Showing posts with label Work. Show all posts
Showing posts with label Work. Show all posts

Thursday, April 14, 2016

15.3.2016 - 15.4.2016 | Genap Sebulan Di Tempat Baru

As Salam

Sejak mulakan kerjaya pada tahun 2002
Ni kali pertama mami rasa sukarnya nak menerima perubahan
2002 Olympia College
2004 Shahputra College (masa tu) sekarang dah jadi kolej universiti. Tahniah
2006 Limkokwing University
2016 Tempat baru nama dirahsiakan atas sebab keselamatan puiiiii #poyo

Pejam celik pejam celik
Dah sebulan mami kat tempat baru
Tapi masih terindu rindu tempat lama
Betullah orang kata tempat jatuh lagikan dikenang
Inikan pula tempat jatuh terguling berguling
Dan pelbagai lagi aksi
Yang pastinya tempat lama selamanya di hati

10 tahun mami kat tempat lama
Rindu pasti terasa
Lagipun rasanya jiwa mami di sana
Kawan kawan mami di sana
Di sini pun kawan kawan tapi lain ragamnya
Masih belum boleh baca jiwa masing masing

I have decided to challenge myself - than take the challenge mami!
Tunaikan janji ditempat baru
Berkhidmat dengan setia
Sesetia mencurah bakti di tempat lama!

Terlalu banyak kenangan di tempat lama
10 tahun mengutip pengalaman
Dewasa di situ
Beranak pinak pun di situ
Moga di tempat baru membina semangat yang sama.
Move on.


Saturday, March 1, 2014

Demi VTO

As Salam

Malu nak cerita
Orang lain bertungkus lumus siapkan research paper utk PhD
Mami bersengkang mata dan menahan sakit jiwa
Demi VTO

Kalau ada yang tak tahu *pasti ramai tak tahu
VTO ialah Vocational Training Officer
Mami berlumba lumba nak mendapatkan ceritificate @ sijil
Yang mana mami rasa sangatlah membuang masa!
Bukan makin upgrade skill dan knowledge
Makin down grade ada
Makin down jugak nak buat kerja -- sigh!

Salah mami jugak sebab sendiri tak responsible
Patutnya jangan lagi buat keje last minute
Tapi memang tak terkejar
Tak terlarat nak buat 75 set WIM sensorang
Bila dah siap banyak pulak salah format itu ini

Hoiiiii
Aku buat program structure untuk overseas campus pun tak sesusah nak buat bahan mengajar untuk level sijil ni!!!
Macam macam kerenah
Meluat pulak!

Tapi takpe only loser yang mengalah
Mami bukan loser
Hidup perlu diteruskan
Even memang tak sempat kejar dateline ni
Tapi yang penting mami tetap hantar dan setelkan before presentation day nanti
Bukan nak kerek sangat tapi
Aduyai nak mengajar SKM pun nak kena evaluate teaching skills
Maaf saya dah mengajar since 2002
*kenyataan yg sangat berbaur riak -- saya sangat sakit hati!

Lately saya sangat down.

BE POSITIVE, mami... T_T

Thursday, February 27, 2014

Sekitar Event Limkokwing International Debate Competition

As salam

Dari 20 Feb - 23 Feb Limkokwing jadi host utk pertandingan perbahasan untuk sekolah satu Malaysia. Mami xde peranan sangat utk event ni. Sekadar buat2 busy aje ^_^

Tugas utama mami dan rakan2 fakulti adalah utk pastikan good rapport dan establish relationship with those yg participated with this event. Kena lah buat muka manis dan mesra pelanggan gitu. Mereka mereka ini could be our potential students next year. Amin.

Cuma yg mami tak mampu nak bertahan dgn cuaca panas ni. Tak larat nak ke hulu ke hilir dgn baju hitam dlm cuaca yg panas membahang. Pitam! Abis cair mekap ai.... tapi demi tugas walaupun dah lemau macam biskut meri terendam air kopi, hospitality kena tip top.. tak gitu puan bos? Huhuhuhu bertabahlah walaupun badan sikit lagi nak sama bau ngan kambing gurun. Bacen sudah...

********************** Gambar sekitar Event LIDC **************************
 

Dinner served by the pool... meriah uolsss...
Sepanjang event berlangsung mami and the geng bertanggungjawap menjaga makanan untuk budak2 sekolah tu supaya semuanya cukup. Bukan setakat pastikan tapi kami menjadi tukang serve makanan terus -- terus bertukar menjadi makcik kantin! Kami tak kesah yang penting event berjalan lancar.  Begitulah nasib kami yang bukan jelitawan ni huhuhuhu

Makcik makcik kantin waktu lunch
Makcik makcik kantin waktu dinner
Tengoklah ynag jelitawan boleh posing kat pool (tapi tetap kena jadi makcik kantin)

Hadiah dia berbaloi hengko. Grand prize dapat RM10,000 dan free belajar satu semester kat Limkokwing London! Jeles ai!






Wednesday, January 8, 2014

Farewell | Hussain Jawaz, bye my friend

Another member is leaving
We wish you a great future ahead
Please spare a room for us in London ya (^_^)
You'll definitely be missed!

Enjoy your new chapter with wife and lovely Lulu!
Taken from Hussain Jawaz's FB
******************  farewell lunch at Al-Aqsr, Cyberjaya **********************

Great food
Nice place
Great and lovely colleagues

Mami, Tilak, and Jawaz
Faiz, Jeremy (from France ye), Aida, Mami, Kak Ya

With beautiful Ms Kamelia from Iran
The Fareeda Icons: Kak Raja, Kak Ya and Aisyah
Lamb Kabshah (RM18) -- a must try meal
Pose lah sikit... the ambiance just nice to chilex (chill + rilex)
We will MISS YOU, Jawaz!

Wednesday, December 18, 2013

Salam Perpisahan

As Salam

Huhuhuhuhu
Sedih lah
Bulan December ni je 4 orang rakan seofis meninggalkan kami
Takpelah mereka pergi for a brighter future
The grass might be greener out there
Perpisahan kali ni memang sangat terasa buat mami
Bukan apa persahabatan yang terjalin antara kami is genuine 
TULUS, IKHLAS, SUCI, MURNI

Paling sedih bila salah seorang dari mereka mereka itu
Mami anggap macam adik mami
Umur pun sebaya my adik jantan
Marni mesti hengko akan rindukan kami
Kami adalah kekanda mu yang gojes dan sporting tau!

Sunyi la meja depan mami nanti
Tiada lagi suara beliau yang lantang itu
Tiada lagi pipi bulat mu menjadi tatapanku
Nanti kami dah takde topik nak gosip pasal kemantapan ____ mu itu
Kemantapan apa?
Biarlah rahsia.... hehehe hanya kita kita yang tahu (^_^)

Bila lah pulak masanya mami akan mengucapkan salam perpisahan
Heeeeeeeeeeeeeeeee
Mami sudah tepu!

Gambar gambar sekitar farewell party -- ikhlas dr sumber2 FB opismate
******************************************************************

Maafkan kami kerana tiada hadiah mahal yang dapat diberikan
Tapi kami menghargai saat kita bersama sama kat sini

Tengok Kak Lai pun dah mula nangis
Saat mengharukan -- sebak kan nak tinggalkan kami?


Hey sebenarnya GEMBIRA lah nak tinggalkan korang penat tau layan peel korang ni HAHAHAHA... ok baiiiii

 

Ahhhh what ever lah Marni
Kami love you
Mami love you
Till we meet again
Muahhhh!

Thursday, October 31, 2013

Kerjayaku Bukan Saintis Tapi Aku Tetap Hampir Gila Jua

As Salam

Jarang jarang mami nak highlight pasal kerjaya *kerjayalah sangat!*
Semester ini
Kali ni
Tika ini
Mami sangat GERAM dengan 'anak anak angkat' mami ni

Mungkin ada yang kata "jadi lecturer apalah yang stress sangat.."
Mungkin ada juga yang mencemuh "eleh baru jadi lecturer pun nak serabut kepala ke, bukan jadi  menteri.."
Mungkin ada juga yang senyum senyum kambing "ohhhh ingat kerja aku je yang stress ada jugak orang lain yang stress sama macam aku"

Apa lah yang stress sangat kan kerja mami ni
Meh mami cerita

Situasinya begini
Sekarang kami dah masuk minggu ke 11
Dalam satu semester usually ada 13 - 15 weeks mengajar
Tapi this semester special sebab sem ni pendek (yahoooooo)
So minggu 12 dah abis, minggu 13 dah start final exam
Most assignment's submission adalah dalam minggu ni
TAPIIIIIIIIII heeeeeee mengundang kemarahan betul

Sekor datang kata unaware nak kena submit this week -- padahal 800 kali dah remind
Sekor datang kata tak sempat siap sebab ada itu lah ini lah
Sekor datang cakap tak boleh submit sebab nak kena pergi embassy lah, immegresen lah
Sekor datang kata tak boleh submit sebab soalan assignment diorang takde -- habis yang aku uploaded dalam portal tu hapa????!!!
Sekor datang heeeeeeeeee dengan seribu macam alasan!
Hempuk kepala sekor sekor karang baru tahu!!!

Yang paling tak boleh nak terima asyiklah tak nak terima kesalahan sendiri
Asyik kitaaaaaa je lah yang dipersalahkan

Lepas tu cuba korang bayangkan
Students mami ni bermacam warna bermacam ragam
Pitam!
Warna lain lain takpe sebab tu make us different
Tapi kalau IQ dan tahap kecerdasan below parrrrrrrrr adoi pitam 800 kali!
Berkali kali explain macam mana nak buat assignment
Tetapppppppp kena reject
Heeeeee bersabar sajalah
Tuhan beri ku kekuatan

Kalau nak cerita tentang 'anak anak angkat' mami ni
Sampai tahun 2014 pun tak tentu habis
Cuma harapnya mami bertahan dengan apa yang mendatang
Banyak bersabar, mami!

Walaupun kadang kadang rasa nak gila tapi best jugak sebab ada boss yang gojes (^_^)

Monday, October 7, 2013

Mood Sangat Tak OK!

Grrrrrrrrrrrrrr


Tolong berikan daku kekuatan
Tolong berikan daku kesabaran
Tolong.... tolong.... tolong!

Mood tak pulih pulih sejak Sabtu hari tu
Kenapalah cepat sangat naik darah ni?
Tolong bagi petua supaya tak mudah naik darah

OK
Kenapa mami marah?
Entahlah makin lama makin tak terbendung perasaan menyampah ni
Tak suka sila berambus betul tak?
Tapi mami masih belum ada kekuatan untuk berambus lagi
Tunggulah
Satu hari pasti tercapai juga cita cita itu

Wahai dugaan
Tolong lah be nice to mami ohkeh

Ahhhhh takde pape sebenarnya
Cuma bila mood sedikit terganggu
Perkara kecil pun sangat mengganggu

Sebenanrnya punca hangin mami adalah kerna seorang budak dari Timur Tengah yang dopod
Tak paham paham bahasa
Tak reti nak paham apa orang cakap
Diaaaaaa je yang betul
Kamu berada di negara ku
So please behave dan sadar diri
Ini tidak!
Berlagak macam kita kena ikut cakap dia
Dah lah bengap tahap gaban
Tak nak dengar cakap orang
Heeeeeeee ikutkan hati mau ku hempuk saja itu budak grrrrrrrrrrrrrrrr

Takpe lah
Abaikan
Life goes on

**Owh indahnya jika dapat tengok cerita Korea sekarang
*** Psttttt bos saya mau pulang, boleh?



Friday, September 20, 2013

TGIF | Ofisku Blackout

HOREYYYYYYYYYYYYY


Double happiness
Hari ni Jumaat
Tetiba ofisku pulak blackout
Wahhhhh happy nya

5 minit kendian
Cessss baru nak bergembira
Keadaan kembali pulih
Kenapa tak blackout lama lama?????
Memang dasar!

Monday, August 19, 2013

Back To Work!

As Salam

Betul betul bercuti raya mami kali ni
Dua minggu cuti
Dua minggu langsung tak menulis

Hari ni hari pertama kembali bekerja setelah sakan berpoya poya
Walaupun hanya melepak lepak kat rumah dan kawasan sekitar
Tapi syok jugak eh tak kerja

Semalam sangat excited nak pergi kerja
Al maklumlah agak lemau lama lama jadi suri rumah ni
Tapi bila dah masuk kerja ni lain pulak jadinya
Rasa macam serba tak kena
Rasa macam tersisih pulak (*eh hentah hapa hapa plak perasaan ni)

Malas lah nak layan perasaan yang bukan bukan
Orang tak suka sudahhhhh
Baik kita buat hal kita je..

Jom keluar jumpa babah
Tenangkan hati

cantik tak kak ton *jangan rebah pingsan ye uols.... (pakai tudung yg tak payah nak iron bagai adalah paling selamat terutamanya pada hari Isnin setelah 2 minggu tak kerja!)





Thursday, July 4, 2013

Wish Me Luck!

As Salam

Banyak unexpected things berlaku lately
Uols wish me luck!
Wish luck untuk apa?
Nanti mami story ohkeh...


Thursday, May 30, 2013

Dari Padang Ke Dewan Perdana Felda

As Salam

Semalam sekolah mami - LKW ada buat perlawanan persahabatan dengan team PKNS
Sebagai seorang pekerja yang baik dan cikgu yang penyayang mami dan kawan kawan pun turun padang bagi moral support
Yeayyyyy kami memang 2 - 0
Maklumlah semuanya pemain international (hahahaha kan semua students kami international!)
Good Job Coach!

Kami yang jelitawan ini bukan buat perhimpunan Blek Out 505 ye walaupun kebetulan kami ada kat stadium MMU semalam, dan kami memang WAJIB memakai baju hitam setiap hari (^__^) - Tiada kena mengena dengan mana mana parti

Tak sempat tunggu match habis 
Mami dan big boss mami pun bergegas balik
Nak kena attend majlis ikatan kasih makan malam bersama Puspanita
Bayangkanlah sungguh tak glamer pergi dinner
Dengan tak mandi nya - berpeluh masam nya
Terus fresh dari padang ke Dewan Perdana Felda
Lupakanlah baju ala ala datin
Lupakanlah tudung berelip relap cam retis
Mami pergi seadanya saja
Dengan baju hitam + tudung pink (nak jugak kena dengan warna tema - pink)

Saya anak felda, bangga jugak attend event felda ni...
Mami tiada peranan dalam majlis semalam
Hanya memenuhkan tempat duduk dan makan
Makanan boleh lah tahan 
Tapi sentap betul sebab adik waiters dan waitresses  asyik tak menyabar nak kutip pinggan
Mami tengah mengunyah lagi dik nantilah dulu
Tahu kamu semua dah penat tapi ai nak makan lagi hahahaha nyam nyam nyam
Psttttt  tak perlulah nak uplot gambar food sebab hanya ada - nasi goreng, sate, udang sambal dan black pepper beef + air laici (heeeee tak pernah mami pergi dinner makan nasik goreng tau!)

Walaupun food dan acara agak so so aje
Tapi yang paling best masa Dato' Hattan buat performance
Lagu semua zaman mami membesar
Heheheh kenangan zaman sekolah mengusik jiwa auwwwww

Baiklah
Untuk mengubati rindu korang pada mami
Tataplah muka mami yang sebelah tu
Kalau letak full karang angau pulak uols

Tak sanggup nak tangkap gambar muka sendiri... huduh tanpa mekap bagai...(heheh macam lah dengan mekap boleh lawa cam retis kan??)

Thursday, May 23, 2013

KAGUM Kerna Tetiba Menjadi Rajin

As Salam

Mood adalah sangat baik
Cerialah kan sebab esok CUTI
Yeayyyyyy

Tetiba mami macam dirasuk satu semangat
Terus buat spring cleaning yang maha hebat
Sebenarnya banyak lagi nak buat clearance tu
Tapi takpe tunggu lagi 2 minggu
Tunggu semester berakhir!

Lemas tengok meja bersepah sepah
Semester ni mood memang ke laut sungguh
Buat kerja pun rasa macam tak ikhlas je
Melampau sungguh
Gaji nak belas belas ribu
Tapi kerja macam hampeh!

Hadoi boleh tahan jugak penatnya
Ini baru spring cleaning kat meja
Terbayang bertapa hazabnyalah nanti bila nak buat spring cleaning kat rumah
Rumah mami tu memang dah meraung raung ajak tuan dia buat spring cleaning

Inilah tangan yang tetiba rajin mengemas meja hahaha... nampak habis comot comot sebab punyalah berhabuk tempat tempat tersembunyik tu rupanya!
Hah sudah clear semuanya kalau tidak menimbun dengan kertas, files dan issues yg segala bagai - habis mami humban dalam recycle box! Wahahahahaha

Bila meja dah lapang baru ada mood nak kerja - so kita mulakan dengan update blog dulu (^__^)
Ohkeh kepada yang balik kampung, bercuti dan apa sahaja sepanjang cuti ni
Take care
Drive safely
Enjoy this not-so-long weekend
*sangat jeles kepada cikgu cikgu sebab diorang boleh cuti 2 minggu!

Friday, April 12, 2013

Meet Me at Mid Valley Today!

As Salam,


Hoh bajet retis sangat
Macam lah ada orang nak jumpa mami ni kan
Kot kot ada kawan2 lama berdekatan area Mid Valley
Meh la kita berjumpaan
Boleh jugak belanja mami makan eskrem :D

Ops mami bukan mengulor ye
Ada fashion show organized by Limkokwing
So sebagai retis dan model (fengsan)
Mami kena attend lah fashion ni

Haish tak habis habis fashion show kan?
Nak buat cam mana kami ni glamer tahap retis ohkeh!
Ok jangan lupa
Meet me at Mid Valley today
Yahoooooo
**patutlah tangan kiri mami tetiba gatal je tadi ahaks!

Ehsan from Mr Google
 

Wednesday, April 10, 2013

Kerja oh Kerja

As Salam,

Semalam ke Melaka
Hah Melaka lagi??
Hoiiiiii dah takde tempat lain ke nak pergi
Balik balik Melaka
Mami bukan pergi melancong ye
Pergi bekerja

Petang senin dapat arahan kena ke Melaka
Suka tau diorang ni buat arahan terkejut kejut macam tu
"Esok you pergi Melaka"
"Esok you pergi Bangladesh"
"Esok you pergi London"
 **owh bestnyerrrrr***** berentilah berangan! Panggg!!

Takde apa sangat pun buat kat Melaka
Just membantu Akademi Pelancongan Melaka
Screen interview candidates diorang
Tapi kecewa betul dengan anak bangsa sendiri
Orang dah bagi peluang belajar for free pun tak nak

"Maaflah saya tak minat nak keje kat hotel, saya minat muzik"
Hoiiiiiiii sadarlah diri
Patutlah ramai yang tak bekerja
Ramai yang sanggup menganggur semata mata nak kerja yang mereka minati
Kamon lah korang
Jangan memilih kerja sangat
Tanya diri sendiri
Apakah kelayakan kita sampai sanggup nak demand itu ini
Heeeee ikutkan hati semalam nak je mami smack down mereka

Sambil tu nak bagitau sesiapa yang duduk area Melaka
Sudi sudilah melawat campus kitorang
Senang je nak cari
Korang pergi Perkampungan Portugis
Nampak bangunan yang glamer
Hah confirm tu Limkokwing Melaka
Dulu adalah Lisbon Hotel
Jangan lupa ek datang menjengah
Open day starts from Wednesday 10 April to Sunday 14 April


Sunday, March 31, 2013

Publika: Limkokwing Fashion Show

As salam
Kami ni spesel
Apart from mengajar
Macam macam benda nak kena buat
Roadshows - kena pergi
Graduation - kena involve
Ada events - wajib involve (paling koman tunjuk muka)
Ada guest dtg melawat - wajib sambut, tepuk tangan, tepuk kompang, tepuk dada (hahaha)
Itu culture kami
Fashion show adalah salah satu acara wajib yg jarang jarang dpt melepaskan diri (^_^)
Bukan jd model pun
Takat memeriahkan majlis je
Kali ni fashion show buat kat publika
Mami sampai sana kul 5
Gedubuk gedebak kul 6.30 baru start event
Bila Sultanah Pahang (our canselor) sampai dan mencemar duli
Terus start nyanyian dll
Akeem ngan babah lebih syok mencari buku shark kat MPH
Oh mahaplah
Takde pun sekeping gambar model2 tu mami hambek
Tak kuasa
Model pun students we all jugak (tapi diorg memang cantik)
Dari mami amik gambar diorg
Baik mami ber camwhore ngan my sweethearts!
From noteII (tak reti nak updet blog pakai Note2)

Thursday, March 14, 2013

Semalam 13.3.13

As Salam,

Alamak lupa
Semalam 13.3.13
Genap 7 tahun mami kerja kat Limkokwing ni
Dah dekat nak seabad rupanya kat sini
Patutlah makin lama makin lemau je rasanya
Kihkihkih apalah sungguh bukan pekerja contoh!!

Happy work anniversary to me
Kerjalah dengan ikhlas ye mami
Hadapilah 'mereka mereka' semua dengan tabah
Takpe walau gaji mami kecik
Tapi kerja mami mulia!

Gambar tiada kena mengena dengan entry. Tapi ini adalah blog mami so ikut suka mami lah nak letak gambar apa kan?? SUMPAH. Tidak akan tangkap gambar close up lagi! Tak rela tengok buah jambu yang sungguh besar itu!!!!

Monday, February 25, 2013

Maafkan Mami, Kawan

As Salam,

Perasaan bercampur baur-- tatau nak kata happy ke, tenang ke
Tapi rasa sangat "nyaman"
First time rasa macam ni
Buat buat selfish
Durjana sungguh!

Sejak tahun 2007
Setiap kali minggu pendaftaran (enrollment week)
Mami tak pernah tak berpeluh ketiak
Mami antara manusia paling busy
Sejak sekian lama
Tak pernah mami rasa tenang macam ni
Langsung malas nak ambil port
Apa yang berlaku during enrollment
Durjana
Sungguh durjana!

Last week dah hand over apa yang patut dekat team baru
Biarlah tampuk pimpinan baru pulak yang menunjukkan leadership
Mami ni dah agak veteran
Dah tak larat nak menanggung beban emosi -- chewaahhh
Team baru pun semuanya muda belia
Hebat hebat belaka
Datang dari seantaro dunia - France, Nigeria, Tajikistan, Kuwait, Maldives, India...
Pendek kata you name it you'll get it lah!
Kan mami ni kerja kat the  most globalized university kat Malaysia
Lagipun bagilah mami masa nak berehat dan bertenang seketika -- kan planning nak bagi adik kat Akeem, so tak boleh stress stress maa... (^_^) klik sini

So maafkan mami ye
Kalau hari ni you all nampak mami macam goyang goyang kaki je
Mami hanya bekerja di belakang tabir je hari ni okey...

Takde gambar baru lah kat opis... tapi demi nak menunjukkan yang kami ni sungguh international terpaksa lah up gambar ni jugak hehe... see sungguh international kan? Kan? Kan?

Thursday, February 21, 2013

Mampu ke Korang ??

As Salam,

Cess pagi pagi dah ganggu rutin harian mami
Sepatutnya eh bukan selalunya
Setiap hari lepas stand up meeting
Mami and the gang akan breakfast kat "dining table" kami kat belakang bilik we all tu
Tapi hari ni pagi pagi dah kena pergi IELTS speaking test
As a lecturer at Limkokwing ni kami kena amik IELTS test setiap 2 tahun sekali - huh lap peluh!!
IELTS ni ada beberapa components such as Listening (payoh nok mapoh), Reading dan juga Speaking
Dua components mami dah buat last time
So ni nak buat speaking je lagi

Tak puas hati betul tadi
Banyak kan main soalan tanya masa speaking test
Lelah nak bercakap banyak banyak
Macam macam pulak cikgu tu tanya -- heeee sekali aku jotos karang baru tau!
Mula mula suruh perkenalkan diri -- so mami introduced myself

Pastu tanya pasal BFF -- mami cerita lah serba sedikit
"For me, my husband is my BFF... since we met 15 years ago.. bla bla bla.."
Ha kau semua citer keluar kihkihkih
Pastu cikgu tu tanya lagi dan lagi dan lagi...
Tetiba, "now, you'll be given topic to talk about 2 minutes"
Mami like -- what you haven't give me the topic yet???

Mangkok!
Yang aku cerita panjang lebar tu rupanya baru introduction -- cessss!!!
So dia bagi topik
Seminit prepare seminit lagi untuk bercakap
Tahu tak berapa lama mami amik test tu??
20 minutes bercakap tanpa renti uols!!!
Korang mampu cakap tanpa renti 20 minutes?

HAHAHAHA
Mami mampu
Dalam kelas kan kami kena bercakap 2, 3 jam tanpa renti
takat 20 minutes tu apalah sangat....

Dan
Secara tak sedar
mami akui
Akeem banyak cakap maybe terikut genetik mami kot
Iye ke babah?

Toh Puan sedang bersiap nak pergi speaking test -- testing ninja inner neck baru -- macam rupa singh lah! Cess! Tapi bos mami cakap macam Siti Nurhaliza -- sila muntah darah... buwekkkk!

Thursday, February 7, 2013

Dah Pandai Berdikari

As Salam,

Semalam mami kerja over time sikit
Balik awal dalam kul 5pm
Amik Akeem dari kindy
Terus masakkan cekodok untuk babah ngan Akeem
Minum petang la kunun
Pastu kocoh kocoh masakkan nasi goreng paling simple untuk mereka berdua

Cekodok pertama untuk tahun 2013

Kul 7pm mami gerak semula ke opis sambung kerja
Kena sambut Kak Ros untuk majlis dinner meraikan students Generasi Global yang baru balik dari London
IYE betul 4 bulan lepas Limkokwing University bersama sama ngan Felda
hantar 100 students Felda ke London
Untuk belajar satu semester di London -- bertuah betul diorang!
Diorang baru balik dari London bulan lepas
Seronok tengok ramai yang dah transformed
Baguslah itu yang kita mahu
Tapi anak anak dan adik adik sekelian
Sejauh mana kita pergi
Jangan lupa jasa siapa yang mendidik mengasuh kita
Sehingga kita menjadi siapa kita hari ini okeh..

Tiga dara yang rajin bekerja.. buat buat rajin kat meja registration media, VIP and students

Disebabkan mami adalah seorang pekerja 'yang menurut perintah'
So dengan taat datang balik kerja sampai kul 10pm
Terpaksa jugak balik awal sebab kesiankan Akeem
Babah dah lah meeting -- mujur meeting from home je
Jadi terpaksa lah Akeem berdikari
Main sorang sorang
Makan sorang sorang
Mujur ada otomen buat pantauan dari jauh
Hmmmm kesian anak mami
Terpaksa berdikari :(

Sib baik ada otomen tengo tengokkan Akeem -- time kasih otomen

Aaaaaaaa nganga luas luas mamam sendirik -- babah tak sempat suapkan cos tengah meeting