Followers

Wednesday, 28 February 2018

ZENITH Bayar RM19 Juta Untuk Selesaikan Isu TEROWONG ?


Isu terowong DAP di Pulau Pinang masuk ke satu peringkat lagi apabila dilaporkan pihak Zenith telah membayar sebanyak RM19 juta kepada seorang ahli perniagaan bernama Dato’ Gnanaraja Gnanasundram (bekas BOD Air Asia).

Dikatakan juga beliau dan isterinya bekas model adalah pasangan yang sering menjual nama pemimpin negara dan pemimpin lain dalam apa yang disebut sebagai penipuan terancang bagi mengaut keuntungan mudah.

Bukan benda main-main ni sebab ianya melibatkan skandal projek terowong di Pulau Pinang yang sampai ke hari ini masih belum dapat diselesaikan lagi.

SPRM pula hari ini telah mengesahkan pihak mereka telah menahan seorang ahli perniagaan kerana dipercayai menerima rasuah berjumlah RM19 juta bagi menutup kes projek mega terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.

Fuh bayar sebab nak tutup kes terowong beb ! 

Jadi jelaslah pihak yang menawarkan projek tu pun dah dituduh terlibat dalam RASUAH dan bagi pula projek tu kepada syarikat yang turut sama mengamalkan RASUAH semata-mata untuk selesaikan isu terowong.

Apa nak jadi Pulau Pinang ???????

MMI tambah lagi SPRM dalam kenyataannya kepada media kata suspek yang berumur 37 tahun itu menerima wang berkenaan daripada Zenith selepas beliau dikatakan mampu ‘menyelesaikan’ siasatan yang dijalankan oleh SPRM.

Menurut sumber, Zenith membayar wang berjumlah RM19 juta itu secara berperingkat sekitar Julai dan Ogos tahun lepas.

"SPRM menjalankan siasatan terhadap kajian projek mega di Pulau Pinang itu dan suspek berkemungkinan meyakinkan sebuah syarikat bahawa dia mampu menutup dan menyelesaikan siasatan yang dijalankan oleh SPRM.

"Pembayaran sebanyak RM19 juta sudah dilakukan dengan pembayaran pertama sebanyak RM2 juta adalah pada bulan Julai tahun lalu di rumah suspek,” kata sumber itu kepada Bernama hari ini.

Menurut sumber, bayaran kedua iaitu sebanyak RM15 juta pula dilakukan pada bulan sama dan pembayaran ketiga dan terakhir pada Ogos tahun lepas.

Wooo tanpa sedar di waktu banyak pihak mempertikaikan tentang projek terowong termasuklah pihak kementerian terlibat yang masih menantikan dokumen dari kerajaan DAP Pulau Pinang, puak-puak ni boleh pula usaha cari jalan nak bagi rasuah.

HEBAT sungguh syarikat yang Guan Eng percaya ni !

Sementara tu nama Datuk Azeez Rahim pun dikaitkan sekali dan pengakuan itu dibuat oleh si PERASUAH syarikat Zenith sendiri kononnya telah membayar DatuK Azeez sebanyak RM3 juta untuk khidmat rundingan pengurusan risiko dan pematuhan peraturan.

Betul ka Datuk ?
‘Saya tak pernah jumpa Zarul, tak pernah berurusan dengan Zenith’
27 FEB: Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim hari ini menafikan pernah berjumpa dengan Ketua Pegawai Eksekutif Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd, Zarul Ahmad Mohd Zulkifli berhubung projek terowong bawah laut Pulau Pinang.
Malah Azeez juga menjelaskan tidak tahu menahu mengenai RM3 juta apatah lagi menerima wang tersebut daripada firma itu.
“Saya tidak pernah jumpa (CEO Zenith) Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dan saya juga tidak mempunyai urusan dengan syarikat pembinaan itu.
“Saya tidak tahu apa-apa mengenai jutaan ringgit yang kononnya dibayar kepada saya, atau apa-apa kerja rundingan yang berkaitan dengan terowong itu,” katanya dipetik laporan Mkini.
Azeez yang mengesahkan menerima surat tuntutan daripada Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd berhubung kerja-kerja rundingan berkaitan projek terowong bawah laut Pulau Pinang melalui pos berdaftar hari ini tetapi berkata dakwaan itu jelas tidak benar.
Tambahnya akan mendapatkan nasihat peguamnya dan akan ‘mengambil tindakan terhadap mereka’. bnbbc
Kalau MMI sebut 'JELAS Azeez tak bersalah' nanti ada yang kata MMI berat sebelah so kita serah kepada pihak SPRM buatlah siasatan dan Datuk Azeez segeralah buat tindakan terhadap pihak Zenith sebab kalau benda tak betul tak perlu nak melenting dan takut macam si Guan Eng tu.

Guan Eng pula 'Wa mana tau' !!!!!!
PULAU PINANG – Ketua Menteri, Lim Guan Eng mendakwa tidak mengetahui mengenai bayaran sebanyak RM22 juta yang dibuat syarikat pemaju utama projek terowong dasar laut, Konsortium Zenith Construction Sdn. Bhd. (CZCSB) kepada dua individu.
Sambil melahirkan rasa terkejut dengan perkembangan itu, Guan Eng mendakwa, beliau hanya mengetahui mengenai perkara tersebut menerusi laporan media.
“Syarikat kontraktor itu tidak menghubungi kerajaan negeri untuk memaklumkan apa-apa mengenai perkara ini, kami hanya mengetahui menerusi laporan media hari ini.
“Jadi kerajaan negeri akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada konsortium itu berhubung perkara ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. theRakyat
 Melihat kepada semua perkara diatas maka MMI simpulkan situasinya begini ;

Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang perlu bertanggungjawab terhadap isu yang dibangkitkan kerana ia tetap melibatkan kerajaan negeri di bawah pentadbirannya.

1.Maka kerajaan DAP Pulau Pinang perlu mengambil tindakan terhadap Zenith sekiranya siasatan dan tuduhan berlakunya rasuah seperti mana yang dilaporkan oleh SPRM.

2.Sekiranya TERBUKTI Zenith mengamalkan RASUAH maka kerajaan DAP Pulau Pinang perlu membatalkan semua projek khususnya melibatkan projek terowong dengan Zenith kerana syarikat tersebut mengamalkan RASUAH.

3.Sekiranya terbukti, Guan Eng selaku Ketua Menteri perlu bertanggungjawab terhadap kehilangan jutaan ringgit wang rakyat yang telah dibayar kepada syarikat terbabit dan memulangkannya semula kepada kerajaan negeri.

4.Sekiranya terbukti, Guan Eng perlu mengembalikan semula semua tanah-tanah tambakan atau apa jua bentuk aset kekal yang telah dipindah milik kepada Zenith (sekiranya ada).

5.LIM GUAN ENG PERLU MELETAKKAN SEMUA JAWATAN dan SEGERA KELUAR DARI PULAU PINANG.

Rasanya semua kat atas tu adil kot !

PRU14 Penangites your call .. Tunggu lagi kasi tukar !

MMI

Tuesday, 27 February 2018

Mahathir Nak Guna LOGO Apa DAP ?


PETALING JAYA 27 Feb. - Pakatan Harapan memutuskan untuk menggunakan satu logo atau simbol apabila bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan itu akan dilakukan sekiranya Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak memberi maklum balas terhadap permohonan gabungan berkenaan untuk didaftarkan secara rasmi.

"Semua parti akan gunakan satu logo sama ada dilulus atau tidak, kita akan guna satu logo sebagai identiti kita dalam pilihan raya akan datang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden pakatan pembangkang itu di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya, pakatan pembangkang itu masih belum menetapkan logo atau simbol parti mana sama ada PKR, DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau Parti Amanah Negara (Amanah). Bernama

MMI kata melihat kepada betapa akrabnya Tun Mahathir dengan DAP maka tak mustahil beliau akan membuat pengumuman untuk menggunakan logo DAP pada PRU14 nanti.

Malah Tun Mahathir dah sebut semua parti dalam Pakatan Haprak akan guna satu logo sebagai identiti mereka jadi kalaulah tiba-tiba puak-puak ni kata kita guna logo PKR atau logo PAN bukannya DAP ... Agak-agak ampa DAP akan kata apa ?

DAP sanggup tak guna logo PKR atau PAN ?

Hahaha ....

Tidak Mustahil Tun M & Mukhriz Bertanding Atas Tiket DAP -Tunku Aziz

Disebabkan PPBM yang semakin berkecamuk dan Pilihan Raya Umum semakin dekat, tidak mustahil Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan bertanding atas tiket DAP, kata bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Beliau berkata Pengerusi PPBM, Dr Mahathir dan anaknya yang juga Naib Pengerusi PPBM, Mukhriz memerlukan sebuah parti yang kuat untuk menang pada PRU 14 dan parti itu adalah DAP.

“Partinya itu (PPBM) menghadapi banyak masalah. Pilihan raya semakin dekat..kalau parti itu tidak bersedia terpaksalah dia kena cari jalan lain.

“Jalan lain itu ialah kena masuk parti macam DAP kerana parti DAP ini bolehlah jamin dapat undi Cina,”kata Tunku Aziz dalam kenyataan media hari ini. aidc

Well macam-macam kan ? Yang penting MMI tengah tunggu apa yang puak-puak ni nak buat, kita tengok siapa paling BERKUASA dalam Pakatan Haprak !

MMI

Monday, 26 February 2018

Aksi Azmin Dengan Pendakap Leher Sama-Sama Jahanam


Aksi Azmin yang memakai pendekap leher ternyata mencuit hati para netizen khususnya bagi mereka-mereka yang mengikuti perkembangan politik tanahair.

Azmin dilaporkan mengalami sakit belakang dan kerana proses rawatan maka dia perlu memakai pendakap leher.

MMI tak kisahlah Azmin nak berubat ka apa ka, kalau dah sakit maka kenalah cari ubatnya tapi yang menggelikan hati adalah keadaan itu seolah-olah mengulangi situasi yang hampir sama satu ketika dahulu.

Pasti ramai yang masih ingat Anwar Ibrahim juga tiba-tiba sakit belakang dan memakai pendakap leher yang hampir sama.

Cuma dalam situasi Anwar, selain daripada pendakap leher tu ada video rakaman yang tersebar dan memperlihatkan bagaimana seorang lelaki berusia setengah abad yang mengadu sakit belakang mampu untuk melakukan aksi-aksi yang tidak mampu dilakukan oleh mereka yang sakit belakang.

Lebih dasyat lagi Anwar pakai sendiri pendakap tu hahaha



So dalam kes Azmin ni sakitnya tuh sampai ke tahap mana ?

Boleh pakai dan buka pendakap sendiri tak ?



Apa pun kita hanya mampu merancang selebihnya adalah kuasa yang maha esa dan kerana itu akhirnya Anwar Ibrahim di penjarakan kerana MELIWAT !

Manakala Azmin pula macam mana ?

Kes tanah di Ijok tu dah selesai ka Min ?

Katanya banyak benda yang berlaku di Selangor telah memburukkan keadaan Pakatan Haprak itu sendiri dan sudah ada bunyi-bunyi dari dalam Pakatan Haprak khususnya PKR dan DAP yang mula menganggap Azmin ni adalah satu liabiliti kepada mereka.



Apakah semua ini satu lagi lakonan politik dari pemimpin Pakatan Haprak ?

Apa pun aksi yang dipertontonkan kepada rakyat oleh kedua-duanya (Anwar dan Azmin), MMI yakin kedua-duanya sama-sama jahaman sebab banyak berbohong dengan rakyat !

Azmin sehingga ke hari ini masih lagi gagal menjawab soalan demi soalan yang dibangkitkan khusus berkenaan isu tanah di Ijok !

Antara yang mempersoalkan tentang isu ini adalah Faekah Husin, pegawai khas kepada Tan Sri Khalid Ibrahim yang Azmin dan kuncu-kuncunya GULING satu ketika dahulu.

Faekah berkata di sebalik kenyataan yang berjela-jela serta serangan dan sindiran terhadap mantan Menteri Besar, tiada satu pun fakta yang dapat menjelaskan isu pokok yang kita telah ketengahkan iaitu mengapa kerajaan negeri culas, bertindak secara cuai dengan memberhentikan proses mahkamah yang diambil terhadap pemaju curang meskipun Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan memihak kepada kerajaan Negeri?

Kedua, mengapa Menteri Besar memilih jalan yang menguntungkan dua syarikat gagal yang juga penyebab kepada seluruh kemelut tanah di Ijok? Dua persoalan ini tidak terjawab! Baca selanjutnya

MMI kata kalau benar dah sakit maka carilah penyembuhnya tetapi kalau ada sesuatu PERCAYALAH ianya akan terbongkar akhirnya !

Soalnya Azmin bersedia tak ?

MMI

Sunday, 25 February 2018

Robert Kuok Jangan Lupa Daratan


Tokoh korporat, Tan Sri Robert Kuok, diingatkan supaya tidak lupa daratan, susulan dakwaan individu terkaya di Malaysia itu, mahu menjatuhkan Barisan Nasional (BN) demi mengangkat DAP sebagai pengganti.

Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Razlan Rafii, berkata Kuok perlu menyedari peluang diberikan kerajaan BN selama ini, yang membolehkan beliau berada pada kedudukan hari ini.

"Jika benar dakwaan itu, dia (Kuok) mungkin sudah lupa daratan, lupa tempat dia mencari rezeki dan siapa yang beri dia peluang dulu.

"Hakikatnya, Robert Kuok juga tak pernah bantu peniaga Melayu, sebaliknya sentiasa melebihkan orang Cina saja," katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau mengulas tulisan Raja Petra Kamaruddin menerusi portal Malaysia Today, yang mendakwa, Kuok mempunyai agenda untuk menjatuhkan BN dan digantikan dengan DAP, bagi membolehkan kaum Cina memerintah negara, sama ada secara langsung atau di belakang tabir.

Raja Petra turut mendakwa, Kuok menentang Dasar Ekonomi Baru (DEB) ketika pelancarannya pada 1970, dan menyuarakan bantahan itu kepada pemimpin UMNO, seperti dilaporkan akhbar Singapura, The Straits Times pada 4 Disember tahun lalu.

Pada 2017, Forbes melaporkan Kuok, 94, mengetuai senarai individu terkaya di Malaysia, dengan nilai bersih kekayaan berjumlah AS$11.4 bilion, hasil penguasaan dalam sektor perdagangan minyak sawit, perkapalan dan hartanah.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, menyifatkan Kuok sebagai seorang yang tidak tahu berterima kasih, jika dakwaan berkenaan adalah benar.

"Jika benar Kuok mahu mengangkat DAP bagi membolehkan kaum Cina memerintah negara, DAP perlu menyatakan pendirian mereka, adakah parti itu sebenarnya mahukan kerajaan yang diperintah orang Cina.

"Adakah DAP juga mahu menghapuskan DEB dan menentang hak keistimewaan orang Melayu dan adakah benar Kuok penyumbang besar dana politik DAP.

"Kuok sebenarnya tidak perlu lagi campur tangan urusan di Malaysia kerana dia sudah lama meninggalkan negara ini, dan status kerakyatannya ketika ini pun tidak dapat dipastikan," katanya. -BH

Rakyat Malaysia khususnya orang-orang Melayu perlu menerima hakikat bahawa ada dikalangan mereka-mereka diluar sana begitu mencemburui keistimewaan yang dimiliki oleh orang-orang Melayu sejak negara mencapai kemerdekaan.

Walaupun realitinya mereka harus bersyukur kerana kehadiran mereka yang dulunya dibawa sebagai hamba dan tenaga kerja akhirnya diterima oleh masyarakat Melayu untuk bersama-sama hidup di bumi Malaysia.

Seharusnya mereka perlu berpegang kepada asas itu dan sama-sama berusaha untuk membawa Malaysia agar terus berjaya bukannya menjadi dalang mahu menjatuhkan kerajaan yang dulunya membela mereka.

Begitulah sikap mereka seolah-olah ANJING YANG MENGGIGIT si PELEPASNYA daripada TERSEPIT !

MMI

Saturday, 24 February 2018

KELANTAN Cukuplah 28 Tahun BN TAWAR Diri


Ramai yang kat luar sana kata UMNO yang menerajui BN kini sudah bersama dengan PAS.

Satu andaian yang dibuat berdasarkan kepada hubungan yang terbina atas dasar kepercayaan dan pemahaman betapa prinsip dan asas di antara kedua-dua parti yang selama ini bersaing akhirnya mampu duduk bersama.

Isu membabitkan hubungan ini kemudiannya ditularkan lagi oleh kalangan Pakatan Haprak kerana mereka sedar dan tahu sekiranya ia benar-benar berlaku atas persetujuan politik maka ruang dan peluang Pakatan Haprak untuk terus meracuni pemikiran rakyat bakal berkubur.

Sebab itu kita dapat melihat bagaimana pemimpin seperti Tun Mahathir, Lim Kit Siang, Mat Sabu dan sebahagian lagi dari PKR sering menyerang PAS dan mula mensasarkan pemimpin dan dasar parti itu yang dulunya dianggap sahabat.

Walaupun semua itu dipersembahkan kepada rakyat seluruhnya, realitinya antara UMNO dan PAS kedua-duanya masih lagi parti politik yang berlainan kem.

PAS kekal sebagai parti tunggal yang kini membawa haluan sendiri dan hanya bersama dengan Gagasan Sejahtera dan baharu sahaja melancarkan manifesto mereka semalam.

Manakala UMNO kekal menerajui BN bersama-sama dengan parti-parti komponen yang lain.

Bagi MMI hubungan yang terbina dan terbentuk itu adalah proses kematangan politik yang telah ditunjukkan oleh kedua-dua parti (UMNO dan PAS) dalam perkara-perkara tertentu yang dirasakan membawa manfaat kepada rakyat selebihnya kedua-dua parti masih lagi berbeza kem.

Kerana itulah BN sentiasa berusaha untuk membela rakyat dan bagi menghadapi PRU14 yang akan datang BN sekali lagi menawarkan perkhidmatan kepada seluruh rakyat Kelantan supaya negeri itu dapat terus dibangunkan seterusnya muncul sebagai antara negeri yang berjaya di Malaysia. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, sepanjang pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini, Datuk Seri Najib Razak, peruntukan dan pembangunan untuk rakyat Kelantan tidak pernah berkurangan walaupun di bawah pentadbiran PAS

Beliau berkata, sepanjang 28 tahun Kelantan ditadbir PAS, pihaknya reda dan terus membantu rakyat Kelantan kerana menganggap itu adalah tanggungjawab.

"Saya ingatkan diri dan rakan-rakan, cukuplah 28 tahun Allah beri peluang kepada PAS. Kali ini saya mengajak rakyat Kelantan supaya berterima kasih kepada Kerajaan Pusat yang banyak membantu selama ini secara menzahirkan menerusi sokongan ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

"Rakyat Kelantan harus memilih kerajaan dan parti yang memberi, kalau tidak, kita dikira tidak bersyukur. Marilah berterima kasih kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO tanda syukur kepada Allah.

"Kita merasakan bahawa angin perubahan sudah sampai dan bertiup kencang. Namun saya ingatkan kepada rakan supaya tidak memburuk dan melemahkan orang serta parti lain, sebaliknya cerita kepada rakyat mengenai kelebihan parti kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sepetang Bersama Rakyat di Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di Tendong, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalannya, Datuk Ahmad Jazlan Yakob dan Timbalan di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Pada masa sama, Ahmad Zahid memberi jaminan akan melakukan pembaharuan secara menyeluruh termasuk peruntukan dan projek di Kelantan, sekiranya berjaya menawan negeri itu pada PRU-14.

"Inilah saat terbaik Kerajaan Pusat membuktikan kepada rakyat Kelantan bahawa kita sentiasa membantu rakyat di negeri ini," katanya. rujukan Sinar

Yang menarik perhatian MMI adalah sikap yang ditunjukkan oleh Timbalan Perdana Menteri, walaupun berkempen beliau mengingatkan kepada semua pihak di Kelantan supaya jangan memburukkan mana-mana individu mahupun parti sebaliknya berkempen dengan berhemah iaitu menawarkan pilihan dan kelebihan yang dimiliki.

Selebihnya adalah keputusan RAKYAT.

Inilah sebenarnya KEMATANGAN politik  !

SYABAS !

MMI

Friday, 23 February 2018

Hubungan Tun M Dengan ISRAEL , Kenapa Sekarang MEMBISU ?


Seharusnya isu membabitkan hubungan dengan negara Israel hanya kerana kemasukan diplomat UN ke Malaysia baru-baru ini tidak perlu dibangkitkan dan dimanipulasi oleh pembangkang memandangkan ianya akan berbalik kepada pendirian dan prinsip parti pembangkang itu sendiri.

Semua orang sedia maklum bahawa sehingga ke hari ini tidak ada mana-mana pihak dari kalangan pembangkang khususnya DAP yang tampil menyaman bekas ahli DAP Razali yang telah mendedahkan bahawa wujud hubungan antara Israel dan DAP membabitkan dana bernilai RM1.2 bilion. Baca artikel yang MMI siarkan sebelum ini KLIK

Semuanya membisu !!!! Senyap sunyi !!! Kalau ada sekalipun ianya lebih kepada provokasi penambah rasa untuk mengelirukan rakyat kononnya kerajaan Malaysia cakap tak serupa bikin.

Sebagai pemerhati politik sudah tentunya MMI menyanggah tuduhan sedemikian kerana sedar bahawa dasar dan pendirian kerajaan Malaysia adalah jelas menolak sama sekali sebarang tindakan Israel yang melibatkan kedaulatan Islam dan orang-orang Islam khususnya di bumi Palestin.

Jelas dan terang cuma dalam keadaan tertentu apatah lagi ianya melibatkan kuasa besar seperti United Nation yang Malaysia sendiri adalah anggotanya, maka beberapa perkara perlu dilihat dan dinilai berdasarkan kepada asas pertubuhan United Nation itu sendiri.

Menerima kemasukan itu tidaklah bererti kerajaan Malaysia telah menggadai MARUAH dengan terus memberikan SOKONGAN SEPENUHNYA terhadap semua tindakan ISRAEL kerana pendirian kita terhadap isu global adalah jelas.

Seperti yang pernah MMI jelaskan dalam artikel lalu, apakah kemasukan diplomat itu telah menyebabkan arah dan dasar negara berubah ?

Adakah ianya terlalu penting sekiranya kita bandingkan dengan isu yang dibangkitkan oleh Razali berkenaan dana RM1.2 bilion yang diterima DAP ?

Bukan itu sahaja, bagaimana pula dengan dakwaan bahawa pakar risikan Israel terlibat dalam melatih G17 atau kumpulan 17 pakar strategi DAP yang diketuai Tony Pua dan Guan Eng yang sering ke Singapura menemui wakil Kedutaan Israel ?

Bukankah ianya jauh lebih membahayakan ?

MMI nak bagi satu contoh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah sendiri pernah keluar negara dan bertemu dengan waris kumpulan pengganas yang telah menyerang bumi Sabah sehingga mengorbankan nyawa pasukan keselamatan negara !

Malah siap bergambar lagi !!! Kenapa perkara tersebut didiamkan pemimpin pembangkang ?


Apa agenda ? 

Dan jika isu membabitkan diplomat UN itu dianggap sebagai satu tindakan yang tidak wajar dan perlu ditolak sama sekali MAKA MMI sifatkan pembangkang sama ada PKR, PAN mahupun DAP HARUS turut MENOLAK TUN MAHATHIR dan PPBM kerana pemimpinnya (Tun M) sebelum ini dilaporkan mempunyai hubungan yang jauh lebih hebat dengan pemimpin dari negara ISRAEL.

Bukan sahaja mempunyai hubungan tetapi dilaporkan turut melibatkan pembayaran sejumlah dana yang mencecah JUTAAN RINGGIT kepada pelobi ZIONIS semata-mata untuk mengaturkan satu pertemuan dengan BUSH.

Ini BUKTINYA ...


Malah portal pro pembangkang Mkini turut membuat laporan berkaitan isu terbabit pada 26 Jun 2006 yang lalu ;


Malah sebelum ini pemimpin PKR sendiri pun pernah membangkitkan perkara yang sama namun pada hari ini pemimpin itu MEMBISU SERIBU BAHASA !


Pesan MMI janganlah kerana Tun Mahathir hari ini telah berada di sebelah pembangkang maka segala tuduhan dan dakwaan pembangkang sebelum ini dianggap sekadar MELAWAK dan ACAH-ACAH !

Pembangkang sering mengalunkan laungan kononnya mereka begitu BERSIH bebas dari segala macam RASUAH dan SALAH GUNA KUASA malah mengaku sebagai sebuah kerajaan yang BERJIWA RAKYAT, PEDULI RAKYAT serta menggunakan dasar CEKAP AKAUNTIBILITI dan TELUS.

Di mana semua pengakuan itu ?

Mana MARUAH semua pemimpin pembangkang sekiranya Tun Mahathir boleh di BAIL OUT hanya kerana hari ini bersama PEMBANGKANG ?

Justeru itu jelas kepada kita bahawa apa yang dilakukan oleh pembangkang pada hari ini hanyalah tindakan terdesak untuk memburukkan kerajaan BN memandangkan situasi terkini iklim politik di tanahair dilihat banyak pihak khususnya oleh para penganalisis politik memihak kepada BN.


Mengambil kira semua perkara diatas, sebagai penulis kepada blog ini, MMI optimis bahawa semua bentuk serangan oleh pembangkang membabitkan isu ISRAEL ini adalah amat TIDAK RELEVAN sama sekali.

Kenapa membisu ?

MMI

Thursday, 22 February 2018

Pulau Pinang Merintih ! Apa Lagi Yang Boleh Mereka Harapkan ?


Telah banyak pendedahan dibuat berkenaan kelemahan melampau pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang sehingga rakyat sudah tidak lagi berasa selesa.

Keadaan ini diperakui oleh rata-rata masyarakat Pulau Pinang dan sejak 2008 yang lalu kita dapat menyaksikan bagaimana kerakusan kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah pentadbiran Lim Guan Eng sehingga orang Melayu bangkit menyuarakan bantahan mereka.

Manakan tidak di waktu permulaan DAP berkuasa nafsunya hampir menyerupai penjajah Jepun sewaktu melanggar Malaya.

Ramai orang Melayu khususnya para peniaga kecil-kecilan terkesan dengan tindakan pihak berkuasa sehingga ada dikalangan peniaga ini meraung-raung kerana tindakan yang disifatkan sebagai tidak berhati perut.

Mereka yang berada di komtar pula langsung tidak memikirkan nasib rakyat malah kebangkitan orang-orang Melayu ini dianggap sebagai remeh kerana berasa selesa dengan KUASA yang ada ditangan.

Malah dalam semua keadaan itu suara-suara dari akar umbi ini turut melibatkan kaum-kaum lain.

Antaranya ;







Lebih teruk lagi satu persatu isu mula timbul sehinggalah kepada soal rasuah, salah guna kuasa, pembangunan yang jelas tidak seimbang sehinggalah kepada kejadian banjir yang merimaskan para penduduk termasuklah mereka-mereka yang tinggal di Georgetown.

Kalau kita melihat isu perumahan pula, rata-rata warga Pulau Pinang khususnya generasi muda hampir pasti sukar untuk mendapatkan rumah mampu milik kerana sikap pemimpin DAP yang suka berdolak-dalih malah telah dilaporkan punca kepada kenaikan kos perumahan adalah disebabkan oleh polisi kerajaan DAP Pulau Pinang sendiri yang menaikkan caj-caj pembinaan.

Soalnya apa yang kerajaan DAP Pulau Pinang lakukan mengatasi permasalah demi permasalahan yang semakin membimbangkang ini ?

Nak harapkan dasar CAT ? 

Nak harapkan perancangan projek Penang Transport Master Plan (PTMP) yang dilihat semakin mencurigakan itu juga sebenarnya bukanlah perancangan yang sebenar-benarnya memberi impak kepada golongan atau kalangan mereka di peringkat pertengahan sebaliknya menguntungkan pihak-pihak tertentu dan hanya bersasar kepada golongan eletis atau mereka-mereka yang kaya raya.

Lebih membimbangkan kerakusan penjualan tanah dan hak milik ini kemudiannya telah berpindah kepada pegangan asing.

Makanya apa lagi yang boleh warga Pulau Pinang harapkan ??

Dengar rintihan warga Pulau Pinang ini setelah kepercayaan mereka dikhianati oleh DAP dan seterunya Pakatan Haprak !



Pastinya PRU14 bakal tiba dalam tempoh waktu terdekat, warga Pulau Pinang harus mengambil peluang ini untuk merubah hidup sendiri kerana BN bukan sahaja bersedia tetapi punya track record perkhidmatan terhadap rakyat yang sukar ditandingi oleh mana-mana pihak.

Cuma bagaimana kamu wahai warga Pulau Pinang menggunakan mata pen pada hari pengundian nanti.

Ayuh JANGAN MERINTIH lagi kita MERINTIS jalan untuk mencipta Pulau Pinang yang lebih baik untuk semua !

MMI

Soalan Cepu Emas Apa Dyana Jawab ?


Jom tinjau aksi spontan Dyana Sofya apabila diajukan soalan cepu emas !



Dyana kata MASYARAKAT SUKA MEMANGSAKAN WANITA ???

Siapa MASYARAKAT tu ?

Hakikatnya 2 panel yang terlibat dalam program bicara yang disiarkan secara langsung oleh Sinar Harian Online amat berbeza.

Karektor antara Dira Abu Zahar, Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dengan Dyana Sofea Mohd Daud, Ahli Majlis Eksekutif Pemuda DAP telah memperlihatkan kepada kita bahawa dasar politik yang dibawa oleh kedua-duanya telah memainkan peranan khususnya dalam menjawab soalan yang dikemukakan.

Nampak ketara beb ..


Dira Tenang Atasi Dyana Dalam PRU14: Calon Jual Rupa?
Program bicara 'Anda Tanya Mereka Jawab' yang disiarkan oleh Sinar Harian Online secara langsung di Facebook semalam jelas memperlihatkan kematangan Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Dira Abu Zahar menangani soalan demi soalan yang dilontarkan oleh moderator program yang membicarakan isu berkenaan 'PRU14 : Calon Jual Rupa'.
Bersama-sama dalam program tersebut adalah Ahli Majlis Eksekutif Pemuda DAP, Dyana Sofea Mohd Daud yang bergandingan bersama Dira sebagai ahli panel.
Sepanjang program tersebut berlangsung jelas kelihatan Dyana yang kurang selesa dan sering tersasar daripada persoalan yang dibangkitkan.
Manakala Dira dilihat tenang dan berjaya mengupas serta menjawab persoalan dengan pengisian yang mudah difahami malah beliau turut mendapat pujian rata-rata penonton yang mengikuti program tersebut secara langsung.
Dira Abu Zahar dalam hujahnya berkata, rupa adalah salah satu bentuk keyakinan kepada persepsi awal masyarakat untuk dilihat siapa wakil dipilih.
"Tapi pada masa sama juga adalah kredibiliti untuk buat kerja, untuk mempersembahkan diri dari segi kerjanya," katanya.
Menurutnya, isu paras rupa bukan hanya dibincangkan pada masa kini, bahkan sejak zaman Nabi Yusuf lagi.
"Nabi Yusuf dikagumi kerana paras rupa begitu menarik, maka diberi kepercayaan sebagai pemimpin, tidak terkecuali juga tokoh-tokoh agama terkemuka yang raut wajahnya baik, diangkat sebagai pemimpin tertinggi," katanya.
Dira kemudiannya berpandangan memiliki rupa paras sahaja tidak mencukupi sekiranya ia tidak disertai dengan perwatakan serta keperibadian yang baik khususnya sebagai orang Islam.
Sementara Dyana pula membangkitkan soal polisi yang ditawarkan.
 "Apakah polisi yang diperjuangkan? Apa idea yang dibawa? Adakah dia mudah didekati, sombong atau? Ini semua rakyat akan nilai.
"Mungkin rupa kurang cantik, tapi orang suka dia sebab apa yang dia tawar, jadi rupa itu membawa sedikit faktor, tetapi penampilan diri lebih penting daripada rupa fizikal," katanya.
Mengambil contoh ketampanan dimiliki Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, Dyana Sofea berkata, pada awalnya pemimpin itu menjadi popular bukan kerana rupa paras semata-mata tetapi berkait rapat dengan polisi ditawarkan.- Penang Online
Kepada yang dah tengok video kat atas tu MMI nak tanya agak-agak apa maksud tersirat di sebalik jawapan Dyana ?

DIA MENGAKU BETOI LA TUH !!!!!!

Pemimpin DAP yang macam ni rakyat Malaysia nak harap untuk bela hak orang Melayu dan Islam ?

MMI

Wednesday, 21 February 2018

Semuanya Propaganda ! Khalid Dedah PEMBANGKANG Lakukan Kerja Kotor Dalam PRU


Melihat kepada senario kempen pembangkang khususnya dalam tempoh waktu berdepan dengan mana-mana PRU, rata-rata rakyat Malaysia pada hari ini telah dapat memahami bagaimana gerak kerja pembangkang yang sebenar.

Kumpulan yang suka mengaku sebagai berjiwa rakyat, peduli rakyat dan bla bla bla itu sebenarnya lebih banyak bersandiwara termasuklah dalam apa jua perkara yang mereka lakukan.

MMI mengambil contoh di bumi Permatang Pauh, Wan Azizah adalah Ahli Parlimen yang tidak pernah memikirkan tentang rakyat dan beliau gagal melaksanakan tugas-tugasnya sebagai seorang WAKIL RAKYAT.

Yang lebih diperlihatkan adalah KEMPEN berterusan dalam setiap kerja buatnya apabila sekali sekala turun ke kawasan.

Aksi-aksi menyantuni rakyat itu sebenarnya cukup merimaskan Wan Azizah kerana JIWANYA lebih untuk berada di Kuala Lumpur dan bersama dengan para pemimpin politik di peringkat atasan.

Kalau tidak kita hampir pasti tak dapat melihat aksi Azizah terkinja-kinja di Permatang Pauh hanya kerana mahu berada bersama YAB PM sewaktu banjir paling kritikal dan banjir yang memusnahkan reputasi kerajaan DAP di Pulau Pinang.

Siapa yang bekerja dan berkhidmat untuk warga Permatang Pauh ?

Tak perlu MMI ceritakan panjang lebar, siapa lagi kalau bukan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Cikgu Zaidi !

Disebabkan sikap pembangkang yang sebeginilah akhirnya mereka menjadikan FITNAH serta PEMBOHONGAN demi PEMBONGAN untuk mendapatkan simpati dan sokongan RAKYAT yang alpa dengan tindak-tanduk mereka sebelum ini.

Pendedahan bekas aktivis BERSIH, Khalid Mohd Ismath bahawa cerita tentang undi bangla dan kejadian black out adalah satu penipuan terancang dan propaganda pembangkang itu WAJAR dijadikan sebagai pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya dalam berdepan PRU14.

Pembangkang sebenarnya mengambil kesempatan diatas kesilapan RAKYAT untuk bermegah-megah di pentas politik malah mengaut keuntungan peribadi bertahun-tahun lamanya.

Yang tidak disedari oleh rakyat adalah mereka memangsakan KAMU untuk kepentingan diri !


          

Khalid mengesahkan sendiri bahawa BERSIH telah melakukan tribunal dan mengesahkan semua tuduhan yang dibuat itu adalah tidak benar !

Soalnya kenapa mereka-mereka yang masih berada dalam BERSIH atau para pemimpin pembangkang selama ini tidak pernah membangkitkannya ?

Kenapa tidak ada sebarang hebahan ?

Ikhlas ? Telus ?

Fikir sendirilah ....

MMI

Tuesday, 20 February 2018

DEDAH Betapa BURUKNYA DAP & Penolakan Terhadap Tun M !


Hampir pasti tidak akan ada sesiapa pun dari kem Pakatan Haprak yang akan ambil pusing isu pendedahan dari bekas ahli DAP seumur hidup yang telah menyatakan dengan jelas bahawa DAP pada hari ini sudah lari dari matlamat parti itu sendiri.

Malah dalam bual bicara itu beliau (bekas ahli DAP) turut meminta supaya Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng meletakkan jawatan yang disandang pada hari ini kerana terlalu banyak pembohongan serta kerakusan untuk berkuasa yang disifatkab beliau sebagai sudah melampaui dasar parti DAP itu sendiri.

DAP katanya bukan lagi PEMBANGKANG sebaliknya kini berubah menjadi RAKUS untuk terus mengejar KUASA sehingga sanggup menjilat ludah sendiri.

Malah penerimaan DAP terhadap musuh politiknya Tun Mahathir dianggap sebagai tindakan yang amat JIJIK kerana DAP telah menggadaikan PRINSIP perjuangan parti yang secara tidak langsung dianggap sebagai usaha MEMBODOHKAN para penyokongnya di akar umbi.

Tak perlu MMI ulas banyak-banyak tengok dan hadam video di bawah ;

                                   


                                   

Kalau kenyataan ini dianggap DAP sebagai satu daripada suara lekeh yang tidak memberikan kesan kepada parti itu maka MMI nak tanya kepada ahli-ahli DAP di bawah, TAK RASA DIPERGUNA ka ???

Tolak DAP !

Undi PPBM Undi DAP !

Undi PKR Undi DAP !

Undi PAN Undi DAP !

MMI

Monday, 19 February 2018

Jawapan Kepada Puak Armada PPBM JERAI Baca Jangan Tak Baca !!!


Sebelum dapat jawapan ampa hadam dulu apa yang MMI nak kata !

Nampak sangat punya lekehnya puak-puak PPBM di peringkat bawah sebab kalaulah kehadiran mereka dan kononnya sokongan itu dibuat atas dasar pemikiran dan percaturan politik yang meletakkan kepada ASAS KEMAKMURAN dan KEMAJUAN Agama, Bangsa dan Negara, MMI percaya mereka-mereka ini tidak akan terlibat apatah lagi menyertai parti seteruk PPBM.

Kalau ada perasaan kebencian sekalipun terhadap pemimpin UMNO rasanya ianya bukanlah dibalas dengan meninggalkan parti dan menyertai parti lain seteruk PPBM.

Rasa kebencian itu tentunya bersebab dan kerana bersebab itulah kita sebenarnya perlu mencari kebenaran bukannya mencari jawapan yang hanya menyedapkan halwa telinga dan hati yang pada bila-bila masa terbuka untuk ditiup perasa orang ketiga yang telah berjanji kepada Tuhan untuk menyesatkan umat manusia.

Menyesatkan itu pasti kerana ianya adalah janji pihak ketiga kepada Tuhan namun kita sebagai orang Melayu yang secara dominannya adalah beragama Islam setidak-tidaknya bersujudlah kepada Allah swt dalam mencari kebenaran.

Namun MMI yakin bahawa tidak ramai yang berbuat sedemikian kerana lebih merujuk kepada adu domba sebaran fitnah yang dijaja keserata pentas yang dianggap sebahagiannya sebagai PEMBONGKARAN kezaliman kerajaan BN di bawah teraju UMNO dan seorang pemimpin Islam bernama Najib Razak.

Seolah-olah Najib Razak itu tidak punya pegangan agama dan tidak punya prinsip dalam memimpin negara !

Pemimpin ini digambarkan sebagai perompak dan penyamun dan mereka yang berada di bawah pentas mengaguk-aguk SETUJU sedangkan yang menganguk itu sendiri terlupa Najib manusia yang dituduh sebegitu kejam oleh kalangan pengamal politik yang begitu dahagakan KUASA dan KEDUDUKAN itu punya pengalaman dalam pengurusan negara dan politik lebih daripada apa yang dimiliki oleh diri mereka sendiri.

Sukar ! Memang sukar untuk memahamkan gerombolan sebegini tetapi alhamdulillah, Allah swt telah menganugerahkan kepada Malaysia seorang pemimpin yang berjiwa kental malah langsung tidak pernah MELENTING walaupun diserang bertubi-tubi oleh musuh politik.

Berkat usaha dan ikhlas inilah akhirnya rakyat dan seluruh warga Malaysia dapat melihat dengan mata sendiri bagaimana pencapaian Malaysia dalam berdepan dengan pelbagai rintangan global yang mengasak diseluruh dunia.

Terkini anak-anak muda di Jerai, Kedah yang sebelum ini alpa dan asyik dengan alunan sang pengamal politik akhirnya tersedar bahawa mereka seolah-olah dipergunakan !

Baca SINI

Mereka-mereka ini KINI sedang mempersoalkan tentang kedudukan serta sumber harta dan kekayaan anak beranak Tun Mahathir serta isu membabitkan Muhyiddin dan diberitakan persoalan demi persoalan anak-anak muda ini TIDAK DILAYAN !

Mendapatlah ampa bro ! Sebelum ni bukan main Hidup Tun M ! Hidup Tun M ! Sekarang siapa yang hidup siapa yang mati ?

Adil ke PPBM ? Telus ke PPBM ? Hebat ke PPBM ? 

Seperti yang MMI janjikan, ini adalah jawapan kepada persoalan yang sedang berlegar-legar di kepala ampa budak-budak PPBM jerai weiii .....     






Betoi ka apa yang puak-puak ni cakap ??????

Semoga budak-budak PPBM di Jerai puas hati noo dan jangan lupa ampa bawa keluaq semua duit simpanan ampa dan serah pada Tun Mahathir dengan anak beranak dia, puak-puak tu tengah dok kutip duit nak bertanding pilihanraya, susah depa kata duit tak dak !!!!

Itu pun kalau ampa tak ada otaklah !

MMI

Sunday, 18 February 2018

Namawee - Jangan Biarkan BARUAH Negara Jejak Kaki Lagi !!!


Budak ni dah lama buat kerja-kerja kurang ajar dan nampaknya dia tak pernah serik dengan apa yang rakyat Malaysia suarakan sebelum ini.

Pasti ramai yang sedia maklum tingkah lakunya yang amat-amat tidak disenangi oleh budaya masyarakat Malaysia  itu sebenarnya hanya membawa kepada melahirkan budaya kurang ajar yang sama sekali ditolak oleh rata-rata rakyat Malaysia.

Walaupun Namawee menyifatkan tindakan beliau menghasilkan video berdurasi 3 minit 16 saat itu sebagai karya bersifat hiburan semata-mata, ramai yang merasakan ia punya maksud tersirat yang menghina.

Apatah lagi video tersebut berlatar belakangkan pusat pentadbiran negara iaitu pejabat Perdana Menteri Malaysia.

Bagi MMI tindakan terbaru ini jelas melampau memandangkan sebelum ini Namawee telah menghasilkan video-video seumpanya yang jelas punya unsur-unsur menghina seperti penghasilan video rap dengan gubahan dari lirik Negaraku mengandungi isi yang menghina negara, polis, orang Melayu dan azan.

Karya Namewee lain yang mengundang kontroversi ialah “Namewee ** TNB Malaysia”, “Handicap Goal”, “Kawanku” dan  “Oh My God”.

Dalam masa yang sama tindakan terbaru ini telah dikecam oleh Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persektuan, Datuk Mohd Razlan Rafii.

Beliau berkata Namawee seharusnya tidak mengikut perangai anjing.

“Sempena Tahun Anjing ini, saya nasihatkan Namewee agar jangan ikut perangai anjing jalanan yang suka menyalak untuk mendapat perhatian, jadilah anjing yang diajar yang boleh menyalak apabila tuannya dikacau,” kata Razlan dalam kenyataannya hari ini.

Mengulas perkara itu, Razlan berkata pihak berwajib harus mengekang penghasilan dan penyebaran video seumpama itu kerana dilihat menanam rasa kebencian kepada negara.

Razlan juga menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya mengambil tindakan ke atas Namewee.

“Banyak anjing gila sudah ditangkap, kenapa pula kita beri anjing Namewee ini pula terlepas? Minta SKMM sekat dan ambil tindakan terhadap Namewee,” kata Razlan.

MMI agak hairan kenapa Namawee masih lagi dibiarkan bebas untuk bertindak sedemikian rupa ? Dan MMI percaya beliau akan terus melakukan perkara yang sama sekiranya tidak ada sebarang tindakan yang tegas diambil oleh pihak berkuasa.

Rasanya dengan segala macam isu dan penghinaan yang telah ditimbulkan oleh Namawee adalah amat wajar sekiranya kerajaan segera mengambil tindakan yang lebih agresif agar ianya menjadi pengajaran kepada pihak-pihak lain yang mungkin akan tampil dengan bahan yang sama.

MMI kata USIR sahaja Namawee dari bumi Malaysia ! Kita tidak memerlukan RAKYAT yang semacam ini kerana beliau tidah pernah terpanggil untuk menghormati kaum dan agama orang lain.

Bahkan pengusiran itu haruslah dengan sekali package lucutkan taraf warganegara dan halang Namawee daripada masuk dan berada di bumi Malaysia !

Pembangkang hampir pasti akan cuba untuk menangguk di air keruh sekiranya tindakan seumpama itu diambil namun apa yang perlu kita takutkan ?

Bimbang ianya dipolitikkan ?

Cukup-cukuplah melayan pembangkang kerana mereka lebih sibuk MELALAK soal kehadiran diplomat UN dari Israel tetapi MEMBISU tentang perlakuan Namawee yang jelas bersifat MENGHINA !

Kita tak perlukan BARUAH semacam ini !

MMI

Saturday, 17 February 2018

Skandal Tanah IJOK Apa Cerita Sebenarnya ?



– Tahun 1998: Tanah itu diberi oleh kerajaan BN Selangor dahulu secara percuma kepada peneroka

– Tahun 2000: Peneroka beri tanah itu kepada pemaju syarikat swasta yang ada kaitan dengan penyokong tegar Mahathir, Khairuddin Abu Hassan dengan janiji pampasan tunai RM180k dan sebuah rumah.

– Tahun 2000 hingga 2008: Projek tidak berjalan lancar sehingga 2008.

– Tahun 2008 hingga 2018: Di bawah kuasa kerajaan Pakatan.

– Tahun 2009: Kerajaan Khalid Ibrahim rampas tanah tersebut.

– Tahun 2013 Syarikat swasta saman kerajaan Selangor di Mahkamah Tinggi untuk dapat balik tanah tetapi kalah.

– Tahun 2014: Syarikat swasta saman kerajaan Selangor di Mahkamah Rayuan untuk dapat balik tanah tetapi kalah lagi.

– Tahun 2014: Tan Sri Khalid Ibrahim dijatuhkan dan Azmin Ali menjadi Menteri Besar baru.

– Tahun 2015: Walaupun sudah kalah dua kali dimahkamah dan tanah tidak lagi di atas nama mereka, syarikat swasta itu telah menjual tanah tersebut kepada syarikat awam sebanyak RM1.18 bilion.

– Tahun 2016: Sebelum perbicaraan bermula di Mahkamah Persekutuan, kerajaan Azmin Ali mengaku kalah dan serahkan tanah-tanah itu kepada syarikat swasta dengan syarat hanya boleh dijual kepada syarikat awam di atas.

– Tahun 2018: Pampasan tunai RM180k dan sebuah rumah diberikan kepada peneroka.

Jumlah pampasan yang diberi kepada peneroka-peneroka ialah RM421 juta tetapi syarikat swasta itu mendapat hasil jualan tanah peneroka sebanyak RM1.18 bilion.

– Tahun 2018: BN Strategic Comms (BNSC) menimbulkan isu ini dan bertanya mengapa Azmin Ali cepat mengaku kalah walaupun sudah pernah menang dua kali.

BNSC juga bertanya kemana perginya baki sebanyak RM758 juta?

Tanah yang dijual kesemuanya tanah peneroka tetapi syarikat swasta dapat RM1.18 bilion dan peneroka2 dapat RM421 juta. Adil atau tidak?

Jelas dilihat kerajaan PKR Selangor kini menjaga kepentingan syarikat swasta tersebut daripada menjaga kepentingan peneroka.

– Tahun 2018: Bekas Menteri Besar, Khalid Ibrahim berkata pada masa itu ada banyak broker-broker dan ajen-ajen yang mahu beliau menyelesaikan masalah tanah ini untuk kepentingan syarikat swasta yang terbabit tetapi beliau menolak kerana penyelesaian tidak menjaga hak peneroka.

Khalid juga membidas Azmin berbuat demikian kerana merugikan kerajaan Selangor dan mahu semua pihak yang terlibat disiasat.

Persoalan juga ialah tanah tersebut dijual dengan harga RM12 satu kaki persegi walaupun kawasan itu kini cepat membangun semenjak lebuhraya LATAR dibuka.

Adakah harga ini terlalu rendah kerana ada juga tanah yang sama kini dijual pada harga RM40 hingga RM65 satu persegi?

Jika tanah itu dijual secara tender terbuka, berapa harganya? - LSS

Tak ada beza antara Selangor dengan Pulau Pinang sebab kedua-duanya suka jual tanah dan lebih sama teruknya mereka langsung tak pernah fikir tentang rakyat di akar umbi sebab yang penting masyuk.

Sebelum tu baca juga sidang media oleh BNSC mengenai isu tanah Ijok, Selangor pada 14 Februari 2018 lalu.

1. Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kepimpinan negeri Selangor pada tahun 2008, Menteri Besar negeri Selangor pada waktu itu, Tan Sri Khalid Ibrahim, telah mengambil alih semula tanah kerajaan negeri yang dimiliki oleh syarikat Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd kerana pelanggaran syarat dan terma perjanjian.

2. Sebelum ini kerajaan negeri Selangor di bawah kepimpinan Barisan Nasional telah memberikan tanah tersebut kepada hampir seribu peneroka di Ijok, Selangor.

3. Pada tahun 1998, peneroka bersetuju untuk membenarkan beberapa syarikat termasuk Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd untuk membangunkan tanah tersebut termasuk perumahan untuk peneroka. Syarikat-syarikat berkenaan juga bersetuju untuk memberi wang pampasan kepada peneroka.

4. Malangnya, setelah 10 tahun berlalu projek perumahan dan wang pampasan seperti yang dijanjikan tidak dapat di tunaikan oleh syarikat-syarikat berkenaan.

5. Semasa YB Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor, beliau telah merampas semula tanah-tanah tersebut untuk diambil alih oleh kerajaan Selangor.

6. Tanah tersebut diambil alih kerana syarikat-syarikat tersebut telah melanggar syarat-syarat di bawah Kanun Tanah Negara seperti:

• syarikat tersebut tidak membayar premium tanah
• syarikat tersebut tidak menukar syarat tanah pertanian kepada tanah perumahan
• syarikat tersebut tidak membayar premium tukar syarat tanah

7. Selain daripada tidak mematuhi syarat di bawah Kanun Tanah Negara, syarikat-syarikat tersebut juga mencagarkan tanah tersebut kepada institusi kewangan untuk mendapat pinjaman tetapi projek tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya.

8. Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd kemudiannya menyaman kerajaan negeri Selangor dan Menteri Besar Selangor di mahkamah tinggi untuk mendapat balik tanah-tanah tersebut.

9. Keputusan mahkamah tinggi pada 22hb Oktober 2013 memihak kepada kerajaan Selangor dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

10. Selepas itu, Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd merayu ke mahkamah rayuan. Keputusan mahkamah rayuan pada 17 Februari 2014 juga memihak kepada kerajaan Selangor dan Menteri Besar Selangor.

11. Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd kemudian merayu kekalahan mereka di dalam mahkamah rayuan ke mahkamah persekutuan.

12. Pada tahun 2014, satu perancangan kontroversi untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar Selangor telah dilaksanakan dalam strategi yang dipanggil “Langkah Kajang”. Menteri Besar yang menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim ialah Dato’ Seri Azmin Ali.

13. Semasa Dato’ Seri Azmin Ali menjadi Menteri Besar dan sebelum mahkamah persekutuan mendengar rayuan kes ini, Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd dan beberapa syarikat berkaitan pada 22 September 2015 telah membuat perjanjian dengan sebuah syarikat awam untuk menjual 2,198.4 ekar dengan harga RM1,181,335,536.65 dengan syarat syarikat-syarikat tersebut mendapat kelulusan kerajaan negeri Selangor.

14. Selang beberapa bulan selepas itu, Dato’ Seri Azmin Ali pada 17 Mei 2016 telah memfailkan satu perjanjian penyelesaian kepada mahkamah persekutuan bahawa kerajaan Selangor dan Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd telah bersetuju untuk membatalkan kes ini.

15. Dato’ Seri Azmin Ali seterusnya membuat keputusan untuk menyerahkan semula tanah-tanah tersebut kepada Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd.

16. Satu syarat penting dan wajib dalam perjanjian penyelesaian tersebut ialah penjualan tanah mesti dibuat kepada syarikat awam tersebut.

17. Dato’ Seri Azmin Ali membuat keputusan drastik ini sebelum kes rayuan ini sempat didengar oleh mahkamah persekutuan.

18. Semasa Tan Sri Khalid Ibrahim membuat keputusan mengambil semula tanah berkenaan, Datuk Seri Khairudin Abu Hassan merupakan salah seorang pengarah eksekutif syarikat Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd.

Berdasarkan fakta di atas, BNSC ingin mengemukakan beberapa persoalan yang perlu dijawab secara telus dan segera oleh Dato’ Seri Azmin Ali.

1. Apa justifikasi Dato’ Seri Azmin Ali untuk menyerahkan tanah bernilai RM1.18 bilion kepada Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd walaupun keputusan mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan memihak kepada keputusan Tan Sri Khalid Ibrahim dan kerajaan negeri selangor untuk mengambil alih semula tanah tersebut?

2. Kenapa Dato’ Seri Azmin Ali tidak menunggu kes ini dibicarakan di mahkamah persekutuan memandangkan Kerajaan Negeri Selangor telah menang di mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan sebelum itu? Kenapa Dato’ Seri Azmin Ali tergesa-gesa membuat keputusan yang nyata merugikan kerajaan dan rakyat Selangor?

3. Kalau niat Dato’ Seri Azmin Ali ingin menyelesaikan tuntutan dan isu pampasan kepada peneroka, mengapa beliau tidak menjual tanah tersebut secara langsung kepada syarikat awam dan menggunakan hasil jualan RM1.18 bilion untuk membayar pampasan tersebut?

4. Beberapa hari ini yang lepas, Dato’ Seri Azmin Ali akhirnya telah mengumumkan pembayaran pampasan kepada kesemua 980 peneroka berbentuk pampasan tunai RM180,000 seorang dan sebuah rumah bernilai RM250,000 seorang. Jumlah besar pampasan yang diumumkan oleh Dato’ Seri Azmin Ali bernilai RM421.4 juta. Di mana baki RM758.6 juta?

5. Walaupun pada masa ini Datuk Seri Khairudin Abu Hasan (yang telah diisytihar muflis pada tahun 2014) bukan lagi pengarah kedua-dua syarikat tersebut, apakah peranan beliau dalam mempengaruhi keputusan Dato’ Seri Azmin Ali?

6. Saya ingin mengingatkan Dato’ Seri Azmin Ali bahawa isu ini telah dibangkitkan beberapa kali oleh pihak NGO dan rakyat negeri Selangor yang prihatin termasuk soalan yang ditanya di Dewan Undangan Negeri Selangor oleh beberapa wakil rakyat. Namun, Dato’ Seri Azmin Ali tidak menjawab persoalan ini secara jelas. Berikutan itu, beberapa laporan telah dibuat kepada SPRM oleh mereka yang tidak berpuas hati. Saya percaya pihak SPRM sedang menjalankan siasatan yang rapi untuk memastikan jika ada penyalahan kuasa atau pun rasuah telah berlaku.

Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan,
Pengarah,
Komunikasi Strategik BN
(BN Strategic Communications)

Sekali lagi MMI kata ada persamaan antara Selangor dengan Pulau Pinang, kedua-duanya tak suka dengar pandangan dan suara pihak NGO dan rakyat di negeri sendiri !

Sebab apa ?

Sebab KUASA dan kepentingan ... Bila dah ada kuasa dan rasa jadi orang hebat maka rakyat dan NGO yang biasa-biasa ni tak setaraf kot ?

So tunggu lagi ???

MMI

Labels