Friday, April 30, 2010

dua kali pukul, dua kali mati...

aku nak pergi, aku tak kira, tak mau bawak kamera, silang beg dengan buku dan iPod sudah, aku nak layan, tapi kalau Pak Amy failed lagi aku tak boleh nak kata apa lagi dah suruh depa pencen, aku nak layan Pak Awie tembam, layan Wings (aku dengar konsert ni Wings yang buat)

jumpa esok di Double Trouble, Bukit Kiara



agak-agak kalau aku pakai dressing "Diskang" ada orang pukul aku tak?



Thursday, April 29, 2010

empuk-empuk...

ada masalah keselesaan? berdiri tak tegap duduk tak santai, jangan risau Doofman akan membantu anda, untuk hidup di dalam pelukan keselesaan yeahhhh

sila lawat kawasan selesa ini, bayangkan hari Ahad yang sepi bergomol dengan Doof bersama remote Astro, kudapan ringan dan milo ais.


L-R: Doofman Asung, Doofman Vincent and Doofman Ise

Friday, April 23, 2010

santai...

mengira waktu untuk menggapai hari yang ke enam yang pasti rapat dengan baring-baringan malas-malasan, menyusur laluan iPod mengisi reruang kamar dengan tarian lontaran megnatik runut bunyi, meraba kekunci Astro dengan mata sebelah terbuka, terdampar di ruang tamu dengan lautan bantal, harum gurih kopi Toraja menggenggam suasana pagi, rencikan minyak zaitun yang berdansa di kuali leka dengan persembahan olio yang pastinya el dante, redup rumah di lindung dari tegak matahari,

esok hari sabtu datang lagi, kali ini aku mahu berehat santai :)

tidur yang dalam selama lima belas minit pasti melegakan

Wednesday, April 21, 2010

the GHOST of jalan mesui...

di GHOST kami undang mereka untuk berkarya gaya baru, mencabar perjalanan normal pemusik, mereka menyahut cabaran, kami asing kan mereka, satu di ruang tamu, satu di dapur dan lagi dua di tingkat atas di bilik berasingan, berpeluh jaga tempo dan irama, namum mereka berjaya sesungguhnya berjaya, cermerlang dengan aturan ini, mereka ada lagu baru untuk situasi ini dan ianya di rakam, Deepset you guys nailed it yeah, tahniah, sesungguhnya musik itu cabang komunikasi biar berjauhan.




Jalut, tingkat atas bilik no.2





Peja, tingkat atas di tepi bilik air




Assad, tingkat bawah ruang makan




Lobo, tingkat bawah ruang tamu



the floor plan










all photos belong to magnuscaleb photography

Wednesday, April 14, 2010

jemputan ...

maka dengan rasminya jemputan ke majlis


You are kindly invited to attend:



GHOST

An art installation by Roslisham Ismail @ Ise

16-18 April 2010, 6pm - midnight

15 Jalan Mesui, off Jalan Nagasari, Kuala Lumpur




Special Events:


16 April:

exhibition opening with DJ sets by Asung (Jakarta) and Dan MacKinlay (Sydney)

17 April:

6pm exhibition tour by the artist and curators


18 April:

closing night with a special LIVE performance by KL post rock band Deepset




More about GHOST


We hope to see you there!

Ise + Vincent + Eva


GHOST is supported by private individuals who have contributed to the project and is supported in kind by Doof Industries, No Black Tie and Palate Palette as well as all the amazing people who have personally given their time and expertise to this project. Our enormous thanks goes to all of them!




lorong mimpi...

menggasar gasir-garis halus di hujung senja biru, luntur
menolak tarik takdir yang tertulis diatas dedaun jendela
terbang melayang bagai spora-spora hanyut di gengam angin
hempas mengilas tangan kayu sang pandai besi yang bermurung
perit melangkah menghirup udara segar di rongga-rongga kotor
bisa menyeliputi badan seribu hujan jarum menerjah kaki kepala
cuaca mendung meribut di bawah matahari terik tadi sebentar
berulang berolah berpinar jelas buat melonggar raga dan jiwa

awalnya mimpi itu indah dan setelah bertahun masih indah seperti dahulu
awalnya sakit itu tiada namum setelah bersinggah ia bertandang tiada pergi...


(buat teman-teman ku yang hanyut di lautan khayal)





hakcipta magnuscaleb 2010

Monday, April 12, 2010

suam jejari...

seram-seram, sejuk jelum dengan air asam
ramas atas kepala mulut tiada henti ucap kata
bantal basah panas demam air sejuk jadi suam
tangan jelum jari ramas mata pejam harap tenteram

reda demam, reda panas tubuh baring pening
tanya ibu apa kopi panas lagi? aku mahu rasa
mata pejam alih rasa mahu bangun dari baring
ibu bilang diam, demam belum reda suhu tiada beda

ibu sudah tiada, asam jawa simpan dalam kaca
mangkuk jelum tidur telungkup di atas para
kalau rasa lara, ada demam datang menjelma
baring saja pejam mata tiada lagi jelum asam jawa...

Wednesday, April 07, 2010

melayar silauan perak...

semalam aku ke Maxis Center, untuk urusan BIS, punya la lama nak tunggu giliran, bukan Maxis lembab tapi orang terlalu ramai, biar pun jam dah menunjukan hampir 7.30 malam, berjaya betul bisines dia orang nih, rasanya kena tambah kaunter lagi,

kaki aku terus memukul ke depan cari pengalas perut, sedar-sedar aku dah di depan kaunter TGV hish, dua tiket untuk Clash Of the Titan, mana boleh resist epik kuno Greek ni, aku dah baca sejak aku tingkatan 3 lagi, boleh kata separuh nama karekter kat dalam cerita tu aku hafal, aku suka sebab dapat tengok karekter-karekter pujaan aku dengan gaya grafik yang canggih, terutama nya Puan Sri Medusa memang macam dalam buku, tapi jalan cerita tah apa-apa suka-suka ja si Louis Leterrier ubah, bila masa plak si Perseus ni bercinta dengan Io dan aku rasa Liam Nelson tak layak bawak watak Zeus, tak cukup godzz, namun aku tak kesah layan sajalah, awal-awal diorang dah bagi tau loosely adaptation,


ada satu lagi budaya dalam panggung wayang di malaysia yang aku tak perkenan, mak bapak tak pandai jaga anak dalam panggung wayang, di biarkan bebudak tu bising, banyak tanya, menangis, berlari makan jajan dengan bunyi yang tak enak, (tambah-tambah panggung pinggir bandar, ini kenyataan) bila orang marah dia jeling marah balik dan cakap "budak-budak ni pun nak marah, diaorang tak tau apa-apa lagi", kena pulak si bapak pakai bangle silver bersaiz tali penambat kapal, maleh aku nak cari gaduh, bodoh dan tak bertamadun sungguh mak-bapak ni, mana ada orang bawak anak gi tengok wayang kalau bebudak ni tak faham apa lagi (kalau animation atau cerita kanak-kanak aku fahamlah situasi ni),

kalau di barat mereka akan upah baby sitter part time untuk mereka keluar makan dinner atau tengok wayang, upah jer anak jiran jaga jap, kalau tak jangan tengok wayang duduk rumah beli Astro B.yond, walau apa-pun alasan mereka, bebudak yang tak boleh behave tak boleh di bawa masuk panggung wayang, period

namun semalam tak ada kejadian semua tu, sebab pasangan sebelah kami memang profesional anak gadis mereka aku rasa berumur 4-5 tahun amat baik tingkah laku nya, aku dengar bila ibunya menegur "dalam panggung tak boleh cakap kuat-kuat nanti ganggu orang" dia terus diam dan dia hanya berbisik pada perkara-perkara yang dia tak faham, mak-bapak dia amat bersiap-sedia, ada jaket dan sarong tangan, aku puji aku respek, harap-harap ramailah yang buat perkara macam ni.

Friday, April 02, 2010

merapu nombor waheed...

first time aku jumpa kau, aku tanya nama, kau sebut nama tah apa-apa, kau datang opis aku dan mintak borang 7A.8 berpeluh kerani kaunter tu cari borang tu, tak jumpa, seribu tahun pun tak kan jumpa sebab ko reka nama borang tu, kau merapu nombor waheed,

kadang-kadang aku dan kombat melawat kau kat konti Time Highway Radio (interview), kita cakap apa kita nak kata, aku ingat lagi bila ko tanya rahsia aku jaga suara aku bilang "air dawai kokot yang ambil dari setor Hajjah Nordah dan di jampi oleh Haji Hamzah" ko ketawa sampai berdiri atas kerusi, satu Malaysia dengar kita meracau, Haji Hamzah pun marah campur suka, itu dulu brader, dekat sepuluh tahun lalu, lepas tu sesekali saja kita jumpa, salam tanya khabar, tepuk belakang kita terus jalan ikut haluan masing-masing...


lepak dengan kau memang boleh bikin sesak dada, tegang perut...lapang perasaan

sekarang kau dah tak duduk di dunia ni lagi, kau dah pindah semalam, khabarnya punca dari demam denggi berdarah, tak kiralah apa, itu alasan dan cara Dia nak pindah kan kau, harap kau tenang di sana, aku cemburu orang-orang di sana masih boleh mendengar jenaka kau...

tak ramai kawan-kawan yang dah pergi aku terasa tapi kau pasti akan aku rindui, walau tak rapat mana, sebab kau yang paling best, terbaik, sebab kau merapu nombor waheed,

Din Beramboi berenang lah di kau di lautan cahaya...

gambar curi dari internet

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara ...