Showing posts with label Sharing is Caring.... Show all posts
Showing posts with label Sharing is Caring.... Show all posts

Monday, October 10, 2011

WELCOME!! (^_^) Zihni & Nana ~~ Haniff & Zafitrah

SELAMAT PENGANTIN BARU


buat adik-adik ipar & adik-adik ipar duai tersayang :) (yela... mak mertua terima dua menantu sekaligus.. haPPY!!)

apa2pun kami sekeluarga (Along + Kak Long + Assyura ) doakan moga kalian :


1.kekal bahagia hingga ke akhir hayat..

2. cepat2 dapat baby yang comel2 (nenek ida dah x sabar tu.. hihihi)

3. Banyak2 bersabar dalam menempuh alam rumahtangga kerana banyak lagi cabaran, dugaan yang perlu dihadapi bersama

4. bertolak ansur sesama pasangan ... yg penting tiada yang menang dan tiada yang kalah.. persefahaman tu yang paling penting... kerana daripersefahaman tu la akan wujudnye keserasian :)

5. Kalau ada masalah dalam rumahtangga... jangan libatkan orang ke-3, selesaikan dulu berdua.. bawak berbincang... insyaAllah masalah xkan berpanjangan...

6. sentiasa berdoa dalam solat .. mohon kebaikan utk kedua2 pasangan dan rumahtangga




7. wujudkan rumahtangga sakinah... keluarga bahagia... insyaALLAH kasih terbina kan kekal hingga ke syurga...




ini ada pantun khas utk korang :




MERPATI SEJOLI NANA & ZIHNI

PENGANTIN BARU RAJA SEHARI

DOA & RESTU KAMI IRINGI

MOGA SEPAKAT SUAMI ISTERI










HANIFF & ZAFITRAH SAMA TERPIKAT

SURI DI HATI DIJADIKAN TEMAN

KAMI BERDOA SEMOGA BERKAT

MENEMPUH HIDUP DI DALAM AMAN









SELAMAT PENGANTIN BARU..


MAAF ZAHIR & BATIN... erkkk! hehehehe :)




SELAMAT PENGANTIN LAMAAAA :)
5 tahun sudaaa :D









SELAMAT PENGANTIN LAGI LAMAAAAA :) hehehe...
29 tahun sudaaa ... :D










luv,

mamaeja a.k.a kak long yg mantain comel!

Friday, September 23, 2011

Merah Makngah!!! :)

Salam semua.... :)

Hehehehehe :D

Macamana dengan pembaharuan page mamaeja.blogspot yg baru ni?... ada apa2 komen x? :)

(actually the reason mama tukar design yg baru ni is because hari tu dah terdelete coding lama dier, so terpaksala jadi programmer kejap nak dok membetulkan balik page mamaeja yg dah ter'lintang pukang' masa tu) maaf ye kalau page baru ni ahak meraaah menyala di mata kalian..

apa2 pun..

I LIKE IT!!!!
especially the with the paisley design .. my all time peberet! :)

how about u all? comment sket plisssss :)

luv,
mamaeja

Thursday, September 8, 2011

Aku Terima Nikahnya......




"Aku terima nikahnya dgn si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM..”

Bunyi macam senang ? nah ni erti sebenar dia :

“Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat,dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat melibas aku hingga pecah badan aku”










~~ takut membaca dan mendengarnya?..
Tapi ini lah hakikat sebenar dalam membina masjid, membina rumahtangga yg akan diredhai Allah duniawi dan ukhrawi…

Sama2 kita renungkan dan selamat beramal <3

Luv,
mamaeja

Thursday, April 28, 2011

Tips Penjagaan Kereta :)



Kereta nye belum ada lagi...tp dah berangan dah..ehehhe :)

(saje nak bg tips berguna ni utk sesiapa yg ada kereta di luar sana)


1.Sebelum menaiki kendereaan periksa tayar, pastikan angin tayar mencukupi.
2.Sebelum hidupkan enjin, pastikan tiada sebarang lampu, aircond atau radio dibuka.
3.Sebelum memulakan perjalanan, hidupkan enjin dan biar enjin naik pada kadar RPM yang normal.
4.Seminggu sekali, periksa semua lampu brek termasuk lampu brek ketiga. Pastikan ia berfungsi.
5.Buka bonet enjin, buka penutup bateri dan periksa air bateri. Pastikan ianya berada pada paras antara minimum dan maksimum.
6.Buka penutup minyak brek(botol besar dekat body di hadapan pemandu dalam bonet enjin), pastikan minyaknya cukup.
7.Sebulan sekali, periksa tekanan tayar.
8.Setiap 3 bulan, periksa alignment tayar .
9.Setiap 5000km tukar minyak enjin, tukar penapis minyak setiap 2 kali tukar minyak enjin dan tukar plag setiap 3 kali tukar minyak enjin.
10.Last sekali, setiap minggu atau 2 atau 3 minggu, bersihkan dalaman kereta seperti vacuum dan lap habuk.


luv,

mamaeja

Thursday, April 21, 2011

JarumJahitCollection now on FB! :)

Salam Sejahtera.. Salam Ukhwah Fillah buat semua :)



Maaf sangat sangat sangat sebab mama dah lama x update blog ni... amatla sibuknye huhuhu :(



anyway..mama ada a very GOOD news utk semua..


JarumJahitCollection is back!! we are now on Facebook!!! yeay!!







Jom klik di sini dan please support mama... :)



Ada apa di sini??



Baju2 exclusive design by JJC


Postage Percuma


update2 terkini


& banyak lagii!!!






Cepat..Cepat... Sebelum Terlambat :D



note : please 'LIKE' my page @ Facebook tu ye :D







regards,

JJC Admin a.k.a mamaeja

Thursday, July 15, 2010

~~ Ku Hampir dipukau semalam.. huhuhuh :(

Salam ukhwah Fillah buat semua teman tersayang :)

mama nak kongsi sikit pengalaman ngeri mama semalam di Mydin Rawang...

Semalam mama half day je... kuar ofis g rawang kejap sebab ada barang nak kena beli...

Masa tu kat tingkat satu Mydin.. mama tengah belek2 tudung... sesaje tgk2.. ingat nak beli la satu dua helai...

Nak dijadikan cerita.. tetiba ada la sorang perempuan Indon nih dtg kat mama... ingat dier nak beli tudung jugak.. tp dier x pakai tudung... ah, x kesahla.. mungkin dier nak belikan utk someone kot... mama pun teruskan la membelek tudung2 yg ada tanpa sebarang rasa syak wasangka....

Pompuan tu tanya mama..

P.Indon: ‘mmm.. kalau dari sini nak naik bas ke Kepong gimana ya?’...

Mama : ‘Entahla... saya pun x biasa naik bas dari sini... biasanya saya naik kereta..

P.Indon : ooo.. iya ka.. saya datang naik komuter td.. ingatkan mau balik naik bas…. Err.. anaknya enggak di bawa?

Mama : (Ishh..mana dier tau aku ada anak nih) ‘tak.. tinggal kat umah mertua.. cuba la tanya kaunter kat bawah, camne nak naik bas ke kepong..”

P.Indon : Kakak.. betulkah kalo enggak ada pasportnya.. enggak bisa ambil no ekor?.. Saya menang no ekor tp x bisa ngambil...

Mama : (Ishh.. biar betul dier nih).. Saya tak taula.. saya x pernah main no ekor..

P.Indon : Akak ada IC kan?.. Akak bisa nolongin saya guna IC kakak untuk ngambil no ekor itu?...

Mama : Eh, xpela xnak la…

** Tetiba ada sorang pompuan melayu yg juga tgh tgk2 baju di sebelah mama...
P.Indon tu try plak approach kakak melayu tu..

P.Indon : Akak bisa ngantarin saya ke..... nanti saya bari upah RM30 ringgit..

K.Melayu : Eh.. ok je.. org nak upah, apa salahnye kan.. (Sambil matanya memandang ke mama)

Mama : a..ah ye la..

K.Melayu : eh.. jomla kita teman hantarkan dier... dapat upah tolong org ok la tu kan..

Mama : xpelah... its ok... (dlm hatiku berkata... ish kakak nih..kang kena rompak ke kang.. tak ke sia2...)

P.Indon : Marilah nemanin saya... nanti saya bg upah RM1000…

Mama : xpela… mama pun jalan terus (huh..mana la ada zaman sekarang nih org nak bg RM1000 gitu2 jek)

Dan mereka pun berlalu pergi….

Note : mama x tau apa jd pada kakak melayu tuh... atau pun sebenarnya mereka memang sama2 bersubahat... hanya Allah yg menegetahui...

Dalam hati mama masa tu hanya mampu berzikir dan berdoa moga dijauhkan dari segala bencana... mama pegang erat2 handbag mama masa tu sebab kebetulan ada la ‘banyak sedikit’ duit ofis yg mama pegang...

Alhamdulillah... takde apa2 yg berlaku....

Note : Harap kawan2 semua berhati2 ye diluar sana.... kita tak tau niat org terhadap kita….. tapi mak mertua kata semalam kalau org nak pukau kita... jgn tenung matanya..... patutla semalam dier macam asyik nak mama pandang dier je.. huhuhu. Pada sesiapa yg ada petua mengelakkan pukau ni... mari2 la kita kongsi bersama ye..  Sharing is caring..

Luv,
mamaeja

Friday, July 9, 2010

Waktu Yang Diharamkan Solat?...

Mmmm.. mesti ramai yang tertanya2 kan... ada ke waktu yang diharamkan solat?... bukan biasanya kita hanya dengar... solat2 yang wajib, yang sunat... dan kita juga tidak dihalang untuk melakukan kebaikan pada bila2 masa asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam...

Mama baru baca nie... dan mama nak share dengan semua kawan2 muslimin dan muslimah di luar sana.... :)

sama2 la kita ingat dan memperingatkan ye :D

ok.... melalui pembacaan mama.. ada 2 waktu yang diharamkan solat... antaranya :

1.Waktu Syuruk
- iaitu 28mins selepas subuh ketika matahari baru naik ke langit. Cthnye ; subuh from 5.35am to 7.05am. 7.05am + 28mins = 7.33am. Therefore from 7.05am to 7.33am ialah waktu syuruk. Waktu ini adalah haram utk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.

Rasulullah mengharamkan solat waktu ini juga kerana ia menyamai org yang menyembah matahari.
note : Waktu yang diharamkan solat tu, hanya diharamkan solat bagi solat sunat yang tidak bersebab (mutlaq), atau solat sunat yang mempunyai sebab terkemudian (cth: solat istikharah).

Adapun solat wajib (qadha' tu wajib kan) dan juga solat sunat yang mempunyai sebab terdahulu (cth: tahiyatul masjid), maka diharuskan solat pada waktu tersebut.


2. Waktu zawal/Istiwa/rembah
-iaitu matahari berada tegak diatas kepala iaitu apabila kita berdiri tidak kelihatan bayangan kecuali dibawah kaki kita. Waktu inilah api neraka sedang bergeledak dan syaitan berkeliaran. Waktu ini panjangnya dalam 5-10mins sebelum waktu zohor.
Dan sedikit tambahan di sini..

Waktu fadilat/afdal untuk solat ialah :
-sepertiga waktu selepas azan, cthnye 20 mins selepas azan. Pahala yang besar diberikan pada orang-orang yang menghormati dan tidak melengahkan waktu solat. Kecuali Isyak, afdalnya ialah sepertiga malam iaitu sesudah azan hingga 10.30mlm.
note : moga panduan ini dapat kita kongsi bersama dan sama2 lah kita ingat memperingati di antara satu sama lain... :D
Luv,
mamaeja

Friday, May 21, 2010

Bismillahirrahmanirrahim... :)

21 May 1983.... Hospital Besar Melaka.. Maka lahirlah seorang puteri bongsu kepada pasangan Mohamed Hassan & Zaiton Mohamad.... uweeek.. uweekk... alhamdulillah :)

21 May 2010... sempena hari lahir mamaeja yg ke-... (kira sendiri la ye)..hehehe


semuanya datang dari
hoBBy - menjahit sejak kecil lagi...
PaSSion - keterujaan utk mencari rezeki tambahan buat keluarga..
InSpiRation - assyura.. model kecil yg slalu mama pakaikan bj cantik2 buatan tgn mama..
SatiSfactiOn - Puas.. atas hasil usaha sendiri..

Alhamdulillah.. berkat kesabaran mama.. dan semangat serta dorongan dari suami terchenta.. En. Ariff... Mak, Ayah, MIL, FIL, Families n Friends....


Mamaeja dengan rasa berbesar hatinya... ingin melancarkan pembukaan JarumJahitCollection secara rasminya..............



JarumJahitCollection
Variety Choices of Handmade Cotton Clothes

Moga cita2 mama utk menjadi WAHM suatu hari nanti akan terlaksana... insyaAllah :)

luv,
mamaeja

Wednesday, March 31, 2010

~~ mummies mini reunion :) ~~

Salam untuk semua!! :)
mamaeja ada berita gembira kat sini.... weekend nie... bersamaan 3 April 2010 iaitu hari Sabtu... mamaeja n ibu mukhlis n ibu afief n mama khaira nak buat outing a.k.a piknik kecil2an di Taman Desa Waterpark :D




actually kami berbesar hati kalau boleh nak kumpulkan semua mummies2 n their babies along with the daddies utk bersama2 berpicnicking on that day.... :)


ada sesiapa yg berminat nak join?... jomla kita meramai2kan... lagi ramai lagi best... kenapa?


1. mestila ramai tu best... sebab lagi enjoy!

2. boleh bertukar2 pendapat tentang dunia ke ' mummy' an :)

3. boleh amek2 gambar dan tukar2 gambar nant

4. bawak bekal...boleh makan sesama

5. meramaikan lagi kawan2 di seluruh malaysia! :p



haaaaaaaa.....kalau ada sesapa berminat... just inform kat mamaeja ye.... either through email : lizawati.hassan@gmail.com atau comment je kat blog mamaeja nih :D


ini maklumat terperincinye ye :

1. bile? Sabtu , 03 April 2010 , pukul 10.00am

2. katne? Taman Desa Air Waterpark (klik sini )

3. Camne nak g sane?... klik sini

4. Nak bawak ape?.. bawak diri sendiri, suami dan anak2... makanan pun bawak ek.. yg simple2 je :p

5. So, pagi tu pukul 10.00am berkumpul kat sana... sape sampai dulu leh g cari port baik punya ek!...


note: murah je fee dier... dewasa RM20, kanak2 RM14 and child below 2.5feet... f.o.c je... :)


okla... apa2 please inform me... actually mamaeja yg excited sangat nak jumpa kengkawan maya nih :D


apa lagi.... jommmmmm!!!!!!


luv,


Friday, March 26, 2010

~~ E.A.R.T.H H.O.U.R!! :) ~~

mari mari semua... mari kita sokong!


sokong apa?: .... EARTH DAY.......


apa tuh? : klik sini


bile? : 27 Mac 2010... esok la nih :)

masanye?: 8.30 mlm hinggan 9.30 mlm.... 1 jam je...


what to do?: senang je... padamkan semua lampu di rumah anda... atau at least padamkan unnecessary lights yg menyala kat umah anda within that 1 hour.... :) as simple as that!


apa kesannye nanti? : bayangkan kalau kat umah anda ada 5 lampu, itu anda sorang... ha... bayangkan satu malaysia padamkan 5 bijik lampu... 5x jutaan rakyat malaysia... waaa.... berhuta juta juta tuh... very energy saving!...


lagipun kan sekarang nie tgh climate change... jap panas terik giler2... tetiba plak ujan...
so... salah satu cara utk kita participate dlm memelihara bumi adalah dgn buat perkara2 di atas tadi...


note : memang ada org yg protest kata, abesla bisnes kalau tutup lampu, tutup semua peralatan elektrik ex: fridge... la, watpa tutup semua.... as i said before... UNNECESSARY lights atau perkakasan elektrik... yela, at least kita dah sumbangkan something kan daripada x sumbang pape langsung! :D

so, mari ramai2 padamkan lampu esok!!!



note: ini gambar earth hour tahun lepas ye kengkawan :)


I'll be the one...absolutely!!!!




luv,

Thursday, March 18, 2010

~~ Petua Petui 1 ~~

kepada semua mummies2 out there.. here are some petua yg best utk kita kongsi bersama.... :)

BERAS TAHAN LAMA


mmm... slalu nye beras yg dlm simpanan kita tu mudah dihinggapi kutu kan (jgn ingat kepala je ada kutu)... so, cara nak ilang kan kutu2 yg degil tuh (jgn guna syampoo plak ye :p ) ambil 15 helai daun purut dan masukkan ke dlm bekas simpanan beras tu. InsyaAllah... bertempiaran lari lah semua kutu2 tu dan kaum kerabatnye... :)
note :: salu letak bawang putih je, pun ok gak :D


2. JEMPUT2 LEBIH RANGUP

haa... skang ni kan kadang2 petang2 tu ujan... memang sedap pekena cekodok a.k.a jemput2 ngan kopi O panas... :) tp kalau jemput2 tu dah x sedap, ilang la mood tu kan... so satu cara untuk merangupkan jemput2 supaya ianya kekal lembut apabila sejuk , petuanye adalah dengan membancuh adunan tepung td guna air masak yg ada dlm peti ais umah anda... (senang citer, air sejuk laa..) . So, xyah le guna serbuk penaik lagi dah... enak dimakan begitu saja... hihih :p

note :: try dah guna air sejuk.. memang sodap!!



3. KURANGKAN AIR SOTONG


Bese nye, kalau kita masak sotong... air yg ada pada sotong tu akan buatkan kuah kita jd banyak n cair. ini ada petuanye... memula, cucila sotong tu cam biasa n bilas dgn air bersih. Masukkan dlm satu bekas n masukkan skali garam kat dlm bekas tuh. gaul garam ngan sotong tu n biarkan seketika. lastly, bilas n basuh dgn air bersih semula n toskan sotong tuh... pastu, boleh la di masak... :)
note : mmmm... Make sure basuh bebersih pastu... kang termasin la pulak lauk sotong utk hari nih! :p


Selamat Mencuba!!! (n_n)


luv,


Tuesday, March 9, 2010

~~ Lets Read This Mummies!! Makanan Perlu Dielakkan Sehingga Bayi Berumur 2 Tahun ~~


Semakin bayi anda membesar, semakin dia berminat mahu mencapai dan merasa makanan yang anda makan. Anda juga semakin tidak sabar untuk memperkenalkan makanan yang baru kepada anak anda.

Perlu diingat, tidak semua makanan sesuai untuk bayi anda kerana ada antara makanan belum lagi sesuai dengan sistem penghadaman bayi anda yang belum matang dan juga boleh membawa kepada masalah alahan. Tercekik juga adalah antara sebab kenapa sesetengah makanan tidak sesuai dimakan oleh bayi anda. Penting untuk anda tahu makanan yang perlu dielakkan...



Teruskan membaca…





Makanan Yang Perlu Dielakkan: Baru Lahir Hingga 4 atau Hingga 6 Bulan

Semua makanan pejal :
Sistem penghadaman bayi belum dapat menghadam makanan pejal dengan sempurna. Makanan

note : mmm... mama ada gak bg assyura makanan dlm botol utk bb masa umur sebelum 6 bulan ari tu.... tp mama bg sket2 je.... sometimes kalau assyura nampak mcm lapar sangat....







Yang Perlu Dielakkan: 4 Hingga 12 bulan

Garam, gula dan rempah-rempah yang pedas dan kuat :
Sistem penghadaman bayi belum bersedia. Anda mungkin menghadapi masalah memberi anak anda makan makanan yang berkhasiat jika anak anda diperkenalkan dengan rasa manis gula terlalu awal.

Makanan Yang Telah Diproses:
Sup, sayur dan buah-buahan dalam tin mempunyai kandungan garam dan gula yang tinggi.Putih
Telur :
Bayi boleh makan kuning telur etapi anda perlu tunggu sehingga bayi berumur sekurang-kurangnya setahun untuk memberinya putih telur kerana risiko alahan putih telur adalah tinggi.
Buah-buahan Citrus:
Buah-buahan dan jus citrus seperti buah oren, lemon dan anggur boleh menyebabkan alahan terhadap bayi bawah setahun terutamanya jika terdapat sejarah alahan dalam keluarga. Buah-buahan citrus juga mengandungi asid yang tinggi dan boleh menyebabkan ruam yang pedih.

Madu :
Walaupun madu sangat berkhasiat tetapi ia tidak sesuai untuk bayi berumur bawah setahun kerana boleh menyebabkan 'botulism' yang boleh membawa kepada maut!

note : "botulism"... sila klik di sini

Kacang , Mentega Kacang :
Selain daripada risiko alahan kepada kacang yang sangat tinggi, kacang juga boleh menyebabkan bayi tercekik terutamanya mentega kacang.Susu Lembu, Susu Kambing, Susu Soya dan semua

produk susu yang tidak dipasteur :
Teruskan dengan susu ibu atau susu formula sehingga bayi setahun. Bayi masih belum boleh menghadam protein dalam susu lembu dan kandungan mineral yang tinggi boleh merosakkan buah pinggang bayi. Ia juga tidak mempunyai semua khasiat yang bayi perlukan. Produk susu lain seperti yogurt dan keju boleh diambil hanya jika tiada sejarah alahan terhadap susu lembu dalam keluarga.

Makanan Laut :
Makanan laut terutamanya yang bercengkerang antara makanan yang mempunyai risiko alahan yang tinggi.

Air Kopi, Teh, Sebarang jenis minuman berkafein dan juga minuman berkarbonat.
Jus Buah Pekat :
Cairkan dahulu jus buah dengan nisbah jus:air adalah 1:10.

Gandum dan Produk Gandum : Kebanyakan bayi boleh menerima gandum (dalam bijirin, roti atau biskut) di dalam diet mereka apabila umur mereka 6-8 bulan. Tetapi anda boleh tunggu sehingga umurnya setahun jika anda risau akan masalah alergi.

Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah :
Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga 3 tahun








Makanan Yang Perlu Dielakkan: 12 bulan hingga 24 bulan

Susu Rendah Lemak :
Bayi/kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan lemak dan kalori untuk pertumbuhan dan pembesaran. Selepas umurnya 2 tahun, anda boleh mula memberi susu rendah lemak jika anak anda terlebih berat. Berbincang dengan doktor/paed anda seelok-eloknya.

Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah :
Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga 3 tahun.

note: apa2 pun, segala nya terpulang kepada kita as parent.... untuk tentukan apa yg terbaik untuk kita. Segalanya bermula dari diri kita sendiri.... x salah untuk kita berkongsi2 pendapat, mencari info, bertanya pada yg pakar.... kerana akhirnya nanti.... kita yang akan rasa kebahagiaannye apabila anak tersayang membesar dengan sihat dan cergas!!.... InsyaAllah :)







~~mamaeja ~~ assyura ~~ ayah ariff ~~

luv,




Thursday, January 21, 2010

~~ Perlukah baby kita guna walker?.. ~~



Percayakah teman2 semua bahawa...Baby yg sering menggunakan walker akan mengalami mslh kurang fokus dan indirectly akan lemah dlm subject Mathematic..Benarkah...???Apa pandangan teman2 semua...???

Mmm... mamaeja saje tgk2 info kat internet... biar betul?... terkejut jugak pada mulanya..antara percaya dan tidak.... yela, camne pulak naik walker leh lemah focus n matematik kan... yela, kalau dah mungkin malas belajar, x tumpu, mengantuk dlm kelas,makan x betul...itu yelah lemah kan... ini, naik walker?... apa kaitannye?...





-----------------------------------------------------------------------------------

mmm..apa2 pun, mari sama2 kita baca
info di bawah nie..


1. sbb setiap pergerakan dr bayi seperti meniarap,menjulur,merangkak dan seterus nye adalah aturan kehidupan yg ditentukan oleh Allah..jd setiap yg dijadikan Allah pasti ade kepentingan n kelebihan nye..

2. bg bayi yg sering naik walker,secara tak langsung,dia akan cepat berjalan & kurang merangkak or yg len2..betol tak..???so, da ade 1 kekurangan drpd kelebihan n kepentingan yg Allah berikan secara semulajadi..

3. perasan tak kite klu bby yg sedang menjulur or merangkak lg peka dan alert terhadap benda2 kecik...amik dan terus masuk mulut,,kite yg da tue ni pun tak nmpk,tp bby boleh nmpk,,ni la yg dikatakan fokus...so,indirectly..klu fokus da kurang..camner nk catch up math yg penuh dgn number n memerlukan fokus yg tinggi...????

tp,macammana pulak baby yg mase kecik dia tak merangkak pun..bkn sbb dia nek walker..tp mmg dia tk merangkak..1 ari je merangkak n trus berjalan..

so,perlukah kite ajar ank2 nek walker lg.. ?!




----------------------------------------------------------------------------------


P/S: nenek assyura belikan walker... tp ok je mama tgk... semua benda nak di rabanye.... (pokok nenek, dvd, buku atok... ) n pas dah penat naek walker, dier merangkak pulak, explore satu rumah, maen kejar2 dgn pakcik makcik dier, kemas umah... kira both way dier guna merangkak dan walker.....
mmmm...... mamaeja dah confiuse nie..tolong ye kawan2... (o_0)



luv,
mamaeja -->--<@

Wednesday, January 13, 2010

senGGuGuT?!... Ouch... sakitnye.... :(

mmm...
senggugut dan diriku... memang x dapat dipisahkan.... ibarat kata pepatah.. bagai aur dengan tebing... bagai irama dan lagu... huhuhu

ingatkan problem ni hanya timbul masa kita masih anak dara je... tp tula, maybe my case is 1 in a million... dah kawen, even dah beranak ni pun... everytime tibe bulan mengambang @ lampu merah tu... saya mesti dok telan pil menstrual tu... (org kata x elok amek ubat tu slalu.. but.. terpaksa..sebab mmg x tahan sangat2)....

so, for those mummies, anak2 dara, suami kepada isteri yg mengalami masalah ni... here are some tips that can be useful (traditional method..pd yg xnak ambil pil2 tu la)


PETUA 1:
Senggugut memang menyakitkan. Untuk mengatasinya, ambil 9 biji pinang tua, bakar hingga jadi arang then tumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum 9 hari berturut2 from the first day of ur period.

PETUA 2:
Ambil segenggam halia dan tumbuk sampai lumat. Masukkan halia tadi ke dlm segelas air suam, once halia tu mendap barulah minum air tadi, but make sure didahulukan dengan bacaan selawat. InsyaAllah senggugut tu akan hilang.

PETUA 3:
try pulak yg ni... sometimes saya just letak air panas dlm botol, bungkus dengan kain (kalau panas sangat) then tekap2 kan di atas ari2... Alhamdulillah la kurang sket sakitnye...

PETUA 4:
Orang kata kurang kan minum minuman berkafein dan sejuk... sebab nanti urat2 tu mengecut...that whyla the things inside to susah nk keluar... xde jalan... hehe :D

PETUA 5:
mmm.... ada sesiapa nak tambah? silakan.... :)


like i always said...

"SHARING IS CARING!!!!"

luv,
mamaeja --<--@

Thursday, January 7, 2010

Tips Mengenal Tangisan Bayi anda... Mmmm interesting... :)

Setiap kali seorang bayi menangis, pasti si ibu akan menyorongkan payudaranya atau mendukungnya. Tapi, ketika dua hal itu sudah dilakukan, dan si comel masih saja menangis, barulah si ibu bingung. Alangkah baiknya jika si ibu mengerti tangisan si comel itu, tak perlu bingung, kan ? (mana x nye, assyura nangis, mama g bagi 'tek' padahal masa tu assyura nak mandi, assyura nangis, mama g mandikan, padahal masa tu assyura nak makan... mmm.. kadang2 mama pun konfius... yela, sama je bunyi nangis nye... )


Tapi, bagaimana caranya untuk mengetahui erti tangisan bayi? (Haaa...Lepas ni.. x susah la mama nak faham assyura kan sayang... )

Tangisan merupakan alat komunikasi pertama yang dikuasai bayi. Dengan tangisan, bayi mengutarakan keinginan dan keperluannya secara efektif. Tidak hairan, bayi menghabiskan banyak masa untuk aktiviti ini. Dalam buku "Your Child's Body Language", Dr. Richard Woolfson menjelaskan bahwa tangisan bayi mempunyai erti berbeza-beza. Setiap jenis tangisan mengambarkan pesan tertentu untuk ayah ibunya. Di bawah ini beberapa contoh tangisan bayi dan cara mengatasinya"

Tangisan "Aku ingin menyusu": bayi Anda akan mulai menangis jika lapar. Tangisannya biasanya berulang-ulang. Pertama, ia menangis lalu berhenti sejenak untuk mengambil napas, menangis lagi, berhenti sejenak untuk mengambil nafas, demikian seterusnya. Mengatasinya, susui dia hingga kenyang. Atau, jangan-jangan memang sudah waktunya makan?

Tangisan "Lampinku basah": bayi lebih suka lampinnya bersih dan kering. Jika lampinnya basah ia akan menangis kerana merasa tidak selesa. Tangisan 'pengumumam lampinku basah" biasanya perlahan, kemudian semakin kuat. Anda juga boleh memperhatikan bahwa ia mengeliat-geliat di tempat tidurnya. Untuk mengatasinya, segera periksa lampinnya, ia barangkali memerlukan lampin yang baru.

Tangisan "badanku sakit" : semua bayi menangis jika ia merasa sakit. Tangisan jenis ini adalah tangisan bernada tinggi, hampir seperti jeritan, kemudian ia terengah-engah pada saat menarik nafas, lalu menjerit lagi. Jalan keluar, cubalah temukan apa yang membuatnya kesakitan. Pegang perutnya, jangan-jangan kejang. Goyang-goyang tangan, kaki atau leher dan kepalanya. Jika ia menjerit lebih kuat ketika menggoyang bahagian tertentu, mungkin ada yang sakit kerana terjatuh tanpa sepengetahuan Anda. Tuamlah bahagian yang sakit dengan air hangat.

Tangisan "aku bosan": Bayi selalu memerlukan stimulasi dan akan timbul bosan jika ia tidak memperolehnya, atau bahkan bosan dengan satu aktiviti saja. Tangisan jenis ini dirancang untuk mendapat perhatian Anda. Maka, tangisan ini lebih mirip kepada teriakan daripada tangisan. Dan, ia akan tetap menangis seperti ini selama ia merasa bosan. Mengatasinya, ganti aktivitinya. Misal, temani dia bermain, menyenandungkan nyanyian, membacakan cerita. Atau boleh juga diajak jalan-jalan.

Tangisan minta dukung : bayi Anda akan menjadi cengeng jika penat, walaupun ia mungkin tidak ingin tidur. Ia akan merengek dengan menjengkelkan. Kepalanya mungkin terangguk-angguk untuk beberapa ketika, dan mungkin Anda melihat bahwa ia menggosok-gosokkan tangannya pada mata serta wajahnya. Mengatasinya, buailah ia perlahan-lahan sampai akhirnya ia tertidur.

Tangisan kesepian : bayi Anda senang bergaul. Ia ingin Anda selalu berada di sisinya. Jika merasa kesepian, tangisannya akan terdengar menyedihkan. Seakan ia tengah sedih atau marah. Mengatasinya, luangkan waktu bersamanya paling tidak sampai ia tenang. Jika Anda perlu menyelesaikan sesuatu, gendonglah ia sampai tenang, kemudian lanjutkan pekerjaan anda bersamanya di sisi Anda..

Credit to :


http://ibu.my/blog/tips-mengenal-tangisan-bayi-anda/

http://onlinecafe.com.my/index.php?topic=5447.0




Luv,

mamaeja ---<-@

ShaRing iS CaRing... :)

Salam Ukhwah Fillah untuk semua.... (n_n)

Mmm... tetiba mama eja rasa macam nak share dengan semua apa yg ada dlm fikiran ni.. rasa nak bg tips pada kawan2...


yelah... bak kata pepatah org puteh... "sharing is caring".... :)

so, mari la kita share sama2 apa yg kita tahu... saling ingat mengingatkan antara satu sama lain.... moga tujuan murni mamaeja ni diberkati Ilahi... InsyaAllah..


Jadi sebagai permulaannya...


senyuuuummmmmmmmmm... kerana senyum itu jua kan satu sedekah... :)





Luv,
mamaeja ---<--@

Cari.. Cari... Cari......