Banner

Visitors

Wednesday, May 20, 2009

Tiga kali seminggu
















Minggu lepas agak sibuk sikit. Angah dapat tempahan dari Cikgu Mastura dari Sekolah Menengah Bukit Katil. Cikgu Mastura adalah guru Persatuan Pengawas sekolah tu. Untuk mencari pendapatan lebih bagi persatuan, Cikgu Mastura telah menempah sebanyak 150 biji cupcake pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat untuk dijual kepada warga sekolah tersebut.

Pada hari Rabu, Angah gantikan cupcake dengan donat celup coklat sebab fikirkan muaklah pulak hari-hari makan cupcake. Alhamdullilah laris. Tapi sayangnya tak sempat ambil gambar sebab siap je terus hantar ke sekolah. Gara-gara ngantuk la ni. Maklumlah pagi-pagi dah bangun nak siapkan semuanya. . Dah lepas sarapan baru teringat tak ambil gambar.

Pesatuan Pusat Sumber juga membuat tempahan semperna hari guru sebanyak 120 biji cupcake. Kemudian kawan Cikgu Mastura pula order 200 biji cupcake untuk dibuat jualan di sekolah anaknya.Terima kasih semua. Terima kasih daun keladi. Kepada cikgu-cikgu semua, Angah ucapkan Selamat Hari Guru.

Sepanjang minggu lalu, Angah banyak dibantu oleh suami tersayang. Sangat cekap. Siap satu dulang terus susun dalam kotak. Tersangat cekap sehingga belum sempat ambil gambar dia dah susun dalam kotak. Dah susun tu tak rajin le pulak nak keluarkan balik. Jadi ini jelah gambar-gambar yang sempat dirakam.

Tuesday, May 12, 2009

Selamat bertunang.



Cupcake hantaran ni dipesan oleh adik ipar Angah, Zainab. Ini untuk majlis pertunangan adiknya Mariam di Kuala Selangor. Salamat Bertunang.

Aqilah's Birthday



Harijadi Aqilah di buat di sekolah juga. Senang kerja. Untuk harijadinya Angah buat 3 design. Satu Design for the girls, satu design for the boys dan satu design for the teachers. Maaf ye sebab kualiti gambar tak berapa bagus. Tak dapat ambil gambar di rumah sebab member pinjam kamera. Jadi hanya sempat ambil gambar di sekolah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

 

Copyright © 2012 Reserved to Manis Manja Design with love by CikBulat