boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Bohong. Show all posts
Showing posts with label Bohong. Show all posts

Monday, October 8, 2012

Presiden PBTM Muhd Abd Ghani janganlah nak temberang..

Inilah masaalahnya jika pemimpin NGO atau pertubuhan yang secara tak lansung pemimpin politik UMNO,, Sikap berbohong dah jadi darah daging mereka...


Saturday, May 26, 2012

BOHONG dan BODEK dari Menteri UMNO....

Boleh percayakah kenyataan dari umat Islam, bertaraf menteri tetapi menggunakan duit zakat untuk kepentingan diri....
Sewaktu dalam TV semalam, aku ada nampak wakil Kedutaan Arab Saudi bersama menteri ni kononnya berbincang pasal kouta haji di Bangunan lembaga Tabung Haji... 


Tetapi tak disiar pulak kenyataan dari mulut wakil kedutaan arab saudi tu walaupun sepatah,,, hanya muka menteri tu saja yang dok bercakap tersengih-sengih macam kerang busuk... 



Tak cukup dengan nak berbohong,, ish,ish, nak bodek pulak, seolah-olah PM ni seorang yang berkemmpuan untuk kepentingan umat Islam nak menunaikan fardu haji,,, fuiyo.... apa sal tak minta Rosmah laki PM sahaja yang uruskan,,, lagi power...terkucil tok arab...  




Wednesday, September 21, 2011

Lagi Berita - Kapal TLDM KD LEKIU punya cerita...

Salam Sejahtera...


Bila kisah KD PARI yang tenggelam aku mula buka cerita, banyak betui komen yang masuk, sehingga hari ini pun ada lagi,, kebanyakannya hentam aku, biasalah dah gatai nak berblog sangat, kenalah hadapinya.....

Bila dah termula keluar cerita isu ni, maka beberapa penyelewengan lain yang melibatkan lagi aset-aset TLDM seperti kes kapal KD KASTURI yang kini berada di Limbungan Bouestad Naval Syipyard, boleh baca kd-kasturi-470-juta-duit-rakyat-hangus.

Ada tak mau nak komen apa bab cerita ni, walau pun aku tahu siapa dan contractor mana yang gasak projek tu dan apa yang terjadi serta keluhan member-member aku kat situ....... Biarlah pihak lain yang bongkarkan kalau ada unsur penyelewengan berlaku....

Cuma dalam isu kapal KD LEKIU NI,, rasa kelakar pun pun ada,,, cuma yang dapat aku katakan, ramai rakyat Malaysia diluar sana tertipu dengan cerita-cerita dari media UMNO sebelum ini.... tertipu bro,, asyik-asyik kena tipu, kapal selam lain cerita, kapal yang tak selam lagi banyak cerita.... nasib baik ada orang lama yang aku sendiri tak mengenalinya, buka cerita ni.......lu orang layan sendiri cerita tu di serigala-laut-taming-sari.





Monday, September 12, 2011

Generasi Anak Keling memang keturunan pembohong...

Posted by Aspan Alias

Tulis sejarah negara versi baru - alang-alang berbohong, bohong betul-betul

Majlis Professor Negara (MPN) telah mengeluarkan kenyataan yang negara kita tidak pernah dijajah oleh mana-mana penjajah dan negara hanya menjadi ‘protectorate state’ kepada British. Kita baru sahaja merayakan ulang tahun kemerdekaan yang ke-54 pada tanggal 31 Ogos yang lalu, tiba-tiba ada pihak menyatakan secara formal yang Malaya dan Malaysia tidak pernah dijajah.c

Professor Zainal Keling menyatakan kita hanya sebuah ‘protectorate state’ bukan tanah jajahan British. Kalau apa yang dinyatakan oleh MPN itu benar maka kerajaan khususnya UMNO mesti secara jelas dan formal membuat kenyataan resmi yang negara kita adalah seperti negara Thailand yang tidak pernah di jajah.

Kerajaan kita mesti membuat kenyataan resmi serta memberikan kefahaman kepada rakyat penaklukan Jepun ke atas negara kita dahulu itu apa dia jika itu bukan penjajahan. Ini merupakan kenyataan yang amat serius dan ianya perlu mendapat respon yang cepat dan jelas terutamanya dari Perdana Menteri kita Dato Seri Najib Tun Razak.c

Jika benar negara kita tidak pernah dijajah kerajaan wajar membatalkan cuti umum yang di wartakan kerajaan bagi mengingati ulang tahun kemerdekaan kita. Tugu negara juga wajar diruntuhkan kerana kita tidak pernah berjuang untuk mencapai kemerdekaan.

Cogan kata yang melaungkan ungkapan Merdeka dalam media masa perdana semasa minggu sambutan perayaan ulang tahun kemerdekaan itu harus di buang dan tidak boleh disiarkan lagi.

UMNO lebih-lebih lagi harus membatalkan secara resmi sebagai sebuah parti yang tidak pernah membawa kemerdekaan dari penjajah kerana negara kita tidak pernah dijajah oleh British atau mana-mana kuasa asing dalam sejarah kita.

Kerajaan kita wajar mentauliahkan Professor Zanal bin Keling untuk menulis sejarah baru negara dan kerajaan wajar membatalkan buku teks sejarah yang dibaca oleh kanak-kanak sekolah dan mahasiswa di setiap Universiti dan bermula dengan pelajar di bawah kelolaan Professor Zainal Keling.

Kerajaan wajar hanya mengiktiraf tulisan sejarah oleh Professor Zainal Keling dan biarkan beliau menulis apa-apa sejarah tentang negara kita. Jika itu caranya UMNO dan BN untuk mengekalkan kuasa, buatlah apa yang mereka suka tentang sejarah negara kita.

Jika kita bersetuju untuk menulis sejarah yang baru bagi negara saya mencadangkan juga bahawa UMNO bermula pada tahun 1988 kerana UMNO ini tidak pernah berjuang untuk kemerdekaan negara kerana negara kita tidak pernah dijajah seperti yang dinyatakan oleh Professor Zainal Keling itu.

Bila MPN dan Zainal Keling diberikan mandat untuk menulis sejarah baru negara saya ingin mencadangkan kepada beliau bahawa sebelum Februari 1988 UMNO tidak pernah wujud supaya rakyat yang seperti saya ini tidak dapat berkata-kata apa-apa lagi.

Asalkan sahaja UMNO terus memerintah tulislah apa-apa sejarah mengikut selera yang sedap bagi UMNO. Apa yang kerajaan perlu lakukan sekarang hanyalah memohon maaf kepada semua rakyat yang telah diberikan sejarah negara yang salah selama ini.

Sementara kita dapat buku-buku sejarah yang baru yang akan di tulis itu saya mencadangkan supaya kerajaan mengumumkan satu tarikh untuk memberitahu rakyat bila buku sejarah baru untuk negara itu ditulis dan diterbitkan.

Buat sementara ini beri arahan kepada semua sekolah dan institusi pengajian tinggi supaya memberhentikan membaca buku sejarah yang ada pada hari ini supaya arahan itu juga boleh dicatatkan dalam penulisan buku sejarah yang akan di tulis oleh Professor Zainal Keling nanti. Beri juga arahan kepada Professor Ramlah Adam untuk membantu Professor Zainal Keling dalam ‘mengarang’ sejarah baru untuk negara.

Kalaulah itu kehendak pimpinan pada hari ini buatlah sesuka hati mereka asalkan mereka puas dengan kuasa dan seterusnya menyalahgunakan kuasa itu terus terusan. Kalau boleh digubal undang-undang untuk mencegah rakyat dari menyebut kandungan lain dari sejarah yang di tulis oleh Zainal Keling tadi.

Jangan lupa untuk pastikan Malaysia keluar dari commonwealth kerana commonwealth itu adalah satu persatuan yang dianggotai oleh bekas-bekas tanah jajahan British. Malaysia juga harus menarik diri dari sukan Commonwealth dari sekarang kerana sukan itu hanyalah untuk ahli-ahli sukan negara-negara bekas tanah jajahan British di seluruh dunia. Jika kita tidak pernah dijajah apa perlunya kita menyertai Commonwealth dan sukannya selama ini?

Pastikan sejarah yang akan diperbaharui itu sama seperti sejarah negara Thailand yang juga sebuah negara yang tidak pernah dijajah.

Selepas ini Professor Zainal Keling akan mempunyai tugas yang terpenting untuk negara. Itu pun yang beliau mahukan kerana beliau begitu sibuk akhir-akhir ini untuk menjadi orang penting kepada negara kita.

Oh ya, kalau boleh jangan lupa tulis dalam buku sejarah baru nanti yang Mohamad Sabu itu sejak lahirnya adalah seorang komunis.

Alang-alang berbohong, berbohong betul-betul.


Link saya-cadangkan-negara-tulis-sejarah.

Monday, July 4, 2011

Gambar ini memang tak boleh dipercayai..... BOHONG...

Salam Sejahtera,



Lihat dan sila baca pada tajuk dalam gambar tu... bayangkan sepanjang usia kehidupan hidup dalam dalam suasana berpolitik dan menjadi pemimpin, tup-tup hari ini nak jadi tukang rumah....

Nak panjat tangga naik keatas untuk nak jengoi kepala suruh cameraman ambik gambaq pun dah ketaq kepala lutut...

kalau tak berbohong tak sah UMNO ni.....,




Wednesday, June 30, 2010

Utusan Malaysia masih nak berbohong..

Salam Sejahtera...

Gambar di bawah sumber Utusan Online, perhatikan gambarnya... seolah-olah Najib sedang berfikir nak mengatur strategi buah dam Cina, kira terrorlah dia pandai main dam cina....



OK, hangpa tengok gambar ni pulak, dari Malaysian Insider..., Kantoi!!! Apek lain yang tolong jalankan buah dam dia.... He he... 1Malaysia kena tipu dengan Utusan...

Monday, March 22, 2010

Menteri Yang Pembohong Mengaku tidak pernah berbohong.

Salam Sejahtera...

Berbohong, Rasuah, Togok Arak, Berjudi, Taik Betina itu adalah sebagai satu daripada rukun atau pra-syarat nak jadi Pemimpin UMNO.

Sudah pun terkenal dengan sikapnya yang berbohong boleh pula mengaku dan membuat kenyataan pada wartawan.... dia bukan peguam, dia tak tahu baca enakmen atau akta, jadi saya minta pada dia tarik baliklah sebab itu merupakan pembohongan dia di dalam dewan... kalau dia terus mengatakan saya membuat pembohongan, saya seorang menteri saya tak pernah bohong dalam dewan,katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini. Baca seterusnya.

Kalau tak silap aku baru 2 tahun sudah, simangkok menteri ni hampir-hampir nak kena tindakan disiplin Parlimen kerana berbohong dalam dewan, namun biasalah, kalau dah menteri, UMNO pulak, maka berbelit-belitlah Timbalan Speaker cuba nak menepis asakan ahli Parlimen supaya menteri mangkok ni kena tindakan, kesnya ialah berbohong mengatakan bekas ketua hakim negera Tun Salleh Abas dan Lima Hakim Kanan itu dibersarakan, bukannya dipecat ketika ia menjawab soalan dari Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Chee Keong.

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari