Doktor memulakan syarahannya
dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang
maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada tanda-tanda kebesaran Tuhan".
Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan
garis-garis di tapak tangan kita.Garisan- garisan di tangan kiri menunjukkan
angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan
membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah. Berikut adalah
antara intipati syarahannya secara ringkas:-
1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?
- Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.
Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam
enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim
yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first
process of digestion.Mengapa menghisap garam? Kerana garam
adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita.
Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air
mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal
dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.Kenapa
garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga
adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital , the first line of treatment for poisoning adalah
dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat
menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu
manusia.
2. Cara Rasulullah mengunyah
- Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.
3. Membaca Basmalah
-(Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk
mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat
perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun
akan musnah dari sumber makanan itu.
4. Cara Rasulullah minum.
-Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh
yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan
jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari
bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum
itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.
Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon
dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3,
iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.
Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.
Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.
Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?
Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia.Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel
ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan
hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum
berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali.
Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran >
tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik
yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu
dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah
berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10
unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannyadirejam hingga mati
agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.
Itulah sedikit
sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap ia akan
memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang
diberikan oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah.
Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat
persegi (cube).
Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah
dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati,
tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah
bumi.
Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang
bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid,
dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas
setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab
mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan
Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.
Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah
TOLONG SEBARKAN DAN JADIKAN AMALAN BERGUNA.... BAGUS NI...
" Berbudi selagi perlu,Berukhuwah selagi mampu "
[VIDEO] ‘Saya Bersyukur Ada Penyakit Kanser, Kalau Tidak..Dia Tak Terima
Saya’ – Suami Kiah Propa
-
Kisah perkahwinan pelakon dan usahawan Kiah Propa, yang kembali bergelar
isteri kepada bekas suaminya, Mohamad Nazri Ismail baru-baru ini telah
menyentuh...
5 hours ago
0 comments:
Post a Comment