boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label CEO PMBK. Show all posts
Showing posts with label CEO PMBK. Show all posts

Wednesday, December 23, 2009

Kasihanilah Kat Tok Guru Nik Abd Aziz..

Salam Sejahtera...

Nampaknya aku tak boleh nak berdiam diri.. terpaksa jugalah aku lepaskan apa yang aku rasa.. lantak pi kat hangpa nak kata apa kat aku..

Malam tadi aku sempat juga lihat PC Dr Rosli Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan di Berita TV 9, tahniah aku ucapkan kepada Dr Rosli, kerana sayangkan imej parti beliau sanggup berkorban.

Selepas itu, TV cuba siarkan pula temuramah dengan Datuk Mahfuz Naib Presiden, seperti biasalah orang yang suka bercakap, bila dihulur mikrophone bercakaplah ia dengan maksud yang sama seperti tempohari.

Bagi aku cukuplah sekali, perkara dah berlalu, kenapa diulangkan lagi... Datuk bukan lagi sebagai Pemuda, pemuda boleh bersuara sebagaimana apa yang berlaku dua hari yang lalu.. sebab nama pun pemuda... Datuk dah Naib Presiden, bukankan lebih elok dicari penyelesaian secara musyawarah seperti mana Datuk Presiden dan beberapa orang lagi pimpinan di Kota Bharu, apakah susah sangat nak dapat peluang bertemu dengan Tok Guru untuk menyelesaikan masaalah, .....

Maaf Datuk... Ini luahan perasaan hati saya...

Tuesday, December 22, 2009

Glamour Hari Ahad dan Selasa..


Aku sangkakan suasana semakin reda, tetapi nampaknya semakin panas, peluang yang ada didepan mata musuh yang siap sedia menanti 24 jam telah digunakan sepenuhnya.

Memang dah jadi kerja musuh, apa pun mereka cuba mencari sesuatu berita yang sensasi, pertama jualan akhbar mereka yang semakin merosot, yang keduanya pulak seboleh-bolehnya mereka nak menjatuhkan imej Islam ...

Sekarang mereka cuba mempersendakan apa yang berlaku, menyamakan sama taraf dengan artis yang secara kebetulan berlaku kes yang sama, namun fikrah dua mangsa adalah berbeza.




Dimuka hadapan, bahagian atas sekali.. bertarikh hari ini 22/12/09 mereka cuba memaparkan imej mangsa dengan melakukan kesalahan....

Bab artis tu lantak pi lah, tetapi seorang lagi ni, semakin hari imej jemaah semakin pudar dimata masyarakat awam, kenapa boleh jadi begini.

Aku tak mau nak pertikai hukuman yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah, sebab aku bukanya tau pun bab-bab hukum munakahat ni...,


[um201209.jpg]

Sekarang mari kita lihat Mingguan Malaysia Ahad 20/12/09, hanya selang sehari, muka hadapan juga, popular lagi YOB, dilaporkan oleh orang sama, aku memang tak mengenali siapa Dr Rosli ni, cuma sewaktu dok kecoh tak berapa lama dulu, Blogger Pink Turtle ada menceritakan juga perihal Dr Rosli ni, dengan Exco mana dia bekerja, cuma yang sedikit kesalkan kenapa tak ikut contoh pimpinan tertinggi Tuan Presiden, Timbalan Murshidul AM dan beberapa orang lagi bagaimana mereka menyelesikan kes tersebut, itulah contoh yang terbaik buat kita dalam jemaah, walaupun sasaran tu betul tetapi sedikit sebanyak ada pihak lain yang turut sama terguris hatinya.....

Mungkin ini sebagai kifarah buat Dr Rosli atau pun secara kebetulan Wallahuaklam, apa pun bagi aku ada pihak lain lagi disebalik ini semua...


Thursday, December 3, 2009

Kuntau!! Ada cerita Kickdefella lagi..

Khas Untuk pengkomen @ Kuntau... dan yang seangkatan dan sewaktu dengannya...

Cerita di aku Cilok dari SINI

Thursday, December 3, 2009

Kickdefella Tidak Siarkan Komen Saya



Seperti yang saya jangkakan, blogger Kickdefella tidak akan melepaskan komen saya daripada disiarkan di dalam blognya berkenaan posting terbaru yang bertajuk "Sandiwara Di Kelantan". Saya menulis komen tersebut pada jam 11 pagi tadi. Berikut adalah komen saya yang tidak disiarkan di dalam blognya :


sudahla tu syed azidi a.k.a kickdefella. dulu serang ariffahmi, sekarang serang tok guru pula. kalau betul ariffahmi itu orang yg salah, apa pasal dari dulu lagi you tak bersuara? lepas dibuang dan ditendang barulah bising-bising macam perempuan gila meroyan. nampaknya khabar-khabar yang saya tahu sebelum ini berkenaan you tak buat kerja dan asyik makan gaji buta itu semakin benar. kebenaran semakin jelas. sepatutnya kalau you benar-benar teraniaya, dari dulu lagi you patut berkokok berkenaan si menantu tu.


Selepas puas menyerang menantu Tok Guru, kini Kickdefella menghalakan sasarannya kepada Tok Guru pula. Dia tidak puas hati jika mangsa yang menjadi sasarannya tidak dijatuhkan dan selagi kemahuan dia tidak dipenuhi. Kalaulah betul si Ariffahmi itu seorang yang korup, sepatutnya dari dulu lagi Kickdefella ini bersuara. Saya juga berasa sangsi mengenai komen-komen yang terdapat di dalam blog beliau. Komen-komen yang menghina dan mencerca Tok Guru Nik Aziz dilepaskan, dan
hampir kesemua komen itu merupakan komen yang menghentam tok guru.


Dan jika dilihat pada waktu yang terdapat pada setiap komen, jaraknya terlalu dekat. Beda sesuatu komen dengan komen selepasnya hanya beberapa minit. Mungkinkah benar seperti yang di dakwa oleh beberapa blogger bahawa yang membuat komen-komen itu adalah Kickdefella sendiri, dengan menggunakan nama samaran yang lain. Sanggup dia menghina tok guru, semata-mata kehendak dan kemahuan diri tidak tertunai. Dia jugalah dahulu yang memuji-muji tok guru, dan mengungkitkan cerita dia di zaman kecil, dimana dia duduk di atas riba tok guru Nik Aziz, dan tok guru menanyakan mengenai jarinya yang tercedera terkena kipas.


Kini semua perasaan hormat itu lenyap akibat daripada kesilapan dia sendiri. Adakah benar seperti yang didakwa bahawa Kickdefella berbulan-bulan tidak masuk pejabat dan hanya menerima gaji buta, dan setiap laporan diserahkan hanya kepada Husam Musa, orang yang dikaguminya.

reformisjalanan.

Jangkaan MSK Perakexpress Tepat.

Salam sejahtera..

Dua hari sudah 1 Dec 09 MSK ada keluar satu posting DI SINI. Banyak analisa yang dibuat MSK dalam entry tu, Tahniah MSK.

Hari ini apa yang MSK tulis tu terbukti sudah.. Tak percaya... Baca di SINI. Aku malas nak komen banyak, kang ada lagi manusia tuduh aku dah kena beli ... Subhanaallah.



Tuesday, December 1, 2009

Hujah VS Demo.

Salam Sejahtera...

Sepatutnya kalau secara anak jantan hujah lawannya hujah, TGNA sendiri bersedia nak berhujah dangan alim ulama UMNO yang sibuk siang malam pagi petang hidupnya menjilat UMNO..

Tetapi nampaknya memang UMNO ni jenis pengecut umpapan teok yang dah kena kepit tak sanggup nak bertemu muka, maka digunakanlah profesor kangkung pula untuk melepaskan salakan mereka...maka pakat-pakatlah menyalak hingga terjelir lidah...

Tak cukup dengan itu pagi ini mereka adakan demontrasi pulak, kalau baca dalam UM Online DI SINI melaporkan ada 1000 orang yang berdemontrasi, tetapi bila aku terbaca di Mkini DI SINI pula menyatakan beratus-ratus sahaja, tak tau yang mana satu betul.

Kenapakah TGNA perlu letak jawatan!!!, apakah kesalahannya terhadap rakyat Kelantan, menerima tajaan ke Mekah, beliau dah tolak!, Kes PMBK, beliau dah arahkan Menantunya letak jawatan, OK mengenai PMBK aku nak ulang balik, TGNA hanya bersetuju apabila ada seorang EXCO yang mencadangkan menantunya jadi CEO, tak payahlah aku sebut nama EXCO tu, kang Tulang Besi dengan Panglima Kuntau marah lagi kat aku, cukuplah dengan tuduhan TB mengatakan aku bersama Aduka Taruna diberi jemputan dan kemudahan transpotasi serta kediaman tempat tinggal di Kelantan disamping janji-janji kononnya. Baca DI SINI .

Demi Allah tahun 2009 ini yang hampir ke penghujungnya kedua tapak kaki berserta 10 anak jari aku belum lagi menjejaki bumi Kelantan. Mereka juga menuduh aku mandapat maklumat dari PinkTurle, betul aku mengaku yang aku mendapat dari Pink Turtle, tetapi maklumat mutakhir yang aku dapat bukan dari Pinkturtle, ini dari hamba Allah yang berlainan, beliau bukan blogger, bukan orang politik dan bukan orang korporat, beliau adalah orang profesional dan terlibat dengan ekonomi negeri kelantan, malah beliau tidak mengenali Pinkturtle dan begitu juga sebaliknya.

Dan satu maklumat mutakhir yang aku dapat isu PMBK ini dilakukan adalah untuk menutup isu royalti minyak, malangnya TGNA dapat bertundak dengan lebih baik, UMNO dan alhi PAS yang ketagih UMNO jadi terkedu, di buatnya pulak isu doa mohon bala!!!, Ooo bila dah kena doa macam tu baru nak ingat persaudaraan Islam, kalau dah bersaudara mana hak rakyat Kelantan..

Demontrasi yang berlaku hari ini adalah kesilapan dari pimpinan PAS Kelantan sendiri, kenapa ada yang tak mau dicalonkan jadi pengganti MB, tapi sokong Timbalan MB jadi Pengganti, dan ada juga yang sorang lagi mengatakan setuju apa yang EXCO cadangkan Timbalan MB jadi pengganti. Manakala Anak lelaki TGNA pulak mengatakan jangan halang ayah saya bersara!! Bila ayahnya sebut nak bersara......Kenapa ucapan sedemikian yang keluar!!!!!!!!!

Alangkah lebih baiknya suara-suara di atas tadi berbunyi, " KAMI SEMUA ANGGOTA PAS KELANTAN MASIH MEMERLUKAN TGNA MENJADI MB KELANTAN SEHINGGA AKHIR HAYAT!. Susah sangatka!!..

Sunday, November 29, 2009

Grand Design Menjatuhkan TGNA.

Artikel ini aku cilok dari Blog Saynotomunafiqen.
BERSETUJU ATAU TIDAK BERSETUJU, SEMUA KITA TAHU KEWUJUDAN KONSPIRASI TERSEBUT.

ADA ORANG KATA KONSPIRASI ITU BERTUJUAN UNTUK MENJATUHKAN TGNA SELAKU MB KELANTAN. AKU KURANG BERSETUJU DENGAN STATEMENT INI.


PADA AKU, KONSPIRASI INI HANYA BERTUJUAN UNTUK MEMALUKAN TGNA DAN MEMBERIKAN TEKANA KEPADA TGNA UNTUK BERUNDUR DENGAN SENDIRI.


MATLAMAT KELOMPOK SERIGALA LAPAR INI TELAH HAMPIR TERCAPAI APABILA TGNA DIBERITAKAN TIDAK AKAN BERTANDING LAGI DALAM PRU KE 13 NANTI.


PADA PERINGKAT PERTAMA, KELOMPOK INI TELAH MEMBEDIL PMBK SECARA BERTALU TALU BAGI MENCABUT CEO PMBK.


PELURU PELURU SEPERTI TGNA MENGAMALKAN KRONISME, TGNA MENGUTAMAKAN MENANTU, TGNA SALAH PILIH, TGNA MEMPERLEKEHKAN KEMAMPUAN DAN KELAYAKAN ANAK KELANTAN YANG LAIN, TGNA SUDAH NYANYUK, TGNA SUDAH TUA, TGNA SUDAH KRONIK, TGNA SUDAH NAK MATI DAN MACAM MACAM LAGI DIBEDIL KE ARAH PMBK.

PERSOALAN YANG TIMBUL ADALAH KENAPA YANG DIBEDIL ITU ORANG LAIN TETAPI YANG TERCEDERA ITU ADALAH ORANG LAIN? YANG DIBEDIL ITU ADALAH MENANTU TGNA TETAPI YANG MENJADI SASARAN ADALAH TGNA.


DI MANAKAH LOGIKNYA JIKA BUKAN BERTUJUAN UNTUK MENCALARKAN MARUAH TGNA DAN MEMALUKAN BELIAU.


SETELAH TERCABUTNYA CEO PMBK, MUNCUNG MERIAM ITU DIHALAKAN PULA KE ARAH UST NIK AMMAR SEHINGGAKAN UST NIK AMMAR TERMAKAN UMPAN YANG DISAJIKAN.


KERJA KERJA KELOMPOK SERIGALA INI MENJADI MUDAH APABILA APABILA UST NIK AMMAR SECARA TERBUKA MEMINTA TGNA MENAMAKAN BAKAL PENGGANTI BELIAU SELEPAS BELIAU BERUNDUR.


DALAM MASA YANG SAMA, HUSAM MUSA PULA MENEGASKAN BELIAU AKAN MENOLAK SEBARANG CADANGAN YANG MAHU MENCALONKAN BELIAU SEBAGAI BAKAL MB KELANTAN.


OPS !! KENAPA BELUM APA APA LAGI HUSAM MUSA SUDAH BUKA MULUT DAN KELIHATAN SEPERTI MAHU BERLEPAS DIRI DARIPADA KACAU BILAU INI?


SEKARANG, SUDAH ADA BLOGGER YANG MENCADANGKAN PAS PUSAT MENGAMBIL TINDAKAN KE ATAS UST NIK AMMAR KERANA MEMBERIKAN TEKANAN KEPADA TGNA.


PERSOALANNYA, KENAPA PAS PUSAT DAN KENAPA TIDAK PAS KELANTAN? INI MENGUNDANG KEMUSYKILAN.


SETELAH BERJAYA MENGGONCANG PMBK SEHINGGA CEONYA TERCAMPAK KELUAR, SETELAH BERJAYA MENGUMPAN UST NIK AMMAR, MAKA MUNCUNG MERIAM MILIK KELOMPOK INI DIHALAKAN PULA KE ARAH MPKB-BRI.


MANA DIBEDILLAH PELURU PELURU ITU KE ARAH PENTADBIRAN MPKB-BRI. KENAPA BEGITU? KERANA SASARAN SETERUSNYA ADALAH HJ TAQIYYUDDIN HASSAN.


MAKA, TERSIARLAH ARTIKEL ARTIKEL DI INTERNET YANG "MENDEDAHKAN" KEPINCANGAN DALAM MPKB-BRI. KONONNYA BERSUMBER "KULI KULI MPKB-BRI". DISIARKAN JUGA KONONNYA MPKB-BRI GAGAL BERFUNGSI DENGAN BERKESAN. DISIARKAN GAMBAR GAMBAR JALAN JALAN SELENGGARAAN MPKB-BRI YANG BERLUBANG, LAMPU JALAN YANG TIDAK MENYALA, SEMAK YANG TIDAK DITEBAS, SAMPAH YANG TIDAK DIPUNGUT DAN SEBAGAINYA.
SEMUA INI BERTUJUAN UNTUK MEMBURUKKAN KREDIBILITI HJ TAQIYYUDDIN HASSAN SELAKU EXCO YANG BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS MPKB-BRI.

KITA AMAT YAKIN SELEPAS HJ TAQIYYUDDIN HASSAN CEDERA PARAH SEPERTI MANA CEDERA PARAHNYA UST NIK AMMAR, MAKA MUNCUNG MERIAM ITU AKAN DIHALAKAN PULA KEPADA UST AHMAD YAAKOB YANG TELAH DIWARWARKAN AKAN MENGGANTIKAN TGNA JIKA TGNA BERUNDUR.


KITA TAHU BAHAWA PIMPINAN PAS KELANTAN YANG BERPOTENSI UNTUK MENGGANTIKAN TGNA AKAN DICEDERAPARAHKAN ATAUPUN AKAN DIMATIKAN TERUS OLEH MUNCUNG MUNCUNG MERIAM YANG DIBAWA KHAS KE KELANTAN OLEH INDIVIDU TERTENTU UNTUK MENJULANG TOKOH TERTENTU DAN MEMBUNUH TOKOH TERTENTU.

AKHIRNYA NANTI, YANG AKAN DILIHAT BERSIH DAN PERLU DIBERIKAN PELUANG UNTUK MENJADI MENTERI BESAR KELANTAN ADALAH HUSAM MUSA DAN HUSAM MUSA PULA AKAN MENERIMA CADANGAN TERSEBUT ATAS DUA ALASAN.

PERTAMA, DEMI KEPENTINGAN JEMAAH (SEPERTI MANA YANG BELIAU SELALU SEBUT).

KEDUA, AMANAH DARIPADA ALLAH SWT DAN AMANAH ITU WAJIB DIPIKUL KERANA "KITA" ADALAH AHLI GERAKAN ISLAM.


DIBERITAKAN JUGA BAHAWA RAMAI BLOGGERS TELAH BERKAMPUNG DI KELANTAN BAGI MENJAYAKAN AGENDA JAHAT INI. BEBERAPA BLOGGERS TELAH DILAPORKAN BERTEMU DENGAN AGENT YANG ADA DAN BERSEDIA UNTUK DIPERKUDAKAN.


LEBIH MENYEDIHKAN ADALAH AGENT AGENT ITU ADALAH ORANG ORANG YANG MENGAKU RAPAT DENGAN TGNA DAN ANAK BERANAKNYA SEDANGKAN TGNA TAK KENAL PUN MAKHLUK TERSEBUT.
BELIAU MENJUAL DAN MENJAJA NAMA TOK GURU DI MANA MANA.

ADA BLOGGER KATA HUSAM MUSA TERSALAH PANDANG KICKDEFELLA - BIAWAK KICKDEFELLA DISANGKA RUSA.


BLOG INI MEMILIH UNTUK BERKATA - KU SANGKA BIAWAK RUPANYA NAGA.

JUMPA DI MAHSYAR.



::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


SINOPSIS ARTIKEL DI ATAS :
-

PERTAMA

MEMBURUKKAN MENANTU TGNA

KEDUA
MEMBERIKAN TEKANAN FASA PERTAMA KEPADA TGNA


KETIGA
MENYINGKIRKAN MENANTU TGNA DARIPADA PMBK SEBAGAI HINT KEPADA TGNA PERLU MENGOSONGKAN KOTA DARUL NAIM


KEEMPAT

KUMPUL BLOGGERS DI KELANTAN


KELIMA

HUSAM MUSA BERLEPAS DIRI


KEENAM

KUNCI MULUT UST NIK AMMAR


KETUJUH

KUNCI MULUT HJ TAQIYYUDDIN HASSAN


KELAPAN

BUKA MULUT PIMPINAN PAS PUSAT


KESEMBILAN

CEDERAPARAHKAN IMEJ UST AHMAD YAAKOB


KESEPULUH

CALON AKHIR YANG MASIH BELUM CEDERA HANYALAH HUSAM MUSA


KESEBELAS

PRU KE 13 BERI TEKANAN KEPADA TGNA SUPAYA TIDAK BERTANDING


KEEMPATBELAS

SERIGALA MENANG


SUMBER : www.kebenaranpahitbaginafsu.blogspot.com

Friday, November 27, 2009

Bab Husam Lagi...Kenapa Tak Komen!

Salam Sejahtera..

Waktu aku memula dari awal menulis mengenai PMBK dan Kickdefella, memang banyak komen, email yang meyerang aku, malah yang akhir sekali tengah malam waktu aku dah bermimpi dapat call dari blogger terhebat nasihatkan aku mengenai apa yang aku tulis mengenai Kickdefella.

Kemudian sehari dua ini Malaysiawave (Tulang Besi) pulak hentam aku pasai aku tulis mengenai Husam, ia kata aku buat fitnah kat Husam, lantak pi lak.. aku tetap menulis bab Husam kalau ada yang tak betul, kalau Hasan Ali, Mustafa Ali dan Nasharudin sebelum ini aku pernah sentuh dan tulis, kenapa pulak aku tak boleh tulis bab Husam, aku tak mau cerita keburukan perangai mereka apa yang kau tahu, cuma aku tak mau manusia yang perangai macam Husam jadi pimpinan Parti Islam, itu saja.

Cuma aku minta kepada pembaca .. hangpa baca Di SINI, dan lagi satu DI SINI, Baca dari awal hingga akhir, ada tak sangkut paut lebih kurang sama apa yang aku dok sebut tu..., ada ke tak ya Perisik rakyat call, dan aku nak tengok lepas ni Malaysia Waves (Tulang Besi) Nak bagi nasehat ka kat anak lelaki dan Perempuan Tok Guru...

Thursday, November 26, 2009

Berita Panas - Tahniah Husam...

Salam Sejahtera,..

Berita hangat muka hadapan Berita Harian... Apakah agenda disebalik tajuk akhbar ini...

Sebelum ini menantu Tok Guru CEO PMBK dah letak jawatan, selesai sudah satu episode, kini anak lelaki Tok Guru pula jadi sasaran...

Betulkah tak mahu nak jadi MB Kelantan, ataupun ada pihak lain yang lebih berkuasa tak bersetuju.....!!!! Sebelum berita tersebut pecah lebih baik tukar topik ..........

Mungkin kurang berminat untuk negeri Kelantan kerana nak kan 1Malaysia...Oppp persepsi...


Monday, November 23, 2009

Krisis PAS Kelantan - TGNA Arahkan Menantunya Lepaskan Jawatan CEO PMBK.

Salam Sejahtera..

Baru sebentar tadi aku terima maklumat dari Kelantan, setelah perjumpaan Pimpinan PAS di JKR 10 diantara TGNA dengan Presiden PAS, Naib Presiden YB Salehudin Ayub, Timbalan Muryidul Am dan Bendahari PAS Dr Hatta Ramli,.

Keputusan yang dibuat, TGNA telah mengarahkan menantunya Arif Fahmi meletakkan Jawatan CEO PMBK, demi memudahkan penyiasatan oleh SPRM dilakukan.

Ini baru berita benar, bukan berita dari Kickdefella sepeti yang lepas....

Tahiniah Dato, MB, Satu Keputusan Bijak telak dilaksanakan. Moga-moga PAS berbeza dari Parti UMNO..PAS bukan lagi Kerajaan Anak Menantu seperti yang dlemparkan oleh musuh.

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari