Followers

Saturday, 30 December 2017

Nafsu Besar DAP ?


PADA Perhimpunan Agung UMNO 22 Jun 2002, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menangis di atas pentas, depan perwakilan UMNO dan mengumumkan bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Pengumuman mengejut beliau telah menggemparkan negara. Walaupun dipujuk kepemimpinan UMNO ketika itu, Dr. Mahathir tetap bersara pada 31 Oktober 2003. Ketika itu, beliau berjanji untuk ‘benar-benar’ meninggalkan politik.

Beliau tidak mahu lagi mencampuri hal ehwal politik.

Lapan tahun sebelumnya, iaitu semasa Pilihan Raya Umum (PRU) 1995, Lim Kit Siang telah berjanji semasa berkempen untuk mengundurkan diri sepenuhnya daripada politik jika projek Tanjung 3 tajaan DAP gagal untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang.

Pada PRU itu, Kit Siang dikalahkan oleh Tan Sri Koh Tsu Koon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bungah. Kit Siang hanya mendapat 5,384 undi manakala Tsu Koon mendapat 13,087. Setelah keputusan itu diumumkan, Kit Siang sekali lagi mengumumkan beliau akan bersara daripada arena politik.

Bagaimanapun, janji dilafazkan Dr. Mahathir dan Kit Siang pada 14 dan 22 tahun lepas tidak ditepati apabila kedua-dua ve­teran itu masih lagi berpolitik, malah mereka adalah yang pa­ling aktif berpolitik mengalahkan semua ahli politik pakatan pembangkang.

Masih terngiang-ngiang jelas di telinga kita apabila Dr. Mahathir dengan lantangnya melabelkan Kit Siang sebagai rasis dan pelampau perkauman. Kit Siang pula mengatakan bahawa Dr. Mahathir adalah rasis nombor satu dalam Malaysia. Bagi Kit Siang, Dr. Mahathir adalah penjahanam negara ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim juga pernah berkata bahawa Dr. Mahathir adalah perasuah besar merompak kekayaan negara dan beliau turut menyarankan agar keluarga Dr. Mahathir yang kaya raya disiasat.

Sekarang, pelampau perkauman, rasis nombor satu, penjahanam negara dan perasuah besar ini yang menerajui Pakatan Harapan serta mahu mentadbir negara. Mereka ini juga bercakap menentang rasuah, kronisme, salah guna kuasa dan antirasis. Di manakah logiknya semuanya ini?

Tetapi apabila difikirkan, adalah sangat malang apabila kepemimpinan Pakatan Harapan begitu lembik tidak mampu untuk berdiri di kaki sendiri apabila mereka terpaksa bergantung kepada individu yang berusia 93 dan 76 tahun ini untuk meneruskan ke­sinambungan politik mereka.

Ia juga boleh diterjemahkan sebagai kepemimpinan pakatan itu telah gagal untuk menyerlahkan diri masing-masing dalam arena politik negara. Kedaifan mereka itu yang menyebabkan mereka terpaksa bergantung nasib kepada dua veteran itu.

Kerana itu juga, ada pihak mengatakan bahawa kedua-dua veteran itu tidak boleh dipercayai, malah tiada prinsip kerana lebih mengutamakan agenda peribadi dan mengejar kuasa.

Lim Guan Eng, anak Kit Siang pula melenting cuba menafikan kenyataan tersebut.

Seperti biasa, beliau turut menuding jari menyalahkan UMNO dan Pas kononnya memainkan sentimen perkauman dan ekstremis untuk menghina kaum Cina dengan menyebut Cina DAP.

Kenyataan itu menimbulkan persoalan iaitu apakah DAP begitu suci murni dan tidak terlibat langsung memainkan sentimen perkauman dan ekstremisme?

Sejarah tidak akan membohongi kita. Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 adalah disebabkan oleh sentimen perkauman yang amat ekstrem diapi-apikan oleh DAP.

Sikap kurang ajar melampau tidak menghormati kaum Melayu ketika itu telah mencetuskan pe­ristiwa yang tidak mungkin akan dapat dipadamkan pada bila-bila.

Cuma yang bezanya ialah sebahagian besar rakyat tidak ambil kisah dengan peristiwa tersebut kerana ia perkara silam. Memang benar ia peristiwa silam tetapi coretan sejarah tersebut masih dibawa hingga ke saat ini di dalam dasar-dasar parti DAP.

Antara lain ialah Deklarasi Setapak yang menggariskan bahawa deklarasi itu memperkukuh pandangan DAP bahawa dalam proses membina negara, kesamarataan etnik harus menjadi prinsip paling penting dan di atas prinsip inilah pengasingan rakyat ke dalam dua kelompok bumiputera dan bukan bumiputera ditentang.

Kata mudah, DAP menentang kewujudan bumiputera, satu dasar jelas telah mencabuli Artikel 153 dalam Perlembagaan Malaysia yang menggariskan hak-hak keistimewaan Melayu dan bumiputera.

Dalam masa sama, isu Kit Siang bercita-cita untuk memegang jawatan tertinggi bukan satu perkara baharu. Beliau berbohong dan hipokrit jika menafikannya. Kit Siang telah melancarkan beberapa siri projek Tanjung di beberapa PRU untuk memastikan cita-cita beliau memegang jawatan tertinggi di Pulau Pinang tercapai. Namun gagal.

Ironinya, bibit-bibit keangkuhan dan kebongkakan kepemimpinan DAP pada era 90-an itu diulangi kepemimpinan DAP hari ini. Kerajaan DAP negeri bertambah angkuh dan berkonfrontasi dengan banyak pihak bukan ha­nya UMNO dan BN.

Komen dan rintihan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili suara rakyat Pulau Pinang tidak didengari malah diperlekehkan begitu sahaja.

Yang terbaharu, Majlis Rakyat Cina Pulau Pinang (PCCC) telah membatalkan sambutan Budaya dan Warisan Tahun Baharu Cina pada tahun depan gara-gara tindakan kerajaan DAP negeri yang tidak memberi kerjasama kepada mereka. Kepemimpinan DAP kuat berdendam, satu lagi sikap buruk parti tersebut.

Beberapa kepemimpinan PKR negeri turut dianaktirikan tanpa mampu dipertahankan oleh kepemimpinan tertinggi PKR.

ADUN PKR Penanti menangis di dalam DUN meratapi kezaliman kerajaan DAP yang tidak mahu mendengar luahannya tentang permasalahan rakyat di kawasannya.

DR. NOVANDRI HASAN BASRI ialah penganalisis politik.

Artikel ini telah disiarkan oleh utusan online 

Friday, 29 December 2017

Mansuhkan Semua Undang2 & Hentikan Tindakan Berkaitan LGBT ?

Gambar Hiasan
Begitulah hasrat dan permintaan daripada Ahli Parlimen Klang dari DAP, YB Charles Santiago yang mahukan supaya kerajaan memansuhkan semua undang-undang dan peraturan-peraturan yang mendiskriminasi golongan transgender di Malaysia.

Selain daripada itu pemimpin DAP ini turut mendesak agar agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAS) menghentikan semua tindakan khususnya tangkapan terhadap golongan mak nyah.

Charles Santiago berbuat demikian dalam kenyataannya yang disiarkan melalui akaun 'facebook' beliau sempena hari LGBT yang sering diiktiraf oleh pemimpin pembangkang bertajuk Transgender Day Of Remembrance: End Discriminatory Laws against the Transgender Community.

Pemimpin DAP itu dilihat cuba untuk membangkitkan sentimen kebencian terhadap kerajaan hari ini apabila mengaitkan isu kematian seorang pelajar, penyuntingan filem, diskriminasi terhadap golongan LGBT  atas nama hak kemanusiaan dan beberapa lagi perkara yang sebenarnya merupakan isu terpencil yang jarang-jarang berlaku. rujuk di AIDC



Seperkara yang perlu MMI tegaskan disini adalah apa jua yang telah berlaku dan sedang berlaku, isunya membabitkan penentangan terhadap kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara yang jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Islam menolak sama sekali apatah lagi memberikan pengiktirafan kepada kewujudan kumpulan sebegini !

Dan ia telah diperjelaskan berkali-kali bahawa Malaysia tidak mengiktiraf amalan Lesbian, Gay, Biseksual dan Trangender (LGBT) walaupun desakan terhadap perkara itu telah dibuat berkali-kali oleh banyak pihak termasuklah oleh anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Jika perjuangan atas nama diskriminasi sekalipun kumpulan ini harus sedar dan akur dengan peraturan sedia ada dan Malaysia tidak pernah melampau dengan keputusan itu sehingga kumpulan-kumpulan ini diburu dan dibunuh hanya kerana mereka mengalami krisis jantina malah bersedia untuk membantu dan memberikan kaunseling melalui kerajaan negeri dan jabatan agama Islam untuk mereka kembali menjadi manusia normal.

Sebaliknya tindakan diambil apabila kumpulan ini menggunakan apa yang mereka gelar sebagai hak itu untuk berpesta, memperdagangkan tubuh badan, menganjurkan perkahwinan sejenis selain berusaha untuk mempengaruhi orang lain.

Atas dasar itu maka MMI percaya siapa jua yang menuntut dan cuba untuk memperjuangkan LGBT secara tidak langsung adalah mereka-mereka yang sepatutnya dikenakan tindakan dan kerajaan seharusnya bertindak dengan tegas.

Selain daripada itu tindakan pemimpin DAP ini sekaligus telah menolak sama sekali dakwaan Tun Mahathir sebelum ini yang mengatakan DAP begitu menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Malah kalau kita perhatikan segala tindak-tanduk pembangkang khususnya DAP yang menyokong gerakan menuntut perkara-perkara yang menyentuh tentang kedudukan agama Islam seperti tuntutan kalimah Allah, campur tangan dalam isu fatwa dan penolakan RUU355 adalah bukti jelas betapa DAP dan seluruh parti-parti pembangkang yang bersekongkol dalam Pakatan Haprak adalah musuh Islam.

Dan mungkin kerana agenda LGBT !


Apa lagi yang disembunyikan oleh puak-puak DAP ?

Jika melihat kepada siri kempen politik yang diamalkan oleh DAP pastinya kita sedar bahawa mereka sering bermuka-muka apabila berhadapan dengan masyarakat Melayu.

Menyediakan peruntukan untuk institusi Islam, sanggup bersila dan makan setalam, mengadakan program di masjid, mengaku menghormati Perlembagaan Persekutuan walaupun realitinya mereka menolak Islam malah menolak Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Semua itu dilakukan kerana DAP tahu ada hubung kait antara Melayu dan agama Islam di Malaysia oleh kerana itu mereka cuba untuk meyakinkan rakyat kononnya DAP begitu menghormati kedua-duanya dengan aksi-aksi bertaraf 'hollywood' semata-mata untuk menagih undi.

Dan ramai dikalangan Melayu sendiri khususnya yang menyokong gerakan pembangkang begitu obses kononnya DAP benar-benar komited termasuklah Tun Mahathir.

Pesan MMI berhati-hatilah kerana usaha sebegini tidak akan pernah berhenti dan ianya semakin membahayakan kerana tudingan mereka sudah sampai ke tahap mempersoalkan urusan JAKIM dan Jabatan Agama Islam.

Apakah kita orang-orang Melayu sebagai warga Malaysia yang kedudukannya diperakui dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang selama ini telah begitu bertoleransi dengan semua bangsa dan agama lain boleh membiarkan perkara sebegini daripada terus berlaku ?

Percayakah kita sekiranya mereka mendapat kuasa penuh, HAK Melayu dan kedudukan agama Islam akan terus dipertahankan seperti mana yang kita pertahankan selama ini ?

Ini bukan soal perkauman atau penting diri tetapi ianya berkisar kepada soal BIADAP dan KURANG AJAR kerana mereka tidak pernah menghormati kita atas dasar perlembagaan sebaliknya bermuka-muka untuk merealisasikan impian sama rata yang diperjuangkan DAP !

MMI

Thursday, 28 December 2017

Yang BONGKAK Itu Jauh Lebih Banyak MENYUMBANG !


Memang benar hanya kalangan mereka yang buta, pekak dan hati yang mati sahaja akan menerima bulat-bulat apa yang dibanggakan sangat oleh puak DAP selaku pentadbir kerajaan negeri Pulau Pinang.

Sepanjang DAP menguasai pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang sejak 2008 sehingga ke hari ini, rasanya rakyat lebih melihat bagaimana kelemahan dan kerakusan kerajaan negeri menguasai hampir seluruh tempoh masa DAP mengurus.

Lim Guan Eng bukan sahaja gagal mengurus Pulau Pinang dengan baik seperti mana yang beliau ungkapkan tetapi turut memilih untuk bermusuh dengan banyak pihak.

Bukan sahaja dengan parti lawan tetapi juga dengan NGO termasuklah dengan wartawan dan semua ini dilakukan apabila mereka-mereka ini dilihat tidak sealiran dengan dasar pentadbiran kerajaan negeri.

Buktinya boleh baca di blog sahabat Keris7Lok

Sebelum itu kita semua sudah menyaksikan bagaimana kerajaan negeri yang jelas gagal menangani isu membabitkan permasalahan banjir dan kejadian tanah runtuh yang sudah mengorbankan nyawa itu sebenarnya disumbangkan dengan sikap rakus kerajaan negeri yang lebih terarah kepada projek membina rumah-rumah bukan mampu milik.

Tak perlu rasanya MMI catatkan satu persatu cukup dengan isu peningkatan harga rumah yang menjadi bebanan rakyat marhain.

Dan kalau kita amati kerajaan negeri lebih banyak cakap politik daripada bersikap serius dalam pembinaan rumah mampu milik.

Bukan sahaja pembinaan itu menjadi misteri hampir 9 tahun sejak DAP mentadbir Pulau Pinang tetapi tidak ada sebarang tumpuan diberikan terhadap keperluan rakyat di Pulau Pinang.

Malah DAP khususnya sering menyerang kerajaan BN dalam isu peningkatan kos yang dijaja keseluruh negara.

Namun hakikatnya kerajaan DAP Pulau Pinang yang bongkak ini jauh lebih banyak menyumbang kepada peningkatan kos dan ianya didedahkan oleh Adun Pulau Betong, YB Datuk Muhammad Farid Saad baru-baru ini.





GEORGE TOWN - Caj Pembangunan dan lain-lain caj pembangunan perumahan yang dikenakan ke atas pemaju di Pulau Pinang telah meningkat melebihi tiga kali ganda sejak tahun 2008 menyebabkan peningkatan harga hartanah di Pulau Pinang.
Caj pembangunan yang sebelum ini RM5 sekaki persegi untuk projek-projek kediaman kini RM15 sekaki persegi manakala caj pembangunan untuk saliran, tempat letak kereta, kemudahan masyarakat, infrastruktur dan perumahan kos rendah meningkat lebih daripada dua kali ganda atau tiga kali ganda.
"Saya mendedahkan maklumat ini untuk membuktikan bahawa salah satu daripada sebab-sebab kenaikan harga perumahan di Pulau Pinang adalah disebabkan oleh caj yang dikenakan oleh kerajaan negeri terhadap pemaju yang kemudian dikenakan pada pembeli rumah," katanya.
"Caj ini meningkat disebabkan peningkatan kos kira-kira RM120 satu kaki persegi bagi setiap unit perumahan," dakwanya dalam kenyataan di facebook.
Beliau juga telah mendedahkan jadual yang menyenaraikan perbezaan caj daripada sebelum 2008 dan caj semasa yang dikenakan.
Dalam jadual yang dikongsikan, caj saliran telah meningkat daripada RM10,000 seekar kepada RM50,000 seekar, caj tempat letak kereta daripada RM15,000 setiap petak kepada RM25,000 setiap petak, caj kemudahan masyarakat RM25 sekaki persegi kepada RM500 sekaki persegi dan caj perumahan kos rendah RM120,000 untuk pemaju Pulau Pinang atau RM150,000 untuk pemaju bukan Pulau Pinang manakala sebelum ini tidak ada apa-apa caj. PenangOnline
Dalam masa yang sama Pakar ekonomi, Isham Jalil berkata Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang adalah punca sebenar kenaikan mendadak kos sara hidup terutama di bandar-bandar di Selangor dan terkesan ke negeri-negeri lain.

Kenaikan itu berlaku antara tahun 2008 dan 2011. Pada ketika itu GST belum pun dilaksanakan dan negeri Selangor serta Pulau Pinang adalah dua negeri yang mengalami kenaikan tertinggi berbanding negeri-negeri lain.

Lihat video di bawah ;



Merujuk kepada semua perkara diatas maka dapatlah MMI simpulkan bahawa kerajaan BN yang sering dituduh sebagai penyebab kepada berlakunya kenaikan kos sara hidup itu hanyalah sekadar satu tuduhan berasaskan kepada propaganda pembangkang yang mahu menutup kerakusan sendiri.

Menolak semua teguran dan menafikan semua kelemahan malah bersikap angkuh dan mengaku hebat adalah ciri-ciri yang cukup sinonim dengan pembangkang khususnya DAP di Pulau Pinang.

Sebab itulah MMI kata yang bongkak itu jauh lebih banyak menyumbang kepada apa yang dilalakkan mereka selama ini.

MMI

Wednesday, 27 December 2017

RM2.6 Bilion Yang Begitu Di Cemburui Pembangkang


Disebalik semua perkara yang dilakukan oleh pembangkang, mereka lupa bahawa majoriti daripada 32 juta rakyat Malaysia sebenarnya masih lagi percaya bahawa UMNO dan Barisan Nasional adalah wadah dan pilihan terbaik untuk diamanahkan tugas mentadbir negara dan rakyat.

Realiti ini berasaskan kepada keupayaan yang ditunjukkan oleh kerajaan BN walaupun dalam masa yang sama berdepan dengan pelbagai fitnah dan cerita politik khayalan yang pernah sampai ke tahap membawa musibah kepada kedudukan ekonomi negara.

Malaysia sebaliknya terus melangkah kehadapan dan pelbagai dasar kerajaan kemudiannya direalisasikan dengan rakyat mendapat manfaat daripadanya.

Cuma mungkin dalam beberapa perkara pembangkang saban hari memainkan isu-isu paling popular di mata rakyat seperti derma RM2.6 bilion daripada kerajaan Arab Saudi.

Walaupun isu ini telah banyak kali dijelaskan hakikatnya pembangkang masih melihat ianya mampu merencatkan pemahaman rakyat dengan tohmahan ianya adalah wang rakyat Malaysia.

Jadi apa kisahnya ?

Jom kita ikuti penulisan oleh saudara Syed Agil Jamalullail ;

Sebenarnya akaun Amprivate Najib Razak, terima beberapa money trail yg melibatkan 4 akaun pihak Saudi dlm pelbagai tranche. Akaun tu pula sebenarnya adalah akaun private yg diuruskan oleh wakil yg diketahui oleh pejabat Umno dan bukannya akaun personal seperti akaun gaji atau akaun simpanan personal. ianya dibuka khas utk terima derma Saudi dan ditutup selepas baki derma pilihanraya tersebut diagihkan.

total derma politik drpd Arab Saudi ialah RM4.2 billion yg sampai menjelang PRU13 tapi apa yg dipopularkan ialah hanya derma RM2.6 billion, pembangkang mahu menutup money trail lain yg jelas menunjukkan sumber drpd akaun rasmi kerajaan Saudi dan akaun peribadi putera Saudi.

i. US$80 juta drpd akaun kementerian kewangan Arab Saudi

ii. US$120 juta akaun Prince Faisal Bin Turki Bandar AlSaud

iii. US$170 juta syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners Ltd

iv. US$680 juta drpd akaun syarikat Tanore Finance (BVI)

Daripada money trail The Wall Street Journal, ABC News Australia [1], Malaysiakini [3] semua mengesahkan trail drpd akaun kementerian kewangan arab saudi dan akaun Prince Faisal bin Turki Bandar AlSaud. confirmed and verified seperti yg diakui oleh menteri luar Saudi, Adel al-Jubeir [2].

Derma RM2.6 billion tu sebenarnya ialah US$681 juta money trail drpd akaun syarikat Tanore yg bernilai RM2.6 billion mengikut nilai tukaran masa tu.

Bagi pihak Najib, dia terima maklumat yg Saudi mahu menderma kepada perjuangan politiknya yg mahu melawan pengaruh DAP dgn berlandaskan Islam Sunni. mana mungkin Najib tau drpd mana duit tu akan disalurkan. malang sekali Saudi salurkan derma itu melalui syarikatnya Tanore dimana syarikat tu ada kaitan perniagaan dgn 1MDB.

Kita bukan boss raja saudi, kita bukan bos putera saudi, kita juga bukan pengurus kewangan saudi, mahupun penasihat kewangan saudi.. jadi bila Saudi nk derma logiknya kita terima saja. takkan nk demand letakkan syarat pulak kpd siapa2 nk derma.. supaya duit tu datangnya drpd akaun mana, berapa, bgaimana dan bila.

Mengikut laporan siasatan abcnews.. mereka juga dh verify surat drpd Saudi yg mengesahkan bahawa wujud surat yg mengesahkan yg syarikat2 blackstone dan tanore itu adalah syarikat Arab Saudi.

ada yg tak puas hati dgn surat ni dan dikatanya palsu.. tiada bukti dikemukakan yg surat tu palsu, tapi menteri luar Saudi sendiri sahkan yg US$681 juta atau RM2.6 billion itu mmg drpd Saudi.

Ada yg kata hantu yg derma sebab Najib cakap terima derma drpd King Abdullah yg dah meninggal. Tapi bila Prince Sultan bin Salman bin Abdulaziz AlSaud mengesahkan bahawa benar Saudi derma kpd Najib [5].. apa lagi yg kita nk ragukan? wsj atau raja saudi? - Syed Agil Jamalullail

Rujuk

[1] money trail drpd kementerian kewangan saudi dan akaun Prince Faisal bin Turki Bandar AlSaud
[2] saudi sahkan derma kpd Najib
[3] money trail drpd kementerian kewangan saudi dan akaun Prince Faisal bin Turki Bandar AlSaud
[4] Saudi confirm derma 680 juta
[5] King salman sahkan derma
[6] Saudi confirm derma 680 juta

Pembangkang semestinya begitu mencemburui parti UMNO dan kerajaan Barisan Nasional kerana masih lagi menerajui negara setelah pelbagai asakan demi asakan yang dibuat oleh pelbagai gerakan sama ada melalui jalanraya mahupun siri kempen politik keterlaluan yang dipenuhi dengan unsur-unsur fitnah gagal.

Kegagalan untuk melihat kejatuhan seorang Perdana Menteri bernama Najib Razak cukup menyakitkan hati mereka-mereka yang kini kononnya bersatu dalam Pakatan Haprak.

Walaupun pelbagai usaha masih lagi dilakukan, bolehlah kita anggap ianya kini hanya berdasarkan kepada gerak politik mengikut kepentingan parti-parti yang bersekongkol atas nama kuasa dan kedudukan semata-mata, bukannya berlaku dalam bentuk tawaran atau pilihan kepada rakyat.

Atas sebab itu MMI percaya bahawa Barisan Nasional akan sekali lagi mendapat mandat rakyat pada PRU14.


MMI

Tuesday, 26 December 2017

Surat Terbuka Dari Menteri Kewangan II - Bukan Semua Macam Tun Mahathir !


Kalau kita pernah jadi kapten pasukan bolasepak bertaraf dunia sekalipun tidak bermakna taraf kapten itu sama dengan keupayaan dan corak permainan kita seperti mana sebelumnya.Jika sebelum itu kitalah kapten yang paling digeruni sama ada dari segi perwatakan di atas padang mahupun skil permainan ianya hampir pasti tidak akan kekal berpanjangan mengikut usia dan aktiviti kita seharian.

Apatah lagi jika kita sudah bersara kemudiannya meninggalkan beberapa perkara yang dulunya menjadi rutin harian sudah tentu akan ada perbezaannya.

Semua itu pasti berlaku kerana itu adalah fitrah manusia dan dalam dunia bolasepak misalnya perubahan sentiasa berlaku dari masa ke semasa mengikut perkembangan dunia bolasepak itu sendiri.

Malahan kita sudah menyaksikan bagaimana pasukan Brazil yang dulunya terkenal dengan ala-ala sambanya kecundang dalam piala dunia, bukan kerana mutu permainan mereka merosot tetapi kerana pasukan lawan jauh mengatasi pasukan Brazil dari segi perkembangan dan perubahan yang berlaku.

Keupayaan yang dimiliki oleh pasukan lawan itulah sebenarnya yang harus kita baca kerana dunia sentiasa berubah dan bergerak ke hadapan.

Begitu jugalah dalam dunia politik hari ini, MMI kongsikan kisah bagaimana Bill Clinton sewaktu bertanding jawatan Presiden Amerika Syarikat menentang Bush berjaya mengalahkan lawannya hanya kerana perubahan yang dilakukan oleh beliau dan pasukannya.

Tahukah bahawa Clinton pada awalnya sudah dijangka akan tewas dengan teruk sekali kerana siri kempennya yang gagal mengatasi kempen Bush ?

Malah skandal dengan seorang wanita yang didedah kemudiannya hampir pasti mengangkat Bush sebagai Presiden Amerika Syarikat.

Namun itu semua tidak berlaku kerana Clinton dan pasukannya terus berusaha dan mengikut arus perkembangan dan perubahan yang berlaku pada masa tersebut.

Clinton bukan sahaja berkempen secara biasa seperti mana yang sering kita lihat dalam kaca tv tetapi siri kempennya telah membuka lembaran baru kepada seluruh dunia bilamana konsep 'town hall' digunapakai selain Clinton muncul dalam segmen-segmen di kaca tv yang menjadi pilihan ramai masyarakat d Amerika Syarikat seperti MTV, saluran radio dan yang seumpanya.

Manakala Bush kekal penuh adat dan mengiku budaya kempen politik seperti mana yang diamalkan sebelumnya.

Tanpa diduga tindakan itu kemudiannya telah mendapat reaksi yang amat positif sehingga stesen-stesen tv berebut-rebut untuk mendapatkan Clinton sehingga akhirnya beliau menjadi popular selain mesej kempennya secara tidak langsung dapat disampaikan kepada semua golongan di Amerika Syarikat.

Moralnya ... kita perlu tahu bahawa pada setiap masa, waktu tidak pernah berhenti dan kita sebagai pemain waktu itu harus menerima hakikat bahawa apabila kita mula berhenti melangkah maka sudah pasti akan ada langkah-langkah lain yang telah terlepas kehadapan.

Sekaligus memberikan mesej jelas betapa keupayaan dan perubahan yang kita miliki akan terus berubah mengikut mereka yang terus melangkah.

Berdasarkan kepada hakikat inilah maka MMI percaya apa yang dilontarkan oleh Tun Mahathir berkenaan isu membabitkan urus niaga pertukaran wang asing oleh Bank Negara Malaysia masih bertakuk kepada zaman diwaktu Tun Mahathir berhenti melangkah sebagai seorang Perdana Menteri.

Tun Mahathir perlu faham dan percaya bahawa pimpinan seterusnya yang terus melangkah membawa amanah selaku ketua kerajaan dan menteri yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan hal-hal sepenting isu BNM ini adalah dikalangan mereka-mereka yang terus melangkah dengan membawa perubahan dan mengikut perkembangan semasa.

Dalam konteks ini bolehlah MMI katakan mengikut kemampuan dan kebijaksanaan mereka mengurus dan merencana kerana ianya hampir pasti berbeza dengan zaman Tun Mahathir yang langsung tidak tahu menahu tentang dana dari Bank Negara Malaysia yang sudah pun tergadai akibat PERJUDIAN di meja FOREX !

Oleh yang demikian surat terbuka daripada YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Kewangan II adalah sesuatu yang wajar dibaca dan diterima oleh Tun Mahathir atas dasar perubahan dan perbezaan amalan yang jelas terhasil daripada langkahan mereka-mereka selepas era Tun Mahathir.

Kehadapan Tun,

Ramai sahabat saya yang menjadi pembaca blog Tun, telah menghubungi saya untuk mendapatkan penjelasan mengenai penulisan terbaru Tun berjudul “Dear Mr Johari” mengenai isu urus niaga pertukaran mata wang asing.

Pada mulanya saya memberitahu mereka bahawa saya sudah banyak kali menjawab mengenai perkara ini dan saya tidak mahu memanjangkan perbincangan mengenai isu ini terutamanya kerana sudah ada pasukan bebas di PDRM menyiasat perkara ini. Perkara berkaitan tukaran asing ini kadangkala terlalu teknikal untuk difahami orang awam terutama berkaitan dengan peranan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam pengurusan rizab antarabangsa negara.

Bagaimanapun, saya merasakan cara terbaik adalah melalui perbincangan dengan meletakkan perkara itu dalam perspektif mudah supaya dapat difahami.

2. Adalah sangat penting bagi orang ramai memahami perbezaan antara aktiviti pertukaran mata wang spekulatif dan pengurusan pasaran pertukaran asing yang teratur. Aktiviti pertukaran wang asing spekulatif, dengan bahasa yang lebih mudah, adalah sejenis aktiviti “perjudian” untuk mendapatkan pulangan yang cepat. Namun, pengurusan pasaran pertukaran asing yang teratur sangat jauh berbeza yang mana kemudahan mudah tunai oleh BNM kepada pelabur di negara ini untuk mengurangkan ketidakseimbangan yang berkaitan dengan penawaran dan permintaan ringgit di pasaran.

3. Untuk melihat perkara ini secara perspektif, ia boleh dilihat melalui Laporan Audit Dalaman yang disediakan oleh Juruaudit Dalaman BNM bertarikh 21 Januari 1994 yang mana Bahagian Operasi Pertukaran Asing Jabatan Perbankan di BNM terbabit dalam aktiviti perdagangan tukaran asing yang banyak sehingga pembelian matang dan urus niaga pertukaran mata wang bulanan yang berjumlah purata RM140 bilion pada tahun 1992 telah meningkat kepada RM750 bilion pada tahun 1993!

Sebahagian besar urus niaga itu bersifat spekulatif dan tidak mencerminkan mandat BNM untuk mengekalkan keadaan teratur dalam pasaran pertukaran asing mengikut Seksyen 4 Ordinan Bank Negara Malaysia 1958.

4. Laporan Audit Dalaman itu juga menekankan bahawa magnitud urus niaga spekulasi pertukaran asing dianggap sangat berlebihan memandangkan dana pemegang saham BNM hanya RM4.4 bilion dan rizab antarabangsa negara hanya RM43.98 bilion pada masa itu. Aktiviti spekulatif ini menyebabkan BNM mengalami kerugian urus niaga pertukaran asing berjumlah RM31.5 bilion dalam tempoh itu.

5. Laporan Audit juga menyatakan bahawa aktiviti perdagangan pertukaran mata wang asing spekulatif yang dijalankan oleh bank pusat pada masa itu telah dilakukan oleh Bahagian Pertukaran Asing Jabatan Perbankan BNM, yang diketuai oleh penasihat / pengurusnya, Encik (Tan Sri) Nor Mohamed Yakcop, yang kemudiannya menjadi Menteri Kewangan Kedua.

6. Dengan skala kerugian aktiviti spekulasi pertukaran asing yang besar, Kerajaan dipaksa untuk memindahkan sahamnya di Telekom dan Tenaga Nasional Berhad kepada BNM pada nilai nominal RM1 sesaham dan saham-saham ini telah dinilai semula oleh BNM pada RM22.10 setiap saham dan RM19.30 sesaham untuk Telekom dan TNB.

Di samping itu, BNM terpaksa melupuskan saham Malaysia Airlines kepada pihak ketiga dengan harga RM8 sesaham dan saham MISC pada RM10 sesaham kepada Kumpulan Wang Pencen untuk mendapatkan keuntungan. Jika kerugian pertukaran asing spekulatif ini tidak nyata, Kerajaan tidak akan mengambil tindakan drastik ini untuk menutup kerugian BNM pada masa itu.

7. Sejak episod kerugian yang dialami pada 1993, BNM dan negara telah berjaya mengambil pelbagai langkah penambahbaikan, terutamanya dalam melaksanakan pembaharuan serta langkah semak dan imbang yang perlu berkaitan aktiviti urus niaga hadapan pertukaran mata wang asing.

Hasil daripada pembaharuan ini, walaupun berlaku ketidakstabilan aliran modal dan ringgit dalam tempoh yang lalu, ekonomi kita terus kekal berdaya tahan dan keupayaan BNM untuk menjaga kestabilan kewangan dan ekonomi masih tidak dapat dikompromi.

Malah, rizab antarabangsa terus kukuh dan pada akhir November 2017 rizab berjumlah AS$101.9 bilion dan kerajaan dapat mengekalkan 7.5 bulan import tertangguh. Saya rasa sudah cukup untuk saya menjelaskan mengenai subjek ini dan jika ada pihak yang masih tidak mahu menerima dan memahami kebenaran, maka tiada apa lagi yang dapat saya katakan.

8. Saya berharap agar Tun sekeluarga terus berada dalam kesihatan yang baik dan Selamat Tahun Baru saya ucapkan. Semoga Tahun Baru ini membawa lebih banyak rahmat dan kemakmuran kepada kita semua rakyat Malaysia.

Yang Benar,
Johari Abdul Ghani

Monday, 25 December 2017

Tuduhan Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai Di Jawab Dr Abdul Rahman Abdul Kadir

Tak perlu kata apa-apa lagi puak-puak pembangkang memang kerjanya 24 jam akan cuba untuk memburukkan reputasi kerajaan sebab hanya dengan cara itu sahajalah mereka merasakan rakyat boleh menerima kehadiran mereka seterusnya mengharapkan rakyat terus memilih mereka untuk menjadi kerajaan menggantikan Barisan Nasional.

Seolah-olah rakyat Malaysia ni DUNGU dan BODOH sampai tak ada otak macam kelaku si Ahli Majlis Seberang Perai bernama David Marshel.

Apa pun gambar kat bawah ni adalah Dr Abdul Rahman Abdul Kadir yang dah basuh otak si David lemau tu dan isunya membabitkan kemudahan di hospital kerajaan.Tak payah cakap banyak jom kita tengok apa cita.



Saya ingin merujuk kepada penulisan Ahli Majlis Perbandaran Seberang Prai Saudara David Marshel di dalam portal berita Malaysiakini spt di link berikut: https://m.malaysiakini.com/letters/40621

David Marshel telah mengatakan bahawa beliau kasihan dengan orang Perlis kerana hospital kerajaan tiada kemudahan dan lebih teruk berbanding sesetengah hospital di pekan negara ini. Ianya adalah berdasarkan pengalaman ibunya yang dimasukkan ke wad di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar baru2 ini.

Ibunya telah dimasukkan ke wad kerana serangan jantung (unstable angina) dan telah mendapatkan rawatan mengikut prosedur standard dan menepati standard perawatan mengikut garispanduan klinikal negara mahupun luar negara. Namun beliau tidak berpuas hati kerana rawatan angiogram tidak diberikan dan oleh itu beliau telah membawa ibunya keluar dari hospital untuk mendapatkan rawatan ke hospital swasta di Pulau Pinang.

Di Hospital Swasta tersebut rawatan angiogram telah dilakukan dan didapati ada sumbatan saluran koronari sebanyak 95% dan pesakit telah dijadualkan untuk menjalani pembedahan angioplasti dengan segera.

Beliau seterusnya berkata beliau risaukan nasib rakyat Perlis yang tidak ada khidmat perawatan kardiologi dan kemudian mempolitikkan isu dengan menuduh Kerajaan Persekutuan tidak menyediakan hospital yang moden utk rakyat dan sebaliknya mengutamakan Program Permata Negara.

Pertamanya, apa yang semua harus faham adalah hospital2 kerajaan tidak beroperasi seperti hospital swasta. Kita boleh beroperasi seperti mereka tetapi rakyat perlulah membayar wang.

Nilai subsidi perawatan kesihatan rakyat kita adalah setinggi 95%! Ini menjadikan kos perubatan di negara kita adalah yang termurah di dunia.

Setiap pesakit jantung akan distratifikasikan risiko mereka oleh doktor pakar bagi menentukan keperluan melakukan ujian angiogram pada kadar segera (emergency) atau kemudian (elektif).

Pesakit Hospital Kangar akan mendapatkan rawatan susulan dan perlu menjalani ujian Stress Test. Sekiranya mereka menunjukkan tanda2 atau gejala bahaya maka ujian angiogram sudah semestinya akan diaturkan segera.

Bagi pesakit yang tidak mampu untuk menjalani ujian stress test ini (mungkin kerana masalah sendi, atau tidak mampu untuk berjalan/berdiri lama), maka ujian multiple slice computed tomography (MSCT) boleh dilakukan bagi mereka. Malah MRI cardiac juga boleh dilakukan bagi menentukan kewujudan sumbatan saluran darah koronari jantung secara tidak invasif. Kesemua perkhidmatan canggih ini boleh dilakukan di Hospital Kangar!

Jadi apa maksud David dengan mengatakan Hospital Kangar lebih teruk dari hospital di pekan?

Pekan mana yang beliau maksudkan? ?

Sekiranya pesakit Hospital Kangar memerlukan rawatan angioplasti, mereka akan dirujuk terus ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar yang begitu berdekatan dengan Kangar. Malah terdapat Klinik Kardiologi setiap bulan di Hospital Kangar yang dikendalikan oleh Pakar Perunding Kardiologi Kanan dari Hospital Pulau Pinang.

Malangnya, kesemua proses ini tidak sempat untuk dilakukan kerana David Marshel telah membawa keluar ibunya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Swasta.

Tuduhan Kerajaan Persekutuan mengabaikan pemodenan fasiliti hospital di pedalaman dan negeri Perlis khususnya adalah merupakan tuduhan dangkal melulu dan hanya bermotifkan politik. Bagi mereka yang tahu tentang perkembangan bidang kardiologi dan kardiotoraksik negara sudah pasti akan ketawa melihatan kedangkalan beliau.

Tun Dr Mahathir telah memberikan idea pembinaan IJN di Kuala Lumpur. Ia suatu idea yang sungguh bijak dan terpuji.

Sepanjang pemerintahan Tun selama 22 tahun, beliau telah membawa perkhidmatan ini ke 4 negeri di Malaysia iaitu di KL, JB, Pulau Pinang dan Sarawak.

Ia mewakili zon Selatan, Utara dan Borneo. Pada zaman Tun memerintah, rakyat Sabah perlu ke Sarawak untuk rawatan. Orang2 negeri pantai timur spt Kelantan, Terengganu dan Pahang perlulah pergi ke IJN di Kuala Lumpur.

Pembedahan pintasan jantung pertama negara dilakukan di Hospital Universiti (kini PPUM) sekitar tahun 1975. Hanya pada tahun 2001, perkhidmatan ini dapat dinikmati oleh rakyat Sarawak di Kuching. Sepanjang tempoh itu, mereka terpaksa diterbangkan ke IJN Kuala Lumpur untuk pembedahan.

Pada zaman Pak Lah, telah dibangunkan pula Jabatan Kardiologi dan Kardiotoraksik di Hospital Serdang pada tahun 2007 bagi mengurangkan beban rakyat yg menunggu di IJN. Beliau juga telah membawa perkhidmatan kardiologi ke Alor Setar Kedah pada tahun 2008. Ini mengurangkan beban rakyat di Lembah Klang dan juga di negeri2 utara. Tidak perlulah bersesak ke IJN atau Penang.

Di bawah kepimpinan DS Najib, beliau menyedari kepentingan perubatan kardiologi demi rakyat dan telah membawa perkhidmatan kardiologi ke negeri2 berikut hanya dalam 7 tahun pemerintahan beliau:

Perak: 2011
Pahang: 2011
Terengganu: 2011
Sabah: 2012
Kelantan: 2015

Malah pembedahan pintasan jantung boleh dilakukan di Pahang semenjak tahun 2012. Ini menguntungkan rakyat2 pantai timur yg tidak lagi perlu pergi ke Serdang atau IJN di Lembah Klang.

Pembedahan pintasan jantung kita disubsidi begitu tinggi oleh kerajaan hingga ia menjadi pembedahan pintasan jantung termurah di dunia pada harga hanya RM 500.

Berkhatan di sesetengah hospital swasta pun kadang kala lebih mahal dari itu.

Sebagai perbandingan, Pembedahan bypass/pintasan jantung di swasta boleh menelan belanja sehingga 25K hingga 35K ringgit. ?

Rakyat Sabah juga tidak lagi perlu ke Kuching yg begitu jauh hanya utk rawatan kardiologi kerana kini Sabah sudah ada Sabah Heart Centre.

Hanya dalam 7 tahun pemerintahan, hampir semua negeri sudah ada perkhidmatan kardiologi termasuk sebuah ‘IJN baru’ di pantai timur. Baki negeri2 seperti Melaka, Negeri Sembilan dan Perlis hanya menunggu masa sebelum memiliki perkhidmatan kardiologi mereka sendiri. Saya dimaklumkan perancangan terhadap ini sedang rancak diusahakan oleh KKM.

Memanglah kalau boleh kita mahu pusat kardiologi seperti IJN wujud di setiap daerah dan ceruk negara. Namun perkara ini tidak realistik dan tidak berlaku hatta di negara2 maju.

Saya tidak faham mengapa bajet kesihatan dan bajet pendidikan untuk memajukan modal insan spt Permata dicampur adukkan oleh pembangkang. Kedua2 sektor ini adalah amat penting dan merupakan nadi kelangsungan sesebuah negara selain dari bajet pertahanan.

Secara tradisi, kedua2 sektor ini juga adalah penerima alokasi bajet tertinggi dalam setiap pembentangan Belanjawan Kerajaan Barisan Nasional.

Perlis tidak pernah diabaikan malah keadaan mereka adalah mirip negeri saya Melaka tempat saya bertugas. Malah Perlis bakal mendapatkan sebuah hospital baru di Padang Besar yang akan mula dibina pada tahun hadapan. Juga, sebuah hospital swasta pertama di Perlis juga sudah tersergam indah. Pesakit2 yang mampu dan memiliki insurans kini tidak perlu lagi ke Alor Setar atau Penang utk perkhidmatan swasta selepas ini. Ini juga membantu mengurangkan beban kesesakan pesakit di Hospital Kangar.

Adalah tidak adil dan kelakar membandingkan hospital kerajaan yang memberikan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat terbanyak dengan sebuah hospital swasta yang semua tahu jelas berorientasikan perniagaan.

Di Hospital swasta, apa saja yang anda mahu boleh dilakukan kerana anda membayar sendiri bil perubatan. Your cash speaks for you.


Lihatlah saja gambar contoh yang saya lampirkan, deposit ribuan ringgit wajib dibayar barulah rawatan akan dapat dinikmati.

Berbanding di Hospital Kerajaan, seorang pesakit jantung boleh mendapatkan rawatan dari seorang pakar seperti saya dan boleh mendapatkan ubatan semahal RM 3.5K seperti Metalyse, hanya dengan membayar seringgit. Dan hampir keseluruhan rawatan disubsidi sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia.

Ahli Majlis Pulau Pinang ini sepatutnya bertanya apa pula yang boleh dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk kesihatan rakyatnya?

Tak mahu tanggung ke deposit perawatan di perkhidmatan swasta supaya kurang sedikit bebanan rakyat yang terpaksa menunggu di hospital kerajaan?

Takkan sanggup berbelanja ratusan juta hanya untuk feasibility study projek terowong dasar laut bunian yang sampai sekarang langsung tak nampak hasilnya?


Sunday, 24 December 2017

Pindah Milik Tanah Felda Siapa Dalangnya ? Part 2


Tuduhan sudah pun dilemparkan terhadap kerajaan kerana Felda diberitakan boleh kehilangan pegangannya ke atas tanah di Jalan Semarak bernilai RM270 juta.

Soalnya apakah ianya benar ? 

Perkara pertama yang harus kita berikan tumpuan adalah ketegasan dan pendirian Felda dalam isu terlibat ! Ini penting kerana ia bakal menetukan sejauh mana isu ini akan berakhir.

Makanya kita perlu berpegang kepada pendirian Felda hari ini bahawa keputusan ketika ini adalah untuk menuntut semula keempat-empat lot tanah bernilai RM270 juta yang kini dimiliki oleh sebuah syarikat swasta.

SELESAI ! Keputusan yang pastinya tidak akan berubah memandangkan tindakan demi tindakan sudah pun diambil oleh Pengerusi Felda sendiri Tan Sri Shahrir Abdul Samad kerana percaya bahawa berlakunya PENIPUAN dalam proses pertukaran hak milik tanah di Jalan Semarak.

Tapi MMI yakin ramai lagi yang belum berpuas hati sebab persoalan tentang kenapa semua ini boleh berlaku sedangkan kita punya mereka-mereka yang dilantik untuk menjaga Felda dan bla bla bla sampailah ke tahap hak rakyat dan lain-lain.

Ok MMI sambung, Masih lagi berkisar kepada perkara pokok Felda sedang dan telah berusaha untuk menuntut kembali tanah-tanah terlibat dan laporan telah dibuat kepada pihak berkuasa kerana dipercayai berlakunya PENIPUAN !

Jelas dan kini kita perlu merujuk kepada bagaimana penipuan terhadap tanah-tanah ini dilakukan !

Apakah ianya dilakukan oleh kalangan mereka yang bertaraf menteri ? atau ianya dilakukan oleh kalangan mereka yang punya kedudukan tertinggi dalam Felda ? Atau ianya dilakukan oleh kalangan mereka yang terlibat secara langsung dalam Felda atau ianya dilakukan oleh mereka yang terlibat secara tidak langsung dalam Felda ?

Apa yang MMI perhatikan adalah ianya merujuk kepada tindakan yang dilakukan oleh syarikat yang dilantik oleh anak syarikat Felda, Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) yang melantik Synergy Prominade Sdn Bhd sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama.

Synergy Prominade Sdn Bhd, syarikat pemaju yang diberi kuasa wakil penuh (PA-full power of attorney) itu telah menjual tanah tersebut kepada pihak mereka sendiri.

Menurut Shahrir "Sebagai pemegang PA, syarikat itu jual tanah kepada diri sendiri dengan jumlah nilai yang disebut itu, wakil FELDA tiada yang tandatangan (dokumen penjualan), dia jual sendiri kepada pihak dia," katanya."

Apabila situasi sebegini berlaku maka hampir pasti penipuan ini akan mengambil masa untuk dikesan dan setelah ianya dikesan maka Felda telah melaporkan kepada polis pada  12 Disember lalu apabila percaya berlaku penipuan dalam proses pertukaran hak milik tanah di Jalan Semarak.

Felda juga sudah memaklumkan pihaknya juga akan mengambil tindakan sivil kepada syarikat swasta berkenaan kerana dipercayai menyalahgunakan kuasa.

Selain itu, Felda akan menukar status kaveat persendirian yang didaftarkan pada 14 April lalu kepada kaveat pendaftar untuk mengukuhkan penguasaan pemilikan terhadap tanah itu.

Malah keputusan sudah dibuat waima apa jua yang berlaku Felda akan memastikan hak milik tanah tersebut akan dikembalikan kepada Felda.

Rasanya jelas tapi MMI percaya masih ada lagi yang kurang berpuas hati sebab tak melibatkan nama-nama pemimpin macam Najib Razak, Isa Samad dan bla bla bla ... Ok kita sambung ....

Apa jua yang berlaku dalam Felda, kita tidak dapat menafikan bahawa ianya (Felda) wujud hasil daripada parti UMNO dan kerajaan BN bukannya direalisasikan daripada mana-mana parti pembangkang yang wujud pada hari ini.

Malahan parti-parti pembangkang yang hampir saban hari menyalak itu sampai ke hari ini tak ada pula pelan atau kaedah yang hampir sama dibuat untuk membantu rakyat Malaysia khususnya orang-orang Melayu seperti mana yang berlaku apabila Felda diwujudkan.

Jadi makna kata lebih banyak sembang dan kritik makanya memudahkan penjelasan seterusnya, Najib Razak selaku Perdana Menteri sudah pun dimaklumkan dan semua tindakan yang telah diambil oleh Felda telah pun berjalan.

Perdana Menteri tidak terlibat sama sekali dalam proses penipuan ini JELAS !

Oleh yang demikian siapa perlu dipertanggungjawabkan ?

Apakah Isa Samad perlu bertanggungjawab memandangkan beliau adalah Pengerusi Felda di waktu isu ini berlaku ?

MMI kata tak perlu risau sebab laporan kepada pihak berkuasa sudah pun dibuat dan sekiranya siasatan itu memerlukan Isa Samad di panggil untuk mendapatkan keterangan maka pihak berkuasa mempunyai kuasa untuk melakukannya.

Bahkan Isa Samad sendiri sudah pun membuat kenyataan beliau akan memberikan kerjasama dengan polis berhubung isu tanah FELDA di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun beliau berkata, setakat ini polis masih belum menghubunginya untuk mendapatkan sebarang kenyataan, selepas Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad membuat laporan polis.

"Setakat ini polis belum panggil saya, biar polis jalankan tugas. Tetapi jika polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) panggil, saya bersedia memberi kerjasama.

Begitu juga respon dari Pemuda UMNO melalui Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun yang berkata, jika betul wujud unsur penyelewengan dalam isu berkenaan, dalang yang terlibat tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.

"Kita beri kepercayaan sepenuhnya kepada pihak polis dan berharap ia akan diselesaikan secara segera kerana ia tidak sihat untuk Felda serta kerajaan."

So apa lagi yang kurang ?

Sudah tentulah ada dalang disebalik apa yang berlaku, siapa pemilik syarikat Synergy Prominade Sdn Bhd ?

Disinilah yang perlu kita fokuskan, siapa mereka-mereka ini ? 

Untuk itu perlulah kiranya kita bersabar kerana ianya masih dalam siasatan pihak berkuasa !

Ada lagi ?? 

Sudah-sudahlah nak main persepsi tu, sebab dalam isu Lim Guan Eng pun kita masih nantikan tindakan dan keputusan mahkamah, lainlah kalau si Lim Guan Eng ni letak jawatan bila ada tuduhan ye tak ?

MMI

Rujukan ;



Saturday, 23 December 2017

Pindah Milik Tanah Felda Siapa Dalangnya ? Part 1


Dalam artikel-artikel sebelum ini, MMI pernah menyebut bahawa pihak pembangkang akan terus menyerang semua pihak yang dilihat pro kepada parti UMNO, BN dan kerajaan.Situasi atau tindakan yang tidak pernah sekalipun dalam sejarah negara kita terhenti memandangkan hampir setiap waktu kumpulan ini akan mencipta, menyebar malah siap sekali 'package' fitnah dan maki hamun.

Jika tidak dalam bentuk pendedahan retorik seperti mana yang dilakukan oleh si sotong maka pentas ceramah jadi pilihan selain daripada amalan biasa menggunakan media sosial untuk terus menyebarkan dakyah-dakyah mereka.

Begitulah senarionya dan MMI percaya jutaan rakyat Malaysia sebenarnya faham dan sedar dengan keadaan ini.

Justeru itu kali ini MMI akan cuba untuk berkongsi pandangan dan pendapat khusus berkenaan isu yang sedang panas pada ketika ini melibatkan penjualan tanah penuh misteri FELDA.

Di luar sana sebaran maklumat sedang pantas bergerak untuk segera meniup api kebencian terhadap pemimpin UMNO dan kerajaan kerana kegagalan Felda untuk menyedari kehilangan tanah miliknya yang berjumlah RM270 juta.

Semalam sewaktu MMI menghirup kopi panas ditemani beberapa kenalan isu ini turut ditimbulkan.

Sudah tentulah nama-nama seperti Isa Samad, Shahrir dan Najib sendiri menjadi pilihan penyedap mulut dalam lontaran demi lontaran untuk memuaskan hati masing-masing kerana ianya dikatakan melibatkan wang rakyat, tak pasti pula MMI kepuasan apa yang mereka cari tetapi ianya lebih dilihat kepada usaha untuk menyalahkan pihak-pihak tertentu agar isu Felda ini dapat diselesaikan dengan kesalahan sepenuhnya diletakkan kepada pemimpin yang bertanggungjawab terhadap Felda.

Ya betul ! MMI tak menafikan bahawa siapa jua yang melakukan kesalahan sama ada akibat kelalaian mahupun disengajakan WAJIB dikenakan hukuman yang setimpal kerana isu Felda ini sudah pun memberikan impak negatif yang amat tidak baik kepada parti UMNO dan kerajaan.

Sebagai penyokong UMNO dan kerajaan BN, MMI juga menyokong tiap usaha ke arah itu kerana kita tidak mahu melihat kewujudan parasit-parasit yang mengambil kesempatan ini dilepaskan.Malah kalau kita lihat rentetan sejarah kebanyakkan parasit-parasit yang wujud ini sama ada yang berkaitan dengan UMNO atau tidak mereka adalah musuh bukan sahaja terhadap parti UMNO tetapi juga kepada seluruh rakyat dan negara.

Namun jangan cepat marah dulu sebab dalam isu sebegini kita sewajarnya perlu rasional dalam apa jua tindakan kerana menghukum membabi buta tidak akan mampu menghadirkan sesuatu yang lebih baik dari hari ini.

Sesuatu yang menarik perhatian MMI adalah ramai sebenarnya warga Malaysia begitu mengambil berat tentang Malaysia khususnya perkara-perkara berkaitan aset dan hak milik negara.Petanda positif bahawa kita 'on the rite track' kerana sikap begini sudah pasti akan membantu perkembangan Malaysia mencapai matlamatnya.

Contohnya kita sudah pun menyaksikan bagaimana 1MDB mendapat perhatian paling tinggi termasuklah tuduhan dan fitnah yang disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.Apa pun 1MDB sudah dianggap selesai kerana apa jua dakwaan yang masih dilemparkan hanyalah berupa tuduhan berkepentingan politik semata-mata.

Kini timbul pula isu membabitkan Felda, sehingga artikel ini ditulis MMI dah melihat beberapa versi berkaitan yang rasanya memerlukan pertimbangan yang adil dan waras daripada rakyat yang begitu obses dengan aset dan harta milik negara.

Tuduhan sudah pun dilemparkan terhadap kerajaan kerana Felda diberitakan boleh kehilangan pegangannya ke atas tanah di Jalan Semarak bernilai RM270 juta.

Soalnya apakah ianya benar ? 

Sambung di part 2

Friday, 22 December 2017

Bila Pencacai DAP Persoal Siapa Tun Faisal !


Memang benarlah kata orang bila hati dah hitam buatlah apa sekalipun semuanya akan dianggap salah dan tidak benar melainkan ianya menyentuh dan menyokong kepercayaan si empunya diri walaupun hakikatnya kepercayaan itu hadir dan dibuat-buat kerana kepentingan tertentu.

Ramai warga Malaysia telah ditabur dengan pelbagai versi melibatkan isu 1MDB dan kalau kita perhatikan sehingga ke saat ini pun tidak ada mana-mana pihak yang tampil dan mengemukakan hujah-hujah mereka berdasarkan kepada bukti jelas.

Jika ada sekalipun ianya lebih kepada lolongan berbau politik penuh emosi dan dendam semata-mata kerana kebencian terhadap pimpinan negara walaupun realitinya apa yang diungkapkan itu samar dengan tuduhan-tududan dangkal yang tidak dapat dibuktikan pun.

Yang kita dengar adalah tuduhan berbunyi perompak, penyamun dan lain-lain walaupun tuduhan itu sepatutnya ditujukan kepada pentadbir-pentadbir kerajaan negeri di Pulau Pinang dan Selangor.

Malah tindakan undang-undang yang kononnya akan digunakan terhadap mereka-mereka yang dituduh terlibat dalam isu 1MDB masih lagi gagal diambil, yang ada hanyalah propaganda dan spin politik untuk menjerat rakyat supaya membenci kerajaan.

Berbalik kita kepada tajuk diatas, kadang-kadang kita hairan pembangkang saban waktu menyebarkan cerita rekayasa mereka ke setiap pelusuk negara dan kalau boleh tu nak sumbat secara langsung pada rakyat tetapi mereka akan mula panas apabila di pihak kita menjawab dan memberikan penjelasan berdasarkan kepada fakta dan bukti.

Begitulah yang terjadi apabila Tun Faisal mantan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang hari ini merupakan Pengarah Bahagian Strategik JASA tampil memberikan penjelasan berkenaan 1MDB.

Berikut adalah penjelasan Tun Faisal berkenaan PROSIDING FINMA BUKTIKAN KELEMAHAN PENGURUSAN JP MORGAN, BUKAN PENYELEWENGAN DANA 1MDB

1. Usaha mengaitkan 1MDB dengan kesalahan penggubahan wang timbul sekali lagi. Kali ini susulan laporan Reuters mengenai kenyataan badan pemantau kewangan Switzerland, FINMA bahawa institusi kewangan, “JP Morgan didapati melakukan kesalahan besar berkaitan pengubahan wang haram berhubung dana 1MDB.”

2. Apakah KESALAHAN BESAR itu? FINMA menyebut, JP Morgan “gagal untuk mengenal pasti secukupnya peningkatan risiko penggubahan wang berkaitan dana kekayaan “yang dituduh menyeleweng” ketika skandal penggelapan berlangsung secara besar-besaran.”

3. Apakah HUKUMAN terhadap DOSA BESAR ini? TIADA HUKUMAN. FINMA memutuskan “untuk menutup prosiding dan tidak mengenakan sebarang hukuman (yang ditafsirkan oleh Reuters sebagai) – “kemungkinan petunjuk bahawa sebarang KEUNTUNGAN yang diperolehi oleh JP Morgan akibat dakwaan pelanggaran peraturan ini sebagai TIDAK SIGNIFIKAN.”

4. Reuters turut memetik kenyataan FINMA yang menyebut J.P. Morgan telah menerima “maklumat yang tidak lengkap dan tidak konsisten daripada pelanggan tanpa melihat dan mendokumenkannya secara lebih mendalam”, dan ini dinyatakan sebagai KELEMAHAN SISTEM PEMANTAUAN dan KAWALAN BANK TERSEBUT”.

5. Apakah respon JP Morgan terhadap dakwaan FINMA ini? Jurucakap JP Morgan, Jason Lobo, menyebut, “resolusi yang diumumkan oleh FINMA adalah berkaitan perkara yang berlaku lama dahulu dan sejak itu kami telah MENINGKATKAN LATIHAN, MENAMBAH KAKITANGAN dan MEMBUAT PENAMBAH BAIKAN DALAM KAWALAN DAN PENGAWASAN”. Ini adalah pengakuan mengenai kelemahan JP Morgan.

6. Adakah 1MDB melakukan sebarang kesalahan dalam transaksi berkaitan JP Morgan ini? TIDAK. Pertama, dana yang dipindahkan oleh 1MDB adalah daripada sumber yang sah dari segi undang-undang. Kedua, pemindahan wang yang dibuat oleh 1MDB juga sah dari segi undang-undang, iaitu selepas mendapat kebenaran Bank Negara Malaysia sebanyak TIGA KALI, pada 29 September 2009, 6 September 2010 dan 20 Mei 2011.

7. Apakah yang berlaku dengan wang yang dipindahkan ini?

Konspirator plot “menjenayahkan Najib” mendakwa wang yang dipindahkan ini, iaitu sebanyak AS$1 bilion di’curi’ oleh Jho Low melalui akaun Good Star dan wang ini kemudiannya dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

8. Benarkah wang ini dicuri? TIDAK. Pertama, akaun Good Star dan pemilik PetroSaudi mempunyai kaitan. Menurut Chris Wright, dalam editorial Euromoney, JP Morgan (Suisse) memegang akaun berkaitan syarikat usaha sama 1MDB-PetroSaudi JV, iaitu akaun yang sah dari segi undang-undang, dan JPMorgan Chase adalah bank hubungan untuk pemindahan dalam talian bagi Deutsche Bank dan AmBank yang berakhir ke akaun Good Star. JPMorgan juga adalah bank hubungan untuk pemindahan wang dari akaun Good Star ke akaun Putera Raja Arab Saudi yang menubuhkan PetroSaudi. Dalam kenyataan. Kedua, syarikat PetroSaudi International (PSI) sendiri pada 1 Mac 2015, menafikan laporan bahawa dana dari 1MDB diambil oleh pihak ketiga dan memaklumkan bahawa subsidiarinya telah menerima semua tunai untuk syarikat usaha sama dengan 1MDB. PetroSaudi juga menyebut bahawa ia telah membayar kembali jumlah yang penuh pelaburan pokok (AS$1.83 bilion) kepada 1MDB bersama keuntungannya (AS$488 juta). Ketiga, jika benar wang AS$1 bilion atau AS$700 juta ini dicuri dari pelaburan pokok keseluruhan bernilai AS$1.83 bilion, sudah pasti jumlahnya akan berkurangan. Sebaliknya jumlah ini bertambah menjadi AS$2.318 bilion membuktikan TIADA WANG 1MDB DICURI dalam transaksi berkaitan JPMorgan ini.

9. Seperti yang dinyatakan, laporan prosiding FINMA ini tiada kaitan dengan sebarang ‘penyelewengan dana 1MDB’ atau ‘jenayah 1MDB’, tetapi adalah laporan mengenai kelemahan sistem kawal selia JP Morgan. Ini diakui oleh JP Morgan sehingga ia terpaksa ‘memperbanyakkan latihan, menambah kakitangan dan menambah baik sistem pemantau dan kawal selia’.

10. Ia adalah kesalahan yang hampir sama dengan kesalahan yang dilakukan oleh Bank Development Bank of Singapore (DBS), Standard Chartered dan Union Bank of Switzerland (UBS), yang dilaporkan oleh Monetary Authority of Singapore (MAS) sebagai “kegagalan kawalan dan kelemahan dalam proses menerima pelanggan serta pemantauan transaksi, selain kelewatan dalam mengenal pasti dan melaporkan transaksi-transaksi yang mencurigakan.” The Guardian melaporkan DBS dikaitkan dengan 10 kesalahan dan UBS sebanyak 13 kesalahan. Kesalahan yang dilakukan oleh Falcon Bank dan BSI Bank lebih teruk lagi sehingga keduanya diarah menutup operasi di Singapura. Falcon Bank diarah untuk menamatkan operasi di atas sebab “persistent and severe lack of understanding” of Singapore’s money laundering controls.” BSI Bank pula telah dikaitkan dengan 41 kesalahan dan dilaporkan oleh MAS sebagai “melakukan pelanggaran keperluan-keperluan Anti Penggubahan Wang, penyeliaan pengurusan yang sangat lemah serta salah laku yang teruk oleh kaki tangan bank tersebut”

11. Jelas sekali prosiding-prosiding ini adalah berkaitan kelemahan setiap institusi kewangan tersebut untuk mengawal selia transaksi dan kegagalan mereka mematuhi peraturan anti penggubahan wang negara berkaitan. Mengaitkannya dengan 1MDB atau ‘dakwaan penyelewengan dana 1MDB’ adalah berniat jahat.

Oleh:
TUN FAISAL ISMAIL AZIZ


Agak menarik dalam banyak-banyak penjelasan sebelum ini, penjelasan kali ini telah mendapat perhatian daripada Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang, si Zaidi yang kena pecat dari TUDM.

Reaksinya dalam satu 'group whatsapp' yang di 'screen shot' dan dihantar kepada MMI amat menggelikan hati kerana si pegawai penerangan itu mempersoalkan siapa Tun Faisal ?


Inilah yang dikatakan hati hitam kerana dalam banyak-banyak penjelasan sebelum ini wakil DAP dari pembangkang sendiri Tang Seng Giaw yang terlibat dalam PAC sudah pun membuat kenyataan menidakkan tuduhan si Zaidi.(cari sendiri di You Tube)

Malah kalau kita lihat kehadiran kedua-dua nama yang disebut dalam politik negara, nampak sangat si Zaidi ni langsung tak 'study' sebab Tun Faisal dah lama terlibat dalam politik malah pernah mengepalai jentera siber UMB di bawah pemuda UMNO.

Siapa Zaidi ?

Seorang Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang yang kita boleh ragui perlantikan beliau sejak Mac 2016 yang lalu itu dibuat atas dasar pemahaman dan pengalaman politik atau belas kasihan ?

Selain dari itu Zaidi juga dilihat tidak punya pendirian, sekiranya perlantikan beliau dibuat dengan alasan kononnya beliau adalah seorang yang berani dan berprinsip, Zaidi lupa yang beliau telah meninggalkan parti PAN semata-mata untuk mendapatkan kedudukan dalam politik dan sanggup menjadi ahli DAP malah memburukkan pula parti PAN selepas itu.

Siapa Zaidi ni ?

Berbeza dengan Tun Faisal, apa jua yang berlaku dan apa jua perubahan sekalipun Tun Faisal kekal bersama UMNO dan terus menyumbang kepada perjuangan UMNO dan kerajaan malah sering menjawab dan menjelaskan tuduhan serta dakwaan berbau fitnah terhadap isu 1MDB.

Tidak pernah meninggalkan perjuangan politik waima apa jua yang mendatang !

Oleh sebab itu dapatlah kiranya MMI rumuskan bahawa puak-puak pembangkang hari ini sedang bermimpi kononnya mereka adalah jaguh dalam membela hak rakyat sedang hakikatnya mereka lebih asyik berpolitik tanpa mempedulikan nasib rakyat.

Buktinya di Pulau Pinang sendiri, apakah nasib orang Melayu benar-benar terbela di bawah pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang ?

Apakah kerajaan DAP juga membela nasib bangsa Cina dan India ? 

Jika ada pun mereka-mereka itu adalah dikalangan penyokong selebihnya dibeli dengan bantuan banjir RM700 secara 'one off' walaupun kejadian banjir berlaku lebih daripada 120 kali di Pulau Pinang.

Rumah mampu milik ? Sejak 2008 hingga hari ini, hanya diwaktu PRU14 semakin hampir kerajaan DAP begitu obses mewar-warkan mereka sudah menyediakan rumah-rumah terbabit walaupun realitinya ia bukan dari projek di bawah kerajaan negeri

Apa sumbangan Zaidi ? Menjilat dan terus menyebarkan dakyah !

Akhir kalam, agak-agaklah ada beza antara penjelasan berdasarkan pemahaman dan penulisan sendiri berbanding sikap 'copy paste' yang diamalkan oleh pegawai penerangan Lim Guan Eng bernama Zaidi ni.

Shame on you!

MMI

Labels