Showing posts with label Dr. M. Show all posts
Showing posts with label Dr. M. Show all posts

Apa motif Marina Mahathir sertai himpunan bersama penganut Kristian?

Umum mengetahui siapa Marina Mahathir, salah seorang daripada individu yang memperjuangkan LGBT dan dalam masa yang sama beliau juga adalah salah seorang daripada yang berkait rapat dengan pergerakan Islam Liberal, Sister in Islam(SIS).

Apa motif beliau bersama sama individu lain menyertai perhimpunan bagi menunjukkan solidariti bersama penganut kristian di perkarangan sebuah gereja di Klang semalam? Apakah beliau mahu mencetuskan satu lagi kontroversi atau sengaja mahu mencari publisiti murahan dan dalam masa yang sama mengeluarkan kenyataan yang mengecam tindakan JAIS.

Sebagai seorang Muslim beliau sepatutnya berada bersama sama Muslimin dan Muslimat lain dalam mempertahankan kalimah Allah agar tidak digunakan oleh kristian. Yang mana pengarang penerbitan the herald, lawrence Andrew dengan angkuh membuat kenyataan menegaskan orang kristian akan terus menggunakan kalimah Allah. Kenyataan tersebut ternyata telah memperlekehkan titah KDYMM Sultan Selangor serta keputusan Mahkamah.

Sebagai seorang Muslim dan anak kepada mantan Perdana Menteri Malaysia yang banyak memperjuangkan Islam dan membela nasib bangsa, tindakan beliau itu telah menimbulkan seribu satu persoalan pada rakyat Malaysia khusunya yang beragama Islam. Dimana letak akidah beliau dan adakah beliau bersetuju dengan pengunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam.

Wira Perkasa Malaysia dengan sekeras kerasnya mengutuk tindakan Marina Mahathir itu.

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia

Tun Mahathir - Golongan Ekstrimis Tidak Perlu Dilayan.


Kerajaan tidak harus melayan sebarang tuntutan yang disuarakan kumpulan yang disifatkan sebagai ekstrimis di negara ini.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan harus memahami pemikiran kumpulan sederhana dan menyakinkan mereka untuk bekerja bersama-sama bagi mengalakkan kestabilan dalam negara.

"Melayan permintaan esktremis akan memberi kesan buruk kepada ekonomi negara dan membahayakan pertumbuhan negara", katanya ketika berucap pada Siri 17 Wacana Perdana bertajuk 'Trend Politik Semasa dan Kesan terhadap Hala Tuju Ekonomi dan Sosial di Malaysia' di sini petang semalam.

Wacana itu yang dianjurkan oleh Yayasan Kepimpinan Perdana dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu turut dihadiri Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Kepimpinan Perdana, Tan Sri Azman Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli) Tan Sri Dr Michael Yeo dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global, Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau menegaskan, persepsi bahawa kerajaan adalah 'lemah' kerana gagal mendapatkan mandat besar dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mei lepas, telah menyebabkan unsur-unsur ekstremis daripada pembangkang membuat pelbagai tuntutan.

"Jika anda fikir kumpulan ekstremis akan mengucapkan 'terima kasih' kepada kerajaan dan memberi sokongan mereka selepas tuntutan mereka dipenuhi...maka anda silap," kata perdana menteri keempat negara selama 22 tahun itu.

"Saya berharap kumpulan sederhana akan kekal dalam negara dan berani membuat pilihan. Bukan demi kepentingan sendiri tetapi untuk kebaikan negara, politik dan masyarakat," katanya.

Dr. Mahathir juga menggesa golongan majoriti sederhana supaya mempunyai keberanian untuk menyuarakan pandangan mereka mengenai situasi politik semasa sambil menjelaskan bahawa kerajaan perlu memberi lebih tumpuan kepada majoriti senyap. Rakyat News.

Masa Depan UMNO.


1. Saya berasa serba salah. Saya setia kepada UMNO. Saya ingin lihat UMNO terus mewakili orang Melayu, mempertahan dan memajukan mereka. Saya sedar akan hakikat bahawa UMNO mengidap sakit tua, dan ia akan maut kerana sudah tua. Ini naluri manusia. Lambat laun manusia akan menemui ajalnya.

2. Pembaharuan umat manusia ialah melalui zuriat. Anak kita, cucu kita, cicit kita akan kekalkan kita secara tidak langsung di dunia, akan sedikit sebanyak meneruskan sumbangan kita yang terdahulu.

3. Saya cuba sedarkan UMNO akan usianya yang sudah lanjut. Saya menulis akan perlunya UMNO diperbaharui dengan penerimaan ahli serta kepimpinan dari generasi muda. Malangnya ada pihak yang berpendapat tulisan saya mempunyai agenda tertentu, kononnya kerana saya ingin kekalkan kepimpinan saya melalui anak saya. Mungkin secara kebetulan ini akan terjadi. Tetapi jika kerana tuduhan ini saya tidak berusaha untuk kebaikan UMNO, ini bermakna saya lebih utama imej saya daripada tanggungjawab saya kepada parti. Jika saya ingin tolong anak saya, sepatutnya saya berusaha semasa saya Perdana Menteri. Tetapi saya tidak berbuat demikian. Pada hakikatnya, UMNO sekarang memerlukan pembaikan, dan walau apa pun tuduhan saya terpaksalah ketepikan, jika sedikit sebanyak dapat saya sumbang untuk masa depan UMNO dan orang Melayu. Saya tidak penting. UMNO dan orang Melayu tetap lebih penting daripada saya, atau anak saya.

4. Saya ulangi UMNO sedang mengidap sakit tua yang tetap akan membawa maut. Hanya jika UMNO diperbaharui oleh yang muda barulah UMNO dapat meneruskan perjuangan-perjuangan yang diamanah kepada UMNO oleh bangsa Melayu. Ahli UMNO mestilah ditambah melalui kemasukan generasi muda yang bersemangat kebangsaan. Demikian juga dengan kepimpinan UMNO di semua peringkat, terutama di peringkat pusat, di dalam MajlisTertinggi. Ahli-ahli badan ini mestilah terdiri sebahagiannya daripada yang muda.

5. Saya masih ingat mereka yang menjadi pengasas UMNO. Mereka muda-muda belaka. Purata usia mereka belum pun setengah abad. Ramai yang hanya dalam lingkungan tiga puluhan. Mereka memiliki kecergasan minda orang muda, bersemangat, memiliki cita-cita besar untuk bangsa mereka. Dan UMNO pun bertenaga, aktif kerana mudanya pemimpin dan ini memberi harapan kepada bangsa Melayu. Dan mereka pun berjaya, berjaya menewaskan Malayan Union British, memerdekakan negara dan bangsa, mengatasi segala cabaran setelah mengambilalih pemerintahan, mengisi kemerdekaan secara bermakna sehinggalah negara yang kerdil, bangsa yang terhina dahulu dikenali dunia sebagai bangsa yang berwibawa, yang mampu bersaing dan memajukan negara ini berpuluh kali lebih baik daripada penjajah. UMNO membangunkan Malaysia sehingga menjadi negara contoh yang dikagumi dunia. Berduyun-duyun orang asing datang untuk mempelajari darinya, mempelajari ilmu berkenaan pembangunan negara dan bermacam lagi.

6. Sumbangan pengasas UMNO yang muda ini terhadap bangsa, agama dan tanahair tidak dapat dinilai. Orang muda, pemimpin muda yang melakukan semua ini memang berjasa. Negara terhutang budi kepada mereka. Bangsa Melayu terhutang budi kepada mereka. Jasa mereka tetap akan dikenang selama-lamanya.

7. Tetapi mereka dan pengganti mereka sekarang sudah tua. Masa mereka sudah terlanjut. Sumbangan mereka semakin merosot. Ya, menjadi pemimpin memang sedap. Segala kemudahan dapat dinikmati. Ramai yang membongkok disekeliling pemimpin, yang mengulangi cerita tentang keupayaan dan keberkesanan mereka sebagai pemimpin. Dan mereka pun percaya cerita pembodek ini. Lagi pun sedap sungguh kerusi yang diduduki. Memuaskan sungguh kuasa yang dimiliki. Kenapakah pemimpin perlu undur, tarik diri.

8. Tetapi mereka harus sedar akan pentingnya mereka tidak melampaui masa mereka. Lambat laun orang akan berasa bosan, bahkan naik meluat akan pemimpin ynag sudah lapuk dan ketinggalan zaman tetapi masih tidak terima kebenaran.

9. Untuk ini mereka sanggup buat apa sahaja. Tanpa mengambilkira kesan terhadap budaya bangsa mereka sanggup hulur wang untuk mendapat sokongan, untuk mengekal diri sebagai ahli Majlis Tertinggi atau jawatan-jawatan lain. Percayalah jika ahli memilih perasuah sebagai pemimpin, mereka akan amalkan budaya penerima rasuah semasa menjadi pemimpin. Kuasa mereka akan disalahgunakan. Kita dan bangsa kita akan rugi lebih daripada apa yang kita terima dahulu. Negara akan hancur. Maruah bangsa akan luput.

10. Malangnya ramai yang begitu mudah tergoda dengan sogokan wang. Tak banyak. RM200/- pun boleh mengalih pemikiran sesetengah ahli UMNO. Mereka bukan menjual undi. Sebenarnya mereka menjual bangsa, menjual maruah diri mereka. Hentikanlah amalan ini baik oleh yang menghulur mahupun yang menerima.

11. Kata pepatah Inggeris “Money is the root of all evil” (Duit adalah punca segala kejahatan). Duit boleh beli segala-galanya, membeli bangsa, membeli maruah, membeli masa depan, membeli agama pun.
12. Percayalah apabila pemimpin yang kita pilih adalah perasuah, mereka tidak akan teragak-agak menjual bangsa pun. Ingatlah Negara kita dahulu lebih besar tetapi kerana duit ia sudah jadi kecil. Ia akan jadi lebih kecil lagi jika perasuah memimpin Negara ini.

13. Kita harus akui bahawa UMNO sekarang tidak lagi dipercayai oleh ramai orang Melayu. Sebab itu mereka menubuhkan ratusan badan bukan Kerajaan (NGO). Jika mereka mempunyai banyak pilihan, UMNO sudah kalah PRU

14. Tetapi janganlah ahli UMNO, pemimpin UMNO percaya walau apa pun yang dilakukan mereka, kerana tidak ada pilihan lain maka UMNO tetap akan menang. Kalau UMNO dipimpin perasuah, parti lawan akan ternampak lebih baik.

15. Justeru itu kembalilah kepada perjuangan UMNO. Ketepikan kepentingan diri. Berilah tempat kepada yang muda. Terimalah mereka ke dalam parti. Pilihlah mereka dan tolaklah yang sudah tua. Hanya dengan cara ini sahaja barulah perjuangan UMNO untuk bangsa, agama dan tanahair dapat diteruskan. Sesungguhnya perjuangan orang Melayu belum selesai. Janganlah anak cucu kita mengutuk kita kerana ketamakan kita memusnahkan masa depan mereka. Tun Mahathir.

Anwar Ibrahim Bawak Politik Politikus - Tun Mahathir


1. Anwar Ibrahim menuduh saya, sebagai penasihat Petronas telah terlibat dalam pemberian kontrak Petronas kepada anak saya.

2. Bagi Anwar inilah yang biasa dilakukan olehnya jika ia berkuasa. Semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan memang pun banyak kontrak diberi olehnya kepada penyokong politiknya dan keluarganya.

3. Kementerian telah pamerkan semasa mesyuarat agong UMNO senarai orang yang mendapat kontrak semasa ia berkuasa. Terdapat dalam senarai nama-nama penyokongnya dan keluarganya. Tidak ada satupun dari anak saya yang tersenarai.

4. Semasa saya menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak ada satu pun daripada anak saya yang mendapat tempat dalam Kerajaan atau dalam parti. Beberapa kali nama mereka di calon tapi saya tidak benar sehingga saya bersara. Juga tidak ada kontrak Kerajaan yang terdapat oleh mereka.
5. Jika mereka berjaya samada dalam perniagaan atau politik, ini adalah atas usaha mereka sendiri. Dan ini semua berlaku selepas saya letak jawatan Perdana Menteri.

6. Petronas tidak memberi peluang kepada anak saya sahaja apabila saya menjadi penasihatnya. Orang lain juga mendapat peluang jika mereka ada kemampuan.

7. Sebenarnya tidak ada kontrak yang diberi Petronas kepada anak saya sehinggalah perusahaannya maju kerana kerja-kerja yang diberi oleh pihak lain.

8. Walaupun saya digelar sebagai penasihat Petronas, saya tidak memberi apa-apa nasihat. Petronas diletak di bawah Perdana Menteri dan P.M.lah yang memberi arahan kepada Petronas. Semasa saya jadi Perdana Menteri pun saya tidak memberi apa-apa bantuan kepada anak-anak saya.

9. Berkenaan dengan kontrak yang baru yang diberi kepada anak saya, Presiden Petronas cuma memberitahu saya selepas kontrak diberi. Saya tidak sama sekali terlibat dengan keputusan yang dibuat. Saya sanggup bersumpah di dalam masjid dengan menjunjung Quran bahawa saya tidak ambil bahagian sama sekali dengan pemberian kontrak kepada anak saya.

10. Sebaliknya Anwar, apabila menubuh partinya melantik isterinya sebagai Presiden. Kemudian dia juga yang pilih isterinya sebagai calon di Permatang Pauh. Kemudian dia sendiri yang menyuruh isterinya lepas kawasan untuk ditandingi olehnya.

11. Tidak ada bukti adanya pertandingan untuk jawatan penasihat parti yang disandang olehnya. Dia juga yang memilih anaknya untuk menjadi calon dalam pilihanraya. Sekarang isterinya jadi presiden parti dan anaknya jadi naib presiden parti. Kawannya juga jadi timbalan.

12. Parti Keadilan adalah milik Anwar Ibrahim.

13. Jika ia jadi Perdana Menteri sudah tentu Kabinet akan diisi dengan keluarga dan kawannya sebagai Menteri. Mudahlah nak buat apa pun.

14. Anak saya Mirzan juga dijadikan sasaran fitnah Anwar. Benar dahulu dia menjadi pengarah San Miguel. Tetapi San Miguel Filipina bukan syarikat bir sahaja tetapi semakin banyak terlibat dalam industri makanan dan petroliam.

15. Setelah fitnah dilempar kepadanya, anak saya letak jawatan. Sekarang dia hanya menjadi pengarah dalam syarikat minyak Petron. Dahulu syarikat ini dikenali sebagai Exxon Mobil dan telah menjadi pembekal minyak ke pesawat terbang di KLIA.

16. Apabila Exxon Mobil diambil alih oleh San Miguel, ia diletak dibawah Petron. Anak saya dilantik sebagai pengarah Petron. Kontrak membekal minyak Exxon Mobil di KLIA diwarisi oleh Petron.

17. Jika anak dan isteri Anwar boleh menjadi politikus, apakah anak saya tak boleh berniaga sendiri tanpa difitnah oleh Anwar? Dah tak ada modal politik dah ke?

18. Kenapa begitu takut bersumpah jika jenayah liwat tidak dilakukan. Berani kerana benar, takut kerana salah – demikian pepatah Melayu.

Misteri 18 Helai Surat Kekecewaan Azizah Terhadap Anwar Kepada Tun Mahathir...!!!



Misteri sama ada benar atau tidak Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pernah menulis surat setebal 18 muka surat kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menceritakan tabiat sebenar suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya terjawab.

Ini berikutan buat pertama kalinya selepas 15 tahun menyimpan rahsia, Dr. Mahathir dalam temu bual eksklusif bersama Utusan Malaysia akhirnya mengakui memang benar Wan Azizah menghantar surat tersebut semasa Anwar masih bergelar Timbalan Perdana Menteri.

Katanya, surat Wan Azizah itu terlalu peribadi dan beliau tidak berhasrat mendedahkan kandungannya kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak selain menyifatkannya tidak lagi penting kerana sudah terlalu banyak tabiat Anwar didedahkan pengamal media alternatif.

"Saya setakat boleh kata memang ada terima sahajalah. Surat yang diberi kepada saya secara sulit, jadi saya tidak boleh dedahkan kepada orang tetapi kita boleh lihat, tanpa surat itu pun bersih atau tidak bersih individu berkenaan. Jadi apa perlunya kita rujuk kepada surat yang sulit.

"Dia (Wan Azizah) memang cuba nak pertahankan (Anwar) juga. Isteri ada kesetiaan kepada suami. Hendak buruk-burukkan itu tidaklah tetapi kecewa itu adalah. Lebih utama apa yang kita lihat (sekarang) bukan soal apa yang Wan Azizah kata," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata demikian ketika diminta mengesahkan sama ada benar atau tidak Wan Azizah pernah menyerahkan surat rahsia setebal 18 muka surat menceritakan mengenai kisah sebenar suaminya dengan harapan bekas Perdana Menteri itu boleh membantu.

Ditanya mengapa begitu lama menyimpan rahsia tersebut meskipun pelbagai tuduhan keji dilemparkan ekoran tindakannya memecat Anwar, Dr. Mahathir berkata, beliau bukan jenis manusia yang suka memburuk-burukkan pihak tertentu tanpa sebarang asas kukuh.

"Cuma dalam konteks ini, takut orang seperti itu berkuasa saya terpaksa dedahkan tetapi yang lain semua (kandungan surat) yang tidak memberi manfaat, tidak perlu saya dedahkan," katanya. Utusan

Ancaman Bunuh Tun Mahathir...!!


Bekas ahli Pas seumur hidup, Zainon Ismail atau C.N. Afghani hari ini menjelaskan, tujuan rancangan untuk membunuh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah bagi mempercepatkan proses pemerintahan Pas di negara ini.

Ujarnya, beliau bersama rakan-rakannya yang begitu terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi berpendapat, Pas tidak akan dapat memerintah selagi parti itu bergantung dengan sistem pilihan raya sedia ada.

Mahu tidak mahu, katanya, beliau dan rakan-rakan perlu berbuat sesuatu supaya Islam dan hukum hudud boleh dilaksanakan segera di Malaysia.

"Sistem pilihan raya yang ada dalam negara ini sukar untuk Pas menang, jadi disebabkan itu, lambatlah parti ini hendak memerintah dan lambatlah juga Islam hendak memerintah.

"Jadi untuk cepatkan (Pas) perintah, saya dan rakan-rakan merancang untuk merampas kuasa secara kekerasan dan antaranya, jalan paling mudah, kita culik atau bunuh Perdana Menteri ketika itu (Dr. Mahathir)," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika sesi temu ramah bersama media dengan ulama-ulama pondok Kedah dan Kelantan.

Pada 25 Mac lalu, Zainon membuat pendedahan di Pasir Puteh bahawa rancangan untuk melakukan pembunuhan tersebut timbul kerana terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi yang menyatakan UMNO kafir.

Ekoran itu, Zainon berhasrat untuk bertemu dan memohon maaf kepada Dr. Mahathir.

Dalam pada itu, Zainon yang juga penulis buku Kafirkah Aku? berkata, komplot itu adalah ideanya dengan rakan-rakan lain tanpa penglibatan pemimpin Pas.

"Maknanya kita yang sendiri (rancang), hasil daripada Amanat Haji Hadi. Hasil daripada kita hendak melihat hukum hudud terlaksana.

"Sebab itu, apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turunkan tandatangan tidak mahu laksanakan hukum hudud, kami terlalu kecewa," katanya.

Kata Zainon, sejak Pas mendapat rakan baharu iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP serta ramai pemimpinnya menjadi Yang Berhormat serta hidup mewah, mereka lupa kepada perjuangan asal parti.

"Jika saya tahu yang mereka tidak mahu tubuhkan negara Islam, saya tidak akan berhenti kerja. Buat apa saya hendak berhenti menjadi guru?" katanya kesal. Utusan

Tun M Gesa Rakyat Johor Kuburkan Politik Kit Siang Di Gelang Patah


Kehadiran Tun Mahathir ke Johor baru-baru ini dilihat berjaya menyuntik semangat baru khususnya kepada jentera Barisan Nasional dan Umno bagi memastikan kubu kuat Umno itu terus kekal untuk dipertahankan dalam pilihanraya umum yang akan datang. Dengan kehadiran yang mencecah 20,000 ribu orang, pakatan pembangkang dilihat akan berdepan dengan laluan yang sengit dan sukar.

Malah di dalam ceramahnya di Pulai Johor itu, Tun Mahathir telah menggesa agar rakyat Johor menolak pakatan pembangkang sekaligus menamatkan kerjaya politik Lim Kit Siang yang telah mengambil keputusan untuk bertanding di kerusi Gelang Patah.

“Kit Siang mahu datang (bertanding) di sini. Saya minta rakyat negeri Johor, semua kaum bergabung tenaga untuk pastikan negeri Johor menjadi ‘kubur’ kepadanya. Kita perlu memastikan dia (Lim) kalah di Johor. Johor akan terus menjadi simpanan tetap BN,” katanya pada majlis Bicara Minda baru-baru ini.

Menurut Tun Mahathir lagi, Kit Siang telah berada terlalu lama berada dalam politik bermula dari 1964 ketika menjadi setiausaha politik kepada pengasas DAP, Devan Nair yang juga bekas presiden Singapura.

“Kita telah bertukar enam perdana menteri sejak kemerdekaan 1957, tetapi dia tidak berubah-ubah. Bagilah peluang pada anak dia atau cucu dia,” katanya.

Kenyataan Tun Mahathir itu telah menyebabkan Kit Siang tidak senang duduk dan panas punggung sehingga menyebabkan dia terpaksa mengeluarkan kenyataan mencabar Tun bertanding semula sebagai reaksi terhadap ucapan tersebut.

“Saya menjemput Dr Mahathir untuk bertanding di Gelang Patah dan biarkan pengundi menentukan hayat politik siapa akan berakhir, sama ada kuburkan saya atau beliau. Saya bersedia menyerahkan nasib kepada penduduk Gelang Patah yang memiliki 53 peratus pengundi Cina, 33 peratus Melayu, dan 12 peratus pengundi India,” katanya.

Menurut sumber, keputusan Kit Siang untuk berpindah ke kerusi Parlimen Gelang Patah telah menimbulkan lagi beberapa perpecahan di kalangan pimpinan pakatan di Johor. Ini kerana umum mengetahui kerusi tersebut menjadi rebutan di antara DAP dan PKR. Malah Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng sebelum ini dilihat berkeras mahu agar kerusi itu diberikan kepadanya dalam PRU13 kelak.

Malah kegagalan PKR yang diketuai oleh Anwar Ibrahim selaku pimpinan ‘Anugerah Tuhan’ menyokong permintaannya Jui Meng itu, telah menyebabkan bekas naib presiden MCA itu merajuk dan menghilang diri sebagai tanda protes.

Selain Jui Meng, Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau turut dikatakan tidak senang dengan keputusan Kit Siang untuk bertanding di Johor. Ini kerana selain Kit Siang, Penasihat DAP itu turut membawa masuk beberapa pimpinan lain untuk turut sama bertanding di Johor.

Ia sekaligus menyebabkan beberapa pimpinan DAP negeri yang selama ini berhempas pulas terpaksa diketepikan bagi memberi laluan kepada ‘pakej’ Kit Siang dalam misinya untuk menawan Johor. Walaupun dari satu segi mereka melihat kehadiran Kit Siang ke Johor mampu memberi momentum baru terhadap gerakan pembangkang, namun dari satu segi lain telah menyebabkan pimpinan Dr Boo diketepikan.

Sekiranya sebelum ini, perpecahan hanya berlaku antara Cheng Hau dan Jui Meng, namun kehadiran Kit Siang yang pada mulanya untuk menjadi orang tengah, semakin memburukkan keadaan. Kini telah wujud satu lagi kumpulan yang hanya menyokong Kit Siang dan menolak peranan yang dimainkan oleh Cheng Hau dan Jui Meng.

Dan seperti biasa, kelompok Pas hanya mampu berperanan sebagai pemerhati dari jauh tanpa menyatakan pendirian memihak kepada mana-mana kumpulan. Ini kerana sebagai parti pembangkang yang mempunyai jentera paling kuat, sokongan Pas secara dilihat akan memberi kelebihan kepada kumpulan ‘ultra kiasu’ tersebut.

Kesimpulannya keputusan Kit Siang melompat dari satu parlimen ke parlimen yang lain boleh diibarat sebagai percubaan berani mati. Oleh yang demikian eloklah pengundi Johor khususnya di Gelang Patah tamatkan saja kerjaya politiknya itu.

10 Sen Nilai Anwar - Tun Mahathir


Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah masa terbaik untuk rakyat negara ini menamatkan karier politik tiga pemimpin veteran pembangkang.

Mereka yang dimaksudkan ialah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Gesaan itu dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa berucap pada program Bicara Perdana Bersama Pemimpin Ulung di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permas, di sini malam tadi.

"Anwar sejak awal lagi tidak pernah memperjuangkan agama dan bangsa, baru tiga hari masuk UMNO minta jawatan Ketua Pemuda, lepas itu mahu Naib Presiden kemudian Timbalan Presiden sampai saya Presiden sendiri pun nak lawan. Sampai sekarang gila-gila nak jadi Perdana Menteri.

"Kit Siang pula sibuk mahu orang 'change', Barisan Nasional dah berapa kali 'change' dah... dia di situ juga. Patut dia kena buat dulu. Jadi orang Johor perlu ganyang Kit Siang, biar PRU-13 jadi hari terakhir politik dia.

"Nik Aziz pula bagaimana boleh gelar diri ulama jika mengatakan Tuhan mencarut, Nabi Muhammad sama seperti orang kampung biasa dan tidak perlu sambut Maulud. Tapi hari beranak dia, Karpal beri kek dan sambut pula," katanya.

Sehubungan itu, Mahathir menyeru rakyat menolak pakatan pembangkang yang jelas hanya 'bersatu di permukaan' walaupun hakikatnya mahu menipu sesama sendiri.

Menurutnya, tidak seperti BN yang ikhlas berkongsi kuasa dan kekayaan negara sejak merdeka lagi, tanpa berpura-pura dan tidak berlawan sesama sendiri malah calon yang bertanding mendapat undi semua parti komponen bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya untuk bina kerajaan.

"Bila mereka (pembangkang) menang... Kalau mereka menanglah... Mereka akan kelahi sesama mereka. Kalau mereka kalah... Dan tahu akan kalah... mereka mahu cetus tunjuk perasaan dan demonstrasi sepanjang masa.

"Dia (Anwar) memang 'expert' kalau tunjuk perasaan, dulu dalang demonstrasi pada tahun 1974 kononnya ada rakyat mati kebuluran di Baling, kemudian selepas dipecat 1999, lepas itu Bersih. Saya bukan jenis bertaruh, tetapi saya bertaruh 10 sen yang dia akan tunjuk perasaan," katanya.

Lebih 14,000 orang menghadiri mendengar ceramah tersebut. Turut hadir isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed; Ahli Parlimen Kota Tinggi, Tan Sri Syed Hamid Albar dan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff. - UTUSAN ONLINE

RCI Perlu Ditubuhkan - Tun Mahathir


Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyisat insiden pencerobohan Lahad Datu akan menunjukkan sikap keterbukaan kerajaan.

Kata Mahathir, penubuhan RCI akan menjawab persoalan orang ramai termasuk dirinya yang ingin mengetahui dalang pencerobohan tersebut dan sumber kewangan yang diperoleh dari kumpulan tersebut.

"Kerajaan sekarang sangat terbuka, jika rakyat ingin tahu, maka kita boleh tubuhkan suruhanjaya itu," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada Tabung Kebajikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini.

Sumbangan bernilai RM 80 000 itu diserahkan kepada Timbalan Ketua Polis Negara yang mewakili PDRM.

Tambah Mahathir, masyarakat kini mempersoal sumber kewangan Jamalul Kiram III untuk membiayai kumpulan pencerobohan yang mendakwa pengikut kepada Kesultanan Sulu.

"Saya tidak rasa dia (Jamalul Kiram) orang kaya, kerajaan Filipina turut mengesahkan yang mereka dari kumpulan yang miskin."

"Operasi yang dilakukan itu memerlukan sumber kewangan yang besar, jadi bagaimana mereka memperolehinya, semua orang ingin tahu," katanya.

Beliau sementara itu menegaskan bahawa Sabah telah diiktiraf diperingkat antarabangsa sebagai sebahagian daripada Malaysia.

"Sabah tetap milik Malaysia, ada rakyat Sabah berketurunan Sulu dan ramai juga pemimpin negara serta masyarakat yang berketurunan Sulu, tetapi mereka setia," katanya.

Media antarabangsa Reuters pada tarikh 14 Febuari 2013 melaporkan seorang anggota tentera Filipina memberitahu kedatangan kumpulan lelaki pengikut Kesultanan Sulu ke Sabah adalah atas jemputan ahli politik pembangkang Malaysia bagi membincangkan isu tanah.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibraham dalam pada itu menafikan pembabitan beliau dalam kejadian insiden tersebut. KLPOS

Hak Melayu dan Islam Tergadai - Tun Mahathir


MANIFESTO PR OMONGAN KOSONG...


Manifesto yang dilancarkan oleh Pakatan Rakyat pada 25 Februari lalu banyak membayangkan kecamukan pemikiran pemimpin pembangkang yang merumus dokumen tersebut.

Sekurang-kurangnya yang ketara ialah ketidak seimbangan kehendak politik setiap parti yang menganggotai Pakatan Rakyat dari segi dasar dan program.

Paling jelas ialah ketiadaan langsung sebutan mengenai pelaksanaan hukum hudud dan penubuhan Negara Islam yang menjadi teras kepada perjuangan Pas.

PKR dan Dap nampaknya sudah menyepaki bahawa manifesto Pakatan Rakyat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 tidak harus mengandungi apa-apa elemen yang boleh membawa maksud ia menyetujui penubuhan sebuah negara Islam atau versi modifikasinya yang dipanggil Negara Kebajikan.

Ini sebenarnya adalah tamparan paling hebat kepada parti Islam itu tetapi pelik sekali sedikit pun pemimpin Pas seperti Abdul Hadi Awang, Nik Aziz Nik Mat mahupun Majlis Syura Ulama Pas bersuara untuk menyatakan pendirian mereka mengenai perkara asas ini.

Adalah Pas sudah hilang taringna setelah teruk dibelasah dalamm isu kalimah ALLAH ataupun pimpinan Pas sudah berjaya dilunakkan oleh unsur-unsur liberalisme dan pluralisme PKR dan Dap?

Manifesto adalah dokumen terpenting sesebuah parti politik asas ketika ia menjejak kaki ke dalam gelanggang pilihan raya.

Ia memberi penjelasan secara mendalam mengenia program dan dasar yang bakal dilaksanakan sekiranya sebuah parti itu berjaya menubuhkan kerajaan.

Tujuan Pakatan Rakyat mengumumkan manifestonya jauh lebih awal daripada Barisan Nasional ialah untuk mengenengahkan cadangan-cadangannya jika ia berjaya menawan Putrajaya.

Namun sebaliknya langkah mendedahkan manifesto lebih dahulu daripada parti-parti lawan bukanlah satu strategi yang bijak.

Ia memberi peluang kepada BN umpamanya untuk menganalisa secara mendalam dan kemudiannya mengkritik isi kandungan dokumen itu secara terperinci.

Beberapa lompongan besar dikenalpasti dalam manifesto Pakatan Rakyat yang menjurus kepada kesimpulan bahawa PKR-Dap dan PKR sebenarnya tidak mengkaji dengan mendalam sebelum mereka merangka dokumen tersebut.

Mungkin ini berlaku kerana pembangkang sudah sedar bahawa banyak daripada janji mereka yang dimuatkan dalam manifesto umpamanya di Selangor gagal ditunai seperti janji air percuma serta beberapa tabung kebajikan untuk rakyat.

Memandangkan faktor ini manifesto Pakatan Rakyat bagi PRU13 amat sempoi dan dilihat seperti melepaskan batuk ditangga sahaja.

Manifesto itu semacam tidak serius untuk menangani pelbagai isu dan permasalah yang sebuah negara membangun yang dinamik dan maju seperti Malaysia.

Dalam erti kata lain manifesto Pakatan Rakyat seolah-olah telah disiapkan dalam keadaan tergesa-gesa dan tanpa perancangan rapi.

Terdapat beberapa perkara asas yang telah tercicir daripada manifesto tersebut dan kesemuanya adalah isu-isu penting yang pernah diperjuangkan dengan penuh semangat oleh Pakatan Rakyat pada awal pasca PRU 2008.

Salah satu dasar yang sering dikritik oleh Pakatan Rakyat dan tidak disebut dalam manifestonya ialah cadangan kerajaan BN untuk melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang didakwa pembangkang akan membebankan rakyat terutamanya golongan yang berpendapatan rendah.

Rasional kerajaan untuk melaksanakan GST ialah keperluan untuk melebarkan jaringan kutipan cukai di luar kerangka pembayar cukai yang kini berjumlah lebih daripada 1.7 juta.

Sejak kerajaan membuat keputusan untuk melakasanakan dasar gaji minima yang berkuatkuasa 1 Januari 2013, suara pembangkang menentang GST sudah tidak lagi kedengaran membuktikan mereka sedar bahawa BN telha mengemukakan satu cadangan dasar percukaian yang menguntungkan ekonomi negara dan juga rakyat.

Begitu juga program-program kebajikan bagi kaum India yang terpinggir daripada arus ekonomi perdana tidak juga mendapat perhatian pimpinan Pakatan Rakyat ketika mendraf manifesto mereka.

Kemunduran kaum India dari segi pendidikan dan ekonomi telah diutarakan oleh pemimpin Hindraf seperti P. Waythamoorty dan kumpulan itu telah mendesak pemimpin Pakatan Rakyat untuk turut mengutamakan kepentingan kaum itu dalam dasar-dasar mereka.

Tanpa dasar serta program sosio-ekonomi yang jelas, nampaknya nasib kaum India di bawah Pakatan Rakyat akan bertambah teruk dan kebajikan mereka tidak akan dihiraukan.

Semua janji sejak 2008 untuk menyelesaikan masahah yang berkaitan sekolah-sekolah Tamil di Selangor dan Pulau Pinang tidak berjaya diselesaikan oleh pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri berkenaan.

Isu tanah Kampung Buah Pala dan Taman Manggis sudah cukup sebagai contoh kegagalan Pakatan Rakyat untuk mengotakan janji dalam manifesto mereka.

Antara agenda Pakatan Rakyat semasa berjaya merampas lima buah negeri pada PRU 2008 ialah untuk mengadakan pilihan raya bagi memilih ahli-ahli majlis tempatan.

Di Perak umpamanya, percubaan telah dibuat dalam pemilihan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) tetapi digagal diperluaskan kerana tidak mendapat sokongan rakyat.

Malah negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain tidak pula mengikut jejak langkah Perak semasa negeri itu masih di bawah pentadbiran mereka lantas membuktikan cadangan tersebut hanya bermotifkan politik dan bukan untuk menjaga hak rakyat.

Xenophon Nyawa Terakhir Pakatan...!!!


"Tindakan Nick Xenophon mencampuri urusan Malaysia sama ada beliau bodoh atau begitu sinikal mahu mempromosikan diri menjelang pemilihan semula.

"Malaysia 'dalam sudut apa sekalipun ialah antara negara paling demokratik dan bebas di Asia Tenggara'," itu diantara tulisan Greg Sheridan dalam The Australian.

Sesuatu yang perlu diberi penekanan adalah portal berita Australia ini cukup bebas melaporkan dan mengkritik kerajaan pimpinan Julia Gillard dan mana-mana kerajaan didunia. Paling nyata, portal berita ini tidak dimiliki oleh kerajaan Malaysia mahupun UMNO.

Walaupun ramai yang menganggap Senator Xenophon sebagai pejuang tulen demokrasi, namun segelintir pihak turut menganggap beliau sebagai orang luar yang gemar mencampuri urusan hal ehwal sebuah negara yang berdaulat.

Jika diimbas kembali, Xenophon secara langsung pernah terlibat dan terbabit dalam perhimpunan Bersih 3.0 tahun lalu di negara ini.

Tindakan beliau dianggap sebagai tidak bijak malah tidak keterlaluan disifatkan sebagai tidak tahu menghormati undang-undang Malaysia, Akta Perhimpunan Aman 2012, Seksyen 4(2)(a) yang secara khusus menyebut "seseorang yang melakukan kesalahan jika bukan warganegara, didapati menganjurkan atau mengambil bahagian dalam perhimpunan dan didapati bersalah akan dikenakan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit."

Senator dari Australia ini jelas mencabuli Artikel 41, Perenggan 1, Konvensyen Geneva mengenai Hubungan Diplomatik, 1961; secara jelas menyebut "Adalah menjadi kewajipan bagi mereka yang menikmati keistimewaan dan kekebalan untuk menghormati undang-undang dan peraturan-peraturan negara yang menjadi persinggahan dan mempunyai kewajipan untuk tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman sesuatu negara."

alt

Dalam hal ini, senator Nick Xenophon disifatkan sebagai berkhayal dengan dakwaan bahawa kerajaan Malaysia adalah sebuah rejim zalim yang melakukan penindasan hak kebebasan terhadap rakyatnya, seperti yang diwar-warkan oleh rakan baiknya yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Disember tahun lalu turut menyaksikan bagaimana Xenophon telah diaibkan dalam Senat apabila Menteri Luar Australia Bob Carr menolak usul beliau untuk menghantar pemerhati pilihan raya ke Malaysia.

Bob Carr dengan tegas berkata adalah tidak sesuai bagi Australia untuk campur tangan dalam pilihan raya di Malaysia sebagaimana Australia juga tidak mahu diberi tunjuk ajar bagaimana untuk menjalankan pilihan raya di negara itu.

Greg Sheridan turut berkongsi pandangan Carr dalam portal The Australian "Xenophon mahu kerajaan Australia untuk menghantar para pemerhati bagi pilihan raya umum Malaysia yang bakal berlangsung. Idea ini adalah bodoh dan tidak praktikal."

Kolumnis The Australian ini juga mempertikaikan Xenophon yang menganggap dirinya sebagai pejuang demokrasi tidak bergegas ke Vietnam untuk mengetuai protes di luar penjara di mana penganut Buddha dan Katolik dipenjarakan serta mempersoalkan sistem pilihanraya disana bagaimana Hun Sen masih kekal berkuasa.

Namun begitu tindakan yang tidak patut dilupakan rakyat negara ini bagaimana senator dari Austrlia ini menggunakan media bagi menggerakkan kempen memfitnah minyak kelapa sawit sebagai mengandungi kandungan lemak tepu tinggi malah mengakibatkan pembasmian hutan di Malaysia.

Beliau juga bertanggungjawab menjadi nadi penggerak utama rang undang undang di Parlimen bagi mengharamkan penggunaan minyak kelapa sawit di Australia.

Malaysia mempunyai hak untuk menafikan kemasukan Xenophon ke negara ini. Alasan dan tindakan yang diambil oleh Ketua Pengarah Jabatan Imigresen adalah berdasarkan kepada dakwaan beliau telah melanggar undang-undang negara mempunyai merit yang kuat setelah pembabitan beliau sewaktu perhimpunan Bersih 3.0.

Nick Xenophon perlu menghormati undang-undang negara ini jika beliau mahu dihormati oleh kerajaan dan rakyat Malaysia. Negara tidak memerlukan persona non grata, atau dalam erti kata lain anda tidak dialu-alukan untuk berada di sini. KLPOS

SIAPA TIPU SIAPA - Tun Mahathir


1. Nik Aziz dilapor telah menjelaskan kenapa PAS tidak boleh bersama UMNO dalam usaha untuk menyatupadu orang Melayu. Katanya PAS telah ditipu oleh UMNO semasa PAS berada dalam Barisan Nasional. Bagaimana UMNO menipu PAS tidak dijelaskan dengan terang.

2. Saya berada sebagai menteri dalam kabinet Tun Hussein di waktu mana PAS keluar dari Barisan Nasional. Saya juga ada dalam kabinet Tun Razak bersama Dato Asri Muda dan Hassan Adli semasa PAS menyertai Barisan Nasional.

3. Dato Asri diberi jawatan Menteri Tanah dan Galian. Ini bermakna dia bertanggung jawab terhadap FELDA.

4. Setelah beberapa bulan PAS berada dalam Barisan Nasional ahli-ahli UMNO Johor membuat komplen kepada Tun Razak dalam majlis makan malam dikediaman Tun sempena mesyuarat agong UMNO bahawa Dato Asri giat mempromosikan PAS di kalangan peserta FELDA. Saya berada di sisi Tun pada ketika itu.
5. Secara kebetulan hampir semua peserta FELDA terdiri daripada penyokong kuat UMNO. Selepas Dato Asri bertanggungjawab keatas FELDA, hampir semua peserta FELDA menjadi penyokong kuat PAS dan menolak UMNO.

6. Ahli-ahli UMNO di seluruh negara berpendapat bahawa penyertaan PAS dalam Barisan Nasional tidak menolong Barisan Nasional. Ia hanya untuk memberi peluang kepada PAS mengembangkan pengaruh di kalangan ahli UMNO dan orang Melayu.

7. Di waktu itu timbul sengketa antara Dato Asri sebagai ketua PAS dengan Dato Mohd Nasir yang sebagai Menteri Besar untuk ganti Dato Asri. Dato Mohd Nasir mendakwa dia telah kesan banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Dato Asri semasa dia menjadi Menteri Besar Kelantan.

8. Dato Asri cuba menyingkir Dato Mohd Nasir melalui undi tidak percaya. Walaupun kalah Dato Mohd Nasir enggan meletak jawatan.

9. Ramai ahli PAS memihak kepada Dato Mohd Nasir. Mereka mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran menentang Dato Asri.

10. Kerana PAS berpecah Kerajaan Barisan Nasional Kelantan tidak dapat berfungsi. Darurat terpaksa diisytihar dan seorang pegawai kanan dilantik untuk memangku jawatan Ketua Pentadbir Kelantan.

11. Pada Mac 1978, pilihanraya peringkat negeri diadakan di Kelantan. Dato Mohd Nasir menubuh parti Berjasa yang bertanding melawan PAS. Sokongan kepada Berjasa begitu kuat sehingga ia memenangi 11 kerusi. PAS memenangi hanya 2 kerusi.

12. Perpecahan dalam PAS bukan kerana UMNO tetapi kerana Dato Mohd Nasir mencabar kepimpinan Dato Asri. Kekalahan PAS menyebabkan PAS keluar dari Barisan Nasional. Tidak ada penipuan oleh UMNO.

13. Walau apapun yang terjadi dahulu, jika seruan dibuat supaya berdamai orang Islam disuruh oleh agama Islam supaya menyambut seruan kedamaian dari musuh. Orang Islam disuruh bersatupadu, menganggap semua orang Islam sebagai saudara. Penolakan perpaduan sesama orang Islam tidak menepati ajaran Islam. Janganlah orang Islam menolak usaha menyatupadu untuk memperkuatkan orang Islam dengan membuat tuduhan yang tidak berasas.

Arab Spring' Sekadar Alat Merealisasikan Hasrat Ketua Pembangkang - Tun Mahathir.


Perancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimport demonstrasi jalanan ala 'Arab Spring' mampu menghancurkan keamanan serta kestabilan negara.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, 'Arab Spring' sekadar alat merealisasikan hasrat Ketua Pembangkang berkenaan menjadi Perdana Menteri.

Menurut beliau, Anwar tidak akan sesekali mempedulikan soal kestabilan atau kemerosotan ekonomi dalam memastikan hasrat tersebut tercapai.

"Ketika di Australia baru-baru ini, Anwar dilaporkan mahu menggerakkan 'Arab Spring' di Malaysia. Dia akan membawa gaya demonstrasi Dataran Tahrir, Kaherah ke Kuala Lumpur dengan melibatkan ratusan ribu rakyat untuk menjatuhkan kerajaan jika gagal dalam pilihan raya.


"Anwar tahu kerosakan yang akan dibawanya terhadap ekonomi negara dengan demonstrasi besar-besaran itu. Rakyat mungkin dipujuk mengundi partinya untuk mengelak derita ekonomi yang disebabkan demonstrasi tersebut. Ini sudah tentu menyedihkan bagi Malaysia jika bentuk 'ugutan' itu digunakan bagi memenangi pilihan raya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam entri terbaharu di blognya, http://chedet.cc hari ini.

Dr. Mahathir berkata, perancangan membawa 'Arab Spring' ke negara ini perlu diambil perhatian serius kerana beliau selama ini menonjolkan dirinya sebagai pakar dalam mencetuskan pergolakan.

"Saya bukan gelisah tetapi saya tahu keupayaan Anwar untuk mengganggu. Ketika saya menjadi Menteri Pelajaran pada 1974, dia menganjurkan demonstrasi pelajar.

"Ketika dia bersama kerajaan, tidak ada berlaku demonstrasi serius selama 16 tahun. Tetapi selepas disingkirkan daripada kerajaan, setiap minggu ada demonstrasi. Perniagaan di Kuala Lumpur terjejas kerana orang ramai mengelak memasuki ibu negara," ujarnya.

Menurut Dr. Mahathir, jika Anwar menganjurkan demonstrasi besar-besaran setiap hari di ibu negara, perkara itu bukan hanya memberi kesan kepada perniagaan tetapi sektor pelaburan dan pelancongan.

Katanya, sistem dan pelaksanaan pilihan raya di negara ini diakui bersih dan perkara itu dibuktikan dengan fakta pembangkang juga memenangi banyak kerusi di Parlimen selain menawan beberapa negeri khususnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.

"Dalam beberapa contoh, Barisan Nasional (BN) gagal mendapat majoriti dua pertiga. Sudah tentu kalau nak kata BN menipu, ia boleh dengan mudah menukar keputusan itu. Tetapi tidak ada bukti jelas mengatakan BN melakukan perkara tersebut," tambahnya.

"Dakwaan mengatakan pilihan raya tidak bersih dan penganjuran perhimpunan haram Bersih adalah satu persediaan jelas untuk menuduh kerajaan BN mengamalkan pilihan raya kotor jika pembangkang tewas," tambahnya-UTUSAN

Strategi Lagakan Tun M-Najib, Bukti PR Ketakutan


Walaupun puak pembangkang berterusan menghentam mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad (Tun M) namun, mereka tidak dapat menafikan yang ‘aura’ beliau begitu kuat dan masih menghantui mereka, dan juga musuh-musuhnya.

Biarpun beliau sudah bersara dan hanya menjadi pemerhati kepada perjalanan politik negara sambil sekali sekala memberi pandangan dan pendapat, namun pandangan beliau tetap dianggap sebagai pemantauan dan pendapat beliau dituduh sebagai arahan.

Tun Mahathir adalah seorang yang berterus-terang dan rasanya tiada seorang pun yang mengenalinya secara langsung atau sekadar melalui media, yang dapat menafikannya. Apabila beliau merasakan masa sudah tiba bagi Tun Abdullah berundur, beliau menyatakannya tanpa selindung-selindung. Ini kerana beliau yang kita kenali, tidak terikat kepada budaya Melayu iaitu ‘pukul anak sindir menantu’ kerana beliau percaya kepada pentingnya berkata benar biarpun pahit.

Menyedari ‘aura’ Tun M mampu mempengaruhi perjalanan politik Malaysia, maka pembangkang cuba menukar ‘aura’ itu agar memberi keuntungan kepada mereka. Oleh itu, dalam pada mereka meneruskan kutukan dan cacian terhadap Tun M, mereka cuba membayangkan yang Tun M turut bersetuju dengan mereka berkenaan ‘kelemahan’ kerajaan BN dan Perdana Menteri. Harapan mereka agar aura Tun M akan dapat mempengaruhi rakyat untuk turut melihat kelemahan kerajaan BN.

Maka, dari situlah timbulnya kisah kononnya Tun M bersekongkol dengan Tan Sri Muhyiddin untuk menjatuhkan Dato’ Seri Najib yang digebangkan di Malaysia Chronicle.

Dan semalam, timbul pula kisah kononnya Tun M ‘menyuruh’ Dato’ Seri Najib meletak jawatan jika BN gagal menang besar dalam PRU kali ini. Penjelasan Tun M bahawa perletakan jawatan apabila gagal mencapai sasaran merupakan amalan biasa sejak dari zaman Tunku Abdul Rahman iaitu bergantung kepada kehendak ahli, telah ‘diperkecilkan’ di dalam laporan media pembangkang. Dalam kenyataan yang sama juga, Tun M ada mengakui bahawa Dato’ Seri Najib mewarisi BN dalam keadaan lemah, tetapi pihak pembangkang telah membayangkan seolah-olah beliau berkata yang kerajaan Najib lemah.

Bayangan-bayangan dan kisah-kisah seperti ini dimainkan dengan giat di portal-portal pembangkang terutama yang berbahasa Inggeris di mana sasaran pembacanya ialah mereka-mereka yang lebih rasional. Ianya kelihatan semakin rancak apabila PRU semakin dekat.

Apa yang sebenarnya berlaku ialah Tun M memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan pimpinan Dato’ Seri Najib. Beliau juga telah menyatakan bahawa beliau akan turun membantu secara sukarela sekiranya didapati ada keperluan untuk berbuat demikian.

Dan seperti yang kita tahu, jika Tun M merasakan yang Dato’ Seri Najib tidak layak maka beliau pasti tidak akan teragak-agak untuk menyatakannya secara terus-terang dan tidak akan sekali-kali berselindung di sebalik bahasa-bahasa manis sekadar untuk menyedapkan hati sesiapa kerana itulah sifat beliau, dan rakyat semua sudah memakluminya.

Dan inilah yang amat ditakuti oleh PR iaitu Tun M memberi sepenuh sokongan kepada Dato’ Seri Najib dan BN. Sedangkan, apa yang dapat dilihat kini ialah aura Dato’ Seri Najib seorang sahaja sudah cukup untuk menenggelamkan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Hadi Awang. Sekiranya Tun M pula menambah lagi sinaran aura di belakang Dato’ Seri Najib, apalah daya pembangkang untuk melawan BN nanti.

Justeru, percubaan melaga-lagakan kedua-dua tokoh ini terus dilakukan walaupun setakat ini kelihatannya langsung tidak berjaya. Ini bukan sahaja kerana rakyat sudah mengenali sikap Tun M yang akan berterus terang tetapi lebih-lebih lagi ialah kerana rakyat juga sudah mula mengenali dan menyayangi Dato’ Seri Najib.

Oleh itu, pembangkang tidak perlulah bersusah payah menjatuhkan maruah sendiri dengan cuba meraih sokongan melalui aura Tun M. Nampak sangat, para pemimpin pembangkang tidak punya ketokohan sendiri untuk menambat hati rakyat agar meyakini dan menyayangi mereka, sehinggakan terpaksa menumpang ketokohan musuh ketat mereka pula.

Tun M akui Anwar terlibat dalam 'projek IC' ..!!


KUALA LUMPUR : Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak menolak penglibatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu pemberian kad pengenalan dan kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah.

Bekas Perdana Menteri berkata, perbuatan Anwar itu di luar pengetahuannya kerana tidak pernah memberi arahan tersebut.

"Projek IC (kad pengenalan) itu boleh berlaku tanpa pengetahuan dan arahan daripada atasan.

"Anwar ketika itu memang mempunyai kuasa tetapi apa yang berlaku tidak semestinya atas arahan.

"Beliau (Anwar) selalu membuat perkara yang bertentangan dengan arahan. Dan, kadangkala perbuatannya lebih daripada arahan yang dikeluarkan," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis makan tengah hari anjuran Institut Kepimpinan Strategik Asia sempena ulang tahun ke-20 badan pemikir itu, di sini hari ini.

Dr. Mahathir sebelum ini dituduh memberikan kad pengenalan dan kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah sebagai ganti undi.

Ditanya adakah beliau mempunyai bukti tentang perkara tersebut katanya; "Kadangkala kita tahu apa yang berlaku cuma tidak ada bukti untuk ditunjukkan.''

Katanya, beliau bersedia untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai pendatang tanpa izin di Sabah jika dipanggil.

Sementara itu, beliau berkata, Malaysia tidak perlu lagi bergantung kepada pelaburan langsung asing (FDI) kerana perbelanjaan domestik negara cukup kukuh.

Dr. Mahathir berkata, meskipun begitu, negara amat bertuah kerana pelabur asing terus-menerus mengintai peluang untuk menjalankan perniagaan di sini.

Menurut beliau, yang menariknya, pelabur mengintai masuk ke Malaysia bukan sekadar membuat pelaburan berjuta-juta sebaliknya berbilion-bilion.

"Ini menunjukkan pelabur asing cukup berkeyakinan dengan ekonomi dan kestabilan negara ini," katanya.

Katanya, keupayaan negara mencatatkan kadar keluaran dalam negara kasar melebihi lima peratus sangat membanggakan berbanding pertumbuhan Amerika Syarikat iaitu tidak sampai satu peratus dan negara Eropah kini dalam kemelesetan ekonomi.

"Jika fakta itu tidak cukup meyakinkan, kita boleh melihat banyak kren di tengah-tengah bandar di seluruh negara, sebagai tanda projek pembinaan giat dijalankan," katanya.

"Hotel mahupun kondominium yang berada di tengah-tengah bandar pula terang-benderang, menunjukkan bilik mereka ditempah dan kediaman pula berpenghuni.

"Apabila kediaman berpenghuni, ini membawa maksud pembelian rumah bukan untuk tujuan spekulator dan saya yakin Malaysia tidak berhadapan dengan masalah ini.

"Saya berpendapat pakar ekonomi boleh menjadikan teori ini sebagai pertunjuk bahawa ekonomi Malaysia cukup kukuh dan berdaya saing," katanya sambil disambut tepukan daripada lebih 2,000 hadirin.

Beliau yakin pertumbuhan Malaysia akan terus konsisten dan berada pada tahap tertinggi sekiranya negara berjaya mencapai sasaran 70 juta orang penduduk.

"Kalau kita mempunyai pasaran domestik besar, saya yakin pertumbuhan negara akan lebih pantas," katanya. Utusan

PAS Sewajarnya Positif...!!!! - Tun Mahathir.


PAS sewajarnya memandang positif terhadap penyertaan bekas Timbalan Presiden Parti itu, Nasharudin Mat Isa yang menyertai delegasi ke Gaza sebagai model perpaduan serta membangkitkan semangat kerjasama di antara Hamas dan Fatah.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tindakan Nasharudin membuktikan sikap toleransi salah seorang Pemimpin Pembangkang yang mempunyai ruang jalinan persefahaman bersama Kerajaan Pusat dari sudut keamanan sejagat.

"Sebaliknya PAS tak suka lihat ada orang PAS bekerjasama dengan BN (Barisan Nasional) untuk jadi contoh dua pihak (Fatah dan Hamas)...kalau kita sendiri tak boleh berdamai macam mana kita nak suruh orang berdamai," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku 'Malaysia-Thailand Joint Authority (MTJA)-Strength In Collaboration' di sini, semalam.

Akan tetapi, Dr. Mahathir tidak menyekat malah tidak campurtangan terhadap sebarang tindakan PAS bagi menukar platform perjuangannya.

Nasharudin telah dilucutkan jawatan sebagai Anggota Majlis Syura Ulama' PAS Pusat kerana didapati melanggar peraturan berjamaah seperti ditetapkan.

Keputusan yang berkuatkuasa pada 13 Januari lepas menerusi mesyuarat Badan tersebut telah dipengerusikan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. klpos

Melayu Perlu Mempertahankan Ketuanan Tanah Rizab Melayu..!!! - Tun Mahathir



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad mengingatkan orang Melayu agar tidak alpa atau berdepan dengan risiko kehilangan kuasa di negara sendiri sekiranya semua hak yang dimiliki mereka akhirnya terlepas.

Menurutnya, tidak mustahil orang Melayu menerima nasib seperti kaum Red Indian yang sebenarnya penduduk asal Amerika Syarikat tetapi terlepas sedikit demi sedikit kuasanya kepada pendatang pada zaman dahulu.

Katanya, orang Melayu perlu mempertahankan ketuanan Tanah Rizab Melayu sebagai hak tetapi tidak mustahil ia boleh terlepas jika cuai dan terlupa.

"Jangan jadi seperti bangsa Red Indian di Amerika yang akhirnya hanya tinggal di tanah rizab puak itu dan jika tanah itu pun ditarik balik, maka secara perlahan-lahan kaum Red Indian pun hilang.

"Samalah dengan orang Melayu. Sekarang, masih ada lagi tanah Rizab Melayu tetapi jika sedikit demi sedikit (hilang) maka penempatan Melayu pun mengecil dan suatu hari nanti nasib kita malang seperti Red Indian," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada ucaptama konvensyen Transformasi Ekonomi dan Pelajaran Melayu Pulau Pinang anjuran Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) di sini semalam.

Konvensyen sehari di Dewan Utama Universiti Teknologi Mara cawangan Permatang Pauh itu dirasmikan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan dihadiri kira-kira 5,000 orang.

Dalam pada itu, pada sidang akhbarnya, Mahathir menyelar sesetengah pihak di negara ini yang tidak tahu bersyukur malah mempertikaikan hak serta kepentingan orang Melayu walaupun telah mendapat banyak yang dihajati.

Tegas beliau, orang Melayu sanggup mengurangkan banyak kepentingan dan hak mereka serta berkongsi kuasa dengan pihak-pihak lain atas semangat muafakat tetapi masih terus dipertikaikan sesetengah pihak. - kosmo

#HKR Meniru Negara Arab - Tun Mahathir


Perhimpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka Sabtu lepas cuba meniru apa yang berlaku di sesetengah negara Arab dengan niat menjatuhkan kerajaan sedia ada, kerana penganjur merasakan ia tidak boleh menang pilihan raya umum nanti, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Jadi mereka berharap dengan meniru, dapat menjatuhkan kerajaan, sedangkan kerajaan negara ini bukan seperti di negara Arab, bukan kerajaan kuku besi, ia adalah kerajaan yang dipilih rakyat.

"Apa yang mereka tiru itu bukan cara demokrasi... jika nak adakan perhimpunan atau demonstrasi perlulah ada alasan, tetapi bukanlah demonstrasi mengenai Shamsidar (Taharin).

Jadi seolah-olah bila ada sahaja kes mahkamah, kena adakan demonstrasi," katanya kepada pemberita di sini selepas menghadiri taklimat perkembangan pembangunan Cyberjaya oleh Kumpulan Emkay hari ini.

Shamsidar ialah isteri timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali yang akan menjadi saksi kes saman fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Senator Datuk S.Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Sdn Bhd.

Dr Mahathir berkata perhimpunan anjuran parti pembangkang itu mewujudkan keadaan serba salah kepada pihak berkuasa yang menjaga ketenteraman awam.

"Bila pihak berkuasa ambil tindakan akan dituduh bertindak kasar jika tidak mengambil sebarang tindakan juga tetap diperkatakan," katanya. sumber GR

Haron Din Tak Tahu Bahasa Inggeris - Tun Mahathir


Mantan Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din sebagai tidak memahami maksud pepatah bahasa Inggeris yang diungkapkannya baru-baru ini.Haron sebelum ini pernah menyuruh Mahathir bertaubat kerana bekas Presiden Umno itu mengungkap "Better the devil you know than the angle you don't".

"Mungkin kerana Haron tidak mahir dengan loghat pepatah Inggeris, maka ia fikir ini bermakna saya sanggup bersama syaitan. Makna sebenarnya pepatah ini ialah "lebih baik orang yang dikenali daripada orang yang tidak dikenali".

"Kalau Haron fikir saya bermaksud lebih baik saya bersama syaitan yang saya kenal daripada malaikat yang saya tidak kenal dan ini salah di sisi agama, maka dia bolehlah suruh saya bertaubat. Tak apalah," jelas Mahathir.

Beliau kemudiannya berseloroh dan menyuruh Haron meneliti kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 24 Januari 1999 bahawa PAS akan menerima sesiapa sahaja yang kononnya mahu menolong perjuangan kerajaan Islam."Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima samaada DAP, MCA atau MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak ?

"Jika DAP ikhlas nak tolong PAS saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun saya boleh terima," kata Nik Aziz.
Justeru Mahathir mempersoalkan mengapa Haron tidak menggesa Nik Aziz supaya bertaubat kerana sanggup membina kerajaan Islam hasil bersekongkol dengan syaitan.

Mahathir berkata Haron sepatutnya meminta maaf daripadanya kerana menyuruhkan bertaubat akibat salah fahamnya bersabit dialek pepatah Inggeris itu.

Photo: Rencana di Mingguan Malaysia hari ini. "Siapa Patut Taubat?"

"Tapi saya maafkan dia kerana manusia memang lemah dan tidak lepas daripada buat kesalahan," katanya lagi.Mahathir juga berkata sebaik sahaja PAS ditubuhkan perpaduan dan persahabatan orang Melayu Islam mula retak dan pecah.Ia ekoran sikap PAS yang terdesak mencari sokongan dan meraih undi orang Melayu di Malaysia."

Tuduhan yang pertama adalah orang Melayu kafir. Saya tidak percaya bahawa orang Melayu terima dakwaan ini.

"Tapi rupa-rupanya tuduhan sebegitu berkesan sehingga berlaku sembahyang dua imam kerana kononnya imam orang yang tidak sokong PAS, kafir, perkahwinan semula orang Melayu yang berkahwin sebelum PAS ditubuhkan, tanah perkuburan berasingan antara orang PAS dan Umno dan berlaku perceraian kerana berlainan fahaman politik," jelas Mahathir.

Tambahnya lagi, Umno berpegang pada ajaran bahawa Islam adalah Ad-dean, cara hidup termasuk politik. Atas dasar itulah, Umno berjuang untuk agama, bangsa dan tanahair.

"Sebaliknya PAS sekarang menerima pemimpin orang kafir yang secara terbuka menolak negara Islam PAS serta pemimpin Pakatan Rakyat yang percaya kepada kebebasan tanpa had serta pluralisme dalam agama dan kebebasan keluar dari agama.

"Tetapi Umno tidak tuduh orang PAS sudah menjadi kafir. Selagi tidak ada dakwaan oleh tokoh-tokoh Islam yang berkepentingan, Umno akan terima orang PAS sebagai orang Islam. Kita orang Umno masih mahu bersuadara dengan orang PAS seperti yang ditegaskan oleh agama Islam bahawa orang Islam itu adalah bersaudara," ujar Mahathir lagi.

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive