Dan demi tiap nafas yang dihembus
Hanya aku yang mengerti erti degup hati
Dan demi tiap nadi yang berdetik
Hanya aku yang selami dalamnya gelora hati
Yang menangis
Bukan untuk siapa siapa peduli
Yang sayu
Bukan untuk siapa siapa kongsi
Kerana hati ini dipinjamkan untukku
Hanya untukku
Bila yang lain tidak pernah mahu merasa
Apa maknanya degup ini
Apa isinya gelora ini
Hingga hati menangis sendiri
Dan mata jadi peneman duka lara sepi
Biarlah menangis sendiri duhai hati
Biarlah dukamu disimpan sendiri
Kerana yakinlah
Pemilikmu wahai hati
Sentiasa faham dan tahu
Tentang segala yang kau sembunyi sendiri
Usahlah bersedih duhai hati
Pemilikmu lebih pasti tentang apa Dia mahu
Kerana dia pemilikmu
Penciptamu
Yang meminjamkanmu buat aku
Percayalah hati
Pencipta kau dan juga aku itu
Lebih lagi fahami
Tiap lara,tiap sendu
Tiap gusar,tiap resah
Usahlah bersedih dengan janji dunia
Janji cinta dan janji harta
Yang kita tak bawa ke dunia sana
Usahlah bersedih duhai hati
Kau punya aku
Yang akan tetap kentalkan lemahmu
Dan aku punya Tuhan yang Satu
Yang akan selalu dengar rintih kita
Kentallah hati
Bersama sama aku.