila PRU11 yang lalu, Kerusi Parlimen Bukit Gantang yang sebelum ini UMNO punya, diberikan kepada Gerakan, oleh kerana UMNO Bukit Gantang bising tak puas hati, kerusi Parlimen Grik dikorbankan kepada Gerakan. Itulah budaya UMNO, dengan kaum asing cukup berlembut, tetapi sesama melayu mereka tergamak melakukan apa saja, lihat sahaja di Memali, dan yang terbaharu dan terkini kes royalti minyak Kelantan... itulah UMNO...

Namun tindakan berani Zahid Hamidi selaku ketua perhubungan UMNO Pulau Pinang sangat-sangat aku hormati, ada keberanian buat anak Jawa Bagan Dato; berani menyuarakan hak orang Melayu Pulau Pinang, sekurang-kurangnya tunjuk ketegasan terhadap parti Gerakan itu, jangan melampau sangat.

Apa pun ketegasan Koh Ksu Koon tidak mahu menyerah jawatan Pengerusi BN PP itu harus dihormati, tak mungkin beliau akan menyerah begitu sahaja tanpa melawan, kurang-kurang pun bukai silat tai chi pun jadi lah, nanti apa kata ahli-ahli parti yang presiden mereka tak te***.

Bilakah lakonan semua ini akan berakhir, ternyata semua ini dapat menutup kelemahan kerajaan BN nak memerintah negara, isu bajet yang mendapat kelulusan dengan kelebihan 3 undi, masaalah ekonomi semakin meruncing dalam negara, harga keperluan makanan harian semakin meningkat harganya, rakyat semakin tertekan, awala tahun baharu rakyat yang mempunyai anak-anak bersekolah memerlukan perbelanjaan lebihan untuk pendaftaran anak ke sekolah, mana nak cekau semua itu, pemimpin negara asyik buat lakonan macam-macam hal dan isu, biar rakyat tereka, tertipu dengan permainan mereka sendiri...

Selalgi UMNO memerintah negara selagi itulah rakyat tertipu, rakyat tertindas, tiada kebebasan buat rakyat.
Mamposss UMNOO... Ameeen.

Saturday, December 19, 2009

UMNO Yang Gila Kuasa..

Salam sejahtera..

Kalau sebelum ini yang kita selalu dengar UMNO ini gila meroyan nak kuasa walau pun sesebuah negeri itu diperintah oleh Pakatan Rakyat. Apa pun UMNO tetap nak kuasai segala-galanya, baik urusan masjid, JKKK, Team Pasukan Bola Negeri dan bermacam-macam lagi.

Apa pun biasalah perkara ni buat pandangan kita kat UMNO, sebab ia tak mau lepas begitu sahaja kepada parti yang memusuhi nya.

Namun kini ada sedikit kelainan nampaknya, UMNO semakin gila kuasa tahap OTAI Gaban.... apa tidaknya, perebutan kuasa ini bukan dengan parti pembangkang, tetapi sesama komponen dalam BN.

Perkara macam ini aku sokong tindakan UMNO Pulau PInang, hak macam ni kalau hangpa nak berebut pun baguih, UMNO Penang memang berani, tambahan pulak dibawah Pengerusi Zahid Hamidi... Aku sokong sungguh, UMNO kena pengerusi BN Pulau Pinang, betui.. aku sokong, mana boleh bagi kat Gerakan, Gerakan satu kerusi DUN Pulau PInang pun tak dapat... cukuplah Koh Ksu Kun tu dah dapat lantikan Senator, walaupun kalah, dilantik jadi menteri lagi, UMNO apa yang dapat,.. padan muka UMNO... he he... apa pun aku sokong 100% supaya jawatan Penerusi BN Pulau Pinang UMNO yang pegang... Lawan sama Gerakan tu... jangan kasi muka!!!

Berita Berkaitan : bharian.

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari