Untuk sambutan Bulan Kemerdekaan,pelajar 3 Ehsan sememangnya tidak sabar-sabar untuk melaksanakan tugas mereka menyiapkan Sudut Kemerdekaan di dalam kelas.Biarpun yang rajin hanya beberapa kerat sahaja,namun pelajar yang lain sangat bertuah kerana mereka boleh tumpang sekaki.
Apa-apa aktiviti di dalam kelas,memang sukar untuk mendapat kerjasama daripada semua pelajar.Nak denda yang malas memberi kerjasama,banyak kerja lain lagi yang cikgu perlu buat.Tapi,saya akan mendenda pelajar yang malas nak menyapu kelas terutamanya jika masa pertama.Disebabkan kemalasan mereka,saya lambat dapat memulakan pdp.Memang patut mereka didenda pun.
Inilah sebahagian daripada mereka yang rajin.Bersyukurlah jika ada segolongan yang rajin seperti mereka.
Jom kita tengok dari jarak dekat hasil kerja mereka.