Isnin, 15 Februari 2010

Etymology vis-à-vis Everything !!!


Bismillah...

Basis of this Post

Esok aku dijadualkan berangkat ke Bandaraya Islam. Tepat jam 7.25 pagi, pesawat ATR72-500 Firefly akan berlepas. Dengan batuk yang mengancam, selesema yang tak kering kering, ditambah dengan fever yang tak menentu, menggambarkan simptom simptom yang pernah menyebabkan Umar Mukhtar dikuarantin di Sutera Indah. Arrrgh... tak boleh jadi, semalam buat medical check out. Doktor mengkhabarkan cuma perlu makan antibiotik. Entah kenapalah saat doktor buat pemeriksaan, demam tu hilang. Tapi elok lepas keluar klinik, aku kembali rebah bertemankan Paracetemol. Takut takut esok kene tahan kat airport kerana disyaki dijangkiti "#IN!". Takut...


Masuk dalam ruang departure airport, tiada apa yang berlaku. Namun bahana ketakutan tetap menimpa. Aku tergolong umat akhir zaman yang menyukai filem Final Destination. Maka tergambarlah bayang bayang tentang perkara yang bakal terjadi yang semestinya sukar dipercayai. Alasan demi alasan aku timbulkan untuk menafikan kenyataan bahawa aku takut menaiki kapal terbang. Fakta menunjukkan bahawa kemalangan udara akan berlaku hanyalah 1/1000. Disebabkan telah beribu ribu penerbangan berjalan lancar, maka tidak ada sebab pesawat yang aku naiki adalah satu daripada seribu itu. Takut...

Ethimology

Ethimology diambil dari falsafah inggeris lama yang membawa makna ketakutan yang menggangu dan secara tiba tiba. Perbahasan yang panjang ini saya kecilkan kearah satu cabang sumber perasaan takut yang terkadang ramai tidak sedar ataupun tahu tapi terlupa. Antara sumber atau punca asal kita takut adalah kerana kita tidak tahu. Ketiadaan ilmu tentang sesuatu perkara menyebabkan manusia berasa takut dan menjauhinya. Namun tidak semestinya "tahu" dapat menghilangkan "takut".

Contoh "Takut" kerna tidak tahu...

1) Islam

Dunia secara amnya, Malaysia secara khususnya takut dengan Islam kerana mereka tidak mempunyai ilmu tentang Islam. Mereka melihat Islam ini sebagai sesuatu yang zalim, menindas kaum wanita, suka memotong tangan orang, terorist, ekstrimist dan pelbagai lagi tohmahan dilempar secara mentah kepada Islam. Namun jika mereka mempunyai ilmu tentang Islam, dan bukan melihat kepada umat islam semata mata, mereka akan berasa kagum dan mungkin merasai sinar keadilan islam. Namun ternyata mereka takut...

2) Peperiksaan

Peperiksaan yang datang dengan lebatnya, merupakan sebuah ethimology yang sememangnya menjadi makanan ruji para penuntut ilmu. Semua orang merasa takut untuk berdepan dengan peperiksaan. Pasti akan ada setitis getaran halus walau dia telah menghafal kitab jild-bi-jild. Puncanya satu, kita tidak tahu apakah jenis soalan yang akan keluar, adakah soalan bocor yang diterima dari pensyarah benar benar terhampar diatas meja nanti, atau pensyarah sengaja hendak "kantoi"kan aku. Takut-takut...

3) Hantu

Tidak perlu dipanjanglebarkan kalimah ini. (Sebut tiga kali, cuba toleh belakang. Tak beraninyer...) Semestinya kita tidak mempunyai ilmu tentang perkara ini. Kalau nak menuntut ilmu ilmu perubatan islam yang sememangnya berkait dengan alam ghaib, selebih afdhalnyalah anda menguatkan ilmu aqidah terlebih dahulu. Jadi tampa pengetahuan tentangnya, maka kita rasa takut. Saya beri analogi mudah:

Anda tahu malam ini anda hendak mengenakan roommate anda yang tersayang,
Anda berpakat dengan kawan anda untuk menjadi hantu olok olok,
Anda ditugaskan untuk cover line, takut takut warden ambush
Tiba dilokasi kawan anda telah bersedia beruniform hantu, dan dia bawak back up plan,
Dia ada mengajak beberapa kawan lain untuk menjayakan "usrah" malam itu,
Mangsa naik, dia terkejut, prank berjaya,
Esoknya, anda mengajak kawan anda untuk menyambut kejayaan semalam,
Anda turut mengajak ahli "usrah" lain yang berjaya melicinkan program,
Terkejut, kawan anda memberitahu anda bahawa dia berseorangan malam itu,
Jeng jeng jeng,
Siapakah yang anda nampak malam itu?

Kisah benar, dinukilkan oleh mereka yang terselamat dari operasi malam itu pada tahun 2008.

Awalnya anda tidak takut kerana yakin mereka adalah "usrah" anda. Kemudian setelah anda mengetahui mereka bukan usrah anda, dan identiti mereka anda tidak tahu, maka ketakutan mulai datang. Maka usah biarkan hidup anda diselubungi, misteri...

Contoh "Takut" kerana tahu...

1) Allah

Rasa takut kepada Allah tidak akan memberi kesan jika tiada ilmu tentang Allah. Maka tidak dapat tidak, menjadi kemestian atas muslim yang Mukmin untuk mencari kebenaran dan ilmu tentang cara mengesakan Allah. Rasa takut akan mulai timbul dan pasti menebal jika perasaan itu dibendung dengan baik. Demikian merupakan jalan yang sebenar untuk menjadikan Allah ilahul wahid. Inni akhafullah...

2) Peronda Usim (Pak Guard)

Jika anda terlihat kelibat putih dan biru berlegar legar di kawasan parkir ditengah tengah hari yang membahang, maka mereka yang berkenaan sudah tahu akan akibatnya. Rasa takut yang hadir disebabkan anda mempunyai ilmu tentang tuju hati jamaah pak guard dilokasi demikian. Samaada anda tidak mempunyai stiker, atau anda mempunyai stiker palsu, print, curi, atau anda telah melanggar undang undang lalulintas USIM, anda anda telah meletakkan kenderaan anda ditempat letak kenderaan pensyarah. Maka terserlahlah segala suu' zhon anda terhadap pak guard yang tidak bersalah. Kerana mereka tidak datang untuk bertugas, tetapi mereka datang untuk berehat sambil menikmati kepanasan USIM. Jadi mengapa anda takut...

3) Mdm Morgana

Aku pun tak faham kenapa student law takut sangat dengan Madam Morgana. Dia tak lah sejahat Morgana dalam siri Merlin. Bahasa dia memang pedih, panas, bingit, tapi itu style dia. Anyway, takut disini datang dengan pengetahuan. Kita tahu jawapan untuk soalan soalan yang diajukan, tapi kita takut untuk mengutarakannya. Takutnya kita untuk menjawab, adalah kerana kita tahu dia akan tanya soalan yang kita tidak boleh jawab setelah soalan pertama telah kita jawab dengan jayanya.

Khulasah

Takut dan tahu merupakan dua makhluk yang dicipta sama hebat. Sama sekali menafikan kepercayaan Yin dan Yang, kalimah ini tiada garis pisah yang jelas. Rasa takut perlu disalir dengan betul agar tidak menyumbang kepada perkara perkara yang sumbang. Kerana ia tidak akan dapat berfungsi sama sekali bahkan memberikan kesan yang tidak baik kepada nilai moral diri. Ibarat cuba menginstall Command and Conquer 4 : Tiberium Twilight keatas komputer yang hanya beroperasi dengan Nvidea GeForce 6100, semestinya komputer itu akan dihantar kepusat pusat komputer berdekatan untuk diservis kerana moralnya jatuh.

12 comments:

inniakhofullah berkata...

bandaraya islam?

jom2 maghi kelate!

Ahmad Ridhwan berkata...

g mentar jah... blek dah

adele berkata...

ak bru naik air airsia blk dr bandaraya islam..subhanallah, ini kali ke 5 aku naik flight tp 1st time dlm keadaan boleh berfikir. Sungguh hebat ciptaan Allah yg menciptakan bumi yang tak boleh ditiru oleh makhluk lain, sgt hebat Allah menciptakan pilot yg boleh memandu aeroplane tanpa rasa takut,juga sgt hebat Allah mnciptakan pencipta aeroplane itu sendiri..

utk mdm morgana, jgn lupa ambik point yg dia dh ckp kalau xnk kena marah!

Ahmad Ridhwan berkata...

salam dilah,

kali pertama dapat berfikir dalam flight, bermakna 4 kali naik kapal terbang anda tidak mempunyai kawalan keatas minda anda. maha hebat tuhan yang mengangkat kesedaran adilah saat dia melangkah masuk kedalam flight

hahaha

kapal terbang skarang dah tidak memerlukan pemanduan manual. mereka menerima isyarat gps dari menara kawalan dan selalunya auto pilot. so mmg hebat pencipta manusia yang mencipta sistem pemanduan auto.

adele berkata...

sbb ak masih kecik yg 4 kali tu lah..hahaha

Ahmad Ridhwan berkata...

make sense...

inniakhofullah berkata...

bestnyer dah 5 kali naik flight...

bile ana nak merasa?

asyik berhimpit dalam bas ngan kete api je?

sadisnya~~~

Ahmad Ridhwan berkata...

salam fatiha,

naik flight tak terlalu mengujakan sebenarnya, coz naik atas awan tak ada banyak perkara yang boleh diteliti. Habis baik dapat lihat matahari terbit atau terbenam (klu amik flight lepas subuh@ asar)

lepas tue, datang rasa was was untuk rukhsah solat @ x coz perjalanan jauh tapi tak rasa penat. Sebahagian ulama membahaskan zaman sekarang dah tidak berapa sesuai menqasarkan solat sebab kemudahan terlalu banyak.

itulah yang berlaku kat ana baru nie...

Fazareez Fauzi berkata...

Salam,

post yg baik. Otak aku sdh beku, tgn kaku, hati jemu utk UPDATE blog...huhu

p/s: ak lbih takut bl bobo sdh mula masak, bl umar sdh mula me'racau' bl muim pgang hanset, bl zaki amik keta, dan yg plg ak takut, bl amir senyum...

Ahmad Ridhwan berkata...

Salam fazareez,

post post yang baik datang dari pelbagai sumber, insya allah enta akan keluarkan yang lebih baik daripada post adhock ana nie.

tapi awat hang takut sangat time aku masak? last time hang makan gak bihun goreng aku masak kan... tapi memang betul aku akan dilanda seram sejuk bila amir senyum....

inniakhofullah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Fazareez Fauzi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Type Speedtest

Typing Test Score

Visit the Typing Test and try!