27/4/07...
Jam 3.00 ptg kami menaiki bas dari Singapura ke KL untuk menhadiri pesta buku.Pada mula nya perjalanan baik je lepas kami berhenti di tempat rehat bas kami bergerak lagi baru nak mengelamun sekejap tertiba bergerak seperti semut pelahan je semua tertanya kenapa ya..agak lama jugak hampir setengah jam baru kami dapat jawapan nya rupa2 ada trailer terbakar tinggal rangka je.Patut lah jam!!
Setelah melepasi halangan pertama..bas pun bergerak lah seperti biasa.Hampir 5 jam perjalanan akhir nya sampai lah di KL..tapi sekali lagi kami terperangkap dalam kesesakan jalan..jam lagi aisey tak abis lagi... kali ini bas tak bergerak langsung lama jugak sehingga yang menuggu kami tertanya2 nape lambat.. oleh kerana jalan jam kami di turun kan kat luar je terpaksa jalan sedikit.
Akhir nya yang menanti kami pun bersua lah pertama yang sambut kami ialah S..dan kawan nya pastu baru lah kami bertemu dengan Sarra n Ct yang dah lama menanti.Kesian mereka menuggu begitu lama sekali.Setelah berborak masa tak mengizin.Kami menuju kerumah Sarra bermalam di sana setelah makan tak tido lagi kami berborak sambil bertukar2 cenderahati sampai kul 2 pagi.
Esok nya setelah sarapan nasi lemak yang di hidang kan oleh Sarra. Kami berangkat lah ke PWTC.Bermula lah sesi kenal2 di pesta buku...jeng...jeng..jeng.