Walau apa pun alasan/elakan mereka, gua tak boleh terima, lu orang bukan New Boys atau Hujan panas, lu orang dah 28 tahun jadi rockstar, kejadian di Bukit Kiara sabtu lepas membuatkan gua delete semua lagu korang dalam iPod gua, tak professional langsung dan tak rock beb, It’s all about the sounds and the attitude beb, gua tak sing along even dalam hati,
Dari penglihatan gua malam tu:
-Venue dah bagus susun atur stage pun boleh diberi A+ (tiket mahal dan murah pun ok)
Dan mereka…
datang lambat (kata budget besar, bikin lah "holding room" kat area berdekatan, jangan salah kan orang parking kereta, tu semua dah patut di ambil kira dalam acara, event manager tak pernah buat show ke?) dan untuk yang dikatakan konsert penutup dalam karier mereka segala dosa-dosa ini besar tak boleh berlaku :
1. Power failure (iuhhhh promoter/technician tak buat prep ke? Tak buat dry-run ke?)
2. Sound sehancus-hancusnya, kata pakai soundman Dewa or someone from Indo (udah macem nonton lenong donk), namun gua tak salah kan dia (ada orang bilang sama gua, diorang tak turun buat sound check, bongok betulah, Iron Maiden pun buat sound-check even kat tempat terpencil) boleh dikira standard sound malam tu macam speaker kedai-kedai kain kat jalan Tuanku A. Rahman, Aru and the ROB sound lagi gempak malam tu
3. peralatan tak ada kualiti, back-line teruk, speaker rabak, effects, bunga api and those pyros kalau tak sequent semua tu tak payah buat lagi bagus, cam cemperet, kalau setakat nak main "power-point" LED kat blakang tu simpan jerlah
4. penganjur tak ada art direction langsung, penata cahaya macam kat bintang RTM terang sepanjang show, mamat yang jaga "follow spot" pun boleh turun dan pi beli burger Otai time show, susun atur lagu macam haram, tak jaga mood langsung hishhhhh (ok this is personal)
5. Pengurusan kucar-kacir (info kengkawan yang terlibat secara langsung), sapa yang jadi "godz" for the runninng programs? musti tak lantik nih...camera tak boleh bawak masuk, zaman bila punya arahan nih dah tahun 2009, kalau boleh rekod pun show tu bukanya boleh dapat anugerah BOH Cameronian Award pun, orang dah pandai pasal Harta Intelek lah time ni
6. Amy tak fit untuk perform, tah apa-apa, compare dengan show-show sebelum ni (alasan tua gua tak terima) gua rasa yang bagus bersilat malam tu adalah Abang, bersungguh orang tua tu hentak drum namun apa buleh buat sound dah macam kaset tercabut sponge dan Din Mayat yang main penuh attitude, gua rasa lu buat band lain lah Din, lagi sempoi, ada free call gua kita borak,
Dan banyak lagi yang kalau gua tulis terbakar blog ni... gua tahu ada banyak alasan yang telah di beri dan ada beberapa jawapan yang di lontar, namun gua tak boleh terima kerana kita orang tak nak tahu semua tu, tu kerja dia orang yang telah di tanggungjawabkan ini samalah dengan alasan “sorry, teraba bontot awek lu, sebab gua mabok“ apa yang terjadi dengan management kita orang tak perlu kesah, kita orang sudah bayar tiket dan masa, lu orang di lihat sebagai penipu, bak kata brader dari Singapura yang lepak sebelah gua “ape nih merepek-repek sound dia orang, sia-sia je gua turun”
update: khabar dari teman yang terlibat sebagai krew, Amy dah pecah kepala 2-3 hari sebelum show lagi, hah kalau dah tau cari lah Mr. Wolf (mcm dalam Pulp Fiction) kasi iron semua problem, tu pun nak kena bagi tau ke?
Mengaku salah dan mintak maaf dengan sepenuh hati itu sahaja yang gua mintak (semua orang bikin salah, tapi kena berani mengaku) dan gua memang layak kata semua ini pada lu orang kerana gua dengar dan meminati dia orang ni secara “religiously” gua perjudikan time sekolah, idologi remaja gua dengan perjuangan yang lu-orang bawak...sebagai otai rock lu ada tanggung jawab beb, bukan cam Otai burger yang harga 5 engget tu, gua masih respet lu orang sebab lu orang rock sampai sekarang (tak macam rockers yang lain dah jadi korporat ,tak pun "rock makan protien") pegang janji lu orang, rock saja tak cukup, give us one HELL of a show...
Untuk Amy (khususnya) dan Search, Bro Jalil Ngah dah tak ada lagi bersama kita, ini tidak bermaksud lu terus terbiar tanpa arah seni yang sebenarnya, cari lah yang lain atau mungkin dia masih ada dan tersembunyi di hati lu...

ps:
Banyak betulnya kata member ku Aziz si Pemberita selepas dia interview Metallica kami tanya dia “kerek tak Metallica?” dia jawab “eemm aku rasa kerek lagi Wings dan Search”.