Friday, December 7, 2012

:')



*
*
*
*
*

" Ya Allah, lindungi kandunganku, jadikan anakku anak yang sihat, soleh dan solehah..
Berikan aku kekuatan untuk menghadapi segala rintangan dan dugaan sepanjang perjalanan menjadi Ummi Ya Allah "...

Tuesday, December 4, 2012

4 Disember.. 24 Tahun

Allah selamatkan saya...3x
Allah selamatkan saya...yg ke 24...
hehehe....

mcm xcaye jer ari ni dah 24 tahun aku...
syukur...Ya Allah...
masih diberi peluang hidup di bumi MU ini Ya Allah...
merasai segala nikmat MU...
Subhanallah...sungguh tak terhitung segala rahmatMU kpd ku hamba MU...
huhu...

pic ciplak google...
haha pg2 en.laki dah wish...sebenarnya dr malam td dia dah dok ckp2..
"ehh esok besday ayg kan...
"abg ingat nak beli kek mlm ni...
haha malam td ujan plak...
so xde maknenyer la...
pastu dah sah2 jln nak ke pj tu jem kan...
xper ler...

xde hadiah pun xpe bang...
abg ingat besday ayg pn itu dah cukup...heeeee :)
(ayat...mcm redho jer kan...padahal kalo dpt hadiah bini mane yg xsuke kan??kahkahkah)
mat yo mat yo...ayoyoooo
haha tetibe plak

tahun ni besday aku ade anak dlm perot...
harta umi dan abah tau..
hehe...
bestnyer...ni la teman aku hari2...
xkira dimana aku berada...
xkira aku buat apa...
aku sedih berduka atau gembira...haha..

smg kekuatan dan kebahagiaan sentiasa dlm hidup ini...
Amin Amin Amin...
Ya Allah...

:: 2 months lg umi to be..smg dipermudahkan.. :: 

Tuesday, November 20, 2012

nak sangat Dua dua niiiiiii

mengidam kah???
tp nak jugak mkn....
selagi x dapat asyik terbayang jer....
huhuhu...

sedap kan?

ehsan google

lagiii sedapppp kalau cukup pedasnya...bnyak kuahnya....
bnyak kacangnya....
weeeeeeeeeeeee........

ehsan google

susah nak jumpa yg betul2 sedap ini rojakkk

********************************

yang ni pun nak jugak....
dah musim dah sekarang....
kat kg mak dah berbuah dah...
tp jauh nak balik ckat hikus nu ha semata mata nak mkn doyannn...
yg jual pun dah makin bnyak kan...

ehsan google

doyannnnnnnnn

ehsan gogole


muahahaaaa i love it!


Thursday, October 11, 2012

Jom baca sama sama :)

ting tong ting tong.....
HAHA...
lamer giler x hapdet ini belog...

sorry mood ke laut...
xtau nape..x teringin nak update pun..tp suker jln2 jer kat belog korang..
hehe....

btw, zikir ni sume best2!
yg x pregnant pun blh bacee kan kan :)

Antara zikir dan doa yang disuruh mengamalkannya ialah:
1. 

“ Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat ). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu” 
2.

“ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.
3. 

“ Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”

Dan apabila saat hampir bersalin bacalah doa ini:
4. 

“ Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah” 

Untuk memudahkan bersalin digalakkan pula membaca ayat kursi,
Kemudian pula :
5. 

“ Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat.
Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam. 

Seterusnya perbanyakkan membaca tasbih ini:
6. 

Maha Suci Allah
7. 

Aku Pohon ampun kepada Allah

Sentiasa membaca doa ini :
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ8.
أُعِيْذُهُ بِالوَاحِدِ الصَّمَدِ مِنْ شَرِّ كُلِّ ذِى حَسَدٍ
Maksudnya : Aku berlindung akannya dengan pertolongan Tuhan yang Esa yang ditumpu segala kehendak kepadaNya daripada sekalian yang mempunyai dengki
* Sekurang-kurangnya dibaca sebanyak 10 kali setiap kali lepas solat 5 waktu

9.Surah Al-Ansyiqaq

Surah ini, seorang ustaz menyarankan mak cu membacanya. Mak cu rbanyakan bacaan surah ini serta berdoa, lebih-lebih lagi bila dah dekat tarikh jangkaan bersalin. Syukur Alhamdulillah, mak cu bersalin lebih mudah, cepat dan kesakitan semasa nak bersalin pun kurang, walaupun berat Adda semasa lahir 4.1kg. Semasa mengandungkan Haziq, mak cu memperbanyakan lagi bacaan surah ini serta jangan lupa berdoa semasa mengandungkan Adda. Alhamdulillah lagi mudah, lagi cepat dan lagi kurang sakitya. 

10.Sentiasa membaca surah Maryam.


11.Surah An-Nahl: ayat 78-80
[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Selusuh 
Kebiasaannya, orang-orang tua akan menyuruh anak mereka meminta air selusuh daripada orang tertentu bagi memudahkan bersalin.
Namun begitu, tidak ramai yang percaya akan keberkesanan air selusuh. Nasihat saya, jika tidak percaya tidak perlu minta sebab ia tidak akan berkesan sedikit pun bahkan akan menambahkan sakit, sakit hati tentunya.
Bagi yang meyakini air selusuh sebagai salah satu usaha pula perlulah mengambil berat penerangan yang diberikan mengenai cara penggunaan selusuh ini.
Sebenarnya selusuh bukan sahaja berperanan memudahkan bersalin malahan sebenarnya boleh digunakan untuk membetulkan kedudukan bayi songsang tetapi dengan kaedah yang berlainan.
Salah faham yang berlaku dalam masyarakat kita, perubatan Islam ini adalah pilihan terakhir selepas semuanya perlu diubah. Saya sendiri tidak akan membenarkan isteri saya dibedah kerana kedudukan anak yang songsang sebelum mencuba perubatan Islam, berdoa bersungguh-sungguh kepada AlLah.
Pernah berlaku~kisah benar~ seorang ini, anak dalam kandungan isteri dia songsang, dia meminta air selusuh daripada individu tertentu agar dimudahkan bersalin tanpa perlu dibedah kerana doktor menyarankan agar isterinya dibedah.
Ketika melahirkan anak, doktor tersebut terkejut kerana isteri lelaki tersebut tidak perlu dibedah dan melahirkan anak dengan mudah, seolahnya tidak ada masalah sebelum ini.
Doktor tersebut berjumpa dengan si suami, meminta air selusuh yang berbaki kerana isteri doktor itu menghadapi masalah yang sama;bakal dibedah.
Tidak lama selepas itu, doktor tersebut mengirimkan hadiah kepada yang membuat air selusuh tersebut kerana isterinya yang sepatutnya dibedah dapat melahirkan anak secara normal.
Apa yang penting??? Bukan kerjasama yang penting di sini, tetapi keyakinan bahawa ALLAh mampu melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya.



:: tanjat ummi tau..dah mula rase anak ummi tendang2 ini perut hahaaa ::

Friday, July 27, 2012

takde tajuk

Assalamualaikum.


  • selamat menjalani ibadah di bulan Ramadhan Kareem..
  • jgn lupa buat amalan2 yg baik di bulan yg mulia ni. berganda2 pahalanya :)
  • sorry dah lama x hapdet belog. ader ke org kesah huahuahua ;p
  • aku cuma rajin g jalan2 jer kat belog org.
  • pertama kali berpuasa as a wife. heeeeeeeeeee :) bgn pagi2 masak sahur berdua haha
  • pertama kali juga berpuasa dlm keadaan berbadan dua :D moga2 aku bertahan tp semalam dah xlarat so 1 hari dah tertinggal huhuhuhu :(
  • kuat tido hahah pukul 9 mlm mata dah blh pejam dgn lenanya...huhhuhu

nak masak aper eh balik ni??

sorry xtau bak hupdate haperrr hahahaha...

semoga kita semua berada dalam Rahmat Allah. Amin...

Thursday, July 5, 2012

L.O.V.E


layannn kan ajer la yea...
huhuhu...
;)


:: mulut pahit sentiasa...apa pun x blh...huhu ::


Tuesday, July 3, 2012

ALHAMDULILLAH segala pujian hanya bg Allah..

Assalamualaikum...


syukur REZEKI yg engkau kurniakan YA ALLAH...

berusia 6 minggu lebih dlm rahim ku ketika ini...

selsema..mkn pun kureng rase kesedapan...

kdg2 idung tersumbat..huhu..

suara sengau2 manja gituh...

batuk...tekanan pada perut..kahak pun blh thn HAHA..

mual. loya. pening. xselera. letih. sakit2 badan.

itu yg mula aku rase skrng..


YA ALLAH engkau permudahkan urusanku...
berikan aku kekuatan...
aku bersyukur dgn nikmatMU YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM...



:: akak2 yg ader aper2 petua or pengalaman yg blh dikongsi meh la share dgn ecah ::

Tuesday, June 26, 2012

memoriess kenduri

Assalamualaikum....

sekadar mengimbau keadaan suasana dirumah masa beberapa hari sebelum kenduri kawen...
wakakaka....;)
amacam ko ader mcm gini x?
hahahahaha



ikan bilis pun ader ko...
tu yg separuh dah siap kopek..separuh blm lg...
ate...bubuh ajer le atas tutup periuk yg beso tuh...
kihkihkih...

nak aper lg...garam,,pak aji,,semua mak aku dah bubuh siap2 dlm balang yg tutup wane merah tu..
hehe..
buah oren berkotak kotak mak aku beli..

nmpk x ader kotak yg dlm tuh dah siap balut kertas hadiah?
tu utk nombor bertuah...:)
yer la kasi seronok2 jer saper yg nombornyer bertuah dpt la hadiah2 tu...
tu semua tajaan dr kakak aku...
murah rezeki ko along...hehe



haaa nengok ader kan beg2 yg comel wane oren kan..
tu semua guddies bag utk kawan2 sedara2 n belah lelaki...


haaaa yg dlm guni tu...
beras n gulaa...

kain yg atas sofa tu xpayah tgk...
haha

nak tau x begini la keadaan umah waktu pelamin ni nak dipasang...
hahahah
full ko umah...


dan ini la pelamin yg dah siap dipasang mlm tuh....

yang kat bawah ni cup cake utk hantaran...
aku bg kat laki aku...
hergenyer 50 hengget...
xmerasa la sedap ker x..nk bg utk org kedah kan hehehe


Wednesday, June 20, 2012

datang dari felda tenggaroh...

Assalamualaikum...

sambungan citer adiah ari tu...
saper yg blur2 blh bc kat entry nihh hahahaha
 http://lilyecah.blogspot.com/2012/06/tq-kayu-aka-ruhayu-razali.html

ni la dia adiah tu..

dtg dr johor...:)


tq k.ayu...:)


:: terharu! ::

Friday, June 15, 2012

apam xde DOT DOT

Assalamualaikum..

aktiviti ni berlaku pada ari sabtu  minggu lepas..
tetiber seronok tgk apam comel2..
yg ader dot dot lg cantik...
gerammm jer tgk org lain buat gebu...cantik...

dlm ate mak jemahh ni verangan ko nak buat...
google bahan2...
sekejap rase mcm susah...
nak guna tepung gandum la..baking powder la..ovelette la...
kalo aku buat kek coklat,aku guna tepung kek jer..
senang! xpayah nak kene buh itu laa ini la...
haha

ok dlm susah2 tu nak jugak mak jemah buat tau ;)
so g la kedai bakeri...membeli segala bahan utk wat apam..
hehe..

semangat betul...memixer bahan2 yg mcm resipi tu sume...
dlm pale otak mak jemah verangan lg...mesti cantik apam aku...
hehhee...wahhh wahh wahhh apam x siap lg ko dah verangan mcm2...

dah siap mixer sume..aper lg masukkan la dlm paiping bag! haha
dah siap sume pas tu kukus...
hehehe :)

dah cukup masa bukak la tutup kukus tuh...
ni la dia hasilnya....
percubaan pertama aku....
JENG JENG JENG.....




JOM GELAK BERAMAI RAMAI...
HAHAHAHAHAHAAAAAAAAA....
bantat ko apam mak jemah!
dot dot yg aku buat pun ilang...xnmpak..haha
dah la makin kecut ke dalam...rope xsemenggah...
rase ade la mcm cekodok manis...liat gituhh..kahkahkah
waaaaaaaaaaaa...
perasss i tau....

hari esoknya ahad bertekad nak cuba lg sekali...
kali ni kalo xjadi xmo dah aku buat apam ni...
susah bebeno...
pas tu buat balik tp ada lain skit cara xsama mcm kali pertama aku buat...
hentamm saje la labuu...

kali ni memang xnk buat dot dot..
ntah2 xjadi..so dah siap buh semua dlm bekas, g la kukus...



tunggu dgn perasaan yg biasa2 jer..
mak jemah langsung x verangan koo..
cuma ingat mesti xjdi lg apam aku ni...
xper le...

dah cukup 15minit!
bukak penutup kukus...
ni la dia hasilnya....

TARAAAAAAAAAAA
hehe senyum senyum...
apam jadi...
naik...tp xder la gebu gebass mcm org lain buat kan..
aku kan amatur...bukan profesenel
haha..

comel x...
hihi


yang ni kosong...xde inti..


yang ni inti coklat..


yang ni inti jem strawberry..

hehehe..

sekian...
tu jer aku nak citer...
tq sudi layannn

Thursday, June 14, 2012

SIAPA?

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman..


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka. 

Monday, June 11, 2012

HATI HATI Nama Syaitan Dalam Surah Al-Fatihah

Assalamualaikum... :)


Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat,  apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati. Nama syaitan


 1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH 


 2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB 


3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU 


 4.. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NA'


5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS 


 6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari'  Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta  pertolongan" !!!! 


 7) SIROTHOLLAZI. ......... .... sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti. 


8) AMIN ..hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul  iaitu AA...dua harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat  Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya. 


pesanan buat semua..


Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya..
Insya-Allah...


i love Allah...
i love Muhammad...
i love Islam...

Friday, June 8, 2012

TQ k.ayu a.k.a RUHAYU RAZALI :)

Assalamualaikum..
ari ni jumaat penghulu segala hari.. :)

hehe firstly terima kasih banyak2 utk k.ayu!
sape xkenal blogger ni kan...http://ruhayurazali.blogspot.com/ a.k.a citarasa rinduan :)
bissnesswoman yg pandai memasak! dan ada kedai mkn yg sedap2 makanannya!
terbaru sudah pandai meroti ajer kejenyer...
mempunyai permata hati yg comel lg bijak iaitu UMAI...
juga seorang isteri kpd suami yg bernama EN.ZALI 
betul kan kak? hehe kalo salah tlg betulkan...
xcaye ce tgk blog dia...hahahha :)
sbb ecah br dapat hadiah kawen dr k.ayu td!
hehehe excited ni...seronok! beronok2 bak kata johan hahaha

sbnrnya hadiah tu blh dpt semalam...tp disebabkan masa pos laju anto kat umah ecah, umah xde org..
xde la hadiah nyer...
mak dgn akak balik2 umah tgk ader notis dr pos laju pasal mende ni...
so ari ni g la tuntut g amik kat pos laju area pj...
rugi la xtuntut..dia bg masa 14 hari jer...
hahaha xsabau sebab tertanya2 saper la plak kirim aku hadiah ni...
KAHKAHKAH...berangannn jer la kooo

tp memang betul ader hadiah.....
HEHEHE....

nak tau hadiah apa???
tunggguuuuuuuu
later ecah akan update!

love u k.ayu! 
muahhh

Wednesday, June 6, 2012

5/5 & 26/5 a.k.a WW :)

tiada bicara..hanya sekadar tgk2 ajer la HAHA...



~ ngeh ngeh ngeh ~








******************************************************








:: insyaAllah gambar yg lain bakal menyusul kalau aku rajin nak upload hikhikhik ::