DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Rabu, 29 November 2017

PELAJARAN 23.0 Bilangan pada Isim (Siri Belajar Bahasa Arab Selangkah-Selangkah...) dari fb Ustas Halim Bede

No automatic alt text available.



23.1 Untuk menyatakan "sebuah buku" kita hanya kata/tulis (كِتَابٌ), "seorang raja" (مَلِكٌ) dan "seekor unta" (جَمَلٌ) (Lihat 7.3). Bagaimana pula jika kita mahu menyatakan "dua buah buku", "dua orang raja" dan "dua ekor unta"?

(كِتَابَانِ)
"Dua buah buku".

(مَلِكَانِ)
"Dua orang raja".

(جَمَلَانِ)
"Dua ekor unta".

Perhatikan pada contoh-contoh di atas, untuk menjadikan sesuatu Isim Tunggal (Mufrad*) kepada berbilangan Dua (Mutsanna*), kaedahnya ialah :

Buang baris terakhir dan gantikan dengan fathah, kemudian tambah alif dan nun (انِ) - nun itu berbaris di bawah.

Semua contoh-contoh di atas adalah Nakirah. Bagi Makrifah pun sama juga caranya. Contoh : (الْكِتَابُ) jadi (الْكِتابَانِ).

Perhatikan : Semua contoh-contoh di atas i'rabnya adalah di dalam keadaan Rafa' (Marfu'). Tanda Rafa' bagi Mutsanna ialah huruf alif (ا).

23.2 Dari segi Bilangan, Isim terbahagi kepada berapa bahagian?

Tiga bahagian :

1. Mufrad (bilangannya tunggal).

2. Mutsanna (bilangannya dua).

3. Jamak (bilangan tiga dan lebih daripada dua).

Contoh1 :
Mufrad (مُسْلِمٌ) = "Seorang muslim"
Mutsanna (مُسْلِمَانِ) = "Dua orang muslim"
Jamak (مُسْلِمُوْنَ) = "Ramai muslim"

Contoh2 :
Mufrad (مُسْلِمَةٌ) = Seorang muslimah"
Mutsanna (مُسْلِمَتَانِ) = "Dua orang muslimah"
Jama' (مُسْلِمَاتٌ) = "Ramai muslimah"

Contoh3 :
Mufrad (بَيْتٌ) = "Sebuah rumah"
Mutsanna (بَيْتَانِ) = "Dua buah rumah"
Jama' (بُيُوتٌ) = "Banyak rumah"

23.3 Pada contoh di atas, cara menjadikan Isim Mufrad ke Isim Jamak didapati tidak seragam seperti menjadikan Mufrad ke Mutsanna. Boleh terangkan?

Jamak dibahagi kepada dua jenis iaitu Jamak Salim* dan Jamak Taksir*.

Jamak Salim ialah perkataan Jamak itu dibentuk dari Isim Mufradnya dikekalkan dan ditambah huruf-huruf tertentu di hujungnya.

Contoh1 : Mufrad (صَالِحٌ), Jamak Muzakkar Salim (صَالِحُوْنَ).

Contoh2 : Mufrad (صَالِحَةٌ), Jamak Muannats Salim (صَالِحَاتٌ).

Jamak Taksir pula ialah perkataan Jamak itu dibentuk dari Isim Mufradnya yang diubahsuai samada dengan penambahan, pengurangan atau perubahan baris atau susunan huruf-hurufnya. Sebab itu dinamakan 'taksir' atau 'mukassar' yang bermakna 'pecah'.

Contoh : Mufrad (كِتَابٌ), Jamak Taksir (كُتُبٌ).

Kita akan bincangkan dengan terperinci mengenai perbezaan Jamak Salim dan Jamak Taksir di dalam bab yang akan datang.

23.4 Apakah Isim Isyarah yang menunjukkan dekat dan jauh bagi Mufrad, Muthanna dan Jamak?

1. Isim Isyarah* untuk dekat yang maknanya "ini" :

Ini (Muzakkar, Mufrad) = (هَذَا)
Ini (Muzakkar, Mutsanna) = (هَذَانِ)
Ini (Muzakkar, Jamak) = (هَؤُلَاءِ)

Ini (Muannats, Mufrad) = (هَذِهِ)
Ini (Muannats, Mutsanna) = (هَاتَانِ)
Ini (Muannats, Jamak) = (هَؤُلَاءِ)

2. Isim Isyarah untuk jauh yang maknanya "itu" :

Itu (Muzakkar, Mufrad) = (ذَلِكَ)
Itu (Muzakkar, Mutsanna) = (ذَانِكَ)
Itu (Muzakkar, Jamak) = (أُوْلَئِكَ)

Itu (Muannats, Mufrad) = (تِلْكَ)
Itu (Muannats, Mutsanna) = (تَانِكَ)
Itu (Muannats, Jamak) = (أُوْلَئِكَ)

(Perhatikan : Untuk Jamak, Isim Isyarah Muzakkar dan Muannats adalah sama)

Perhatian :

Ditulis (هَذَا), hendaklah dibaca (هَاذَا)
Ditulis (هَؤُلَاءِ), hendaklah dibaca (هَاؤُلَاءِ)
Ditulis (هَذِهِ), hendaklah dibaca (هَاذِهِ)
Ditulis (ذَلِكَ), hendaklah dibaca (ذَالِكَ)
Ditulis (أُوْلَئِكَ), hendaklah dibaca (أُوْلَائِكَ)

Hafalkan.... 

23.5 Bagaimanakah jika kita mahu mengatakan "Ini dua orang pelajar lelaki yang bijak dan itu dua orang pelajar perempuan yang bijak"?

(هَذانِ طَالِبَانِ ذَكِيَّانِ وَتَانِكَ طَالِبَتَانِ ذَكِيَّتَانِ)

Daripada ayat di atas kita boleh lihat bahawa Mausuf dan Sifah mestilah sama dari segi Bilangan dan Jantina. Begitulah juga Mubtadak dan Khabar.

Latihan :

23.0(a) Tukarkan setiap Isim Mufrad Marfu' di dalam ayat-ayat berikut sebagai Isim Mutsanna dan terjemahkan :

1. ذَلِكَ عُصْفُوْرٌ

2. الطَّبَّاخُ سَمِيْنٌ

3. السَّاعَةُ ثَمِيْنٌ

4. ذَلِكَ بُرْهَانٌ

5. هَذَا الْكِتَابُ مُفِيْدٌ

No automatic alt text available.No automatic alt text available.



23.0(b) Terjemahkan ke Bahasa Arab :


1. Itu dua buah bintang di langit.

2. Dua buah bilik yang luas di rumah itu.

3. Dua buah buku di atas meja itu.

4. Ini dua orang tukang masak baru.

5. Itu dua biji mata yang cantik.



#NotaBahasaArab

*Isim Mufrad (الْمُفْرَدُ)

*Isim Mutsanna (وَالْمُثَنَّى)

*Isim Jamak Salim (الْجَمْعُ السَّالِمُ)

*Isim Jamak Taksir (الْجَمْعُ التَّكْسِيْرُ) atau (الْجَمْعُ الْمُكَسَّرُ)

*Isim Isyarah (أَسْمَاءُ الْإِشَارَةِ)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular