Showing posts with label Rosmah Mansor. Show all posts
Showing posts with label Rosmah Mansor. Show all posts

Saturday, 1 February 2014

Menantu Kangkung PM Malaysia


                                                                                                     Berikut adalah kebenaran berkenaan menantu Perdana Menteri Malaysia yang sedang dilindungi oleh keluarga Perdana Menteri . Agak menghairankan bagaimana beliau dirahsiakan sehingga penyisat antarabangsa gagal mengenal pasti lokasi beliau berada.Tidak mungkin Daniyar Nazarbayev hilang begitu sahaja tanpa berada dimana mana negara dan yang pasti kita di Malaysia mengetahui bahawa menantu PM Malaysia iaitu Daniyar Nzarbayev berada di Malaysia bersama keluarga Perdana Menteri. 

Daniyar Nazarbayev di Malaysia  & Nooryana Najib sibuk berkempen untuk Najib Razak

Dokumen rasmi dibawah akan menerangkan segala usaha mencari Daniyar Nazarbayev dan beberapa soalan perlu dijawab oleh PM Malaysia & Isteri dalam perkara ini. Perkara ini mungkin urusan peribadi teapi isu ini tidak terhenti disini kerana isu menantu Daniyar & Ibunya juga ada kaitan rapat dengan isu berlian Rosmah Mansor bernilai jutaan ringgit. Malaysia Crisis juga bakal mendedahkan beberapa dokumen yang akan mengaitkan menantu PM dalam isu berlian 24 juta yang telah dilupakan oleh rakyat Malaysia.

Disertakan dokumen rasmi New York Supreme Court untuk rujukan dan fakta berkenaan Daniayar Nazarbayev. Kroni terbaru Perdana Menteri di Malaysia iaitu Daniar Nazarbayev yang bakal di angkat sebagai usahanwan berjaya di Malaysia dengan usaha kronism Najib Razak & Rosmah Mansor.

Difahamkan Daniyar Nazarbayev telah mula mendaftar syarikat-syarikat di offshore/Malaysia bagi tujuan perniagaan dan sering mengikuti rombongan PM dalam urusan misi mencari pelabur luar negara ke Malaysia. 

Mugnkin agak tepat dilabel Daniyar Nazarvayev sebagai Menantu Kangkung kerana keperibadian dan moral yang terlalu rendah dari apa yang kita kenali beliau. PM Kangkung dan Menantu Kangkung bersama membina Empayar Kangkung mereka dan rakyat Malaysia terus diperbodohkan dengan segala rahsia licik mereka. 

Ada masanya tertanya bisukah PM Malaysia kerana sentiasa berdiam memerap rahsia dari kisah Altantuya yang didapati meletup hancur tanpa pembunuh dan bermenantukan Daniyar Nazarbayev yang terus dicari pihak berkuasa Amerika.   


Disinilah Daniyar Nazarbayev Diperlukan bukan di Malaysia


Dokumen rasmi New York Supreme Court, Amerika












Thursday, 23 January 2014

SERI PERDANA DI INTIP


Kes Mahkamah Daniyar Nazarbayev menyebabkan Seri Perdana Kediaman Rasmi Perdana Menteri Di Intip Pihak Luar Negara.

New York Supreme Court's Document

Daniyar Nazarbayev hilang di Amerika dan di 5 buah negara  dan dilindungi oleh Keluarga Perdana Menteri Malysia itulah kenyataan yang paling tepat bagi menjawab persoalan dokumen rasmi New York Supreme Court, United State of America yang mengesahkan segala usaha mencari Daniyar Nazarbayev gagal memberikan hasil dalam menemukan lelaki misteri yang diperlukan  pihak berkuasa Mahkamah Amerika.

New York Supreme Court's Document

Kita sedia maklum bahawa Daniyar Nazabayev berada di Malaysia dan sering kali menemani Perdana Menteri Malaysia yang terkenal dengan kenyataan kangkung diseluruh dunia  dan wanita yang ingin dikenali sebagai "First Lady of Malaysia-FLOM" iaitu Datin Seri Rosmah Mansor di majlis majlis kerajaan dan majlis keramaian dihadiri PM.

Daniyar Nazarbayev  Di Malaysia?
Gambar PM & Isteri bersama Daniyar di Malaysia - Gambar dari Blog AnakSungaiDerhaka.

Dimanakah Daniyar sebenarnya? Benarkah beliau di Malaysia atau di Amerika? 
Jika dilihat dari semua bukti jelas menunjukan bahawa Daniyar masih berada di Malaysia bersam keluarga PM Malaysia. Sekali lagi gambar Majlis Rumah Terbuka Hari Raya ini menjadi bukti Daniyar berada di Malaysia.

Majlis Sambutan Aidilfitri Pekan, Pahang 


Dokumen rasmi Mahkamah New York Supreme Court.

Persoalan ini timbul berdasarkan dokumen rasmi yang telah difailkan di mahkamah yang menyatakan Daniyar Nazabayev tidak diketahui lokasi beliau berada sekarang. Kenyataan dibawah ini adalah petikan dari dokumen rasmi komunikasi antara Pihak Guaman John H Snyder PLLC dan Hon.Eileen Bransten, Supreme Court , New York County.


New York Supreme Court's Document
 Bukti Mahkamah New York Supreme Court Menyatakan Daniar Nazarbayev Tidak Ditemui Di 5 Buah Negara


Kenyataan diatas dengan jelas membuktikan bahawa segala usaha mencari Daniyar Nazabayev di 5 negara tidak berjaya. Namun hakikatnya jelas bahawa Daniar hidup dibawah naungan Perdana Menteri Malaysia dan Isterinya kerana kelibat beliau di Malaysia yang selalu dilihat menemani isterinya Nooryana Najib di Malaysia dan keluarga Perdana Menteri.

Adakah Daniyar Warga Negara Malaysia?





Apakah status Daniyar di Malaysia? Adakah beliau seorang warga Kazakstan atau warga Malaysia? Semakan di Jabatan Pendaftaran Negara membuktikan bahawa terdapat usaha menyimpan rahsia dengan jawapan diterima :-

" JPN dan Kerajaan Malaysia berhak memberi kerakyatan kepada mana mana pihak yang memenuhi syarat  kerakyatan"




Adakah jawapan sebegini memberikan kita gambaran jelas bahwa Daniyar Nazarbayev kini rakyat Malaysia? Jabatan Pendaftaran Negara perlu didesak memberi kebenaran dalam perihal ini jelas mampu memberikan tamparan hebat kepada krediiliti Jabatan Pendaftaran Negara dan Perdana Malaysia jika benar Daniyar Nazarbayev diberikan kerakyatan Malaysia. 


Daniyar Nazarbayev Tidak Wujud di Sandhust Military College,United Kingdom


Sandhust Royal Military Academy


Adakah juga Daniyar di Sandhust Military College seperti yang didakwa ramai pihak atau beliau juga sedang menghadiri sessi fotografi bagi tujuan membersihkan imej penipu beliau di Kem Tentera Port Dickson?Terdapat juga pelbagai kenyataan yang megesahkan bahawa Daniyar Nazarbayev sedang mengikuti kursus ketenteraan di Sandhust  Royal Military Academy. 

The Malaysian Insider's Article
 
Walaupun artikel diatas ini memetik sumber keluarga memaklumkan Daniyar Nazarbayev berada di Sandhust Royal Military Academy , United Kingdom. Tetapi berdasarkan siasatan pihak guaman yang menyiasat kebenaran ini mendapati Daniyar Nazarbayev tidak wujud di Sandhust Royal Military Academy. Petikan kenyataan yang difailkan di mahkamah New York Sureme Court menjelaskan kebenaran bahawa Daniyar Nazarbayev tidak wujud di Sanhust Military College.

New York Supreme Court's Document
Bukti New York Supreme Counrt Menyatakan Daniar Nazarbayev Tiada di Sandhust Military College, United Kingdom


Seri Perdana, Kediaman Rasmi Perdana Menteri Malaysia Di Intip 

Seri Perdana, Kediaman Rasmi Perdana Menteri Malaysia
Seri Perdana akhirnya menjadi tempat disyaki Daniyar Nazabayev disembunyikan. Kita rakyat sedia maklum , Daniyar Nazabayev sering bersama isteri dan kelaurga Perdana Menteri dan beliau juga beberapa kali dilihat disekitar Kuala Lumpur KLCC bersama Noryana Najib iaitu anak perempuan kepada PM.

Kenyataan rasmi dibawah  ini difailkan di New York Supreme Court, Amerika yang secara tidak langsung menjejaskan nama baik negara dan terutamanya membabitkan Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri .


New Your Supreme Court's Document

Dimanakah sebenarnya Daniyar Nazabayev bersembunyi? Umum kita ketahui beliau di Malaysia bersama anak perempuan Perdana Menteri. Agak memalukan apabila Seri Perdana di intip pihak luar dalam usaha menjejaki Daniyar Nazarbayev dan Perdana Menteri Malaysia & Isteri berbangga dengan membawa Daniyar Nazarbayev ke hulu hilir sedangkan pihak berkuasa masih mencari beliau bagi pelbagai kes tuduhan pecah amanah membabitkan jutaan dollar Amerika. 



Apakah peranan PM & Isteri dalam menyembunyikan Daniyar Nazarbayev di Malaysia? Adakah segala usaha dilakukan bagi memastikan beliau sentiasa dilindungi di Malaysia dan apa pula status Daniyar dan bagaimana beliau menetap di Malaysia? 

PM & Isteri seharusnya didesak dalam memberi penjelasan kerana dokumen yang difailkan di New York Supreme Court jelas membuktikan intipan telah dilakukan di Seri Perdana, Kediaman Rasmi Perdana menteri Malaysia. 



Mana hilang maruah dan harga diri Malaysia sebagai negara berdaulat dan akhirnya Seri Perdana dibiarkan diintip oleh pihak luar. Kebenaran yang tertulis jelas dalam dokumen New York Supreme Court ini harus menjadi pendesak kepada PM memberi jawapan yang ikhlas akan perihal sebenar kedudukan Daniyar Nazarbayev di Malaysia dan kaitan PM & Isteri dalam menyembunyikan beliau di Malaysia. 

Malaysiacrisis mendesak mana mana ahli parlimen membawa isu  ini ke Dewan Rakyat bagi memastikan isu ini dijelaskan memandang nama baik negara dan Seri Perdana dengan jelas dirujuk dalam dokument rasmi mahkamah New York Supreme Court yang mana PM harus menjawab persoalan ini kerana membabitkan nama negara dan kediaman rasmi dalam perihal keluarga beliau dan kemungkinan menjadikan Seri Perdana atau mana mana lokasi di Malaysia tempat persembunyian Daniyar Nazarbaev.

Sudah sampai masanya PM & Isteri menjawab persoalan ini dan mengapa harus terus berselindung akan kebenaran berhubung Daniyar Nazarbayev.







Wednesday, 30 January 2013

CINCIN & PERMATA ROSMAH MANSOR






Akhirnya mengaku jua Datin Seri Rosmah Mansor bahawa wujudnya cincin berlian 24 juta. Mungkin kita terlupa hakikat kebenaran ini yang kita ragui sebelum ini. 

Adakah benar cincin 24 juta itu wujud?

Kita seharusnya berterima kasih kerana belaiu akhirnya mengakui dan bersumpah bahawa wujud cincin berlian 24 juta tersebut. Bermakna "shipment" cincin tersebut telah memasuki Malaysia atas nama Datin Seri Rosmah Mansor dan ini adalah kenyataan yang mungkin tidak boleh diputar belit lagi. Terima kasih Datin Seri atas pengakuan ini..

Siapa penganjur "PAMERAN SULIT" atau pameran itu hanya untuk Datin Seri Rosmah Mansor?

Persoalanya, adakah Rosmah Mansor ini saudagar cincin berlian? jawapanya sudah pasti bukan kerana beliau sekadar isteri kepada PM. 



Akhirnya bila Datin Seri Rosmah Mansor sendiri berusmpah dan memaklumkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa cincin 24 juta memang wujud.

Pengakuan ini bukannya memberi penyelesaian dan melepaskan Rosmah Mansor dari isu cincin berlian 24 juta ini. Sebaliknya mengukuhkan kebenaran bahawa wujud cincin 24 juta untuknya. Kenapa harus dia sebagai isteri perdana menteri sibuk untuk pameran sulit cincin berlian? Tidak pernah wujud pameran sulit di Malaysia tetapi rosmah yang menyatakan wujud pameran sulit untuk cincin berlian 24 juta tersebut..apakah itu pameran sulit? dimana berlangsung pameran sulit tersebut? Siapa biaya pameran sulit tersebut? Mungkinkah pameran sulit tersebut di rumah mereka?

Memang sumpah beliau itu benar tiada ditangan dia (pada waktu sumpah itu dibuat) kerana tidak memakainya tetapi mungkinkah juga cincin berlian ini disimpan tempat rahsia?Dimanakah agaknya cincin tersebut disorokkan kerana memang tidak akan berani Rosmah Mansor memakainya sebelum PRU 13.


Penyimpan Cincin Berlian 24 Juta Bagi Rosmah Mansor!! Maria Nazarbayev...?
Andai BN menang besar majoriti 2/3 maka pada ketika itu akan wujud semula cincin berlian 24juta itu dijarinya.

Dimanakah tersembunyi cincin 24 juta tersebut? Rakyat harus jelas mengetahui  bahawa UTUSAN MALAYSIA pernah mengesahkan melalui artikel dibawah bahawa cincin tersebut telah dipesan oleh Besan Isteri Perdana Menteri.

Petikan akhbar Utusan Malaysia:-



"CINCIN YANG DIMAKSUDKAN ITU TELAH DIPESAN OLEH BAKAL BESAN PERDANA MENTERI , MARIA NAZABAYEZ.."

.Inilah yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia. Jadi benarlah, cincin itu memang ada kaitan dengan Datin Seri Rosmah Mansor dan cuma dimanakah cincin tu? Adakah disimpan dan dijaga oleh Maria Nazabayev..




Gaya Datin Seri Rosmah Mansor yang tiada duit..lihat berlian dan gelang di tangan yang bernilai ratusan ribu ringgit. Tidakkah dia merasa malu dengan sumpahnya dan mengatakan dia tidak berduit..

Rosmah Mansor mungkin boleh merasa lega dengan sumpahnya tetapi beliau lupa bahawa sumpahnya itu bakal memakan diri sendiri kerana tiada sebab beliau perlu menguruskan kemasukkan berlian tersebut ke Malaysia kerana dia bukan saudagar berlian atau penganjur pameran. 

Bila Datin Seri Rosmah Mansor datang ke majlis keramainan, perhatikan barang perhiasan beliau dan tanya dia berapa harganya? Jangan sekadar salam tapi tanyalah sekali berapa harga cincin di tangan, berapa harga handbag, berapa harga baju, berapa kos jam , berapa harga rantai dileher dan yang pasti Rosmah akan cabut lari dari majlis anda..

Saksikan berlian ditangan Rosmah Mansor selepas PRU 13!!



Monday, 29 October 2012

Rosmah Mansor Tinggalkan Permata Negara

"Rosmah Mansor-Selamat Tinggal Permata"


Hari ini dalam sejarah!! Inilah ungkapan yang paling tepat untuk dinyatakan apabila Rosmah Mansor akhirnya nekad untuk meninggalkan Permata Negara apabila usaha Permata Negara dilayan dengan tidak adil dan peruntukkan yang rendah yang diberikan. Wakil Rosmah Mansor iaitu Zamzarina Zamri dari segmen "Apa Kata Wanita" telah membentangkan peruntukkan terkini dan Rosmah Mansor terkedu melihat peruntukkan yang diberikan dan akhirnya nekad melepaskan Permata Negara.
 
"Permata akhirnya dikatakan kaca.."
"tidak pandai menilai antara permata dan kaca dan itulah masalah rakyat Malaysia sebenarnya"

Berita lanjut yang disiarkan oleh Zamzarina Zamri yang membuatkan Rosmah Mansor nekad meninggalkan Permata Negara adalah seperti berikut:-


Kenyataan Rasmi wakil Rosmah Mansor berhuung Permata Negara....




Kenyataan Rasmi Pembentangan Budget Untuk Permata Negara yang mana parlimen sendiri tidak mengetahui pecahan peruntukkan sebenar namum Zamzarina Zamri mampu memberikan pecahan tersebut dengan terperinci. 

JIka budak sekolah tadika buat kira-kira maka penjelasan kaki ampu Rosmah Mansor dengan jelas memberi pengiraan yang berjumlah seperti berikut:

Pra Sekolah MOE  : 587.5 Juta
Tadika Kemas : 532 Juta
Tabika Perpaduan : 68.7 Juta


JUMLAH KESELURUHAN: 1.188 Billion dan baki yang tinggal dengan pengiraan ini untuk permata mengikut pengampu Rosmah Mansor adalah : 12 Juta 

Betul ke Permata dapat 12 Juta sahaja? Berapa peruntukkan untuk Permata pada 2012? Mencecah ratusan juta and sangupkah Rosmah mansor terus menerajui Permata Negara dengan peruntukkan sedemikian rupa. 
Agak memalukam, apabila fakta yang jelas di depan mata disorok dan pelbagai cerita direka untuk membaik pulih imej Rosmah Mansor yang sememangnya tidak sukai oleh rakyat.
 
Kenapa perlu wujud perbezaan program pada dasar pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia dengan wujudnya permata, tabika kemas, tadika perpaduan dan sebagainya? Bukankah setiap anak itu warganegara Malaysia dan berhak mendapat pendidikan yang adil dan samarata pendedahannya kepada semua.

Jika kita lihat peranan Permata, mereka bukan shaja mengendalikan Permata malahan terlibat secara tidak langsung denagn program-program di Tadika Keas & Tadika Perpaduan . Bukankah dengan itu Rosmah Mansor sebenarnya mengawal dana 1.2 Billion peruntukan bagi pendidiakn awal bagi kanak-kanak.

Tidak salah jika Kementerian Pelajaran & Kementerian Pembangunan Wanita & Masyarakat yang menguruskan program ini tetapi ianya amat salah dari segi etika apabila isteri perdana menteri yang bukan seorang kakaitangan awam mahupun ahli parlimen diberikan kuasa dengan dana yang sebesar itu.

Ahli parlimen sendiri tidak diperuntukkan dengan kuasa kewangan sebesar itu dalam memajukan ekonomi dan pembangunan kawasan mereka dan semua projek kawasan mereka diuruskan oleh kementerian. Dimanakah kehebatan Permata yang mesti dikelolakan oleh Rosmah Mansor?

Berapa harga Gelang 2 ditangan dan 2 cincin di jari? Semuanya batu permata

Persoalan ini bukan sahaja dikalangan rakyat tetapi ramai juga ahli politik Barisan Nasional menggaru kepala kerana tidak mampu menjawab secara rasional apabila disoal kenapa ianya dibawah Isteri Perdana Menteri bukan dibawah kementerian yang sepatutnya.

Harap kita nantikan sama-sama jawapan atau sambungan cerita Zamzarina Zamri dalam terus memperjuangkan Rosmah Mansor dan Permata Negara.



Sunday, 5 August 2012

Rosmah Mansor Caught In Extreme Action

Rosmah Oh Rosmah, Kenapalah Kau Menjadi Idaman & Perbualan Seluruh Rakyat Malaysia? 
Rosmah Oh Rosmah, Dimana Kesilapan & Dosa Mu?
Rosmah Oh Rosmah, Adakah Kau Bersedih & Rasa Dianiaya?
Rosmah Oh Rosmah, Sesungguhnya Kaulah Permata Negara Kerana Hanya Dirimu Di Penuhi Permata. 
Rosmah Oh Rosmah, Engkaulah Intan Negara Kerana Dirimu Berkilauan Sentiasa
Rosmah Oh Rosmah,Rakyat Malu Berdepan Denganmu Kerana Kau Melampaui Segalanya
Rosmah Oh Rosmah, Rakyat Takut Padamu Kerana Segala Cerita Mengenaimu
Rosmah Oh Rosmah, Kerana Sayang Padamu Maka Pergilah Jauh Dari Mata Kami
Rosmah Oh Rosmah, Semakin Kau Mendekati Rakyat, Semakin Jauh Kami Lari Darimu
Rosmah Oh Rosmah, Cukup Sudah Selama Ini Bersandiwara & Berdepanlah Dengan Realiti 
Rosmah Oh Rosmah, Kau Hanya Isteri Bukan Perdana Menteri, Menteri Mahupun First Lady
Rosmah Oh Rosmah, Jauh Sekali Engkau Disanubari Hati Kami Rakyat Malaysia
Rosmah Oh Rosmah, Jangan Terus Terbuai Mimpi Nanti Terbakar Diri
Rosmah Oh Rosmah, Fikir Fikirkanlah!!

Pernahkah kita terbaca atau terlihat usaha-usaha media masa dan media cyber yang terlalu ekstrem dalam memperlihatkan diri isteri perdana menteri seorang yang baik bukan sebaliknya? Pernahkah kita terbaca artikel yang kurang mnyenangkan berkenaan isteri-isteri perdana menteri sebelum ini? Kenapa perlu ada usaha membersihkan imej yang terlalu ekstrem untuk Rosmah Mansor sehingga rakyat dengan jelas dapat merasakan segalanya hanya sekadar sandiwara untuk memenangi hati rakyat.

Rosmah Oh Rosmah, Rosmah Sedang Mengaji



Majlis Mengaji Quran Terhebat Di Malaysia & Perlukah di perlihatkan kepada awam akan cerita-cerita seperti ini? Cerita yang baik tidak perlu di hebohkan dan percayalah tukang masak, pembantu rumah,kakitangan Sri Perdana sendiri boleh menghebohkan perkara yang baik kepada seluruh Malaysia daripada blogger upahan untuk "Imej Rebuilding Program". Sekali ianya dijadikan umpana Majlis Rasmi Negara dan kecoh seluruh Blogger berbayar untuk memaparkan cerita seperti ini.








 Rosmah Oh Rosmah, Rosmah Tengah Khatam Quran


Perlukah majlis khatam Al-Quran dipertontonkan seperti pawagam dan yang hadir adalah kakitangan-kakitangan jabatan kerajaan semata-mata untuk majlis ini.Ramai yang khatam Al-Quran lebih banyak tidak sekecoh cerita-cerita blogger upahan untuk "Imej Rebuilding Program". Lihatlah pentas hanya untuk majlis khatam Al-Quran mengalahkan Majlis Tilawah Al-Quran Kebangsaan





                           Rosmah Oh Rosmah, Rosmah Sedang Mempromosi Islamic Fashion



Jika ada keikhlasan dalam dua gambar diatas, maka seharusnya Penaung Islamic Fashion sedar bahawa baju nampak bahu dan ketiak ini bukannya Islamic Fashion. Memalukan Islam dengan penggunaan Islamic Fashion dan riuh sedunia dibuatnya dan akhirnya terludah muka sendiri.Inilah dikatakan main terkam bila boleh dapat publisiti untuk diri sendiri dan akhirnya "No Quality"





Rosmah Oh Rosmah, Rosmah Sedang Bercengkerama Dibawah Bulan Purnama




Yang ini lagilah bukan Islamic dan jika sedar Al Quran adalah ajaran dan pegangan maka insiden ini juga mungkin tidak akan berlaku dan kecuh dibuatnya Malaysia. Bila nafsu melampaui batasan hilang pendirian dibuatnya & lupa dirinya isteri orang bukan harta milik awam. Kesian lelaki Bollywood sampai terbongkok-bongkok semua dibuatnya.Adakah artis-artis mengenali Rosmah Mansor atau Rosmah Mansor lebih mngenali mereka.




Usaha Memperbaiki Imej Rosmah Mansor


Artikel Papagomo
PAPAGOMO pernah menulis dan bertanya "Hina sangatkah Rosmah Mansor?" Rosmah Mansor tidak hina sebenarnya.Dia tidak harus di fitnah atau di tuduh tetapi terlalu banyak fakta yang membenarkan apa yang diperkatakan oleh pelbagai pihak berhubung beliau.

Soalan Rakyat Malaysia kepada Papagomo, Tetapi hina sangatkah rakyat Malaysia sehingga kami diperbodohkan dengan pelbagai perbelanjaan yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana isteri perdana menteri sebelum ini tetapi dia berani melakukanya di siang hari. 

"PERMATA Negara" adalah contoh terbaik bagaimana sebagai isteri perdana menteri tetapi menjaga portolio bearatus juta peruntukkan kerajaan. Permata Ngara adalah sebuah Unit yang ditubuhkan khas untuk Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang diletakkan dibawah Jabatan Perdana Menteri dan ditadbir urus oleh seorang Setiausaha Bahagian (SUB) di Jabatan Perdana Mentari. Siapakah Boss kepada SUB ini. Siapa Penaung Program Permata Negara? Tidak lain tidak bukan Datin Seri Rosmah Mansor, Isteri Perdana Menteri. Adakah peranan Penaung hanya sebagai Penaung atau selaku "Ketua Pengarah" atau "Menteri Portfolio Permata Negara"
 
Pernah kita lihat dimana-mana bahagian, agensi atau unit dibawah Jabatan Perdana Menteri  diwujudkan jawatan Penaung bagi bahagian, agensi atau unit tersebut? Ada sesuatu yang jelas tidak kena dengan Permata Negara dan kenapa ianya perlu diletakkan dibawah Jabatan Perdana Menteri sedangkan Visi & Misi Permata Negara seharusnya dikelolakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.



Adakah tidak layak Menteri Pelajaran Malaysia juga Timbalan Perdana Menteri menerajui Program Permata Anak Negara? Sedangkan,program seperti ini adalah program nasional yang diselaraskan dengan pendidikan awal sekolah peringkat umur 2 Tahun keatas dimana-mana negara membangun dan bukanya sesuatu yang direka cipto oleh Datin Seri Rosmah Mansor.
Nantikan kupasan dan pendedahan lebih lanjut tidak lama lagi.



  Rosmah Oh Rosmah, 
Jangan Panik Ye Tunggu Kesudahan Cerita Permata Negara
 






 



Friday, 27 July 2012

Rosmah FLOM melampaui Queen Elizabeth II


First Lady of Malaysia (FLOM) vs Queen Elizabeth II

Membandingkan antara First Lady of Malaysia (FLOM), Datin Seri Rosmah Mansor dengan Queen Elizabeth II umpama langit dan bumi. Setahu kita jauh jaraknya bumi dan langit dan mungkin kita boleh menilai berapa tinggi dan rendah kedudukan antara mereka. Jika nak dibandingkan dengan Raja Permaisuri Agung pun dah tidak boleh kerana dia gelarkan dirinya First Lady of Malaysia. Kenapa disebut dia menggelarkan dirinya sebagai First Lady of Malaysia? Sebenarnya Datin Seri Rosmah Mansor ini kedudukan dia hanya sebagai ISTERI PERDANA MENTERI MALAYSIA. Tiada perkataan First Lady of Malaysia dalam perlembagaan Malaysia atau mana-mana undang-undang yang yang mengiktirafkan jawatan tersebut. Bandingkan handbag seorang Isteri Perdana Menteri dengan Seorang Raja Permaisuri England.


Harga handbag Queen Elizabeth II untuk Royal Wedding dianggarkan antara RM 3,000-RM5,000. Itu handbag seorang Raja Permaisuri dan memiliki harta berzaman dari zaman penjajahan lagi dan mereka juga terikat kepada pelbagai suara rakyat yang berhak menyoal pebelanjaan istana dan ini membuatkan mereka lebih berjaga dalam membelanjakan duit rakyat.
Berapa pula harga handbag First Lady of Malaysia dekat ebay? ebay adalah antara harga termurah sebagai rujukan dan inilah kebenaran harga handbag First Lady of Malaysia.Bersandarkan bukti dan realiti yang jelas di mata rakyat, FLOM memiliki koleksi pelbagai warna handbag Hermes Birkins. Antara yang pernah digayakan oleh FLOM dengan tiada rasa malu kepada rakyat adalah:


Harga handbag  First Lady of Malaysia, USD 94,950.00 bersamaan dengan RM 360,810.00
Gaji Perdana Menteri sebulan RM 23,000 sebulan bersamaan RM 276,000.00 setahun
 Gaji Perdana Menteri  setahun pun masih tak cukup nak belikan isteri handbag Hermes Birkin idaman First Lady of Malaysia @ Isteri Perdana Menteri 
Itu perbandingan dengan Queen Eizabeth II dan belum lagi dengan DYMM Raja Permaisuri Agong. Takut malu pula DYMM Raja Permaisuri Agong apabila First Lady of Malaysia melampaui DYMM Raja Permaisuri Agong.Sudahlah mahkota First Lady of Malaysia dikebas dari DYMM Raja Permaisuri Agong  dan jangan Hermes Birkins pun dia yang lebih. Mungkin DYMM Raja Permaisuri Agong ada Hermes Birkins tetapi mungkin tidak sebanyak First Lady of Malaysia.

First Lady of Malaysia (FLOM) vs Princess of Duchess


First Lady of Malaysia melampaui Princess of Duchess.  Harga handbag Princess of Duchess Kate hanya dalam lingkungan RM 4,500-RM 5,500 sahaja.
Tahniah First Lady of Malaysia!!
Rakyat Britain agak berbangga dan mula bercerita dan bersangka baik terhadap Princess of Duchess hanya kerana keperibadian beliau yang nampak berbelanja dengan penuh adap mengetahui hakikat bahawa rakyat melihat mereka dan menyedari mereka hidup dengan duit rakyat. Mengapa pula di Malaysia pelbagai fitnah, tuduhan, gossip dan tomahan  tiada kesudahan berkenaan First Lady of Malaysia?

Teringat ungkapan azimat Farid Ismeth Emir iaitu "FIKIR FIRKIRLAH..."
 
Mampukah rakyat berdiam untuk melihat kerakusan seorang isteri pemimpim politik berdepan dengan rakyat tanpa rasa malu dan mempamerkan kemewahan diri hasil dari duit rakyat. Sungguhpun Queen Elizabeth II & Princess of Duchess mampu membeli Hermes Birkins namum pilihan mereka adalah rasa malu & hormat berdepan dengan rakyat jelata yang melihat mereka.

Adakah perbandingan ini juga akan digelar fitnah oleh blogger upahan walaupun fakta depan mata? Mampukah ada pengakuan & penafian panas berhubung Hermes Birkins milik FLOM atau hanya sandiwara bahawa " Saya beli handbag dengan hasil duit saya menabung sendiri". Jangan gunakan pembelaan ini kerana ianya amat memperbodokan minda rakyat Malaysia dan jangan malukan Perdana Menteri Malaysia yang sedang bekerja keras untuk Malaysia.

Sememangnya First Lady of Malaysia (FLOM) melampaui Queen Elizabeth II dan mungkin juga melampaui DYMM Raja Permaisuri Agong Malaysia
 
WUJUDKAH GELARAN FIRST LADY OF MALAYSIA? Perlukah Datin Seri Rosmah Mansor dirujuk sebagai First Lady of Malaysia atau hanya Isteri Perdana Menteri?

" Malaysia merupakan sebuah negara yang tidak mengamalkan konsep Raja mutlak, iaitu satu konsep yang memberikan Raja menggarap hasil kekayaan negaranya dan mengagihkan hasil kekayaan kepada rakyat jelata melalui kuasa penuh pentadbiran yang ada digenggamannya. Namun di Malaysia sebenarnya hanyalah mengamalkan konsep Raja Berpelembagaan di mana Perdana Menteri merupakan ketua eksekutif negara, jawatan Raja hanya memainkan peranan sebagai simbol negara yang berdaulat. Berbalik kepada isu penggunaan gelaran "Wanita Pertama", Artikel 32 (2) Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa isteri Yang di-Pertuan Agong ialah hanya yang kedua kepada Yang di-Pertuan Agong itu sendiri. Maka, oleh itu dapatlah ditafsirkan bahawa Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong adalah orang yang layak memegang gelaran "Wanita Pertama" mengikut tafsiran Perlembagaan Persekutuan Malaysia"
"Rosmah had caused controversy over the title of "First Lady of Malaysia". During the premiership of her husband, Najib Tun Razak Rosmah Mansor widely used the title of "First Lady". Many quarters either argue that it is reserved for the Raja Permaisuri Agong, or that it should never be used at all due to Malaysia not being a republic. A new unit was established within the Prime Minister's Department with the acronym F.L.O.M (First Lady of Malaysia) Unit. Datuk Siti Azizah binti Sheikh Abod was the Special Officer for the unit."   
Gambar disebelah menggambarkan protokol majlis rasmi negara.
Siapakah yang di saf pertama,saf kedua dan saf ketiga? Mungkin susunan saf ini tersilap protokol.
Mungkin protokol sebenarnya adalah  First Lady of Malaysia (FLOM) dikedudukan DYMM Raja Permaisuri Agong dan DYMM Raja Permaisuri Agong berdiri disebelah Perdana Menteri memandangkan First Lady of Malaysia nampak taklah First Lady dalam protokol majlis negara ini.
Macam "Second Lady" pulak jadinya..

Tidak pernah wujud Unit First Lady of Malaysia  dengan sejarah 5 Perdana Menteri sebelum ini kerana isteri mereka sedar mereka adalah isteri kepada Perdana Menteri sahaja dan tidak ada jawatan dalam parti politik atau kerajaan dan mereka berbangga dengan mahkota sebagai seorang isteri kepada Perdana Menteri. Mereka berbakti melalui pelbagai program anjuran BAKTI dan tiada riuh-rendah cerita dan publisiti terhadap mereka.Tiada pun cerita yang kita dengar seperti makan dalam polisterine, mengaji dalam bulan puasa, keluar negara menjalankan urusan rasmi, berjumpa para menteri dari negara luar, handbag beratus ribu, gelang berjuta, berpuaka dan sebagainya.  Tenang kehidupan suami mereka sebagai Perdana Menteri Malaysia dan tidak perlu fikir krisis melanda isteri mereka dan pentadbiran kerajaan pun terjaga dengan baik.

Jika FLOM adalah mahkota atau jawatan yang patut digelar sudah tentu tidak perlu ada kontroversi dan sudah lama kita dengar gelaran FLOM nama diberi kepada semua isteri Perdana Menteri sebelum ini. Jika kita rujuk website rasmi Prime Minister Office sendiri pun hanya meggunakan pengiktirafan sebagai Isteri Perdana Menteri Malaysia. Rujuk www.pmo.gov.my

   
Website rasmi Pejabat Perdana Menteri pun tidak mengiktiraf "First Lady of Malaysia" hanya sebagai Isteri Perdana Menteri pengiktirafan yang diberikan oleh Pejabat Perdana Menteri.

Untuk para blogger upahan, buka minda dan hati dan jiwa anda dalam menulis artikel berkaitan isteri Perdana Menteri terutamanya Papa Gomo dan kuncu-kuncunya,. Lebih banyak usaha menulis kebaikan First Lady of Malaysia lebih teruk beban Perdana Menteri menanggung parahnya. Inilah krisis sebenar Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Abdul Razak. Buatlah transformasi kepada First Lady of Malaysia dan segala transformasi akan berjaya dan rakyat akan menyolong Perdana Menteri jika dia mampu mengubah dan memadamkan bayangan isteri beliau dalam perjalanan karier poltik seorang Perdana Menteri.atau jatuh rebah tersungkur kerana gagal memahami kebenaran dan hakikat yang jelas di lihat oleh rakyat Malaysia dan First Lady of Malaysia (FLOM) adalah mainan hawa nafsu dan kemahuan darjat dan mahkota oleh seorang Isteri Perdana Menteri.

Pemimpin UMNO, Pemimpin Barisan Nasional dan segala yang berpayung dibawah Barisan Nasional pasti teruja dan bersetuju dengan ulasan ini. Kerana semua pihak dah penat mempertahankan seorang wanita yang tidak ada jawatan parti,bukan ahli parlimen,senator mahupun adun  dan hanya seorang isteri tetapi penuh dengan kontroversi yang tiada kesudahannya.Atau ada pemimpin Barisan Nasional yang berani mempertahankan isu ini demi memperlihatkan diri menyokong dan membela First Lady of Malaysia?

  Oleh yang demikian, persoalan disini bukan Perdana Menteri tetapi Isteri Perdana Menteri dan artikel ini bertujuan mengejutkan Perdana Menteri dari terus hanyut dengan pelbagai tohmahan terhadap kredibiliti beliau sebagai Perdana Menteri kerana seorang wanita yang menggelarkan dirinya First Lady of Malaysia.













Wednesday, 18 July 2012

MADU TIGA @ ROSMAH MANSOR

      
Aku Yang Cantik
Aku Yang Manis
Aku Yang Manja
Selalu Tersipu
Rawan Sikapku
Di Balik Kemelutku
Di Remang Kabutku
Di Tabir Mega-megaku
Ku Lihat Dua Tangan
Di Balik Punggungku
Madu Di Tangan Kananku
 Racun Di Tangan Kiriku
  Aku Dah Tahu Racun Yang Akan Kuberikan Padamu
MADU TIGA
DSRM-Datin Seri Rosmah Mansor bukan nama asing bagi bumi Malaysia. Sebut DSRM membuatkan semua rakyat serba ghairah dibuatnya untuk mendengar, melihat apakah cerita sebenarnya atau tak kurang juga yang dah bersiap sedia untuk mengata DSRM. Apakah dosa yang membuat dia teraniaya sebegini rupa? Dimanakah Silapnya? Apakah "Misteri" yang menghantui dirinya..
Lirik lagu diatas cukup sinonim untuk ditujukan khas pada beliau. Harap adalah si pintar Permata Seni akan mendendangkan lagu ini untuknya.Terlalu banyak sejarah hitam yag menghantui DSRM dan tidak juga kita lupa cerita puaka dan bomoh yang tidak kesudahan. Kita lihat mangsa korban antara madu dan racun yang diperdendangkan oleh DSRM yang mengaibkan tiga (3) lelaki dan bukannya dua (2) yang banyak blog melaporkan sebelum ini. Kita akan bongkar identiti sebenar cerita MADU TIGA..
MADU PERTAMAKU (1)
Kadang-Kadang Kita Dengar

Siapa tak kenal suami pertama DSRM iaitu Abdul Aziz Nong Chik? Carian walau sebutir zarah bagi nama ini tidak mungkin wujud sama sekali untuk kita kenal. Hakikatnya, masa akan tiba tidak lama lagi untuk kita sama sama mendengar dan membaca cerita sebenar di sebalik cerita Madu Pertama yang telah terkena Racun Tangan Kiriku..Nantikan pendedahan seterusnya mengenai cerita Madu Pertama-Abdul Aziz Nong Chik jejaka pertama terkena racun tangan kiriku..Nantikan pendedahan seterusnya dan pelbagai kisah disebalik perkahwinan pertama DSRM.
                                

                                 Bukti Kewujudan
Abdul Aziz Nong Chik
Dalam Sejarah
Hidup Rosmah Mansor

Antara Cerita Palsu Yang Mengatakan Azrene Soraya Abdul Aziz anak kepada Farid Ismeth Emir. Mana mungkin Farid Ismeth Emir akan mengaku Azrene Soraya Abdul Aziz anak beliau. Hakikatnya inilah bukti yang menunjukan kewujudan SEJARAH YANG DIPADAMKAN dalam cerita dan sejarah DSRM
Apakah dosa Azrene Soraya Abdul Aziz apabila seorang ibu kandung mampu memulaukan perkahwinan anak kandung sendiri. Dimanakah naluri seorang ibu kandung terhadap anaknya. Tidak pernah kita lihat sikap sedemikian dari seorang ibu yang mengandungkan seorang anak selama sembilan bulan dan hilang naluri keibuaan semata-mata mengejar status First Lady of Malaysa (FLOM) dan untuk memadamkan sejarah perkahwinan dan mempamerkan diri sebagai seorang ibu mithali kepada ANAK ANAK PERMATA NEGARA. Bukankah Azrene Soraya Abdul Aziz sebutir PERMATA . Butakah Mata & Hati sehingga terlupa PERMATA dibuang dan bekerja keras menjadikan anak-anak alin sebagai permata. Apakah ini sikap wanita atau naluri seorang ibu? Dialog P.Ramlee sekali lagi mngingatkan komedi ahli nujum pak belalnag.."apakah dia wahai ahli nujum perkara yang sikit-skit, jarang-jarang, kadang-kadang kita lihat dan TAK PERNAH DIBUAT SEORANG IBU"      DSRM Jawapanya.


Profil diatas mengingatkan kita resume permohonan kerja yang menunjuk kita bertukar jawatan dan kerja dalam kehidupan kita mencari rezeki. Namun profil ini adalah profil seorang wanita bertukar suami mengejar impian yang tidak ketahui dan sanggup melakukan apa sahaja mengejar impian mahkota FIRST LADY OF MALAYSIA

 MADU KEDUAKU (2)
Jarang-Jarang Kita Dengar

Bercerai kali pertama mungkin salah lelaki. Kalau kali kedua salah siapa? Ada wanita ingin berkongsi pendapat? Mungkin juga tetap salah lelaki namun ini Pak Nujum katakan CERITA KADANG-KADANG KITA DENGAR..tebus bini orang atau tebus talak..yang mana satu sebenarnya sejarah yang patut ditulis dalam perjalanan hidup First Lady of Malaysia..Farid Ismeth Emir suami kedua DSRM..siapa tidak kenal Farid Ismeth Emir, seorang pemberita yang kacak dan bersuara macho.Tidak ada pengganti untuk sesiapa mengambil alih peranan beliau sebagai pembaca berita dengan suara macho yang ramai rakyat Malaysia nantikan di kaca TV.Ini pun aku racunkan dengan tangan kiriku..Skandal turun naik Pejabat Meteri Besar Pahang tertulis dengan jelas siapakah wanita yang mnjadi mangsa mainan Madu 3 oleh DSRM..

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda,
الْمُخْتَلِعَاتُ هُنَّ الْمُنَافِقَاتُ .
Para istri yang minta cerai (pada suaminya) adalah wanita-wanita munafik.” [Hadits shahih. Riwayat Tirmidzi (no. 1186) dan Abu Dawud (no. 9094),
dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu.

CERITA GOSIP KELUARGA 69
Antara ceritia-cerita Pejabat Menteri Besar Pahang yang kita dengar dan baca..

DSRM menjanda dah dua kali tetapi mudah untuk beliau mendapat jodoh. Pelbagai cerita dan kisah terdengar ada yang mengatakan Bomoh & Puaka & Sihir adalah sebahagian dari permainan dalam mengejar cita-cita terutama dalam kisah cinta terlarang atau merampas suami orang..Adakah benar "ROSMAH PUAKA" dan cerita disebalik video Rosmah Puaka suatu kebenaran atau reka karya pihak tertentu..Fenomena Rosmah Puaka pernah melanda Malaysia dan pelbagai cerita yang tersurat dan tersirat dipaparkan kepada duania. Apalah nasib DSRM yang diperlakukan sedemikian rupa?Atau adakah ini balasan pada ketaksuban dan keinginan melampau yang menjadikan cerai sebagai mainan kehidupan dalam mencapai matlamat nafsu dan cita-cita melampau..bak kata "Farid Ismeth Emir-FIKIR-FIKIRKANLAH...
MADU KETIGAKU (3)
Sikit-Sikit Kita Dengar

"Madu Ketiga akhirnya membuahkan hasil menjadikan aku FLOM..Akulah FIRST LADY OF MALAYSIA, Akulah di takhta idaman semua wanita Malaysia, Akulah Permata Negara, Akulah Srikandi Negara, Akulah Ibu kepada Permata Negara dan segalanya yang Akulah....tetapi lupa disebut Akulah Satu-Satunya Wanita Berkahwin Cerai dan Bernikah tiga (3) Kali dan Akulah yang menikmati Madu Tiga dari tiga lelaki..Akulah yang harus ditulis pada sejarah buku teks pendidikan moral bagi wanita Malaysia..Akulah juga Ibu Kandung yang mampu melupakan anak kandung sendiri dan lupakan mereka dari sejarah hidupku dan tidak juga ku melawat cucu-cucuku..Katakanlah apa sahaja terhadapku dan semuanya kerana irihati terhadap aku First Lady of Malaysia..pedulikan mereka , Pandanglah, Lihatlah dan Pujilah First Lady of Malaysia .."Aku yang cantik, aku yang manis, aku yang manja.." dan akulah Fist Lady of Malaysia membuat video rakaman nyanyian dengan artis-artis tetapi aku tidak akan menyanyi untuk tidurkan cucu-cucuku dari sejarah hidupku yang lampau..adakah ini naluri hati seorang wanita yang mungkin bermain di sanubari FLOM.."

Mahligai kehidupan KERABAT DIRAJA pun DSRM mampu runtuhkan  dan pelik apakah kekuatan sebenar DSRM sebagai seoarang wanita.DSRM adalah wanita menakjubkan memandangkan kerabat diraja pun mampu berundur dari menyelamatkan rumahtangga dengan Najib dan memberi ruang jalan untuk DSRM..apakah rahsia DSRM sebalik segala ilmu memikat..

Nasib baiklah Yang DiPertuan Agong itu jawatan bergilir dan terlalu ramai calon untuk memenuhi jawatan terebut..terselamat Datuk Seri Najib dari bahaya dan cubaan rampasan takhta bagi meneruskan misi ke mahkota peringkat tertinggi di muka bumi Malaysia oleh FLOM..Disebalik kejayaan dan kegagalan seseorang lelaki dikatakan ada wanita..betulke ungkapan ini? Atau sebalik kegagalan setiap lelaki berpunca dari diri sendiri..apapun ada juga kebenaran dalam cerita Perdana Menteri Malaysia. Pelbagai racun telah pun memakan diri DS Najib..antaranya pelbagai skandal dan isu yang tak sudah penghujungnya dan setiap yang dilakukan DSRM tidak pernah membawa kebaikan  dan akhirnya mengaibkan kebolehan DS Najib memimpin negara.

Hanya PAPAGOMO sahaja yang beriya mempromosikan DSRM atas sebab-sebab semua sedia maklum dan mungkin kerja blogger berbayar umpama orang upahan kena buat kerja bila telah menerima bayaran..Good Luck Papagomo.Sungguh kelakar dan gelihati dibuatnya terbaca artikel DSRM makan dalam polisterine pun boleh dijadikan sandiwara sikap terpuji FLOM.Apa kata bawa DSRM ke Restaurant Makanan Daun Pisang and war-warkan DSRM makan nasi atas daun pisang.

Lirik lagu Racun & Madu diatas amat sinonim untuk DSRM, pelbagai racun telahpun terkena DS Najib dan sedang menanggung "Image Crisis Management" untuk perbaiki imej diri pada masyarakat. But damage has been done dari awal Madu Pertama sehinggalah Madu Ketiga..no turning back untuk memperbetulkan imej DSRM..jauhkan DSRM dari dunia dan pandangan masyarakat untuk sementara, berhentikan publisiti pada semua usaha DSRM, hentikan DSRM dari urusan rasmi dan fokus kpada Pertubuhan BAKTI, hentikan blogger upahan memuji setinggi langit terhadap DSRM. Hentikanlah Program Permata Negara dari pimpinan DSRM dan jika ianya baik jadikanlah program ini diaksanakan oleh Kemeterian Pembangunan Wanita  dengan pusat jagaan kanak-kanak seluruh negara. Bukan DSRM yang membuat dasar pendidikan negara dan tidak layak menjadi contoh kepada kanak-kanak yang masih kecil..Ini nasihat untuk DS Najib dan jika tidak ingatlah Permata Negara akan menjadi racun karier politik DS Najib.

Iniah kemahuan DSRM atau FLOM untuk terus memegang takhta dan inilah hawa nafsu DSRM/FLOM terlampau yang bakal menghancurkan segalanya bagi UMNO dan Barisan Nasional. Bangunlah Pemuda UMNO dan minta DS Najib tunjuk keris UMNO kepada DSRM dan hentikan segalanya dan DSRM/FLOM adalah beban terlalu berat untuk terus dipikul.

Episod MADU TIGA akan diteruskan tidak lama lagi dan sama-samalah kita tunggu dan lihat apa ceritia dan kesudahanya.

WARKAH UNTUK DS NAJIB.

Pelbagai kontroversi sentiasa akan melanda DSRM dan ini adalah hakikat dan pelbagai bala dari pelbagai program anjuran DSRM terpaksa ditanggung oleh DS Najib dan kenapa ianya harus diteruskan? Hentikan DSRM dari menjejaskan imej DS Najib dan biarkan golongan yang seharusnya melaksanakan tanggungjawab kepada negara menjalankan tugas mereka dan jika anda seornag Perdana Menteri yang mampu membuat transformai maka laksanakanlah Transformasi DSRM dan jadikan DSRM hanya sebagai isteri dan ibu kepada anak-nanak kamu dan Penaung BAKTI dan yang lain arahkan bersara dari terus menjejaskan imej kepimpinan DS Najib. Jika transformasi ini gagal dilaksanakan maka akan gagal juga transformasi negara pada sektor lain kerana ianya dibuat bagi memenuhi hawa nafsu dan kemahuan diri bukan kemahuan negara dan rakyat. Beranikah DS Najib melakukan trnsformasi yang paling mudah untuk menjayakan UMNO & Kemenangan Barisan Nasional atau teruskan apa yang dilakukan dan akan hancurlah penilaian masyarakat kepada kepimpinan anda dan hanya DSRM penghalang bagi anda di angkat sebagai pemimpin yang baik di mata masyarakat.