Showing posts with label dekorasi. Show all posts
Showing posts with label dekorasi. Show all posts

Monday, May 18, 2015

Dekorasi Rumah - Ruang Makan


Kali ni nak cerita pasal ruang makan pula...ruang makan la sangat...hahahah...

CAT

dinding dicat oleh Abah tercinta...gigih ok 'import' dari Kedah...baki cat daripada rumah..hehehee...sepatutnya warna biru ungu tapi dalam gambar ni jadi warna ungu pula...

perancangan awal nak cat dinding ni warna hijau lumut atau kuning mustard sebab nak bagi seragam dengan frame kufi..tapi alang-alang boleh jimat..guna je la cat yang sedia ada...

FRAME KUFI

frame ni tempah dengan Ulul aka suami Jue. saja nak lain dr yg lain pilih warna hijau dengan frame putih. Surah Al-fatihah.

PERABOT

Rak buku beli di kedai perabot..tak salah harga RM99 termasuk penghantaran. tak tahan sangat kayu dia sebab dah melengkung ke tengah..Abah kata dia guna kayu roti ja...jadi Abah ubahsuai letak kayu di tengah2..jadi lebih kukuh

pandangan secara am...lamp floor beli di IKEA...hajat nak beli lampu lain tapi warna putih dah habis...ambil je la yg ni...box biru pun beli di IKEA...kononnya nak match warna dengan dinding...bunga beli di Kedai Bunga @ butik pengantin di Parit Buntar...masa tu teman Dila tengah make up..aku pula gigih pilih & beli bunga...


Meja makan jepun Mama punya...hahahahh...


disebab aku peminat dessert...so kumpul lah benda-benda ni...senang nnt jamuan ka letak je cupcake ke...brownies ka...heeee....tray 3 tingkat tu beli di SSF...cake tray tu pula beli di Rantau Panjang..siap dengan 'pisau' dia ha..harga RM60..beli lepas banjir besar tu...


Ok..setakat ini dulu...InsyaAllah nanti nak kongsi mengenai Dapur pula...hhehehe...

Thursday, March 26, 2015

Dekorasi Rumah - Ruang Tamu

Alhamdulillah. bulan Feb 2015 nanti hampir 3 tahun aku tinggal di sini. so far so good. parking banyak. kejiranan yg baik. dekat dgn tempat kerja. harga berpatutan. cuma tuan tanah saja yang kurang peduli sikit. hantam sajalah labu.

Tanpa merapu banyak...aku nak kongsi sikit minat aku dalam hiasan rumah. dulu-dulu memang ada niat nak ambil kursus hiasan dalaman tapi lukisan aku 'fail'. tak pandai lukis. jadi niat aku terkubur di situ.

Dulu aku menyewa kongsi satu bilik dua orang. satu rumah 7 org. tak bolehlah nak hias sangat. 2011 menyewa di Nibong Tebal, aku mula kumpul aset perabot rumah...aset murah2 saja...peti ais, almari baju, katil...pindah balik ke Pulau dan menyewa di tempat sekarang, aku kembangkan minat aku ni. rujuk internet, buku, tanya orang sana sikit sini sikit.


Sebelum





duduk di lantai saja. karpet & tv Dila punya. rancangan pertama nak buat tema warna hijau. sbb langsir dah warna hijau. langsir pun beli kelam kabut di Parit Buntar dengan Jue masa pindah ke sini. itu saja corak yang ala-ala gaya Inggeris. aku suka hiasan dalaman gaya Inggeris. rak buku putih tu beli di Pulau Pinang dengan Dila. rak tv IKEA. 

Selepas 




Dah ada sofa!! beli kat Modern Arts Furniture, Jalan Perak, Penang. highly recommendation. banyak pilihan, free shipping, layanan mesra & bagus, harga berpatutan. terima kasih Dr Suyzrman atas cadangan kedai ni. sofa ni patutnya datang dengan set 3+2+1..tapi aku kata nak 2 seater ja. dia kata ok. no problem. beli dengan Anis yang juga bertindak sebagai penasihat. nak beli sofa Fella Design belum mampu, Jadi, beli sofa bunga2 ala ala Fella Design pun jadilah.

Karpet, cermin, meja kopi dari IKEA. terima kasih Ameera jadi driver, penasihat & teman shopping kat IKEA.  




Ni gambar terbaru. dah tukar langsir sbb nak samakan dengan warna dinding (entry akan datang). langsir beli di Jakel dan upah jahit. kemudian teruja beli kusyen sofa warna biru tu di Tesco sbb nak jadikan ada elemen warna biru juga di rumah ni. 


Tak dilupakan kerusi rotan kesayangan. Beli di SSF Alor Setar yang baru buka (barula bagi aku yg baru tau ni)...promosi 50% dr harga asal RM300. aku suka sebb dia warna putih. cuma kusyen tu serabut sikit..ehheeh..memang plan nak tukar nanti.

antara sebab lain aku beli sbb susah juga nak bersembang sbb kita kan suka bersembang dengan posisi saling mengadap antara satu sama lain. jd ada kerusi ni tak la kepala asyik terteleng je masa dok di sofa tu. 

Ni antara gambar yg jadi sumber inspirasi aku untuk seimbangkan antara sofa fabrik dengan kerusi rotan. nampak klasik dan ala-ala english style la juga kan.



Ikut hati memang banyak lagi nak dekor rumah tu tapi dah rumah sewa saja kan..ala kadar sudah...ringkas & kemas...Jadi next entry akan kongsi dekor bahagian lain pula...walaupun rumah sekangkang kera saja....heheheh