TINGGALKAN JEJAK ANDA

Banyaknya Promosi!!! Klik Saja Untuk Lebih Detail...

Showing posts with label Tips Kerja. Show all posts
Showing posts with label Tips Kerja. Show all posts

Tuesday, January 18, 2011

Penantian Ku Sia-sia...

2 Komen Terbaik
Tengok tajuk entri nie, penuh dengan kata-kata Kecewa! Kecewa? Ya, itu larh yang aku rasa sekarang!!! Hampir 2 bulan lebih aku tunggu, dan last-last kecewa juga akhirnya. Kecewa kenapa? Hurm, awal bulan Nov tahun lalu aku ada pergi interview KEMAS (Jabatan Kemajuan Masyarakat), dan aku sangat yakin aku boleh dapat jawatan S27 tuh. Kenapa aku boleh yakin? Hehe, cez parents aku ada link kat KEMAS tuh. Tapi, hari nie keputusan dia, iaitu dapat atau tidak. 2 orang kawan aku (kenal time interview hari tuh) dapat KEMAS tuh. Hurm, apa lah...KERAS betul rezeki aku nie. Aku pun tak tahu mahu kata apa lagi...kerana disaat nie aku lagi kecewa. Tapi, macam biasalah...kecewa macamana pun...aku susah mahu menangis. Mungkin hati aku nie sama Keras dengan Rezeki aku yang tak kunjung tiba. 

Aku tak menangis. Cuma rasa down sikit. Aku mula mencari kelemahan org lain yang mana senang-senang jer dapat kerja. Aku mula mempertikaikan amalan org lain yang tak seberapa yang mana orang tersebut juga senang-senang dapat kerja. Sekali lagi aku merasakan yang hidup nie tak bermakna lagii... Putus Asa? Ya, itulah aku sekarang...orang yang putus asa... iman ku yang setebal sehelai rambut kini makin rapuh dan rapuh. Nie ka dugaan ku? Nie ka cubaan bagi ku? Ya Allah, bimbinglah Hamba MU ini Ya Allah...jangan biarkan Syaitan menguasi aku disaat aku lemah ketika ini...

Dengar tak lagu nie? sayu kan? sesayu hati aku saat nie...=(


Thursday, November 25, 2010

15,433 Belia Sabah MAsih Menganggur?

0 Komen Terbaik


Jabatan Tenaga Kerja (JTK, Sabah) telah merekodkan seramai 15, 433 belia di negeri Sabah masih belum mempunyai perkerjaan sepanjang tahun 2010 nie. Wah...15,433? Ramai tuh...dan aku rasa aku tergolong dalam 15,433 tuh... Hehe. 

Angka 15,433 nie dipecahkan kepada beberapa golongan iaitu seramai 7,960 orang merupakan lulusan SPM, 2,232 orang merupakan lepasan STPM, 2,597 orang lagi merupakan lepasan Diploma dan bakinya 2,648 orang merupakan lulusan Ijazah. 2,648 Ijazah? 2,597 Diploma??? Wah...bukan angka yang sikit tuh. Patut larh...banyak rupanya yang tanam anggur di Sabah nie.

Antara langkah yang telah diambil oleh kerajaan negeri Sabah nie untuk mengurangkan kadar pengangguran adalah dengan menawarkan Program Skim Sangkutan dan Lanjutan (SSL) tetapi khusus kepada lepasan Diploma dan Ijazah saja. Dan aku juga kira baru habis temuduga SSL baru-baru nie untuk tahun2011. Ntah larh dapat ke ndak nie. Kalau dapat ALHAMDULILLAH...kalau ndak dapat...apa boleh buat...teda rezeki...hehehe.. Tapi aku kira bertuah larh cez dapat panggilan interview baru-baru nie di mana hanya 3 calon Diploma dan 10 calon lepasan Ijazah saja yang layak dipanggil interview dan aku larh salah satu.hehehe...

Jobs Central memberikan khidmat untuk melaporkan jawatan kosong terkini... Sama fungsinya macam job street..jen jobs... Tapi kalau korang daftar kat Jobs Central nie korang boleh Menang Hadiah tau! Daftar Percuma lagi... Jom Daftar Jobs Central kat sini... Jobs Central


Jom Cari Kerja. Daftar PERCUMA & MENANG!!!

0 Komen Terbaik


Susah ke nak cari kerja sekarang nie? Betul ke? Ya!!! Aku setuju! Memang susah betul nak cari kerja sekarang nie! Cez aku pon sedang mengalaminya!!! Selama setahun aku pegang title "P.E.N.G.A.N.G.G.U.R"...macam-macam aku rasa. Then, setelah setahun berlalu...ALHAMDULLILLAH...cez aku dapat juga Kerja...biarpon kerja "biasa-biasa" jer...tapi ALHAMDULILLAH...daripada takde. Betul tak? Hehe...

Buat "Pencari Kerja" di luar sana yang sedang mencari kerja atau pun tengah survey-survey nak tukar kerja ke apa...korang boleh larh cuba cari kat "Jobs Central"...cez kat Jobs Central nie bukan saje korang boleh survey-survey Jawatan Kosong yang ada berhampiran dengan korang...malahan daftar PERCUMA & boleh MENANG HADIAH lagi tauu...wow... Tak percaya ke? Betul boleh MENANG HADIAH lagi... korang try larh jump pegi Jobs Central di jobscentral.com.my/


Aku pon dah daftar... Korang? (^_^)

Tuesday, September 21, 2010

Susah Cari Kerja

2 Komen Terbaik
Hurm... betul ke susah nak cari kerja sekarang nie? Ke aku sorang jer yang mengalami betapa susahnya nak cari kerja? Tapi aku rasa, bukan aku sorang jer yang merasainya cez ramai kawan aku juga turut mengeluh betapa susahnya mencari kerja nie. Kekadang dapat juga lah kerja tapi itu pun majikan bayar gaji murah. Bukan nak mengata mentang-mentang orang tuh ada ijazah ke, diploma ke berkira kalau dibayar gaji murah tapi masalahnya gaji yang dibayar tuh tak setimpal sangat dan terlalu murah. Macam ikut pengalaman aku, aku pernah pergi interview kerja (swasta)...syarikat tuh tahu aku ada diploma cez dia tengok semua sijil-sijil yang aku bawa untuk jawatan account clerk tapi boleh-bolehnya dia tawarkan aku gaji sebanyak 400 ringgit jer? Melampau!!! Sakit hati aku time tuh. Kalau dia nak kira pakai spm jer, aku boleh katakan result spm aku agak baik juga. Dahlah 400 ringgit, jarak dari rumah aku ke tempat kerja tuh memang agak jauh...setakat 400 mana lah cukup. Mau pakai untuk sendiri lagi, nak juga hulur kat kedua ibubapa... so, pikirlah...400 tuh cukup ker? dorang ingat aku nie apa?

Photobucket

Pengalaman lain lagi yang pernah aku rasai sepanjang cari kerja nie ialah...aku selalu baca news paper (tuk cari kerja...), ada ruangan khas tentang vacancy tuh...hurm...ada syarikat yang minta pengalaman candidates at least 3 tahun pengalaman, setahun pengalaman dan yang penting mesti berpengalaman larh. so, amcm dengan orang yang belum ada pengalaman? contohnya pelajar yang baru habis belajar? Sepatutnya syarikat-syarikat mestilah memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapat pengalaman kerja. alah, tak rugi pun...cez anak bangsa sendiri juga... kalau mereka tak bagi peluang, bagaimana orang nak dapat pengalaman kerja? tuh larh sebabnya ramai graduan menganggur ketika nie... mana nak bayar loan lagi... Hurm...tolonglah beri peluang... dan kalau nak mengaji orang tuh, biarlah berpatutan...jangan nak cekik darah orang pula...

Saturday, July 31, 2010

Banci Penjana Statistik Negara

0 Komen Terbaik
Memang banyak perkara yang kita tidak sangka akan singgah di dalam hidup kita. Contohnya macam aku sekarang nie...memang tak sangka kerana menjadi sebahagian daripada mereka yang bertuah yang mana telah menyertai salah satu aktiviti negara yang mana jarang-jarang di adakan iaitu Banci Penduduk & Perumahan 2010...hahaha...10 tahun sekali nie beb... tak tahu lah 10 tahun akan datang nanti larat kah lagi untuk menyertainya...atau bertuahkah lagi untuk menyertainya...kepada kawan-kawan seluruh Malaysia yang telah menjayakan banci penduduk ini Tahniah diucapkan...hehe... Aku bangga weiii.......sepuluh tahun sekali tue....

Serba Sedikit mengenai banci yang perlu anda tahu....

Banci 2010 telah diluluskan oleh Kabinet Mesyuarat Jemaah Menteri iaitu pada 22 April 2010 dengan peruntukan sebanyak RM200.2 Juta. Banci pada tahun ini adalah banci yang ke-5...
Data yang dikumpul semasa Banci Penduduk & Perumahan ini akan membekalkan satu set maklumat berstatistik ke arah aliran dan corak ciri-ciri isi rumah dan penduduk. Data dan penemuan penting mengenai stok perumahan, jenis dan corak pemilikan juga diperoleh. Maklumat ini membantu dalam perancangan, penggubalan dan perlaknsanaan polisi oleh kerajaan dan digunakan oleh para penyelidik dan individu lain...

Oleh itu, Sila beri kerjasama yang sebaik mungkin semasa banci dijalankan...ok. Sepanjang banci dijalankan nie aku pon ikut busy gak cez ikut membanci juga kan... (^_^)

Thursday, May 13, 2010

Temuduga Kerja

0 Komen Terbaik

Haa, aku semangat nie nak buat posting tentang "Temuduga Kerja". Ingat senang ke nak dapatkan kerja nie? Cakap memang larh senang tapi iya juga banyak yang tanam anggur dan salah seorangnya adalah aku...hahaha... Opppss...tapi...aku taklah menganggur terus cez' sebelum menganggur nie aku pernah juga kerja bha...haha...cuma terpaksa resign dengan rela hati atas sebab-sebab yang tak dapat dielaki (ceehhh...Skema punya ayat tue... )

Kalau temuduga biasa erm means temuduga dengan company ke atau pihak swasta yang lain ke, boleh larh pakai yang biasa-biasa jer macam sluar slack dengan kemeja T (especially untuk perempuan) atau pon pakaian yang kasual dan tidak melambangkan keformalan (baju kurung). Tapi kalau temuduga dengan kerajaan punya tak kisahlah kementerian mahupun jabatan mana, penampilan itu penting dari semua sudut iaitu dari atas kepala hingga larh ke kaki. So, pakaian yang sepatutnyalah dipakai semasa menghadiri temuduga kerajaan nie ialah:

i) Pakai baju kurang (meskipon aku tak suka baju kurung terpaksa larh pakai)
ii) Kalau korang Free Hair...so, rambut tue pastikan kemas dan kalau boleh guna jari jerr...haha
iii) Kalau korang jenis yang pakai tudung, pastikan tudung tue maintain tegak, jangan kusut!
iv) Kasut jenis yang tertutup dan tumit sikit larh kalau boleh...

Dan kemudiannya, resume kena larh yang terbaik punya. Cez' resume melambangkan diri kita. Resume kita print atas kertas A4 so, pastikan kertas tue tak remuk ok! Tapi kebanyakan orang kata kalau temuduga kerajaan nie kita kena buat resume dalam bahasa melayu gitu.

Bawalah sijil-sijil yang berpatutan dan berkenaan... jangan plak bawa sijil kahwin ke atau pun sijil kedai ke...hehehe..ok...

Dan aku ada petua dari seorang kawan di mana dia dapat kerja daa (SPA online). elok diamalkan:

- Siapa Nama PM kita (yang terkini)
- Siapa Nama Yang Dipertuan Agong Kita (yang terkini)
- Tugas-tugas Jawatan yang kita pohon tue
- Isu Semasa
- Pengetahuan Am
- Jawatan yang kita pohon tue di bawah kementerian atau jabatan mana?

Disamping tue, datang awal semasa temuduga. Baca larh Ayat Kursi dan 3 Qul. INSYAALLAH...dipermudahkan segala Jalan Kita oleh NYA.

Sebenarnya, lusa pun aku ada temuduga kerajaan nie, so thatz why larh kongsi sikit-skit nie apa yang aku dapat dari kawan yang dah berjaya...

So, Siapa-siapa yang baca posting nie...kalau sempat...Doakan lah aku..ya... =)

Photobucket


Related Posts with Thumbnails