Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Wednesday, July 20, 2011

kurma bagus untuk kanak2..

wafiy ni dari kecik suka makan kurma..tapi kat rumah aku skrg ni takder kurma...aritu wafiy makan kat umah nenek dia n lately kan banyak iklan kurma kat TV..wafiy tertengok la iklan yusuf taiyub tu..terus dia ingatkan mama tuk beli kurma.mama kata nanti beli kat giant...sekali mama lupa laaa...

tadi pg kedai runcit..tengah2 mama pilih sayur tetiba wafiy dtg tersengih n tarik tangan mama..dia duk kata..."sini ada la mama"..mama pelik la..apa yg ada...dengan excited wafiy tunjukkan kurma kat rak..lorrrrrr.....terus la mama beli...hehehehee...balik rumah terus dia makan...hehehe
tgkla muka dia tu...suka betul

muka nikmat makan kurma.
kurma ni banyak khasiatnya antaranya ianya baik untuk kanak2 kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran dan membentuk minda kanak2 yg sihat...di samping itu, selain untuk anak,kurma tersangat la bagus untuk kita juga. for more info berkenaan kurma...click SINI yer..

so,sudahkah anda membeli kurma???:)

Friday, June 24, 2011

Wafiy dan biskut Jacobs

Cakap pasal biskut Jacobs ni...aku mmg suka sangat makan esp masa aku tgh pantang dulu..selalu brekfast dgn biskut jacobs cream cracker  ni dgn  susu..sampai skrg,inilah antara menu yg kitaorg mkn waktu pagi or petang. Sebelum ni wafiy suka sangat makan biskut oreo time2 dia tgk Tv..aku rasa oreo tu manis sangat tuk dia.Baik dia makan cream cracker ni..kurang la manis n ada nutrisi..aku pun surf la carik website jacobs tuk tgk apa nutrisi biskut ni...
wafiy suka betul biskut ni..dah nak habis dah pun setin biskut tu..mama dah kena beli lagi..
yummy...
Bila dah terbukak website JACOBS tu..terperasan yg diorg tgh open for registration untuk JACOBS WALK OF LIFE...terus teringat yg aku,ha,tip and aniz pernah join dulu masa diorg baru buat pertama kali walk of life ni kat taman tasik titiwangsa..masa ni eye of malaysia tu duk kat situ lagi..kitaorg join walk of life ni sebab kitaorg nak ada kenangan join menda2 camni..yerla nenanti bila semua dah sibuk n kawen..conform dah tak terjoin dah kan..sementara masih muda remaja..we spend all the best time together...weiii korg..berminat tak nak join lagi jacobs walk of life ni lagi..jom kita imbas kenangan lama..:))

My BFF..aniz me and tip

ini BFF sama negeri kelate...Ha

Jacobs walk of life akan diadakan pada 17 July 2011 kat Taman Botani, Shah Alam..Pada yg berminat nak join boleh register kat website JACOBS..
nak rehat la layan TV sementara wafiy dah tido.malam ni nak layan Maharaja Lawak Final Plak..daaaa

Thursday, June 23, 2011

Proton Exora..

Dulu masa aku nak beli Encik Ria, masa tu kalau tak silap Proton tgh duk buat peraduan tuk bg nama kat Malaysia First MPV...aku lupa dah apa nama cadangan yg laki aku kononnya nak sertai n bg nama...aduhai..tiap2 hari laki aku duk bgtau..apa dia yer sayang???
Masa tu rumah aku dekat jer ngan Proton Center kat USJ tu..tiap kali lalu highway depan rumah conform nampak papan tanda besar Proton tu..Kenapa kita tak tunggu n beli Exora jer???hurmmm..sebab laki aku suka sangat dgn Ria dia..katanya kereta idaman sebelum dia ada duit nak guna Encik A or Encik V...insyaallah doa2 ada la rezeki tapi aku ni skrg berminat nak keta kecik jer.malas nak tukar MPV sebab anak pun satu jer...huhuhu...

okla back to proton exora..Cantik gak sebenarnya exora ni...harga start dari RM58,548..kira affordable la tuk kengkawan yg ada family besar n nak ada keta yg spare part kat proton jer n aku rasa takder la mahal sangat berbanding dgn aku yg guna Ria. Tiap kali ada problem mau kopak duit baiki...huhu...sayangku Ria janganla buat adinda gundah gelana.Tak moo rosak2 yer..kata sayang dinda..aku dah bengong dah rasanya..laki jauh kejanya bercinta dgn keta.Refer Harga n spec Exora kat SINI yer.

Aku tgk kat iklan nuffnang ni ada macam road trip pada kengkawan yg berminat nak test drive Proton Exora...bukak website tu n nanti dia akan mintak korg sign up nama.This July they will go to Kuala Terengganu, Penang n Melaka. Kalau berminat boleh terjah SINI. Diorg ada explain pasal fact n mitos pasal exora ni.

Aku ni penyokong tegar PROTON..hehehe...dulu2 guna keta kebal ISWARA tu..then lepas kawen guna WAJA...dua2 keta still in the family.Adik2 aku yg guna. Bg aku proton ok jer..kalau korg ada duit lebih korg guna la keta buatan luar idaman korg.Tepuk dada tanya selera.:)..

Sunday, December 5, 2010

PatchWork Blanket..

Salam..
MyLittleBigShop memperkenalkan produk terbaru iaitu PatchWork Blanket.
  • Saiz 7 kaki x 5 kaki..lebih kurang saiz katil queen.
  • warna dan design yg cantik
  • warna takkan turun ketika dibasuh dan tidak berbulu.
  • kain cotton dua lapis
  • sangat sesuai dan selesa digunakan sebagai selimut,alas tilam dan alas untuk anak bermain.
  • Harga RM20..tidak termasuk postage.
For more..Visit MyLittleBigShop..click at shop header..TQ all


Friday, September 17, 2010

ButikLiza

salam kengkawan..
ada masa jenguklaa ButikLiza. Kat sini ada dijual jubah2 dari Syria.Cantik2 semuanya dan kain2 nya berkualiti serta tidak panas bila dipakai. Kami juga turut menjual Lingerie Plus Size bg mereka yg berukuran L-XXXL..Sememangnya sukar untuk menjumpai lingerie plus size di pasaran..At ButikLiza we believe each women deserve to look and feel sexy.


Anda juga dapat membeli Comforter/TOTO brand  NARITA,Good Morning dan SWEETEN yg dibeli dari Kelantan. Insyaallah nanti kami juga akan menjual pelbagai lagi produk2 bermutu dari Kelantan seperti pinggan mangkuk berjenama dan kain batik sutera.

Sokongan anda amat dihargai.

Terima kasih.

ButikLiza

Thursday, December 17, 2009

Angau

aku sudah angau dengan DSLR kamera..before this aku tak pernah heran bila kengkawan duk citer pasal DSLR ni..tapi skrg ni bila aku dah mula belajar tentang kamera ni..mmg angau dibuatnya..tapi budget perlu didahulukan tuk tanam rumput and kitchen cabinet..mati aku kalau hubby tahu aku tangkap menda ni dulu..so apa ku buat berangan laa dulu and belajar sebanyak mungkin tentang slr ni..

1. Sebagai beginner yg biasa guna compact kamera biasa jer..kita kena laa belajar dulu apa sebenarnya yg dipanggil kamera DSLR ni..janganlaa beli semata2 pastu amik gambar biasa2 jer..rugi woooo...so kat website ni ada terangkan pasal kamera ni. jom sama2 kita menimba ilmu.

2. Survey dulu jenis kamera DSLR camner yg sesuai ngan kita..jgn sebab ada kawan dah guna Brand N ni..kita pun beli jer tanpa fikir panjang. Sebenarnya banyak jenis brand DSLR kat pasaran. Tepuk dada n seluk poket..budget pun kena amik kira..esp aku yg sememangnya tak keja ni..hehe..yg mana sesuai dgn kita.Tanya pada diri sendiri apa yg kita harapkan nak guna dgn kamera ni..nak wat jadi kareer ker..hobby semata2 ker..so kita tau type kamera n lense camner yg kita nak. Bijak melabur duit anda supaya kamera canggih yg anda beli tak tersimpan jer dlm beg.Click sini tuk survey jenis SLR kamera n harganya.

3. Kalau budget dah ada or kalau kes macam aku ni duit simpanan dah cukup..bolehlaa ke kedai dan membeli SLR idaman kalbu..Buat masa skrg aku target Nikon D60 jer dulu..



sumber

4. Joinlaa kursus untuk mempelajari tentang teknik2 fotografi ni..belajar juga teknik2 editing guna photoshop..baru lagi cun gambar2 anda..Jenguk sini dan sini

Itu sajalah buat masa ni..nanti akan di share lagi..Pada kengkawan yg dah pro DSLR ni..ajarlaa diriku yg baru belajar ni..

p/s: hubby,jom kita beli..then kita attend kursus dia sesama..normally kursus kat hotel. Kita bawak wafiy sekali..cuma masalahnya time masuk kelas, eithe rone of us laa boleh attend..sapa plak nak jaga wafiy..ayang mmg serius pasal nak belajar pasal fotografi ni n try to earn side income..do support me sayang..

Thursday, December 10, 2009

seksi

memandangkan aku ni kategori berbadan besar..sangatlaa susah tuk aku carik baju2 tido seksi yg sesuai..dulu masa aku duk shah alam,ada satu kedai ni yg jual europian size lingerie and sleepware kat plaza masalam..tapi skrg ni dah pindah entah ke mana..dah lama sangat tak carik baju tido..sian hubby..sejak2 ada anak ni..aku selalu terlupa nak jaga penampilan diri..tapi sejak duk baca blog farah yg duk pentingkan kecantikkan demi kebahagian rumah tangga..aku mula berubah..jadi aku browse kat internet..terjumpa this online shop..butikcikya..mmg bestlaa..walaupun takder laa banyak sangat choice lingerie plus size..tp daripada takder langsung..BTW, the service is good..cubalaa..

Sunday, August 16, 2009

mask...korg pakai tak??

tadi aku pg pasar malam dekat ngan umah ni jer..so aku ngan ida pakai laa mask..it is a MUST for us esp when we have to go to crowd places..so masa jejalan tu..(itupun beli apa yg perlu jer and terus balik)..ada sorg pakcik ni duk tengok pelik jer kat kitaorg..kitaorg buat tak tau jer laa..masa lalu tepi dia..pakcik tu boleh gelak and kata..."pakcik tak pakai pun"..dengan gelak n muka sinis..isshhh...tension aku ngan org tua tu..kalau ko rasa ko kebal sangat..ko tak nak pakai..itu hal ko laaa..tak yah laa nak kondem org lain..

please do wear mask when u were out..esp kalau pg tempat2 yg crowded(kalau boleh elakkan laa tempat yg crowded)..kita tak tau sapa yg kita akan tersentuh..entah2 dia ada penyakit influenza berbahaya tu..bila aku google out pasal H1N1 ni..n baca banyak2 news..jadi takut sesangat plak..terus wajibkan semua org kat umah pakai mask and sentiasa basuh tgn dengan dettol..it is getting worse..we have to do our parts..the gov is already doing their parts..jangan sebab kita ni segan laa..malulaa..malaslaa..n rasa kebal..so kita rasa tak payahlaa pakai mask..mcm makcik aku ni kata..she actually want to joke about it but i dont think it's funny..alaa tak payah pakai mask..tahan nafas jer..huhu...sabar jer laa..selagi termampu..apa salahnya kita berusaha untuk mencegah..jangan sampai menyesal sudahlaa...

Situasi semasa Influenza A(H1N1)
(Setakat 16 Ogos 2009, jam 9.00 pagi) Kes Kematian : 3 Jumlah Kematian : 62

Diberitahu sehingga 16 Ogos 2009 jam 9.00 pagi terdapat seramai 213 pesakit H1N1 sedang dirawat di wad dan 33 lagi dirawat di ICU. Daripada 33 kes yang sedang menerima di Unit Rawatan Rapi, di dapati 16 kes mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (7), asma (3), obesiti (2), kecacatan otak (2), hamil (1) dan post-delivery (1).

Ya Allah..moga keluarga ku terlindung dari segala penyakit merbahaya ini...

p/s: tadi tengok kat Tv..ada warning ckp "kalau kita ada tanda2 influenza..jgn hadirkan diri di perhimpunan sambutan kemerdekaan 31 August nanti"...errmmmm..dalam kerajaan mewar-war kan tuk elakkan tempat sesak..tapi still lagi anjurkan perhimpunan and sambutan tu...tak tau nak kata apa...tepuk dada..tanya hati..

Friday, August 7, 2009

BabyLand Breastfeeding Campaign

BabyLand is having a sale for breasfeeding campaign from 7-31 August...hurry up..get ur stuff at Babyland SS2 and Babyland USJ..you can find one at the summit USJ..
Babyland Breastfeeding Campaign
Products Offered

Electric Breast Pump

Disposable Breast Pads

Milk Warmer

Nursing Pillow

Maternity Toothpaste

Baby Sling

Stroller

Car Seat

and many more in-store breastfeeding and other baby items on promotion

Info get here

Thursday, August 6, 2009

apa kita kena buat...

tadi borak ngan tisya..tisya pun batuk+selsema gak sama cam aku jadi tadi saja tanya khabar dia..tisya pun duk citer laa..pasal H1N1 ni laa..dia dengar radio pagi tadi..ada sorg minah ni tepon..dia kena kuarantin kat rumah sebab dia mengalami simptom H1N1..tapi minah ni dengan selambanya cakap..esok dia nak pg tengok wayang citer G.I Joe..kiranya melanggarlaa arahan kuarantinnya..adoii..kalau ada sikap yg tak bertanggungjawab camni laa yg menyebabkan virus ni jadi tak terkawal..mungkinlaa dia tak kena influenza H1N1 tapi apa salahnya berehat jer kat umah n kuarantinkan diri..aku pun batuk n selsema ni..duk umah jer..rehat n sembuhkan diri..aku dah ok tapi wafiy plak selsema..sian kat wafiy..BTW,kematian H1N1 meningkat ke 13 org..so kalau anda tak sihat atau mengalami gejala selsema..this is what you have to do:

Semasa berada di rumah, anda dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut :

A. Penjagaan Kesihatan Diri Di Rumah

  • Jika demam makan ubat paracetamol mengikut dos yang disyorkan.
  • Demam yang telah reda tidak bermaksud anda telah sembuh tetapi boleh membuatkan anda berasa lebih selesa. Patuhi arahan pada label ubat. Dapatkan nasihat pengamal perubatan tentang ubat yang disarankan, sukatan yang sesuai, kesan sampingan ubat dan bila pengambilan perlu dihentikan.
  • Berehat secukupnya.
  • Banyakkan pengambilan cecair (termasuk air mineral, bubur, isotonik, jus buah-buahan dan sup) bagi mengelakkan dehidrasi.
  • Sekiranya mengalami tanda-tanda kecemasan seperti di Perkara (C) segera dapatkan rawatan doktor.
  • Pastikan pengudaraan yang baik di rumah (contohnya membuka tingkap di bilik, dapur, tandas dan bilik mandi).

B. Nasihat Untuk Pesakit Dan Ahli Keluarga Bagi Mengawal Jangkitan Di Rumah

  1. Amalkan adab batuk yang baik
    Pesakit mesti mengamalkan adab batuk yang betul. Gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Cuci tangan dengan sabun dan air atau bahan pencuci tangan berasaskan alkohol. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
  1. Tingkatkan penjagaan kebersihan diri
    Pesakit dan semua ahli keluarga mesti mengambil langkah-langkah berikut :
    • Kerap mencuci tangan dengan sabun dan air atau bahan cuci tangan berasaskan alkohol.
    • Keringkan tangan dengan tisu atau tuala yang berasingan untuk setiap ahli keluarga.
    • Cuci pinggan-mangkuk dan peralatan lain serta permukaan-permukaan yang kerap disentuh, dengan menggunakan bahan pencuci yang biasa digunakan di rumah.
  1. Jangan kongsi peralatan peribadi
    Peralatan seperti pinggan-mangkuk dan kain seperti tuala, cadar dan selimut tidak boleh dikongsi oleh ahli keluarga pesakit. Semua barangan ini perlu dicuci dengan sabun dan air.
  1. Menjarakkan diri (Penjarakan Sosial - Social Distancing)
    • Pesakit dinasihatkan supaya tidak meninggalkan rumah sehingga mereka sembuh, lazimnya selama 7 hari.
    • Pesakit seboleh-bolehnya diminta tinggal di bilik berasingan.
    • Ahli keluarga, khususnya yang cenderung mendapat komplikasi (khususnya ibu hamil) seboleh-bolehnya hendaklah menjarakkan diri daripada pesakit sekurang-kurangnya (1) meter untuk menggelakkan jangkitan.
    • Sekiranya pesakit terpaksa keluar rumah contohnya, untuk mendapatkan rawatan beliau hendaklah memakai penutup mulut dan hidung (mask), mengamalkan adab batuk yang baik dan kerap mencuci tangan.

C. Panduan Menilai Tahap Kesihatan Diri Di Rumah

  • Secara amanya demam selesema boleh sembuh dengan sendiri. Namun begitu, anda perlu mendapatkan rawatan SEGERA di hospital jika anda mengalami mana-mana tanda dan gejala berikut :

    1. Masalah pernafasan : sesak nafas, semput, warna bibir bertukar menjadi biru/ungu
    2. Batuk berdarah atau kahak berdarah
    3. Sakit dada berterusan
    4. Cirit-birit atau muntah yang kerap
    5. Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas tiga hari pulih
    6. Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang responsif kepada rangsangan atau sawan
    7. Rasa pening apabila berdiri
    8. Kurang kencing

Risaunya...H1N1 dah korbankan 12 org

isu H1N1 ni dah jadi makin membimbangkan..mangsa yg ke 12 ialah sorg budak laki 12 tahun..tolonglaa berhati2 dan mengambil langkah berjaga..Ya Allah, doaku Moga keluarga kita semua di jauhkan dari penyakit yg merbahaya ni..read more bout it here, and here..

H1N1: Death Toll reaches 12

2009/08/05

Annie Freeda Cruez

KUALA LUMPUR, Wed: As the number of deaths from influenza A (H1N1) in the country hits 12 and the number of infections continue to climb, the Health Ministry yesterday issued four new directives to combat the spread of the virus.

The latest case involves a 6-year-old boy who died at the Batu Pahat Hospital today at 2.30am.

Health director-general Tan Sri Dr Ismail Merican said the virus infection was no longer in clusters, and spreading rapidly throughout the country.

He said this was ascertained from information taken from public and private hospitals, and clinics, which have all recorded high numbers of people seeking treatment for fever and cough.

The new directives issued are:

* those in the high-risk category (pregnant, obese, asthmatic, diabetic, low immunity and those with heart problems) and suffering from breathing difficulties, should seek medical treatment immediately at the nearest clinic or hospital. This is important as patients need to be treated with the anti-viral drug Tamiflu within 48 hours of showing symptoms. The treatment can start without laboratory results and Tamiflu is given free;
* after getting treatment, patients must be quarantine at home and lessen their contact and communication with the public, including family members. Patients must adhere to strict personal hygiene and cough etiquettes to avert the spread of the virus;
* patients who show mild symptoms of the disease must adhere to the advice of the doctor and quarantine themselves to prevent the spread of the virus to others. If they want to go out, they must wear a three-ply face mask; and,

* members of the public who know of cluster groups of people showing influenza-like illness in schools, institutions, workplaces and communities are to inform the nearest Health Department office; this will allow the department to to exercise control measures to stop or slow down the spread.

Malaysians can contact the ministry’s hotline 03-88810200 and 03-88810300 or go to its website http://www.moh.gov.my and http://h1n1.moh.gov.my on how to prevent being infected or what measures to adhere to when infected.

The websites also disclose the updates on the situation in the country.

Dr Ismail said there were 16 new confirmed cases reported within the last 24 hours, bringing the total number of cases in the country to 1,476.

Coming in the wake of the death of a 3-year-old girl in Malacca on Monday, which was confirmed to be H1N1-related, the following day, a 12-year-old boy and a 20-year-old man also died of H1N1-related causes. Both were also from Malacca.

The boy, a kidney failure victim on haemodialysis, was admitted to hospital, on the same day he died, with fever, cough and breathing difficulties which he had had since Saturday.

The youth, a chronic asthma sufferer, was admitted on Sunday after complaining of fever, cough and breathing difficulties, which started on Friday.

“The youth was placed into the intensive care unit when doctors found him having severe pneumonia,” said Dr Ismail.

He said all the cases reported of late were local transmissions and this was worrying.

Among the 1,476 cases reported, 1,413 have recovered; while 10 are in ICU; and 28 receiving treatment in isolation wards.

Dr Ismail said among the 10 in ICU was a person who was obese, a pregnant woman and a person with low immunity.

New fron NST here

Thursday, July 30, 2009

Berapa banyak yg kita tahu tentang H1N1???

semalam ada kes ke-4 kematian berkaitan H1N1 di melaka..nampaknya makin serius skrg ni..Kebanyakkan IPTA pun dah mula ditutup tuk seminggu..nampaknya kita tak boleh buat tak endah sangat berkenaan hal ni..sebelum ni aku fikir..selagi aku takder contact ngan sesapa yg pg balik oversea..so there's nothing for me to worry about..but memandangkan kes ni makin menular..baik aku learn bebetul apa yg dimaksudkan dgn H1N1..aku pun patutnya dah stop pegi ke tempat public macam shopping complex..lebih baik mencegah dari merawat..tul tak??source is from here..
1. Apakah itu penyakit Influenza A (H1N1)?

Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza A(H1N1).

Virus influenza ini adalah sejenis virus yang baru dan terhasil daripada reassortment (percampuran) genetik virus influenza babi, burung dan manusia.

2. Kenapa virus baru H1N1 ini sering dikaitkan dengan “swine flu” (selesema babi)?

Virus ini dikenali sebagai selesema babi (swine flu) kerana berdasarkan ujian awal makmal ia menunjukkan kebanyakan gen virus ini adalah sama seperti gen virus selesema babi yang berasal dari Amerika Utara.

Walau bagaimanapun kajian terperinci menunjukkan bahawa ia adalah sejenis virus baru yang berbeza dengan virus selesema babi sedia ada.

3. Apakah gejala virus ini?

Gejala jangkitan virus influenza A(H1N1) adalah serupa dengan gejala selesema bermusim (influenza-like-illness) termasuk demam; batuk, sakit tekak dan gejala lain seperti selesema, sakit badan, sakit kepala, badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga individu yang dijangkiti virus ini mengalami cirit-birit dan muntah.

4. Bagaimana kita boleh dijangkiti?

Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin.

Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan-permukaan (surfaces) atau tersebar ke udara. Seseorang boleh dijangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.

5. Apa yang perlu saya lakukan jika saya mengesyaki dijangkiti penyakit ini?

Sekiranya anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema:

  • Anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan elakkan berada di tempat kerja, sekolah atau tempat sesak
  • Berehat dan meminum banyak air
  • Tutup mulut dan hidung bila batuk dan selesema dan, jika menggunakan tisu, buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah. Bersihkan tangan segera dengan sabun dan air atau bersihkan dengan bahan cuci berasaskan alkohol
  • Jika anda tidak mempunyai tisu ketika batuk atau bersin, tutup mulut dan hidung dengan dengan lengan dan siku anda
  • Gunakan mask bagi mengelakkan titisan cecair tersebar kepada orang lain di sekeliling anda. Pastikan anda memakai mask dengan cara yang betul
  • Maklumkan keluarga dan rakan mengenai masalah kesihatan yang anda alami dan elakkan berhubung rapat dengan orang lain
  • Seboleh-bolehnya, hubungi pihak kesihatan sebelum ke kemudahan kesihatan bagi membincangkan samada pemeriksaan kesihatan diperlukan
  • Jika perlu mendapatkan rawatan lanjut ataupun gejala bertambah teruk seperti demam dan batuk/sakit tekak yang berterusan hendaklah segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan


6. Bagaimana anda boleh mengurangkan penularan jangkitan ini?

  • Social distancing iaitu menjarakkan kedudukan sekurang-kurangnya 1 meter dengan individu lain serta meminimumkan majlis perjumpaan
  • Adab batuk yang baik (cough etiquette)
  • Kebersihan tangan dengan mencuci cara betul dan lebih kerap
  • Pengudaraan dalam rumah yang baik
  • Kes-kes yang berkomplikasi atau yang berisiko tinggi perlu dirawat di hospital. Pendekatan ini akan memastikan impak negatif penularan pandemik dapat diminimakan
  • Mereka yang bergejala ringan, serta tiada masalah kesihatan, digalakkan berehat di rumah dan hanya perlu ke klinik atau hospital apabila gejala menjadi lebih berat.
  • Kehadiran banyak kes bergejala ringan ke klinik boleh membebankan keupayaan klinik untuk merawat kes-kes yang berisiko yang sebenarnya perlu diberi perhatian utama
  • Mereka yang bergejala perlu memakai mask termasuk mereka yang berisiko tinggi seperti pesakit asthma, obesiti, ibu mengandung, diabetes, dan penyakit kronik paru-paru
  • Majikan dan institusi perlu memantau kehadiran pekerja mereka termasuk mereka yang tidak hadir bertugas kerana sakit
  • Kejadian kes bersimptom influenza perlu dilaporkan segera kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat
so kengkawan,sesama laa kita mengatasi masalah selsema H1N1 ni..moga negara kita segera bebas dari gejala penyakit yg boleh membawa maut ni..