Bapak egonya kuat juga. Masa anak-anak masih belajar,masa tu kakak dah kerja,bila bapak demam atau sakit ditimpa kemalangan bapak akan beri amaran pada Emak jangan bagi tahu anak-anak.Tetapi mak selalu ingkar juga amaran itu,beliau akan telefon kakak dengan mengingatkan;
"Bila sampai rumah nanti buat-buat tak tau ye bapak baru kena timpa buah kelapa, buat-buat terkejut gitu,ingat tau,dia dah warning mak jangan bagi tahu anak-anak"
Kakak pun ikut apa yang Emak kata,dan buat-buat terkejut. Nanti Bapak akan bercerita sejelas-jelasnya apa yang terjadi,termasuk yang Emak tidak tahu sebelumnya.Itu lah yang kakak kata Bapak tinggi egonya.
Kenapa Emak Kadangkala ingkar atas amaran bapak sebab Kakak telah bagi amaran pada Emak.Tidaklah semestinya Emak ikut semua cakap bapak,kalaulah ditakdirkan jadi apa-apa dan Emak tidak bagi tahu anak-anak,tentu anak-anak juga akan susah dan akan berada dalam situasi serbasalah dan menaggung kekesalan sepanjang hayat. Mak akur juga, dengan syarat bila balik buat-buat kita tidak tahu apa-apa.
Rupa-rupanya Bapak memang harap Emak cakap tapi egonya tinggi.
Kadang-kadang bila kita balik,beliau akan tanya "Ada apa balik?"Namun kami tak kecil hati,kerana kami tahu ayat itu sebenarnya ayat gugup.
Sebenarnya Kakak pernah terbaca diari bapak,setiap anak yang balik di tulis dalam diari.Masa tu kakak betul-betul terharu,hingga menitis ait mata.Walaupun perbuatan kakak ini satu yang salah yang melanggar hak peribadi orang lain,namun kakak anggap ianya adalah satu pertunjuk dari Ilahi,agar kakak tahu betapa besarnya hati Bapak bila anak-anak balik, walau tidak pernah diungkap dengan kata-kata sekali pun.
Dahulu anak-anak bila cuti sekolah akan balik cuti lama-lama,begitu juga bila di IPT,cuti hingga jemu.Kakak pun bila cuti panjang akan menginap dirumah bapak lapa-lama dengan anak-anak,pada masa itu anak-anak sekolah rendah lagi. Tapi bila anak-anak pun dah tidak sama cutinya tidak dapatlah nak datang serentak dan bermalam lama-lama,begitu juga adik-adik yang lain,bila semua sudah bekerja sudah tidak ada cuti panjang-panjang.Waktu itulah bila masuk sahaja cuti sekolah Bapak akan bertanya pada Emak,
"Dah cuti sekolah,tak ada budak-budak balik?"
Emak akan jawap "Anak anak dah tak ada cuti sekolah ,Kerjanya bukan ada cuti panjang-panjang"
Sekarang Bapak terlantar di wad.Anak-anak datang silih berganti,begitu juga orang-orang kampung jiran tetangga pun datang melawat. Adakalanya bapak mengangis bersungguh-sungguh. Kami pun belum jelas,tangisan itu untuk apa.
Kisah bapak

Rasanya tangisan itu ialah tangisan menginsafi diri dan merasa amat bersyukur dengan segala kurniaan Allah. Tangsian sebuah doa berwasilah air mata. ,,,,Semoga Allah mengurnia yang terbaik baginya di sisiNYA. Amiin....
BalasPadamAmeen ya Robb. Jiwa anak2 sering dihantui ketidak puasan kerana tidak dapat membahagiakan nya sepenuhnya.
Padam