SALAM

buku tetamu

Showing posts with label Pendidikan anak-anak. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan anak-anak. Show all posts

Monday, June 28, 2010

Mendidik Anak





1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.(Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah atau pun sekurang-kurangnya senyuman untuksetiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

17. Terimalah yang kadang kala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Iniakan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.


Anak ibarat kain yang putih terpulang pada anda untuk mewarnakan nya...
semuanya di tangan anda ..
Fikir-fikirkan lah ....
Nampak mudah tapi bermakna....



Semoga kita boleh mengambil hikmah dari catatan ini-Catatan2 Islami-

Thursday, January 28, 2010

Apa yang best dengan sampan???







'Gambar-gambar sampan dan kapal di Tanjung Pelepas by saif'

Sedikit info mengenai sampan.

From Wikipedia, the free encyclopedia

For the commune in France, see Sampans, Jura.

Sampan on the Yangtze River (Chang Jiang), ChinaA sampan (Chinese: 舢舨; pinyin: shānbǎn) is a relatively flat bottomed Chinese wooden boat from 3.5 to 4.5 m (approximately twelve to fifteen feet) long. Some sampans include a small shelter on board, and may be used as a permanent habitation on inland waters. Sampans are generally used for fishing or transportation, in coastal areas or rivers. It is unusual for a sampan to sail far from land as they do not have the means to survive rough weather.

The word "sampan" comes from the original Cantonese term for the boats, 三板 (sam pan), literally meaning "three planks"[1] , although this term is deprecated in modern Chinese. The name referred to the hull design, which consists of a flat bottom (made from one plank) joined to two sides (the other two planks). The design closely resembles Western hard chine boats like the scow or punt.

Sampans may be propelled by poles, oars (particularly a single, long oar called a yuloh) or may be fitted with outboard motors.

Sampans are still in use by rural residents of Southeast Asia, particularly Malaysia, Indonesia,Bangladesh, and Vietnam.
***************************************************************

Anak-anak saya cukup suka bila melihat sampan,kapal,feri dan sebagainya.Begitu juga dgn kapal terbang dan helikopter dan juga..BAS n BAJAK (paling Abdul Qayyum suka).Bila dalam kereta kami akan berebut-rebut cakap kenderaan tu kami punya.Mungkin sebab my hubby selalu bawak tengok kenderaan -kenderaan di samping memperkenalkan kepada anak-anak jenis kenderaan.Dengan cara ini,mereka akan cepat dan mudah ingat.Cara ini juga kami guna untuk tumbuhan,pokok-pokok,haiwan dan sebagainya.

Berbanding dengan saya yang suka pergi shopping complex.My hubby lak g shopping complex bila perlu.Tapi,bila dah pergi tu,cukuplama.My hubby suka dengan pemandangan especially pantai,tempat2 yang banyak kapal,sampan,swimming pool.Sungguh berbeza.Apapun bila dah lama2 tu saya boleh adapt semua ni.Lagipun banyak boleh belajar dan mengajar aak-anak dari pergi ke shopping complex yang akan membuang duit tanpa disedari.

Tuesday, August 25, 2009

Kakak n Abdul Qayyum menabung







Amalan menabung ni memang sangat2 digalakkan.Samalah juga macam kita menyimpan wang di bank."simpan separuh guna separuh".Itu kata mak saya.Ataupun kalau ada RM1 simpan RM0.10.10 peratus dari wang yang kita ada kita simpan.Itu adalah asasnya.Tapi..kalau berhajat nk beli barang yang agak luxury..kenalah menyimpan banyak sikit.Apapun "sikit-sikit lama jadi bukit".

Anak-anak saya memang dah terdidik untuk menabung.Sejak kecil lagi.Tapi..untuk bayi2 ni..kenalah pantau.Coz diaorang ni suka masukkan syiling dalam mulut.Bila balik dari berbelanja,lebihan duit especially duit syiling anak-anak akan masuk tabung.

Harini tabung dah berat n penuh.My hubby pun bukak la tabung tu.Pagi2 anak2 dah mengira syiling ni..Then nanti blh top up duit diaorang kat bank.Sebab walid cakap kalau nak g jalan cepat kira dulu...Hu3.Lepas ni Abdurrahman lak menabung.

Jumlah tabungan..RM90

Jom didik anak menabung

Wednesday, August 12, 2009

Kakak dah besar

Hari ni lebih baik dari semalam.Semalam saya sakit perut.Memang x larat sangat. Hari ni dah ok sikit.Merujuk pada tajuk en3 kali ni..about kakak (my eldest daughter)."Kakak dah besar la mama " Tu yang selalu kakak cakap.Kakak mmg selalu nk jadi macam mama n kakak memang selalu nak buat apa yg mama buat.Itulah anak saya.Xtually nk tepek gambo puding mangga kat sini.(x connect lak hp saya ni).Puding tu saya buat dengan kakak.Kakak letak sumi warna warni kat atas puding tu.Ok la..cantik n comel.

Abdurrahman dah pandai meniarap masa die 3 bln 1 hari.Means dah 3 hari die meniarap.Memang x leh nk tinggal die coz takut tersembam la pulak muka dia.Semalam oleh kerana kerap g bilik air..x sangka kakak boleh jg die bila die dah meniarap.Xtually belakang baby ni kena usap2 coz nk bg rangsangan supaya kepala die boleh tegak cepat (ni tip dr mak iti lah as a lecturer nursing).So,disebabkan kakak ni memang akan buat ape yg dilihat..so die tgh usap2 belakang baby(dr leher ke tulang belakang).Kakak cakap "mama baby terlungkup".Hu3...

Kakak pun selalu ckp "xpe..biar kakak buat.mama kan sakit,mama kan penat"Mcm2 lah ayat die bila nk buat something.Mula2 saya mmg gerun gak bila die pegang gelas kaca,jag,lesung batu dll.Kadang2 macam nk jerit pun ade coz takut.Tp..pk2 balik buat ape saya bertindak macam tu.Coz kesannya anak saya x dpt berdikari.Lebih baik saya tengok je ape die buat n bantu die apa yang patut.Selalunya saya akan tunjuk cara macammana nk buat..then die akan buat sendiri.Sekarang die pun dah pandai tuang air dlm cawan n bila Abdul Qayyum nk air die akan tuangkan dalam botol.

Lagu "Addinullana" mari bertarannum mmg selalu kami nyanyi sama2 sefamily.Kakak pun dah boleh nyayi lagu ni cume ade pelat2 sikit.Lagu ni juga yang saya suka nyanyi ms saya mengandung.N bile Abdurrahman keluar die mcm sinonim je dgn lagu ni.N kakak pun akan nyanyi lagu ni bile nk tidokan Abdurrahman,even suara die bukan mcm nk tidokan org..he3...die marah kalo Qayyum bising..

Kadang2 terfikir gak saya..mesti nanti blog anak saya lebih canggih.Hu3.La ni die baru berusia 3 tahun.Hari2 die tgk saya mengadap pc ni.Kakak dah pandai guna mouse.Even touch pad kat laptop pun dah boleh.Cume die lum boleh membaca.Dlm proses lagi.

Apapun..mama n walid selalu doakan kak berjaya dunia akhirat....As a parent kita jgn ukur akal seseorang tu dr umurnya...belum cuba belum tahu..yang pasti...kanak2 sekecil tu..mmg sudah boleh berfikir..cuma kadang2 kudratnya je lum kuat...yelah..fizikalnya kan kecil.Tp x bermakna akalnya kecil.Ye x??

Till then..anak2 dah bgn.Saya pun dah siapkan lukisan untuk diaorg warna..

Wednesday, August 5, 2009

CARA-CARA MERANGSANG BAYI

Seseorang bayi Islam yang baru dilahirkan dianggap seperti kain putih. Perkembangan personalitinya bermula daripada peringkat itu walhal ada pakar-pakar yang berpendapat bahawa ini bermula dari peringkat janin lagi. Bayi yang baru lahir sudah dilengkapkan dengan kesemua pancainderanya dan sudah boleh berinteraksi dengan persekitarannya serta dengan orang-orang disekelilingnya, terutama ibu dan bapanya.

Pada masa dahulu kebanyakkan orang menganggap seseorang bayi yang baru lahir itu sebagai seorang individu yang pasif dan tidak berupaya mengenali ibu bapanya, persekitarannya, atau memberi apa-apa gerak-balas kepada orang disekelilingnya. Tetapi pada masa kini jelas kepada pakar-pakar perkembangan kanak-kanak bahawa bayi yang baru lahir sudah berupaya memberi gerak-balas kepada perhatian yang ditunjukkan oleh orang lain kepadanya.

Bayi sudah boleh mendengar, sudah boleh melihat dan sudah boleh merasai keadaan-keadaan yang selesa atau keadaan-keadaan yang tidak menyenangkan. Bayi menangis apabila lapar, tenteram apabila disusukan. Semakin dia besar, jelas kadangkala yang dia menangis apabila dia keseorangan dan akan tenteram semula apabila dibedung, diangkat ataupun didodoikan.

Pada masa kini ramai ibu bapa yang bertanyakan cara -cara untuk merangsangkan bayi . Sekarang sudah jelas bahawa prestasi intelek seseorang kanak -kanak itu boleh dipertingkat dengan memberi persekitaran yang penuh dengan rangsangan kepada kanak -kanak itu . Sitimulasi atau rangsangan ini perlulah dipertunjukkan kepada anak -anak dari peringkat bayi lagi .

Kalau diperhatikan kelakuan seseorang bayi dalam beberapa hari dia dilahirkan jelas ternampak bahawa dia akan berada dalam empat keadaan - tidur nyenyak , mengantuk , keadaan menangis . Didalam keadaan dia berjaga -jaga dan asyik memerhatikan kelilingnya dan asyik memerhatikan persekitarannya itu deria -derianya akan menangkap semua stimuli di persekitarannya . Kadangkala dia akan memberi gerak-balas kepada stimuli-stimuli ini. Umpamanya dia mungkin akan ketawa jika ibunya ketawa dihadapannya. Dia akan memerhatikan sesuatu benda yang diimbaskan dihadapan mukanya.

Cara-cara merangsang bayi

Keadaan yang sesuai bagi merangsang bayi ialah pada masa dia celik dan sedar. Ibu bapa perlu faham masa yang elok untuk merangsang bayi kerana jika rangsangan diteruskan tanpa mengambilkira kemampuan bayi untuk berinteraksi, ini mungkin akan membawa kesan yang negatif kepadanya. Bila bayi asyik memerhatikan wajah ibunya, ibu itu patutlah bercakap-cakap dengannya, menyanyi mesra, menunjukkan wajah senyum gembira atau ketawa sambil menggosok-gosok atau mencium bahagian tubuh bayinya itu. Waktu menyusu bayi boleh digunakan untuk merangsang bayi. Perkataan-perkataan seperti " anak mak cantik sangat, anak mak manis sangat, anak mak sayang, anak mak suka minum susu", dan sebagainya disarankan untuk digunakan pada waktu ini.

Ibu-ibu juga digalakkan bercakap-cakap dan bermesra dengan bayinya diwaktu dia dimandikan atau lampinnya ditukarkan. Jarak mata bayi dengan wajah ibunya semasa menyalinkan lampin sungguh sesuai untuk berinteraksi diantara ibu dan bayi. Sambil menyalin lampin perkataan-perkataan seperti" cantiknya kaki anak mak, wanginya badan anak mak," dan sebagainya boleh digunakan.

Sebelum seseorang bayi boleh menggunakan bahasa dia akan menempuh proses perkembangan yang sistematik. Bayi yang baru lahir hanya menangis sahaja. Kebolehan bayi untuk mengeluarkan konsonan seperti mm,mm, atau ng pada usia tiga hingga empat bulan akan terus berkembang sehingga pada usia enam bulan dia sudah boleh mengeluarkan bunyi "ma ma ma, na na na" ,seolah-olah dia hendak memanggil ibunya. Kebanyakkan bayi sudah berupaya mengeluarkan satu perkataan yang bermakna seperti "mama", "baba' pada usia sepuluh bulan. Dari bahasa yang digunakan oleh ibu kepadanya setiap hari dan pada setiap masa bayi akan dapat mempelajari dan membentuk bahasanya sendiri. Dari itu ibu bapa perlulah faham bahawa mereka seharusnya memberi perhatian kepada perkembangan bahasa bayi-bayi mereka dan membantunya dengan selalu bercakap-cakap dengan bayi mereka. Bahasa sangat penting untuk seseorang manusia mempelajari keadaan disekelilingnya kerana melalui bahasa seseorang kanak-kanak kecil boleh melafazkan kehendaknya, boleh bertanya-tanya, boleh meminta-minta, dan boleh mengeluarkan pandangan-pandangannya tentang sesuatu perkara.

Seseorang bayi yang selalu menangis tentu akan kurang berkebolehan menerima segala stimuli dari persekitarannya serta dari orang-orang disekelilingnya. Ada ibu-ibu yang mengatakan " Biarlah budak itu menangis, lama-lama bila dia letih, dia akan diam". Anggapan ini adalah tidak benar dan ibu bapa dinasihatkan supaya mencuba seberapa daya untuk mententeramkan dengan mendukung dan mendodoinya atau mengenjut-enjutkannya. Selalu didapati bahawa seseorang ibu yang sudah pandai mendapatkan perhatian bayi dan merangsang bayi akan mendapati bayinya kurang meragam . Bayi menangis kerana inginkan sesuatu. Cubalah cari sebabnya dan pujuklah dia.

Bermain-main dengan bayi adalah sangat-sangat digalakkan. Jari-jari bayi boleh dicium atau kedua-dua tangannya ditepuk-tepukkan sambil ibu menyanyi perkataan-perkataan seperti " tepuk-tepuk tangan". Pendeknya, perkataan-perkataan yang dikeluarkan oleh seseorang ibu itu seelok-eloknya mestilah ada berkaitan dengan sesuatu perbuatan yang dilakukan.

Kesimpulan

Persekitaran seseorang bayi itu boleh diperkayakan dengan mengadakan berbagai-bagai bunyi yang menarik seperti lagu-lagu dari peti muzik (musical box) atau dengan gambar-gambar yang berwarna-warni.

Untuk merangsang bayi ibu digalakkan bercakap-cakap, bermain-main, menyanyi atau membaca sesuatu kepada bayi mereka kerana ini bukan sahaja akan membantu proses perkembangan bahasa bayi bahkan mungkin boleh meninggikan pretasi intelek mereka. Sebelum kanak-kanak itu boleh menggunakan bahasa dia perlu memahami bahasa. Dari itu ibu bapa digalakkan selalu mengeluarkan perkataan-perkataan yang sesuai pada masa dia berinteraksi dengan bayinya. Insyaallah bila perkembangan bahasa kanak-kanak itu dapat dipercepatkan, prestasi inteleknya juga akan meningkat

Merangsang Perkembangan Bayi

Bayi atau anak adalah anugerah yang tidak ternilai dalam sebuah kehidupan berumah tangga. Tugas seterusnya adalah merangsang perkembangan intelek (koginitf), emosi dan psikomotornya supaya bayi anda menjadi bayi yang genius.
Bayi atau anak adalah anugerah yang tidak ternilai dalam sebuah kehidupan berumah tangga. Tugas seterusnya adalah merangsang perkembangan intelek (koginitf), emosi dan psikomotornya supaya bayi anda menjadi bayi yang genius.

BAYI BARU LAHIR HINGGA 6 BULAN

Bayi baru lahir mempunyai tahap kepekaan yang tinggi pada 2 jam pertama selepas kelahirannya. Oleh itu, ibu bapa perlu mengambil kesempatan ini bagi merangsang bayi dengan pelbagai teknik mudah seperti mana yang dibincangkan sebelum ini.

Belajar sambil bermain
Pada peringkat perkembangan 6 bulan pertama, bayi banyak belajar daripada persekitarannya terutama melalui interaksi antara anda dengannya. Satu perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah bayi belajar melalui permainan.

Setiap kali anda bermain ataupun berinteraksi dengan bayi, anda sebenarnya mengajarnya lebih banyak perkara mengenai diri anda, dirinya sendiri dan persekitarannya.

Setiap aktiviti permainan mudah seperti menggoncangkan alatan yang berbunyi memberi kesan terhadap perkembangan derianya. Bayi belajar memfokus penglihatan dan pendengarannya terhadap objek berkenaan. Sekiranya aktiviti ini diulang-ulang, bayi akan belajar menggoncang alatan dan menyebabkan berlaku kebisingan.

Antara perkara yang boleh anda lakukan dalam ‘mengajar’ bayi anda adalah:.

Lakukan aktiviti yang boleh merangsang 5 deria utama manusia iaitu penglihatan, pendengaran, rasa, bau dan sentuhan.

. Sentiasa memberi perhatian padanya melalui eye contact semasa bercakap dan bermain dengannya.

. Bantu perkembangan bahasa dan visualnya dengan menunjukkan padanya sesuatu objek nyata seperti botol, menerangkan padanya mengenai objek berkenaan dan sentuhkan tangannya ke objek itu.

. Ajarkan mengenai kepelbagaian emosi dengan menggayakan ataupun membuat mimik muka seperti gembira, sedih dan sebagainya.

. Perkenalkan kepelbagaian padanya dengan menunjukkan objek yang sama dalam warna dan bentuk berbeza ataupun menyanyi pelbagai lagu supaya bayi tidak mudah bosan.

. Beri respons terhadap sebarang pergerakannya. Contohnya sekiranya bayi menangis, dakaplah bayi dan sekiranya bayi tersenyum, senyum dan ketawa bersamanya. Ini akan memberi bayi keyakinan ia boleh mengawal persekitarannya.

Bayi baru lahir hingga 4 bulan

Pada peringkat ini, berikan peluang kepada bayi anda bagi meneroka persekitarannya menggunakan kekuatan ototnya. Perhatikan apabila bayi menangis, ia akan menggerak-gerakkan kakinya seperti menendang dan menggapai-gapaikan tangan-nya. Pergerakan ini sebenarnya adalah satu stimulasi dan kesan daripada aktiviti penerokaannya menggunakan ototnya.

Elakkan daripada terlalu melindunginya dengan sentiasa mendukungnya kerana ia membantutkan usaha penerokaannya. Letakkan bayi anda di atas lantai dan biarkan dia meneroka kekuatan kaki, tangan dan kepalanya. Sekiranya anda mampu, anda boleh menghiasi persekitaran penerokaannya dengan pelbagai permainan yang pelbagai warna dan corak. Hati-hati dengan barang permainan kerana dikhuatiri akan menjerut lehernya ataupun mengakibatkannya tercekik.

Antara aktiviti permainan mudah yang boleh anda lakukan dalam merangsang bayi anda adalah:

Gerakkan lidah anda ke luar dan ke dalam beberapa saat. Berikan sedikit masa kepada bayi anda meniru lagak anda.

Sentuh anggota badannya seperti menggeleteknya. Per-hatikan responsnya. Sekiranya bayi anda sudah belajar cara untuk senyum, anda akan dapat melihat senyuman di bibirnya.

Tambahkan pengalaman pembelajarannya dengan membawanya keluar bersiar-siar di halaman rumah anda ataupun membawanya melawat pelbagai tempat di dalam rumah sendiri sama ada dapur, ruang tamu, bilik tidur dan sebagainya.

Bayi 4 bulan hingga 6 bulan
Pada peringkat ini, deria penglihatan bayi sensitif terhadap cahaya dan warna. Walaupun fokus penglihatannya masih belum membangun sepenuhnya, bayi mampu melihat dalam jarak yang dekat.

Koordinasi otot tangannya juga sedang berkembang pesat. Sesetengah bayi sudah mampu memegang objek tertentu di tangannya.

Pada masa inilah, anda seharusnya memperkenalkan padanya pelbagai tekstur objek sama ada licin, kesat dan sebagainya.

Antara aktiviti yang boleh anda lakukan bersama bayi anda adalah:

. Galakan bayi menyentuh pelbagai jenis objek yang mempunyai pelbagai tekstur seperti kain sutera yang lembut, tuala, permaidani yang berbulu halus dan lembut, kotak dan sebagainya.

. Berikan mainan yang membuat bunyi bising seperti itik yang berbunyi sekiranya ditekan.
Dapatkan objek pelbagai bentuk seperti bulat, tiga segi, empat segi dan sebagainya.

Bayi 6 bulan hingga 1 tahun

Keadaan fizikal bayi adalah stabil pada masa ini. Kepalanya lebih tegap malah boleh digerakkan ke pelbagai arah. Kemampuan verbalnya juga begitu menggalakkan. Bayi akan cuba meniru pergerakan bibir anda, tanda ia bersedia untuk bercakap, walaupun dalam bahasa bayinya sendiri.

Antara aktiviti yang boleh anda lakukan bersama bayi anda adalah:

. Dapatkan mainan yang ada elemen memeranjatkan. Contohnya, kotak yang apabila dibuka akan mengeluarkan badut dan sebagainya. Namun begitu, berhati-hati, kerana dikhuatiri bayi anda terperanjat sehingga mencederakannya ataupun melukakan dirinya.

. Anda boleh memperkenalkan muzik kepadanya. Dapat-kan alat mainan seperti drum, tamborin dan sebagainya.

. Ajarkan kepada bayi anda bermain sorok-sorok. Permainan di mana sorokkan mainan kegemarannya di bawah tilam dan lihat reaksinya.

Friday, July 24, 2009

Bila anda pakai tudung (saya vs anak saya)

Saya dan Izzah 3 bln

Izzah sekarang..comelnya die

" Saliza,lepas ni awak kena pakai tudung".Ni cerita 18 tahun dulu.Malunya saya ketika itu.Saya berumur 9 tahun ketika itu.Masa tu saya darjah 3 dan selepas pengumuman nama-nama pengawas.Guru pengawas panggil saya dan suruh saya pakai tudung.Ketika sekolah rendah,saya hanya memakai tudung untuk ke sekolah agama saje.Sekolah pagi,saya free hair.Setelah saya dilantik jadi pengawas,baru saya pakai tudung.Macam tak ikhlas je pakai tudung kan...Disebabkan tak ikhlas tu la saya pakai tudung pun x konsisten.

Hakikatnya,menutup aurat ni memang wajib.Bersyukur sangat saya dapat tawaran bersekolah di SMKA.Jadi memang dah sebati saya berpakaian menutup aurat.Sejak tingkatan satu saya konsisten pakai tudung hingga sekarang kalau dengan bukan muhrim.Even di rumah mertua,saya tetap pakai tudung sehingga ditanya anak saudara.Jawapannya mudah..."sbb cik nak tutup aurat".

Anak saya pula,Izzah.sejak bayi lagi sudah pakai tudung.Bermula dia boleh duduk,seawal 6 bln saya sudah belikan die tudung dan memakaikannya.Izzah paling suka dgn baju kurung.Die panggil baju cantik.Bile die tengok saya bertudung,die akan mencari tudungnya.Camtulah,anak-anak sekarang.Anak-anak kena didik dari kecil.Then,berlembut,tp tegas dan berdisplin.Kena ckp sebabnya sekali.Bila kita ckp berulang kali,dia akan ingat dan dah set kat otak.Kata Dato' Dr.Fadzilah Kamsah..kena ckp 200 kali.

Anak saya lebih beruntung kerana mempunyai mama yang selalu belajar dan mengajar anaknya...he3.

Till then...

Tuesday, July 21, 2009

Biasa tak anak-anak bergaduh???

Ni..artikel yang bagi saya best.Banyak membantu dalam mendidik anak-anak.Anak-anak saya pun kerap bergaduh.Terutama sekali berebut permianan.Izzah sudah boleh berkongsi tapi Qayyum masih lagi belajar...As a parent kita kena sabar.Memang rasa nak marah,nak jerit,semua ada.Lagi2 kalau fulltime homemaker like me.So, lets do it as the best experience in life. Banyakkan membaca dan mencari info2 yang boleh membantu.So, jom layan artikel dari INFO KESIHATAN ANDA.

"Mak, tengok abang ni, main tolak-tolak," atau anda akan kedengaran, "Abang dulu, abang dulu, tepi.. tepi.

"Sebagai ibu bapa anda tentu sudah biasa mendengar ayat berkenaan. Pergaduhan antara adik beradik memang sebahagian daripada proses pembesaran mereka. Selalunya, pergaduhan atau bibit-bibit cemburu dimulakan oleh anak yang tua.

Misalnya anak sulung yang cemburukan kelahiran adik atau anak tengah yang cemburu pada adik baru.

Bagaimanapun, ada juga di kalangan kanak-kanak ini akhirnya mampu bersahabat baik dengan adik beradik sendiri dan saling mempercayai.

"Letihlah tengok budak-budak ni, asyik bergaduh saja." Anda juga biasa mendengar luahan seperti ini dari rakan anda. Mengapa kanak-kanak bergaduh?

Sebenarnya banyak perkara boleh menyebabkan kanak-kanak bergaduh. Walaupun ada kalanya sebagai ibu bapa, kita merasakan ia perkara remeh temeh, namun bagi mereka itu adalah soal besar. Apatah lagi di kalangan si abang atau kakak, rasa cemburu atau ingin bersaing sentiasa ada dalam diri mereka. Pergaduhan adakalanya bermula di meja makan.

Perkara Universal

Namun, pergaduhan antara adik beradik adalah perkara universal dan normal. Malah, ramai yang berpendapat ia tanda keluarga yang sihat. Kehidupan orang dewasa atau kehidupan sebenar di dunia ini juga penuh pertelingkahan dan pertikaian.

Bagaimanapun, itu tidak bermaksud anda perlu membiarkan saja mereka bergaduh terutama apabila mungkin membabitkan kecederaan fizikal, caci mencaci atau penggunaan kata-kata kesat. Anda sebagai ibu bapa harus bijak menangani situasi itu tanpa melukakan hati kedua-dua anak anda.

Mengapa Mereka Bergaduh?

*Seorang anak berasa tidak mendapat perhatian yang sama banyak dengan adik beradik lain. Atau mereka berasa dibebankan dengan banyak tanggungjawab berbanding adik beradik lain.

*Fasa pembesaran mereka juga mempengaruhi sikap mereka terhadap orang lain dan bagaimana mereka menerima hakikat perlu berkongsi perhatian dan kasih sayang ibu bapa dengan adik beradik lain.

* Ada kala kanak-kanak yang lapar, bosan dan mungkin penat dengan persekitaran menyebabkan mereka suka memulakan pergaduhan.

* Mereka inginkan perhatian ibu bapa atau kakak atau abang. Ajar anak bertolak ansur, saling menghormati dan berkongsi barangan secara adil.

Bagaimana Anda Menangani Pergaduhan Anak-anak?

* Jangan memihak dan jangan terbabit kecuali jika pergaduhan itu boleh mendatangkan kecederaan fizikal. Sebabnya, jika anda kerap campur tangan mungkin menimbulkan pemahaman kepada mereka, ibu atau bapa akan sentiasa ada untuk membantu mereka.
Jadi, mereka tidak upaya untuk berdikari menyelesaikan masalah sendiri.Apabila anda memihak pula, akan timbul kefahaman pada seorang lagi anak, dia sentiasa dilindungi dan sentiasa selamat kerana lebih disayangi.

* Hati-hati dengan anak yang suka mengadu. Mungkin dia betul dan mungkin juga tidak. Kadangkala mendengar sebelah pihak hanya menyelesaikan perkara itu sekejap saja sebelum mereka bergaduh semula. Kadangkala mereka juga sering menuduh adik beradik lain atas kesilapan yang dibuat.

* Jangan membuat perbandingan siapa yang lebih baik dan sebaliknya.

* Perhatikan masa dan hari atau pola yang memungkinkan pergaduhan boleh tercetus. Misalnya pertukaran jadual rutin harian.

* Luangkan masa berkualiti dengan anak-anak. Misalnya berkhemah atau melancong sekeluarga. Aktiviti begini akan lebih mengeratkan lagi hubungan mereka apabila mula berkongsi cerita.

* Jangan fokus keterlaluan anak mana yang patut disalahkan, sebaliknya selesaikan dengan baik membabitkan kedua-duanya. Misalnya saling bermaafan.

* Bantu anak anda membentuk kemahiran bagi mengatasi konfliknya sendiri. Misalnya ajar mereka bertolak ansur, saling menghormati dan mengagihkan makanan atau apa saja barangan yang perlu dikongsi secara adil.

* Apabila mereka bergaduh anda cuba meleraikannya, sebaiknya jangan tengking atau membebel. Nasihat dengan baik mengapa mereka tidak boleh bergaduh dan apa kesannya jika mereka bergaduh.

* Paling utama, jika anda kerap menengking atau menaikkan suara apabila bersama mereka, mulakan dengan mengurangkan atau menghapuskannya langsung. Tingkah laku anda mudah ditiru anak.

Tuesday, July 14, 2009

Lagi pasal jom main sama-sama

Belon lagi

Abdurrahman..tido pun boleh main belon
Berposing dengan belon

'Lego'




Kakak dan Qayyum memang suka main 'lego' ni sama-sama.Bila kakak dah susun tinggi-tinggi,Qayyum akak cuba tiup sampai jatuh.Kalau suruh buat bentuk lain kakak tak suka.Tetap nak susun tinggi-tinggi.Apa maknanya tu ye???

Apa yang saya tengok..sebelum umur 2 tahun kakak sudah pandai mengimbangi susunan 'lego' tu. Sebab die susun yang besar kat bawah,kemudian yang sederhana digandingkan dengan yang kecil.Dia akan cuba juga buat sampai bricks tu habis dan betul2 ngam.Kalau tak ngam..die akan tanya, "yang ni mana mama?"Saya suruh dia pk camne nk buat.Dan die akan adjust sampai betul2 ok.

Qayyum pulak lain cara susunannya.Die tak susun tinggi-tinggi. Tapi..susunannya agak kreatif.Berbentuk empat penjuru.Lepas tu..baru ditinggikan.

Lain orang,lain caranya.Kakak macam saya..tidaklah kreatif.Tapi..kalau buat kerja mesti sampai siap dan sungguh-sungguh.Qayyum ni..mungkin cam walid n mak iti n abah saya.



'lego'-bukan lego original,cuma kami saja yang panggil cam tu.






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails