BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, April 15, 2009

Inikah Rumah Orang Tua?

Apa yang kamu semua fikir tentang "rumah orang tua"? Secara peribadi, aku akan segera membayangkan "rumah kebajikan untuk orang tua seperti asrama yang selesa di mana penghuninya sentiasa dijaga oleh para petugas kebajikan". Tetapi, sekarang tidak lagi...

Sebaik sahaja kami tiba, aku terkejut. "Betul ke ni rumah orang tua?" aku bermonolog. Ya! Kami berada di tempat yang betul, Taman Asy-Syakirin. Kami disambut oleh seorang pegawai wanita Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu (JKMT) yang bersaiz XXXL yang hanya "sebulan atau dua bulan sekali melawat tempat ini".

Taman Asy-Syakirin, bermulanya kebencianku kepada sistem kebajikan negaraku yang bebas, merdeka, maju dan kaya!

Terdapat 10 pondok kayu di mana setiap satunya dihuni seorang warga tua di bawah tanggungjawab JKMT. Keadaan setiap pondok tersebut SANGAT DAIF! Tiada maintenance -- kayu yang reput, berlubang dll.
Inikah rumah orang tua?

Bil utiliti (elektrik dan air) perlu dibayar sendiri oleh para penghuni! Bagaimana? Gunakan wang kebajikan berjumlah RM 160.00 yang diberikan setiap bulan, beserta keperluan hidup yang lain!
Inikah rumah orang tua?

Jika ada dikalangan penghuni yang jatuh sakit, bagaimana caranya mereka akan ke hospital? Minta tolong orang kampung yang berdekatan, JIKA BERUPAYA. Jika tidak? Berdoa semoga ada orang yang akan lalu dan singgah di kawasan tersebut! JIKA ADA.
Inikah rumah orang tua?

Ramadhan menjadi rahmat bagi para penghuni taman ini. Hanya ketika Ramadhanlah mereka mampu menikmati hidup "lebih daripada kebiasaan". Sumbangan wang zakat berjumlah RM100.00, hanya ketika Ramadhan!
Begitukah rumah orang tua?

Aku bukan pembangkang, aku bukan penentang. Aku manusia! Mereka manusia seperti aku dan aku sangat sedih dengan keadaan mereka. Aku ditipu media massa tentang konsep 'rumah orang tua'. Kamu bagaimana?
Begitukah rumah orang tua?!

Taman Asy-Syakirin, bermulanya kebencianku kepada sistem kebajikan negaraku yang bebas, merdeka, maju dan kaya!

Hatiku menangis setiap kali mengenangkan wajah-wajah kamu yang dimamah usia, penghuni Asy-Syakirin.

2 thought(s):

WDL500 said...

ada benda yang lebih dkt bleh ditangisi,lebih munasabah patut nangis.yang tua mmg mcm tuehukum tuhan

lonso said...

sorang mak boleh jaga 10 orang anak, 10 orang anak belum tentu boleh jaga maknya.