Thursday, February 25, 2010

nak update blog, tapi entry2 tersebut macam perlukan masa panjang


06:38 pm, di ptm ukm..


huhu nak update blog tetapi entry2 tersebut macam perlukan masa panjang motip ulang balik ayat tajuk? untuk berfikir dan menaip.. adoi~ so nanti2 la ek aku update blog.. saje je buat entry kosong ni sebab taknak asyik gambar kad tunang/kahwen tu jek duduk paling atas dalam blog ni, nanti orang ingat ni blog kahwin lakk, helloooo jauh dan negatif dan tak logiknyee berfikir, booo~

lately ni, macam busy siket lah.. uhuk.. kena cari masa betol2 untuk buat entry yang best2 hehe.. ermm aku perasan kan team mate aku selalu balik lewat2.. hehe team mate i kebanyakan ibu2 pulak tu.. comel jek.. dalam pukul 6 petang lebih macam tu, kakak2 pergi ambil anak kat sekolah, lepas tu bawak balik ofis, tak terus balik.. lepas tu anak tu main2 laa dalam ptm ni.. so dalam waktu Maghrib ke atas mesti ptm dihiburkan dengan suara budak kecil.. hehe,,, team mate i jugak ada 2 ibu mengandung tak termasuk jumlah ibu2 mengandung dalam ptm ni ok?sangat ramai hehe.. comel sungguh.. sorang kakak tu, kak H (bukan nama sebenar) dah sarat sangat dahh.. tunggu masa je hoho.... dah laa kak H selalu balik paling lewat, pukul 10 malam.. macam semalam pagi kak H kata "dah sakit perut", hrmm mungkin nak bersalin dah kot aku fikir, tapi malam nyee balik lagi lewat jugak dari aku ;P kool laaa kak H :'D

ada lagi sorang kak S(bukan nama sebenar).. tapi bukan team mate laa... sarat sangat jugak, kaki dah membengkak dah..

"akak tak nak amik cuti ke?"
"tak payah.. kang dah beranak baru laa amik cuti"
"kof kof.. erm akak pergi balik keje naik apa?"
"akak drive kereta sendiri"
"waahh... habes kalau akak rasa nak bersalin dalam kereta macam mana?"
"alaaa sempattttt nyeee sampai rumah call suami"
"aaaa!!"



ade sekali tu borak2 dengan kak Z(bukan nama sebenar gak haha), tapi kak Z x mengandung laaa..

"akaak, saya tengok akak2 kat sini rilek jek mengandung.. pernah tak ade orang yang terberanak kat ptm ni?"
"hahaaha kelaka laa ko ni.. mana ada.. setakat kes air ketuban pecah masa dalam ptm tu adala"
"aaaa!!"



hoho memang rasa surprise tetapi rasa comel sungguh dikelilingi kakak2 yang mengandung.. sampai satu tahap aku cakap kat awa, masa tu kat cafe..

"awaa, suke pulak aku tengok kakak2 ni borak2 sesama sendiri sambil usap2 perut yang kedepan, nanti beberapa tahun kemudian lagi mesti kite pulak borak berdua sambil usap2 perut kedepan kan?"

*lepas tu awa bantai gelak*

hik


dadada (^^_)/



teringin nak baju color lilac~



note: last2 panjang jugak entry aku ni haha macam perlu edit balik tajuk dan pendahuluan jek ;p


update : eh alamak sebenarnye kan, masa perenggan kedua, ayat kedua yang "ermm aku perasan kan team mate aku selalu balik lewat2".... aku sebenarnye nak cakap lain tiba2 tercerita pasal ibu2 mengandung pulak... aku sebenarnye nak sambung macam ni ----> "ermm aku perasan kan team mate aku selalu balik lewat2, so aku pun lebih kurang kene selalu balik lewat laaa, sebab banyak sistem yang perlu disiapkan.. jadi, aku terfikir, perlu ke eh aku pindah bangi dekat2 ukm ni? untuk tidak merisaukan mak aku yang selalu dok risaukan aku balik lewat2 dari Bangi ke gombak? perlu ke ek? huhuhuhu berfikir je, tapi rasanya jawapan aku "tidak perlu" kot.. hrmm~ entah..

Wednesday, February 24, 2010

kad tunang dan kad kawen yang suwit


i adore laaaaa kad tunang dan kad kawen mereka niii~~


kad pertunangan my friend, raja nadia sabrina

bila bukak2 peti pos kat rumah tu, hee bila pegang tau dahh nampak sangat buat sendiri ;p gam2 pun masih melekit2 lagi antara kertas dengan kertas hew hew

tapi sangatt kreatif laaa kamuu rajaa~ sampul surat pun comell sangatttt, kite nak tiru masa kad kawen kite karang bole? ;P pangg~
kad yang dipotong bentuk alun-alun begitu dan di hiasi dengan riben biru lembut, aahhh~~~ cairr aku tengok~~
nak tiruu idea ek ek ek bole ekkk (^_-) cehh macam laaa aku akan buat sendiri nanti? ;n entah entah tak tau, entahh~

sweet laa =) huhu


ok next~

kad kawen coursemate upm, sara dan arul

sara kate, sepatutnye kad kawen(kertas) ni diletakkan dalam kotak buluh ke rotan ntah.. smart laa (pernah nampak kat Bandung kad kawen ala2 begini).. tapi disebabkan dia pos, takkan nak pos kotak buluh tu sekali kot ;P hihi xpe2, aku faham sara~

kad kahwin ni pun sweet sangat sebab gambar diorang sweet ;P gambar cantek, hasil nyee ke kad kawin pun canteklaaa^^
tahniah kerana berjaya menghasilkan kad kawen yang sweet dan lain dari yang lain! :D

i like ok ;)

oklahh, itu saja nak cerita waktu di lunch ini, hehe dadada (^^_)/


note : dua2 jemputan ni pun masa 27hb 2 ni, alamak!

Tuesday, February 23, 2010

perkahwinan norfairuz aina dan afandi


note : sengaje buat tajuk begini sebab semalam keywords org jumpe blog aku adalah "perkahwinan norfairuz aina dan afandi", "perkahwinan pemenang gerbang cinta utusan", "gambar perkahwinan pemenang gerbang cinta" bla blaaaa blaaa...
ooh kepada pembuat keywords tersebut~ hampa tak, tak jumpa apa2 di blog ku semalam? ;p ihikkk


8:00 malam : ketibaan tetamu

tetapi aku dan mak sampai pukul 8:10 malam.. sebab solat Maghrib dulu, mekap2 siket siap2 siket hehe jadiklaa lambat siket... bila sampai dan masuk Kampung Pengantin tu, mak aihhh dah ramai dahh... dapatlaaa kau duduk nunnn meja kat belakang... aku dan mak conquer 1 meja 8 org jadik 2 orang hehe.. dah kate xde gang ;p oh yaa, aku pergi dengan mak, tak pergi dengan kuku di atas sebab2 yang tak dapat dielakkan hehe... pangg diri sendiri~ yang last minute tengok kad kawen baru tau majlis start pukul 8 malam ;p mati2 aku ingat pukul 12 tengahari cam kenduri2 yang selalu pergi tu ;P uhuk uhuk.. alaaa takpelaa, lagipun mak memang kenal Aina.. kata se'roommate hehe



sementara tunggu majlis start, buat semua kerusi dan meja macam sendiri2 punya. main tukar2 tempat duduk untuk tangkap gambar sendiri haha, gedik dan kesiannye main sorang2 (T_T)


penaja-penaja


mak saya




tengah2 snap sana snap sini, tiba2 ada one girl ni tegur

"awak matrikulasi melaka kan?"
"ha'ah"
"haa patutlaa cam kenal.. awak roommate aina kan?"
"ha'ah ha'ah hihihi awak matrik melaka gak ke?"
"ha'ah satu praktikum dengan Aina.. alaa saya selalu borak2 dengan aina tepi tangga blok tu, awak tak perasan ek?"
"eheeeee ;P datang dengan siapa?"
"dengan adik.. tu haaa"


hah lepas tu sampai ke habes majlis laa aku gang dengan dorang 2 beradik ni... walaupun tak kenal tapi cepat je mesra ;D meja 8 0rg tadi kini milik 4 orang, boleh habes ke lauk2 ni kitorang makan? ;n


nama kawan baru saya, zaf
pssst, sebenarnye aku mekap, tapi tak nampak cam mekap ek? uhuk dd, cuba lagi!


8:20 malam : Ketibaan Tetamu Kehormat.. alaaa Yusof Haslam jek ;n

8:25 malam : nampak Aina muncul kat stage belakang


Ainaaa ainaaa~~~~~~

waah ni untung ni duduk belakang :D

tuan puteri turun tangga


menuju ke tuan putera ^^


kasi close up siket.. cun ah baju aina~ rugi kamera aku tak lawa.. dah laa minah ni memang lawa


8:30 malam : ketibaan pengantin lelaki


huhu lepas tu, apa2 yang jadi kat depan tu, haram aku tak nampak apa2 dah.. sob sob... dorang duduk atas pelamin pun aku tak nampak, sob sob lagi...

8:40 malam : Bacaan doa

8:50 malam : Persembahan Tarian dari Rin Dancers.... tak nampak tak nampak~~ lalalala~~~

09:00 : upacara merenjis.. tak nampak tak nampak~~ lalalala~~

09:15 malam :makan time :D sambil2 tu tengok tayangan slide, gambar2 masa Aina dan fandi diijabkabulkan kat Batu Pahat ;)

lepas tu Rin Dancers menari lagi~ tak nampak tak nampak~ lalala~

ucapan dari adik pengantin lelaki...

09:40 malam : Upacara memotong wajik.. tak nampak tak nampak (-_-") padan muka datang lambat lagik ~(''_)~

09:50 malam : ucapan dari pengantin

10:00 malam (lebih kurang laaa) : majlis bersuraiii...

ramai bertolak balik.. tapi sebab dah janji dengan Aina aku akan tunggu untuk ambil gambar, aku pun tunggu laaa.. walaupun dok tengok penaja2 nak ambil gambar dengan pengantin, wartawan2 nak temuramah pengantin, aku tetapp setia menunggu jugakkk~~~ demi kawan oohhh demi kawann~~~


at last! phewww~ (zaf, fandi, aina dan si muka gemuk)

kamera tak cantek (T_T)



kepada sahabatku Aina, Selamat menempuh chapter hidup yang baru =) hepi 4 u dear, and congrats on your beautiful wedding :) grand sangat~ .. Afandi jaga Aina leklok k..daaa~


note 1 : aku suka dewan yang berbumbung tetapi tak ada dinding kiri kanan, macam Kampung Pengantin.. takdelaa terperap, and angin boleh masuk, suka sangat dewan yang berbumbung tapi takde dinding kiri kanan, eh pangg~ kenapa aku ulang balik ayat ni, puksi puksi

note 2 : Kampung Pengantin lawa di waktu malam dan bahagian dalam jek.. kalu tengok dari luar, macam kilang laa hehehe lariikkk~~ kene kejar dengan penaja~ larikk~

note 3 : aku rasa, perkahwinan aina menggunakan konsep ala2 jawa laaa, kalau tengok rekabentuk backdrop dan pelamin (sori tak ada gambar penuh pelamin hehe)

eh haaa ada, sumber dari utusan

dadada (^^_)/

Monday, February 22, 2010

kenapa saya boleh online?


saya dah suruh abang saya terminate kan Streamyx.. erm takde sebab negatif-negatif sebenarnyee.. Streamyx ok selama ni.. cume rasa malas nak contact Streamyx beritahu modem biru dah tak hidup dan rasa nak beralih angin pulak, hew hew..

petang sabtu saya pergi register P1 WIMAX.. sudah potong? muahahaha.. abang yang suggest mende alah ni, sebab dia kata saya ni bukannye jenis donlod movie atau apa sangat, so pakai yang murah sudaaa.. betul gak tu, kerja aku ni waktu surfing cuma bace emel, blogging, and lately ni terrajin berfacebook pulak, gugeling dan baca gosip artis sahaja, hew hew....


register P1 WIMAX tu kat carefour wangsa maju..


1) ambik Plan Home yang LITE punya..

2) caj bulanan adalah RM 49...

3) Tahap penggunaan mencapai 5GB.. tapi sebab aku guna malam je, so dah jadi ala2 unlimited gitu.. takdenye nak habes, hehe..

4) registration fee adalah seratus ringgit..

5) free modem sebab amik 2 tahun kontrak

6) ada diskaun, jadik bulan pertama ni aku tak payah bayar bil... bulan kedua pula aku cuma perlu bayar bil RM11 .. fuh jimat! .. bulan ke3 dan seterusnya baru start bayar RM 49..

7) dia akan hantar bil dekat emel kita.. bayar bil pulak tru website die atau cimbclicks pun bole

8) satu jam selepas register tu, aku dapat sms P1 WIMAX dah activate.. so aku dah boleh start menggunakan internet, yuhuhuhuhu..

9) nak pakai LAN boleh, nak pakai wifi pun boleh.. yeay! tak perlukan line telefon.. boleh multiple user.. no more messy wires~

10) kalau nak signal yang strong, kena hala kan modem P1 tu ke tingkap.. em betol.. percubaan pertama aku letak dalam bilik... hala ke tingkap, tapi jauh laaa sebab tingkap aku tinggi okayy.... signal dapat kuning jek, tak strong, good jek.. uhuuu.. percubaan kedua, letak kat ruang tamu, betol2 sebelah tingkap.. terus naik hijau, excellent :D

menghala ke tingkap ;p


seronoknyaa sudah ada internet connection yang portable hihi portable laa sangat, gedabak laa jugak modem nya hihi.. tapi tak mau ambil yang wiggy yang ala2 USB drive tu, RM 69 harga dia, tapi takmolaa, saje taknak ngehee


kesimpulan setelah 2 hari setengah guna ::::::::> kelajuannye slow lah berbanding streamyx ku yang dulu (T_T) laa kata murah, takkan aku nak expect lebih kot ;p eheee.. takpelah, asalkan boleh surfing, update blog, bace blog korang, gugel2, bace gosip,layannn~~~ ;) tapi aku boleh agak kalau hujan karang mesti ada problem kot, kot, kot laa~~~ uh kang kalau aku busan atau hilang sabar dengan ke'slow'annya, tengoklah aku upgrade ke yang RM99 nye pulakk.. kuh kuh kuh takde duittt


dadada (^^.)/



Sunday, February 21, 2010

pagi ahad yang tenang


pagi ni bangun tidur, ma ayah tengah sebok2 bersiap nak turun ada meeting persatuan, wakil rakyat datang.. tapi ayah bersiap macam anak dara, keringkan rambut laa apa laaa,ma dah bebel2 dahhh sebab dah pukul 9:30 pagi
meeting pukul 9:30 ;p ... masa diorang tengah kelam kabut tu kuku sampai rumah sebab kitorang nak sarapan bersama2 hari ni hehe...

ma to kuku : "jauh datang nak sarapan?"

haha!

ooh kenapa tajuk ni "pagi ahad yang tenang" tapi suasana sebenar adalah kelam kelibut? sebab.. kelam kabut ma ayah ku adalah ketenangan bagi ku^^ hew hew hew~ apa2 je lahh yang berkaitan dengan ma ayah, adalah ketenangan bagiku hehehe pangg~~~ maksudnyaa dimana2 aku berada samada di rumah atau kat mana2 lahh, kalau kite di samping orang tersayang, memang tak ada apa yang nak dirisaukan.. tenang jek.. walaupun ribut taufan melanda pun, rasa selamat jek... faham x faham x? aku pun tak reti nak sampaikan apa yang aku rasa, faham2 kan ajelahh eh ;p hehe


sarapan dengan kuku dekat kedai nasik lemak sebelah masjid taman melati... ciare tau kan kan kan kat mana kan kan ;p haha

dah sarapan2 semua, aku pun masuk rumah laaa, bersiap sedia nak bertolak ke bentong kejap lagi... kuku lak dah janji dengan aya nak pergi celebrate besday Abdullah Hasan.. sori laaaa aya, aku memang tak dapat join, aku kena pergi bentong laaa... ada hal penting siket hoho..

okielaaaa, nak bersiap2 ni, kejap lagi mesti ma ayah abes meeting..
oh ya, kelmarin aku buat entry tak kan boleh online weekend kan? haiyaaa cakap talak selupa bikin lorr... yok yok ooooo cakap "jumpa hari isnin di internet", last2 hari ni aku online pulak, haha... kaf lam ya nga tul.... nanti lepas balik dari bentong, baru aku buat entry "kenapa saya boleh online" ek? ;p

dadada (^^)/


kunci mobil dd dan kunci moto kuku..

hehe teringat kat bandung, aku nak kasik keychain ni kat kuku tapi tak nak kuku tau... last2 aku mintak tulun ezan ;p

time ni orang keychain tu tengah nak tulis "ini kunci motor" atas keychain tu..

kuku : ezan nak bagi siapa tu?
ezan : ezan nak bagi keychain ni kat ayah ezan


haha! lepas tu surprise tu sangat menjadi sebab kuku mati2 ingat keychain tu untuk ayah ezzan. hew hew.. saya sangat rindukan moments di bandung^^

Friday, February 19, 2010

perlu ke beritahu?


-07:39 pm, ofis-


perlu ke aku beritahu yang aku dah tak dapat online kat rumah? wuwu.. pahal tahh modem streamyx yang color biru tu semalam taknak nyala.. macam tak pasang plug pulak, padahal dah pasang plug okaayy... eh eh bukan nak cerita pasal streamyx..

nak ceritaa yangg saya tak dapat online di hari weekend.. dang!!
uhuk uhuk tak syoknyeee :[

tapi kann~ bagus juga aku tak boleh online.. kalau takk, kat rumah tu, kerja aku asyik dok me"refresh" jirandudu pastu bila tak ada orang update, aku bebel sorang2 heehee.. bila weekend jeee, orang kurang update blog, nyampah tauuu.. ceee padahal diri sendiri pun macam tu jugak panggg~~

selamat berweekend uolsssss^^ korang buat apakah? saya rasa weekend macam tak cukup je 2 hari tu.. hari sabtu kena pergi kenduri kahwin Aina yang menang tempat pertama Peraduan Gerbang Cinta Mega Utusan..
tak sabar nak tengok macam mana rupe kenduri kahwin yang di sponsor.. mesti best kan^^v

hari ahad pulak nak pergi bentong, melawat sedara..

see? hari sabtu ahad dah fully booked.. so, bila aku nak habeskan study aku ni, uwaaaa...
eh dd, jangan merungut atau menyesali sesuatu tauuuu.. don't don't... seseorang itu selalu berpesan begitu, hew hew..

oklaahh... dadada (^^.)/ jumpa lagi di internet minggu hadapan, sob sob.

kuku ohh kukuuu~


di satu pagi hari bekerja (semalam)..


kuku : pagi ni mesti awak sampai ofis lambat kan.. kite nampak ada budak yang dah masuk sekolah.
dudu : oo yekee?? diorang ada kelas tambahan kot..
kuku : ooo, bukan kelas pembahagian ke? ;n

dudu : awak ;n bukan kelas pendaraban ke? ;n

kuku : ;n (senyum sinis)

dudu : ;n (senyum sinis balik)




di satu petang hari bekerja (semalam jugak)..


kuku : awak bz?
dudu : em kite tengah buat koding je. awak tengah buatpe?

kuku : kite tengah delete koding.


panggg~~~~



kringgg kringggg~~~ bunyik ringtone kuku telefon (nada bunyi sebenar bukan kring kring ye)
dudu pun angkatlaaa telefon..

dudu : hellooo waak~
kuku : hello. awak nak apa?
dudu : eh ;n ni siapa yang telefon siapa ni ;n

pangg~~


masa ni hari ke2 kuku kat sabah.. dudu saje la sms tanya khabar


dudu : awaakk katne tu

kuku : kite kat sabah

pangggg~~~~~


di satu malam (bila punye malam aku x ingat, dah lamaaa daahh)
..
tengah borak2 dalam telefon.. dudu dalam rumah.. kuku lak tengah drive..


dudu : sok sek sok sek sok sekk
kuku : sok sek sok sek sok sek
dudu : oklah, drive leklok, kite sambung tengok tv ek
kuku : ok. kite lak sambung tengok jalanraya

panggg~~~~
;n


haihhhh kuku kuku ~~(-_-")~~



ngeeee ;p



from sabah with love.. mutiara sabah.

motif kuku bagi kumbang? ;p simbolik kuku adalah kumbang ke? dudu rama2? hak hak ..
motip rama-rama lagi besar dari kumbang? uhuk uhuk... tiba-tiba sentap.

daaaa~ ;p


note: motip entry ni? saje nak mengingati dialog2 yang boleh membuatkan mulut ku menjadi senget seperti huruf 'n' dan mata menjadik kecik sekecik2nyeee (--.)

haihhh ~(--.")

Tuesday, February 16, 2010

berusahalah!!


berusahalahhh dd oiiii..kuat lagi berusaha, kuat lagiii!!

hoh aku kena jugak selesaikan apa2 yang belum selesai... cepatttttt!!!
demi masa depannn yang cerah, chaiyukkk chaiyukkkkkk


(gambar hiasan)

semangattt atsukuru!!!!!!!!!!

kamu yang bawaku terbang~

chaiyuk jugak siapkan task pertama ku di ptm, huhu due date dah dekat, hoho yang tu start chaiyuk esok sebab hari ini masih cuti ;p
hari niiiiii chaiyukk lainnnnn, okieee nak sambunggg study, dadada (^^.)/

berusaha! p('o')q

atsukuru (' 'o)/

aja aja fighting \('o')/


Thursday, February 11, 2010

diari hari ini apabila graf berubah siket


biasanya kan, rutin aku pergi kerja semenjak 2 minggu ini sama je, lebih kurang je... bangun pukul 5:50 pagi sebab mak kejut.. lepas tu aku tertidur kat sofa ruang tamu 8 minit.. pukul 5:58 pagi bangun semula sebab mak kejut kali ke2.. aku memang perlukan 5 minit atau 8 minit masa tambahan setiap kali nak bangun tidur hehe.. tak suka bangun mengejut ;p

5 minit masa tidur tambahan kalau aku akan pakai tudung bawal (susah siket nak bela2 ni)... 8 minit masa tambahan boleh tidur lagi kalau pakai tudung ekin, sebab main sarung jekk...

lepas tu dalam pukul 6:30-6:35 pagi dah start enjin dan gerak memandu ke ukm ikut jalan gombak-sentul-mahameru-sungai besi-highway ke KL-JB-ukm... sampai ukm pukul 7:45-7:50 pagi.. kerja kerjaaa kerjaaaaa, lepas tu dah petang bila kena balik, haaa balik laaa.. hihi kadang2 tak terus balik, melencong gak siket2 ;p

tapi hari ni... graf mendatar itu dah tersenget sedikit.. berubah siket hari ni.. hohoho...

5:50 pagi: ma ketuk2 pintu... sekejap je aku dah bangun bukak pintu sambil terhuyung hayang ke sofa luar.. "ma, 8 minit lagi baru kejut ek, hari ni tudung ekin"...

5:58 pagi: ma kejut sekali lagi.. aku pun bangun, mandi, bersiap2, minum teh o panas, capai kunci kereta, salam ma.. berjalan laa aku ke kereta

6:35 pagi: putar kunci kereta untuk start enjin.. eh, tak berjaya... bunyi pelik? try lagi... aaaaa tak bolehhh???? try lagi... aaaa tak boleehh??? try lagi....


"aaaaa kenapa bunyi macam nak terkucil nii?? adik kelisa, start laa adik kelisa.. kite kan dah janji tak jual awak walaupun ada orang tiba2 tawarkan cash nak beli awak dari kite.. kite cume belum sempat nak call die balik jee untuk bertegas taknak jual awak, uwaaaaaa janganlaaa merajuk... hari ni kite call laah dia..." (air mata dah bergenang) note: kelisa ni adalah antara harta yang paling aku sayang yeee


try lagi... memang adik kelisa taknak bunyik dahh :(
pandang tingkat atas.. "ma.. kenapa dengan kereta nii :("

kelihatan ma panggil ayah yang baru bangun tidur nak ambil wudhu... ayah turun dengan kain pelikat dan t-shirt hihi comell sebab mamai2 lagi..
ayah try start enjin... tak boleh.. try lagi, paksa start.... terus kereta bunyik alarm nenoo nenoo nenooo... paksa lagi.. biseng bunyik alarm neno neno neno lagii... adoiii...

"ini keleta sudah tak ada bateri"
"aaaa!! ayah.. kite naik train je laa"
"yakaa, panggil ma baling kunci motor laa itu macam"

lepas tu naik laaa motor dengan ayah yang masih comel berkain pelikat dan masih mamai2 hihi.. ini first time kot aku nampak ayah naik moto berkain ;p aku pulak dah lama gilerr tak naik moto.. adehh kekok sungguh dengan kasut bertumit lagii... ayah hantar sampai stesen putra taman melati..

6:54 pagi : naik putra.. wahh tak ramai orang lagi.. dapat tempat dudukk.. besnyee.. main sms-sms dengan awa, rina, dan kuku yang masih di sabah..

7:20+- pagi : sampai KL sentral, beli tiket komuter ke UKM..

7:25 pagi : tengah tunggu train seremban yang dijadualkan tiba pada pukul 7:27 pagi.. senyum2 dengan sorang girl.. borak siket2..

7:27 pagi : komuter sampai.. wahhhh ramainyaaa yang turun.. sekali orang2 yang naik berapa ketul jek ;p ni untung ni kalau kerja jauh dari KL, bertentangan arah dengan KL hehe... yeyy dapat duduk lagi.. duduk dekat2 dengan girl tadi.. tiba2 aku ada kawan sekejap hihi :)

8:10 pagi : baru sampai stesen UKM.. huhu hari ni lambat :( tunggu salwa ambik kat depan stesen...

8:30 pagi : dah sampai ofis, salwa bawak pergi sarapan dengan kak shikin dan kak zai kat fakulti kejuruteraan.. mungkin dah guna tenaga yang banyak tadi, aku jadik lapar ;p makan nasik goreng siket lauk sotong goreng dannnn jeng jeng semangkuk mee rebus.. pheww~~~ macam makan tengahari pulak ;p

11:45 pagi : ya ampunnn, ngantuknyeeeeeeeee.. tapi nak siapkan jugak koding yang kene siapkan sebelum 22hb ni... huhu.. uh update blog siket untuk hilangkan ngantuk.. ala upload gambar2 katil yang memang dah sedia dalam koleksi aku daa, hihihi..

1:00 tghri : tak makan, sebab masih kenyang ;n ikut salwa pergi PKNS, dia nak beli stoking..

4:00 petang : dapat sms dari kuku yang baru sampai rumah.. flight dia dari sabah tadi pukul 12 tghari..

"awak balik cane"
"kite tumpang kereta rina kot sampai komut ukm"
"kite amik awak nak?"
naakk nakk~~ *jawab dalam hati je laa tapi, jawapan sebenar kat dialog bawah ni..
"awak tak jet lag ke?"
"jet lag? ;n"
"erm awak tak penat ke duduk dalam flight dari sabah tadi? kite cian kat awak je nanti musti penat nak balik semula, huhu kite kan baik"
";n"

6:30 petang: kuku sampai depan ptm. hai fiance ;)

7:50 malam : baru sampai rumah, jem tadi kat jalan istana.. huhuhu.. ma bungkuskan keropok lekor dengan ketupat dari kuantan hari tu ke kuku.. ayah lak suruh bagi limau, haha comelll

10:45 malam : sedang meng'update blog.hehe, kul 11 jap lagi kene tidur dah.


kesimpulannye, graf aku hari ni berubah sedikit sebab aku tak bawak kereta ku hari ni.. first time naik komuter ke UKM.. nasib baik aku dah biase dengan public2 transport ni ;p jumlah tiket pergi tadi, RM 5.60... hrmmm ok gak kan kalau naik train ke ukm... jimat minyak kereta dan tol..kan kan kan... akan dipertimbangkan ni (sambil garu2 dagu)...

ok gak kan naik komuter.. ok gak... (masih berfikir hehe)...

ok lah ok laahh... perlu tidur dahh..

Selamat malam dunia =)

dadada (^^.)/

ngantukk.. tulunnn


Ya Allah.. ngantuknyee akuuu....
shuh shuh.. aku rasa ruang mata aku dah tinggal berapa sentimeter je ni tahap kebukaan dia.. tapiiii aku tak mau die tertutuppp!!! tidak samaaa sekali!! jangan tutup jangannnnnnnnnnnnnn!!!

oh mata~~ aku harus siapkan koding ini, inikan first task aku di sini, aku kena bagi good impression, uhukkk semangaaaatt lahh wahai sang mata-mata \(-_-)/

kalaulahh dapat katil2 ni sekarang~~~ haihhh nikmatnyee~~

haihhh~




eh tapi gambar yang last ni macam x sesuai ngan aku jek ;p
muahahaha

dadada (--_)/ motip bye bye dengan mata sedikit tertutup?

Wednesday, February 10, 2010

Rumah Idaman


haha sempat update 2 3 minit time lunch.. lately ni aku selalu taip entry laju2 kan ;n puk kat diri sendiri ;n


merujuk kepada entry semalam, bersamaan dengan 2 entry yang lepas, aku ada cakap jangan tegur biji tembikai bawah pipi aku kan, eh silap2, aku ada cakap yang aku nak pergi ofis lama amik barang2 kann... ok misi itu sudah pun berjaya, yeahh..

ok nak cerita ni, masa kemas2 semalam kan, sambil filter2 kertas mana yang guna yang tak guna, sekali terjumpa kertas ni!!


haha pada tahun yang lepas, ada orang suruh kitorang lukis rumah idaman masing2 ;p eh siapa orang tu eh? aku ke? aku pun tak ingat.. sungguh.. sighh~~

wahh rumah aida paling mewah dan kaya sekali.. kesian rumah aku dan ummu.. kecik jek.. tapi ummu lagi kesian kot, rumah die rumah kampung jek hik2 ;p kecik hati x umu ;p rumah luqman kesian gak, rumah atas air, hihihihi
rumah hakim amboi2 rumah cendawan gitu.. haha korang memang suwit laaa.. tengok ni, aku dah rindu dahh ngan korangg^^
oh ye.. kenapa rumah megat bentuk ikan ye? ;n suka bahulu ikan ke? zura~ take note ni, rumah idaman megat adalah rumah ikan, suu suu suu~~ (aku pun tak tau bunyi apa ni)..

rumah ezzan memang bentuk rumah laa hahahahaa, comel jekk.... tapi memang tak aci pun, sebab ezan memang pandai lukis.. puk

hahahaha begitulah kesah nyee rumah idaman masing2...
ingat lagi tak dengan kesah basikal masing2?? klik di sini

hahaha nak gelakk

ape2 je lah tajuk


malam tadi tak xsempat nak update entry baru sebab ade orang dari Sabah tu paksa2 aku tidur, tak kasi taip entry, sob sob.. puk kat orang dari Sabah tu ;v


pantai karambunai, yang di MMS oleh orang dari Sabah itu ;p
miss u huk huk akulah bakal yang kene slalu tinggal bile dah kawen karang sebab si dia tu asyik outstesen jek ;p


hee hee taip laju2 sebab kejap lagi ada taklimat 5s, lepas tu ada gotong royong, sampai laa ke petang.. comelnyee gotong royong... semalam pun aku buat kerja comel.. buat Jadual Tugas untuk sudut 5s.. ala2 sudut keceriaan gitu.. dulu masa kat mrsm, classmates lantik aku jadik AJK Keceriaan.. aku kene hias kelas tu, buat tu buat ni.. memang feveret aku laa.. lepas tu padan muka diorang dapat kelas yang macam nursery dah, hihi colorful gituu..;p
tapi banyak tahun sudah berlalu, aku tak kreatif dahhhhh uwaaaa... semalam jadual tugas yang aku buat dah macam rupe ulat2 pun ada.. ahh malu laa nak tayang... uhuk uhuk


semalam kan Hot fm dua kali buat aku gelak.. satu masa panggilan hangit.. kelakaa gilerr.. aku gelak dalam kereta sampai tutup2 mulut.. faham tak gelak tutup mulut? maksudnyeee memang sangat kelakar laa tu bagi hati dan usus ku... risau aku gelak sambil mata sepet tak nampak jalan depan uhuk... yang budak laki tu lurus sangat ikut bulat2 faizal ismail ajar nyanyi lagu nasyid Raihan pehalllll? :'D

kali ke2 gelak pulakk sebab ade caller tu call kiran dengan ag, dia tak puas hati dengan mak dia sebab komplen itu ini sedangkan dia yang nak kawen.. lepas tu mak dia paksa bagi duit jugak setiap bulan walaupun tahun ni dia dah sengkek belanja kawen.. kiran dan AG cakaplaa tak baik cakap mak macam tu, dulu masa dia kecik, mak tak merungut pun bla bla bla... tapi dia tak puas hati dengan mak dia gak.. lepas tu, dan dan kiran dan AG pergi pasang lagu Oh Ibu dari Mamat... haha part tiba2 bukak lagu Oh Ibu tu kelakaarr okayy bagi aku... tak kelakar ek bagi korang? takpelaaa ;p

haha.. oklahhh nak standby dah ni, gotong royong yeh yehhh, mengeluarkan peluh hari ni yehh yehhh

dadada (^^.)/

Tuesday, February 9, 2010

ishh ishhh


isshh ishhh sudah 2 minggu 2 hari aku bekerja di tempat baru.. tapi barang2 aku masih berada di tempat kerja lama ;p pukk~ hampeh sungguh saudari



;p


tengok tuu, kotak nak kemas barang2 dah standby dah.. tapii aku takkkk jugak terambil2 barangnyee hew hew... minggu lepas punye minggu lepas ada laa jugak datang2, tapi akhirnyaa malas nak mengemas, last2 disitu jugakk barang akuu ;P bad ethic sungguh yeeee saudarii, hok hok....

psssstt tapi dengar diorang cerita hari tu, sufel nak duduk situ tapi kena marah dengan ezzan dan megat yang melarang dia duduk disitu, sob sob tak tau nak rasa apa, rasa terharu mungkin :' tapi kesian siket pun ada, sowi laa sufel ek ;p


petanggg niiii nak singgahh ofiss nak amikkkkkkk barang2 ni yukkkkkkk.. jumpa korang di OAS (^^)/ owhh sila jangan tegur biji tembikai/mentol besar dekat pipi ku belah bawah, uhuk uhuk

Monday, February 8, 2010

inilah dia hadiah saguhati


inilah dia, hadiah saguhati
contest Saat Percutian Indah Anda dari Teratak Comel Lotte.. hee dah sampai rumah lama dahh, tapi baru berpeluang nak tepek dalam blog, hihi

dapat sarung bantal bunga2 kecik.. of course laa aku suke hihihihi


voucher 10 ringgit, hehe boleh la pakai nanti kalau nak beli tudung comel lotte ;)


thanx sangat comel lotte... nanti buat laa contest lagi hehehe, nanti kite beli tudung comel pakai voucher ni ye :) untuk kawan2 bandung ku, korang nak share ke sarung bantal ngan voucher ni? hahaha comelll

harus singgah bila pulang ke kampung


setiap kali pulang ke kampung kecuali hari raya, saya n family mesti singgah satu kedai ni. nama dia kedai "maksu dan paksu'... kedai makan ni ada semua jenis goreng2 makanan laut, lepas tu ada sata, dan macam2 lahh...

kedai "maksu dan paksu" ni atas siket dari Kampung Tanjung Lumpur Kuantan, tapi dekat2 nak masuk simpang Kampung Peramu.. wahhh bole jadik duta kampung di Kuantan tak saya? ;p hew hew


tapi dalam gambar ni, saya snap gambar makanan feveret saya je laa ehh ;p hehe... paling suka ikan kembung panas2 dengan udang goreng panas2 cecah sos... pehhh~~ tak perlu nasik nasik dahh~ ihiiiiii







entry ni taip laju2 masa lunch time di opis ;p dadada (^^.)/


note: get well soon ciare .. 10x dah kot aku wish ko yang sama, tak kire, get well soon ciare, rehat baik2

Sunday, February 7, 2010

Duta Village Beach Resort, Balok


Salam uolssssss... hik2, baru balik dari kampung ni, petang tadi sampai... balik kampung sebab melawat tok ku yang tak berapa sehat, tapi Alhamdulillah dah beransur sehat dahhh, syukurr ^^ sambil2 melawat tok kan, aku dan ma ayah panjangkan kaki siket pergi bermalam di Balok..

saje konon2 nak tidur hotel tepi pantai, hoho biasanya selalu tidur kat Sri Malaysia... nak pergi Cherating, alahai jauh sangat pulak, 40 km dari kuantan... so pergi Balok aje laaah, carik resort yang harga sederhana2 gitu... hew

mula2 jumpa Swiss Garden Resort, sekali harga dia RM300++ daaa, sekian terima kasih.. lepas tu jalan siket dari Swiss Garden ni, terjumpa laaa satu resort yang tersorok di tepi hotel mahal tadi... nama tempat tu, Duta Village Beach Resort..

dan aku rasa aku nak review siket pasal hotel ni.. hihi...

Duta Village ni, terletak di Balok, hanya 13km dari bandar Kuantan... kalau rasa nak tidor kat resort dan tak mampu bayar sampai 300++ macam Swiss Garden, ok laa kot sini, buat tempat bermalam.. sebelum sampai sini, ada jugak tinjau2 resort kecik2 yang lain, tapi tak berminat sangat, samada terlalu terpencil, atau terlalu menyeramkan, atau terlalu macam ladang kuda, atau pun rasa tak selamat... dah laa bersama mak ayah, so paham2 laa kecerewetan nye hehe...


Duta Village ni kita boleh pilih samada nak tidur dalam bilik hotel atau dalam chalet kayu yang mengadap pantai.. rate dia kalau bilik hotel : Rm 158... kalau chalet : RM 178..

dan ayah aku of courseee laa pileh bilek hotel.. uwaaaa, melepas aku nak merasa tidur dalam chalet mengadap pantai, sob sob..

bahagian depan Duta Village.. sebelah dia, baru ada chalet2 kayu tu..


RM 158 tu untuk 2 katil begini



tempat makan dekat sangat dengan kolam renang, senang kot ibubapa nak tinjau2 anak mandi sambil sarapan pagi..



chalet2 itu.. tak pasti laa, dalam dia bagaimana ruponyeee


ayahku berjalan ke arah sana



ambil2 angin je.. sukeee tengok pantai walaupun dari jauh^^ tak pergi dekat dengan pantai pun.. aku takde gang uwaaaa... kalau takde gang, takdenyee aku nak berjalan sorang2 di persisiran pantai itu, sob sob..
lagipun kurang waktu melepak di pantai ni, sebab lebihkan lepak umah tok, hihi..


untuk resort ni, aku bagi bintang 2 1/4 bintang.. wakaka gile siket... sory laa duta village, uhuk2.. tak menepati sirim ku laaa.. tak lepas ISO aku.. karpet tak cantek, kaki lima tak cantek, ade part2 yang tak bersih siket, kawasan sekeliling yang nak ke pantai tu macam tak macam dalam resort punnn.....

ohh~ akhirnya dapat cerita dari receptionist tu sendiri yang, dulu Duta Village ni orang melayu(orang situ) yang jaga.. memang superb cantek laa masa dia jaga... pekerja pun ramai... tapi lepas ca ya nun alif ambil alih~ dah jadik macam tak berapa nak terurus pula... dahlaa tak pernah datang jenguk huhu.. erm tapi ada gak yang perlu dikreditkan, pelayan2 breakfast sangat bagus melayan, begitu juga dengan receptionist yang sangat friendly.. hihi..

okielaaa, nak tidur daaa... seronok sangat review pasal hotel hehe

dadada (^^.)/


note: dulu pernah bercita2 nak kerja di resort selepas tengok shancai kerja di resort dalam cerita meteor garden.. lepas tu pernah bercita2 nak kerja di hotel gak selepas tengok cerita korea, Hotelier.. ihikk

Thursday, February 4, 2010

update

malam ni malassss nak update.

bye.

Wednesday, February 3, 2010

Hidup ini ibarat roda


pagi tadi ada perjumpaan kat tempat kerja.. taklimat pasal ISO.. mula2 sekali kena baca ikrar ramai2 hik, comel, teringat perhimpunan zaman sekolah2 dulu ;P hoho terpanah pada diri sendiri, sebab hari tu aku gelakkan kuku masa dia kate ada perhimpunan pagi2 kat tempat kerja dia
hik comelnyee :'D

hidup ini ibarat roda kan kan..

kalau dulu kita di atas, mungkin kemudian kita di bawah... begitu juga sebaliknya.. kalau dulu kita tengok dia macam tu, tapi sekarang mungkin kita pulak macam tu.. em.. aku pernah tak berapa suka orang buat macam tu, tapi akhirnya aku pun ada jugak wat macam tu.. sangat muhasabah diri masa berlaku wuwuwuwu.. kesimpulannye, kita tak bole tak suka akan sesuatu, kalau tak suka simpan2 perasaan tu sendiri sudaa lepas tu padamkan slow2 perasaan tu, nanti akan datang kat kite balik.. percayalahh... erm aku pernah jugak nampak orang tak suka akan sesuatu tu, tapi tanpa dia sedari, dia pun pernah buat kat orang macam tu dulu... huhu.. kehidupan kehidupan~~~

hari tu ada laah satu benda yang aku tak faham pasal Cold Fusion, aku panggil lah awa ajarkan... sekali awa pun tersangkut jugak.. lepas tu awa panggil lah si N (bukan nama sebenar).. lepas tu si N pun demo la kat pc aku camne nak buat itu ini...
aku dan awa pun dah faham la itu ini, tiba-tiba dia bersuara..

N : ermm niiii sambil tunjuk ke arah mukaku pernah jadi demonstrator discrete kan dulu?
dd : eh, ha ah.. camne tau?
N : em, dulu ada ajar kelas saya..
dd : ???

erkkk!!! dulu aku cikgu dia, sekarang dah terbalik pula.. dia pulak yang demo kat aku.. matilah aku kalau dulu aku demonstrator yang jahat, uhuk uhuk

gambar hiasan

note : apa khabar kawan2 oas ku? miss uols :)

nak tidur daaaa, Selamat malam dunia =)

sok sek sok sek sebelum tidur


Assalammualaikum semua =)


lately ni selalu fikir nak coret apa laa kat blog.. ade je nak coret2 sesuatu tapi last2 malas jadinyaa ;p camne tu hoho... so malam ni, kite borak2 kosong je la eh.. huhu eh tapi nak borak2 kosong pun kena ada isi gak kan?... hew hew

apa je eh aku buat hari ni? huhu kat tempat kerja, busy men'study *buat-buat busy je Cold Fusion dengan Power Builder.. huhu

ermm tadi balik kerja jumpa kuku kejap (oh abaikan laa nama tunang-tunang yang aku bagi hari tu, sebab alih2 nama kuku jugak yg aku nak pakai heee), sebab nak belanja dia makan.. belanja kuku makan sebab semalam dia pergi tukarkan keempat2 tayar dengan sport rim keretaku.. yelaa semalam kann dia cuti, aku kerja hehe... asalnya minta kuku tukarkan 2 tayar depan jek sebab dah ala2 nak pecah (ganas jugak aku bawak kereta), tapi bila kuku bawak balik kereta semula ke UKM petang semalam, fuhhhh semua tayar dengan sport rim bertukarr!! dah macam lain pulak kereta aku, cam sporty pulak kui kui.. lain wajah dah kereta aku hik.. lepas tu bila drive rasa best jekk, tak laaa lemau cam sebelum ni ;P jangan majuk tayar dan sport rim lama ku ye haha;p

tapi kannn, rasanya macam baru lagi kuku tukarkan 4 tayar tu tahun lepas... masa tu tak silap aku, kuku kat johor lagi, tapi time tu dia balik kl.. tapi memang tahun lepas laa... kira baru la kan? kenapa cepat sangat tayar tu perlu ditukar uuuuu.. bunga dia memang cantek lagi.. tapi dah ada tanda2 nak pecah uuuuuuuu, ganas sangat kee aku ni ek :(
keee ayah niiii haaa, bila ayah curik2 bawak kereta ayah langgar semua lubang ekkkk ;p siu siu


eh korang, berapa usia tayar yang tayar boleh tahan sebenarnye eh? untuk kes2 istimewa seperti pemandu ganas macam aku tak di ambil kira bole? hehe yang sebenarnya berapa ye usia tayar maksimum yang selamat? 2 tahun? 4 tahun? 6 bulan?


tadi makan pizza hut... sebelum tu..

"awak nak makan mana ni?" suara dd
"erm makan kat kenny rogers nak?" suara kuku
"alaaaaa kenny rogers ke? kite tak layan sangat laaa, sebab dia ada ayam jeekk"
"awak tak suka ek? sebab tu kite nak makan kat sana"


panggg~~~

kuku memang camtuuuu, suke negatifkan menda yang aku suka, pastu suka positifkan mende yang aku tak sukaaaa tauuuu uwaaaaaaaaaaa.. suka buli akuuu.. suka sakat akuu uwaaaaaaaaaa

adeke patut tadi masa nak balik, kat parking alamanda, tengah nak pergi kat kereta la kan, tapi aku rasa macam apasal macam jalan jauh sangat ni? jauh giler jalan buat pusingan, kereta nye mana? yang aku ni dok laaa ikut buntut keri tu ke mana dia pergi... tiba2 dia gelak... hampeh, rupa2nyaaaa kereta tu sekangkang kera jek dari pintu lif tadi, dia sengaja nak uji aku ingat ke tak kereta parking kat mana... uwaaaaaaaa!!

hehe tapiii selalu kalau dia buli/sakat aku, kalau rasa nak marah jekk mesti tak jadikkk sebab tiba2 dia buat aku gelak.. uhuk2

how dare u kuku ;p


adehh senak perut aku ni, banyak makan tadi... dah order pizza, aku ni gi order lagi si spageti udang tu (tak ingat nama omputih tapi ada spageti ada udang ada cili kering).. makan laa ye wakk banyak2, kite belanja^^
errr tapi kan wakkk, perasan tak bukan kite yang bayar tadi? haha lariiikkkkkkkk ;p
haha, selalu cam gitu, nak belanja tapi last2 lupa bayar atau lupa bayar balik ;p

hew2 esok kite transfer online je la ek ;)) smiley gedik yang lisa tau

tadi masa makan, aku keluarkan satu surat UKM dari henbeg ku, dan kasi kat kuku dengan debarnyee huhu.... isi surat tu mengatakan aku perlu pergi bengkel kat seremban jumaat sampai ahad ni... uwaaaa tak syioknyeee takde gang uuuuuuuu
punah harapanku nak lunch dengan kawan2 oas uhuk2
!!

eh macam panjang pulak entry ni.. kuh kuh...

tapi nak cerita2 lagi lor...

oh yaaa, tadi kann aku baca laaa blog auntie nani .. hee suka sangat mak hanis ni, sangat konfiden dan positif pada diri sendiri...sukeeeeeeeeeeee :D auntie nani, i adore uu~~~

paling ispired sekali dengan ayat ini:

"Dikalangan adik-beradik saya yang paling nampak cantik di usia begini, saya yang paling pandai masak dan mencari wang, saya yang paling pandai berniaga. Saya yang paling bahagia dalam berumahtangga."


huhu suka sangat dengan wanita yang sangat positif pada diri sendiri :)

saya pun nak jadik jugaaa \(^o^)/

ini pula ayat saya..

"dikalangan adikberadik saya, saya yang paling nampak cantik" ^^


ok lahh, perlu masuk tidur sudahh.. selamat malam dunia =)

apa khabar ye Pandora di sebelah sana? ^^ Selamat malam pandora ^^

Monday, February 1, 2010

thanx to seseorang yang edit gambar


siang tadi, Suzila Husein (bukan nama sebenar) send gambar2 ku yang dia edit guna software ape tahh
lupe pulak aku, oh sungguh terharu dan teruja melihat apa yang di send nya :')
hoho nama sebenarnya terpaksa dirahsiakan sebab angin apentah, die nak low profile, keh keh...


eh ko amik gambar2 ni dari facebook saya ek? ;p makasih laaa sangat2 hihi aku sukee sangatttt

kool!!
lepas tu die paksa saya n the gang kat atas ni hasilkan album , sebab cover album atas ni dah ada, bole gitu?
ummiii~~ ummii~~ (tetibe terngiang2 lagu nasyid ni)

note: asalnye, ezan yang edit gambar ni, lepas tu suzila edit kasi macam nampak air gitu kat lantai


uh verangan kejap muka ada glow2 gitu ;P


dia say sorry pada ezzan sebab ambil gambar ni dari folder ezzan..
ezan, tak apa kan? ;)


banyak lagi yang dia send.. tapi takmo laa upload semua.. nak tidur sudah.. oh suzila~ terima kasih laaa yeee, buat iols verangan kejap dengan gambar2 di atas, hew hew hew

note : sebelum ni, ciare pun pernah bagi satu folder gambar yang di edit, semua pun cantek2... sayang ko ciare, sayang gak suzila.. huhu geli nyaaa pakai nama tipu