PRODUK MUSLIM . BERSIH. SUCI. HALALAN TOYYIBAN
Showing posts with label Cookies. Show all posts
Showing posts with label Cookies. Show all posts

Monday, June 6, 2016

VANILA CRUNCHY COOKIES

VANILA CRUNCHY COOKIES (RM26 @ 50PCS (<>420G)

Mulai tahun ini, saya hanya menggunakan bekas kedap udara seperti dlm gambar. Ianya tak perlu diseal lagi sebab ketat jadi tak perlu risau biskut jadi lemau.
Biskut ini sangat enak, crunchy dan tidak terlalu manis. Anak2 saya request utk buat biskut ni time raya nanti. Sebenarnya, saya jual biskut tak ikut musim, samada perayaan atau tak, Ada permintaan saya buatlah demi tak menghampakan customer. 

Wednesday, October 16, 2013

TAT BUNGA UTK RAYA HAJI


Macam2 nama tat ni dipanggil, ada yang panggil tat teratai, tat bunga dan tat kelopak....tak kisahlah ye janji adik beradik tat jugak. Tat ni saya buat sempena raya haji...saje utk makan2 sendiri aje. Sedap gak tat ni hasil cetak rompak kat blog jejaka malaya mat gebu...tkasih ye mat...lama tak g jenguk umah ko tu...resepi asal dari chef Norzailina.

TAT KELOPAK
Sumber : Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
120g marjerin }
120g mentega } (maklang guna butter jugak utk gantikan majerin tu)
60g gula aising
1 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
50 g tepung jagung*
50 g tepung kastard*
300 g tepung gandum*(*digaul rata dan ayak)
Jem nenas secukupnya

Cara
Pukul butter + icing
Masukkan telur dan vanila
Masukkan tepung sedikit demi sedikit
Terap guna acuan bunga dan letak jem ditengahnya
Bakar <>20'

Sunday, August 4, 2013

MARUKU LETOP


Terima kasih pada Lina yg oder 15 balang dan Rose yg order 10 balang...tqvm

BLACK & WHITE CHOC CHIP



Upkan balik resepi yg dah sejuk beku ni hehehe. Ni kira penutup kukis, gara2 nak perabihkan stok2 tepung sebelum menjelang raya yg tinggal 2 hari je lagi. Dah pernah maklang share tahun 2010 tapi takpe, kita tempek semula resepi ni kasi popular semula.

Opsss...ini bukan biskut hangus tau, biskut ni memang hitam legam cam buntut kuali...kalau tak, takkan dipanggil black & white....ehhehehe tapi rasanya memang power dr choc chip yg sebelum2 ni...wa cakap sama lu, ini biskut memang tip top kebabommmm...ahhahaha....Sapa nak buat tu, doublekan adunan supaya dpt lebih skit sbb biskut ni cepat abih.

BLACK N WHITE COOKIES
Sumber : SJ (rnet) 

Bhn
113g butter
80g brown sugar
50g castor sugar
1 bj telur
1st vanila

Bhn ayak
140g tepung gandum
30g coco powder
1/2 st bsoda
1/2st bpowder
garam
cchpchip
white cchip

Cara
Pukul butter+gula
Masukkan telur dan vanila
Masukkan bhn ayak dan cchip
Bakar sehingga masak

BISKUT SUJI SALJU



Dah lama tak buat biskut suji salju ni, tak silap maklang last maklang buat biskut ni sekitar tahun 2009. So tahun ni, gara2 nak perabihkan tepung suji maklang buat lagi sbb biskut ni sedap...sapa yg tak pernah buat tu, cubalah...tak rugi malah berbaloi....kalau jual ni laku peee...heheheh..Sekali makan mesti nak lagi wa cakap sama lu geng...(rock le pulakkk). Kalau tak caya , boleh tanya kak Ita Delight sbb penyumbang asal resepi ni dari toke biskut yg pemes tu lee....Tq ye kak Ita muahhh..

BISKUT SUJI SALJU
Sumber : Rozita Delight

BAHAN A :-)
150g minyak sapi
100g mentega
100g gula kastor 
1 camca teh esen vanilla
1 kuning telur

BAHAN B :-)
100g cornflakes, dikisar halus
100g tepung jagung
50g tepung suji (semolina)

BAHAN C :-)
280g tepung gandum

Susu tepung secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Pukul bahan A hingga sebati. Masukkan semua bahan B dan gaul hingga rata. Tambah tepung gandum sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang boleh dicanai.
  2. Canai doh tadi 1/2 cm dan terap guna acuan kegemran. Buat hingga siap dan bakar dalam oven pada suhu 170C selama 15 - 20 minit.
  3. Biarkan suam dan salut biskut tadi dengan susu tepung. Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara...

Nota maklang : utk salutan boleh guna susu everyday , tak perlu letak gula. Kalau susu tepung bakeri kena letak gula icing ye puan2 semua..hehe)....jgn letak susu ibu lak ye!
Kalau nak buat apa saja jenis biskut tak perlu guna mixer yg darling2 semua, kang biskut jadi tembam, cukup sekadar guna whisker atau sudip kayu je.








BISKUT GREENPEAS



Biskut ni sedap, lain dari yg lain yg pernah mklang rasa. Ianya dibuat dari tepung kacang peas yg boleh dibeli di semua bakery. Jangan beli yang readymix tau, beli tepung greenpeas tu aje pastu bahan lain ikut spt resepi dibawah. Bahan pun simple aje...nak terap pun boleh atau nak gentel bulat2 masuk dlm papercup pun boleh. Cubalah, baru tau sedap ke tak..hehe

BISKUT GREENPEAS
Sumber : Yatimemories

Bahan-Bahan
  • 1 cwn Tepung Kcg Peas (boleh dibeli di bakery)
  • 1 cwn Tepung Gandum
  • 1/2 cwn Gula Aising
  • 1/2 st Baking Powder
  • 1/2 st Garam
  • 1/2 cwn Minyak Mazola atau secukupnya..(tuang sikit2 ya masa menguli doh)
  • 1 biji Telur Kuning
Cara-Cara
  1. Gaulkan kesemua bhn2 kering sehingga sebati.
  2. Tuangkan minyak Mazola sedikit2 sehingga terbentuk doh lembut.
  3. Bentukkan bulat2 seperti guli. Sapukan atasnya dgn telur kuning.
  4. Bakar dgn suhu 180C selama 15 minit atau sehingga masak.
  5. Sejukkan & Simpan dlm bekas kedap udara.
Nota maklang : boleh hias dengan sebiji kacang peas diatasnya.

RED VELVET CHOC.CHIP



Red velvet biskut le pulakkkk..hehehe...rasa  mcm cchip yg biasa dibuat tu aje cuma letakkan skit kaler merah utk dptkan kelainan. Kalau nak nampak merah, kurangkan koko, hok diatas ni maklang ikut rsp  tu yg kaler tak merah sgt.

RED VELVET CHOC CHIP
Sumber : resepi masakan kini

Bahan-bahan:
- 250gm mentega 
- 100gm gula perang 
- 50gm gula kastor 
- 1 biji telur
- 1 sudu teh esen vanila
- 250g tepung
- 20g serbuk koko (mklang rasa boleh kurangkan koko jika mau biskut npk merah)
- Garam secukup rasa 
- 200g Cip coklat putih
- 100g Badam dicincang - sanggai kejap

- 100g Hazelnuts dicincang (mklang tak letak)
-100g 
Cranberry kering (mklang tak letak)
- 1 sudu teh pewarna makanan merah
 

Cara menyediakan:
1. Ayak tepung, susu tepung dan serbuk koko. Gaul rata dan ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula sehingga ringan dan gebu.
3. Tambah pewarna merah, cip coklat, kismis dan badam. Campuran sekata.
4. Tambah bahan-bahan yang diayak dan kacau sehingga campuran membentuk doh.
5. Sudu adunan cookie ke dulang pembakar yang dipenuhi dengan kertas pembakar.
6. Bakar dalam ketuhar yang bersuhu 160C selama 15-20 minit.

BISKUT BANGKIT CHEESE



Resepi ni disumbangkan oleh Diana@D , dimana yg mengenali beliau memang byk menyumbangkan resepi yg sedap2 sekitar tahun 2008 di Resepi.Net, Cari.Com dan blog beliau sendiri yg telah pun ditutup. Kemana hilangnya Diana maklang sendiri tak tau. Apapun terima kasih pada Diana, moga dimurahkan rezeki dan sihat selalu tak kiralah dimana berada.

Bangkit Cheese
Sumber : Diana

BAHAN2:
250g mentega
180g gula ising
2 kuning telur
250g tepung ubi - sanggar sekejap
225g tepung jagung
1/2st b/powder
1/4st garam
70g parutan keju cheddar (utk dimasukkan dlm adunan)
Sedikit paruan keju - utk hiasan

CARA2:
1. Pukul mentega + gula sehingga kembang.
2. Masukkan kuning telur & pukul sehingga sebati.
3. Masukkan bahan2 kering.
4. Canai & terap.
Tabur parutan keju atas setiap biskut. (mklang letak ceri je)
5. Bakar 160C 15 min.

Nota : biskut ni mengembang so jauhkan jarak antara biskut

Ralat : gambar yg kedua tu cahaya tak betui, kaler biskut spt gambar dlm dulang diatas.






Wednesday, July 31, 2013

BISKUT SUJI BADAM






BISKUT SUJI
sumber : Jamuan Biskut Chef Zubaidah

Bahan A :          
90g mentega
90g minyak sapi
80g gula kastor

Bahan B :         
50g serbuk badam
80g tepung suji
300g tepung gandum (letak skit2)
1/4st baking powder

Hiasan :                       
kuning telur (dipukul)
badam cincang

Cara 
Sebatikan bahan-bahan A. 
Masukkan bahan-bahan B dan uli sehingga adunan menjadi lembut. 
Canai dan terap doh dengan acuan. Sapukan kuning telur di permukaan biskut dan tabur badam cincang di atas biskut. Susunkan di atas dulang pembakar yang telah digris dan bakar dalam ketuhar pada suhu 150'C selama 30 minit.


Nota : saya drizzle cookies ni supaya nampak lebih menawan


FAMOS AMOS COOKIES




Macam2 versi famos amos yg terdapat di internet. Kali ni nak try famos amos dari blog Yati Memories. Kawan saya buat jual hingga meletup2 so apa kata kita buat je sendiri, lebih jimat lebih berbaloi.Saya adjust resepi ni supaya ianya tak terlalu manis ye...kang ada pulak yg potong kaki...hehehee



FAMOUS AMOS CHOC.CHIP
sumber : Yati Memories


Bahan²
  • 1 cawan gula kastor/halus-saya tak letakpun
  • 1 cawan gula perang  
  • 1 cawan mentega
  • 1 cawan minyak
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar susu segar
  • 4 cawan tepung gandum
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil cream of tatar
  • 1 sudu kecil baking soda 
  • 1/2 cawan walnut cincang saya guna badam cincang
  • 2 cawan semisweet chocolate chip
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara²

  1. Pukul gula, mentega, minyak, telur, susu dan vanila hingga sebati.Yatie gaul guna whisk je.
  2. Masukkan tepung gandum, garam soda bikarbonat, walnut dan coklat chip
  3. Adunan memang lembik...sudukan satu sudu kecil diatas dulang pembakar...jarak²kan sket sebab nanti kukis akan mengembang sket....dulang tak perlu gris..
  4. Bakar pada suhu 350 'F (175 c) dalam 10-15 minit atau sehingga masak bergantung pada jenis oven..
  5. Setelah kukis perang, angkat dan sejukkan diatas redai sebelum dimasukkan dalam bekas kedap udara
Nota : saya cekup2 dgn tangan aje sebesar ibu jari, kalau guna sudu lambat...hehehe....

Tuesday, July 30, 2013

FAMOUS AMOS CHOC.CHIP CHEF AMIR



BISKUT FAMOUS AMOUS CHOC CHIPS
Sumber : blog Citarasawan
Resepi : Chef Ameer

Bahan A
200g mentega
50g shortening
70g gula castor
90g gula perang
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur + 1 kuning telur +1 sudu besar susu cair

Bahan B
330g tepung gandum
10g serbuk koko
30g susu tepung
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
- semua bahan2 nie diayak bersama, ketepikan.

100g choc chips
100g coklat susu/milk chocolate - disagat(maklang guan white cchip)
80 almond nib ( sangai dulu)
60g conflakes (diramas kasar)


1. Pukul mentega, shortening & gula hingga berkrim. Masukkan esen vanilla & telur. Pukul sebati.
2. Gaul choc chips, coklat susu, badam & cornflakes bersama2 bahan yang diayak tadi hingga rata.
3. Masukkan adunan butter dan gaul lagi hingga menjadi doh yang lembut. Ambil sebesar ibu jari, bulat2 kan dan susun dalam dulang pembakar.
4. Bakar pada suhu 160'c selama 20-25minit.


BISKUT JALINAN KEJU




BISKUT JALINAN KEJU
Sumber : Chef Asma 

Bahan-bahan:

(A)
250 gm mentega
20 gm lemak sayur @ shortening @ crisco
120 gm gula kastor
1/4 sudu kecil garam

(B)
3 biji telur kuning
1/4 sudu kecil esen vanila

(C)
60 gm keju cheddar parut
40 gm tepung jagung
40 gm tepung ubi
80 gm tepung kastard
320 gm tepung gandum
80 gm gajus (dibakar & dikisar)- maklang guna badam
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Hiasan:  keju cheddar parut

Cara menyediakan:
1. Putar bahan (A) sehingga sebati & masukkan bahan ( B ).
2. Masukkan semua bahan (C) dan adun sehingga sebati.
3. Rehatkan adunan selama 15 minit. Canai, terap & letak hiasan.
4. Bakar pada suhu 160 C sehingga masak. 



MILKY MILK CHOC.OAT CRIPS


Lagi biskut utk agihan...Sebenarnya biskut ni namanya choc.oats crips...emmm..nama sama cam biskut choc.oats yg maklang pernah share dan hangat satu ketika dulu tapi tengok bahan lain pulak so maklang tukar nama biskut ni kepada Milky Milk Choc.Oat ye Chef Zu heehhehehe...suka2 jeee....jangan maree.

MILKY MILK CHOC.OAT CRIPS
sumber : chef zubaidah

Bahan
250g butter
120g gula castor
140g oats - bakar dan kisar
2sb koko powder
220g tepung gandum

Hiasan : 50g tepung susu + 50g gula icing

Cara
Sebatikan butter+gula
Masukkan tepung
Bakar ikut suhu oven masing2
Dah bakar, golek dalam susu tepung+icing

CHOC.RIZ RICE COOKIES


Antara biskut yg telah siap untuk diagih2kan kepada pihak2 yg berkenaan..heheheh

CHOC.RIZ RICE COOKIES
sumber : chef zubaidah

Bahan
375g butter
150g gula castor
400g tepung jagung
350g tepung gandum
3 biji kuning telur
vanila esen
choc.rice

Cara
Sebatikan butter+gula+telur+vanila
Masukkan tepung
Terap dan bakar seperti biasa


Monday, July 8, 2013

JUALAN COOKIES RAYA 2013

 Greenpeas cookies @ RM20(lebih 50 pcs)
- biskut yg lembut mcm biskut suji tapi lain rasanya, ianya sedap, lemak dan terasa kacang green peas kerana dibuat dari tepung greenpeas....makan seketul nak lagi...tau2 abih sebalang.

Biskut Suji Brunei @ RM28 (50 pcs)
- biskut hits sepanjang zaman....dibuat dari tepung suji, menggunakan minyak sapi dan digaul dengan susu tepung bersama nestum...memang sedap sangatttt...berbaloi...


Biskut Bangkit Cheese @ RM25 (50 pcs) 
- jangan pandang pada rupa yg buruk tp nilaikan rasa biskut ni dulu.Biskut yg melt bila masuk mulut, terasa cheddar cheese...dr segi rasa memang lain dari biskut yg pernah saya buat...memang susah nak stop bila dah pekena bangkit cheese ni.....nyum..nyummmm...sedapnyaaaa....

Kalau diikutkan hati saya, memang saya tak ambik order biskut raya memandangkan bulan Ramadan ni saya nak berehat dari aktiviti berbaking tapi ada yg mintak dan tanya lak kenapa saya tak buat. Maka itu,saya terpaksa buat hanya utk 3 jenis aje itupun biskut yg hits sepanjang tahun yg dipilih dari biskut  sedap dari yg tersedap. Dah bertahun tak masuk bertanding model2 saya ini maka kali ni nak bertanding 2 model baru lak iaitu cik greenpeas dan cik bangkit cheese kecuali cik suji brunei tu model lama hehehe tapi sibuk gak nak menempel...hihihi. Untuk makluman, order kena self collect aje ye, saya tak buat delivery/pos sebab ditakuti biskut akan jadi tepung semula hehehe...Jadi kalau ada sesapa nak order just emel aje ye..Tarikh tutup tempahan 14/7/13 pukul 12.00 mlm... 

Saturday, August 25, 2012

ALMOND TREASURE




lagi sesi pengabisan almond....sedap jugak biskut nih....disaluti almond dan dicurahkan choc...budak2 suka..tqvm Dunia Dapur Kama sbb sudi share rsp Chef zu nih....


ALMOND TREASURE:
Sumber: Chef Zubaidah

Bahan A:
160g mentega
90g gula kastor
1 biji kuning telur 
2 sudu teh cappucino emulco 

Bahan B:
50g bubble rise - kisar
50g confleks - kisar
200g tepung naik sendiri
1/2 sudu besar serbuk koko

Hiasan:
Badan Nib
Coklat masakan

Cara membuatnya:
Sebatikan A.
Masukkan semua bahan B.
Bulatkan dengan anggaran 1/2 sudu teh.
Celup ke dalam putih telur
Golekkan ke dalam badan nib
Bakar sehingga masak.
Setelah sejuk celup kedalam coklat masakan.
Masukkan kedalam cawan kertas.

DARK PIPING


Sesi pengabisan almond...dark piping biscuit jadi pilihan...biskutnya lembut je..

DARK PIPING
Sumber : Rinchan

Bahan-bahan:
250gm mentega
100gm gula castor
1 biji putih telur
1 tsp madu
250gm tepung gandum
80gm tepung naik sendiri
20gm serbuk koko
1/4 tsp baking powder
Secubit garam

Bahan Hiasan :
100gm coklat putih, dicairkan secara double boiler
50gm badam cincang, dipanggang dlm oven atau digoreng tanpa minyak hingga kekuningan

Cara-cara:
1. Ayak tepung gandum, tepung naik sendiri, baking powder dan secubit garam. Ketepikan.
2. Pukul mentega, gula, putih telur dan madu hingga sebati.

*Tidak perlu pukul mentega dll sampai kembang mcm buat kek nanti biskut akan jadi terlebih rapuh dah mudah pecah. Cukup sekadar sebati dan rata. Pukul dengan spatula atau mixer ok.
3. Masukkan adunan tepung ke dalam adunan mentega. Kacau sehingga menjadi doh yang lembut. Tak perlu uli lama-lama.
4. Ambil sedikit adunan, masukkan ke dalam acuan dan tekan sehingga membentuk seperti di gambar.
5. Lengserkan loyang dengan mentega. Susun biskut dan bakar pada suhu 170 darj cel selama 12min - 15min.
6. Sejukkan di atas dawai penderai.
7. Celup hujung biskut dalam coklat putih dan taburkan badam cincang. Biarkan sehingga coklat mengeras, kemudian bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara


Sunday, August 12, 2012

BISKUT NESTUM TERBAIKKKKK



Lain dari yg biasa maklang buat...sedap biskut ni tau...crunchy ada choc.chip lak tu yg buat lagi sedap..nyum..nyum..nyum....tak terkata sedapnya....jadi no wonder biskut ni dinamakan biskut nestum terbaik...memang mantop...tak caya lagik???? kalo nak tau sedap ke tak, kenalah buat...tak cuba rugi, tak buat lagilah rugi.......


Biskut Nestum Terbaikkkk
Resepi : Maria
Sumber : Hana memoris

Bahan :
·                     250 gm butter
·                     100 gm kismis (ganti ngan cchip)
·                     2 cawan tepung gandum
·                     1 cawan tepung jagung
·                     3 cawan nestum
·                     1 cawan gula caster
·                     1 biji telur
·                     1 sudu teh esen vanila
Cara membuatnya :
1.             Pukul butter dengan gula hingga putih.
2.             Masukkan telur dan esen vanila... kacau sebati
3.             Masukkan semua tepung dan nestum... masukkan kismis... uli hingga sebati
4.             Bentukkan bisut ikut suke korang... bakar dalam oven selama 15 minit dengan suhu 165'c(ikut oven). 

BISKUT BANGKIT BIJAN



Untuk peminat biskut tradisional, boleh try biskut bangkit bijan nih...sedap tau, lembut je, tak keras spt setengah resepi yg maklang try kogheh...boleh tercabut gigi dibuek ehhhh...baling kat dinding, dah sah dinding tak pecah..ehhehehe...tapi hok ni i told u, tip top mantop.....tak cuba rugi, tak buat lagilah rugi..Tkasih pd kak Besah,sudi share resepi mak utk kitarang org cuba lak.

Bangkit Bijan Kak Besah
sumber : kak besah@myresipi.com

Bahan-bahan :


1 buku butter / 1 cawan marjerin (250g)
1 cwn mumbung gula icing (150g)  (kalau guna gula halus 1 cawan rata (130g))
2 kuning telur
1 st pewarna hijau (mklang letak skit pandan paste)
2 cwn rata tepung gandum (200g)
2 cwn rata tepung ubi (200g)
1 st baking powder  
2/3 cwn bijan (kurang pun boleh) sangai hingga kuning
2 putih telur untuk sapu dan lebihan bijan  (mklang letak ceri je)

Cara-cara :

Sangai / goreng dengan api perlahan bijan hingga kuning.
Kacau butter dan gula hingga lembut.
Masukkan kuning telur dan pewarna hijau, gaul rata.
Kemudian masukkan semua tepung yang diayak dengan baking powder
dan bijan yang disangai tadi.
Uli hingga jadi doh yang lembut.
Gelek doh antara dua plastik, terap dengan acuan.
Susun atas dulang dan bakar suhu 165 darjah selama 15 min.(ikut oven)


BISKUT RED PEARL



Biskut Red Pearl nama diberi....cantik nama sedap pulak rasanya...crunchy  pulak tu....tak tengok rugi, tak buat lagilah rugi..ehehhehe....Hanya yg pernah buat je tau rasanya camnerkan! Resepi ni dishare bersama oleh Cendanakasih untuk ditry bersama..empunya resepi asal maklang kurang pasti...apapun tqvm ye ...maklang share kat sini lak.

BISKUT RED PEARL
Sumber : Cendanakasih


Bahan
150g butter
150g tepung gandum
75g gula castor
60g cornflakes (ramas skit)
50g choc.chip
20g ceri kering merah dan hijau
25g badam (bakar dulu)
1sk emplex
esen vanila

Hiasan : ceri merah

Cara :
1.Pukul butter dan gula hingga sebati (guna whisker pun boleh, sekadar sebatikan gula dengan butter jer)
2.Campurkan semua bahan kering. Kacau sebati.
3.Jemput2kan adunan ke atas dulang pembakar. 
4.Bakar pada oven bersuhu 165'c selama 15 minit...ikut oven masing2 ok.