ads ads ads ads ads ads ads ads
singgah baca di sini >>>> www.1001impianhidup.com
Showing posts with label sendu. Show all posts
Showing posts with label sendu. Show all posts

Wednesday, August 1, 2012

Ibu lahir anak kembar 12 dipaksa pilih 1 dan 11 yang lain akan dibunuh!




Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan.

“Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi. "Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti.”

“Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan. “Kami yakin dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.

Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. “Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi,” tambahnya. “Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.”

Sifat keperimanusiaan di China rasanya sudah lama PUPUS, kenapa kami berkata begitu? kerana sudah banyak kes, cerita mahupun berita yang kita dengar mengenai bayi dimakan, kanak-kanak didera, kanak-kanak dipukul dan kes kanak-kanak yang dilanggar, namun tiada mana-mana pihak yang mahu tampil untuk membantu! (sumber info Email)

BAGI SAYA BABY TUUUU!!!!!


Friday, February 24, 2012

info : Al-Fatihah (adik Faris) & susu kambing kolagen


Al Fatihah buat arwah adik Faris, kebanyakan blogger taip post tentang arwah. Aku pun baru tau cerita sebenar sebab tak pernah terbaca pun dalam media akhbar, tv atau radio. Alhamdulillah, memang agak menyentuh perasaan jugak apa lagi yang tukang pencerita asal kisah arwah adik Faris bijak mengolah ayat dan attachkan sekali gambar2 berkaitan lagi2 gambar yang satu ni :-


Bagi sesiapa yang nak tau rentetan kisah dari awal cerita sampailah kisah saat arwah adik Faris menghembuskan nafas terakhirnya bolahlah terus klik di sini. Alhamdulillah, dengan sumbangan pembaca blognya yang ramai tu Alhamdulillah sekurang2nya dapat meringankan usaha ibu bapa Faris menjelaskan bayaran hospital yang ditanggung sepanjang 23 hari Faris dimasukkan ke sebuah hospital swasta di ibu kota.

AL-FATIHAH

Terlanjur nak cari info tentang kisah si arwah, terbaca pula info tentang susu kambing kolagen. Memang tengah mencari pun produk susu kambing ni, yang terlintas cuma Hi-Goat. Tapi yang ni ada kolagen yang katanya boleh bantu mencantikkan kulit hmmmmm why not boleh juga nak mencuba. Ini sebagai salah satu ikhtiar cuba tips bagi mudah hamil yang banyak dikongsikan teman-teman yg prihatin. Kata mereka amalkan minum susu kambing, lagi terbaek campurkan dengan kurma yang dikisarkan sekali dengan susu kambing tu. Tu yang nak cuba tu, mana tau ada rezeki. Nak oder SINI


Saturday, November 26, 2011

muhasabah diri ~ Maal Hijrah 1433H (beserta Doa)


Dan...
Kurniakan aku kesabaran untuk menunaikan ketaatan pada-Mu,
Anugerahkan aku kesabaran dalam meninggalkan maksiat pada-Mu,
Jadikanlah hati ini hati yang sentiasa mengingati-Mu,
Agar dapat ku miliki sekeping hati yang tenang,
Jauh dari hasad dengki dan kepalsuan dunia,
Hadirkanlah cintaku kepada-Mu mengatasi segalanya,
Agar Kau temukan hati yang terbaik buat diriku.

Moga dapat kukecapi, kebahagiaan yang hakiki,
Suatu hari nanti...
Amin....


Syahdu sekali setiap baitan ayat² dalam puisi di atas, sekaligus meruntun sekeping hati ini yang terlalu jauh leka melupakan Allah yang Maha Esa. Dalam kesibukanku mengejar keduniaan, kebendaan sampai terlupa ada tanggungjawab besar aku terhadap Allah iaitu sempurnakah amalan ibadah aku seharian? Kalau cukup pun solat lima waktu ku, Allah terima ke solat aku itu? belum lagi amalan ibadah sunat yang lain yang jarang² sekali aku luangkan masa melakukannya T_T

Masya Allah Maha Suci Allah..walaupun aku alpa dan banyak kali mengabaikan solat dan kekadang terlupa membasahkan bibirku dengan zikir tanda mengingati Allah, namun Allah tetap memberikanku rezeki secukupnya. Rupa²nya Allah masih memberikan aku ruang dan kesempatan untuk bertaubat juga peringatan bahawa Dia sentiasa berada bersama aku tak kira apa pun situasi baik susah atau senang, sedangkan aku?


Terima Kasih Ya Allah..walau apapun aku lakukan, aku pohon banyak² kepadaMu agar Kau ampunkan aku Ya Allah, aku pohon Kau terus melindungi aku daripada sebarang punca kejahatan yang menyesatkan dan memesongkan aku daripada mengingatiMu. Sempena sambutan Maal Hijrah 1433H ini, Kau panjangkanlah usia hambaMu ini, kurniakan aku kesihatan fizikal dan mental yang sempurna agar aku berupaya mencari keberkatanMu dalam hidupku untuk kehidupan di dunia dan bekalan akhirat. Kau Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Selamat Menyambut Awal Muharam 1433H kepada semua muslimin muslimat. Semoga kita sama² berolih keberkatan dan keampunan Allah SWT. Sama² juga kita diberikan kekuatan untuk melakukan ikhtiar membaca Doa Akhir & Awal Tahun.

Doa Akhir Tahun.
Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib.


Doa Awal Tahun
Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib.



Tuesday, October 4, 2011

tajuk entri ngeri², takut pulak nak baca...

Macam² trend gaya penyampaian blog, terpulang kepada individu pemilik blog macamana cara terbaik untuk menceriakan dan mempromosikan blog masing² dengan gaya tersendiri. Samalah dengan satu blog yang baru saja aku kenali ini, penyampaian entrinya yang sempoi bersahaja dan menjadikan isu² lawak, ngeri, pelik dan banyak lagilah mungkin salah satu idea kreatifnya nak buat trick tarik pembaca ke blog nya.

Banyak juga idea dan tips berblogging yang boleh kita praktikkan antaranya bagaimana cara untuk capai trafik 5000 sehari ke blog kita? At least lah kan..korang ada ke trafik banyak macam tu? Hebatlah korang.

Tapi kalau dah tajuk entri agak mengerikan, secara spontan kita akan terbayangkan gambar yang bakal kita tengok sejurus lepas kita masuk klik tajuk entri untuk singgah baca. Pergh!!! tajuk betul² mainkan peranan untuk menarik minat pembaca datang singgah blog kita untuk membaca. Tengoklah antara contohnya :

1. GILA JAHAT, PIJAK KUCING SAMPAI TERKELUAR BIJI MATA. AMARAN :NGERI

2. INILAH RUPA JANIN YANG TIDAK SEMPURNA AKIBAT DIGUGURKAN.

3. BANGKAI TIKUS DALAM MASAKAN. AMARAN : EUWWW

Korang yang sekali baca tengok tajuk tu tapi tak ngeri memang korang hati kental, tapi sori for me, terklik aje kat entri yang gila jahat,pijak kucing sampai terkeluar biji mata. amaran : ngeri tu pun mata ni dah tertutup² takut tak nak dah tengok gambar seterusnya. Boleh terberanak kalau aku terkejut nanti. Baik tak payah tengok, tak payah baca terus kalau melemahkan semangat aku. Toksahlah aku nak cari pasal, takde sapa pun yang nak ngangkat aku kalau aku terpitam kat sini.

apa yg akan berlaku NEXT?

Bagi korang yang rasa ada keberanian nak tengok apa gambar yang akan berlaku seterusnya, bolehlah klik terus ke SINI . Err..korang bagitaulah kat aku ye apa yang terjadi kat anak kucing tu, memang betul² terkeluar ke biji mata anak kucing tu? Adoiiiyaii..tolonglah, sakit jantung dah ni..

p/s : thanks for reading here :)


Monday, September 12, 2011

hadiri kenduri kahwin bertemu pula anak yang terabai [kasihan]

salam, apa khabar semua hari ni? semalam hari minggu pasti kalian banyak menghabiskan masa dengan beraya dan bertandang ke jemputan rumah terbuka kenalan taulan dan keluarga. Alhamdulillah :)

Bila disebut soal keluarga, ada sesuatu perkara yang menyentuh hati ini dan terfikir untuk dikongsikan bersama di sini.

kisahnya..sabtu lalu aku sekeluarga menghadiri jemputan kenduri kahwin keluarga sebelah suami. Hujan yang turun renyai² sikit sebanyak membuatkan kita tak selesa, tapi sekurang²nya terubat juga hati apabila melihat pasangan pengantin tersenyum menyambut kedatangan kami dan hidangan lauk-pauk kenduri juga tidak kurang enaknya. Tengoklah, si suamiku tersenyum keriangan bersantap bersama bondanya..

sedap eh sayang?
Sehabis makan, kami masuk ke dalam kediaman tuan rumah. Dalam keriuhan kanak² bermain, aku terpandang seorang kanak² duduk elok berseorangan hanya melihat kawan² sebayanya bermain. Secara fizikalnya, dia kelihatan seperti lelaki walhal sebenarnya dia perempuan, lesu tak bermaya dan atas rasa simpati, aku panggil adik itu datang kepadaku. Dia datang dan duduk di atas ribaku. Mesra, dan perlahan suaranya menjawab soalan bila kutanyakan siapa namanya. Seronok melayan adik kecil ini hinggalah terbongkar kisah latar belakang si kecil yang kurang bernasib baik ini..

sesekali 'sofia' terbaring kelesuan
tapi bila disuap makan, memang berselera dan minta lagi.
Ditinggalkan ibu tanpa berita
Rupanya si kecil ini telah ditinggalkan oleh ibu kandungnya di rumah pengasuh. Berulang kali si pengasuh menghubungi si ibu tetapi malangnya tetap tidak diendahkan, sehinggakan sambutan raya baru² ini pun si ibu tidak datang mengambil anak kecilnya. Apa yang lagi sedih, pernah sekali si kecil diambil oleh ayahnya. Pada suatu hari, si kecil ini jatuh sakit dan dibawa ke hospital. Malang menimpanya apabila si ayah membiarkan anaknya ini di hospital dengan hanya meninggalkan nombor telefon pengasuh yang menjaga anak kecil ini. Terpaksalah pengasuh ini mengambil semula si kecil dan sehingga sekarang akhirnya mengambil si kecil menjadi anak angkatnya sedangkan dia sendiri mempunyai sebilangan anak yang ramai.

usianya baru tiga ke empat tahun.
Apa yang tak seronok didengar, anak kecil ini dipercayai sakit akibat terkena gangguan makhlus halus. Ada yang cakap si kecil terkena badi mayat. Sebabnya apabila diberi makan, si kecil tidak berhenti makan, pantang dihulur makanan pasti tidak ditolak. Air yang berais juga tidak digalakkan untuk diberi minum kepadanya. Perutnya membuncit, dan sesekali si kecil mengadu perutnya sakit. Lagi membuatkan aku terkejut, seolah² bukan si kecil yang makan setiap makanan yang dimakan, sebaliknya 'benda' dalam badannya yang makan semua makanan itu. Lepas tu, ada yang berkata, kanak² malang itu hanya berpura² supaya kita rasa simpati dan kasihan kepadanya. Bayangkan di usia sekitar tiga ke empat tahun, kanak² sekecil itu telah menanggung banyak masalah dengan keengganan ibu bapa kandung menjaganya, cakap khabar angin orang² di sekitarnya dan kemungkinan dirinya mempunyai masalah kesihatan yang masih belum diketahui apa puncanya. Hanya ibu bapa kandungnya sahaja yang tahu perkara sebenar.

p/s : kepada sesiapa yang mengenali siapa keluarga asal & ibu ayah kanak² malang ini silalah beritahu jika anda benar² pasti. Kita cuma bimbangkan masa hadapannya dan kehidupannya yang mungkin terbiar jika tidak dijaga dengan rapi. Terima kasih atas keprihatinan dan kesudian membaca di sini.


Wednesday, September 7, 2011

:: bahagianya diri apabila dihargai & disayangi ::

Salam kasih sayang ^-^

Alangkah beruntungnya badan apabila diri kita disayangi dan dihargai oleh orang² yang kita sayangi dan kasihi. Bertambah bahagia apabila segala pengorbanan dan kasih sayang kita dibalas tanpa ada rasa berbelah-bahagi dan tipu helah semata². Maklumlah kan, zaman sekarang kebanyakannya bermata duitan, mengasihi seseorang bukan kerana hati yang ikhlas, sebaliknya tersimpan satu muslihat untuk mempergunakan kelebihan yang ada pada seseorang. Sebagai contoh, banyak kes mangsa tidak kira lelaki atau wanita yang telah dikikis wang ringgit ataupun dipergunakan kebaikan mereka selama berkawan dengan si penipu durjana. Akhirnya diri merana setelah ditinggalkan terkontang-kanting apabila wang ringgit sudah habis dikikis, hutang keliling pinggang atau lebih mengharukan jika 'habis madu sepah dibuang' ..

Maaf, kenyataan di atas tidak ada kaitannya dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Jika ada pun, ianya hanyalah satu kebetulan. Setiap apa yang berlaku ada Qada' dan Qadarnya, kita patut bermuhasabah perbaiki setiap kesilapan dan menambahkan lagi amal ibadat sebagai tanda syukur dan bertaubat kepada Allah. Sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita setiap hamba-Nya. Bertaubatlah, kerana Allah itu Maha Pengampun dan Penyayang.

Cinta yang sejati hanyalah cinta kita kepada Ilahi. Curahkanlah sepenuh kasih sayang dan banyakkanlah kita merayu kasih kepada-Nya dengan berdoa selalu tidak kira waktu susah mahupun kita senang. IAllah, Allah juga akan selalu mengingati dan mengasihi kita sebagaimana kita hamba-Nya yang sentiasa taat setiap suruhan-Nya. Terbaru, hanya kerana kasih dan sayangkan kepada pasangan sejenis yang berperwatakan wanita, dirinya sanggup dianiaya malah tidak rela berpisah walaupun jelas nyata keluarga menghalang cinta terlarang mereka. Imbau kisah mereka di SINI .

Apa maksud semua itu? Apa pula pandangan masyarakat dan golongan alim ulama' tentang cinta sejenis yang dilarang di sisi undang² dan agama Islam khususnya. Kenapa tiada bantahan daripada para cerdik pandai agama setakat ini? Pastinya antara salah seorang daripada pasangan ini ada sesuatu terselindung di sebalik perasaan menyintai dan dicintai, sebab selama mana hubungan cinta mereka akan mampu bertahan? Tidak sanggup untuk berpisah, kononnya bagai Romeo dan Juliet, tetapi sebenarnya pasti ada muslihat tersembunyi yang masih tidak nampak disebabkan cinta itu buta. Walaupun wajah pasangan dah cair dimamah asid pun masih ada rasa sayang di hati..pelik sungguh cinta mereka. Cinta sejati ke namanya tu?

T'emosional lah pulak N3 kali ini, oh ya sebelum letak titik noktah, kesempatan ni aku nak ucapkan tahniah buat seorang sahabat yang telah menyambut ulangtahun perkahwinannya bersama suaminya tersayang. Mereka juga telah dikurniakan dua orang anak perempuan yang sangat comel. Alhamdulillah semoga Allah memberkati kerukunan rumahtangga mereka sehingga ke akhir hayat. InsyaAllah Amiin..

pemberian bunga daripada suaminya. WOW! bestnyer..

gambar² dari FB empunya badan, di edit sedikit.

Tahniah Mas..kamu sangat bertuah :D




Tuesday, September 6, 2011

(18SG) kejam! lagi perempuan dibakar..

Masya Allah ..tragisnya cara kematian perempuan itu T_T

Apa nak jadi zaman sekarang. Kes simbah-menyimbah asid & membakar orang semakin menjadi² sejak akhir² ni. Nilai² kemanusiaan dan moraliti dalam kehidupan manusia sekarang semakin hilang, penjenayah tegar itu langsung tak menghormati hak priority kehidupan orang lain. Insaflah, cubalah awak bayangkan jika ahli keluarga awak sendiri yang menjadi mangsa. Atau sebenarnya hati awak memang sudah kering itulah sebab sampainya hati dan tergamaknya awak buat begitu.

Mungkin ada satu kepuasan di situ. Yess! baru puas rasa hati aku. Kepuasan setelah dendam kesumat selepas sekian lama terpendam dan hanya menunggu saat sesuai untuk melempiaskan nafsu serakah amarah mereka..Semoga satu hari nanti tertangkap juga sesiapa dari kalangan penjenayah yang sehingga kini masih menyembunyikan identiti sebenar mereka. Siapa tahu mereka juga mungkin dari kalangan yang kita kenali rapat..

Kes terbaru, 5hb September 2011 penemuan mayat perempuan dibakar dipercayai dalam usia belasan tahun dijumpai di kawasan semak di Lembah jaya Utara, Bukit Belacan, Ampang Selangor. Kepada keluarga yang ada kehilangan ahli keluarga, pergilah buat laporan polis laporkan kehilangan mereka, dan jika anda ditimpa musibah / bencana semoga tabahkan hati dan banyakkan berdoa semoga si durjana segera diberkas dan dihukum dengan hukuman yang setimpal. Wallah'ulam..



lagi gambar & keterangan baca di SINI


"Ya Allah! Aku memohon perlindungan dari segala tingkah laku yang tidak baik, dari segala tindak perbuatan yang tidak baik, dari segala nafsu yang tidak baik, dari  segala macam penyakit yang berbahaya." 
kredit doa to Fazi


Friday, September 2, 2011

Ucapan Aidilfitri untuk semua.

Salam Aidilfitri ..

macam² kerenah di musim hari raya ni.

begitu begini macam tu macam ni, seribu macam pe'el yang tak kita jangkakan bagaimana sikap sebenar seseorang tu. Nampak macam baik, lemah-lembut tapi jangan disangka orang sebegini yang apabila sesekali marah, berterusan tak ada kesudahannya.

Namun, kita hanyalah manusia biasa. serba tiada yang sempurna..

Biar renggang di fana dunia,
biar hina di mata manusia,
biar harta semakin tiada,
biar jauh kedudukan kita,
biar jurang pangkat kita,
jangan tergadai silaturrahim antara kita.
Minal Aidil Wa Faizin

"Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin"


Friday, August 26, 2011

Antara dilema bila berhari raya .


salam ^-^ ..

dalam hati menyanyi keriangan nak menyambut raya ~ lalalalala...



Lebih² lagi tengok gelagat anak² jiran, anak² kengkawan yang melaram mencuba baju raya, songkok raya dan belah malamnya pula berseronok bermain bunga api. Teringat pulak zaman kecik² dulu. Meriahnya sambutan hari raya pada usia kanak², segala masalah tak payah nak difikirkan sebab semua keperluan diusahakan dan disediakan oleh ibubapa masing². Terima kasih kat mak ayah tu ye dik non..

Bezanya bila dah meningkat dewasa, keperluan raya dapat dirasakan betapa susah-payahnya mak ayah kita dulu berusaha sedaya upaya menyediakan keperluan anak². Apalagi di zaman sekarang, segala²nya wang ringgit, harga barang semua naik tapi keperluan raya perlu disiap-sediakan. Kata nak beraya sakan, setahun hanya sekali kenalah melaram. Biar papa asalkan bergaya. Oh nehi..nehi..biarlah kita berbelanja ikut kemampuan seadanya, dahulukan apa yang lebih penting itu sebaiknya.

RM..RM..RM.. (laju cashoutnya macam air)

Anak takde lagi ker?
Hmm, persediaan fizikal dah cakap tadi. Ni pasal persediaan mental pula. Bila pulang ke kampung sedara-mara akan sibuk bertanyakan khabar kita. Alhamdulillah sihat seadanya. EH! masih berdua lagi ke? Bila nak bertiganya? tu yang eden lomah nak menjawabnya. Sekadar termampu senyum kerang busuk je lah. Seelok²nya aku mengharapkan sangat sepatah doa dan penguat semangat yang diucapkan untuk kami berdua, contohnya "iAllah, banyak²kan bersabar, jangan putus asa berusaha lagi. Semoga korang dapat anak² yang comel kiut miut, lambat cepat tu semua rezeki Allah. Barulah sejuk sikit telinga mendengarnya, kuranglah sikit stress yang dipendam dalam hati ni. Barulah seronok nak beraya. Tak gitu?

p/s : Dalam kita beraya sakan, sama²lah kita menjaga hati dan perasaan orang lain. Jaga tutur kata, janganlah melukakan hati dengan kata² dan ucapan yang menyakitkan hati mereka supaya mood raya kita semua tidak akan tercalar. Ini sekadar peringatan. Semoga kita berkongsi saat paling riang dan meriah di hari raya nanti. Walla'ualam.

suara pengumuman rayanya pastinya 'dirindui' ..



Wednesday, August 10, 2011

meja reserved : kat mana nak buka puasa ni?

Salam..

Perasaan terkilan tetap ada, masih terbuku di hati walaupun kejadian itu berlaku pada hari hujung minggu baru2 ni. Tapi alangkah baiknya, jika kebaikan yang dibuat, kita nak kenang2 sampai ke mati pun jasa baik seseorang itu pun tak kisah. Tapi sebaliknya, apabila orang bikin kurang ajar @ biadap dengan kita, sesekali bila kita teringat kita akan rasa sakit hati. Astagfirullah..bulan puasa ni janganlah kita kurangkan pahala puasa kita dengan hal2 yang buat kita naik meroyan. Istigfar banyak2..

gambar contoh

Meja 'Reserved'
Aku sekadar nak meluahkan rasa sakit jiwa aku betapa sakitnya hati ini bila kaum sebangsa kita sendiri berlagak biadap dengan kita. Mana letaknya budi bahasa orang Melayu kita ini? Dipendekkan cerita, saat hendak berbuka puasa di luar, aku pergilah ke satu food court di shopping kompleks area JB, punyalah penuh orang masing2 dah book meja untuk berbuka. Ada jugak tanda 'reserved' di meja2 yang kosong. Sehinggalah aku ternampak satu meja kosong tanpa ada tanda2 reserved di situ dan aku pun duduklah sambil menunggu kalau2 ada sesiapa yang datang kata 'kak, meja ni saya dah booking'.....

tunggu punya tunggu......sambil menelefon si dia, tiba2......

PAP!! (bunyi barang diletak dengan cara hempas ke meja, agak kuat bunyinya)

Biadapnya dia..
Aku sampai toleh bunyi apa tu? Rupa2nya ada lelaki Melayu ni dengan kurang ajarnya meletakkan barangnya kat atas meja yang aku duduk di situ tanpa sepatah kata terus berlalu dengan muka yang nampak bodoh selamba. Aku jadi terpinga2 lelaki tu nak duduk kat meja ni ke? Kenapa tak cakap apa2 pun dengan aku main blah macam tu je? Sampailah datang seorang wanita Melayu letakkan barang juga di situ tetapi tersenyum. Aku tanya kepadanya akak dah booking ke meja ni? ye, jawabnya sambil tersenyum. Bila dah dengar macam tu, aku beredar lah sekurang2nya aku puas hati dan lega lihat senyuman akak tu kalau dibandingkan dengan lelaki yang kurang ajar tadi. Mungkin tu suaminya ke, abangnye ke, tak kisahlah sesapa pun tapi jagalah sikit budi bahasa tu bro. Macamlah kau seorang saja yang nak berbuka puasa, hey sabar jelah aku tengok. Pakkal puasa, kalau tidak tak pasal2 aku mencarut kat situ jugak. Sabarlah wahai hati..



Saturday, August 6, 2011

kad ucapan hari lahir 13 tahun lalu

Salam, sempena mengambil keberkatan di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, semoga apa yang aku alami hari ini ada hikmah-Nya. Terima kasih Ya Allah kerana aku masih punya seorang sahabat yang masih mengingati aku walau dirinya mungkin sudah temu kebahagiaan dan kejayaan dalam hidupnya. Mungkinkah dia teman sejati yang aku cari² selama ini? (dah macam lirik lagu nasyid teman sejati lah pulak) wallah'ualam.



Kad ucapan itu telah menggamit kenangan lalu. Sekali pandang tandatangan pada kad itu serupa dengan tandatangan aku, tapi betul ke aku yang bagi? Soalan itu yang aku tanyakan kepada dia untuk mendapatkan kepastian daripadanya. Dah terang²an memang tertera nama aku kat situ, dan dia akhirnya mengaku kad ucapan yang tertulis tahun 1998 itu memang aku yang kirimkan kepada dia. Macamana aku boleh lupa?

inilah kad ucapan yang betul² nostalgia bagi kami

Alamak!! malunye aku. Aku betul² tak sangka dia masih menyimpan lagi kad ucapan hari lahir yang aku beri kepadanya tiga belas tahun lalu. Sedangkan aku, segala pemberiannya baik surat², gambar² dan segala bentuk hadiah sudah tak ingat lagi kat mana aku cicirkan. Hanya ada satu pemberiannya yang masih elok, masih lagi aku gunakan sehingga sekarang iaitu sehelai sejadah berwarna biru. Entah dia masih ingat atau tidak. Mungkinkah sejadah itu yang membuatkan aku tak pernah melupakan dirinya, begitu juga dengan dirinya? wallah'ualam.

Buat sahabat, teman istimewa aka kekasihku dalam diam² yang sememangnya sudah terlalu lama tidak bertemu, terima kasih atas ingatan dan setiap kenangan yang masih tersimpan kemas dalam ingatan kamu itu. Hanya Allah sahaja yang membalas setiap kebaikan yang pernah kamu hulurkan suatu waktu dulu. Benar bagai dikata, sesetengah perhubungan cinta yang tidak mendapat restu orang tua apalagi bercinta di alam persekolahan pasti tidak akan berpanjangan, yang akhirnya membawa kepada perpisahan kami berdua. Sehinggalah ke hari ini, kami bertemu semula di laman fb secara tidak disengajakan dan akhirnya aku dikejutkan oleh panggilan daripadanya tanpa disangka².

Semoga niat ikhlasnya untuk menjalinkan kembali ikatan persahabatan yang terputus lama diberkati-Nya, semoga juga niat sucinya itu tidak menyinggung mana² pihak terutama kepada pasangan kami masing². Semoga juga kasih sejati & ingatan ikhlasnya terhadap aku selama kami terpisah tidak sia², mungkin sudah suratan takdir di sebalik apa yang berlaku antara kami berdua dan kerana takdir jugalah kami 'dipertemukan semula' walaupun masih belum berkesempatan bersemuka dengannya. Aku belum bersedia untuk berjumpa, biarlah hanya masa dan kebetulan yang menemukan kami dalam pertemuan yang diberkati. InsyaAllah. Wassalam.





Wednesday, July 27, 2011

tak puas hati, perlu pendam atau luahkan?

Hati² dengan A tu, jangan tegur dia sebarangan, silap hari bulan ko kena pelempang kalau tak kena moodnya..aku saja nak ingatkan ko. Akhirnya, takde siapa yang nak berkawan dengan A, gara² takut kena pelemPANg!!

Pendam perasaan, simpan perasaan samalah tu maknanya. Keengganan empunya diri untuk bercerita dengan orang lain membuatkan masalah yang dipendam semakin membengkak tunggu masa nak meletup. Mungkin dipendamkan saja kerana hendak menjaga hati orang lain atau tak mahu mengecewakan orang lain, tapi akibatnya memakan diri sendiri macam gambar sebelah ni..

Beruntunglah orang yang punya ramai kawan waktu suka-duka, susah senang sentiasa bersama. Tapi sebenarnya, tak semudah yang kita sangka untuk menceritakan semua masalah yang kita hadapi. Bimbang sekiranya antara ramai² sahabat, ada antara mereka yang talam dua muka, depan kita lain belakang kita cakap lain. Seelok²nya jalan terbaik bagi yang muslim, kita banyakkanlah mengadu dengan Allah..banyakkan berdoa minta supaya segala masalah remeh-temeh yang kita hadapi dipermudahkan jalan penyelesaiannya.

Sebenarnya, aku nak cuit sedikit isu tentang pergolakan rumahtangga antara seorang selebriti terkenal dengan isterinya. Akhirnya, isteri berani membuka mulut sekaligus 'membuka aib di dalam kelambu' sampai satu Malaysia daripada tak tahu jadi tahu..Terlajak perahu boleh kita undur, tapi bila dah terlajak kata, itu antara mereka laki bini selesaikan dengan cara bijak, apalagi dengan kelahiran zuriat mereka baru² ini. Kasihan dengan si kecil tu..

Akhir kata, sempena kedatangan bulan Ramadhan sikit hari saja lagi, sama²lah kita ambil kesempatan merenung diri, muhasabah diri sendiri sebelum kita menuding jari mencari kesilapan orang lain. Satu jari tuju kat orang 4 jari lagi balik kepada kita. Aku sendiri tidaklah sebaik mana, ada juga kelemahan diri, tapi setidak²nya aku mengambil iktibar dengan pengalaman orang lain. Berfikir panjang dulu sebelum bercakap itu lebih baik sebenarnya. Itu yang patut kita praktikkan dalam kehidupan kita seharian, sentiasa berbaik sangka dengan orang lain. Wallahu'alam..Wassalam.

p/s : serius lak entri aku tengahari ni..hehe saja ikut mood.





Friday, July 1, 2011

1001 persoalan, segalanya bermula di situ

 1001 persoalan dan aku sedang bermain dengan perasaan sekarang. Kenapa?


Segalanya bermula di sini apabila aku bersama berkongsi perasaan simpati ke atas seorang insan yang sekarang sedang berjuang melawan penyakit. Rasa simpati dengan nasibnya kerana dalam usia muda begitu, dirinya telah diuji dengan ujian Allah yang Maha berat untuk ditanggung..sedangkan aku sepatutnya bersyukur berkali-kali ganda dikurniakan kesihatan dan punya banyak peluang untuk meneruskan kehidupan T___T

Terima kasih kerana entri kamu itu yang sikit sebanyak telah menginsafkan aku. Sesungguhnya peluang hidup hanya sekali, dan INGAT LIMA PERKARA SEBELUM LIMA PERKARA .. perasaan bercampur baur di ketika ini, menyesali setiap kelemahan dan kealpaan diri sendiri T___T

Alhamdulillah, aku kembali bangkit dari lamunan dan tidak mahu bersedih mengenangkan kesilapan lalu..ini kerana aku seolah2 mendapat sumber inspirasi daripada seseorang yang mempunyai sebaris senyuman yang sangat menawan. Memandang senyumannya yang terukir itu bagaikan terpukau dengan air mukanya yang manis menawan diibaratkan sebagai satu penawar bagi setiap kesedihan. Alhamdulillah dia sudah bergelar seorang ibu, melangkah ke frasa baru dalam kehidupannya bersama suami tercinta.

Semuanya kerana mereka..kita manusia terlalu unik kerana dianugerahkan dengan pelbagai perasaan suka duka, mewarnai rencah kehidupan seharian kita. Kalau kita menderita, ingatlah ada insan yang lagi menderita dan sedih..bersyukurlah kita dengan apa yang dianugerahkan-Nya. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil lagi Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk seluruh hamba-Nya. Itulah antara yang perlu aku renungkan untuk bermuhasabah memperbaiki kekurangan diri menjadi seorang hamba-Nya yang lebih baik. Wallahu'alam..





Tuesday, June 28, 2011

Facebook perantaraan nenek & cucunya


"Opah tanya, cucu2 yang kena tag tu...bilakah agak nya nak jumpa opah nih..?"


Bila tengok gambar yang ditag kat kita tu, lega hati tengok Opah nampak sihat tersenyum riang. Tapi yang tak bestnya bila ditanya Pakcik macam tu..mungkin nada Pakcik hanya bergurau, tapi aku sebagai cucu memang kena fikirkan waktu bila yang sesuai nak luangkan masa balik ziarah Opah. Baru je beberapa minggu lepas, aku berbual dengan Opah dalam telefon. Alhamdulillah Opah sihat dan ceria.


Alhamdulillah, aku masih punya dua nenek yang kedua2nya dah uzur, Opah dah lama lumpuh tak boleh jalan dah, manakala Embah aku dah tiga tahun lebih terbaring kena strok. Alhamdulillah, apa yang paling aku kagumkan kedua2 nenek aku ni masih kuat memori diorang, masih ingat lagi perkara2 lepas. Manakala Atok dua2 dah takde dah (Al-Fatihah*)

Bagus ada FB ni, mendekatkan kita dengan orang2 tersayang yang jauh di mata. Tak nak telefon, say hi dalam fb pun dah cukup menggembirakan hati apalagi bila diupload gambar2 terbaru. Tapi keburukan FB ni apa pula? Tepok dada tanyalah iman..





Monday, June 27, 2011

Bank Negara: BLR Naik Lagi??



Ribut takde angin takde tau-tau ada penambahan dalam potongan akaun untuk Al-Rajhi home loan aku bulan Jun. Aik? apa cerita ni, tak ada dapat apa2 surat bank pun? Hmmm setengah hari juga lah aku menjejaki orang2 bank untuk bertanyakan apa yang berlaku sebenarnya sampai ada penambahan RM20 untuk potongan Jun baru-baru ini. hek..eleh...rupa2nya BLR naik lagi T______T'

It seems that sooner or later, like it or not, the BLR is going to be normalised, or maybe even higher than the old BLR ratemasa utk honeymoon sudah habisGET READY FOR HARD TIMES! sumber

Sebelum ni 6.60 sekarang sudah UP jadi 6.90 sudah. Wah!!!! bulan depan aku akan bawa bekal berjimat cermat tak boleh nak belanja sakan lagi. Check2 dengan bank, diorang cakap surat dah dikeluarkan, eh! saya tak dapat pon? Tercicir la tu agaknya. Tu sebab aku tak tau, sampailah tadi tergerak hati nak semak rekod dalam website Al-Rajhi, nasib baik banyak balance cukup untuk ditolak lebih.

Haiyaaaaaa....

Sakit wooo bulan depan, mana nak cari duit raya lagi dengan mana nak standby duit buat beli mercun / bunga api lagi. Kuih & langsir raya pun mak mertua mesti nak ngecek. Baju raya dengar2 adik ipar aku cadangkan nak pakai warna sedondon raya tahun ni. Huwaaaaaaa...O Mak tolonglah anakmu ini...Dalam kepala ni tak pikir lain, pikir macamana nak cari duit lebeh je sekarang ni. Buntu dah tak tau nak buat apa. Nak buat macarons tak pandai, menjahit lagi la kejung tangan, berblog duit Nuffnang entah bila nak dapat wey??





Thursday, June 16, 2011

Kejamnya!!! kanak2 Amazon ditanam hidup2

Ya Tuhan!!! masih ada lagi rupanya kaum yang jahil di dunia ini..aku sangkakan mereka cumalah kaum yang tinggal aman damai walau hidup serba kekurangan di pedalaman Amazon sana, tetapi rupa2nya lebih dahsyat daripada itu yang mereka lakukan TANAM ANAK KECIL HIDUP-HIDUP (macam tanam anak kucing je)..omg!! serius aku baru tau ni. Tapi sebelum tengok habis video tu, terdetik di fikiran ah! mungkin dikambus bebudak tu sekejap je, yelah mungkin nak buang sial ker, rupanya jauh tersasar sangkaan aku. Dibiarkannya budak tu mati tertanam hidup2 dalam tanah tu T____T

eh! suka nye ko!

pe tengok2..pancung kang!!

sadisnya =(
sumber : SINI

Dapatkan info tentang suku kaum ini di SINI



Monday, June 13, 2011

derita kahwin muda


Sapa ada baca artikel tentang 'Pengantin Kanak-kanak' dalam HMetro Ahad semalam? Apa perasaan korang jika kita berada di tempat kanak2 perempuan malang tu? Bayangkan usia masih sekecil 5 tahun sudah dipaksa berkahwin..Ikutan adat masyarakat yang sangat kejam di dunia moden sekarang.

kita hanya mampu memandang dengan penuh simpati. 
Apakan daya..

saya benci setiapkali melihatnya, saya akan bersembunyi - gadis 6 tahun Yaman

meraung ketika diusung ke rumah keluarga pengantin lelaki.
nak lari macamana tuu?

Nasib & masa depan kanak-kanak / gadis muda terutama di India, Yaman, Afghanistan dan Pakistan contohnya banyak ditentukan oleh keluarga yang terlalu memegang adat. Para sosialis pun tak boleh nak tolong sebab ia melibatkan isu pegangan adat dalam masyarakat di sana. betul jugak, Mana yang benar2 berani sahaja yang berani menentang adat kuno itu, lalu bertindak meminta cerai melalui mahkamah.

Ada baiknya berkahwin muda ni, antaranya dapat menghindari gadis2 muda daripada hilang perawan sebelum kahwin dan dalam usia muda, pasangan suamisteri muda ini menjadi matang dalam melayari bahtera alam berkeluarga lagi2 mereka yang study jauh di oversea. Kebanyakannya suka sama suka. tapi dalam kes ni kena kahwin paksa.

Buruknya, gadis2 muda yang malang ni terlalu muda untuk mengenal hubungan seks, ada kesan buruknya terhadap kesihatan mereka nanti. Emosi turut tertekan, bersikap murung dan pasif. Seumur hidup mereka akan merana dan menderita. Kesiannya..Hmmm, semestinya yang kena kahwin paksa ni tak mengenali bakal suami, tapi demi taatkan keluarga, hidup terpaksa juga diteruskan walau hati sarat menderita.

Menangislah dengan Allah agar anda diberikan hati yang mampu mencintai makhluk-Nya. Jika anda tidak mampu mencintai makhluk Allah maknanya anda sangat sombong dengan Allah dan belum mencintai Allah SWT, malah hubungan dengan Allah sangat nipis. Akibat sikap tersebut anda tidak akan bertemu dengan cinta yang anda idamkan. Lagipun anda harus berfikir bahawa anda adalah hamba Allah dan setiap saat diperhati Allah SWT, rasakanlah ini, kerana selagi anda tidak merasa bahawa perhatian Allah jauh lebih dekat dari perhatian manusia maka ada akan terus melakukan apa saja secara tidak ikhlas.

Perbuatan baik sebesar mana pun dilakukan jika tidak ikhlas akan jadi debu tanpa keberkatan sebesar zarah pun kepada pelakunya. Jika anda memikirkan yang anda masih muda, masih mahu berseronok-seronok dengan kehidupan muda anda, sekarang sedarlah yang anda sudah berjawatan isteri, satu-satunya jawatan yang dijamin Allah ke syurga jika dipegang dan dilaksanakan dengan penuh ikhlas kerana Allah SWT derita kahwin muda

p/s : berat mata memandang, berat lagi bahu mereka memikul




Saturday, June 11, 2011

wanita2 ini kematian suami..ada aku kisah?

Renungan buat diriku sendiri khususnya, dan pembaca amnya.

Kenapa dikhususkan untuk diri aku, sebab aku merasakan yang aku agak bernasib baik kerana masih mempunyai suami yang menjadi tempat berteduh, cuma terkadang aku terlepas pandang akan hukum seorang isteri apabila melakukan sesuatu kesalahan terhadap suaminya. Aku akui aku tidak seperti para isteri / wanita di luar sana yang lemah-lembut dan sentiasa memberikan layanan terbaik buat suami mereka. Aku beruntung kerana punya suami yang bukan pemarah dan banyak bertolak ansur dalam segala hal. Kenapa kebaikan suami aku ambil remeh, asyik keburukan dia saja yang aku pertikaikan???

Itulah apa yang aku fikirkan, seandainya ditakdirkan aku ............. [hish!]

Mereka yang aku berikan contoh ini adalah mereka yang telah kematian suami masing2 kerana sakit dan kematian suaminya akibat tidak dapat menahan emosi marahnya. Kematian dengan cara yang berbeza, sememangnya telah ditakdirkan Tuhan yang sentiasa menguji kita hamba-Nya dengan pelbagai ujian.

Bagi isteri yang telah kematian suami kerana sakit itu pastinya amat merindui setiap masa belaian suami, apatah lagi di'tinggalkan' dalam keadaan anak2 yang masih kecil belum cukup mengerti tentang penderitaan ibu mereka. Keredhaan isteri ini dalam meluahkan rasa hatinya cukup memberikan keinsafan dalam diri aku. Sungguh mulia dan tabahnya hati wanita itu dalam mengharungi kehidupan bersendirian membesarkan anak2. Aku benar2 mengagumi ketabahan wanita itu.

Manakala, wanita yang terlalu mengikutkan amarah rasa hatinya itu telah kehilangan suami dalam keadaan tragis ditambah pula dia dituduh membunuh suaminya pula. Apa salahnya pasangan ini duduk berbincang secara baik dan rasional, kemungkinan perbalahan dan perselisihan faham sehingga terjadinya tragedi itu tidak akan berlaku. Ya, ini pun membuatkan aku menginsafi kesilapan diri yang kadang2 aku terlalu turutkan hati tidak berfikir panjang ketika beremosi dengan suamiku. Suamiku hanya bersabar dan terus bersabar..


Memang aku kisah..aku akan perbaiki kesalahan dari masa ke semasa, untuk setia bersama suami susah dan senangnya sehingga ke hujung nyawa kami berdua..itu azam aku semoga hubungan kami berdua diberkati-Nya selalu.

Sekian ...

Selamat berhujung minggu.



Wednesday, June 8, 2011

luahan rindu seorang kakak..tolong jangan begini

merindukan dirimu selalu..(maaf gambar terpaksa dikaburkan)


Baru2 ni aku berselisih faham dengan salah seorang adik perempuanku..dia bekerja di somewhere in Bangsar. Entah kenapa hari terakhir yang dia hubungi aku, dia menangis2 nada suara teresak2 buat aku yang mendengarnya di sini merasa pilu. Apa puncanya sampai dia menangis sebegitu rupa?

Aku benar2 tak menyangka adik yang dahulunya ceria, happy go lucky, selalu tersenyum juga memang jarang menampakkan muka yang masam 100% totally telah berubah menjadi seorang yang beremosi, malah tak keterlaluan jika aku katakan dia seolah2 mendendami sesuatu perkara.

dia berbaju hijau, wajahnya yang ceria :')

famili tak ambil berat .. famili sekarang tak macam dulu, semua hipokrit!!!
itulah yang diulangnya berkali-kali (sedih)

Sehingga kini, dia tidak menghubungi aku baik melalui panggilan telefon mahupun khidmat SMS. Akaun fb dah ditutup, macamna lagi aku nak tau perkembangan khabar diri dia. Panggilan telefon atau SMS aku langsung tak dijawabnya sampailah sekarang. Boleh sangat kalau aku nak cari dia, telefon ke tempat kerjanya, tapi aku tak mahu mengganggu kesibukan dia bekerja.

Entahlah, entah apa khabar dia sekarang? Aku mula merindukan gelak tawa dia yang dulu. Aku perhatikan sejak dia berkawan dengan 'abang angkat' mungkin merangkap bf sekarang, sikapnya banyak berubah. Apabila di kampung, tangan tak lekang daripada memegang hp, baru2 ni kata ibuku dia jarang bercakap dan tergesa2 nak balik KL. Aku pula tak berapa berkenan dengan lelaki yang dia berkawan tu (kerana adikku pernah membantu meminjamkan wang & pernah adikku dipukul di muka), tapi dia degil tak nak dengar kata..

Ketika saat ini, seandainya dia menghubungi aku buat ke sekian lamanya menyepi, biarlah aku saja yang mengalah meminta maaf kepada dia. Mungkin aku gagal menjadi kakak yang terbaik buat dirinya, namun sebagai seorang kakak aku tetap mendoakan kebahagiaan adik2 yang membawa haluan arah hidup masing2. Air dicincang takkan putus & sebaik2nya lupakan apa yang berlaku, buang yang keruh ambillah yang jernih. Jangan terlalu ikutkan hati kelak binasa memakan diri sendiri..
dia yg. berbaju putih
Aku tetap menantikan panggilannya, terngiang2 suaranya yang ketawa ceria sewaktu masa dulu. Aku tau dia juga rindukan aku, cuma hatinya belum bersedia untuk say hello. Buat adikku H****, kakak mohon maaf jika ada yang mengguris hati awak. Janganlah terus2an berdiam menyepikan diri, setidak2nya kirimkan SMS sepotong ayat pun dah mencukupi. Sudah2lah awak nak menyalahkan keluarga, sedangkan kami tak tau punca pangkal tuduhan melulu awak tu.Ada baiknya kita berkumpul duduk berbincang dari hati ke hati.

masih menunggu dan menunggu..





Tuesday, May 24, 2011

sekurang2nya jadilah pendengar setia..

^-^ Apa khabar? kita bertemu lagi..haih buzy sangat aku sejak akhir2 ni.

Dalam mengharungi kesibukan bekerja seharian, mungkin aku terlupa akan sesuatu perkara yang memungkinkan aku akan kehilangan teman baik dan ahli keluarga rapat. Pantas, aku mencapai telefon menghubungi sesiapa sahaja yang terlintas di fikiran untuk bertanyakan khabar mereka. Sihat atau sakit kah? Gembira atau sedih kah?

Kan betul, firasat hati aku terdetik ada sesuatu yang kurang menggembirakan bakal berlaku, buktinya kejadian pilu tanah runtuh di Hulu Langat yang menggemparkan negara buat beberapa hari. Kejadian itu secara tak langsung mempengaruhi emosi aku untuk berblog. Bukan aku tak online, tapi aku ketandusan akal hendak menulis apa. Berbalik kepada tajuk, tak dapat aku membayangkan jika aku berada di tempat kejadian, aku pastinya sama2 berkongsikan perasaan sedih dan simpati dengan warga keluarga mangsa, setidak2nya aku boleh menumpangkan bahu aku untuk mereka melepaskan tangisan kesedihan mereka selepas kehilangan orang tersayang.


Inilah konsep pendengar setia yang aku nak cakapkan. Seorang pendengar setia mampu mereda dan merungkaikan segala masalah terbuku di dalam hati seseorang. Aku sendiri punya seorang teman pendengar setia biarpun kami hanya 'berbual' melalui laman chatting sahaja atas faktor jarak yang berjauhan. Tapi itu sudah cukup membuatkan aku berpuas hati dengan layanannya menjawab segala permasalahan aku dan berkongsi nasihat bersama. Tidak semua perkara yang kita perlu ceritakan dengan pasangan hidup kita, sekurang2nya kita mempunyai teman atau seseorang yang paling rapat untuk kita meluahkan rasa terbuku dalam hati yang mungkin payah untuk diceritakan dengan pasangan. Percayalah, carilah seseorang yang boleh menjadi pendengar setia kita, IAllah akan berkurangan beban untuk menanggung masalah berseorangan.


persoalan : apa khabar tentang berita kehilangan seorang mangsa lemas dalam kes tiga beradik lemas Ulu Bendul , ada sesiapa yang tahu berita terkini yang mungkin saya terlepas pandang? Thanks :)





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i'm campaigning Churp2 ..

ads ads ads ads ads ads

Beautiful Nara