Showing posts with label Syuhada. Show all posts
Showing posts with label Syuhada. Show all posts

Tuesday, January 15, 2013

Ali Baba Bujang Lapok..


Malam tadi layan cerita Ali Baba Bujang Lapok buat kesekian kalinya.

Ada satu scene P.Ramlee pakai baju koboi cakap kat sorang perempuan ni..

"Demi Allah, kanda tak tipu!"  - lebih kurang macam tu la dialognya.

Terus si Adi Haikal cakap "Mama, tadi kan kat sekolah Cikgu Rahimah cakap kita tak boleh nampak Awwah. Awwah tu besar tapi kita tak boleh nampak Awwah. Alif Lam Lam Ha AWWAH!" (maafkan dia, dia pelat)

Terus si Syuhada pulak sambut "AWWAH! AWWAH!" (maafkan dia, dia pelat juga)

Si Mama angguk-angguk setuju.

Terus si Adi haikal pegi depan tv dan tunjuk P.Ramlee sambil cakap "Mama! Ni lah Awwah!"

sambil si Syuhada cakap "AWWAH! AWWAH!"

Terusla lah si Mama melompat sambil berkata " Oh tidak anakku! Itu bukan Allah! Itu ketua penyamunnnn!!"

Adi Haikal insist "Iye! Nilah Awwah. Tadi dia cakap!"

"Bukan! Tu ketua penyamunn! Sudah. Pergi tukar cerita kartun.."


T_____T

Wednesday, October 5, 2011

Update...


My sweet Syuhada @ 9 months..

~ Baru pandai menyusur..
~ Sambil2 tu dah angkat2 montots gaya nak merangkak
~ Baru pandai makan bulan lepas. Sekarang nak try makan apa saja termasuk meja, kerusi dan walker
~ Belum pandai bercakap..
~ Suka tepuk2 peha orang.
~ Suka tenguk Upin & Ipin

Tuesday, June 28, 2011

baby syuhAda...



my baby Ada..

suka buat aksi gymnastic.. angkat kaki cecah ke dahi...

Ada kuat minum susu.. susu ibu ni untuk bekalan ke nursery...

Assalamualaikum... Adi tumpang enterframe....

Meh Adi tolong susun susu dalam bakul ... Adi berlakon je tu buat muka camtu...

Ni la bakul bekal susu Ada.. Selalunya tak habis susu ni.. cikgu akan simpan yang lebih2 tu kat nursery je..


Stock ebm masa mula2 nak masuk kerja...

Ni pulak stok frozen ebm Ada dalam fridge.. sekarang dah makin sikit.. Row paling depan tu dah takde... HuhHuHuuHuuu.. T___T

Thursday, May 12, 2011

Entry Hari Ibu...

Dah lama tak buat cerita pasal Haikal kan. So, harini saya nak cerita sikit tentang budak bernama Adi Haikal Amirudin..

Adi Haikal ni merupakan budak yang suuuuuuuuuuuuuuuuka sangat menguji tahap kesabaran mak bapak dia. Everyday without fail dia akan buat Mama dia naik hantu dan bertukar menjadi raksasa citer ultraman. Ada saja akal dia tau.

Saya bagi contoh situasi di kedai makan. (Mood mama 100% happy sebab nak makan :) , tahap kesabaran 100% lagi)

Sampai2 je kedai makan kalau ada jual gula2/jajan situlah ditujunya. Selagi tak dapat gula2/jajan tu dia akan merengek2 dan terus membawa kepada menjerit2 dan meraung2. Untuk mengelakkan jeritan dan raungan tu maka selalunya kami belikan ajer apa yang dia nak. (Tahap sabar down to 95%).

Duduk kat meja makan, Haikal pon makan gula2 tu. Tapi dia bukan sekadar makan. Gula2 yang dah masuk mulut dia luak & pegang2 dengan kedua2 belah tangan yang sedia maklum belum dibasuh. Lepas tu dia masuk mulut balik sambil jilat2 tapak tangan. Saya cakap “Adi, jangan buat camtu..” dengan suara manja sbb kat kedai makan kan tapi dia buat deeek ajer…(Tahap sabar down lagi to 90%).

Lepas tu dia sapu tangan dia yang melekit2 tu kat muka, rambut dan seluar baju. Saya repeat lagi “Adi, jangan buat camtu..” dengan suara yang agak kuat tapi Adi Haikal still buat deeek je lagi.… (Tahap sabar down lagi to 80%).

Selalu kat kedai makan lepas order air sampai dulu kan.. Bila air sampai maka situasi yang selalu terjadi ialah berebut air. Yaya dengan Haikal ni kannn.. Selagi Haikal tak dapat dia akan jerit2.. Bila Haikal dah dapat air Yaya plak merajuk. Budak tu kan kuat menangis.. …(Tahap sabar down lagi to 70%). Solution ialah order 2 jenis air yang sama.

Lepas air datang makanan pulak sampai.. Haikal nak makan sendiri takmo bersuap. Fine. Bila bagi makanan selain dari makan dia buat main2. Jangan di marah. Kalau marah nanti dia akan luakkan apa yang dia tengah makan sambil ludah2.. Ewwwwww!!!! Gerammnyaaaaaaaa!!!!! Macam taknak mengaku anak sendiri bley tak?? Nak makan pon dah takde mood tau! (Tahap sabar crashing down lagi to 50%). Time ni selalu tangan dah naik. Tapi kalu kena cubit apa lagi.. siren polis dia pon bunyik la kan.. Meraung tak hengat.

Lepas makan 5-6 suap selalunya budak Adi Haikal ni dah restless da. “Adi nak turunnnn… Adi nak turunnnn..” selagi tak turun itula yang dia rengekkan. Lama2 kalu tak di layan dia menjerit lagi. Aduuuuhhhhh!!!! Tensiii gue! Okey, fine. Turunkan dia dari baby chair dan biar dia berlari2 dalam kedai makan. Tapi apa kes bila dia start duduk2 atas lantai & baring golek2? Anak aku kah itu? Sekali lagi takmo mengaku anak bley tak??? Huhuhuhuuu… So saya sound dia “ADI! TAKMO BARING2 ATAS LANTAI! KOTOR!” Ada dia kesah??? Nan adooo.. (Tahap sabar turun menjadi 40%).

Nak di jadikan cerita lepas dia baring2 golek2 atas lantai dia datang balik kat meja makan. Sambung makan ke, minum ke, pastu sapu2 makanan yang tumpah atas meja & pijak2 makanan yang jatuh atau yang dia luakkan tadi.. Aduhaaaiiii… Orang meja sebelah kadang2 ada jugak yang memberikan jelingan manja. (Saya punya sabar down lagi 30%)

TINGGGG TOOONGGGG!!!! TAHAP KESABARAN ANDA SUDAH MENCECAH 30%. ANDA ADALAH FAIL! SILA BALIK RUMAH SECEPAT MUNGKIN SEBAB ANDA DAH TAKDE MOOD NAK BUAT APA2.

Itulah pasal bila sampai kat umah budak tu buat perkara2 yang ntah hapa2 saya jadik naik hantu. Sebabnya saya dah takde sabar.. Dah habis bersabar dari kedai makan lagi.

TAPI.. TAPI… TAPI…

Lepas saya marah2 & babab Haikal atau anak2 saya yang lain mesti saya rasa menyesal. Mesti saya rasa sedih sbb buat camtu. Kalau boleh memang saya takmo sampai tahap tangan naik ke badan. Saya sedih tauu..

Sebabnya.. walau macam manapun saya marah atau babab anak2 saya, pagi2 bila hantar budak2 pergi sekolah mesti dia cium tangan saya. Mesti kiss pipi saya. Kalau tidur malam mesti nak saya peluk. Kalau tak peluk pun pegang tangan pun jadi la. BUDAK2 NI MEMANG MANJA TAUUUU…

And deep down inside of me walau semarah dan senaik hantu mana pun saya, saya TETAP sayang anak2 saya. SAAAAAAAAAAAYANG SANGAT.


happy mother's day to me...



Wednesday, May 4, 2011

Demam, Nasi Arab & Jawapan teka-teki...

Uhuk uhuk.... testing sore wan tu triii..

Acik baru baik demam uols.. dah seminggu demam batuk2 selesema..
Lepas makan antibiotik baru demam tu settle down..
Time-time demam batuk2 & sakit tekak ni kalu makan Nasi Arab pun okey jugak kan..

Kali ni kami test Nasi arab kat Restoran Mr Kabab & Briyani di Precint Diplomatik, Putrajaya
Nasi ni diberi nama Grilled Chicken with Mandhy Rice Nasi dia sedap, cumanya ayam dia tu agak pedas dan kurang sesuai untuk budak2 yang tak tahan pedas. Kalau nak nasi yang tak pedas bolehla order Chicken Mandhy Rice.

Yaya sedang menikmati Chicken Mandhy


Acik buat masak sambal sardin...

Yang bestnya setiap set nasi diberi sebiji limau kasturi dan sebatang cili hijau buat mamah-mamah. Tapi kitorg ni bukanlah pemakan cili yang tegar so suami acik bungkus cili & limau kasturi tu dalam tisu untuk dibawa pulang. Kahkahkah.. Save bajet beli cili minggu ni.

Selain dari Mandhy Rice ada juga dia jual kebab, macam2 jenis kebab ada. Lepas tu Nasi briyani. Makanan2 arab yang lain tak banyak choice sangat.

Adakah sebab tekak masih tak sihat so pada acik rasa food di sini so-so aje. Bolehlaa.. Service cepat sebab orang tak ramai. Tak macam kat Saba, Cyberjaya. Nak masuk pun kena tunggu..

Teh tarik & Manggo juice dia sangat sedap dan kaw-kaw.

Suasana kedai sangat menarik. Banyak cermin yang cantik2. Yang paling penting sangat bersih dan nyaman. Harga makanan pun sangat berpatutan.

JAWAPAN UNTUK TEKA-TEKI:

Dalam gambar ni kelihatan 3 pusaran dikepala budak kecik. yang tak nampak dalam gambar ialah pusaran ke-empat.. Anda percaya? hihihihihiiii...


Kita ada sorang je pemenang iaitu Kak Ina .. Tahniah Kak Ina.. Ilebyuuuuu.. Muaaah! Kak ina sorang je yang sudi jawab teka teki nih.. Nanti Kak ina bagi alamat umah ye kita nak poskan hadiah..

Friday, April 22, 2011

I pun tak tau...

Harini hari Jumaat. Kalau hari Jumaat ada orang berjualan dekat Blok ofis ni. Ada yang jual baju, sandal, alas meja, buku cerita, tudung2 jangan cerita la harga runtuh sokmo. Pagi tadi time nak beli breakfast ternampak Uncle jual telekung. Sejak masuk kerja 2 minggu lepas dah 2 kali Jumaat cari Uncle telekung ni sebab nak belikan Yaya telekung baru. Telekung lama dia dah ketat kat muka & kain dah singkat nampak kaki. Jadi tak lepas peluang la kan terus je beli sepasang untuk Yaya. Harga display RM45 tapi Uncle tu bagi RM40. Lepas tu Uncle tu suruh beli lagi sepasang..

Aku : Takpela Uncle, saya baru lagi beli telekung dari Uncle ni..

Uncle: Yeke? Bila?

Aku : End of last year..

Uncle: Yeke.. Uncle tak ingat la..

Aku: Uncle! Saya dah beli 3 pasang telekung tau dari Uncle. Masuk ni dah 4 kali! Saya la regular customer, siap promote kat member2 saya lagi sebab telekung Uncle ni best. Sedap di pakai.

Uncle: Yekeee?? Terima kasih la ye nak sebab support bisness Uncle. (Muka excited.. hehehehehe..)

Tak salah kan kalau menggembirakan hati orang.. Saya suka..

Disebabkan beli telekung bajet breakfast kena potong. Beli roti krim ajer.. Okey la tu kan..

Masuk ofis tetiba ada sorang staff bagi hadiah. Dia dok dengar saya cerita nak beli telekung, nak beli telekung, so dia kasi hadiah telekung warna coklat. Dia kata anak dia belikan sedozen dari Jakarta. Dia bagi kat saya satu...

Alhamdulillah...... Rezeki Allah swt nak bagi kan...
Telekung Uncle kaler putih bunga hijau & telekung hadiah kaler coklat...

Harini sempat pam 3 kali kat ofis..
9+7+5 = berapa murid-murid??.... Pandaiii... Total ialah 21oz. Inilah rezeki Syuhada. Selalu rezeki hari Jumaat akan disejuk bekukan sebab Ada tak pergi nursery esok. Saya supply fresh milk hari2. Nanti nak ajak hubby singgah kedai beli bekas ebm yang dah tinggal zero.

Lastnya, have a wonderful weekend everybody!

Monday, April 18, 2011

Time-time takde modal nak cerita...

Layan je la gambar budak kecik tembam ni ye..


Thursday, April 7, 2011

Senyum lah lagi sampai ke telinga.... :-)

Harini sebelum balik nak tunjuk bahan2 yang nak dibawa pulang ke rumah...

Alhamdulillah... Murah rezeki baby Ada.. Bos bagi dia hadiah baby jumpers 4 pasang masa saya dah start cuti bersalin. Semua untuk newborn. So taktaulah muat lagi ke tidak.. Cumil2 jumpers ni kan.. TQ Bos..


Pastu bawak balik hasil tenusu kat opis nih.. Ni setelah 3 kali sesi mengepam.. Bulehla buat bekal baby Ada ke nursery esok..


Ni pulak gambo tuan punya barang2 kat atas nun... Makin sihat tembam orangnya.. maybe dah cecah 6kg bulan ni..


Wednesday, February 9, 2011

1st entry for 2011

Assalamualaikum wbt

Semoga semua yang sedang membaca entry ni berada dalam keadaan sihat dan dalam keberkatan Allah swt.. Aminnn ya rabbal 'alaminnn....

Acik lama tak buat entry sebab acik pergi bertapa.. (bertapa la sangat...)

Sepanjang proses pertapaan tu sebenarnya macam2 hal dah berlaku.. Tapi acik malas nak mengupdate sbb kat Gunung Semanggol tu takde internet coverage.

Setelah sekian lama bertapa akhirnya acik telah dianugerahi seorang puteri yang diberi nama NUR SYUHADA bulan lepas. Alhamdulillah.. Kalini bersalin sorang diri tanpa suami di sisi.. huhuhuuu.. Tapi time Yaya dulu pun bersalin sorang diri jugak.. Nasib baik selamat sejahtera dipanjangkan umur time bersalin tu.. Sampai jugak hajat abah dia nak sorang anak yang lahir sama bulan dengan dia sebab alasannya boleh dia celebrate birthday sama2..

Baby Nur Syuhada beberapa hari lepas lahir..

Jadinya sekarang ni acik sibuk menjaga budak kecik sorang ni.. Takdela masa sangat nak melayari internet apatah lagi nak update apa2 yg boleh di update.

Baru tulis sepatah dua kata nih baby pon da bangun.... Acik terpaksa mohon diri. Nanti sambung lagi eks....

Bye..