Showing posts with label Dapur Saya. Show all posts
Showing posts with label Dapur Saya. Show all posts

Friday, 14 April 2023

Nasi Ulam Pahang

 Assalamualaikum,

Sahabat Blogger Kak Mah dan Sahabat penggunjung setia Blog Lipislady,  Selamat berpuasa semua Sahabat. Hari ini adalah hari yang ke 23 kita berpuasa. Cuma tinggal 7 hari saja lagi kita akan berpuasa. Lepas itu Selamat Hari Raya lah yer Sahabat semua.

Dalam bulan puasa ni orang orang kampung di Pahang ni terutama belah Lipis, Jerantut, Raub dan banyak lagilah suka sangat bu8at Nasi Ulam.



Macam gini hah, sedap sangat ni, terutamanya kalau banyak Daun Manirnya dan daun Manir Rempah.




Ni diantara daun daun yang Kak Mah gunakan.
Daun Manir
Daun Serai Kayu
Daun kesum
Daun pegaga
Daun sisa Nabi,
Daun kunyit
Daun kaduk
Serai 
Bawang 
Halia 
Lengkuas
Dan jangan lupa ikan talang yang di goreng 
atau di bakar dan di tumbuk.
Kerisik secukupnya juga, makin banyak makin sedap kerisik ni
Juga lada hitam yang ditumbuk.

Hiris dedaun ulaman tadi seperti ini,
dan cincang serai, lengkuas dan halia seperti ini.

Jangan lupa ikan talang goreng/bakar yang ditumbuk

Dan lada hitam yang ditumbuk dengan garam siap siap.


Alhamdulillah gaulkan semua bahan dengan nasi putih 
jadilah seperti ini. Sedia untuk di makan.

Nasi Ulam Kampung.

Semuga Jumpa Lagi

Wassallam.







Thursday, 28 July 2022

Buat Bahulu Pulak

Assalamualaikum
Alhamdulillah, jumpa lagi sahabat Kak Mah semua.
Hari ni kita buat bahulu.

Tak boleh cakap banyak, keyboard rosak haha


Buat bahulu traditional 

Masak dah

Sedap ni, rangup di luar, lembut didalam


Kak Mah jual ni RM 12 sebekas, 35 biji



Ini bahulu gulung, sapu dengan jem dulu baru gulung


Siap gulung


Balut dengan plastik wrap dulu

Baru potong


Hari ni Kak Mah buat bahulu, dua jenis dengan bahan ini je.
dan sikit bahan tambahan, jem dan baking powder

Alhamdulillah siap.
Semuga jumpa lagi,

Wassallam.

 

Monday, 9 May 2022

Masak Lomak Nenas Tanam Sendiri

 Assalamualaikum,

Semua Sahabat Blogger Kak Mah dan Sahabat pengunjung setia Blog Lipislady. Rasanya belum terlambat lagi yer untuk Kak Mah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri untuk sahabat-sahabat semua. Alhamdulillah, Kak Mah lama bercuti ni, baru hari ini berkesempatan untuk menjenguk Blog Kak Mah ni.




Kak Mah percaya semua Sahabat rasa muak sekarang ni sebab terlalu banyak makan rendang, pulut dan kuih raya. Ok hari ini Kak Mah share menu makan tengahari Kak Mah semalam, Gulai Lemak Kuning Nanas rampai dengan ikan masin talang, wawww sedapnya. Ini boleh menghilangkan rasa muak kita sebab nanas mengandungi asid. Alhamdulillah.


Tengok ni, ini nenas yang Kak Mah tanam sendiri didalam pasu, dihadapan rumah Kak Mah. Semenjak mula tanam sehingga semalam, pokok nenas ini berusia 3 tahun, baru Kak Mah boleh menuai hasilnya, Alhamdulillah, buahnya pun semenjak mula mengeluarkan bunga sampai boleh petik, memakan masa lebih 4 bulan. Apa-apa pun hasilnya tetap lumayan.


Seronok dapat petik buah hasil tanaman sendiri walaupun duduk di rumah yang tidak ada kawasan untuk bertanam.


Alhamdulillah,
Semuga kita berjumpa lagi yer Sahabat.
Selamat berpuasa sunat Syawal semua.

Wassallam.





Saturday, 30 April 2022

Song Tam Untuk Berbuka

 Assalamualaikum,

Sahabat Blogger Kak Mah, dan pengunjung setia Blog Lipislady semua.

Alhamdulillah, hari ini adalah hari yang ke 28 kita berpuasa yer. Tak sedar kan, bila dah nak habis ni terasa sekejap je kita berpuasa, rupanya tinggal 2 hari saja lagi sebulanlah kita berpuasa. Alhamdulillah.

Hari ini Kak Mah keudara petang sikit, sekadar nak kongsi lauk berbuka puasa Kak Mah dua hari lepas. Bukan lauk yang grand sangat, cuma Kak Mah rasa ini lauk istimewa. Song Tam, makanan Thailand. Bagi Kak Mah sangat menyelerakan bila mendengarnya. Kak Mah dapat resipinya pun dari internet masa jalan jalan di internet.

Ini gambar yang Kak Mah dah siap buat. Boleh tahanlah rasanya sebab Kak Mah tidak menggunakan bahan yang sepatutnya. Tapi Alhamdulillah, Sedap, itu yang Kak Mah boleh katakan.

Ini je bahan yang Kak Mah gunakan, Ini untuk makan seorang yer.

1. Betik muda lebih kurang 3x2 inci
2. Mangga kecil 1 biji, mangga ratus tu
3. Timun sedang 1/3, dalan 2 inci
24. Cili padi dua ulas, kalau suka pedas boleh tambah


Ikan Sardin ni separuh,  Kak Mah bakar dan guna 1/4 je, selebihnya buat lauk. Resipi sebenarnya sos ikan, tapi Kak Mah tak makan sos ikan tu, Kak Mah letak ikan segar, hahaha.

Bawang putih seulas saja yer, limau nipis ni habiskan sebiji perahnya

Ni Kak Mah gunakan kicap masin biasa dan gula kabung sebesar ibu tangan saja. Resipi sebenarnya sos ikan 3 sudu makan gitu dan boleh gunakan gula perang atau gula putih biasa satu sudu makan.

Ni Kak Mah tumbuk, bawang putih, ikan bakar tadi dan gula kabung, tumbuk sampai hancur.


Masukkan bahan yang Kak Mah potong tadi, Betik, Mangga, Timun dan Cili kedalam mangkuk, masukkan bahan yang ditumbuk, bawang putih, isi ikan dan gula. Sediakan sedikit garam dan 4 sudu air larutkan garam dalam air, perahkan limau nipis tadi dalam 4 sudu makan, dan akhir sekali masukan kicap. Gaul gaul gaul.

Jangan lupa kacang tanah yang di tumbuk kasar. Kak Mah ni terlajak rajin, jadi Kak Mah guna kacang goreng yang berkulit tu aja, kupas kulitnya, buang selupatnya dan tumbuk kasar, hehe tak susah susah nak singai kacang. Kann. Lepas tu gaullah rata semuanya. Alhamdulillah.

Alhamdulillah, siap sudah Song Tam Kak Mah. Boleh cuba yer sahabat kalau teringin, 

Semuga kita jumpa lagi.

Wassallam








Friday, 22 April 2022

Rendang Hitam Daging Ayam

 Assalamualaikum,

Semua Sahabat Blogger Kak Mah

Dan Penggunjung Setia Blog Lipislady ini.

Selamat Berpuasa semua. Berbuka lauk apa petang ini.

 Kalau masih belum decide lagi apa kata buat rendang 

simple macam Kak Mah buat petang semalam ni.

Haa Kan, sedap ni, boleh juga makan dengan pulut atau lemang. Ni Kak Mah kongsi resipi yer

Ini aja bahan utamanya, Kak Mah dah campur dah, 
dah potong dan siap untuk di kisar.

1 biji bawang holland
1 biji bawang besar
1/2 Inci halia
1 inci lengkuas
3 ulas bawang putih
3 batang serai
6 tangkai cili kering
kalau suka pedas lebihkan lah cili kering tu.
Kisarlah bahan ni semua

Dah siap kisar, panaskan 1 cawan minyak dan masukkan
 kesemua bahan yang dikisar tadi. Kacau sampai garing 
dan berubah warna.

Berubah warna perang macam ni bolehlah masukkan santan.
Kak Mah guna santan segar pekat sebanyak 1 1/2 cawan
tapi dah di bekukan dalam freezer tu, boleh aja 
beku pun. Kacau lah lagi sampai santan tu naik minyak.

Ini Kak Mah guna isi ayam, tanpa tulang yer, sebanyak 2 cawan aja.

Kalau santan dah naik minyak bolehlah di masukkan daging ayam 
tadi dan kacau lah selalu.

Jangan lupa masukkan juga bahan tambahan yang wajib ni
garam secukupnya, asam keping 2 keping dan sekeping
gula kabung, sebesar 1cm X 2cm. Hehe orang Pahang
suka guna gula kabung, boleh juga guna gula putih biasa, 
atau gula perang atau gula apung untuk orang Sarawak.

Kacaulah dengan api yang perlahan sampai kuahnya bertukar
 warna kehitaman, jangan lupa rasa garamnya. 
Jangan sampai hangus pulak,Jangan hitam sangat kuahnya 
sebab bila kita dah angkat dan rendang dah sejuk 
dia akan bertukar warna menjadi hitam nanti.
Tapi daging ayam tu keras sikit, 
kalau tak suka keras boleh diangkat
sebaik sahaja dah masak.


Alhamdulillah, 
Siap dah rendang Kak Mah.
Kalau ada sesiapa yang teringin nak merasa buat sendiri, silakan.
Simple je yer. 
Rasa, memang sedap.

Sehingga jumpa lagi semua.

Wassallam.



 









Wednesday, 20 April 2022

Apam Tapai

Assalamualaikum,
Sahabat Blogger Kak Mah dan peminat setia Blog Lipislady.
Alhamdulillah pagi ni kita jumpa lagi.
Selamat berpuasa semua.

Berbuka nanti nak makan apa.
Ini Kak Mah punya menu berbuka semalam.
Apam Tapai.
Sedap, lembut dan gebu.



Kak Mah kongsi resipi,
Kalau suka boleh buat, kann

Resipi

1/2 kampit tepung beras
1 cawan tapai
1/2 cawan gula
2 suku cawan air

sedikit serbuk eno
serbuk eno ini letak kemudian
masa nak mengukus nanti

Kalau boleh eno yang biasa, bungkus warna biru
kalau tak ada boleh je yang oren ni

Kalau adunan sebanyak ini tadi dibahagi tiga bahagian, setiap bahagian letak
sebanyak yang dalam sudu putih tu aja. Kacau-kacau dan bolehlah kukus.

Oppsss sebelum tu 
Kisarkan semua bahan ini dan tapa kan sampai 6 hingga 8 jam
Kalau nak warna warni bahagikanlah, Kak Mah bahagikan kepada 3 bahagian,
warnakan dulu baru di tapa.


Ni contoh yang dah siap tapa selama 6 jam.
Ni masukkan eno secubit baru di kukus dalam acuan.
seperti dibawah ini 


Achuan ini mesti dipanaskan dulu 5 hingga 7 minit baru boleh bubuh 
adunan tadi, kalau tidak dipanaskan bila nak keluarkan nanti 
dia melekat.


Tengok tu ada nampak tidak licin, tu melekatlah tu, Kak Mah lupa nak
panaskan lama sikit.

Ok
Alhamdulillah kalau suka boleh cuba buat yer. 

Semuga jumpa lagi,
Wassallam




 

Thursday, 27 May 2021

Sambal Mangga


Assalamualaikum
Rakan Blogger, pengunjung setia Kak Mah.
Selamat Malam


Exited pulak Kak Mah malam ni, nak share gambar sambal mangga
yang Kak Mah buat untuk makan tengahari tadi.
 


Mudah je bahannya,
1. Cili Thailand yg besar tu Kak Mah guna 4 ulas aja
tu pun dah pedas sangat.
2. Ikan bilis setengah cawan, dah buang perut, kepala dan tulangnya,
Basuh bersih dan rendam dengan airpanas.
3. Mangga masak ke atau mengkal boleh belaka, cincang, secawan cukuplah
4, Garam satu sudu teh, gula satu sudu teh



Caranya pula.

1, Tumbuk cili dengan garam sampai lumat.
2, Masukkan ikan bilis ya dah dituskan airnya, tumbuk lumat juga
3. Masukkan mangga dan gula, tumbuk dan gaul
gaul ajalah.
4. Bila dah rata bolehlah dimasukkan kedalam mangkuk.


Emm, siap dah
Boleh lah makan dengan nasi.
Kepada sahabat yang ingin mencuba, bolehlah,
Sedap ni.

Ok semua
Hingga jumpa lagi
Wassallam




 

Tuesday, 25 May 2021

Rezki, Gulai Lemak Ayam Kampung, Sedap Dan Lembut

 Assalamualaikum,

Alhamdulillah petang ini dapat lagi kita bertemu. Apa khabar semua rakan Blogger Kak Mah, dan pengunjung-pengunjung setia Blog Kak Mah ini. Semuga semuanya sihat dan dijauhkan dari segala kesulitan dan jangkitan wabak yang sedang melanda negara Malaysia kita yang tercinta ini. 

Petang ini Alhamdulillah Kak Mah nak kongsi lauk yang kak Mah dah buat beberapa hari yang lepas. Hehe, gulai lemak kuning Ayam kampung, yang di jual oleh kawan Kak Mah, selepas Hari Raya Lepas. Alhandulillah, Kak Mah memang teringin sangat nak makan Ayam Kampung ini.

 

Inilah gambar yang dapat Kak Mah ambil sebelum memakannya, Alhamdulillah. Sedap.


Ini je bahan-bahan yang diperlukan

1 ekor ayam kampung
1setengah liter santan
3 batang serai
10 ulas cili padi
1 inci kunyit hidup
4 ulas bawang kecil
Setengah inci halia
1 ulas bawang putih
sedikit lengkuas
3 batang serai
2 keping asam gelugur


Mudah je nak buatnya,

Tumbuk semua bahan, kunyit, cili padi, bawang merah, bawang putih, lengkuas dan halia. Serai tu titik aja hingga pecah-pecah. Kmudian masukkan lah ayam kedalam periuk dan kesemua bahan yang ditumbuk tadi. Masukkan juga santan dan asam gelugur tadi. Masaklah hingga masak dan empuk



Ok masak dah.

Semuga jumpa lagi
Wassalam,.



Thursday, 15 October 2020

Kek Pelangi Viral Lipis

Assalamualaikum,
Sahabat Blogger, sahabat pengunjung Blog Kak Mah yang sangat setia
 walaupun kak Mah tak buat post mereka tetap berkunjung, Alhamdulillah
dan terima kasih semua.


Hari ini Alhamdulillah Kak Mah ada post yang sangat istimewa,
Kek Pelangi Viral Lipis namanya. Ternyata Kek ini menjadi
kesukaan kawan-kawan Kak Mah. Selalu mereka order pada
Kak Mah. Alhamdulillah rezki Kak Mah.


Tiap-tiap hari Kak Mah dan ada saja orang yang order. 
Kek ini mudah saja nak buat, tapi dari nak buat satu lebih
baik order aja. Terus boleh makan, hehe.


Begini aja nak lapis dia, Alhamdulillah menjadi juga.
Sukatan pun Kak Mah cuma pakai cawan aja.
Kalau nak resipi klik link ini yer


Ok lah, nanti kita jumpa lagi yer. Kak Mah harap
Kak Mah ada cukup masa untuk sentiasa buat 
POST disini yer. Aamin. semuga jumpa lagi.

Sekian Wassalam.