Followers

Tuesday, 31 December 2013

Kuala Lumpur TERKINI !!!


Suasana terkini Himpunan Gulingkan Kerajaan , di anggarkan seramai 2 ribu orang kini berada di sekitar kawasan Dataran Merdeka cumanya sukar dipastikan apakah berapa ramai peserta demontrasi dan berapa ramai rakyat biasa yang datang untuk menyambut tahun baru dan menonton demontrasi ini.










MMI

Dulu CAMRY Sekarang MERCEDES , TAHNIAH Rakyat Pulau Pinang !!


Pada ketika puak-puak pembangkang yang kebanyakkannya daripada PAS dan PKR melalak tentang kenaikan kos , puak-puak DAPigs di lihat lebih kepada usaha memantapkan kubu kuat mereka.

Lantak ampalah nak buat demo ka ! nak lawan polis ka ! Yang penting aku jaga tanah jajahan aku elok-elok.

Kalau setakat nak nyatakan sokongan tak ada hal lah , tapi sampai bab nak turun ke jalanraya dah tu nak kena pi Dataran Merdeka huh ingat ampa saja sudahlah kot ! Aku ada kerja di tempat aku...

Barangkali itulah yang di ungkapkan oleh sebahagian besar puak-puak DAP rasanya.

Dalam dok kalut-kalut tu si Guan Eng KOMPOM pakai kereta baru bro !! Mercedes W221 S300L .. Hah ampa ada ??


Murah harga kereta tu hampir RM300 ribu , dan kalau ikut harga asalnya perbezaan diskaun yang Guan Eng dapat tu lebih daripada harga yang dia bayar.Hmm ada kira-kira ka atau memang harga macam tu ??

Hihi murahkan ?? Tahniahlah kepada rakyat Pulau Pinang sebab ampa dah bagi kereta baru dekat Guan Eng sebelum ni pun ampa dah bagi Camry yang dia baru pakai tak sampai 2 bulan lepas.


Nak kata tak ada kereta dah ada Camry..Hmm nak buat macam mana mungkin Camry tu lepas ni Guan Eng nak bagi dekat kawan baik dia Mat Sabu !! Maklumlah sekarang ni Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang kena jaga lah bro..

Bernafsu juga Guan Eng ni , ingatkan si Nuar sorang ja .. Oh ya , apa lah kiranya kalau duit sebanyak RM300 ribu tu di salurkan kepada orang-orang susah di Pulau Pinang nikan ?? Ish apa yang MMI mengarut ni Guan Eng kan Ketua Menteri jadi dia punya sukalah nak buat apa pun !! 


Tahniah rakyat Pulau Pinang , SELAMAT TAHUN BARU !!

MMI

Demo GULING Depa Sampai Dah !!


Nampaknya puak-puak yang nak berdemo malam ni dah tak sabar-sabar lagi , belum pun masuk waktu maghrib mereka sudah kelihatan berkumpul dalam kumpulan - kumpulan kecil di sekitar ibu kota.

Mungkin lepak-lepak sekejap menikmati pemandangan aman damai ibu kota sebelum mereka bikin onar malam nanti.

Sejak petang tadi kawasan sekitar Bandaraya Kuala  Lumpur sudah mula dihurungi para peserta demonstrasi. Beberapa hotel berhampiran Dataran Merdeka seperti Hotel Swiss, Chitin, Kowloon dan beberapa hotel bajet yang lain, juga nampaknya telah dipenuhi. Walaupun harga bilik dinaikkan sekali ganda, nampaknya ia bukanlah perkara yang menghalang para peserta daripada menyewanya.



Yang pasti sambutan tahun baru kali ini pasti berbeza daripada sambutan sebelum-sebelumnya.Apa pun sama-sama kita nantikan.

Baca selanjutnya di SINI 

Psst dengar cita sapa yang hadir dapat elaun tol ke ?

MMI

BEBAN La Sangat !!!

Gambar Hiasan
Sebelum ampa semua baca selanjutnya suka untuk MMI nyatakan artikel ini barangkali tidak akan di persetujui oleh kebanyakkan mereka di luar sana.Namun MMI memilih untuk terus menulis kerana kita kadang kalanya suka untuk memberontak pada setiap perkara yang di lihat tidak menguntungkan kita.

Pasti banyak pihak sedar bahawa bersyukur di atas setiap pemberian itu adalah satu perkara paling baik yang seharusnya ada dalam diri setiap insan khususnya mereka yang beragama Islam.Malah MMI yakin kepada mereka yang menganuti agama lain juga punya pendapat yang hampir sama.

Cuma MMI tak pastilah mereka-mereka yang mengaku tidak punya agama.Bukan berniat menidakkan mana-mana pihak tetapi kalau dalam bab pegangan agama pun mereka boleh menolak kesemuanya mana mungkin orang-orang seperti ini punya tanggungjawab ?

HAK ?? Ya MMI akui setiap dari kita punya HAK tetapi biarlah hak yang di perjuangkan itu punya asas kerana tanpa asas ianya ibarat kapal tanpa nakhoda yang akan belayar ke mana-mana sahaja dan karam di tengah lautan di pukul ombak besar.Sudah tentu yang di SALAHkan adalah ombak besar sedangkan hakikatnya kejadian tersebut berlaku kerana tiada nakhoda.

Inilah yang berlaku dalam kebanyakkan dari kita hari ini yang lebih suka meletakkan sesuatu kesalahan itu kepada orang lain sedangkan hakikatnya kita punya kelemahan.

Namun sebagai insan yang punya pegangan agama kita di ajar serta di bekalkan dengan ILMU bukan sahaja sebagai pedoman dalam menjalani kehidupan seharian tetapi juga sebagai ASAS paling penting khususnya apabila kita di timpa musibah.

Malah bagi mereka yang berpegang kepada pegangan ini sudah tentu memahami erti SYUKUR dan ianya pasti akan membimbing kita ke jalan yang jauh lebih baik.

Hari ini rakyat Malaysia kebanyakkannya mengeluh tentang pelbagai perkara khusunya tentang kenaikan kos-kos tertentu oleh kerajaan yang sudah tentu akan menyebabkan rakyat sedikit sebanyak terbeban dengannya.

Namun pernahkah kita melihat kembali kepada sejarah bahawa kerajaan inilah sebenarnya yang telah membawa rakyat Malaysia keluar dari kepompong kemiskinan ? 

Sedarkah kita bahawa setiap sedutan minuman "Ice Blended" yang kita beli dari kedai-kedai minum eksklusif itu bermula daripada gerai pondok yang berbumbungkan atap nipah ?

Tahukah kita bahawa setiap suap nasi yang kita makan di restoran-restoran mewah itu bermula daripada periuk tanah yang kebanyakkan merebus ubi kayu satu ketika dulu ?

Apa kita lupa puak-puak cauvinis hari ini yang bertali leher itu bermula daripada mereka yang bermain dengan minyak hitam membaiki basikal dan mereka yang berselut di lombong-lombong bijih ?

Atau kita sebenarnya terlupa peguam-peguam berbangsa India itu bermula daripada setitik susu getah di kebun-kebun getah ??

Terlupakah orang Melayu hari ini yang sibuk dengan kayu Golfnya satu ketika dulu bermula sebagai petani dan nelayan ??

Mungkin sebahagian daripada kita tidak pernah merasa semua itu kerana ia berlaku sejak puluhan tahun dulu dan pasti generasi hari ini kebanyakkannya lahir dalam suasana yang jauh lebih baik.

Barangkali kerana itulah maka apa yang sedang berlaku kini di rasakan sebagai satu beban yang teramat sangat kerana kebanyakkan dari kita hari ini sudah BERJAYA.

Lihat saja rumah-rumah kediaman hari ini , sesetengahnya kalau di bandingkan dengan suatu ketika dulu sudah tentu akan di anggap sebagai dewan atau masjid.

Begitulah berubahnya Malaysia dan semua itu berlaku kerana kita punya kerajaan yang sebenarnya sentiasa bekerja untuk melihat rakyatnya punya kehidupan yang terbaik.

Namun kita sama sekali tidak boleh mengelak hukum alam apatah lagi lari daripada ketentuan Allah swt.Dalam soal ini kita harus percaya bahawa setiap yang berlaku itu punya alasannya yang tersendiri.

Pada ketika ada pihak yang kurang senang dengan beberapa cadangan daripada kerajaan untuk menaikkan kos , kita perlu akui bahawa kerajaan sentiasa menyalurkan SUBSIDI kepada rakyatnya.

Apakah tujuan pemberian subsidi tersebut jika bukan untuk kebaikan rakyat ??

Berbilion ringgit di belanjakan untuk rakyat setiap tahun semata-mata untuk melihat rakyat tanpa mengira bangsa dan agama mendapat manafaat darinya.

Kita seharusnya bersyukur kerana di kurniakan sebuah kerajaan yang bersedia untuk mengaku kepada rakyat apabila negara berada dalam keadaan yang kurang baik.MMI yakin ramai di luar sana telah sedia maklum bahawa kerajaan telah menyatakan bahawa bagi memastikan ekonomi negara terus kukuh maka beberapa cadangan dan dasar akan di laksanakan bagi menjamin kedudukan ekonomi yang berdaya tahan dan mampu memberikan pulangan yang terbaik bukan sahaja kepada negara tetapi juga kepada rakyatnya.

Percayalah tidak guna rakyat di selesakan sekiranya negara sedang merundum teruk kerana kesan jangka panjangnya sudah pasti akan mengakibatkan rakyat menjadi MANGSAnya.

Maka dalam situasi hari ini , MMI rasa boleh sahaja pemimpin utama negara untuk mengaut sebanyak mungkin kekayaan yang mereka mahukan dan bila sampai masanya letak jawatan dan serahkan kepada puak pembangkang yang di lihat terlalu bernafsu itu.

Tetapi persoalannya apakah yang akan berlaku selepas itu ?? Bagaimana dengan nasib rakyat ??

Tukar kerajaan sekarang ?? Apa anda yakin dengan perubahan kerajaan hari ini akan memberikan kelebihan kepada negara untuk bersaing dan memperkukuhkan kedudukan ekonomi negara ??

Sebagai contoh lihat sahaja negeri-negeri yang di tadbir pembangkang , Pulau Pinang apakah hak orang Melayu di bela ? Selangor kenaikan cukai yang cukup tinggi apakah itu tidak membebankan rakyat ? Kelantan sejak puluhan tahun apakah capaian ekonominya setaraf dengan negeri-negeri lain ?

MMI tidak melihat perubahan-perubahan itu MAMPU menyelesaikan apa yang kini sedang di usahakan oleh kerajaan sedia ada dan seharusnya usaha lebih terarah kepada memberikan cadangan serta usaha sama untuk membantu negara mencapai kejayaan memperkukuhkan kedudukan ekonomi bukan dengan mengajak rakyat supaya turun ke jalanraya.

Ya ada pihak bertanya mengapa rakyat di jadikan mangsa ??

Ada 2 persoalan yang MMI ingin kongsikan dengan semua... 

Pertamanya apakah rakyat menjadi mangsa kerakusan kerajaan atau mangsa politik mereka yang sebenarnya punya agenda tertentu ? 

Keduanya adakah rakyat benar-benar menjadi mangsa hari ini ??

MMI

Samakah Puak-Puak GULING Dengan Mereka Yang Berhimpun Di MEKAH ??


MMI kadang-kadang malu dengan tindak tanduk puak-puak yang mengaku Islam dalam Pakatan Haprak ni.Bukan saja jadi pencacai pelengkap perjuangan puak-puak cauvinist tapi dah sampai ke tahap jadi pak angguk kepada apa saja keputusan asalkan ianya menentang kerajaan dan UMNO.

Mungkin kerana itu agaknya si Nizar ni boleh mengeluarkan kenyataan seperti di atas malah daripada apa yang MMI lihat ianya sudah pasti ada kena mengena dengan perancangan puak-puak kepala batu untuk turun berhimpun malam ini atas nama gulingkan kerajaan yang bersembunyi di sebalik TURUN.

Punyalah musibat sampai sanggup bandingkan umat Islam di Mekah dengan puak-puak bangsat pembangkang yang punya agenda politik semata-mata nak tunjukkan sikap mengHALALkan cara yang dah jadi amalan mereka selama ini.

Persoalannya sama ka bro ??  


MMI

PANAZZ Lagi Email "C for Chaos" Di Dedahkan !!!


Nampaknya cerita tentang email masih belum sampai ke penamatnya , sebelum ini heboh tentang satu email yang mendedahkan perancangan rapi pihak pembangkang untuk menimbulkan huru-hara sewaktu berlangsungnya himpunan haram gulingkan kerajaan pada malam sambutan tahun baru.Baca SINI 

Kekecohan itu akhirnya menyebabkan si Rafizi di panggil oleh pihak Polis untuk mendapatkan keterangan.Dalam masa yang sama satu laporan Polis juga di buat oleh Rafizi supaya siasatan di lakukan terhadap 4 blog pro UMNO yang menyebarkan maklumat tersebut.

Kini satu lagi email di dedahkan dan isi kandungannya masih melibatkan orang yang sama iaitu Abdul Rahim Ghouse , Rafizi Ramli dan seorang lagi watak baru iaitu Piang Yow Wong.

Email berkenaan menunjukkan arahan Rahim Ghouse kepada Piang Yow Wong dan di CC kepada Rafizi Ramli berkenaan usaha pihak pembangkang dalam memanipulasi serta menyebarkan isu Altantuya pada May 2013 yang lalu.

Tidak ada sebarang kenyataan tentang BOM kali ini cuma pendedahan ini di buat oleh bidaman.blogspot. com salah satu blog yang di sebut oleh Rafizi sewaktu membuat laporan Polis.

PANASS !! Apa lagi yang di dedahkan oleh bedaman ?? Baca SINI ..

MMI

Monday, 30 December 2013

HIMPUNAN HARAM GULING KERAJAAN Lu Langsi Lu PASTI .... !!


AMARAN sudah pun di keluarkan oleh pihak berkuasa supaya jangan ada mana-mana pihak menyertai himpunan haram yang di rancangkan oleh puak-puak kepala batu yang mengaku berjuang untuk rakyat sedang hakikatnya mahu menggulingkan kerajaan.

Kita harus faham turun ke jalanraya bukanlah satu tindakan bijak apatah lagi bagi mereka yang mengaku berjuang tentang hak dan kebebasan.Apakah benar semua rakyat Malaysia menyokong gerakan seumpama ini ??

JIka YA , rasanya sudah lama kerajaan Barisan Nasional di ganti dengan kerajaan lain melalui pilihanraya.Namun keputusan dalam pilihanraya tetap menyebelahi Barisan Nasional sehinggakan pembangkang terpaksa merancang pelbagai perkara mengaitkannya dengan UMNO dan BN.

Namun segala tuduhan sebelum ini ternyata hanyalah rekaan dan fitnah semata-mata , BUKTInya tidak ada satu pun laporan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan seterusnya membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.


Begitulah reaksi sebahagian daripada puak-puak penjilat tegar pembangkang yang hanya memikirkan tentang BANGKANG dan FITNAH !!

Kini mereka merancang lagi kononnya atas nama hak rakyat kerana isu cadangan kenaikan kos yang di umumkan oleh kerajaan.

Bagi mereka yang tidak mahu membuat pencerahan sudah tentu setiap tuduhan itu akan di telan bulat-bulat dan sudah SEMESTInya sentimen membela rakyat marhain di pukoi canang setiap jam.

Adakah dengan mengheret warga kita ke jalanraya akan lebih menguntungkan RAKYAT ??

MMI cuma nak ingatkan jangan sesekali melupakan sejarah yang telah tercatit di bumi Mesir dan yang seangkatan dengannya betapa mereka sehingga ke hari ini masih terkial-kial mencari apa yang di lalakkan selama ini sebagai KEBEBASAN !!! 

Percayalah mana-mana kerajaan di dunia hari ini yang bermulanya daripada aksi di jalanan sudah barang pasti akan menerima kesannya kerana MMI percaya seperti mana sesuatu itu bermula maka seperti itulah ianya akan berakhir.

Berbalik kepada isu gerakan terancang MENGGULINGKAN KERAJAAN yang hari ini di lihat sudah mula mencair dengan cubaan untuk berselindung di sebalik gerakan TURUN yang kononnya suara rakyat mendesak kerajaan supaya mempertimbangkan semula cadangan kenaikan kos , MMI melihat ianya tidak lebih dari satu sandiwara politik.

Apakah JAMINAN Rafizi , Chegu Bard dan mereka-mereka yang terlibat bahawa himpunan itu nanti adalah himpunan paling BERSIH yang tidak akan mendatangkan sebarang bentuk kekacauan seperti mana yang telah terbukti dalam himpunan BERSIH yang tidak BERSIH sebelum ini ??


Sehingga saat ini tidak ada sebarang JAMINAN yang di berikan oleh mana-mana pihak malah tidak ada suara daripada mana-mana pemimpin terlibat untuk MENGAKU bahawa himpunan ini tidak akan mendatangkan kekacauan malah sekiranya berlaku kekacauan maka pemimpin ini akan BERTANGGUNGJAWAB !!

Bertanggungjawab di sini membawa maksud sekiranya berlaku waima sebesar zarah sekalipun sebarang bentuk kejadian provokasi dan kekacauan maka pemimpin itu bersedia untuk di TANGKAP dan di TAHAN sebagai PESALAH negara untuk satu tempoh masa tertentu.

Mana ???

Tidak mungkin berlaku kerana sudah ada maklumat yang menunjukkan mereka-mereka itu sudah bersiap sedia untuk menyalahkan pihak polis dan kerajaan khususnya UMNO menjelang jam 10 malam 31 Disember 2013.

Untuk apa semua itu di rancang melainkan untuk mencetuskan suasana PANIK dan menjadikan Dataran Merdeka seperti mana Medan Tahrir di Mesir.

Dalam masa yang sama sudah ada bunyi dari kem pembangkang untuk menyaman pihak berkuasa kerana menuduh NGO tertentu sebagai perancang himpunan yang akan di lakukan.

Namun rakyat perlu tahu bahawa Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh tidak gentar dengan ugutan saman daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO) propembangkang yang dikenal pasti terlibat sebagai dalang utama perhimpunan haram di Dataran Merdeka, Selasa ini.

Beliau berkata, pihaknya mempunyai bukti yang kukuh dan ugutan saman itu tidak akan menghentikan siasatan yang dilakukan.

"Itu (saman) hak mereka... Tetapi mereka harus ingat polis juga mempunyai bukti berdasarkan siasatan yang telah dibuat," kata Amar Singh ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini petang ini.utusan 

Selain dari itu PERINGATAN sudah pun di berikan sebelum ini oleh pihak Polis kepada semua pihak jangan sesekali hadir dalam perhimpunan haram gulingkan kerajaan kerana mereka boleh di dakwa dan di kenakan hukuman 15 tahun penjara.

 

Harus di ingat juga bahawa pihak pembangkang yang kini sedang teruja untuk turun ke jalanraya begitu yakin bahawa mereka di lindungi malah mungkin KEBAL dengan menjadikan peruntukan Perlembagan & Akta Perhimpunan sebagai syarat LULUS untuk merealisasikan hasrat mereka.

Namun jangan pula ingat bahawa pasukan Polis tidak punya kuasa di sebalik peruntukan perlembagaan & akta tersebut.

   

Apa lagi agaknya yang mahu di jadikan alasan selepas ini oleh puak-puak kepala batu ini untuk menghalalkan tindakan mereka ??

MMI rasa mereka akan terus LANGGAR !!!

Jadi JELAS mereka sebenarnya punya agenda tersendiri yang seharusnya di HALANG oleh pihak berkuasa.Malah seluruh rakyat seharusnya MENOLAK gerakan seumpama ini kerana ianya tidak lebih daripada satu lagi USAHA untuk memburukkan kerajaan dan negara.


Kepada pihak berkuasa MMI sarankan supaya TANGKAP sahaja mereka-mereka ini , jutaan rakyat Malaysia sebenarnya mahu tindakan sebegini di ambil.Sudah-sudahlah bagi muka kepada mereka kini masa kita untuk bertindak.

Mudah cita LU LANGSI LU PASTI kena !!!

MMI

Kalau Dah Jenis Gila Belakang !!!

Gambar Hiasan
MMI bukan nak main tuduh-tuduh tapi banyak sangat cerita mereka yang mengaku Melayu tapi dah lari dari adab dan budaya kita.Tak pastilah mungkin kerana pengaruh luar atau sikap orang kita sendiri hari ni lebih sukan bertelanjang di luar.

Bab ni bukan main-main gang , citanya Kes Ketua Dewan Ulamak PAS Perlis liwat isteri hingga terkoyak lobang dubur telah di bawa ke mahkamah.


Dalam kenyataan pembelaannya Abd Rashid Rahman 59 tahun mengaku tergelincir tersalah masuk lobang.

ADOIII boleh pula tergelincir ?? Agak-agaklah bro , ini semua nafsu serakah ja dok pusing apa lagi menurut si isteri suaminya meliwat hampir setiap hari dan jika tidak di layan dia akan diterajang.sumber 

Menjadi ahli PAS pun belum tentu bro !!! Ini soal nafsu ...

Dalam isu ini barangkali keinginan meluap-luap si lelaki tu mungkin kerana beberapa faktor.

MMI tak nafikan kadang-kadang faktor luaran juga menjadi penyebab , maklumlah kat luar sana sikit punya banyak ka orang-orang kita yang suka tunjuk aset dekat orang ?? 

Dalam masa yang sama faktor dalaman mana tau ikut fahaman songsang ??

Selebihnya ampa semua pikir tengoklah .. 

MMI

Latihan LASAK Unit Anal Hadapi PRU14 Kini TERSEBAR !!

Gambar Hiasan
Entah apa yang berlaku dalam parti PAS , nak kata buat tranformasi rasanya mustahil sebab sama dengan UMNO.

Mungkin ianya kerana peredaran zaman apatah lagi dalam dunia serba moden ini pelbagai perkara memerlukan perubahan.

Maka bersandarkan alasan itu agaknya maka PAS kini sudah tidak lagi seperti dulu.

Perubahan ini dapat di lihat apabila satu persatu prinsip mereka di gadaikan semata-mata kerana mahu mengejar politik serta membuktikan betapa mereka kini sedang mengikuti arus kehendak yang memaksa beberapa perkara yang dulunya di anggap sebagai LARANGAN kini di BOLEHKAN  !!




Hebat kan ?? Dah boleh turut serta dalam tarian bersama bukan muhrim sekarang ni !! sumber 

MMI

Sunday, 29 December 2013

Woo "Clash Of Clans" Jom Layan !!!


Antara GAME baru yang tengah panas sekarang ni , jika sebelum ini "Candy Crush" kini rata-rata pemilik telefon pintar mula beralih arah kepada "Clash Of Clans".Dia punya trill kena chek dengan sapa yang mainlah dan kalau ada yang belum main tu pikir-pikir tengok...



Jangan malu-malu nak "download" bro !! belum try belum tau hihi chaw !!

MMI

Bang Non Jual Aset PKR ??


Dalam tengah dok sibuk-sibuk ni katanya si Nuar sudah bikin hati Rafizi SENTAP bro !! Kenapa Nuar buat macam tu ?? Bukankah selama ni Rafizi antara yang begitu SETIA dengan perjuangan bersama PKR ?? Malah apa saja yang mendatang akan di tempuhnya dan Rafizi lah yang terpaksa menerima segala cemuhan bila dah KANTOI.

Ish ish awat yang jadi lagu tu ?? Petang tadi si Rafizi ni punya SENTAP sampai meracau-racau barangkali kesan daripada semangat yang berkobar-kobar nak turun ke jalanraya.

Kalau meracau biasa-biasa tu MMI tak kisah sangat tapi dah sampai tahap MENGAKU ada 5 BIJI !!

Apa yang 5 biji tu ?? Hah ampa klik SINI !!


Huh si Nuar tetap tak nampak-nampak juga , samalah macam kes banjir di pantai timur ,..Cian Rafizikan ?? 

Abis tu apa kaitan pula dengan si Nuar yang jual aset PKR ?? Sebenarnya Nuar dah lama jual aset PKR , tak percaya ?? 

1. Chandra Muzaffar (Timbalan Presiden Parti KeAdilan Nasional)

2. S. Nalla Karuppan (Ketua Bahagian PKR Kepong)

3. Ezam Mohd Nor (Ketua Pemuda PKR)

4. Anuar Shaari (Setiausaha Anwar Ibrahim)

5. Fairus Khairuddin (ADUN Penanti – Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang)

6. Zahrain Mohd Hashim (Ahli Parlimen Bayan Baru)

7. Zulkifli Noordin (MP Bandar Baru Kulim)

8. Zainur Zakaria (Bekas peguam bela Anwar, AJK Parti KeAdilan Nasional)

9. Ruslan Kassim (Ketua PKR Negeri Sembilan dan juga Ketua Penerangan PKR)

10. Nell Onn (Ketua Wanita Parti KeAdilan Nasional)

11. Jeffrey Kitingan (Naib Presiden PKR)

12. Marina Yussuf (Naib Presiden Parti KeAdilan)

13. Lokman Noor Adam (Setiausaha Angkatan Muda Keadilan)

14. V. Arumugam (ADUN Bukit Selambau)

15. Mohd Radzi Salleh (ADUN Lunas)

16. Badrul Hisham Abdullah (ADUN Pelabuhan Kelang)

17. Tan Tee Beng (Ahli Parlimen Nibong Tebal)

18. Sallehudin Hashim (Setiausaha Agung PKR)

19. Dr Halili Rahmat (Bendahari PKR Hulu Selangor)

20. Muhammad Zahid Md Arip (Naib Ketua Pemuda PKR)

21. Mohsin Fadzli Samsuri (Ahli Parlimen Bagan Serai)

22. Hamdan Taha (Timbalan Pengarah Pilihanraya Keadilan)

23. Dr Abdul Wahid Ahmad Suhaimie (Pengerusi Perhubungan Keadilan Pahang)

24. Jamaludin Abu Hassan (Pemangku Ketua PKR Padang Serai)

25. Mohd Hanafiah Man (Ketua Pemuda Keadilan Perak)

26. Fakhrul Azman Abu Bakar (Exco Pemuda Keadilan)

27. Shamsul Bahari Shamsuddin (Exco Pemuda Keadilan)

28. Rosli Mohd Johar (Naib Ketua Pemuda Keadilan Wilayah Persekutuan)

29. Zainuddin Awang (Exco Pemuda Keadilan Terengganu)

30. Datuk Bujang Ulis (Keadilan Sarawak)

31. Rusli Mohd Shariff (Naib Ketua Pemuda Keadilan Negeri Sembilan)

32. Jeffry Nizam (Exco Pemuda Keadilan Pahang)

33. Jamaluddin Mohd Radzi (ADUN Behrang)

34. Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (ADUN Changkat Jering)

35. Tan Wei Shu (ADUN Bakar Arang)

36. Soraya Sulaiman (Ketua Penerangan Wanita PKR)

37. Roshanita Mohd Basir (Timbalan Ketua Wanita PKR Bahagian Bagan Serai)

38 . Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak (Naib Presiden PKR)

Semua yang kat atas tu adalah aset PKR sebenarnya tapi telah meninggalkan Parti Putar Belit ni .. Yang pasti bukan sebab Nuar jual tapi kerana mereka tahu Nuar suka baling batu sembunyi tangan !! 

Abis tu Rafizi macam mana pula ?? Hahahaha Rafizi bukan aset bro dia patung mainan Nuar yang sekarang ni tengah mencair Auwww !!!!

MMI

Hati-Hati Makan BURGER Ada BABI Bro !!!


Di laporkan penjualan burger di salah satu francais makanan segera yang terkenal di Jepun kini mengalami kemerosotan jualan. 

Penurunan jualan disebabkan kalangan masyarakat Muslim di Jepun sudah tak mahu lagi menikmati makanan hamburger syarikat tersebut yang diperbuat daripada babi yang bererti minyaknya pun adalah minyak babi.

Harga jualannya sudah sangat rendah saat ini sehingga mencapai 100 yen per satu hamburger. 

Restoran makanan segera francais terbesar di dunia yang ditubuhkan pada 15 Mei 1940 ini melayani 68 juta pelanggan setiap hari di 119 negara.

Tak payah MMI sebut lah francais apa cuma ampa bayangkan kerana tindakan orang Islam di Jepun penjualannya merosot , betapa kuatnya kuasa Islam itu.

Bayangkan kalau hal seperti ini kita lakukan di Malaysia ??

KOMPOM berselerak puak-puak tu !!!

MMI

Cerita Pasai NAIK !!

Para penyokong Pakatan Rakyat sekarang ini sibuk mencanangkan ke sana sini dan menerusi pelbagai jenis media terutama sekali Internet agar rakyat berhimpun pada tengah malam 31 Disember 2013 di Dataran Merdeka untuk memberikan isyarat kepada kerajaan bahawa peningkatan harga dan tarif, amat menyiksakan.

Bukan itu sahaja, para penyokong Pakatan Rakyat juga tanpa berselindung telah melabelkan Kerajaan UMNO-BN sebagai kerajaan yang zalim kerana menaikkan cukai, tol, GST, ASTRO dan tarif elektrik serta tambang LRT dan tambang bas sekolah.

Cukai yang diperkatakan adalah kenaikan sebanyak 10 peratus sehingga 30 peratus oleh DBKL ke atas hartanah di dalam radian 36 kilometer Bandaraya Kuala Lumpur. Kenaikan tersebut telah digembar-gemburkan oleh Pakatan Rakyat sebagai satu kekejaman dan menyebabkan sebahagian daripada orang Cina di Kuala Lumpur menyerbu Ibu Pejabat DBKL di Jalan Raja Laut dan mendesak agar Datuk Bandar Kuala Lumpur meletakkan jawatan.

Tidak cukup dengan itu, Ahli-Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang majoritinya adalah dari DAP dan PKR, dalam pertemuan dengan DBKL dan Menteri Wilayah, turut mempersalahkan kerajaan kerana ‘kekejaman’ berkenaan.

Namun, pada masa yang sama, para pemimpin Pakatan Rakyat yang kelihatan bersungguh-sungguh untuk mengenakan UMNO dan Barisan Nasional, langsung tidak menyebut, menyentuh apatah lagi menentang kenaikan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor di negeri tersebut. Berita tentang kenaikan yang melambung beratus peratus itu juga tidak diuar-uarkan.





Layanan double standard yang ditunjukkan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat dan bala tentera mereka seolah-olah cuba mengaburi kepincangan yang sedang berlaku di negeri-negeri yang berada di bawah pentadbiran mereka. Mereka lebih nampak tentang kenaikan yang dikaitkan dengan pengumuman Kerajaan Pusat, tetapi menutup mata dan memekakkan telinga, tidak sahaja mata dan telinga sendiri, bahkan para penyokong dan rakyat Selangor keseluruhannya, akibat daripada kenaikan melampau dan tidak masuk akal yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat.

Kenaikan bayaran lesen perniagaan menjangkau 300% mengikut keluasan, merupakan antara faktor utama kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di Selangor. Pakatan Rakyat awal-awal lagi telah bersedia dengan jawapan standard mereka iaitu, semua kenaikan dilakukan oleh UMNO dan bukannya disebabkan oleh faktor peningkatan yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Begitu juga dengan kenaikan cukai dan premium tanah. Cukai ini juga akan mendorong peningkatan harga memandangkan para peniaga terpaksa mengeluarkan lebih perbelanjaan untuk premis. Secara tidak langsung, penambahan kos tersebut akan dimasukkan ke dalam harga barangan yang dijual kepada pengguna.

Mengapa agaknya Pakatan Rakyat langsung tidak nampak perkara ini? Mengapa agaknya mereka tidak peduli dengan kenaikan beratus peratus di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, tetapi lebih sibukkan kenaikan 10%-35% sehinggakan mereka cuba menggambarkan bahawa kenaikan berkenaan akan menyebabkan rakyat Malaysia mati kebuluran? sumber 

MMI

DASYAT Jangan Ambil Mudah !!!


Sesiapa yang merasakan status FB dari Ferlis Once ini perlu dilapor kepada polis amatlah dipersilakan.Baca selanjutnya di SINI 

MMI

GULING Bakal Bertemu SOSMA !!!


Kalau mengikut risikan polis himpunan haram yang dirancang oleh kumpulan yang dipercayai pro pembangkang di Dataran Merdeka pada malam ambang tahun baru boleh mencetuskan insiden buruk yang gugat keamanan negara.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata penganjur perhimpunan haram tersebut dipercayai akan mendirikan khemah di sekitar Dataran Merdeka dengan membawa pelbagai senjata termasuk bom tangan bagi melakukan kekecohan.

Empat kumpulan yang dikenalpasti akan terlibat dalam himpunan itu ialah Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Bercakap dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur Sabtu beliau memberi amaran keras terhadap individu atau kumpulan yang mengadakan perhimpunan haram 'menggulingkan kerajaan' di Dataran Merdeka Selasa ini.

Katanya pihak polis tidak teragak-agak menahan pihak yang cuba mencetuskan huru-hara di bawah Akta Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)(SOSMA) 2012.

Amar Singh menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai dan menyokong perhimpunan sedemikian kerana ia menyalahi undang-undang negara.

Katanya setakat hari ini, pihak polis telah menerima 588 laporan di seluruh negara dari pelbagai pihak bagi membantah perhimpunan berkenaan.sumber 

MMI

SIASATAN Kini Berjalan , Rahim Ghouse Nafi Rancang Kekacauan !!

Gambar Hiasan
Sepucuk surat yang didakwa dihantar oleh rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Abdul Rahim Ghouse kepada Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung rancangan mencetuskan huru-hara pada perhimpunan haram untuk menggulingkan kerajaan pada 31 Disember ini tersebar luas di internet sejak kelmarin.Baca SINI 

Dalam surat yang bertajuk C For Chaos (C Untuk Huru-hara) itu, Abdul Rahim didakwa meminta Rafizi dan kepemimpinan pembangkang mengeksploitasi kebanjiran orang ramai menyambut malam ambang tahun baharu untuk 'bertindak seperti yang dirancang pada mesyuarat sebelum ini'.

Beliau turut dikatakan meminta mereka mengelak lima lokasi iaitu di persimpangan lampu isyarat pusat beli-belah Sogo, Puduraya, bulatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) berdekatan Masjid Negara, Stesen Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek dan Stesen Komuter Bank Negara atas sebab-sebab keselamatan.

Beberapa blog hari ini menyiarkan surat tersebut yang antara lain turut mendakwa Abdul Rahim mengatakan 'angkatan media sosialnya' akan merakam setiap detik yang berlaku pada malam itu dan memuat naik terus ke laman YouTube dengan pantas bagi memastikannya menjadi 'viral'.

Apabila rakaman-rakaman tersebut menjadi 'viral' jelas surat itu, beliau dikatakan akan meminta Rafizi meletakkan kesalahan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) dan dari situ, mereka akan memantau corak kejadian yang berlaku untuk perancangan seterusnya.

Surat itu juga menyatakan sesiapa sahaja dalam kalangan pasukan Rafizi yang ditahan sebelum 'acara utama' diminta untuk tidak merosakkan rancangan kerana mereka akan dijamin selepas itu.

Walau bagaimanapun, Abdul Rahim yang dihubungi Mingguan Malaysia menafikan perkara tersebut dan memberitahu surat itu ditulis pihak lain untuk kepentingan peribadi mereka semata-mata.

"Saya menafikan perkara ini kerana surat itu, bukan saya yang tulis. Ada orang buat surat itu menggunakan nama saya. Mereka menulis surat seperti itu untuk agenda mereka, tetapi mahu melibatkan saya," katanya.

Ditanya apakah tindakannya berhubung penyebaran surat itu, Abdul Rahim berkata, beliau perlu meneliti perkara tersebut terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Sementara itu, polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi menyiasat kesahihan sekeping surat makluman strategi pelaksanaan perhimpunan haram yang tersebar di laman sosial sejak kelmarin.

Sumber berkata, siasatan akan dijalankan secara menyeluruh termasuk jika wujud elemen sabotaj yang dilakukan oleh individu tertentu.

"Buat masa ini kesahihan e-mel itu belum dapat dipastikan tetapi polis akan mendapatkan kerjasama agensi berkaitan termasuk SKMM untuk meneliti ketulenan surat tersebut sama ada ia dihantar oleh Abdul Rahim atau individu lain," kata sumber itu.utusan

Seperti yang MMI tulis di artikel awal (klik SINI) , sama ada ia benar atau tidak SIASATAN harus di jalankan kerana dalam situasi sebegini segala kemungkinan boleh berlaku.

Di tambah pula dengan rekod yang sudah terbukti sebelum ini rasanya perkara sebegini jangan sesekali di buat main-main.

MMI

Lain Dari Yang Lain WAJIB BACA !!


Semua sedia maklum sejak beberapa hari atau minggu lepas kita asyik dengan cerita dan isu kenaikan harga dan macam-macam naik.Malah tak nafi juga ada yang dah naik TOCANG sampai menghasut rakyat supaya turun ke jalanan untuk gulingkan kerajaan.

Macam-macam lagilah..Namun melihat kepada status facebooker ini dan juga komen dari rakan-rakannya amat berbeza sekali.

Dalam keadaan sekarang susah nak jumpa status macam ni kan ??

MMI

Tu Dia Neelofa Kena TANGKAP BASAH ?!!


Pelakon dan pengacara Neelofa ditangkap khalwat ? Apa kes pula membabitkan pelakon dan pengacara Neelofa yang didakwa ditangkap khalwat malam kelmarin? Pelik pula cerita macam ni timbul, tuduhan sama pernah dilemparkan kepada Tasha Shilla beberapa bulan lalu.

Kepada peminat Neelofa jangan risau , pengurus Neelofa, Mohd. Amer Shafiq Khalip, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu. Katanya, pada malam bekas pengacara MeletOp itu dikatakan ditangkanp khalwat, dia menemani Neelofa hadir ke majlis pelancaran Galaxy Mobile App di sebuah restoran terkemuka di Kuala Lumpur.

Jadi jangan BIKIN PANAS gang !!

Psst yang pasti akan ada tangkapan malam tahun baru nanti ...

MMI

Saturday, 28 December 2013

Shhhh Jangan Bagi Pak Kob Tau !!!


Sebelum ampa semua membaca selanjutnya MMI nak kena jelaskan satu perkara.Perlu diingat MMI bukan PAKAR dalam bidang EKONOMI justeru itu sebagai manusia yang ada kekurangan MMI buat sedikit carian seupaya mungkin untuk mendapatkan maklumat khususnya tentang tuduhan si Rafizi berkenaan kerajaan menjual aset negara.

Kita kena akui bahawa tuduhan itu bukanlah sesuatu yang boleh di ambil mudah kerana melibatkan intergriti kerajaan.

Alhamdulillah kita punya mereka yang arif tentang dunia ekonomi yang sudi menulis dan membuat ulasan tentang isu yang di bangkitkan.

Jadi kepada semua luangkan sedikit masa untuk kita sama-sama faham apakah tuduhan si Rafizi itu BENAR atau sekadar satu lagi tindakan membabi buta asal cerita jadi bahan !!

Tuduhan pemimpin PKR Rafizi Ramli yang mengatakan kerajaan tidak menafikan terdapat penjualan aset negara sebaliknya cuba memberi alasan dijawab oleh seorang ahli ekonomi di dalam blognya, econsmalaysia.blogspot.

Dengan mengemukakan data-data daripada Buletin Statistik Bulanan Bank Negara Malaysia terbitan Oktober 2013, pemilik blog ekonomi terkenal Malaysia econsmalaysia.blogspot.com berpendapat, dakwaan Rafizi bahawa tindakan kerajaan menjual aset-aset sebagai memenuhi sasaran defisit telah dibuat di atas asas yang goyah.

Ini kerana di Malaysia, penjualan aset tidak mampu mengurangkan bajet defisit kerana hasil jualan tersebut tidak dikira sebagai perolehan kerajaan.

Bajet defisit bermaksud perbelanjaan kerajaan mengatasi pendapatan.

"Apa yang lebih penting, terdapat isu perakauanan yang tidak dijelaskan oleh Rafizi – mengikut konteks Malaysia, penggunaan aset tidak akan mengurangkan defisit kerana ia tidak dikira dalam perolehan.

"Namun ia boleh mengurangkan keperluan kerajaan untuk meminjam. Hasil daripada penjualan aset tersebut mampu mengurangkan terbitan sekuriti kerajaan dan bukannya menambah pendapatan,” katanya.

Tambahnya, memang terdapat jualan aset bersih pada suku pertama 2013 iaitu sebanyak RM8.98 bilion tetapi ia diimbangi dengan pembelian aset pada suku kedua dan suku ketiga.

Ini sekali gus membawa maksud bahawa setakat suku ketiga 2013 tiada sebarang jualan aset bersih dilakukan kerana jumlah jualan aset kerajaan menguncup RM66.6 bilion.

Penulis blog tersebut turut menyangkal dakwaan Rafizi yang mengatakan tindakan kerajaan menerbitkan sekuriti terhadap pinjaman perumahan kakitangan kerajaan akan menjerumuskan Malaysia ke dalam krisis gadai janji seperti yang pernah dialami oleh Amerika Syarikat.

Jelas beliau, krisis gadai janji berpunca daripada pelbagai keadaan manakala struktur pasaran tersebut (struktur pasaran yang digunakan di Amerika Syarikat) tidak wujud di Malaysia.

Krisis gadai janji berlaku apabila terdapat struktur kewangan yang menggabungkan sekuriti yang mempunyai profil risiko berbeza dalam satu kumpulan ditambah dengan kegagalan insurans.

Itulah penyebab kepada krisis kewangan Amerika Syarikat pada 2008.

“Jika anda (Rafizi) sangat rungsing mengenai krisis gadai janji, maka jangan galakkan rakyat untuk membeli rumah.

"Jika harga rumah terlalu tinggi bagi kebanyakan orang, memudahkan pemilikan rumah akan membawa Malaysia ke arah itu (krisis gadai janji).

"Dalam konteks ini, pensekuritian (securitisation) tidak mungkin menjerumuskan Malaysia ke arah krisis gadai janji,” katanya.Baca Seterusnya 

Baca juga artikel berkaitan di SINI 

MMI cuma nak berpesan kepada Pak Akob yang MMI jumpa petang tadi dalam satu majlis kenduri kahwin , kalau tidak arif tentang sesuatu isu adalah lebih baik kita melakukan sedikit "homework" untuk mengetahui cerita sebenar.Bukan dengan cara maki hamun main tuduh orang lain tak betul.

Mana ada kerajaan jual Tabung Haji ?? Agak-agaklah lah nak bikin cerita pun !!!!

Inilah antara BUKTI betapa orang-orang kita kadang-kadang main belasah ja sebab dah terlalu TAKSUB dengan pihak-pihak tertentu.Sabor Pak Kob , sebab tu petang tadi bila salah seorang daripada ahli majlis meja bulat tanya Pak Kob ada buat simpanan dalam Tabung Haji ka ??

Tak ada jawapan yang keluar selain dari warna kulit muka sedikit berubah..

Haaa tu lah lain kali jangan main hantam ja !!!!

Psst nasi hujan panas petang tadi TERBAIK !!!!!


MMI

Labels