Followers

Wednesday, 29 June 2016

Guan Eng Di TAHAN SPRM !!!


Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng di tahan oleh sepasukan anggota SPRM petang tadi sebaik beliau selesai mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di pejabat beliau di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).

Berita yang sebenarnya ditunggu-tunggu memandangkan kaki putar belit ini sudah terlalu banyak onarnya dengan warga Pulau Mutiara.


Sebelum itu dipercayai penahanan ini berpunca daripada siasatan oleh pihak SPRM terhadap laporan berlakunya unsur rasuah terhadap proses pembelian banglo terlajak murahnya.

Dalam masa yang sama Phang Li Khoon , pemilik dan penjual banglo turut ditahan oleh SPRM dan kedua-duanya (Guan Eng & Phang Li Khoon) diberitakan akan dihadapkan ke mahkamah awal pagi esok.

Untuk rekod , pada Mac lalu Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahya telah membuat satu kenyataan di Dewan Rakyat betapa proses pembelian sebuah banglo di Jalan Pirnhorn oleh Ketua Menteri Pulau Pinang dengan harga di bawah pasaran dan mengaitkannya dengan penjualan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis kepada sebuah syarikat pemaju swasta sebagai sesuatu yang menimbulkan keraguan.

Rentetan itu pelbagai pihak tampil membuat puluhan laporan polis supaya satu siasatan segera dilakukan.

Guan Eng sebelum ini telah diminta hadir ke pejabat SPRM bagi memberikan keterangan dan tidak di tahan.

Semenjak itu Guan Eng dan konco-konco DAP telah menafikan tiap tuduhan yang dilemparkan termasuklah cubaan drama minggu ini apabila Guan Eng menjemput Datuk Shabudin untuk minum kopi bersama beliau di Komtar.

Untuk rekod , Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo sebelum ini telah dipenjarakan selama 1 tahun bagi kesalahan yang sama dan berdasarkan sumber menurut kanun keseksaan , membeli hartanah di bawah nilai pasaran dianggap sebagai satu kesalahan bagi seorang penjawat awam.

So dalam kes Guan Eng ni nampaknya samalah ... Sabar kita tunggu tengok apa nak jadi !!!

MMI

Saturday, 25 June 2016

BREXIT Antara Demokrasi & SEMBRONO !


Bila rakyat Britain diberitahu mengenai referandum Britain untuk keluar dari Kesatuan Eropah (EU) atau lebih popular dengan Brexit, mereka di canangkan dengan kisah imigrasi dan perdagangan.

Betapa masalah imigran yang membanjiri Britain adalah disebabkan oleh polisi imigresen EU yang longgar hingga menyebabkan masalah dalam negara.

Mereka juga di dendangkan dengan betapa polisi perdagangan EU tidak adil kepada Britain.

Dan mereka di buaikan dengan kisah kononnya hidup mereka akan lebih baik selepas keluar dari EU.

Dendangan dan buaian hidup yang lebih baik menutup segala analisis pakar dan pandangan ahli ekonomi yang memberi amaran kepada rakyat Britain akan kesan teruk jika mereka memilih untuk keluar dari EU..

Hari ini, sehari selepas rakyat Britain menyokong Referandum Brexit pasaran saham seluruh dunia merundum.

Pelabur-pelabur luar kini dengan segera menjual aset-aset berkaitan Britain dan ini sudah pasti akan beri kesan kepada ekonomi serta pekerjaan di UK secara keseluruhannya.

Nilai matawang pound sterling juga jatuh mendadak dan ini menjadi kegilaan kepada pemain-pemain Forex seluruh dunia yang akan membuatkannya lebih teruk jatuh lagi..

Baru hari ini rakyat Britain berkongsi artikel-artikel berkaitan kesan Brexit kepada negara mereka.

Baru hari ini rakyat Britain sedar yang ramai pakar ekonomi sudah menjangkakan keadaan ini dan ianya dijangkakan akan berterusan hingga 2030..

Ya... 2030!!..
Dan kita baru memasuki separuh tahun 2016..

Perdana Menteri Britian telah meletak jawatan , politik dan ekonomi Britain kini goyah..

Ribuan malah mungkin jutaan rakyat Britain akan kehilangan pekerjaan akibat dari pilihan mereka semalam..

Apa yang berlaku hari ini di negara bekas penjajah kita patut kita jadikan pengajaran..

Mereka terpengaruh dengan propaganda kebencian dan termakan dengan janji-janji manis yang kononnya mereka akan lebih baik diluar EU.. 

Mereka memilih untuk menolak pandangan ilmuan dan mereka yang ahli dalam bidang ekonomi dan politik dalam menentukan keputusan mereka..

Mereka menggunakan hak mereka dalam demokrasi secara semberono tanpa dilapik dengan ilmu dan pertimbangan waras..

Semoga ini menjadi pengajaran kepada kita..

#BREXITEFFECT
#Pru14 #Nauzubillah min zalik

Friday, 24 June 2016

SORRY Tun The Time Has Come !


MMI lahir dalam era Tun Mahathir sedang mencipta kegemilangannya !

Itu pasti dan era itu menjadi satu pengalaman yang cukup berharga dan siapa jua yang melaluinya akan merasai betapa bangganya kita menjadi rakyat Malaysia.

Walaupun rasa bangga itu masih lagi menebal dalam diri kerana kita pernah memiliki seorang pemimpin yang disegani diseluruh dunia , suasana dan keadaan hari ini sudah jauh berbeza,

Perubahan yang sebenarnya sudah bermula sejak Tun Abdullah Badawi didesak untuk berundur daripada menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Malahan MMI masih ingat lagi Tun Abdullah didesak supaya berundur oleh Tun Mahathir sendiri sedangkan beliaulah yang mengangkat Tun Abdullah ke kedudukan tersebut.

Secara ringkasnya Tun Mahathir juga pernah GAGAL dalam percaturannya memilih pengganti dirinya walaupun hal ini tidak digembar-gemburkan.

Hakikatnya kegagalan Tun Mahathir ini diselamatkan oleh polisi pentadbiran Tun Abdullah pada ketika itu yang diwar-warkan sebagai lemah sedangkan apa yang perlu dilakukan oleh seluruh kepimpinan UMNO khususnya pada ketika itu termasuk Tun Mahathir sendiri adalah memberikan sokongan selain membantu pucuk pimpinan untuk terus melakar kejayaan.

Namun semua itu tidak berlaku pada ketika itu barangkali orang-orang Melayu terkesima dengan gerakan sedemikian apatah lagi ianya melibatkan kedudukan kepimpinan tertinggi.

Apa pun semua itu sudah menjadi catitan sejarah dan kita pada saat ini perlu terus memandang kehadapan untuk memastikan legasi perjuangan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional terus diperkemaskan selain menumpukan kepada kejayaan bersama.

Dalam artikel sebelum ini MMI telah mengulas panjang tentang betapa pentingnya UMNO belajar daripada melakukan kesilapan yang boleh mengundang kepada kemudaratan khususnya kepada orang-orang Melayu.

Orang UMNO tidak boleh sesekali hilang fokus dan menjadikan emosi sebagai asas dalam membuat keputusan.MMI telah sebut awal-awal lagi betapa tindakan menghukum pemimpin dan digantikan dengan orang lain melalui gerakan jalanan , politik melampau tanpa mengikut lunas-lunas perlembagaan boleh menggugat imej dan maruah parti UMNO dan orang Melayu itu sendiri.

Baca artikel berkaitan di sini Perlukah PM Di Ganti ?? Ahli UMNO Wajib Baca !!   

Hari ini kita sedang berdepan dengan 2 perkara utama yang pada pandangan MMI perlu kita tangani dengan baik dan berhemah.

1.Serangan bertali arus gerakan Tun M dan pembangkang terhadap pucuk pimpinan dan kerajaan
2.Keupayaan UMNO dan BN untuk terus mendapat kepercayaan rakyat

Dalam keadaan tertentu UMNO perlu dilihat konsisten dengan dasar dan komited dengan tindakan memandangkan kita sudah terlalu lama berlembut dengan usaha serta gerakan agresif bermotif politik.

Kerana itulah desakan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang mahukan supaya kerajaan segera menghentikan segala bantuan termasuk kewangan dan harta tetap yang diberi kepada Yayasan Kepimpinan Perdana sejak dari penubuhannya perlu diberikan perhatian serius.


Baca ulasannya di SINI 

Mengulas lanjut tentang desakan ini adalah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang , saudara Rafizal Abdul Rahim.Dalam ulasannya beliau berkata “Kami juga melihat bahawa objektif penubuhan asal Yayasan Kepimpinan Perdana ini telah lari daripada tujuan asalnya, malah tindakan Tun Mahathir yang jelas tidak sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan dan telah bersekongkol dengan Pihak Pembangkang, maka amat wajar beliau meletak jawatan daripada menerajui Yayasan ini.

“Pemuda UMNO Pulau Pinang akan sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia untuk terus menerajui kepimpinan Negara,” ujarnya dalam satu kenyataan media kepada UMNO-Online di sini.Seterusnya 


Gambar atas menunjukkan satu perjumpaan diantara Tun M dengan barisan kepimpinan pembangkang di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Persoalannya untuk apa perjumpaan itu dilakukan ?

Untuk mendapat reaksi pembangkang tentang senario politik semasa ? 

Sewaktu disoal tentang pertemuan tersebut , Tun M berkata “Kita bukan cakap soal parti kita, parti dia tapi kita bercakap berkenaan rakyat melawan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak). Soal parti kita tak bangkitkan,” katanya.Baca seterusnya di SINI 

Come on lah ... 

Bagi MMI inilah perkara pertama yang harus Tun M fikirkan kerana tiap tindakan itu selalunya akan memberikan impak balas sama ada kepada apa yang kita mahukan atau kepada diri kita sendiri.

Dalam gerakan Tun M bersama pembangkang ini , ternyata apa yang cuba disampaikan kepada akar umbi hanyalah momokan politik yang secara jelas memperlihatkan kepada kita betapa semua pihak yang terlibat itu mempergunakan sesama sendiri untuk kepentingan masing-masing.

Dalam artikel sebelum ini MMI dah nyatakan dengan jelas semua yang dimomokkan itu samar malah terlalu jelas beragendakan politik bukan untuk kepentingan rakyat !


Selain daripada desakan pemuda yang MMI lihat kena pada masanya itu keputusan PRN Sarawak serta 2 PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar juga WAJIB dijadikan sebagai pemangkin kepada usaha berterusan kerja kuat UMNO dan Barisan Nasional selepas ini.

Ambillah pendekatan gerak kerja kempen di Kuala Kangsar yang MMI rasa wajar dijadikan sebagai antara "guide line" dalam siri-siri seterusnya khususnya dalam menghadapi PRU14.

Sesuatu yang pasti BN telah membuktikan betapa tanpa kehadiran calon kita masih menjadi pilihan rakyat dan ini membuktikan betapa dasar dan gerak kerja BN sudah berada dilandasan yang betul.

Perbaiki kelemahan-kelemahan yang ada dan berusahalah untuk kebaikan rakyat dan negara.

Dalam tempoh sebegini sewajarnya kita lebih menumpukan kepada usaha untuk memakmurkan rakyat dan negara bukan dengan gerakan berbau politik dan dendam yang tidak akan menguntungkan mana-mana pihak.

Tun M bukan lagi ahli UMNO dan tidak salah untuk UMNO dan kerajaan bertindak !

Kepada Tun Mahathir , MMI doakan agar Allah SWT terus memberikan kekuatan dan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur.Amin.

MMI

Thursday, 23 June 2016

Usaha Terbaru Kerajaan DAP - Strategi Atau Ikhlas ??


Sejak mengenali parti cauvinis DAP ni , MMI tahu betapa kumpulan ini suka berselindung disebalik perbuatan mereka.Bahkan kerja buat mereka selalunya lebih kepada mencari keuntungan sendiri dan selalunya untuk peribadi dan agenda cauvinis yang cukup membenci dasar kerajaan yang ditunjangi UMNO.

Kalau sebut tentang Islam pula , mereka adalah kumpulan terawal atau paling tidak akan menggunakan proksi-proksi mereka untuk menentang dasar-dasar Islamik yang dipertahankan oleh UMNO.

Apa pun MMI yakin ramai yang sedar dan kenal siapa DAP !

Baca seterusnya ....

Nampaknya DAP belum berpuas hati dengan kehadiran sekumpulan orang Melayu dalam PKR dan PAN kerana mereka tahu kumpulan ini hanyalah serpihan atau segelintir daripada kumpulan majoriti Melayu dalam Malaysia.

Mereka sedar betapa sokongan orang Melayu itu amat penting untuk memenuhi cita-cita politik mereka dalam usaha merampas Putrajaya seterusnya mengetuai kerajaan pusat.Kegagalan PKR dan PAN untuk memujuk orang Melayu agar menolak UMNO dan Barisan Nasional dilihat sebagai perkara yang paling mendesak apatah lagi keputusan PRN Sarawak dan 2 PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar cukup memalukan bagi Pakatan Haprak.

DAP yang meletakkan sepenuh keyakinan agar PAN mampu bangkit menjadi wadah baru dalam menghimpunkan umat Melayu seperti mana yang pernah dilakukan oleh PAS dalam Pakatan Rakyat sebelum ini ternyata makan hati.

Dalam masa yang sama kekalutan sesama pimpinan PKR dan kelemahan Wan Azizah selaku Presiden parti turut menyumbang kepada hilangnya kepercayaan rakyat khususnya orang-orang Melayu untuk terus memberkan sokongan kepada kumpulan pembangkang.

Kesimpulannya DAP tahu mereka sedang GAGAL dan sesuatu perlu dilakukan dengan kadar segera bagi menutup semua kelemahan tersebut.Dalam tempoh masa yang berbaki sebelum Dewan Rakyat dibubarkan bagi memberi laluan kepada PRU14 , DAP perlu mencari jalan supaya hati orang-orang Melayu dimenangi.

Bagi DAP untuk memenangi hati orang Melayu selain daripada menggunakan proksi-proksi mereka , DAP perlu dilihat sebagai parti yang mesra dengan agama Islam.Walaupun hakikatnya mereka adalah kumpulan terbesar yang menolak Malaysia sebagai sebuah negara Islam !

Banyak dasar-dasar DAP sendiri adalah jelas menolak sebarang perkara berkaitan dengan pembangunan Islam termasuklah menjadi pihak yang paling lantang dalam isu penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam satu ketika dulu.

Kini DAP seolah-olah telah menerima dengan hati yang terbuka bahawa Islam adalah agama rasmi Malaysia dan semua perkara berkaitan dengan Islam WAJIBLAH di patuhi.

Apakah benar DAP bersifat sedemikian ?

TERKINI kerajaan DAP di Pulau Pinang sedang terkinja-kinja menghebahkan tentang pembinaan sebuah masjid baru di Batu Maung bernilai RM4.01 juta.

Dikhabarkan kerajaan DAP Pulau Pinang telah membiayai pembinaan tersebut dengan jumlah RM3 juta dan bakinya adalah hasil wakaf oleh anak-anak khariah dan orang ramai.

Secara umumnya kita wajar berterima kasih kepada pihak kerajaan DAP di Pulau Pinang kerana merealisasikan pembinaan masjid baru ini.Secara amnya sememangnya itu adalah tugas utama kerajaan negeri dalam menyediakan prasarana rakyat khususnya dalam pembinaan rumah-rumah ibadat.

Malah sejak DAP memerintah Pulau Pinang pada 2008 yang lalu , inilah masjid pertama yang dibina dan dibiayai oleh kerajaan negeri tanpa bantuan daripada kerajaan pusat sedangkan sudah berpuluh masjid didirikan di Pulau Pinang hasil usaha kerajaan pusat sebelum itu.

Persoalannya sekarang kenapa sebelum ini kerajaan DAP tidak pernah memikirkan tentang pembiayaan penuh kerajaan negeri untuk membina masjid ?

Sempena bulan ramadhan yang mulia ini , kita tidak mahu bersangka buruk namun usaha dan tindakan terburu-buru kerajaan DAP di Pulau Pinang yang begitu galak merasmikan pembinaan masjid tersebut hanya setelah 3 hari siap menimbulkan sedikit tanda tanya.

Dari segi perasmiannya itu tidak ada masalah malah jauh lebih baik kerana umat Islam dapat menggunakan masjid tersebut dalam aktiviti sempena Ramadhan dan kedatangan Syawal nanti.

Cumanya apakah keihlasan itu untuk kemudahan warga Islam atau ianya ada sedikit kena mengena dengan strategi baru DAP untuk memenangi hati orang Islam ?

Maklumlah kekalahan proksi mereka di PRN Sarawak dan 2 PRK baru-baru ini sedikit sebanyak telah menyebabkan DAP turut terkena tempiasnya !

sumber

Tuesday, 21 June 2016

BUKTI Betapa Kit Siang SEDAR Pakatan Haprak NO VALUE !


Setelah berusaha keras dengan segala keegoaan , permainan politik kotor , mengutuk , menghina , menfitnah , skandal rasuah dan lain-lain yang sama waktu dengannya Pakatan Haprak akhirnya mengakui betapa pakatan itu hanyalah indah pada nama.

Hakikatnya Pakatan Haprak dipenuhi dengan segala macam penyakit yang tidak bisa disembuhkan lagi.Selagi mana sikap DIKTATOR diamalkan dalam Pakatan Haprak maka selagi itulah mereka tidak akan mampu bangkit menjadi barisan alternatif yang rakyat boleh letakkan kepercayaan bagi menggantikan Barisan Nasional.

Dengan pelbagai isu diperingkat nasional yang terus-terusan menerjah pasukan Barisan Nasional dan UMNO , rakyat dilihat masih lagi mempercayai kerajaan BN dan semua itu dinokhtahkan dalam kertas undi pada 3 pilihan raya yang MMI lihat cukup penting sekali.

Sebelum berlakunya PRN Sarawak dan sewaktu tibanya PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar , semua pihak sedia maklum bagaimana gelombang persepsi telah diwujudkan oleh kem Pakatan Haprak dengan dibantu gerakan Deklarasi yang kononnya untuk Rakyat itu bahawa rakyat bakal menghukum Barisan Nasional.

Semua pihak (BN) sedikit cemas dan telah berusaha sebaik mungkin untuk memastikan tiap dakyah dan pembohongan berupa fitnah itu dapat dijawab khususnya kepada rakyat.

Hakikatnya bukanlah sesuatu yang mudah apabila ada gerakan yang mahu menjadikan 3 pentas (PRN & PRK) ini sebagai penentu kepada suara rakyat untuk menolak kerajaan BN.Pakatan Haprak mahu agar keputusan dipentas ini menjadi kayu ukur sebelum seluruh negara menghadapi PRU14.

Mesej yang cuba disampaikan kepada kepimpinan Barisan Nasional adalah RAKYAT sudah menolak kerajaan dan bersedialah kamu untuk digulingkan !

Namun berkat usaha dan limpah kurnia Allah SWT , segala gerakan jijik lagi merosakkan itu akhirnya menimpa diri mereka sendiri !

Barisan Nasional tampil bergaya menang di semua kerusi yang dipertandingkan malah telah menutup mulut PAN proksi DAP yang terlalu obses untuk berkuasa itu.

Terkesan daripada semua yang berlaku , DAP akhirnya mengakui betapa lemahnya Pakatan Haprak yang dibentuk mereka.DAP kini merasai betapa terkesannya mereka setelah menganjingkan PAS dari Pakatan Haprak.

Tanpa PAS bersama dalam Pakatan Haprak , barisan pebangkang longlai seolah-olah menanti saat dan masa untuk berpecah.

Namun begitu sikap EGO pemimpin diktator DAP masih lagi tinggi , mereka tidak sesekali mahu mengaku bahawa apa yang berlaku itu adalah kerana kelemahan mereka sendiri sebaliknya menuding jari kepada PAS yang kini sudah tidak lagi punya kaitan dengan Pakatan Haprak.

DAP boleh pula memberi AMARAN kepada PAS kononnya parti itu perlu menyertai Pakatan Haprak untuk survive pada PRU14 !
AIDCNews – 21/6/16 – Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini memberi amaran jika PAS kekal bersendirian dan tidak menyertai pakatan pembangkang, parti Islam itu dijangka akan ‘bungkus’ di Selangor dan Perak serta bakal kehilangan pemerintahan di Negeri Kelantan.Baca Seterusnya 
Amat melucukan sekali , Sedarkah Kit Siang apa yang bakal berlaku jika PAS mengambil pendirian untuk bersama dan berkongsi kuasa dengan Barisan Nasional ?

Bukan sahaja DAP yang bakal terasing tetapi Pakatan Haprak bakal tinggal nama dan saat itu DAP barangkali keseorangan kembali kepada zaman awalnya.

Apa pun MMI hanya memberikan pandangan kerana PAS kini sudah mampu untuk menggunakan otak dan akal anugerah tuhan untuk tidak terus dimacaikan oleh parti cauvinis DAP demi kelangsungan politik Malaysian Malaysia mereka.

Realitinya BN akan terus diperkasakan untuk membantu rakyat dan memakmurkan negara selain berpegang kepada Islam sebagai agama rasmi negara dan agenda ini akan terus menjadi azimat dalam membimbing perjuangan Dulu , Kini & Selamanya.

Akhir kalam siapa yang bodoh sebenarnya DAP atau PAS ? Agak-agaklah Kit Siang oiii ....

MMI

Monday, 20 June 2016

Transformasi BN & Perubahan Selepas Ini !! #PRKKualaKangsar #PRKSungaiBesar


Kedatangan Syawal pada tahun ini pastinya akan lebih diingati sebagai yang paling menarik bagi seluruh pendokong dan penyokong Barisan Nasional.Kemenangan bergaya BN di 2 PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar cukup bermakna dan pengalamannya sukar diganti dengan mana-mana PRK yang lain.

Hadir di waktu umat Islam bakal menunaikan ibadah berpuasa dan berakhir dalam jangka masa umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri memberikan kita satu perasaan yang cukup berbeza.

Sejak hari mula lagi ramai yang tidak menaruh harapan BN mampu melakar keputusan terbaik di Kuala Kangsar apabila calon yang diketengahkan tidak dapat berkempen kerana tuntutan agama yang membataskan pergerakannya.

Ramai dikalangan mereka lebih mengharapkan agar BN menang tanpa meletakkan sebarang sasaran undi.Dari pemerhatian MMI sendiri , ianya barangkali ada kena mengena dengan sikap orang-orang BN sendiri yang lebih terarah kepada kaedah lama yang dibawa dari satu generasi ke satu generasi.

Mereka agak sukar untuk menerima perubahan secara drastik dan berusaha untuk bergerak dalam perubahan yang sudah tentu memerlukan sedikit pengorbanan dari segi masa , tenaga , buah fikiran , dan keringat.

Namun setelah beberapa hari proses kempen berjalan , BN tampil dengan keupayaan dan momentum terbaik.Kaedah dan cara gerak kerja kempen BN telah diupgrade dengan sebaiknya , semua jentera tanpa mengira latar belakang telah dapat menerima suasana kempen tanpa calon.

Kehadiran pemimpin BN dan program-program yang disusun di seluruh kawasan benar-benar membuka ruang dan peluang kepada warga Kuala Kangsar untuk melihat betapa komitednya BN untuk terus berkhidmat di Kuala Kangsar.

Malah anak-anak calon yang sentiasa turun kawasan bersama pimpinan-pimpinan BN juga memberikan kredit kepada BN memandangkan sikap mereka yang "humble" seperti mana ibu mereka Datin Mastura Yazid.

Kesungguhan dan kerja keras seluruh jentera BN kali ini bukan sahaja mendapat kepercayaan warga Kuala Kangsar tetapi turut menenggelamkan kempen pembangkang yang dilihat hilang fokus.

Kehadiran PAN dengan sokongan jitu parti cauvinis DAP dapat dilihat dengan cukup jelas !

Di mana ada PAN di situlah ada DAP dan tak perlu kita dedahkan gambar-gambar kerana seluruh warga Kuala Kangsar dapat melihat sendiri bagaimana kaitan kedua-dua parti pembangkang itu seolah-olah tidak mampu berpisah.

Malah usaha Tun M melalui gerakan deklarasi rakyat yang ditolak penduduk Kuala Kangsar secara tidak langsung telah memberikan kelebihan kepada BN sehingga mampu meraih majoriti tinggi.

Pembangkang ternyata hilang arah memandangkan perpecahan yang berlaku sesama mereka telah menjadi virus yang cukup membinasakan.

PAS pula walaupun tidak bersama BN tetapi turut tidak bersama dengan parti-parti yang bersama dalam Pakatan Haprak dan kerana itu berlakulah perpecahan undi yang cukup ketara sehingga menyebabkan kekalahan parti pembangkang di Kuala Kangsar.

Walaupun ada beberapa kelemahan , MMI secara peribadi memberikan pujian kepada sikap toleransi dan kerjasama sesama jentera BN sama ada melibatkan sayap-sayap , komponen dan semua saluran media termasuklah media siber di Kuala Kangsar.

Percaya atau tidak kerana sikap kerjasama dan toleransi inilah maka gerak kerja dapat dilakukan dengan tersusun dan memberikan impak yang berkesan bukan sahaja kepada imej BN tetapi juga peningkatan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan negara.

Walaupun begitu MMI ingin tegaskan kepada semua supaya jangan sesekali kita lupa daratan , berpijaklah di bumi nyata betapa keputusan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar masih lagi punya kelemahan.

Apakah kemenangan BN di kedua-dua kawasan parlimen ini benar-benar boleh diterjemahkan kepada kemenangan yang disebabkan oleh pemulihan, penerimaan balik rakyat atau kekuatan parti BN itu sendiri?

Analisa Blogger Dr MiM dengan jelas memberikan kita gambaran betapa banyak lagi kerja-kerja dan usaha perlu dilakukan. Baca sini UNDI SEBENARNYA : DI SEBALIK KEMENANGAN BN DI KUALA KANGSAR & SUNGAI BESAR 

Belajarlah dari kesilapan dan kelemahan ini kerana hala tuju kita masih jauh dan ianya bukanlah sesuatu yang boleh kita main-mainkan. 

Sebagai sebahagian daripada orang kecil dalam menyumbang kepada keutuhan BN , MMI yakin usaha berterusan itu perlu seperti mana kita perlu membuka ruang seluas-luasnya untuk menerima kaedah dan pendekatan baharu.

PRU14 bukanlah medan biasa , ianya dipenuhi dengan pelbagai rintangan yang cukup mencabar.Segala persediaan ke arah itu perlulah bermula dari sekarang kerana kita sudah tidak punya banyak masa.

Gagal untuk menerima PERUBAHAN dan gagal untuk mengoptimunkan perkembangan dunia teknologi dengan asas gerak kerja akar umbi pastinya akan mengundang bala besar bukan sahaja kepada BN tetapi juga kepada negara.

Apa pun dikesempatan ini MMI ingin mengucapkan Tahniah dan Syabas buat SEMUA jentera media siber yang telah bertungkus-lumus membantu kempen BN di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Kita punya jiwa yang sama !!

MMI

Friday, 17 June 2016

Kenapa Warga Kuale Perlu Tolak PAN #PRKKualaKangsar #KekalBN


Detik penentuan bagi kerusi Parlimen P067 Kuala Kangsar hanya berbaki lebih kurang beberapa jam sahaja lagi dan sudah tentulah setiap parti yang bertanding akan berusaha sehingga ke saat yang terakhir bagi meyakinkan penduduk agar mengundi calon yang diketengahkan.

Sebagai sebuah parti politik yang mengaku rakyat adalah agenda utama sudah pastilah gerak kerja dalam proses kempen di PRK Kuala Kangsar ini akan benar-benar dirasai.Adalah sesuatu yang agak janggal sekali sekiranya parti yang bertanding dan meletakkan calon tetapi gerak kerja dan kempen mereka seolah-olah melepaskan batuk di tangga.

Dan lebih menyesakkan lagi bila mana parti politik yang bertanding itu tidak mempunyai hala tuju malah lebih kepada memburuk-burukkan calon lawan.

Kita boleh sahaja membandingkan kesemua parti yang bertanding di Kuala Kangsar ini.Lihat bagaimana gerak kerja dan kempen yang dijalankan oleh parti BN , PAS dan PAN.Amat berbeza sama sekali dan warga kuala boleh melihat dan menilai sendiri siapakah yang sebenarnya bersungguh-sungguh untuk terus mendengar suara rakyat.

BN sejak dari hari penamaan calon terus turun ke akar umbi membawa mesej yang cukup jelas betapa mereka begitu komited untuk terus menyumbang bakti kepada seluruh masyarakat di Kuala Kangsar.

Tanpa kehadiran calon Datin Mastura yang masih berada dalam edah , BN melalui jenteranya tidak pernah mengambil sikap sambil lewa malah sentiasa berusaha untuk mendekati para pengundi walaupun ada diantaranya berada dalam kawasan-kawasan yang agak jauh dari pekan Kuala Kangsar sendiri.

Usaha berterusan daripada sayap pemuda, puteri dan wanita selain di bantu dengan jentera komponen serta kepimpinan tertinggi parti merupakan BUKTI jelas betapa komitmen yang diberikan kepada warga Kuala Kangsar berada di tahap yang tertinggi.

Mesej tentang usaha untuk meneruskan kesinambungan kudrat bekas penyandang kerusi tersebut terus disampaikan kepada akar umbi malahan keyakinan BN untuk melihat Kuala Kangsar terus membangun terpahat di sanubari pimpinannya dan dizahirkan melalui program "Walk About" yang telah dijalankan.

Yang pasti BN bukan sahaja mahu terus berkhidmat di Kuala Kangsar tetapi berikrar untuk memastikan nasib warganya terus dibela khususnya melibatkan soal pembangunan , ekonomi , sosial dan lain-lain.

Berbeza sama sekali dengan PAN ! Kehadiran mereka di bumi Kuala Kangsar ini bukan sahaja atas dasar politik kepartian dan kepentingan semata-mata tetapi sedang berusaha untuk mencatat sesuatu yang dirasakan cukup penting buat parti serpihan PAS ini.

Kekalahan memalukan PAN di Sarawak baru-baru ini adalah luka yang amat menyiksakan buat parti tersebut.Pedih luka itu perlu segera diubati dengan mencari satu peluang di Kuala Kangsar dan kerana alasan inilah maka EP ingin berpesan kepada semua supaya berhati-hati dalam membuat keputusan kelak.

Bila mana agenda untuk mengubat luka yang kini sedang merebak menjadi barah menjadi taruhan maka sudah tentulah agenda rakyat bukan lagi keutamaannya.

Kita tahu PAN sedang cuba memancing undi di Kuala Kangsar untuk memenangi kerusi parlimen tersebut dan sudah semestinya keputusan sedemikian amat penting untuk mereka persembahkan kepada DAP yang sejak mula lagi menjadi Tuan kepada parti pimpinan Mat Sabu ini.

Malah dalam keadaan tertentu , PAN sudah pun menunjukkan kelemahan mereka apabila Mat Sabu sebagai Presiden parti yang tidak punya sebarang kerusi di Parlimen mahupun Dun tidak mahu bertanding di kerusi terbabit.

Kenapa ? 

Sebagai seorang Presiden parti Mat Sabu wajar bertanding kerana disinilah kekuatan PAN akan dinilai.Sebaliknya Mat Sabu memilih untuk menyerahkan kepada calon lain dan secara tidak langsung kita dapat melihat betapa Mat Sabu sendiri tidak yakin untuk menang di Kuala Kangsar !

Tidak cukup dengan itu , PAN merupakan sebuah parti politik yang kini sedang diremote controlkan oleh DAP !

Dalam sedar atau tidak , satu undi kepada PAN bermakna 1 undi kepada DAP !

Apakah warga Kuala Kangsar rela untuk memberikan DAP ruang untuk bertapak ?

Sejarah telah tercatat , Presiden PAN Mat Sabu yang kini sudah ditranformkan sepenuhnya menjadi seorang pemimpin politik ala-ala liberal yang tidak lagi berpegang kepada perjuangan Islam seperti sebelumnya sewaktu berada dalam PAS pernah mengaku kepada seluruh Malaysia betapa beliau lebih rela MAKAN BABI DENGAN GUAN ENG DARI MAKAN AYAM DENGAN NAJIB.

Apakah pemimpin jenis ini yang dimahukan oleh warga Kuala Kangsar ?

Lebih parah lagi di Sungai Besar , beberapa orang kuat PAN sudah pun mengumumkan keluar parti kerana hilang keyakinan kepada pucuk pimpinan parti tersebut.

Ini merupakan bukti yang cukup jelas betapa PAN hanyalah sebuah parti tunggangan ! PAN hanyalah sekumpulan manusia yang kini telah ditranformasikan dengan jayanya oleh DAP untuk terus menjadi PENCACAI kepada parti tersebut dalam usaha mereka untuk meneruskan agenda Malaysian Malaysianya.

Dan sudah tentulah jika ada kuasa sekalipun , PAN tidak akan mampu membuat keputusan sendiri apatah lagi bangkit menjadi barisan pertahanan untuk mempertahankan HAK ORANG MELAYU , AGAMA ISLAM , RAJA-RAJA dan KEDAULATAN NEGARA.

Jangan sesekali terpedaya dengan dakyah PAN kerana mereka sedang mempergunakan warga Kuala Kangsar untuk memastikan jangka hayat politik mereka dapat diteruskan.

Kepada semua pengundi di Kuala Kangsar khususnya anak-anak muda nilailah dakyah politik PAN.

Buatlah keputusan berdasarkan kepada kemampuan parti bertanding bukan dengan kaedah politik pecah belah yang hanya merugikan diri sendiri dan negara.

Yakinlah kepada Barisan Nasional , calon Datin Mastura Yazid adalah calon terbaik yang merasai denyut nadi seluruh warga Kuala Kangsar dan kita percaya beliau mampu meneruskan legasi peninggalan arwah suaminya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Thursday, 16 June 2016

MUSIBAH Pemimpin Dedah PAN Guna Politik JIJIK & KOTOR !!!


MMI sejak dari awal lagi dah nyatakan betapa PAN bukanlah sebuah parti politik yang boleh kita percayai.Kehadiran PAN di bumi Malaysia bersebab dan segala sebab musabab itu amat jauh sekali daripada agenda untuk memakmurkan rakyat.

Agendanya bukan untuk rakyat apatah lagi dasar dan hala tuju yang mendekati Islam tetapi lebih kepada agenda peribadi untuk memastikan kestabilan KEISTIMEWAAN milik Presidennya Mat Sabu kekal dan berterusan. 

Baca kupasan MMI sebelum ini di SINI 

Kini pemimpin PAN di Sungai Besar bukan sahaja mengumumkan keluar parti sebaliknya turut berikrar untuk membantu calon Barisan Nasional.

Kenapa tindakan tersebut diambil ? Baca kat bawah ni ...

Timbalan Ketua Parti Amanah Negara (PAN) Sungai Besar mengetuai seramai seramai 32 AJK (Penaja) parti tersebut sebulat suara menolak calon mereka, Azhar Dato' Ab Shukur dan berikrar akan membantu kempen calon Barisan Nasional, YB Budiman Mohd Zohdi di PRK P093 Sungai Besar.

Mohd Sapigni Tulus turut menggariskan beberapa sebab atas tindakan mereka, antaranya pucuk pimpinan tertinggi PAN telah meletakkan calon yang salah, tiada kredibiliti, bersifat Touch N Go, memiliki ciri-ciri bongkak, angkuh, sombong dan tidak bermastautin di Sungai Besar. (tetapi di Pahang)

Menurut Sapigni lagi; 

“Jika menang sudah pasti beliau tidak mampu merencana dan melaksanakan apa-apa agenda pembangunan, sosial atau masyarakat kerana hanya berada di Sungai Besar dua kali sebulan untuk menjenguk kawasan."

Azhar Dato' Ab Shukur juga dipercayai merampas kepimpinan PAN Sungai Besar dan menyingkirkan semua pesaing-pesaing politiknya dalam parti dengan cara yang jijik dan kotor.

Sapigni juga menyeru supaya pengundi di Sungai Besar sama ada Melayu, Cina dan India memilih Budiman sebagai galang ganti Azhar kerana hanya Budiman sahaja calon yang sesuai mewakili semua penduduk di Sungai Besar.

Menurut beliau lagi, kesemua AJK (Penaja) tersebut membuat pengakuan sedemikian atas kesedaran diri sendiri, tidak dibayar walau sesen pun untuk menolak Azhar sebagai calon PAN dan bersedia dipecat dari parti.

Well sememangnya PAN rapuh dan hilang arah tuju !

Parti yang wujud kerana kepentingan pemimpinnya tidak akan mampu terus berbohong kerana rakyat jauh lebih bijak menilai.

So kepada semua pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar , ambil insiden ini sebagai pengajaran dan berikan kepercayaan kepada Barisan Nasional untuk membawa kemakmuran kepada rakyat dan negara.

#KekalBN #PRKKualaKangsar #PRKSungaiBesar

MMI

Tuesday, 14 June 2016

Hah Jemput Jemput Tambah Lauk Tuu !!!

 
Keadaan dan suasana semacam ni adalah perkara biasa apabila datangnya bulan ramadhan pada setiap tahun.Berbuka puasa dengan hidangan nasi daging atau beriani dalam talam dan dikongsi dengan 2 atau 3 orang yang lain merupakan satu pengalaman yang cukup menarik dan punya keistimewaan tersendiri.
 
Selain daripada merapatkan ukhawah sesama kita ianya turut mampu mengawal selera makan kita maklumlah bila dah sehidang dengan 2 3 orang ni makan pun kuranglah sikit hahaha .. Apa pun makan setalam ni punya keistimewaan tersendiri tak percaya pi try sendiri.
 
Mungkin kerana itu jugalah maka para lebai ni boleh duduk berkongsi makan dengan mamat tuh !!!!
 
 
Harap-harap semua tu ikhlaslah bukan apa MMI teringat waktu Lee Kuan Yew melawat kampong Melayu pakai songkok !
 
MMI
kredit sumber 

Monday, 13 June 2016

Alahai Anak Kit Siang Niii Putaq Belit Lagi !!!!


Dia ni mungkin ingat semua orang kat Malaysia ni bodoh macam puak-puak DAPigs yang selama ni sanggup jadi hamba untuk Dinasti Lim.

Manusia jenis ni selalunya tak pernah fikir tentang orang lain dan hidupnya lebih banyak berpura-pura.Malah kepura-puraan itu pula menjadi satu kemestian sebab punya kaitan dengan kepentingan peribadi.

Bab putaq belit jangan cakaplah sebab tu sekarang musibat anak Kit Siang ni mungkin rasa selesa sikit memandangkan tumpuan lebih terarah kepada PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Secara tak langsung isu tentang diri sendiri kurang , Hahhhh jangan harap nah kita bakar sikit ....

Kenyataan Media
Datuk Seri Zainal Abidin Bin Osman
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang 

Isnin, 13 Jun 2016

Terowong Bawah Dasar Laut & "Jambatan Ketiga Pulau Pinang"

" Adalah amat menghairankan secara tiba-tiba Ketua Menteri Pulau Pinang mencadangkan pembinaan "Jambatan Ketiga" menghubungkan Bagan Ajam dan Persiaran Gurney setelah beliau dengan bersungguh-sungguh mempertahankan kewajaran dan keperluan pembinaan terowong bawah dasar laut bagi jajaran yang sama atas alasan menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di bahagian Pulau.  

" Kenapa Lim Guan Eng dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tiba-tiba seperti berubah hati mengenai terowong bawah dasar laut sekarang? 

" Apakah dapatan Kajian Kebolehlaksanaan yang 83% siap dilaksanakan menunjukkan pembinaan terowong bawah dasar laut adalah tidak wajar dan tidak sesuai dilaksana atau dengan kata mudahnya "not feasible" ?

" Kerajaan Negeri digesa untuk menjelaskan samada Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu membayar ganti rugi atau pampasan kepada Konsortium Zenith-BUCG atau lain-lain syarikat pembinaan yang telah menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sekiranya cadangan pembinaan terowong bawah dasar laut itu dibatalkan.

" Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga perlu memperjelaskan kedudukan tanah seluas 110 ekar yang diperuntukkan sebagai bayaran kepada Konsortium Zenith-BUCG untuk pembinaan terowong bawah dasar laut dan 3 jalan utama sekiranya projek pembinaan terowong dibatalkan. 

" Apakah tanah tebusguna laut di STP2 dan persisir Persiaran Gurney yang sama akan digunakan sebagai pembayaran untuk pembinaan "Jambatan Ketiga"?

" Apakah Konsortium Zenith-BUCG akan diberikan kontrak pembinaan "Jambatan Ketiga" sebagai pampasan pembatalan kontrak membina terowong bawah dasar laut sekiranya cadangan tersebut mendapat persetujuan dan kelulusan Kerajaan Persekutuan?

Ketua Menteri Pulau Pinang dilaporkan berkata Kerajaan Pulau Pinang akan mengemukakan pelan asal dari cadangan  pembinaan 'jambatan kedua' yang dicadangkan semasa Tan Sri Samy Vellu menjadi Menteri Kerja Raya sebagai sokongan kepada cadangan beliau untuk pembinaan "Jambatan Ketiga" kepada Kementerian Kerja Raya. Ketua Menteri juga dilaporkan akan turut melampirkan dapatan Kajian Kebolehlaksanaan Terowong Bawah Dasar Laut yang hampir siap kepada KKR.

Perlu diingatkan bahawa pembinaan terowong bawah dasar laut juga pernah dicadangkan pada masa Tan Sri Samy Vellu menjadi Menteri Kerja Raya.

Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang menggesa supaya semua persoalan yang dibangkitkan ini dan juga soalan-soalan oleh YB Menteri KPKT Dato' Abdul Rahman Dahlan dan juga YB Menteri KKR Dato' Sri Fadillah Yusof mengenai isu yang sama dijawab secara jelas dan khusus oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. 

" Persolan-persoalan yang dikemukakan kepada Kerajaan Negeri perlu dijawab dengan telus dan terang tanpa menyembunyikan atau menyelindungi sebarang butiran atau fakta kerana projek yang dicadangkan pembinaannya ini melibatkan harta rakyat dan kepentingan awam.

Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang juga berpandangan adalah amat tidak wajar dan demokratik jika Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Konsortium Zenith-BUCG mengambil tindakan undang-undang atau menyaman mana-mana pihak yang mengemukakan persoalan kepada Kerajaan Negeri mengenai projek terowong bawah dasar laut dan 3 jalan utama ini. 

Terima kasih.

MMI kata nampak tak gang macam mana dia punya wayang Guan Eng ni ?

Pembohong kuat suka putaq belit .... Sama la macam kawan baik dia PANPINPUN di Kuala Kangsar dengan Sungai Besar noo ...

MMI

Sunday, 12 June 2016

Anak Muda Terus DiDekati #PRKKualaKangsar #KekalBN


Suasana di PRK Kuala Kangsar mula rancak dengan segala gerak kerja untuk memastikan calon BN Datin Mastura Yazid dipilih sebagai Ahli Parlimen yang baru menggantikan bekas penyandang yang juga bekas suaminya Dato Wan Khair-il yang terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak.

Walaupun berdepan dengan bulan ramadhan di mana petugas-petugas dan seluruh jentera BN perlu berpuasa , ianya tidak pernah melunturkan semangat mereka malah memasuki hari keempat berkempen usaha terus dipergiatkan.

Terkini satu lagi program khusus untuk anak-anak muda bakal menerjah Kuala Kangsar.

Program Ekspresi Anak Muda : Pembangunan Usahawan Belia yang diilhamkan oleh Kementerian Belia & Sukan dan Majlis Belia Malaysia ini bakal menemui semua pada 12 Jun 2016 Ahad ini.

Untuk rekod Program Eskpresi Anak Muda: Pembangunan Usahawan Belia ini menyediakan pakej kepada para belia bagi memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan ciri‐ciri keusahawanan untuk menjadi usahawan yang berdaya maju dan berdaya saing. 

Program yang turut sama disertai oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan ini meliputi kursus, latihan, seminar dan peluang perniagaan dalam usaha pembudayaan keusahawanan, pewujudan usahawan serta peningkatan dan pengukuhan perniagaan. 

Komponen Program usahawan yang dikendalikan ini turut mementingkan kepada pewujudan usahawan dan peningkatan dan pengukuhan usahawan.

Antara strategi utamanya adalah ;

1.Mengadakan kursus pembudayaan keusahawan untuk bakal‐bakal usahawan  

2.Meningkatkan kemahiran para usahawan melalui pendedahan kepada perusahaan / perdagangan

3.Menyediakan insentif bagi peningkatan untuk usahawan baru dan sedia ada bagi membolehkan mereka memajukan perusahaan / perdagangan yang dijalankan   

4.Mengenal pasti peluang usahawan bagi membolehkan Bumiputera memulakan perusahaan / perdagangan / perniagaan iaitu skim kedai runcit bergerak yang dikenali sebagai Kedai Jimat

Selain daripada menawarkan pelbagai peluang , program ini juga mensasarkan kepada 4 objektif utama iaitu ;

1.Mengenalpasti bakat dan potensi peserta untuk menjadi usahawan berjaya. 

2.Peserta dapat mengemukakan rancangan tindakan untuk memulakan projek / perniagaan / perusahaan.   

3.Menerapkan etika perniagaan yang progresif serta sikap positif bagi membolehkan usahawan mengamalkannya dalam menjalankan perusahaan / perniagaan masing – masing. 

4.Memberikan pengetahuan pengurusan moden supaya para usahawan dapat mengamalkanya dalam menjalankan perusahaan / perniagaan ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020 dan mampu bersaing di pasaran terbuka. 

Program yang bakal dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia , YB Khairy Jamaluddin ini juga bakal menawarkan pilot projek yang cukup menarik.

Jangka masa bagi Pilot Projek adalah 1 Tahun bermula Jun 2016 hingga Mei 2017. Pilot Projek ini dinamakan Kedai Jimat dimana kedai jimat ini akan beroperasi secara  bergerak dan diuruskan oleh usahawan terpilih. Sebanyak 3 unit Kedai Jimat akan beroperasi semasa pilot projek pada kali ini bagi mendapatkan maklumat mengenai cara pengurusan, pendapatan, serta topografi keperluan penduduk setempat.

Selain daripada itu program yang menyasarkan kepada bumiputera yang berminat dalam perniagaan berusia 18 hingga 40 tahun dan mempunyai minat dalam dunia perniagaan ini turut menyediakan kursus pembangunan usahawan yang akan diadakan sebanyak 4 kursus setahun bagi para belia serta sharing session daripada peserta pilot projek tersebut.
  
Kepada seluruh warga belia dan anak-anak muda di Kuala Kangsar , jangan lepaskan peluang terbaik ini kerana ia di bawa terus kepada anda oleh Kementerian Belia & Sukan sejajar dengan matlamatnya untuk melatih , membimbing dan membuka peluang untuk mewujudkan usahawan baru dari kalangan belia serta meningkatkan keupayaan usahawan sedia ada.

Pemuda BN Ikrar Lebih Agresif Bantu Calon BN Datin Mastura Yazid #KekalBN #PRKKualaKangsar


Proses kempen bagi PRK Kuala Kangsar kini memasuki hari kelima maka seluruh jentera parti khususnya Barisan Nasional mula merancakkan siri kempen dan gerak kerja mereka untuk memastikan calon Datin Mastura Yazid dipilih sebagai Ahli Parlimen yang baru menggantikan bekas penyandang yang juga bekas suaminya yang terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak baru-baru ini.

Sudah semestinya gerak kerja bagi seluruh proses kempen di PRK Kuala Kangsar akan lebih mencabar dan menguji daya tahan seluruh jentera BN memandangkan kedatangan bulan Ramadhan dan juga keterbatasan calon BN Datin Mastura Yazid yang tidak akan turun berkempen sepanjang proses PRK diadakan kerana masih berada dalam edah akibat kematian suaminya.

Justeru itu Pemuda BN sebagai barisan paling hadapan dalam ketumbukan jentera BN kali ini dilihat perlu lebih bersedia dan tampil dengan gerak kerja serta perancangan yang teliti bagi memastikan segala usaha yang dilakukan mampu menyumbang kepada kemenangan BN di kerusi tersebut.

Tugas yang cukup mencabar ini pastinya memerlukan strategi ampuh daripada Pemuda BN khususnya kerana di Kuala Kangsar pengundi muda merupakan pecahan pengundi terbesar yang amat perlu didekati.

Untuk itu , Pemuda BN tampil dengan beberapa strategi dan kaedah untuk memastikan semua pengundi-pengundi muda ini didekati seterusnya menyakinkan mereka untuk memberikan sokongan padu kepada calon BN Datin Mastura Yazid.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia , saudara Khairul Azwan Harun berkata beliau amat gembira sekali dengan perkembangan terkini apabila melihat semangat yang ditunjukkan oleh seluruh jentera Pemuda BN yang tampil untuk bersama-sama dalam proses penamaan calon semalam.

Kehadiran ribuan jentera Pemuda BN khusus daripada kawasan parlimen Kuala Kangsar itu memberikan isyarat jelas betapa mereka begitu komited untuk terus membantu gerak kerja BN dan beliau melahirkan keyakinannya bahawa jentera inilah yang bakal menjadi nadi kepada kekuatan dan kelansungan kekuatan kempen Pemuda BN sepanjang 2 minggu tempoh berkempen.

Khairul Azwan Harun juga menyatakan bahawa beberapa strategi telah dirancang selain daripada memberikan tumpuan kepada beberapa perkara dalam usaha Pemuda BN untuk memastikan kerusi parlimen Kuala Kangsar kekal di tangan Barisan Nasional.

Berikut merupakan beberapa strategi dan fokus Pemuda BN yang telah dizahirkan oleh Khairul Azwan khusus bagi PRK di Kuala Kangsar.

STRATEGI KEMPEN PEMUDA BN

1.Jentera Pemuda akan bergerak dengan lebih agresif bertemu dengan pengundi muda di Kuala Kangsar untuk mempromosikan calon BN Datin Mastura Yazid seterusnya memastikan beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang baru. 

2.Pendekatan dan sentuhan  Allahyarham Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad sewaktu menjadi Ahli Parlimen , Adun dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kangsar yang telah mendekati orang-orang muda akan diteruskan oleh Jentera Pemuda BN di Kuala Kangsar malah dilipatgandakan.

3.Pemuda BN akan menggunakan kaedah jalan DARAT dan jalan SUNGAI untuk dekati semua pengundi di PDM memandangkan terdapat 5 kawasan PDM yang telah dikenal pasti berada di tebing Sungai Perak.

4.Keterbatasan bulan ramadhan tidak menjadi penghalang kepada Pemuda BN untuk terus laksanakan program berimpak besar kepada pengundi muda seperti Karnival kerjaya selain daripada meneruskan program berbentuk kebajikan serta program-program di PDM seperti aktiviti berkonvoi dan sukan yang sebenarnya menjadi minat serta kemahuan anak-anak muda di kawasan Kuala Kangsar .

Selain daripada itu Khairul Azwan Harun juga mensasarkan kepada 2 fokus utama khusus bagi memantapkan jentera Pemuda BN dalam segala gerak kerja mereka selama tempoh berkempen ini.

Kedua-dua fokus ini dilihat amat penting apatah lagi dalam suasana pertandingan 4 penjuru serta keterbatasan calon BN yang tidak dapat bersama dalam kempen-kempen yang dijalankan , ianya pasti sedikit sebanyak memberikan kelebihan kepada pihak lawan namun begitu Pemuda BN mempunyai kaedah tersendiri dan beliau (Khairul Azwan Harun) mahukan supaya semua jentera Pemuda BN yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung berpegang kepada 2 perkara ini agar segala persiapan dan perancangan dapat dijalankan dengan baik.

FOKUS

1.Jangan kita berasa Takut , Jangan kita berasa Sukar dan ianya tidak menjadi penghalang kepada kita kerana Datin Mastura dikenali dan diterima oleh anak muda di Kuala Kangsar.

2.Jangan Khuatir dengan keterbatasan calon BN Datin Mastura memandangkan beliau cukup dikenali penduduk dan Jentera Pemuda BN perlu terus menyampaikan mesej kepada pengundi muda tentang program-program yang telah dilaksanakan oleh Allahyarham yang kemudiannya akan diteruskan oleh Datin Mastura.

Yang pasti apa jua yang berlaku , jentera Pemuda BN di Kuala Kangsar menggalas tugas dan amanah yang cukup besar bagi memastikan kerusi parlimen Kuala Kangsar kekal di tangan Barisan Nasional.

Bukan sesuatu yang mudah tetapi dengan usaha dan segala gerak kerja yang tersusun ditambah dengan strategi dan fokus seperti mana yang telah dinyatakan diatas sana ianya pasti akan menghasilkan keputusan yang terbaik.

SYABAS Pemuda BN !

kredit Empayar Pemuda 

Tuesday, 7 June 2016

Mereka Tahu BN Masih Yang Terbaik #PRKSungaiBesar #PRKKualaKangsar


Gerak kempen bagi kedua-dua PRK kini sedang rancak dilakukan oleh semua parti yang bertanding.Sama ada di Sungai Besar mahupun Kuala Kangsar , agendanya masih sama iaitu rakyat sekali lagi perlu membuat keputusan untuk memilih siapa yang difikirkan layak untuk meneruskan usaha sebelum ini oleh bekas penyandangnya.

Sedar dan memahami bahawa dalam mana-mana siri PRK ianya mempunyai keistimewaan tersendiri.Sama ada dari segi gerak kerja jenteranya , calon mahupun suasana kawasan.Apa yang pasti kesemua elemen-elemen ini berkait rapat dengan apa yang bakal berlaku seterusnya.

MMI sendiri punya pengalaman terlibat dalam salah satu PRK sebelum ini yang diadakan pada bulan puasa dan sudah semestinya MMI faham betapa perjuangan dari sehari ke sehari itu cukup mencabar jiwa dan nurani tiap dari kita.

Bukan sesuatu yang mudah kerana ujian berpuasa itu jauh membataskan diri kita untuk bergerak tetapi nikmat diakhirnya itu jauh lebih hebat dari segala-galanya.

MMI yakin bagi mereka yang terlibat secara langsung akan faham bagaimana perasaan itu datang dan betapa nikmat dari Allah itu cukup berharga sekali.

Begitu jugalah bagi sebahagian atau segelintir mereka-mereka diluar sana , mungkin kerana beberapa keadaan dan suasana yang tersendiri maka kelibat serta kehadiran mereka sebelumnya dianggap sebagai musuh politik.

Namun diakhirnya nanti kita akan dapat melihat kehadiran mereka-mereka ini walaupun ada diantaranya tidak bersama tetapi secara tersiratnya kita tahu mereka kini SEDAR bahawa hanya Barisan Nasional dan UMNO sahajalah yang terbaik untuk terus diberikan kepercayaan memimpin seluruh rakyat jelata.

Tan Sri Khalid Ibrahim , bekas Menteri Besar Selangor yang digulingkan oleh sahabat sendiri dari PKR dan Pakatan Rakyat sebelum ini dilaporkan turut turun ke Sungai Besar pada ketika suasana kempen sedang rancak berjalan.


“Saya bukan datang untuk berkempen menangkan mana-mana calon dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar tetapi saya hendak selamatkan rakyat khususnya orang Melayu supaya tidak terpedaya dengan DAP dan sekutunya.

“Dalam keadaan apa sekalipun, sesiapa sahaja bersama dengan parti milik Lim Kit Siang yang membenci Islam itu perlu diberi penerangan supaya menolak sebarang agenda parti tersebut,” katanya.

Jelas Abdul Khalid, dia bersama rombongannya yang terdiri daripada beberapa NGO akan bergerak dengan semangat “Sayangi Islam Cintai Melayu” dan akan berusaha menyedarkan rakyat di Sungai Besar tentang niat jahat parti DAP.

“Bukan sahaja Sungai Besar tetapi juga dalam mana-mana pilihan raya, saya akan datang berkempen untuk menolak DAP dan sekutunya.

“Saya tidak ada masalah untuk bersama dengan mana-mana parti sekiranya parti tersebut berpendirian jelas tidak akan sama sekali bergabung dengan DAP,” ujarnya.

Tambahnya lagi, walaupun bakal duduk dalam majlis sama dengan Pas dan UMNO pada kunjungannya ke Sungai Besar, itu tidak bermakna dia sedang memikirkan untuk menyertai salah satu daripada parti terbabit. 

Apa yang MMI boleh kata , kesedaran beliau tentang agenda DAP itu adalah sesuatu yang cukup baik dan usaha untuk berkongsi dengan seluruh warga perlu diteruskan.Kita perlu sedarkan mereka-mereka yang masih lena agar segera bangkit !

Sementara itu kehadiran Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar turut mengejutkan banyak pihak maklumlah Shafie dilabel sebagai "The Other Group".


Antara kenyataannya selepas kehadirannya di Sungai Besar menjadi tanda tanya kepada banyak pihak adalah ;

"Saya masih lagi ahli UMNO, masih lagi Naib Presiden UMNO, tidak timbul soal berpatah balik atau 'u-turn'.

"Tidak timbul soal kesetiaan saya kepada parti, selagi hayat dikandung badan, saya akan terus berjuang untuk rakyat, bukan untuk mana-mana individu"

"Saya sayangkan parti, tapi saya juga sayangkan negara lebih dari segalanya," katanya menerusi laman Facebook beliau.

Well apa yang MMI cuba sampaikan adalah kehadiran individu-individu ini walaupun secara luarannya mereka punya misi tersendiri , realitinya kehadiran itu adalah kerana mereka sedar betapa pentingnya kerajaan Barisan Nasional ini dipertahankan.

Mereka tahu bahawa tidak ada mana-mana parti lain yang mampu dan boleh menandingi keupayaan yang dimiliki oleh kerajaan Barisan Nasional dan pimpinannya.

Pokoknya walaupun kedua-dua individu itu dilihat sinonim dengan ungkapan LAWAN tetapi jauh disudut kecil hati mereka sudah pun memberikan petanda bahawa BN MASIH YANG TERBAIK !

MMI

Sunday, 5 June 2016

Gelanggang Kini Di Buka #PRKKualaKangsar #KekalBN


Hari ini selesai proses penamaan calon bagi kerusi P067 Kuala Kangsar dan BN tampil dengan sepenuh tenaga untuk memastikan calon mereka Datin Mastura menang sebagai Ahli Parlimen yang baru menggantikan bekas penyandangnya yang juga merupakan arwah suaminya yang terkorban dalam nahas helikopter terhempas di Sarawak baru-baru ini.

Gelanggang kini sudah pun dibuka dan proses berkempen akan berjalan seperti mana yang telah diputuskan oleh pihak SPR.Pesan MMI berkempenlah secara sihat dengan membawa agenda parti masing-masing apatah lagi Ramadhan sudah pun tiba maka jadikanlah waktu dan saat ini untuk kita sama-sama bermuhasabah diri selain daripada berusaha untuk berkhidmat kepada rakyat.

Salam Ramadhan buat SEMUA ...

"Saya Mohon Sokongan & Doa" Wan Emir Ashar


Bagi setiap insan di muka bumi meninggal dan ditinggalkan itu adalah satu kemestian yang harus di terima dengan kekuatan iman dan takwa.Sebagai orang Islam , semua ketentuan itu perlulah diiringi dengan redha kerana kita yakin bahawa Allah swt lebih mengetahui dan berhak menentukan.

Manusia pastinya akan berdepan dengan kematian dan manusia juga bakal berdepan dengan situasi di mana kita ditinggalkan oleh mereka-mereka yang kita kasihi dan sayangi.Semua itu adalah PASTI dan bagi mereka yang masih hidup pula kehidupan perlulah diteruskan tanpa sesekali kita meninggalkan amalan yang diwajibkan kepada setiap dari kita oleh Allah swt.

Namun begitu sebagai manusia yang punya banyak kelemahan , kita kadang kalanya tidak dapat lari daripada berasa sebak dan sedih kerana kehilangan insan tersayang yang selama ini menjadi teman dan sahabat sepanjang menunaikan kewajipan sebagai hamba Allah di muka bumi.

Perasaan bercampur-baur itu , jika tidak disulami dengan iman pastinya mampu merubah kendiri tiap dari kita menjadi sebaliknya,Malahan tanpa iman seseorang itu mungkin melakukan sesuatu yang jauh melangkaui batas-batas sebagai seorang manusia mahupun seorang muslim.

Disinilah ketabahan diri diduga ! Cabaran mendatang cukup untuk menggugat pendirian diri dan ia turut mampu merubah corak kehidupan seorang insan.

Inilah cabaran yang sedang didepani oleh calon BN di Kuala Kangsar apabila beliau telah dicalonkan oleh pucuk pimpinan BN untuk bertanding di kerusi tersebut.Sebagai seorang wanita dan isteri yang baru sahaja kehilangan insan tercinta , setiap saat pastinya dirasakan bagai setahun.

Berdepan dengan segala tohmahan dan caci maki daripada mereka-mereka di luar sana bukanlah sesuatu yang boleh diterima dengan hati yang terbuka.Sedikit sebanyak hati itu pastinya terguris dan ianya menjangkau jauh sehingga amanah dan tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan kepada dirinya boleh dianggap sebagai satu bebanan.

Namun sesuatu yang istimewa tentang Mastura adalah sejak dari hari pertama diumumkan sebagai calon di Kuala Kangsar , beliau yang kini masih berada dalam edah akibat kematian suaminya baru-baru ini tenang menerima tanggungjawab tersebut walaupun beliau tahu keadaan dirinya bakal dijadikan sebagai bahan pihak-pihak berkepentingan.

Ketabahan yang ditunjukkan oleh ibu tunggal ini bukan sahaja perlu dijadikan sebagai sumber inspirasi kepada wanita-wanita dan ibu tunggal di luar sana tetapi juga kepada kita semua.Kekuatan diri dan keimanan yang dimilikinya jelas dijadikan sebagai batu asas dalam setiap keputusan serta tindakannya.

Menjadi sebagai calon pertama mewakili BN dalam situasi dan keadaan ini , Mastura pastinya mencatat sejarah yang tersendiri. 

Apa yang kini dipertaruhkan oleh Ibu Tunggal ini hanyalah doa dan sokongan daripada semua pihak dalam usaha beliau untuk terus berbakti kepada masyarakat.Jika sebelum ini jasa baktinya terhadap masyarakat Kuala Kangsar hanya sebagai seorang teman kepada arwah suaminya , keputusan PRK ini bakal merubah tanggungjawab itu kepada amanah yang jauh lebih besar.

Mastura tahu betapa menggalas tugas sebagai seorang Wakil Rakyat dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar memerlukan beliau untuk terus fokus kepada keperluan dan kebajikan rakyat khususnya di kawasan Kuala Kangsar.

Dan ianya bakal menjadi satu pengalaman hidup paling istimewa bagi dirinya apabila tugas itu secara tidak langsung merupakan kesinambungan daripada tugas dan jasa bakti arwah suaminya.

Yakinlah sekiranya Mastura diberikan peluang oleh penduduk dan pengundi di Kuala Kangsar , beliau tidak akan sesekali mensia-siakan amanah tersebut kerana disinilah segala kenangan pahit manis bersama arwah suaminya akan terus terpahat disanubarinya.

Justeru itu setiap usaha dan gerak kerja membantu rakyat akan menjadi satu tugasan yang cukup bermakna kerana beliau sebenarnya sedang melakukan tugas sebagai seorang Wakil Rakyat dan juga memenuhi misi arwah suaminya untuk kebaikan seluruh warga Kuala Kangsar.

sumber Empayar Pemuda 

MMI kata sama-sama kita doakan semoga Datin Mastura Yazid beroleh kemenangan Insya Allah !

Labels