Banner

Visitors

Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Monday, May 7, 2012

Tinkerbell Birthday Cake & Cupcake







Kek ni utk seorg lg anak buah Angah, Nana. Nana ni adalah adik kpd Zayyad, yg nk kek Sonic tuuu. Mula-mula Nana nk kek Mini Mouse. Zayyad plak sibuk menyampuk..."kan Nana suka Tinkerbell. Buatlah kek Tinkerbell." 
Dah...terus le si Nana nk kek Tinkerbell pulak. Sibuk betul le si Zayyad ni....tak habis-habis nk challenge Mak Ngah.....hehehehe. Jadi ini lah kek & cupcake Tinkerbell. Tinkerbell siap dgn kilat-kilatnya sekali (pixie dust).

Thursday, April 19, 2012

Twin Birthday Boys





Kek-Kek di atas ni diorder oleh Fairuz utk anak-anak kembarnya. Temanya Boiboi Boy Miqaell & Idraqell dah masuk 3 tahun. Boiboi Boykan ada 3 kuasa. Sekali lagi Chocolate Moist Cake jadi pilihan. Fairuz juga order 1 set Red Velvet cupcake.
Fairuz kata kek-kek ni sedap dan kawan-kawan dia berminat utk order.Alhamdulillah kawan-kawan Fairuz dah pun mula order dan ada yg repeat order. Terima Kasih Fairuz.

Wednesday, February 22, 2012

Terima Kasih Daun Keladi

Angah nk ucapkan banyak2 terima kasih pada Kak Yam kerana sudi order....dan repeat order....dan repeat order.Terima kasih daun keladi... Kak Yam nk repeat order lagi??? Hehehe...





Mula-mula sekali Kak Yam order Cupcake door gift sebnyk 100 pcs utk anak buahnya yg berkahwin.Warna tema Maroon & Gold. Cupcake2 ni sume dipack dlm dome container.Selalu bebenor Angah lupa nk ambil gambor yg telah di pack.  These cupcakes travel all the way to Sg. Petani Kedah.






Pastu Kak Yam order  set cupcake hantaran utk anak buahnya bertunang.Warna tema hijau & putih.





Tak lama pastu Kak Yam order lak cupcake utk birthday abang ayangnya. Sebab abang ayangnya suka memancing jadi tema cupcake ni kaki pancing. Siap ada ikan jaws lagi. Yg umpan tu bukan cacing betul ye...fondant jer.

Wednesday, April 27, 2011

Birthday Cakes





Salam semua. Llllaaaammmmaaaa sangat tak update blog Manis Manja. For now Angah akan upload gambar-gambar Birthday Cake dulu...Gambar-gambar kek yg lain akan menyusul A.S.A.P ok.




Utk Birthday cake ramai yg sukakan Chocolate Moist cake. Ada yang suka dgn Chocolate ganache.....ada lak yg suka dgn buttercream.


Utk kek Dora kat atas ni.....last minit order. Anak Pn Sakinah ni minat sgt kt Dora.....Angah cuba cari edible image Dora tapi dah abis....try call kawan yg buat edible image tapi dia tak jawab fon. Sibuk siapkan oder agaknya. Anak Pn. Sakinah nak kek Dora jugak. Princess tak nak.....Barbie pun tak nak.....nak kek Dora aje.


So last option...... Angah buat buttercream transfer. Angah akan buat tutorial on this technique A.S.A.P. So watch out.

Thursday, June 17, 2010

Happy Birthday BIG....24 thn ke????



Kek ni Angah buat khas utk harijadi adik Angah...Acik a.k.a Mr. BIG. Katanya umur dia baru 24 thn(perasan)....sbb dia sambut arijadi 3 thn sekali...he...he...he...Dan gigi dia tu??? Memang macam tu lah....sbb accident kt bilik air masa kecik-kecik....he...he....he....
Apa??? Nak tau umur Acik yg sebenonya.....boleh tapi kira sendiri ye.....24 thn + lg 14 thn = ???

Happy Birthday Qamarina

Cupcake ni adalah repeat order dr Pn Norehan. Kali ni diorder utk anak gadisnya Qamarina yg mnyambut harijadi yg ke 12. Dia sukakan warna pink dan temanya 'Girly'. Dia tak nak tema yg kebudak-budakan. Maklumlah dah masuk alam 'tweens', selera pun dah lain. Pada umur2 macam ni mestilah lebih minat pada fesyen, muzik dan mula berjinak2 dgn make -up. Apa-apa pun pelajaran tetap no 1.
Selamat Harijadi ke 12 Qamarina dan belajar rajin-rajin sbb tahun ni periksa UPSR. Semoga berjaya. Dan terima kasih daun keladi Pn. Norehan.

Thursday, May 13, 2010

Ben 10 ...No.....No...








Cupcake ni dioder oleh Pn Ain utk birthday anaknya Irfan. Sebenarnya Pn. Ain telefon Kak Shikin utk order ni. Tapi sebab ordernya dah penuh dia berikan Pn Ain no tel Angah. TQ kak. Irfan ni kata mamanya sgt obsessed ngan Ben 10.
Masa Pn Ain datang utk collect cupcake ni Irfan pun ada sama. Mamanya tanya suka tak cupcake ni? Irfan jawab.....'No....No....' Aaallllamak.......(berderau darah)...... dia tak suka la. Irfan terus lari ke banner Angah dan tunjuk gambar kek Ben 10 kt banner tu....'That one.....that one...'
Rupa-rupanya dia nak kek yang besar dgn gambar Ben 10.......oooooo.....Memang Pn Ain nak order kek besar ni. Nak celebrate birthday Irfan kat Tadika dia. Cupcake tu utk makan-makan di rumah. Minggu seterusnya Pn Ain order kek besar.
Dan sekali lagi Irfan ikut mamanya utk collect kek Ben 10nya. Mamanya tanya...... 'suka tak?.....
Kali ni dia anggukkan kepalanya banyak kali......phew....lega.




Tuesday, May 11, 2010

Tripple Celebration on Mother's Day!






Happy Birthday to Nurin Batrisyia & Azam Ammar. Dari pagi semalam saya telah sibuk di dapur menyediakan juadah untuk jamuan harijadi kedua-dua orang anak saya. Sepatutnya saya meraikan Hari Ibu tanpa perlu berbuat apa-apa. Demi anak yang kita sayangi...... apalah salahnya...

Birthday Nurin jatuh pada 5hb Mei manakala Azam pula pada 30hb Mac dan ianya tidak dapat disambut kera nenek Mok telah dimasukkan ke hospital. Maka semalam, kedua-duanya menyambut birthday dengan dihadiri ramai kawan-kawan Nurin juga sepupu-sepupunya yang turut sama meraikan Hari Ibu di rumah saya. Mak Mertua saya turut hadir. Jiran-jiran turut memeriahkan jamuan birthday tersebut. Saya menyediaan spaghetti bolognese, nasi himpit segera & kuah kacang, kepak ayam madu, sosej & nugget goreng ducucuk lidi, cream caramel & agar-agar merah. Ini adalah menu minum petang jamuan birthday. Simple saja.....

Kakak ipar saya pula datang dengan membawa lauk-pauk berserta nasi putih untuk dijamu semua orang. Rezeki datang bergolek...... rezeki jangan ditolak..... hehehe.... terima kasih daun keladi, birthday yang lain masak le lagi.

Nurin request kek Barbie sebab dia minat Barbie & Princess. Lalu saya belikan mahkota princess dan selempang yang tertera 'I'm the birthday girl' untuknya. Kek Azam pula angka nombor 4 melambangkan 4 tahun umurnya dan saya hiaskan dengan coklat berbentuk kereta. Si Azam sangat meminati kereta seperti Mini, BMW, Ferrari, Porsche dan lain-lain. Azam juga dapat hadiah daripada papanya iaitu ke F1 Sepang.

Walaupun keletihan, saya berasa gembira kerana anak-anak begitu seronok dengan jamuan birthday yang diadakan& banyak hadiah yang diterima. Lewat malam, anak-anak mengucapkan terima kasih & selamat Hari Ibu kepada mama mereka. Ungkapan 'I love u too' yang sering diucapkan setiap malam oleh anak-anak menjadi lebih bermakna kepada saya.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua terutama kepada Mummy Alijah Kasim, Mak Mertua Minah Assan, adik saya Manjawati, kakak ipar Hamidah, Anita & Ibah serta adik ipar Intan, Lin, Mawar, Ina & Izan.

Thursday, February 11, 2010

Acara makan-makan & Harijadi Suffiah, Zahid & Pak Long



Acara makan-makan telah diadakan di rumah mak mertua, Kapar. Menu yang disediakan adalah steambot, ikan dan ayam bakar serta nasi goreng cina. Ini merupakan aktiviti yang kerap dilakukan oleh adik-beradik dan ipar duai apabila masing-masing sudah lama tidak bersua muka.
Di samping itu, diraikan juga harijadi Suffiah, Zahid & Pak Long. Saya mengambil kesempatan dengan membawa pulang kek perisa oren buttercream yang dihiasi anak patung & motosikal mainan. Acara meniup lilin dilakukan oleh Suffiah.

Thursday, February 4, 2010

Adam Putra (sedapnya nama)

Pn Azra oder kek ni untuk anaknya Adam Putra. Sedapnya nama. Mulanya Pn. Azra nak oder tema Ben 10 tapi Adam Putra kata dia dah boring dgn Ben 10. Dia nak Upin & Ipin plak. Cayalah Upin & Ipin. Siapa yang tak suka kat bebudak 2 orang ni. Angah yang tua bangka ni pun minat.
Dan Sebenarnya (..he...he...he...macam lagu Yuna le plak) Pn. Azra nak oder cupcake jer tapi Adam Putra (sedapnya nama) nak potong kek dan nak tuip lilin. Jadi oder la juga satu kek kecil buat cukup syarat. Muka Upin & Ipin kat cupcake tu angah dapat idea dari bantal bentuk kepala Upin & Ipin kepunyaan anak bongsu Angah. ......Selamat Hari Jadi Adam Putra(sedapnya nama).




Last minit

Kek ni sebenarnya last minit oder. Pn Salmah tepon Angah lebih kurang kul 10.00 pagi nak oder kek untuk anaknya. Nak celebrate malam tu. Dia nak ambil kek ni dalam pukul 4-5 petang. Memandangkan ari tu Angah free, Angah terima oder ni. Lupa le plak nak tanya nama anaknya. Jadi angah tulis jer dulu Selamat Hari Jadi. Nama anaknya ialah Suhaimi berumur 18 tahun.

Monday, November 23, 2009

Barbie Doll Cakes


Ini adalah kek favourite bebudak perempuan. Bila tengok kek-kek ni, mulut dia orang mesti ternganga. Angah ada buat beberapa lagi kek Barbie doll ni tapi gambo2nya tak dapat dikesan.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

 

Copyright © 2012 Reserved to Manis Manja Design with love by CikBulat