Monday, April 29, 2013

Diary 75 : Bersama Wan Farah

aku kenal Farah aka Wan Farah Azizat sejak tahun pertama lagi. bermula masa kami satu kelas BI tahun pertama. kemudian  lebih kenal sbb sama2 dalam Persatuan Biologi. aku tak berapa ingat secara tepat bila kami betul2 jadi rapat dan boleh serasi. tapi yg aku tak akan lupa bila dialah yg bagi no seseorang dan boleh aku katakan antara org yg penting dalam permulaan kejayaan The White Coffin. kalau tak kerana dia (dengan izin Allah jua), mungkin seseorang pun tak kenal siapa aku.

Allahuakbar.

Farah seorang yg lemah lembut, manja, berbudi bahasa, suka membantu dan sangat aktif dalam MPP...hehehe...itu trademark dia bagi aku...hinggalah sekarang dia masih 'orang kuat' yg aku sendiri kagum dgn semangat dia. walaupun dia sibuk, penat, tapi aku tahu dia gembira dan suka pada kerja itu.

kami makin rapat seingat aku, masa kami sama2 tahun akhir. yg mana aku dan dia sama2 melanjutkan semester kami di USM...heheheheee...masa tu mungkin sbb semua org dah bawa haluan masing2 sedang kami saja yg tinggal jd kami saling memerlukan. saling memotivasi dan saling bahu membahu...hehehe...waktu tu juga kami sama-sama aktif dalam penulisan blog. masing2 lawan utk kemas kini blog. tapi aku rasa akulah yg menang sbb blog dia dah lama bersawang...hahaha...


aku sempat bersama sebelum dia pergi ke Kanada untuk pertukaran pelajar tahun 2008. dan dialah yg membantu menyiapkan dan membetulkan jubah aku semasa aku konvo Mac 2009...kemudian dia pula konvo Ogos 2009 tapi aku tak sempat jumpa...waktu tu dia sudah mula berpindah ke KL..kemudian Putrajaya...sedang aku masih di USM...

kami mula sibuk dgn urusan dan tanggungjawab masing2...2011, apabila aku bertukar ke Kampus Kejuruteraan, aku pernah menumpang rumahnya ketika bulan puasa aku ada program di Putrajaya..masa tu dia masih anak dara...ingat lagi aku akan rumah sewa 4 tingkat tanpa lif itu...dan ingat lagi bila kami kena bangun lepas subuh ke KLIA utk kejar flight aku ke Penang sedang dia kena ada di KL jam 8-9 pagi...aku dapat tahu yg dia sampai lambat sbb hantar aku pagi tu...oh...maaf ya!...

kemudian September 2011, dia pula dtg ke Kampus Kejuruteraan utk salah satu program semasa minggu orientasi pelajar..dan dia pula menumpang rumah sewa aku...pagi tu pula dia kena bergegas ke airport Penang sedang aku ada program bacaan ikrar pelajar baru..jadi arwah Abang Mie yg tolong hantar..(al-fatihah)...

kami terus sibuk dgn urusan dan tanggungjawab yg semakin bertambah. hanya ucapan maaf sebab tak hadir serta tahniah  atas perkahwinannya bersama insan yg tercinta Julai 2012 yg lalu. lama kami tak jumpa. hanya tahu perkembangan masing2 melalui FB saja.

sabtu dan ahad lepas kami bertemu lagi. tak lama kami bersama tapi cukup untuk bertukar2 cerita, mengimbau kenangan lama, merancang masa depan yg semakin mencabar...

kisahnya Farah bertugas di Kedah sempena PRU13. takdir Allah, Farah bertemu dgn abah dan kami terus berhubung. Farah lupa yg aku orang Kedah. sbb minggu lepas sangat sibuk dan padat. kami berjanji untuk bertemu minggu ini. dan alhamdulillah...pertemuan sebuah ukhwah ini berlaku...


sabtu tengahari, Farah dtg ke rumah makan tengahari. lepas solat zohor kami bertolak ke INS Specialist Centre. Farah nak buat scan 4D utk baby sulungnya yg sudah masuk 27 minggu. tapi semua buka service tu hari ahad. jadi aku bawa Farah jalan2...sbb keadaan dia yg mengandung dan badan aku tiba2 jadi alahan merah2...kami cuma sempat pergi ke Rumah Kelahiran Tun Mahathir Mohamad. kemudian makan mee rebus di Pantai Johor...balik ke rumah.




ahad pagi, lepas aku dgn abah pergi ambil no pin di LHDN, kami ambil Farah utk teman dia pergi buat scan 4D baby. hantar abah balik rumah dan bertolak ke INS Specialist Centre. aku sendiri baru tahu situ rupanya tempat specialist utk bersalin dan sakit puan. heheheh...


masa kami sampai dalam jam 10 lebih, orang mmg sangat ramai berbanding semalam yg tak ada orang langsung. semasa mendaftar, Farah lupa bawa buku merah dia (report card ibu mengandung). nasib baik mereka tak kisah. masa mendaftar kami dimaklumkan no giliran adalah no 26. no sekarang 13. seorang pesakit ambil masa lebih kurang 15 minit...wahhh..jenuh menunggu tu...sebab pukul 1 Farah kena balik utk program lain...

kami keluar beli barang dulu sementara tunggu giliran kami. dalam perjalanan terjumpa Putra Medical Centre (PMC)..tanya Farah nak cuba kat sini tak...kot2 tak ramai orang sini..Farah kata ok juga...selesai mendaftar,  dimaklumkan no giliran adalah 11..sekarang sudah no 8...Dr dah masuk pukul 9 tadi...ha oklah...kami tunggu....tunggu tunggu sampai pukul 1230pm...ohooiiiiii....nama tak dipanggil2...terus tanya nurse yg jaga bilik Dr tu...dia kata sekarang baru no 6, Dr baru start pukul 11 tadi...apakahhhhh??!!!...sabar2...mama ibu mengandung kena banyak sabar...

terus batal janjitemu dan balik semula ke INS. sbb nak ambil IC yg tinggal kat sana juga. sebelum bertolak ke INS tu pun dah telefon dan INS kata sekarang dan no 21. sampai di INS, tengok skrin bilik Dr, dah no 27..alamak...pergi kaunter, mereka suruh maklumkan nurse bilik Dr nanti mereka panggil nama...terus kami pergi duduk kat kerusi kosong dekat bilik Dr.aku senyum kat kakak di kerusi kosong tp dia pandang kami semacam...mungkin sbb kami duduk tempat suami dan anak dia kot...habis dah kosong..kami duduk sajalah...sabar2...ibu mengandung kena banyak sabar...


lepas beritahu nurse..kami tunggu...no giliran tukar no 28..kakak yg pandang kami semacam masuk...Farah dah gelabah...sbb dia nak kena cepat...nak kena beli barang lagi nnti...sabar sabar...lepas kakak pandang semacam keluar, nama kami pun dipanggil..oopss..nama Farah yg dipanggil...ok..

Dr Anuar namanya. memang dr sakit puan ni ramai lelaki kan...hmmm...tapi aku suka dr ni..lemah lembut, budi bahasa, sabar, dan sangat mesra pesakit. aku pula yg teruja siap aim nak dr macam ni juga la bila aku mengandung nanti...heheheh

selesai urusan scan 4D baby...Farah dapat gambar scan baby yg dicetak, CD gambar baby, sample susu baby dan vitamin...jumlah semua RM65 yg Farah kata murah la...Adem, suami Farah ada di KL...jadi aku sngatlah teruja dan dihargai utk tengok baby sulung mereka yg pertama kali juga scan ni sbb nak tau jantina...

lepas tu beli barang kat Rainbow dan The Store..hantar Farah balik kat tempat program....yeaaa....puas hati dapat buat banyak benda...balik rumah terus terbongkang tidur kepenatan...mengalahkan ibu mengandung aku ni kan...hahaha...

Hah...baby Farah lelaki ke perempuan??? ce teka ce teka!!!...


Monday, April 22, 2013

Kembara : Medan, Indonesia

19 Mac 2013, Selasa

jam 9 pagi..Jue, Mun dan aku bertolak dengan menaiki bas dr Sungai Nibong, Penang ke KL Sentral. dr KL Sentral ke LCCT lebih kurang jam 3 petang lebih dengan menaiki shutter bas harga RM8 seorang. sampai di LCCT, kami terus self check- in di mesin dan makan. jarak Tune Hotel dgn LCCT dalam 1 km. ada shutter bas ke Tune Hotel dgn bayaran RM1 seorang.

Sampai di Tune Hotel, terus check in dan kami diberi dua tuala, sabun & syampu..tapi tuala kena pulangkan balik masa check out...kami jg dimaklumkan yg kami diberi percuma utk guna aircond...aku dah agak sbb aku mmg dengar yg Tune Hotel ni semua kena bayar...Jue dgn Mun mmg terkejut dpt tau benda ni...dahsyat kan org sekarang nak buat duit...dah tu, bilik dia memang muat dua org sahaja...nak solat pun kena solat atas katil...sesuai la yg cuma nak transit saja...

Tune Hotel, LCCT
statement jumlah cas penggunaan elektrik 

sabun, syampu & tuala

ruang bilik

tak ada almari ok...cuma penyakut baju saja...

malam kami keluar sekali lagi untuk makan di LCCT...pusing punya pusing, akhirnya kami pilih makan di Old Town Cafe. di Tune Hotel kami semak waktu shutter bas...jangan risau sebab shutter bas dr Tune Hotel ke LCCT mmg 24 jam...

20 Mac 2013, Rabu

jam 645 pagi, kami naik shutter bas dr Tune Hotel ke LCCT. disebabkan Jue nak masukkan beg ke luggage..kami beratur di kaunter...jam 8.20 pagi selamat berlepas dan tiba di Medan jam 10.10 pagi...beza masa Malaysia cepat 1 jam dari Medan. selesai urusan bagasi, kami bertemu dgn tour guide dipanggil Rico..walau namanya begitu tapi muslim..destinasi pertama adalah ke Danau Toba dan bermalam di Pulau Samosir...



sebelum itu, kami selesaikan dulu urusan tiket ke Aceh untuk Jue. Jue terpaksa hadiri sebuah bengkel GIS di Aceh pada 22hb Mac nnti..jadi aku dan Mun akan pulang ke Malaysia tanpa Jue...

kami bertolak dengan menaiki Toyota Avanza atau kalau di Medan diberi nama Kijang...bayaran untuk pengangkutan, petrol, dan tour guide semua dalam RM260++ seorang...dalam perjalanan kami singgah makan tengahari di Restorang Simpang Tiga. bersih dan sedap. uniknya, setiap pinggan sudah ada nama lauk

Sebelum makan kami sudah diingatkan oleh Rico supaya jgn sentuh makanan sesuka hati sbb harga dikira ikut lauk mana yg kita sentuh dan makan. jadi kalau makan tak habis rugilah...terus kami pilih 3 jenis lauk sahaja utk makan...yg lain letak tepi dan ambil bau saja...hehehee

makanan tengahari pertama
Sambung perjalanan dan singgah di kedai menjual kacang-kacang sebagai buah tangan dr Medan. namanya pun unik...Teng Teng, Ting Ting, Tang Tang...hehehe..


teng-teng, ting-ting, tong-tong...courtesy wahidayatulaswa.blogspot

Kami tiba di Danau Toba dalam pukul 5 petang lebih. Istimewanya Danau Toba ini adalah kerana merupakan tasik semulajadi terbesar di Indonesia. terbentuk akibat letusan gunung berapi yg menghasilkan kawah dan kemudian menjadi tasik...asap letusan gunung berapi ini dulu katanya menyebabkan dunia tidak dapat cahaya matahari selama 6 tahun. lebih  lanjut boleh baca di sini http://tempat-wisata.net/sejarah-danau-toba.

Allahuakbar...

Jadi, sebelum ke Pulau Samosir, singgah solat di Masjid Raya sebelum menaiki feri untuk ke Pulau Samosir. sambil itu sempat bergambar dgn anak-anak yang sedang ada kelas mengaji. seronok sungguh mereka bergambar hingga dipanggil guru untuk masuk kelas...sungguh berbudi bahasa, mereka sempat mengucapkan

"terima kasih buk"...
anak-anak yg mengaji di Masjid Raya

Jue depan Masjid Raya, Danau Toba
Di Jeti pula, lain al-kisah dengan anak-anak di sini..sedang kami menangkap gambar, datang seorang kanak-kanak lingkungan 8-9 tahun merayu-rayu ingin nyanyikan lagu...sebab kami tidak faham dialeknya jd kami tidak hiraukan sehingga Rico menjelaskan...sbb penat dengar rayuannya, kami suruh dia menyanyi...dan kami pun hulurkan dalam Rp.2000...lama kemudian datang yg lain pula....tapi kali ini kami terus buat hati kering...bersalah pun ada tapi apakan daya...nama pun destinasi bajet...duit kecil pun tak banyak...

anak yg baju putih tu yang menyanyi lagu...

Anak-anak di sini pandai berenang...mereka berenang tanpa rasa geli dan takut..bayangkan berenang dgn air yang bercampur minyak feri dan lumut sana sini...silap2 habis kulit naik kudis...sudah tidak berbaju berseluar...aduhai..nasib baik anak-anak...

selepas kami di atas feri...anak-anak masih terus berenang di sisi feri sambil menjerit-jerit

"lempar wang kertasnya kak...wang kertasnya kak"

kata Rico..kita boleh baling telur dan mereka akan dapat tangkapnya...nak dapat telur jgn bimbang sbb ada orang yg menjualnya di atas feri. rezeki anak-anak tu, ada sekumpulan dr Malaysia juga yg melemparkan wang kertas RM1 yg baru...mmg tak basah la kan...dah polimer...dah tu sekejap saja disambar mereka...berebut2...
atas feri ke Pulau Samosir

Hampir maghrib juga kami sampai...menurut Rico, Pulau Samosir ini dihuni 100% penduduk beragama Kristian...jadi cuma ada satu sahaja kedai makan orang muslim..yg lain kalau tulis HALAL..belum tentu boleh percaya...

nasi ayam penyet di Pulau Samosir

selepas makan malam, kami check in di Samosir Villa..memang sangat puas hati di sini tapi sedikit kecewa sbb cuma semalam sahaja kami di sini...pagi esok kami kena bertolak ke Berastagi pula...oh..makanan di sini pun tak halal..jadi sarapan makan roti dan buah saja...

Samosir Villa


kolam renang mengadap tasik Toba

penginapan mengadap tasik Toba

21 Mac 2013, Khamis

Selesai sarapan, check out dr Samosir Vila, kami menuju ke tempat sejarah perkampungan suku Batak...menurut penceritaan, di Pulau Samosir inilah bermulanya suku Batak yang makan orang...tapi yg dikatakan makan orang itu adalah susulan dripada hukuman ke atas penjahat..antara jenayah yg dikenakan hukuman adalah perogol, pembunuh dll...

selepas dihukum pancung, hati dan jantung akan dimakan oleh orang-orang besar suku di kampung tersebut dgn tujuan untuk menghapuskan ilmu hitam si penjahat. badan yg lain akan dicampak di tasik Toba..jadi menjadi larangan utk semua penduduk dr memakan ikan, mandi, minum air dr tasik Toba selama 7 hari...tapi semua kini tinggal sejarah....sekarang tidak lagi...

demostrasi hukuman pancung orang Batak Pulau Samosir 

depan rumah ketua pembesar kaum Batak

Kami meneruskan perjalanan ke untuk ke Berastagi...sekali lagi kami perlu menaiki feri...ke singgah makan tengahari di Simarjarunjung...kata Rico, terkenal singgah di sini untuk minum teh halia dgn pisang goreng. alang-alang kami di sini, terus kami makan tengahari di sini..

feri ke tanah besar

saujana mata memandang tasik Toba...SubhanaAllah

makan tengahari di Simarjarunjung

pisang goreng & teh halia


selepas makan, sambung perjalanan dan singgah pula di Air Terjun Sipiso-piso...kata Rico lagi, namanya Sipiso-piso sebab airnya tajam seperti pisau...air inilah yang mengalir terus ke tasik Toba...

air terjun Sipiso-piso

teruskan perjalanan dan tiba di Berastagi hampir jam 4 petang lebih. Berastagi ni ibarat di Cameron Highland. singgah di kawasan pasar (macam Tanah Rata)...unik kat sini ada kuda yg disediakan utk naik...ada buah-buahan, pokok-pokok, makanan dll...

aneka buah-buah di Berastagi

kami check in di hotel Green Garden, Berastagi jam 6 petang...malam keluar makan dan lepak2...tak ada yang menarik sangat di sini...cuma kami jumpa kerang rebus yang SubhanAllah besarnya!!!...kagum kami tengok dan pelik orang sana tengok kami pula...hahahah...
lepak di gerai tepi jalan
kerang rebus dan satay kerang
Jue yg kebosanan tengah studi untuk bengkel GIS...hehehe

22 Mac 2013, Jumaat

Sarapan nasi goreng (di sini jgn bimbang pasal makanan)...jam 9 pagi bertolak kembali ke Medan...tiba di Medan hampir jam 12 tengahari...pergi membeli belah..melawat Istana Maimoon yg kini menjadi muzium...singgah makan tengahari...kemudian hantar Jue ke Airport sbb Jue kena bertolak ke Aceh utk bengkel training GIS...Mun dan aku pula akan bermalam di di Hotel Grand Sakura, Medan sebelum bertolak pulang ke Malaysia esok malam...

pintu masuk istana Maimoon

Malam, aku dan Mun keluar makan di food court yg siap ada band lagi. banyak pilihan makanan di sini dan moden juga.

persembahan band
suasana food court
nasi soto...begini soto mereka


es teler...ala-ala cendol kita juga



23 Mac 2013, Sabtu
bandar Medan

check out dr hotel jam 12 tengahari...bertolak membeli belah di Fashion Outlet dan sebuah butik barangan batik dan telekung...makan tengahari sekali lg di restoran Sayang Uda...Solat di Masjid tertua di Medan...

jus Avocado + coklat yg pekat dan sedap...

makan tengahari di Restorang Sayang Uda
masjid tertua Medan
singgah jalan-jalan di pusat beli belah Yuki Shopping...jam 5 petang, bertolak ke Rumah Sakit Sundari..ziarah adik Rico yang baru saja melahirkan bayi perempuan...

Mun yg kebosanan menghabiskan masa  tunggu nak balik..hehehe

bayi perempuan..anak buah pertama Rico...seronok lah sudah jadi pak cik

jam 7 bertolak ke airport...perlu bayar tax airport Rp 75,000 seorang atau RM25..jam 11 malam tiba di LCCT Kuala Lumpur...bermalam di rumah Acu Win, ibu saudara Mun di Kajang...

muka gembira nak balik Malaysia...
24 Mac 2013, Ahad

pagi Ahad, aku ke stesen bas Kajang..dapat bas Etika..ingatkan terus ke Pulau Pinang tapi rupanya kena tukar bas di Puduraya...nasib baik jumpa seorang student USM yg nak balik Pulau Pinang juga...aku ikut saja dia sebab dia memang orang Kajang dan dah biasa...bagus dia jaga aku baik je takut aku tersesat...hehehe....

Jam 5 petang selamat tiba di rumah...

alhamdulillah...

tersemat rapi kenangan sepanjang perjalanan ini...

Tuesday, April 9, 2013

Diary 74: Bukit Bendera

Hujung minggu lepas aku tidak pulang ke Alor Setar. sebab mama dgn abah ke KL melepas rindu kepada cucu Umar Fahim. jadi aku manfaatkan sepenuhnya hujung minggu dengan aktiviti yg sepatutnya sbg  anak dara..heheee...

Hujung minggu ni beginilah utk aku kemas rumah;sapu sampah, mop lantai, basuh baju, basuh bilik air dan memasak,...ewahh...suri rumah sangat...tapi pagi sabtu tu aku telah ditugaskan satu tugasan yg memerlukan aku ke Bukit Bendera...wahhh...lama kot tak pi Bukit Bendera...kali terakhir tahun 2007 tak salah.

Walaupun hujan rahmat turun dgn lebat dan mencurah-curah sepanjang tugasan, namun tetap kami laksanakan tugasan dgn jayanya. oh ya...tugasan ini dilakukan dgn Siti Aisyah atau Che Ah. coursemate School Bio masa undergrad dulu...

hampir jam 9 lebih kami bertolak ke Bukit Bendera. sebelum tu sempat bersarapan di Kafe Fajar Harapan. Ini adalah kali pertama aku pergi sendiri ke Bukit Bendera. disebabkan bukan cuti sekolah dan hujan. parking kereta tidak menjadi masalah. harga parking adalah RM4.



Untuk naik train Bukit Bendera pula, harga tiket adalah RM8 utk orang dewasa. tapi sebb Che Ah masih pelajar, dia dapat diskaun 50%..jadi cuma perlu bayar RM4 saja...tapi kena tunjuk kad pelajar. masa nak beli  tiket ni juga kena tunjuk IC.





dah sampai di Bukit Bendera, hujan masih turun dgn lebatnya. jadi kami pun terpaksa lepak2 dulu sementara tunggu hujan renyai2...sambil2 tu tugasan tetap kami laksanakan...



dalam jam 12 lebih, hujan dah renyai2...kami pun berjalan2 sambil berpegangan tangan..hahahah....tak tau nak pi mana pun..sbb hujan jadi pergerakan pun terbatas...tapi tugasan meminta kami untuk ke Muzium Burung Hantu atau Owl Museum...sekali lagi harga tiket adalah RM10 dan pelajar macam Che Ah dapat diskaun 50%...untunglahhhh...hehehe...


dalam muzium ni dipamerkan hasil2 kraftangan dan koleksi perhiasan bentuk Burung Hantu...siapa yang minat Burung Hantu mesti suka atau pun yg suka jadi hantu pun boleh....heheheee...boleh ambil gambar di sini....







Ada juga bahagian untuk aktiviti kanak-kanak...kerusi, patung2 semua bentuk burung hantu...dah penat cuci mata kami mengisi perut di kafe yang disediakan di bahagian atas muzium ini...aku dan Che Ah pakat pekena  laksa Penang sbb masing2 kenyang lagi makan nasi lemak pagi tadi..



hampir jam 3 petang lebih kami dimaklumkan bahwa tugasan kami sudah selesai (padahl minta tugasan tamat cepat), jadi kami bertolak meninggalkan suspek...oopsss...kantoi....ok2...nnti cerita lain...hehehe...