Sewajarnya kehilangan Allahyarham Datuk Dr. Haron Din yang telah selamat dikebumikan di Amerika Syarikat baru-baru ini menjadi pedoman dan pengajaran kepada seluruh umat Melayu selagi mana mereka mengaku bahawa Islam itu adalah agama yang satu.
Berdepan dengan cabaran di alam serba moden dan perkembangan pesat dunia teknologi sesungguhnya adalah satu cabaran yang cukup getir yang perlu ditangani dengan baik oleh tiap dari kita.
Percaya bahawa apa jua yang bakal berlaku selepas ini adalah atas kehendakNYA maka kita sebagai umat perlu terus berusaha bukan berdiam diri dan menyerahkan kepada takdir semata-mata.
MMI percaya dan yakin bahawa tindakan pemimpin DAP , Jeff Oii yang menghina kematian Allahyarham Datuk Dr. Haron Din bukanlah tindakan biasa-biasa.Sebagai seorang pemimpin politik semestinya tiap seorang daripada mereka memahami bahawa dalam tiap tindakan bersifat nasional sifat memahami dan menghormati adalah sesuatu yang cukup penting.
Menjadi satu pembohongan besar sekiranya apa yang diperlihatkan oleh Jeff Oii kepada umum itu dianggap sebagai tindakan kelas pertama dengan alasan bahawa bahasa yang digunakan itu menunjukkan tahap akademik bertaraf antarabangsa.
Hakikatnya Jeff Oii sedang membuktikan kepada kita betapa mereka (DAP) sebenarnya amat membenci kedudukan umat Melayu dan Islam di Malaysia.Realitinya mereka bukan sahaja sedar dan tahu tetapi menyimpan rasa dendam yang teramat sangat kerana mereka tahu agenda peribadi DAP tidak akan berjaya selagi mana Melayu masih kekal serumpun.
Jika kita menyusur sejarah dan kembali kepada keadaan di mana PAS masih menjadi sahabat setia bersama DAP dalam Pakatan Rakyat , maka kita akan dapat melihat kenapa pemimpin DAP mengambil tindakan sedemikian.
Sebagai sahabat (PAS) yang pernah bersama dalam perjuangan songsang menongkah arus menghalalkan cara demi kedudukan dan kuasa bersama Pakatan Rakyat , sudah semestinya Jeff Oii akan menghormati kematian Allahyarham Datuk Dr. Haron Din seperti mana pemimpin PAS sebelum ini menghormati kematian mendiang Karpal Singh.
Persoalannya kenapa Jeff Oii bertindak sedemikian rupa ?
Kenapa pula pemimpin DAP yang lainnya lebih banyak bersikap berdiam diri ?
Jawapan mudahnya adalah kerana PAS kini bukan lagi sebahagian daripada Pakatan Haprak yang dibentuk oleh DAP bersama-sama dengan PKR dan PAN.
Namun jika kita amati sedalam-dalamnya ia berpunca daripada sikap dendam DAP terhadap pemimpin-pemimpin Islam yang dilihat mampu menggugat perancangan strategik mereka untuk merealisasikan impian menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan dasar Malaysian Malaysia.
DAP mahu melihat Malaysia hanya menjadi sebuah negara yang mengamalkan Islam berdasarkan perlembagaan tanpa ianya diperkukuhkan dengan kekuatan dan keupayaan untuk mempertahankannya seperti mana yang dipraktikkan selama ini.
Kita perlu sedar bahawa pengukuhan Islam dan kedudukan umat Melayu di Malaysia bukan sahaja dijamin oleh perlembagaan negara tetapi juga kerana kekuatan serta keupayaan kerajaan dan parti pemerintah selain kesedaran umat Islam yang menyelia dan mengawalnya agar sentiasa berada dikedudukan tertinggi yang tidak boleh diganggu gugat oleh sesiapa.
DAP pastinya masih mengingati bagaimana usaha dan sokongan mereka terhadap tindakan pihak kristian yang mahu menggunakan kalimah Allah ditentang dengan begitu hebat sekali oleh umat Islam di Malaysia termasuklah Allahyarham Datuk Dr. Haron Din sendiri yang ketika itu bersama-sama dengan parti PAS dalam Pakatan Rakyat.
Malah DAP juga tahu dan sedar bagaimana tindakan Allahyarham Datuk Dr. Haron Din yang pernah bersuara lantang dalam soal perpaduan khususnya melibatkan umat Melayu dan Islam.
Baca artikel sebelum ini ,
Maka kerana itulah penghinaan terhadap Allahyarham Datuk Dr. Haron Din berlaku dan percayalah ianya bukan berpunca daripada terlebihnya ilmu penggunaan bahasa Jeff Oii tetapi kerana dendam politik yang begitu membara dalam jiwa pemimpin-pemimpin DAPigs terhadap orang Melayu dan Islam khususnya.
Dalam masa yang sama MMI ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis kerana sudah pun bertindak apabila Ahli Parlimen Bukit Jelutong, Jeff Ooi diminta menyerah diri kepada polis untuk diambil keterangan berhubung kenyataannya yang disifatkan menyinggung perasaan orang Islam susulan komennya berhubung kematian Allahyarham Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din.Baca seterusnya di SINI
Apa yang boleh MMI katakan adalah , kita perlu sedar dan memahami situasi politik hari ini kerana apa yang disajikan kepada kita belum tentu selazat rupanya.
Percayalah kita pasti akan terus berdepan dengan situasi yang hampir yang sama atau jauh lebih dasyat dari ini , hanya dengan akal fikiran dan ketakwaan kepada Allah SWT sahajalah yang mampu membezakan kita dengan mereka yang hampir gagal untuk berdiri atas nama Melayu dan Islam.
MMI