Makwe Kintan adalah budak akaun..so MK dah tanya pasal Diploma Lanjutan Akauntansi pada Pengurusan Politeknik..So ni maklumbalas dia orang...hope beri maklumat pada korang ye...
Assalamualaikum,
Soalan 1: Apakah kelebihan jika mempunyai Diploma Lanjutan Akauntansi ini ?
Diploma Lanjutan Akauntansi ini berdasarkan kepada kurikulum dari ACCA.
Oleh itu, graduan dari program ini akan mendapat pengecualian dari ACCA untuk 5 paper lagi di peringkat fundamentals level (Skill examination). Paper-paper tersebut adalah:
1. F5 - Performance Management
2. F6 - Taxation
3. F7 - Financial Reporting
4. F8 - Audit and Assurance
5. F9 - Financial Management
Graduan hanya perlu mengambil 5 paper lagi untuk sampai ke professional level.
Begitu juga untuk graduan yang mempunyai degree, mereka juga perlu mengambil 5 paper ini. Selain daripada itu, tempoh pengajian untuk Dip Lanjutan lebih pendek daripada program degree, yang mana pada akhirnya kedua-dua graduan ini juga perlu mengambil 5 paper lagi bagi mencapai professional level.
Soalan 2 : Adakah kelulusan ini boleh digunapakai dalam pekerjaan untuk memohon jawatan berkaitan terutama sektor kerajaan.
Kelulusan ini amat berharga untuk Sektor swasta, di mana gaji yang lebih tinggi akan ditawarkan jika mempunyai diploma lanjutan ini. Bagi sektor kerajaan pula pihak JPP cuba memohon agar tahap dip lanjutan diberi pengiktirafan sama seperti degree level iaitu pada tahap P1T1 seperti dahalu. Tetapi ianya masih dalam proses perbincangan antara JPP dan MQA.
Soalan 3 : Jika menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, adakah kelulusan ini boleh diambil kira untuk memendekkan sesuatu tempoh pengajian tersebut.
Secara amnya, jika cik nurul ingin menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dinasihatkan untuk terus ke peringkat ini tanpa melalui diploma lanjutan kerana pihak JPP belum membuat mapping pengecualian kursus dengan mana-mana universiti.
Sebab objektif program diploma lanjutan ini untuk menyediakan pelajar ke arah pensijilan profesional,.
Diharap pihak cik berpuashati dengan jawapan yang disediakan.
Sebarang kemusykilan sila hubungi saya di talian
016-2759555Regards,
Mazillah Azleen binti Mazlan
Bahagian Pembangunan Kurikulum
JPP